Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Tuesday, December 27, 2016

Dendam Cinta

Sinopsis 



Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |  Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 |
 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |  Bab 12 | Bab 13 |  Bab 14 | Bab 15 |
Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 |

“Alfan dengan Dyla dah habis. Maaflah. Dyla memang tak pernah suka kat Alfan pun sebelum ni. Maaf bagi harapan.”
“Dyla tahu Alfan tak pernah pandang perempuan lain selain Dyla, kan? You are my first love! Waktu Alfan nak SPM, kenapa baru sekarang bagi tahu?”

Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan.

“... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way.” - ALFAN

“... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!” – DYLA

Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan… melamarnya di hadapan orang ramai!

“Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak.”

“Kita bincang lagi sekali, okey?”

“Awak putuskan pertunangan kita untuk lelaki lain. Ni tak adil!”

Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut ‘okey...’ Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit.

ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu.

“Aku nak makan apa, nak minum apa, that’s not your concern. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing.”

Namun, benci itu perlahan-lahan dihurung satu rasa yang tak pernah hilang dari hati Alfan. Kerana dalam falsafah cinta, paradoksnya, dendam itu cinta dan benci itu sayang.

“Tak banyak bintanglah malam ni.”

“Awak nak bintang ke? Meh nak ketuk kepala awak dengan kasut. Kejap lagi ada bintang pusing-pusing kat kepala awak.”

“Awww! So sweet of you.”

Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya.

“Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?”

“Cinta...”

“Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa.”

Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta? 


Be My Wife

Sinopsis 

Preview

Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |  Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | 

Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |
Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | 


HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI...

Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!

Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.

“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH

‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN

“Abang Elman yang masak?” - HANNAH

“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN

Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.

Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?

Cinta Kontrak

Sinopsis 


Preview

BAB 1 | BAB 2 | 

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Wednesday, November 9, 2016

TUMERIC MASK TO BRIGHTEN YOUR SKIN!

Assalamualaikum!

Its been ages!

Ah macam tak pernah buat -.- okay enough with the crap, lets straight to the point!

Image result for turmeric mask

Bahan :

1/4 sudu                Kunyit serbuk / akar
1/2 sudu (3/4 biji) Bedak sejuk
**extra**
1/4 sudu               aloevera
1/4 sudu               madu

Campur semua.

Aloevera dengan madu agent pelembut. moisturize your skin.
Kunyit functioned as anti-oxidant and brighten your skin.
Bedak sejuk it self will help to brighten your skin.

kalau takde madu dengan aloevera pun tidak mengapa deh. campur bedak sejuk dengan kunyit je and sapu kat muka. ofcourse dengan bantuan air. -.-

the trick is.

kalau pakai aloevera, bila bedak sejuk kering, dia takkan pecah and berhabuk sampai masuk mata. dia akan melekat smpai la korg cuci sndri benda tu. i prefer campur aloevera sebab senang sambil pakai mask nak scroll IG! kahkah

after 20 mins, cuci.

tipulah kalau tak kuning. =.= so make sure buat weekend. every week. cth : every saturday. seminggu sekali. see yourself the results.

cuci muka bersih2. dua kali sabun dah boleh hilang kuning2 tu. takyah takut. melainkan pakai kunyit hidup. tiada jaminan. kahkahkah. but the results is better.

ada remedies lain. ikut availability dalam dapoq. i use simple remedies sbb benda ni mmg sentiasa on stock.

Image result for turmeric mask 
kunyit, madu, susu = brigthen, mosturize, whitening

Image result for turmeric mask 
kunyit, madu, lemon = brighten, mosturize, brighten



Tuesday, October 11, 2016

Cameron Highlands

8/10/2016 Saturday

Assalamualaikum. Its been months tak update blog. Like any entry pun. Hakak busy dik oii. Ahh alasan. So weekend ni, us three decided to jalan-jalan tabuq duit to satisfy ourself. 'Some people might say this, (normally my bro), travel sana sini buang habis duit. but what you get? Nothing.' LOL. I get everything i needed.  

Bangi..
7 am        - BERTOLAK dari tol Bangi.
10 am      - Sampai Cameron.
10.30 am - Check in Holiday Flats dekat Brinchang. Lepak and tidur itu kemestian.
12 pm      - Mossy Forest

 
Mossy Forest

Friday, July 15, 2016

LS Part 2

LS Part 2 :

During belajar kat bangi, this guy is using Cadbury colour of Kelisa. So bila nampak je kereta dia, mula la masing-masing, ‘cadbury mai dah.. Cadbury mai dah..’ hahah. And bila balik kelas, i usually jalan kaki ke hostel. Depends la kalau penat sangat, amek teksi. Ni cerita waktu awal-awal semester. Waktu Sem 4 macam tu, rajin la pula this guy tumpangkan. Tapi kitorang tengok dulu.. Kalau ada ‘orang lain’, ktorg tak tumpang. Kenapa? 1, tak nak kacau. 2, takut. Bahahahahahha. 

So he usually stopped his car tepi jalan untuk tumpangkan me and my bestfriend. Dalam hati, leganya ada orang nak tumpangkan sebab dah letih sebenarnya jalan kaki ni. Hahaha. Padahal hostel sekangkang kera je haa. And he usually turunkan ktorang kat depan kedai makan opposite hostel. Depends kepada kerajinan dia. Ada sekali tu dia rajin sampai sanggup make u turn. Semata nak kasi ktorg turun betul2 depan pagar hostel. Hahha.

Eh nak ceritalah pasal waktu sem 3. Waktu tu duduk rumah sewa. Besar gila weh rumah dia! Dua tingkat and superb besar even ktorg duduk 7 orang. Boleh main bola dalam rumah kot! Bila dah duduk rumah sewa kan, mula la menggedik mintak kereta kat parents. Tapi releven jugak ah mintak kereta. Rumah sewa nak ke kolej jauh doh. Kalau naik teksi, 12 ringit pergi sahaja. Dah kalau aku sorang je ada kelas, takkan nak hadap byr 24 ringgit sehari. Amboi skeleton la i nyah oi.

Pesanan untuk adik-adik yang baru nak hidup sendiri tu kan, kau nak sembelih mak ayah kau minta kereta pun agak-agak la. Kau cari la kereta second hand dulu. Sebab belum tentu kau boleh bawak dengan cermat tak langgar tiang macam i tau. Kahkahkah. Pakai kereta second untuk setahun dua dulu okay? Ha tapi. Kalau kau perempuan lemah yang comel macam i ni, ada rescuer, takpe la jugak nak pakai kereta second hand. Kehkehkeh. Kenapa? Kereta second ni banyak ragam. Lagi2 perempuan yang bawak. Ada je dia menggedik nak sakit.

 Sem 4 masuk hostel balik. Tapi dah ada kereta kan time tu, bawak jugak ke bangi weh kereta. Gigih kan? Punya malas nak jalan ke kelas. Kahkahkah. Haritu hantar my bestfriend pergi klinik sebab mata dia sakit kenapa tah. Then time nak balik, eh kereta taknak gerak pulak. Pergh menangis doh. Taktau nak buat apa. Ayah jauh kat penang. Kat bangi mana kenal mana2 lelaki yang tau pasal kereta. Sumpah jujur i cakap, kau just akan terfikir lelaki mana yang boleh tlg kau bila benda macam kereta rosak. Takkan pernah punya kau nak fikir nama perempuan mana yang boleh tolong startkan enjin kau. Call ayah, ayah suruh call pak uteh which is pak uteh mmg duduk bangi. Tapi aku ni segan sikit kalau bila susah baru nak cari kan. So sebolehnya nak buat sendiri. Pastu call la this guy. Dalam pada annoying2 dia, tapi dia je orang pertama yang aku fikir. Call tanya tengah buat apa etc, time tu dengan cover suara nak menangisnya.. Hahaha. Eh dia pulak busy tengah cuci cadbury dia. Adududu. So kita ni macam eh takpelah takde pape padahal dalam kepala nerves2 sume macam dah nak putus. 

This guy tanya elok2, so i pun explain elok2. 5 min kemudian, pap! Eh dah depan mata dengan cadbury dia. Time tu taktau nak menangis bersyukur ke, menangis hiba ke, ke apa. Hahahahaa. Yang pasti, ada rasa syukur.
 
So dia la yang bawak pegi bengkel tanya pasal radiator etc and hantar balik hostel. Menangis weh bila ayah cakap radiator busuk2 pun 1k. Mana hakak nak carik duit oii. 

Ada sekali tu waktu Sem 4, this guy ajak keluar makan. Ktorg berempat. Dia dengan gf dia, i dengan bestfriend i. Lepak la kat kedai makan depan hostel. Sebelum tu, siang ktorg ni gatal sikit pergi google pasal tempat berhantu kat bangi. Bestfriend i lah! Gila sangat dengan cerita hantu. Pastu bila dah malam, nak pergi makan, dia pergi cerita pulak dekat this guy ni. Eh kau tau tak rumah besar dekat simpang rumah lama ktorg? Yang rumah macam minang kabau, seksyen 3. Rumah tu berhantu doh etc etc. Pastu this guy mcam gelak2 tak percaya. 

Balik tu ttbe nama dia naik kat phone i. Tkpernah2 dia call. Ttbe call. Pahal tah. Time tu dah pkul 11 lebih tak silap. Then dia cakap, ‘ain, no more ghost story.’ pergh naik bulu roma i uuuu. Nasib baik dengan rambut2 tak tercacak. Tanya pahal sume dia tak nak jawab. Pastu dia letak, amalina text dia. Tanya etc etc.

Esoknya baru dia cerita. Dia stop kat surau, amek quran surau bawak balik rumah akak dia. Sebab? Waktu dia balik, lalu rumah yang ktorg cerita tu. Daripada tak fkir, ttbe lalu terus teringat. Waktu dia nak slowkan volume radio, dia rasa ada orang pegang tangan dia. Bersisik. Side mirror dua2 gelap. And cermin belakang pun gelap. Hah. Baru tau nak menggigil. -.- lain kali orang cerita tu jangan riak dan takbur. Kakakaka.

Alright jump to sem 6. Where it all begin. Kihkihkih. Time tu duduk rumah sewa seksyen 15. Rumah kedai je. Tapi alhamdulillah tenang aman dan damai. Hahaha. I had this kind of fever smpai dekat 2 minggu and banyak skipped kelas. Waktu tu rasa macam pelik. Sebab kerap tak jumpa dia. Tapi as i said before, end of sem 5 kan dah start benci kat dia. Tapi tula jangan dibenci-benci nanti rindu. Kahkahkah. Waktu tu dia dah break kot. Bila my bestfrriend balik rumah, korek2 sikit cerita. Harini buat apa. Ada kerja group tak. Dia datang ke kelas? Kehkeh. 

Then this one fine day, dia hantar video. Video dia main skateboard. Dia taktau ke aku suka gilaaa lelaki yang main skateboard? -.- macam cool gila weh. Jatuh pun nampak cool. Adududuu. 

So i was like, eh! Aku nak tengok kau main! Then story2 sume, malam tu dia ckp dia nak pergi taman tasik cempaka. Main skateboard. So i ajak my bestfriend, and another roommate which is junior i, F. Ktorg gerak bertiga sebab another roommate, P keluar date dengan T. *senang kan kasi nama pakai huruf je. Kakaka*

Gerak sana, ttbe eh, ada kawan ktorg lagi sorg. Lelaki, W. Hahaha. So i leka dok tengok dia main skateboard. Ada la dia ajar sikit cane nak naik etc etc. Yang lain duduk bersembang. Ttbe P dengan T yang dok dating tadi sampai kat cempaka. Then... Hehehe. Si P ni nak pi toilet. U bayangkan kat tasik malam2 around 9-10 mcm tu nak cari toilet? Dah la dengan gelapnya. Tak ke seram? Then P mintak my bestfriend teman. Si bf dya, T pun nak ikut sekali. Then tk smpai 10 min, dorg datang kat skate park. My bestfriend dduk dgn ktorg, where P dgn T pegi cari toilet kat Mcd. Ktorg pelik la. Pahal pulak. Then my bestfriend ckp, waktu lalu kat tasik, dia dengar macam orang berlari atas daun kering menuju ke arah dorg. And P dengar suara orang panggil nama dia. Makin dekat makin kuat. So dorg tak jadi cari toilet kat tasik. Besfriend i pulak malas nak ikut. Then dia duduk kat tebing. Sebelah this guy lepas dia dah penat main. 

Eh aku nak terangkan payoh aih. Okay, i duduk depan my bestfriend. Menghadap dia where my view was the pokok2 and tasik yang bergelapan. Ttbe i nampak something atas pokok. Something kinda white, panjang. And ttbe ada kepala, kat sebelah. Tapi macam terpisah. I couldnt see clearly sbb tk pakai spek. Just samar2. So i asked my bestfriend to look at it. Dia toleh, and the guy pun toleh. Then this guy ckp, jom lepak mcd. So ktorg pun blah la dari tempat tu. Dalam kereta pulak! Waktu nak tinggalkan tempat tu, bestfriend i duduk sebelah i where i yang memandu.

Dia menjerit kot! Suruh i stop. Dia kata ada benda depan kereta. Mau tak menegak bulu roma? Pastu i bawak pun macam lipas kudung ah. Scary weh. Lepak mcd ingat nak kasi cool. Waktu tu mula la bukak cerita. Cerita apa yang nampak etc. 

Tapi before balik rumah, ktorg lepak lagi sekali kat kedai mamak seksyen 4. Waktu nak balik tu, i dengan F nampak sangkar arnab bawah pokok besar near tmpt ktorg park kereta. Ttbe this guy jerit panggil nama de hek. Kau nak apa weh -.- panggil2 nama. So i buat tk peduli and pergi tgk arnab yang comel2 tu. Dy pulak masuk kereta start enjin terus belah macam nampak hantu weh. 

I was told that, that thing mmg ada dekat dgn sangkar arnab tu. -.- scary night. Time nak balik rumah, my bestfriend started to seeing things. Which is benda tu ikut sampai ke rumah. Mau tak scary?

Dipendekkan cerita, hijab dia terbuka and dia terpaksa balik penang untuk berubat. Tinggal la i sorang2. Waktu tu la this guy sibuk nak teman. Apa kau igt aku tk boleh gerak sorang2 ke? Heh. Menyampah. To be continued.

Friday, May 27, 2016

LS Part 1

So lets begin.
I’m in third semester in Diploma which I first time jumpa this guy.. but since sem 1 I dah dengar his name which is my best friend ni kalau balik kelas, bukak je pintu bilik takde benda lain nak cerita. ‘Awak tahu tak hari ni kita kena buli, dorang sorokkan buku kita sebab kita buat akaun laju sangat.’ hahaha. Memories.
My first time jumpa budak ni I was wearing something pink. I rarely duduk satu meja dengan lelaki yang i tak kenal or tak nak kenal. Hahaha. So sementara tunggu class, which in third semester we started to join the class together, I lepaklah dengan this human being sebab my bestfriend. Kesian pulak dia asyik nak beralih meja nak layan i, nak layan her friends lagi.
So yeah. My first time tengok dia ni, dalam kepala i ada satu benda je. ‘Skinny gila.’ skinny like a drug addictor tau tak. I dont have any intention of getting to know deeper pasal dia ni or nak kawan dengan dia. Sebab yeh, I know how universities life works. You get to know each other, help each other and if you silap langkah, DOOMED. You jatuh. Hatii.. Hahahahaha. Takdelah tipu je tu. Adik2 dont be scared to know your surrounding.
Alright. First meeting, done.
Before this, I know pasal lelaki ni cz my friend dari bilik sebelah kept coming to my room to meet my bestfriend and talked about this guy. Crush maybe. Ahahaha. So heh.. I tau la abit about it but doesnt intent to interrupt or amek tahu.
My life was amazing in Bangi. That’s the best moment ever. Oh i wish i can turn back time and appreciate what i have. Heh. But life doesnt work that way honey. You been tru, you learn, and you correct it. Thats the only thing you can do.
During my fourth semester, this guy told my bestfriend that he wanted to join our group yang dah ada 5 girls untuk any assignment purposes, or study. Mula mula i was a bit macam, ala takyah la lelaki. Nanti buat masalah la. Kerja tak siaplah apalah. But she said that he was okay and fine and good and boleh kasi komitmen, kerja siap on time etc.. All the good ceritalah. I hate it at first thou. Sebab i tak suka kerja dengan lelaki. First limited. I tak boleh nak discuss openly buat lawak bodoh or lawak girl stuff dah. And i have this kind of terrible attitude which i reallly reallly reallllllyy enjoy hitting others. Hahahahaa. So i taknaklah lelaki tengok, eh minah ni pakai macam tu macam ni, tapi perangai nauzubillah. Hahahaha. In conclusion, i am terrible. Haha
Then we started our first group assignment, and things go well. And we learn about each other. The best assignment dengan dorang is during my Creative apa tah subjek tu. Where we producing bags, brouch, slippers, anak tekak hahahahaha from DURIAN! And we baked durian muffin and it is lovely! Waktu bulan puasa pulak tu buat. That one during semester 5 i think. He had girlfriend and some of our girls oppose it sebab kaklong dok bising jangan kapel, nak exam ni nanti tak fokus blablabla. Hahaha.
Yeh waktu dia ada girlfriend, i do like him. Because he showed his commitment, responsible ( I know it sounds weird, tapi dia protective), and i pernah ckp to my besfriend that, bestnya kalau i ada boyfriend yang even ada kelas, keluar kelas kejap belikan makanan untuk i, semata. Weh best doh. I macam princess gitu. Ye la sebab sebelum ni i experience having long distance relationship where that guy duduk atas kapal and communication is limited to email only. Without pictures pulak tu. Maksudnya tak boleh hantar gmbr. Text only. Haha. Sadis. So dia rasa macam bestlah kita ada orang yang boleh share something on that time. Aku nak skang, skang jugak aku dapat. Haha.
Back to the process making the durian bags and all. Waktu tu i was so annoyed dengan his stupid jokes, i tepuk.. No, i hempuk belakang badan dia sampai dia hampir tersungkur. Hahaha. I do feel sorry. Sorry sangat. But the thing is, i have my ego where all people hate it and im not easy to say im sorry. My bestfriend knows well. The worst part, is that i kawan dengan my bestfriend ni nearly 10 yrs tau. Boleh kira guna jari kiri sahaja how much i said sorry to her. Boleh kira beb. Thats how ego i am. But shes fine with it. And im kinda sorry for her sebab even i buat salah, i screw up, fucked up, dia jugak yang say sorry. Ill change that. Okay? No more ego.
He kinda mad at me that time. Boleh nampak kat muka dia. Tapi dia gelak. Serius dia gelak. Maybe sebab i kawan dia je kot so dia macam tak kisah. Kot? Hahahahaahah. Or dalam hati dia sebenarnya dah plan nak pancitkan tayar kereta i? Hahahahahahahah. Thats the beauty of having this 5F+A family. I really really love this group so much.
After some time, balik cuti semester, we texted each other. Boleh kata everyday. But zero objective. Hahaha. Mesej bodoh-bodoh je. He types my name and i type his. Hari2. Hahahah i dont know kenapa i layan mesej bengong dia. Haha. Sometimes we exchange recipes. I guess it just the reasons for contacting each other.
He said he really love brownies. And im so bad at baking. Ada one time tu ayah pegi terawih, i tak pegi. Sibuk baking kek coklat kononnya. Then bila ayah ketuk pintu, the oven dah bunyi, ketinggg! Dah masak en. So ayah bukak pintu, i bukak pintu oven. You bayangkan asap hitam berlari-lari ke muka i and all around the house. Ayah cakap i burnt the cake to hell. Hahahahaha. Im so suck buat kek. Tak pernah menjadi.
So waktu tu dah baiklah dengan this guy. I anggap dia adik. Yeh i know, i like him. Tapi i tak bodoh. I respect his relationship and i minimize my contact dengan dia as much as possible. Contoh, kalau nak call dia tanya apa-apa ke, i akan mintak my besfriend yang call kan even guna number i. Duduk semeja pun, i just talked to him bila my bestfriend ada. Hahaha. I beli 2 box of all purpose flour. 2 bars chocolate, and 1 bars white chocolate. And other stuff too. I baked 2 times, failed. Failed yang mmg tak boleh makan kek tu. My mum kata i membazir sbb asyik buang the cake. But hey, tomorrow birthday this little guy. So i redo, and entah lah. Takdelah jadik sangat cz the bicarbonate pun berketul lagi. Kahkhakha. But heh, masa dah suntuk sebab i nak kena packing untuk balik Bangi from Penang. Then i belajar how to squeeze chocolate atas kek. Konon wish birthday. And wallahh. Thats the first cake ive ever made dengan jayanya walaupun tak sedap hahahahahahahahahahahah. And the first person yang dapat kek from me, which i baked it, is him. Not even my mum. Kelakar kan?
And, i deliver to him lepas i touch down bangi. Believe it? Tak kan? Hahahahaah. Tak nyempat2 tu. Takut kek cair. Hahaha. Cairlah angat. I rasa mcam keras batu je. Haha.
I like this guy sebab kalau i mintak dia terangkan any topic, he successfully terangkan to me dgn i fully understand. Bagus dia ni. The last 5th semester, i mula rasa tak selesa dengan dia. Which i know if i biarkan, i know i akan love strucked and ofc i yang akan kecewa kan. He already got gf kot. Cantik pulak tu. So slowly, i started to hate him. Sem 3-5 i kawan bukan main huha huha baik. Akhr sem 5, i bencikan dia. Thats the only way. But my cikgu said, never hate. Nanti dah besar kawen. Hahaha. I’ll tell you the next story.

Friday, May 20, 2016

Oh TGV, I Jatuh Cinta


Kau ingat life ni semua indah ke? Baik belaka? Tak langsung. Kau kalau harapkan cerita yang ada twist dgn climax yang bom kebabom benda tu takde kat sini. Hahahahaha. Ini santai tau. Cerita aku tak seronok langsung. Tapi suwitnya tu ada la. Kau nak tengok betapa gigihnya seorang perempuan?

SEBULAN. Genap sebulan aku putus cinta. Sadis. Aku ingat ni lelaki sehidup dia mati dulu. Tapi sayang. Penat tau aku menanam benih cinta. Hari-hari aku siram dengan baja-baja cinta tak terperi. Sebulan juga aku menangis tak henti-henti. Tak sangka percintaan seminggu berakhir begitu sahaja.

“Cat, kau nak pergi mana?” ah penyibuk ni, pantang betul tengok aku cantik sikit.
“Keluar kejap. Pergi pasar.” jawab aku.
“Amboi bukan main lagi kau dress up.” sindir si tahi lalat Uzma.
“Jumper aje pun. Baju aku tak cuci lagi.” megah jawabku.
Tak lama kemudian, Uzma ketawa terbahak-bahak. “Kau ingat kau kereta? Nak pakai jumper? Itu jump suit, begok!” teguran penuh kepedasan macam megi korea yang acah viral tu. Sedap ke megi tu? Isu halal pun tak habis-habis lagi. Boleh lawan sambal belacan mak-mak Melaka kita tak? Tak pernah rasa ni. Heh.
“Kau tutup gigi besi kau tu sebelum aku sorokkan anak berus gigi kau (berus gigi kecil untuk si pemakai braces). Biar kau jumpa doktor dengan daging melekat-lekat kat celah gigi, sampai bau mulut kau pun boleh buat doktor kau pengsan.” ugut aku. Uzma hanya menggeleng sambil tersenyum.
“Belikan aku susu kotak. Susu dah habis.” pinta Uzma sebelum aku keluar rumah.
“Ah kau. Cepat aje susu habis. Aku beli susu untuk diminum. Bukan untuk ditenyeh kat muka kau. Kau ingat muka kau kenyang ke kena tepek dengan susu?” geram pula aku.
“Tu la kau. Tak reti nak jaga kecantikan semula jadi. Susu tu natural stuff untuk putihkan kulit kau tau. Tu sebab kau kena tinggal. Tak reti jaga muka.” padu betul ayat Uzma.
Aku toleh belakang tengok Uzma yang sedang bersantai di atas sofa.
“Beli sendiri.” dengan muka selamba aku terus keluar rumah. Biadab.

AKU tak sangka pula si Fly fm ni bawa kereta aku sampai ke AEON AU2 tanpa aku sedar. Lama aku duduk di dalam perut kereta. Asalnya tadi nak pergi pasar kan? Tapi dah cantik-cantik ni, takkan nak pergi pasar aje semata? Biar padan muka si Uzma kat rumah sorang-sorang. Aku tak nak kisah. Biadab lagi. Walaupun bercinta seminggu aje, tapi cinta aku suci tau. Berani dia mengotorkan kesucian cinta aku.
Tangan pantas scroll telefon bimbit. Aplikasi TGV dibuka. Ah kasi can la nak lepas tension. Aku baru putus cinta kot! Ish. Senarai filem terpapar di depan mata. Okay. Aku nak tengok ini. Satu movie dah diputuskan untuk ditonton.
Kaki pantas keluar dari perut kereta dengan laju. Jarum jam tangan menunjukkan pukul 11.50 am. Wayang nak start pukul 12.15 pm.
“Cik, saya nak tengok Common War pukul dua belas suku.” laju aku buat pesanan.
“Berapa orang cik?” tak sempat dia nak cakap selamat datang pun. Kihkih.
“Seorang.” jawabku. Lelaki di kaunter sebelah terus pandang ke arah aku. ‘Eh siut. Pandang-pandang pula. Entah apa dia fikir dalam kepala dia sekarang.’ Aku biar tebal muka.
“Common law, 12.15 pm untuk seorang ye cik.” tiket diberi kepada aku setelah selesai pilih tempat duduk dan bayaran.
“Terima kasih.” aku lalu di belakang lelaki yang bagi aku slanted eyes tadi. Sempat aku jeling sampai mata aku pedih ah.
Aku tunggu hall 5 buka. Eh sebenarnya dah 5 minit buka. Heheh. Kaki aku pantas berjalan ke arah seorang lelaki yang ditugaskan untuk periksa tiket.
Saat aku hulur tiket pada lelaki itu, mata aku macam kena paku weh. Eh bukan. Salotape, stapler, gam gajah, gam tembak, gam kasut, gam kayu, dililit dengan dawai dan tali rafia, tak cukup dengan tu, tali kapal sekali lilit pandangan mata aku ke matamu. Waduduuu.
“Cik? Cik?” panggil lelaki itu dengan melambai-lambaikan tangan depan wajahku.
“Hah?”
“Lepaskanlah tiket tu. Saya nak check.” beritahunya lembut. Kalau lelaki bergetar tulang rusuk, aku bergetar-getar jantung. Jangan luruh sekarang, jantung. Jangan.
Perlahan-lahan aku lepaskan tiket untuk dikoyakkan tepinya.
“Hall 5 sebelah sana ye.” senyumannya, Masya Allah. Subhanallah. Allahu Akbar. Kalau aku ada waktu zaman Nabi Yusof, aku tak tau la jantung aku ni berdegup macam mana.

AKU tak tahu hujung pangkal cerita ni macam mana. Yang dalam kepala aku ni mamat tadi aje. Tak sedar diri. Padahal datang sini sebab heartbroken kononnya. Aku cakap telefon bimbit. Nak tengok jam. Lah, baru lima minit ke? Bila boleh keluar ni? Niat nak tengok budak tadi aje.
Aku bersandar di kerusi TGV. Tapi kepala tak habis pikiaq la. Cerita baru mula 20 minit. Resahnya tak tahu lah kenapa gatal sangat. Miang keladi. Aku bangun dari kerusi dan keluar dari pawagam.
Kaki melangkah perlahan-lahan ke arah budak lelaki tadi.
“Err, cik. Toilet kat mana?” tanyaku. Pergh nak ngorat tanya toilet weh!
Lelaki itu kerut dahi. “Sebelah cik aje toiletnya.” dia tunjuk ke arah kananku. Tanda toilet bukan main besar lagi. Eleh sebenarnya bukan tak nampak, bukan tak tahu. Saja butakan mata, bodohkan diri. Hiks.
Lekas-lekas kaki melangkah menuju ke bilik air. Belek-belek tudung, terus keluar balik. Bila dah keluar, kaki berjalan macam siput mengesot. Bukan main lembab. Sempat aku tersenyum bila dia pandang. Ini perempuan miang. Kids, don’t try this at home. You’re better than her.
Hampir dua jam lebih di dalam pawagam. Kaki dah naik kebas. Jemari dah naik beku sebab kesejukan melampau. Keluar aje dari pawagam, mata takde tempat lain nak pandang. Belakang badan pun jadilah asalkan dapat pandang. Bukan main cepat hati kau move on kan, Cat??
Aku berlari ke kaunter lagi. “Saya nak cerita Town Book pukul 3.” aku pantas hulur duit.
Tiket kedua.
Sekali lagi kaki menapak masuk ke dalam pawagam. Adakah sindrom gatal dan gedik ini terhasil dari hormon yang mengeluarkan darah haid?
Tak peduli,
“Pelik ke tengok saya masuk lagi?” aku bertanya.
Dia hanya senyum.
“Nama apa?”
“Hm?” dia pulangkan semula tiket kepadaku.
“Nama.” ulangku.
“Addy.”
“Bukan main nama macam omputih. Nama sebenar apa? Syahidi?” aku ketawa kecil. Tapi dia langsung tak ketawa.
“Memang nama saya Addy.”
Aku muka kelat terus masuk ke dalam hall 3. Ish. Malu pula bila dia tak gelak. Rupa macam pasif semacam aje ni. Nak melawak pun tak boleh.
Kaki pantas mencari tempat duduk.
Tambah lagi hampir dua jam di dalam panggung wayang.
Mata boleh tahan berpinar juga. Kelibat lelaki itu masih kelihatan.
Cepat-cepat aku keluar dan berlari ke kedai buku. Beberapa buku dipilih dan dibeli sebelum berlari semula ke TGV. Tiket ketiga dibeli.
Untuk kali ketiga aku menapak hingga ke hadapan lelaki tadi. Addy namanya.
“Hai again.” sengihku.
Dia hanya tersenyum.
“Saya ada beli barang. Nak letak kat dalam almari boleh?” yes memang aku ada agenda aku sendiri. Yakni lepas habis movie, aku nak ambil barang and minta nombor telefon dia. Kalau dia tak kasi, aku tekad untuk terus berlari ke kereta dan tak datang lagi ke TGV ni. Tapi kalau dia kasi, Alhamdulillah jodoh mungkin. Kakakakakaka.
Tak boleh minta sekarang. Kalau tak nanti malu aku bertimpa-timpa lepas keluar panggung.
Jarum jam menunjukkan pukul 8 malam. Dengan harapan aku menapak keluar dengan senyuman lebar. Tak sabar rasanya.
Laju menapak ke almari yang bertempat di belakang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya.
“Awak. Saya nak ambil barang.” acah feminin lembut dan sopan santun untuk memikat hati sedangkan kebenarannya seorang yang kasar, panas baran dan kelelakian.
Lelaki itu berpaling. Ya Allah punah harapan aku! Hancur berkecai-kecai tinggal kenangan aje.
“Mana lelaki yang ambil tiket siang tadi?” tanyaku. Harap dia masih ada di sini.
“Shift dia dah habis petang tadi. Ni dah malam, saya pula yang ganti. Cik nak ambil barang ye?” lelaki berlesung pipit sebelah pipi aje tu tersenyum. Aku sengih tak ikhlas.
Aku pantas ambil buku dan terus balik ke rumah.

“KAU pergi pasar tani ke pasar malam ni? Dah pukul 9 malam baru sampai rumah. Barang takde pun!” Uzma garu kepala.
“Diamlah. Aku heartbroken lagi.” Aku ambil tempat di sofa berkembar dan terus meniarap.
“Hah, heartbroken apa lagi? Bila pula kau bercinta lagi? Subuh tadi bukan main menangis bagai nak rak.”
“Cinta aku baru nak berputik, Ma. Terus kena cantas!” muka aku serupa cili giling. Lunyai dah.
“Kau ni merepeklah.”
“Aku beli susu. Aku nak tepek kat muka aku malam ni sampai aku putih melepak macam kau.” beritahu aku sambil mengeluarkan setin susu pekat manis dari dalam beg.
“BEGOK! Kau nak tepek apa dengan susu pekat manis, wahai pak pandir oii!” Uzma luku kepala aku. Sakit jugaklah.
“Susu juga. Susu kotak cepat expired. Pakai susu tin la. Bancuh banyak kali pun boleh.” jawabku.
“Kau tepeklah sendiri. Esok muka kau bengkak-bengkak kena gigit semua kau jangan nak menyalak kat katil aku.” Uzma geleng kepala dengan tawa mengilai tak habis.
Aku mencebik. “Susu tin tak boleh ke? Susu juga.”

JARUM JAM menunjukkan pukul 11 malam. Lampu bilik sudah terpadam. Bunyi kipas syiling berpusing membuatkan aku sedikit susah nak tidur. Bila entah tuan rumah ni nak repair kipas ni. Hari tu kata nak buat. Tak buat-buat juga. Aku nak buat sendiri, tak kasi. Mengada.
“Ma.” panggilku. Harap Uzma tak tidur lagi.
“Apa?” kelihatan sedikit cahaya dari katil Uzma.
“Kau tak tidur lagi ke?”
“Takdelah. Aku dah tidur. Ni aku mengigau stalk insta perempuan cantik. Pahal kau?” kan dah kena setepek.
“Ma, macam mana aku nak cari insta si Addy tu eh?”
“Zaman sekarang kan dah maju. Insta, Twitter, Facebook, Google Yahoo semua kau boleh guna.”
Aku terdiam sebentar. Terus telefon dicapai. Macam-macam hashtag aku cari dalam Instagram. #AddyTGV #Addyhensem #AddyTGVAeon #AddyTGVAeonAU2 #Addy #Addykiut #AddyyangsebenarnyaSyahidi #AddysukaCat #AddyCat #AddyILoveYou #Addymanaawak #AddyICariYouNi #AddyIMengantuk #AddyInakTidur #AddyEsokICariYouLagi #AddyITakBolehTidur #AddyINakCariFBYou
Aplikasi Instagram ditutup. Geram pula bila tak dapat cari apa yang dicari. Laman Facebook pula dibuka. Habis digodak semua termasuk Facebook TGV.
“Uzma!!!!!” Uzma yang baru saja beberapa saat melelapkan mata terus terbeliak dek terkejut dengan jeritan aku.
“Kau ni pahal? Dah tengah malam la gila!”
“Aku dah jumpa! Aku dah jumpa dia!!!”
Bersinar mata aku bila nama muka yang dicari-cari. Sengih sampai ke mimpi.

HARI kedua kat TGV.
“Hi, kita jumpa lagi.” Aku menyapa Addy. Dia hanya tersenyum. Eh murah betul dengan senyuman. Kalau jadi boyfriend aku ni, memang aku tak kasi dia kerja ni dah. Dok sengih-sengih kat minah mana entah nanti.
“Tiket cik.” mintanya.
“Hari ni saya tak beli tiket. Saya nak jumpa awak.” aku terus terang.
“Hm?” jelas terpancar rasa pelik di wajah Addy.
“Awak Addy Usman?” tanyaku. Dia bertambah pelik.
“Ye.”
“Awak takde girlfriend kan?” direct.
Dia geleng. Aku senyum.
“Umur awak berapa?”
“17. Baru habis SPM.” PAP! Macam ada satu batu besar gedabak tiga puluh juta kali ganda dari badan aku hempap aku dari atas.
Aku bilang dengan jari. 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26. 9 tahun beza?!!! Aku ingat dia umur lebih kurang aku sebab muka matang!
Maksudnya, waktu aku darjah tiga, dia masih baby???? Waktu aku form 5 dia darjah 2????
Aku sengih kambing. Rasa aura hitam mendung di atas kepala. Longlai aku berjalan menuju ke lot parking. Wajah sugul.
Sampai aje ke pintu kereta, aku terdengar perbualan kereta sebelah.
“Muda-muda awak 10 tahun muda dari saya pun, sebab awak suami saya tetap hormat awak. Awak jangan risaulah abang.” ujar wanita itu kepada si suami. Aku terus celik. Aku berlari pantas ke TGV semula macam Naruto lari. Belum lagi aku keluarkan cakura aku.
Termengah-mengah aku berdiri tegak macam tiang bendera depan Addy.
“Umur tak membezakan apa-apa walaupun saya ni tua 9 tahun dari awak.” aku sengih walaupun sudah letih teramat. Aku lompat tiga anak tangga sekaligus kot. Power tak power.
Addy hanya senyum sambil menunduk.
Lelaki lesung pipit sebelah yang kerja shift malam tu menyiku Addy dari belakang dengan sengihan nakal.
“Dia last kerja hari ni. Dah nak fly Dublin pagi esok.” lelaki lesung pipit itu yang tolong beritahu. Sekali lagi awan gelap berkumpul di atas kepala. Terus aku tertunduk.
Addy ketawa kecil. Eh lembut gila dia ketawa tau. Sopan sangat. Muka dia pun tenang aje.
Tiba-tiba aku rasa macam ada benda di atas kepala aku ke kiri dan kanan. Aku dongak ke atas sebab dia lagi tinggi dari aku. (Anak-anak muda sekarang terlebih makan calcium ke sampai tinggi melangit? Aku pelik betul) Tangannya mengusap kepala aku. Aku terkesima.
“Saya habis belajar In Sya Allah lima ke enam tahun lagi.” beritahunya. Bulat mata aku umpama diberi harapan. Aku keluarkan jari sekali lagi. 26, 27, 28, 29, 30, 31. Aku umur 31 tahun baru kau nak balik?!!!!!
“Lepas tu dalam 2 tahun saya kumpul duit, saya cari awak.” okay itu maksudnya dia suka aku juga kan?? Kan? Tapi 31 tambah 2 = 33 tahun. Aku terkedu. What the heck!
“Kita tunang 2 tahun, lepas tu kita kahwin.”
33 tahun tambah 2 tahun = 35 tahun. Orang lain dah nak timang cucu, aku baru nak timang anak?
Muka aku terus lunyai. Dia ketawa.
“Hey. Umur tak membezakan apa-apa.” ujarnya. Heh. Tak membezakan apa-apa????
Macam nak menangis kat situ juga.
Addy ketawa lagi.
“Nak hantar saya pergi KLIA tak esok?” soalnya.
Aku yang menunduk dengan muka macam dah kena tumbuk lima belas ribu point tiga kali mendongak. Anggukan aku lemah.
“Nama akak apa?” tanyanya.
AKAK?!!!!

Kau tahu? Setiap tahun aku pergi Dublin tiga kali ziarah dia dalam masa 3 tahun. Maksudnya 9 kali aku ke sana. Mak dia yang berkeras nak dia habis belajar, kerja dulu pun sampai dah cair meleleh tengok usaha aku punya nak jaga anak teruna dia. Dapek jugak green light. Teheeee. So harapan la aku nak kawen dalam usia 20-an walaupun dah hujung-hujung 20-an. Hehe.
“Na kalau kahwin dengan D, Na duduk mana?” tanya bakal mak mertua. Orang lain panggil aku Cat. Catrina. Calon mak mertua aku ni sebolehnya nak nama ikut kemelayuan. Anak dia bukan main lagi Addy, D. Heh. Tapi takpe Catrina sayanggg mak. Kakakakaka.
“Na ikut Addy la.” sengih aku.
“Kerja Na?”
“Berhenti ajelah. Kerja kat sana.” Senang betul jawabku. Muka mak dah berubah. Okay dia nak bertukar jadik singa dah.
“Na ada kawan yang boleh tolong Na dapatkan kerja kat sana. Benda dah dalam proses pun mak.” beritahuku dengan sengih hingga ke telinga.
“Hmm.” hujung-hujung mata aje mak mertua aku ni pandang aku.
“Jangan nanti menyusahkan D pula.”
“Takdelah.” geram memang geram. Tapi mak mertua ni. Kau jangan main-main.

KEPAK KEPUNG KEPUNG KEPAK bunyi kompang. Silat bukan main lagi macam ballet. Addy yang di sebelah dari tadi senyum tak henti. Baguslah kau bahagia. Aku pun bahagia. Hahaha. Aku sempat jemput ex’s aku semuanya. Kahkahkah.
Selesai semuanya, kini tiba masa balik ke tanah kedua milik suamiku. Eceh suami. Segan pula nak panggil abang. Terasa awet muda pula. Kakakaka.
Baru seminggu di Dublin, apartment yang kami duduki dah kecoh.
“Asal pula?!” bentak aku.
“Asal pula tak boleh?” Addy sama naik.
“Tak bestlah!” aku tutup radio.
“Bestlah!” Addy tekan semula butang play.
“Ei lagu macam orang tua!” pelik aku bila si Addy ni layan lagu english 80’s. Kau tahu tak lagu 80’s macam mana?
“Dari awak berlagak muda?”
Aku senyap. Mata dikecil. “Amboi abang. Sedap mulut mengata. Ingat tak dosa ke?” perli aku.
“Awak tinggi suara tu ingat tak dosa?” jawab Addy selamba.
“Ambillah radio tu. Ambil-ambil. Telan sekali biar lagu berdendang dalam perut abang.” aku keluar ke balkoni dengan shawl dililit bodoh-bodoh. Buaiyan menjadi tempat untuk aku membuang pandang ke luar. Beberapa minit kemudian, lagu terhenti. Addy berjalan menuju ke balkoni.
“Benda macam ni la yang kita kena hadap kalau kahwin muda. Pemikiran tak matang. Sikit-sikit nak gaduh.” ujar Addy sambil duduk di lantai dengan menongkat tangannya di peha aku.
“Tolong sikit. Awak yang kahwin muda. Saya dah tua.” Aku peluk tubuh.
“Itu la pasal. Itu yang saya pelik. Saya yang tua ke awak yang tua? Tak matang semacam aje budak kecil ni.” Addy dongak ke atas memandang aku.
Aku tersengih. “Awet muda.” jawabku.
Addy ketawa. “Agaknya lah, awak dok panggil saya abang hari-hari, jadikan saya macam lagi tua pula. Start esok panggil saya adiklah.” Addy sengih.
“Luku mau?” Aku kecilkan mata.
“Dah jangan nak tukar topik. Bangun. Belum habis kemas lagi tu.” Addy bangun dari lantai.
“Tak nak lagu oldish lagi.” aku peluk tubuh ketat-ketat.
“Lah tadi suruh telan radio supaya boleh main lagu tu 24/7.”
“Abang jangan saya guna pisau operate abang tu untuk belah perut abang keluarkan radio.”
Addy gelak.

thankyou tgv





















Thursday, March 24, 2016

Langkawi Bajet Day 2

Bangunnn Bangunnnn.

letih wehh. bangun subuh pukul 7! i know, tak elok. dah sampai 3 phone, 3 alarm bunyik tak bangun-bangun. ni pun alhamdulillah bangun. Allah suruh bangun subuh. satgi pukul 9 nak pergi island hopping. cepat2 la bangun amek wuduk and solat.

Bfast sikit, RM 2.50 nasi lemak biasa.

so semalam ktorg decide nak island hopping kan? RM 30 je sorang. island hopping ni dia bawak korg pegi 2 tempat. haa ye la yelaa. 3 tempat. 1 tempat tu i tak kira sebab tengok boat orang lain kasi makan helang je pun. bosan. T_T

okay island hopping ni patutnya pegi Tasik Dayang Bunting dulu. tapi pakcik tu bawak ktorang pegi Pulau Beras Basah dulu. sepanjang perjalanan tu punyalah sibuk "Haa tu Dayang BUnting! ni Dayang Bunting!' habis semua bukit aku tnjuk dayang bunting. hahaha alih-alih sampai kat beras basah.

dia kasi masa sejam untuk mandi. ktorg pun pegi la cepat-cepat sewa alatan snorkeling. ni first time aku cuba benda alah ni. kos RM 15 sorg. tapi kena bayar deposit 4 orang RM 150. nanti dia pulangkan balik RM90. haa kira betul2. 15x4 = 60.

time ni nak cepatkan. macam main race dah ha. mintak pakcik tu simpan kan beg ktorg kat kedai dia. tapi anak dia bebel2 kata takut brng hilang dorg tk tnggung. ayahnya kata, nak hilang apa, letak tang tu je pun. ktorg buat tak peduli hahahahaha. kalau hilang pun, sndri tnggung laa.

so mandi la ktorg. dalam weh. bila kaki aku tak jejak tanah, satu je aku fikir. nanti air tarik aku ke tempat lagi dalam. so time tu aku tk pk apa dah. aku grab je apa yang dekat dengan aku. memang anep la yang jadi mangsa. nasib baik dia pandai berenang. aku rasa kalau aku cuak gila-gila, memang aku panjat duduk atas kepala dia. dua tiga kali juga aku panik dalam air. bila panik, aku sedut nafas ikut hidung. alat snorkeling tu akan buatkan kawasan mata and hidung aku ter vacuum. time tu rasa sesak nafas and aku jadi buru-buru nak udara. so aku tarik anep sebab nak naik ke atas. lucky dia tak gelabah macam aku. rileks je tolak aku naik ke atas. dia tiga kali juga air masuk dalam kawasan hidung aku.

baru aku tau snorkeling ni kau kena nafas ikut mulut. sedut udara pun ikut hidung. tapi aku ni sedut udara kot hidung, hembus pun kot hidung. jadinya tak biasa. anep ajar slow2 kat aku, eyza ngn yana.
i finally did it! and berkat diajar berenang oleh si adik anep ni for the past few months, aku boleh la berenang sikit and bernafas pakai snorkeling. kalau kau nak tutor berenang yang takkan marah-marah kau but always and always support kau, kau cari anep ni. hahahaha. aku patah semangat banyak kali pun dia rileks je tak marah-marah. still ajar even aku ni jenis lembab nak paham. lembab nak cerna apa dia cakap. kakakak.

bila dh dapat tengok dasar air tu, kau tak tau betapa seronoknya aku sampai aku berenang ke tepi pantai air secoet. kau bayangkan air paras buku lali kau pun aku berenang. bahahahah. thats the best thing ever. aku suka duduk dalam air tpi sadly aku tak reti berenang. but now i do!
eyza berenang sampai lipstick dia terjatuh dalam air. hahahaha. bajet boleh pegi cari balik? memang tak laaa.

then lepas sejam ktorg pulangkan snorkeling and anep beli megi hotcup 1 cawan. mahal weh. 4 ringgit! len kali bawak makanan sendiri tau. lepastu pakcik tu bawak ktorg dengan bot laju dia. aku boleh menggigil jugak la dek kesejukan melampau.

pakcik berhenti kat tengah-tengah laut. dekat dengan zoo yang dah kena tinggal lama. tempat tu dah macam tempat tinggalan. ah aku nak google jugak pasal zoo tu. kenapa dia tinggalkan. jambatan dia nampak seram weh. oh ye, pakcik tu berhenti sbb nak kasi ktorg tengok helang tengah makan. nothing fun pun -.-

what is fun yang aku maksudkan is bila kau menapak kat pulau dayang bunting!

fee masuk RM 3. so sebelum kau pegi island hoping, pls bawak duit. jangan pegi lenggang je. sebab skrg sume dah kena byr tau. toilet dia pun kena caj singgit. eii.

ktorg menapak naik tangga sampai semput aku dibuatnya. even tak tinggi mana macam batu cave tu, tapi sebab tadi kat beras basah aku dah berenang macam atlet perenang terkemuka, aku jadi letih. ada pula monyet main acah-acah nak kejar. bersepah ktorg lari. as usual, anep je yang selamba. dia ni memang tak takut apa agaknya -.-

ktorg smpai ke tasik dayang bunting. tasik ni air dia tawar. memula aku ingat dia laut. tapi nope. dia tasik. unik kan ciptaan Allah? ktorg sampai kat bawah, dorang offer paddling. RM 20 sekali dengan life jacket. 20 tu untuk dua orang. so sorg 10 la. lepastu kau nak guna life jacket tu untuk berenang pun tkade hal.

ktorg pddling pusing tasik. well, kalau kau tanya pendapat aku, baik kau tkyah paddling. baik kau berenang je. serius. sebab berenang is so much fun tapi paddling sgtlah meletihkan! dah la diberi masa 1 jam 45 min je kat sini.

lepas paddling dengan anep, which is memamgn anep je yang banyak mengayuh, ktorg park ktorg punya boat tu and pi berenang.

aku cuak nak berenang sebabnyaaa kedalaman dia lebih 10 meter. kau ingat tinggi aku ni sampai ke semeter? tidak okayy! and aku tak percaya life jacket. tapi lepas dipujuk anep yana and eyza berkali2, aku try masuk jugak dalam air. berpaut la aku tepi tebing tu. asyik rasa nak kena sedut bawah platform je. tapi anep kata aku bengong sebab mana ada air tu akan sedut. ish. tak percaya pulak. yana pun rasa benda yang sama tau! grrr.

anep terel weh. berenang takyah life jacket. haa ni aku cite kemudian kesan dia berenang tanpa life jacket. yang penting, kau kau kau jangan berani berenang tanpa life jacket. pastu bila aku dah dalam air, life jacket aku asyik nak timbul naik ke atas meninggalkan aku di bawah. so sad. alih2 anep naik platform and tarik aku naik. betulkan life jacket aku. secure betul2. eiii ittew rasa ittew adik, dia abang sedangkan aku kakak dia adik -.- ah biarlah nak perasan muda. hmm

lepastu barulah aku berenang dengan jayanya tanpa peduli kedalaman air. aku tk fikir buaya ke ikan ke. yang penting aku boleh buat kuak lentang, kuak kambing kuak katak dan sebagainya. hahahahahahahahahah. aku rasa macam aku tengah terbang wehh. best gilaaaaa. sampaikan aku yang tk berapa nak pandai berenang ni boleh ajar yana yang tak reti berenang buat kuak lentang. kakakakaka. sama2lah kita melentangkan diri. kekekeke. berenang punya berenang sampailah kena balik. aku rasa mcm taknak naik atas. sebab best gila. tapi terpaksa jugak naik.

dah naik tu, ktorg terus heading to boat. ada orang jual makanan tapi ktorg tak beli sebab nak makan kat motel je nanti. letih tak terkata. haaa last post ktorang ckp nak pergi mangroove kan? haa memang tkpayah la. nak tercabut kaki aku dibuatnya. letih gila weh! rasa nak balik bilik and tdoq je!

so ktorg pun balik ke jeti apa tah. and abang van amek ktorg hantar ke motel. selesai island hopping. berapa bintang aku kasi? 10 juta juta jutaaaa sebab aku dah pandai berenang kakakakakakaka. eh kisah apa aku. sibuk.

balik je ke jeti, dorg kasi pinggan ada gmbr ktorg. kena caj 10 ringgit satu pinggan. gmbr tk cntik pun, tapi beli jugak. hahaha. kenangan kata orang. ahh nanti aku amek gmbr aku, aku lekat atas tu. kakakaka.

then then, anep belikan askem. omnomnoom. askem roti berharga 3 ringgit. kenyang sikit perut. balik bilik terus mandi and solat jamak. sebab kejap lagi nak keluar balik. bila dh siap sume, giliran aku drive. kaki gegor2 pun, aku drive jugak. bawak viva rasa heaven gila main pijak minyak laju jeeee jalan. kenapa aku bawak axia terasa berat T_T. no wonder abang suka kereta dia. sobs.

dari chenang ke kuah, cari makan. tak jumpa. kedai asyik terlepas sbb aku bawak laju, pastu patah ke chenang, chenang ke airport. dekat bulatan airport tu ktorg jumpa AIRPORT CORNER. kedai makan. yeehhhh. kau waze je airport corner, jumpa punya. betul2 dekat airport.
aku makan :
nasi putih : RM 1
tomyam udang b : RM 6 (udang besar 5-6 ekor)
tembikai jus : RM 2.50
aku rasa murah. kau rasa? tomyam udang galah RM 7 je kot. murah la tu! tapi sayang time tu takde stok udang galah. sobs.

so total lunch aku RM 9.50. tahap kesedapan? eatable. and kenyang. worth it.

lepastu ktorg gerak ke skycab. tnpa waze. aku yang drive so aku tk kisah sesat. aku ikut je signboard. ke mana pun dia tuju. kakakaka. aku tak suka suruh org drive kalau aku nak melilau. melainkan aku ada arah tuju, aku bgtau aku nak pegi mana, kau bawak. tpi ni sbb aku malas nak waze, aku melilau. kalau jumpa alhamdulillah, tak jumpa, pusing je la pulau. kau kat langkawi pun. sesat pun tk jauh. takkan sampai ke US aih. hahahahaa. ktorg berhenti kat petronas and sorg kasi RM 4 untuk isi minyak. ktorg isi minyak RM 15.

naik ke skycab tapi tak beli tiket naik atas pun. sekadar nak pegi toilet ke geopark je . kakakak. sadis kan? toilet kena caj 50 sen tauu.

then anep yang tunggu dalam kereta whatsapp aku kata nak gerak gunung raya. aku tak tanya banyak sbb aku pun tkade hala tuju. so ktorg pun ikut je sampai ke gunung raya.

macam nak naik cameron haa. yeh. gunung raya kat puncak!

ktorg bergmbar kat bawah memula, pastu anep ajak naik tower. kena caj RM 10 sorang. tapi ada air teh panas kat atas yang open tab. so ktorg pun okay. dari naik skycab byr 35, baik naik tower ni. tapi still nmpk keliling. best. maybe aku ni dh tua agaknya, taste pun mcm org tua. nk tempat rileks2 yang takde orang tak suka bersesak-sesak.
lucky time tu takde orang. so kat tower tu ktorg berempat je. D'Hill Coconut tu ada servis hotel jugak. RM 250 satu malam. kalau agak nak jauh dari orang, honeymoon, kau gi la situ. romantik gittew. bahahahaha. duduk atas tu tengok sunset je. and nampak la vietnam and beberapa gugusan pulau. nampak jugak Kilim.

around 7.30 mcm tu ktorg turun balik untuk balik ke Kuah. nak pegi lagi Haji Ismail Group. tambah lagi coklat. bahahahahaha. tu la aku kata, kalau kau kuat boleh tahan nafsu nak coklat tu, kau boleh je berjimat sepanjang masa kat langkawi ni.

aku habis another 79.90 kat HIG ni. kakakakak. then ktorg balik ke motel tapi singgah beli cool blog dengan subway utk bawak makan kat pantai sambil tengok orang main api. kemengantukan yang tahap dewa membuatkan aku sampai tertdo kat tepi pantai. bahahahahaha. punyalah ngntuk.
aku surrender. 11.30 aku bangun and terus nak balik bilik. yang tiga orang lagi ni nak sembang, kau sembang la. aku tdo sampai dh termimpi2 dah. baik aku balik bilik. hahahahaahah.

so end there.

esok pagi check out pkul 9 lebih after having bfast cost me RM 8 sebab aku amek nasi lemak ayam -.- dengan milo ais. then pack brg masuk kereta and hntr yana dengan eyza ke airport. flight pkul 11.25.

whereas ktorg dua ni nak habiskan minyak, pegi makam mahsuri kejap. aku ni jiwa sejarah sikit yang suka nak amek tau benda2 lama ni. so aku paksa anep bawak aku gi makam mahsuri. entry fee RM 10 sorg . tengok la apa yang ada. aku tktau la rumah tu rumah betul dia or dorg dh bina balik atas tapak yang sama. i'll check it out later. kalau rumah tu mmg rumah yang dia pijak, kayu tu yang ada kesan tapak kaki dia, best wehhhh.

so lepastu ktorg terus ke jeti Kuah. hntr kunci kereta. and beli tiket balik. tunggu feri pkul 1 ptg and smpai kuala perlis around 2 something. pastu aku punyalah taknak menyusahkan pakcik2 aku, aku naik teksi ke rumah nenek yang dua minit dari jeti. kena caj 10 ringgit! taubat aku pegi langkawi taknak naik teksi dah. dia kata memang kalau balik trip kena caj 10. kalau mcm tu len kali aku nak suh hntr ke penang ah. caj 10 ringgit jugak kan kalau balik trip -.- pakai la meter lain kali. ish.
aku pun satu begok. -.-

okay tu je. cukup langkawi-perlis.

next trip? TERENGGANU.

Langkawi Bajet Day 1

Hi, Hello, Assalamualaikum.

Ni first time travel sendiri dengan kawan. so we tried to make it less budget sbb yela, mak ayah takde tau nak tolong support belikan itu ini. semua sendiri.

cerita dia macam ni. around 12-13/3/16, ktorg plan nak travel. back pack kononnya. tapi takdelah back pack sangat. generally, TRAVELLING. plan asal, 3 orang. me, anep dengan era. nak bercuti waktu mid break. tapi era tak dapat join, so it is impossible i nak kluaq dengan anep je kan?

ajak la eyza dengan yana. since yana teringin nak pergi langkawi, dia apply cuti on monday cz we are going to be in Langkawi 19-21/3/16.

3 hari 2 malam.  baca bagi habis dulu.

ni total bajet I dari KUALA PERLIS - LANGKAWI

Feri : RM 18 (sehala) x 2 = RM 36/person
Sewa kereta (VIVA): RM 30/day/person
Minyak : RM 9/person
MZ Motel : RM 60/person (further info will be discussed later)
Lunch 19/3 : RM 5
Air mineral 1.5 L : RM 2
Chocolate : RM 88 +15.90 + 64.50
Bfast (20/3) : RM 2.50
Island Hopping : RM 30/person
Sewa Snorkeling : RM 15/person
Maggie Cup (beras basah) : RM 4/cup
Entry Dayang Bunting : RM 3/person
Paddling (Dayang Bunting) : RM 20 inc life jacket utk mandi
Aiskrim roti : RM 3/bun
Pinggan (gmbr waktu nak naik boat island hopping) : RM 10
Lunch (20/3) : RM 9.50
Toilet Geopark Skycab : Rm 0.50
Tower Gunung Raya : RM 10/person
Cool Blog : RM 5
Subway : RM 10
Bfast (21/3) : RM 8
MAkam Mahsuri : RM 10/entry

total cost : RM 450.90
well this is how much i spend on langkawi. boleh lagi murah, kalau kau pandai tahan nafsu dari tak beli coklat. bahahaha. okay meh i cite dulu how i get this budget.

ktorg pegi empat orang. I, Anep, Yana, Eyza.

 
yana . anep. i . eyza


waktu tunggu feri pukul 12pm


ktorg tak book chalet. hanya kereta. again, HANYA KERETA! even waktu tu cuti sekolah. tapi dah nak habis cuti kan. kalau korg nak pegi waktu cuti sekolah, book dlu. and untuk student macam ktorg, pegi la waktu korg cuti break yang bukan waktu cuti sekolah. haa. sbb harga dorg mencanak naik weh!

okay, I mintak tolong kawan carikan kereta sewa. VIVA. memula dia kata 50, ttbe tukar RM 60. panas kan? yeh i know. i pun panas jugak. last min ttbe ubah harga. tapi tkpe. takut takde kereta pula nanti. dah ada kereta, takde hal nak pusing cari motel.

sampai je kat Kuala Perlis, I park kereta kat rumah nenek. well thats the good thing lah. takyah bayar parking fee. muehehe. rumah nenek 2 min je dari jeti Kuala Perlis. ktorg bfast kat kuala perlis kos sorang around RM 3-4 ringgit. roti canai dengan ayaq. kihkih. then mintak paksu hantar ke Jeti. arrived at jeti, tiket, pakcik dah belikan untuk 4 orang. cost RM 72. sorang RM 18 sehala. haa baik kan pakcik-pakcik i? hehe

then tunggu feri pukul 12. eksaited nih. debar2 jantung i. dah sampai masa naik feri, besar gila feri dia. feri ni macam bas jugak. ada PLUSLINER, ada KKKL, EAGLE dan sbgainya. tapi takdelah nama feri ni eagle la apa la. ada la nama dorg sendiri. i tak amek tau. haha. masuk-masuk then duduk. satu line kanan tu 3 kerusi je. so anep kena duduk belakang ktorg. hahaha.



perjalanan makan masa around 1 jam 15 min. haa orang bawak feri ni agaknya mcm org bawak bas kot. ada yang pecut tak hengat! ada yang bawak slow and steady. kot. hahaha. dalam 1.30 mcm tu ktorg sampai kat jeti Kuah.


 
ayah kata langkawi ni ada 99 pulau. yehhh bebeh. tpi kebanyakan pulau dia tk berpenghuni sbb batu2 mcm ni.

contact dengan brader yang sewakan kereta ni. waktu perjalanan nak ke kereta sewa tu, hanya Allah yang tahu betapa besarnya penyesalan booked kereta awal-awal. sampai ada yang offer RM 40 sehari! i boleh jimat 20 ringgit tau tak!!! boleh beli Daim sepeket. T_T true la apa orang kata, kat Langkawi tu, bersepah org nak kasi offer kat kau. jangan risau.

tapi takpe. redhakan. ktorg sewa kereta untuk dua malam. RM 120. bahagi 4. sebab empat orang. so jadinya, sewa kereta RM 30 seorang untuk dua malam.

masuk kereta, even bukan kereta kami, kami guna sebaik mungkin. jaga sebaik mungkin. jangan kata itu kereta orang, kau lanyak sesuka hati. jaga property orang sama nah. lesen jangan lupa bawak pulak. sbb waktu nak amek kereta tu, kena fill in borang and kasi lesen untuk reference.

first thing yang kau kena buat, is isi minyak. kau ingat dorang baik sangat nak isikan minyak kereta penuh? no! dorang tinggalkan kereta sampai E yang dah berkelip2 tunggu enjin nak mati je. so pergi cari stesen minyak and waktu ni lah WAZE sangat berguna!

isi minyak, ktorg mmintak sorang RM 5. jadinya isi RM 20. dengan kadar minyak RM 1.60 selitre skrg, adalah viva tu naik 3 bar. okaylah kan. 2 hari je pun.

pastu ktorang terus WAZE ke Chenang. yeh orang kata kawasan chenang memang mahal. memula kawan ktorg suggest ke AMZAR motel, (kau waze je, memang ada). sbb dia kasi bilik untuk dua orang, ada aircond RM 45. cool kan? tapi nasib ktorg tak baik, bilik dh full. yang tinggal family room. bila pulak i kawen dengan anep dan ada anak-anak yang bernama eyza dan yana yang membenarkan kami duduk sebilik? nak travel,travel jugak. tapi jangan sebab kau nak jimat, kau main asak je sebilik. no. ingat mak ayah, ingat tuhan. kau travel nak cari pengalaman and ilmu. and untuk kau bukak mata, Allah jadikan dunia ni macam mana.

so ktorg pun berhenti tepi jalan. kepala dah jammed. dengan kepanasan yang menjangkau 34-37 darjah celcius, i rasa asyik nak marah je ha. hahaha. syaitan betul. masing-masing surf internet untuk cari hotel yang murah. kami guna kunci kata seperti ini : motel chenang RM50 . sadis kan? hahaha.

dan kami jumpa few motel yang berharga around 70 mcm tu. sebab dah letih, kami call je. tanyakan bilik. and i ada booked untuk T cottage motel. booked je, dia suruh walk in tengok tempat dulu. ttbe eyza jumpa chenang inn yang berharga RM 55. apa lagi, terus waze, cari tempat. bila dah jumpa, ktorg dengan muka taktau malu mintak bilik yang RM 55. tapi malangnya, bilik tu dorg dah tak buat dah dgn harga tu. ada pulak makcik lalu depan ktorg, offer bilik RM 60. satu bilik boleh masuk 3 orang sbb dia tengok ktrog perempuan bertiga kan.


 
nampak tak laut kat belakang?

 
yeh dia ada dua tingkat

orait ni bilik gigirl. sbb langkawi ni panas gila, so ktorg lepas mandi terus cuci baju and sidai. kejap je dah kering. bawak la sabun pencuci baju satu paket kecik tu. ada je jual. dri kau nak bawak baju bebanyak. mana lagi berat?

that is MZ Motel. sebelah je dengan Chenang Inn tu. hahaha. and guess what, motel tu belakang dia pantai. apa kau nak lagi?? murah pun okay dah. belakang dia laut weh. and ada lagi yang exciting pasal motel ni.

ktorg amek dua bilik. dua2 bilik bawah. bilik gigirl, then diselangi dengan 3 bilik lagi, baru bilik anep. satu malam RM 60. ktorang amek dua bilik = RM 120. untuk dua malam =RM 240 then bhagi 4 orang, RM 60 seorang untuk dua malam. cool kan?
Kemudahan :
Aircond
Queen Bed
TV
Towel
Sabun
Selipar sepasang

water heater takde. ah tak payah, sbb air dia dah cukup suam. langkawi pulak. panas gila weh.

lepas dah check in, letak barang, ktorg keluar balik untuk cari makan. cari makan around Chenang. tapi jauh sikit dari pusat tumpuan. kedai makan biasa je. makan nasi lauk RM 5 sekali dengan air limau ais. pastu i beli mineral botol besaq sebotoi tambah RM 2. beli bungkuih, balik bilik. muntahkedarah.

lepak dalam bilik sampai 4.30. lepastu anep bosan, sbb dia sorang, dia ajak mandi laut. haaaa. laut tu belakang bilik je. hahaha. i pun kluaq pi mandi. yana dengan eyza datang kemudian sbb dorang nak mandi kasi bersih dulu. i tknak buat kerja dua kali. so i pi mandi laut dulu. waktu ni last day period, alhamdulillah! kalau tak jenuh i nak tunggu orang lain solat while im doing nothing. tunggu orang solat pun boleh bosan tau.

then lepak dengan anep. berjalan sampai ke hujung pantai. ada la jumpa 2 3 ekor ikan buntal yang terdampar kat laut. kat chenang ni banyak gila orang putih yang menjemurkan diri. mata i sampai berpinar tengok body dorang. T_T. ktorg mandi jap. then eyza dengan yana datang and join the club. dekat pantai tu, kau nak main jetski, parasailing, banana boat, sume ada.
jetski : Rm 90-120
Parasailing : RM 120
Banana boat : RM 60 (kot satu banana tu)
yang lain i tatau. hahaha











 
pyung tiger?
alright. belakang ni ada cafe yang serve arak. as i said, bhya perempuan keluar malam sorg2. sbb ada orang2 mabuk ni. so be careful. siang2 takdela dia jual kan. semua omputih bersidai je. waktu ni ktorg dduk since abang tu tolong tarikkan kerusi utk terang apa tu island hopping and so on,


 
asalnya nak tanam si anep ni. tapi letih dia perghh wehperghhh

 
23,24,25 bajet nak jadi 12,13,14






lepas lepak2 berempat, ktorg plan nak buat apa esok. pastu abang Din suggest ktorg itu ini. ada island hopping, mangroove, snorkeling etc.
Snorkeling kat pulau payar RM 140 seorang paling rendah dorang kasi. katanya lah.
Mangroove : RM 80-90. pusing 5 pulau. boleh masuk cave kelawar, kasi ikan makan and etc.
Island hopping : RM 30-35

so ktorg decide pergi island hoping dengan mangroove. ah. jangan berhenti baca takat ni. baca lagi.

7.30 ktorg solat maghrib lepas tgk sunset and keluar bilik pukul 8.30 mcm tu pegi HAJI ISMAIL GROUP kat Pekan Kuah. kau duduk sini, dua tempat ni mmg famous. Kuah-Chenang. i sampai dah hafal jalan dia takyah tengok waze pun takpe. well kedai ni banyak betul tempatnya. so memana kau pegi pun sama je. kau taip je kat waze, nanti dia bawak kau. waze tu penting. bawak lah power bank eh. haha

ktorg shopping chocolate, cost RM 88.20. then dah ngantuk gila tapi lapar. ktorg gerak balik ke chenang. dalam perjalanan, jumpa satu kedai makan atas bukit tepi jalan. tepi2 dia hutan. hahahahah. tapi dia punya karoeke, anep kata syaitan pun blah. tak tahan. kuat gila. sampai nak order pun terjerit2. ktorg makan kena caj RM 46. i menyesal tanpa henti. seribu penyesalan. udang besar 3 ekor je pun. tomyam dia caj RM 18. sumpah i tanak datang dah kedai tu. so makan ni, kira silap besar ktorg la. hahaha. kalau berbajet, mmg tkboleh ke kedai ni.
 
yeh kedai dia bukan restoran besar pun. hahaha
is it normal makan 4 org 46ringgit? maybe kot. tapi still i tkley cernaaa


bila dah balik, ktorg even ngntuk, decide nak jalan kat chenang. JALAN KAKI. sepanjang kawasan motel tu ktorg jalan kaki. motel ktorg sederet dengan underwaterworld tapi tak masuk pun situ. time pegi, ktorg lalu kat kedai2. bila balik, ktorg lalu pntai. haa this is the best part.

 
yep ni dorg buat pertnjukan api tu. every night ada. 

berangan nak candle light dinner? pacak lah lilin kau kat pantai. belakang motel tu ada orang buat tarian api. so kau nak chill tengok dorang main api pun boleh. lantern pun ada. kalaulah i tak ngntuk time tu. wuwuwuwu. dah berguling kat pasir dah. cumanya kawasan situ a bit bahaya sebab dorg serve arak. so akan ada orang mabuk. gigirl, takyah la keluar kalau takde boboy. ktorg ada adik sador sorg ni. so rasa selamat sikit. lgipun beach boy yang main api tu kebanyakannya melayu. hikhokk.

ah letih aih. cukuplah day 1. nanti sambung day 2. lepas balik bilik apa lagi? mandi dan krohkroh la kami berempat.