Keadaan di dalam kereta Amalina begitu sepi. Arif yang memandu juga tidak membuka bicara. Setelah Amalina mengambil Hannah di rumah Hannah tadi, terus mereka mengambil Arif untuk bersama dengan mereka. Hannah yang duduk di tempat duduk belakang dengan Amalina melayan diri.
“Macam mana awak tau ni santau?” soalan Arif memecah hening. Amalina dan Hannah berpandangan.
“Dari mula lagi Hannah dah perasan. Tapi Hannah ingat sangkaan Hannah salah. Hannah cuba cari dalam internet pasal santau. Majoriti tanda-tanda santau yang tertulis, memang jadik kat Hannah.” Cerita Hannah.
“Macam mana Amalina boleh tahu?” soal Arif lagi. Giliran Amalina menjawab.
“Waktu sekolah dulu, ustaz ada dedahkan pasal ni sebab Amalina sekolah agama perempuan. Berasrama lagi. Memang selalu jadi histeria la, apa la. Tu yang ustaz bagi pendedahan. Kami kan sekolah agama sama dulu.”
“Hannah ada syak sape-sape ke?” tanya Arif.
“Takde.” Jawab Hannah. Dia sendiri tak pasti jika ini kerja Hani. Umi ada berpesan, jangan bersangka buruk kepada orang lain. Biarpun kita tau orang tu yang menyusahkan kita, jangan sesekali kita mengaibkan dia.
Dada Hannah tiba-tiba sakit. Dia mengurut lembut dadanya. Amalina mula risau.
“Awak okey ke?”
“Kenapa?” soal Alif yang memandu. Sekali sekala dia memandang ke belakang melihat Hannah.
“Takde apa la. Sakit dada sikit je. Angin kot.” Hannah tidak mahu Amalina dan Arif risau akan dirinya. Dia cuba bertahan selagi mampu. Kepalanya terasa berat. Entah kenapa untuk menggerakkan tangannya juga, dia malas!
“Tahan sikit lagi ye Hannah. Kita dah nak sampai.” Kata Alif. Hannah mengangguk.
“ASSALAMUALAIKUM!!” Arif keluar dari kereta. Pintu rumah atoknya diketuk kuat. Lantas pintu itu dibuka perlahan oleh seorang orang tua yang berbaju melayu.
“Arif! Waalaikumussalam. Nak balik, tak bagitau atok pun!” orang tua itu memeluk tubuh Alif dengan gembira. Seorang wanita tua menyusul kemudiannya. Dengan senyuman, wanita itu menarik Arif dalam pelukan.
“Nek, atok, Arif ada bawak kawan.” Arif memandang Hannah dan Amalina yang baru keluar dari kereta. Wajah pucat Hannah dipandang Ustaz Asri. Pandangan itu beralih pula kepada cucunya, Arif.
“Kami datang nak berubat.” Kata Arif terus.
“Eh! Masuk-masuk!” terus Ustaz Asri mempelawa mereka bertiga untuk masuk ke dalam rumah itu.
Beberapa soalan ditanyakan kepada Hannah. Arif dan Amalina hanya mendengar. Tidak mahu masuk campur.
“Ada orang yang dengki dengan kamu ni! Manusia apa yang punya sikap macam ni? balasan Allah langsung tak takut.” Seloroh Ustaz Asri.
“Lepas Isyak, kita berubat ye? Kamu rehat dulu.” Kata Ustaz itu. Hannah mengangguk. Sempat dia menelefon untuk memberitahu Elman tentang kepulangannya. Elman hanya akur. Nasib kau la Elman, malam ni tido tak berteman.
HANNAH menghela nafas perlahan. Selesai solat berjemaah dengan keluarga Arif tadi, Ustaz Asri terus berusaha untuk mengubati Hannah. Arif dan Amalina menjadi penonton.
Sesekali Hannah menjerit kesakitan. Amalina menekup telinga dan memejam matanya. Tidak sanggup untuk melihat.
Selesai mengeluarkan santau itu, Ustaz Asri membacakan beberapa potong ayat Al-Quran. Sesungguhnya ayat Al-Quran boleh menjadi ubat semua penyakit. Betapa hebatnya ayat Al-Quran yang diturunkan Allah. Tapi manusia tak pernah nak menghormati ayat Al-Quran. Ayat Al-Quran hanya dibaca pada aktu-waktu tertentu dan tidak dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
“Hannah. Atok nak cakap dengan kamu sekejap.” Kata Ustaz Asri perlahan. Hannah memandang Arif dan Amalina. Mereka faham akan pandangan itu dan meninggalkan Hannah berdua dengan Ustaz Asri di ruang tamu. Mereka turun ke dapur menyertai nenek Arif.
“Kamu tau siapa yang hantar santau ni?” soal Ustaz Asri.
Hannah serba salah. Dia diam. Tak mahu menyebut nama Hani.
“Jangan risau. Bagitau atok.”
“Sebenarnya.. Hannah sendiri tak pasti tok.”
“Takpe. Bagitau atok siapa yang Hannah syak.”
“Erk.. Hani. Dia dulu kekasih lama suami Hannah.” Hannah meneruskan cerita tentang Hani. Ustaz Asri mengangguk.
“Santau ni bahaya. Boleh bawak maut. Atok nak pesan satu je, jauhkan diri Hannah dengan Hani tu. Amalkan ayat-ayat Al-Quran selalu. Buat solat sunat hari-hari. Mintak pada Allah. DIA je yang mampu sembuhkan Hannah. Semua ni berlaku atas kehendak-Nya. Ni atok nak tanya, macam mana Hannah boleh sedar santau ni? Selalunya santau ni, dah lama kena baru dia sedar.”
“Entah la tok. Waktu first time Hannah rasa pelik, waktu Hannah batuk darah. Hannah ingat mungkin batuk kering. Tapi malam tu Hannah terus dapat mimpi ngeri. Ada sampai Hannah makan bangkai.”
“Atok sendiri pelik. Cepat sangat Hannah sedar pasal santau-menyantau ni.”
“Kuasa Allah tok. Kita sendiri tak dapat pertikaikan. Manusia tak boleh kata semua kat dunia ni mustahil. Mukjizat yang nabi-nabi kita terima dulu pun, luar dari pemikiran manusia. Allah Maha Agung. Semua boleh DIA lakukan.”
Ustaz Asri mengangguk-angguk. Ada kebenarannya dalam kata-kata Hannah. Kuasa Allah, takde siapa yang boleh sangkal.
“Hannah kena datang lagi tau. Tiga kali buat baru betul-betul hilang, Insya Allah.” Pesan Ustaz Asri.
“Ye tok. Tok..” Hannah mengeluarkan sampul surat dari beg tangannya. Dia menyerahkan sampul itu kepada Ustaz Asri.
“Eh tak payah! Tok ikhlas ni.”
“Saya pun ikhlas. Tok jangan la anggap ni sebagai bayaran. Anggap ni sedekah saya.”
“Alhamdulillah. Terima kasih ye nak.”
“Sama-sama.” Hannah tersenyum. Hani.. kalau betul kau yang buat, aku harap kau berubah Hani. Berubah la. Kembali ke pangkal jalan. Niat Hannah.
HANNAH pulang ke rumah pada keesokannya. Elman yang tahu akan kepulangan isterinya jadik tak keruan. Dia mengemas rumah yang sememangnya sudah kemas. Menyapu sampah. Mop lantai. Lap sliding door. Kemas dapur. Entah kenapa dengan dirinya. Baru sehari Hannah tak balik rumah, tapi ia menukar seluruh sikap Elman!
Sanggup Elman mengambil cuti hanya semata-mata untuk menyambut kepulangan Hannah. Dialah tukang masak, dialah tukang kemas rumah, dialah segalanya. Semua kerja, Elman yang buat.
Hannah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Elman yang sedang menyediakan makanan terkejut. Terus dia berlari mendapatkan Hannah di muka pintu. Terpinga-pinga Hannah memandang Elman.
“Kenapa?” soal Elman terpinga-pinga. Dia memegang pipinya. Ada apa-apa kat muka aku ke?
“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” soal Hannah. Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dah la dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu! Elman terus meleraikan ikatan apron ditubuhnya dengan pantas. Dia membuka apron itu dan berlagak macho.
“Hannah lapar ke?” soal Elman menukar topik. Hannah hampir ketawa. Namun dia tetap mengangguk. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul dua petang.
“Abang ada masak sikit tadi. Jom la makan.” Ajak Elman. Hannah meletakkan beg tangan dan beg bajunya di atas sofa. Dia mengekori Elman hingga ke dapur.
Elman mengangkat tudung saji. Jatuh rahang Hannah melihat apa yang ada di atas meja makan. Apa tadi dia cakap? Abang ada masak SIKIT?!!
Ni nak makan berapa orang ni? Sepuluh orang pun belum tentu habis. Penuh meja dengan lauk pauk yang dimasak Elman. Hannah memandang Elman tidak percaya.
“Abang, siapa nak habiskan makanan ni semua?” berkerut dahi Hannah menyoal.
“Kita la.” Elman menarik kerusi untuk Hannah.
“By the way, abang tak kerja ke hari ni?”
“Kerja? Erhh .. kerja. Abang balik kejap je ni. Jap lagi abang pergi la kerja. Banyak soal pulak awak ni! Dah, duduk!! Makan je!” Elman risau jika dia tak mampu menjawab soalan yang bakal Hannah lontarkan buat dia nanti.
“Abang, ni semua pembaziran la. Abang tau kan Hannah makan sikit je.”
“Ala, kalau tak habis, kita sedekah la kat jiran-jiran.”
Sedapnya dia cakap! Sedekah? Bila masa pulak dia baik dengan jiran tetangga? Macam mana la benda ni semua turns upside down macam ni dalam satu hari je?! Hannah berteka teki. Ada baiknya jugak dia keluar dari rumah tu sekali sekala. Terus ramah je budak sekor ni.
“We’re not going to finish this.” Ucap Hannah.
“Akan habis punya.” Elman masih berkeras.
“Abang makan sampai habis!”
“Okey je.” Elman sungguh-sungguh makan. Hannah hanya tersenyum. Setelah apa yang dia lalui sebulan yang lepas, susah untuk dia lupakan bagaimana santau itu menular dalam dirinya.
Namun dia bersyukur dengan hidupnya. Elman sudah berkeras TIDAK akan menceraikannya. Walaupun sudah banyak kali hal itu dibahaskan, Elman tetap dengan pendiriannya. Tidak akan sesekali dia melepaskan Hannah.
Hannah sendiri tak pasti apakah alasannya. Tapi pelik jugak, tak pernah pulak Elman katakan dia sayang ke, dia cinta ke kat aku. Hannah menelan air liurnya.
Selesai Hannah menghabiskan makanannya, dia melihat Elman yang masih menyumbat. Sesekali Elman bersandar di kerusi. Hannah menjungkit kening. Elman terus menyumbat lagi.
Ya Allah! Tingginya ego kamu wahai Elman!
Hannah menanti Elman untuk menghabiskan hidangan tengah hari itu. Teragak-agak Elman untuk menyumbat lagi. Elman memandang Hannah dengan mata bulat yang separuh merayu.
“Tau pun kenyang. Orang cakap tak nak dengar. Dah tu nak buat apa wasted food ni?” Hannah mencuci pinggannya di sinki.
“Simpan je la. Malam kang boleh makan lagi. Kalau ada lagi, esok boleh panaskan. Tak payah masak untuk esok.” Cadang Elman. Wah! Wah! Wah! Pandai kau bercakap ye?
“Hmm.. yela.”
“Macam mana dengan parents Amalina?” Elman menarik minat Hannah untuk berbual dengannya.
“Sihat.” Hannah menelan air liur. Ya Allah, Elman!! Jangan la soal lagi. Aku tak boleh nak tipu kau lagi.
“Hari grad nanti, dorang tak datang ke?”
“Siapa?”
“Parents Amalina la.”
“Entah.”
“Are you hiding something from me?”
“Nak hide apa? Takde apa la.”
“Hannah. Look at me when I’m asking!” Elman menoleh ke belakang melihat Hannah masih membatu di sinki. Hannah menahan debaran di hati. Dia mengukir senyuman lantas menoleh melihat Elman.
“Apa dia? Nak hide apa? Pelik la abang ni.” Hannah ingin menyembunyikannya sehingga santau itu benar-benar hilang.
“Something’s fishy.”
“Apa yang fishy? Awak tu, tak kerja ke?” Hanah menukar topik.
Elman terkedu. Dia memandang ke tempat lain. Aduh! Minah ni tanya pulak.
“Nak pergi la ni.” Elman bangun dari kerusi. Dia meletakkan pinggan di sinki. Terus dia mencuci tangan dan berlari naik ke biliknya.
Elman turun semula dengan lengkap berpakaian kemas.
“Abang keluar dulu.” Elman meneruskan langkah. Namun langkahnya terhenti sekejap. Dia berpusing dan mendekati Hannah. Tangan dihulurkan. Hannah kaget.
“Apa?” soal Hannah.
“Salam! Cium!” perintah Elman. Pipinya kelihatan merah. Hannah hampir ketawa. Dulu aku nak buat macam tu, bukan main bising lagi.
Hannah mencapai tangan Elman dan menyalamnya. Lembut kucupannya hinggap di tangan Elman. Elman tersenyum di saat isterinya masih menunduk. Dia teruja!
Namun senyumannya mati di saat Hannah mengangkat semula kepalanya.
“Okey. Abang pergi dulu. Bye! Assalamualaikum.” Elman mengucup dahi Hannah pantas. Hannah terkesima. Dia bagi salam. Dia cium lagi dahi aku. Orang mana pulak yang mandrem suami aku ni?
Hannah tersenyum geli hati. Dia perlu berubat lagi dua kali dengan atok Arif. Penipuan apa lagi yang perlu dia buat? Hannah merengus perlahan.
MANA aku nak pergi ni? Elman menyoal diri sendiri. Keretanya dipandu melilau entah ke mana. Takkan nak ke ofis? Nanti papa tanya pulak. Dah mintak cuti, tapi pergi kerja. That’s so not me!
Elman!! Apa yang dah jadik dengan kau ni? Kau tau tak apa yang kau dah buat? Pagi-pagi kau solat subuh! Selalunya kalau Hannah takde, kau takkan solat! Sekadar jemaah sebab Hannah je!
Kau kemas rumah sampai berkilat! Kau masak!! Kau sanggup amek cuti hanya sebab Hannah! Dan kau tipu dia kata kau tak cuti! Apa ni Elman?? Apa semua ni??
Elman memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menelan air liur. Jantung yang berkencang hebat membuatkan dia berpeluh. I’m in love?!
Suka Ayat "I'm In Love"
ReplyDelete