Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Saturday, October 29, 2011

KD 1

I love you, Ann.” Ucap Amir. Jemari Ann digenggam Amir. Dada Harith Haziq berombak kencang menyaksikan adegan mesra di hadapannya. Wajahnya merah menahan marah. Tanpa mendengar jawapan dari Ann, Harith Haziq terus berlalu pergi meninggalkan dua orang yang sedang bermadu asmara di dalam bilik kuliah. Hatinya sakit apabila mengetahui sahabat baiknya sendiri cuba merampas seorang wanita yang dia cintai. Anna!

“Tapi I tak in love dengan you. Jujur, I in love dengan Haziq. I’m sorry, Mir.” Terus Ann menarik tangannya dari genggaman Amir dan bangun dari kerusinya. Bilik kuliah ditinggalkannya. Amir merengus kasar.

Memang dia tau yang Haziq mencintai Anna, tapi dia juga harus perjuangkan cintanya! Dia tak boleh kalah dengan Haziq! Kawan baik ke, adik-beradik sekalipun, Ann takkan aku serahkan kat kau, Harith Haziq! Amir menumbuk meja kasar.

HALLO bratha!” Aisyah Dania menumbuk perlahan belakang bahu Shahran. Mengaduh kesakitan Shahran dibuatnya. Mangkuk ayun punya budak kecik! Tak padan dengan kecik, main tumbuk-tumbuk pulak. Aku jentik sikit, melayang sampai ke Kutub Utara!

“Apa hallo-hallo? Ingat ni main calling-calling ke? Tak reti nak bagi salam?” ujar Shahran kasar. Aisyah tersengih.

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!” Aisyah memperbetulkan mukadimahnya.

“Kau ni Cah, tak padan dengan kecik, perempuan, perangai macam orang laki!” komen Shahran.

“Ala kau. Mana ada macam orang laki. Aurat still tutup penuh.” Bidas Aisyah.

“Memang la. Tu! Cara kau tegur orang tu. Macam samseng jalanan je.”

“Kalau aku samseng jalanan, kau samseng apa pulak? Samseng hutan?!”

Ish minah ni! Nak kena tau!” Shahran mengangkat tangan tanda nak pukul. Segera Aisyah mengangkat tangannya melindungi kepalanya.

“Kepala jangan main tau! Aku anti betul! Mak bapak aku tak kasi orang ketuk-ketuk kepala aku. Nanti kalau aku fail exam, aku bunuh kau!” keras Aisyah memberi amaran.

“Aku nak usap kepala kau je. Bagi tambah pandai.” Shahran tersengih.

“Bagi pandai konon. Entah-entah kau dah jampi serapah tangan kau bagi niat nak failkan aku kan?” Aisyah menuduh.

“Woi minah kerek! Sedap je kau redah menuduh aku jampi-jampi kan? Kau ingat aku ni tok bomoh weng-weng yang nak jampi kau? Mandrem Harry Potter aku hafal la. Tapi aku takde kayu sihir tu la.”

“Pakai la ranting.”

“Senang patah doh!”

“Apa doh-doh?! Kau ingat aku tepung ke? Ei! Ada jugak yang masuk kubur kang.” Aisyah hampir menumbuk muka Shahran, namun pantas Shahran mengelak.

“Woi! Muka macho aku, kau nak tumbuk? Aku tak kisah kalau kau nak hentam aku sampai lunyai, tapi jangan muka aku! Aset penting kot.” Shahran buat muka macho. Aisyah pulak buat muka nak muntah. Aiseyman, batman, ultraman, spiderman, superman! Pantang betul orang perasan macam ni! Putus fius betul.

“Lagi lama aku duduk melepak dengan kau, makin gila aku dibuatnya. Nanti lambat pulak aku masuk kelas! Chalo bete! Kita masuk kelas. Kang tak pasal-pasal kena nyanyi depan budak-budak lain sebab lambat masuk kelas. Kau bukan tak tau Prof Khairil tu! Dah banyak kali aku nyanyi lagu Twinkle-twinkle dalam kelas. Silap haribulan, lagu Baba Black Sheep pulak yang dia suruh aku nyanyi! Dah!! Jom.” Aisyah terus mengajak Shahran untuk masuk ke dalam bilik kuliah.

“Jom la.” Shahran turun dari motosikalnya dan menggalas begnya lalu mengikuti Aisyah hingga ke bilik kuliah.

“Kura-kura la kau ni. Lambat!” kata Aisyah. Shahran yang berjalan lambat di belakang sambil menekan-nekan kekunci telefonnya tersentap. Kura-kura? Ada jugak yang tercabut kepala kang!

“Kau meh sini!” Shahran terus menyimpan telefon bimbitnya di dalam kocek seluar. Helmet dipegang kuat. Dia terus berlari mengejar Aisyah yang jauh semeter darinya. Segera Aisyah berlari laju sambil ketawa.

Gedebuk!

Aisyah jatuh di atas lantai. Punggungnya digosok-gosok menahan perit. Mangkuk ayun! Tak pakai mata ke jalan? Tubuh gagah yang berada di hadapan Aisyah dipandang geram. Aku rasa macam langgar tiang, orang rupanya. Ingatkan pokok tadi. Kuat bebenor badan laki ni.

“Kau ni! Jalan tak nampak orang ke? Mata letak kat mana? Lutut??” sergah lelaki itu yang berpakaian kemas dengan kemeja dan seluar slacknya. Cermin mata hitamnya dilurutkan dari mata. Mata hazel yang menawan menjadi tatapan Aisyah.

“Eh mangkuk! Aku pulak yang kau salahkan? Aku jalan dah cukup baik tau tak!” Aisyah bangun seraya menepuk-nepuk punggungnya. Shahran yang sedang berlari terus mematikan langkah. Bulat matanya memandang lelaki itu.

“Abang Haziq!” panggil Shahran. Haziq terus mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggilnya.

“Shah?” terkejut Haziq memandang Shahran yang kian mendekatinya.

“Maaf la bang. Kawan saya ni memang macam ni. Mulut main redah je. Abang okey ke?” soal Shahran ramah. Abang? Kenal ke mamat ni dengan mangkuk ayun ni?

“Abang okey. Kawan kau ke ni? Perempuan bertudung, tapi mulut...” komen Haziq. Aisyah mula panas hati.

“Woi mangkuk tingkat! Lu apa kes sama wa?! Nak carik gaduh? Meh la masuk! Aku kuntau kau sampai lunyai kang baru tau!” Aisyah dah meloncat-loncat gaya orang nak bertinju.

“Kau tak payah nak eksen lebih la Cah. Jap gi Abang Haziq jentik kau, melayang sampai ke Kutub Selatan. Kau tu dah la kecik! Dah-dah! Tutup mulut kau, jalan terus masuk bilik kuliah. Kang tak pasal-pasal, dengan aku-aku sekali kena nyanyi Twinkle-twinkle.” Shahran menyerahkan helmetnya kepada Aisyah. Aisyah mencebik. Kau Shah! Memalukan aku betul. Kata kawan aku, tapi back up mangkuk ayun ni pesal? Kecik-kecik ni comel tau. Kecik-kecik ni la yang anak kesayangan ayah, baby bucuk mama aku tau! Jangan nak pandang aku sebelah mata! Aku cucuk mata kau bagi buta kang baru tau.

“Apa jeling-jeling? Dah! Pergi sana!” Shahran menegur Aisyah yang ternyata tidak berpuas hati dengan layanan ‘istimewa’ yang diberikan rakannya. Takpe. Ada ubi ada batas, ada hari, Ecah balas! Terus Aisyah berlalu pergi. Sengaja dilanggarnya tubuh Haziq sedikit.

Haziq merengus kasar. Budak kecik! Ada hati nak kuntau aku? Berani, buat la! Aku lenyek kau kang, baru tau. Haziq hanya memerhatikan langkah Aisyah yang berjalan sopan. Langkahnya sopan, wajahnya lembut, tapi mulut dia.. Ya Allah! Sabar je la.

“Abang, Shah masuk kelas dulu. Nanti kirim salam kat Abang Amir.” Shahran terus menyalam tangan Haziq, tapi takde la sampai cium-cium tangan. Nak muntah Haziq dibuatnya jika Shahran mencium tangannya lagak seorang wanita.

Amir? Kenapa la beza sangat perangai kau dengan Amir? Adik-beradik ke korang ni? Tapi perangai, macam matahari dengan Pluto! Haziq terus berlalu pergi. Niatnya untuk ponteng kelas terus terpadam. Langkah diatur hingga ke kelasnya.

WELL-WELL. What we got here? Again, you’re late young lady! Aisyah Dania! This is the last chance for you. Again if you’re late, I will not give you the chance to sit in my class. Sit down!” ujar Pro Khairil lancang. Aisyah mengurut dada. Nasib baik tak kena nyanyi, kalau tak, aiyoyo!! Malu beb!

Oh yeah! I’ve forgotten. Mind to intro? Twinkle-twinkle please. Here. In front of your friends.” Permintaan Prof Khairil merentap jiwa muda Aisyah. Ulala!! Aku kena nyanyi lagi? Dah berapa kali aku nyanyi lagu ni?! Terdengar riuh tawa dari rakan-rakan yang lain. Aisyah mengeluh perlahan. Tiba-tiba otaknya mendapat akal. Hehehe. Time to balas dendam!

But Prof, this is not my fault. Shah said that you want to meet me at your office. So, I go to your office, but you’re not there. I’ve searched for you for the entire uni. And then, I met......” Aisyah kelu. Jumpa siapa eak? Ala! Balun je la nama apa pun. “Haziq, my senior. He said he saw you in front of this class.” Haziq? Balun je la. Nama mangkuk ayun tu, boleh dipakai jugakan? Ingatkan tak berguna langsung. Hehehe. Habis la kau Shah!

So, I ran here as fast as I can.” Sambung Aisyah. Lama wajah Aisyah ditenung Prof Khairil. Aisyah membuat muka seposen. Puhh! Puhh! Makan la kau dengan jampi aku ni wahai Professor oi!!

You may take a seat.” Prof Khairil membuka bukunya. Aku menghela nafas lega.

“Muhammad Shahran!” panggil Prof Khairil. Shahran yang baru terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik kuliah terkedu. Aiseyman! Ni kenapa pulak panggil nama aku ni? Famous sangat ke aku ni?

Yes Prof?” Shahran terpaku.

Meet me in the office after the class.” Ujar Prof Khairil. Aisyah menahan tawa di kerusinya. Zulaika mencerlungkan matanya kepada Aisyah. Shahran mengetap bibir sambil memandang Aisyah dengan pandangan yang tajam. Aisyah tekup mulut. Dia menjelir lidah kepada Shahran. Thumbs up diberikan. Shahran mengetap gigi pula. Minah belit betul! Ni mesti ada benda dia cakap kat Prof ni!

“KAU ni Cah! Tengok! Tak pasal-pasal kena dating dengan pakwe kesayangan aku tu. Dah la tu, kau buruk-burukkan aku pulak! Nasib baik tak kena demerit! Kau ni kan!!” getus Shahran. Marahnya meluap-luap.

“Entah Ecah ni. Yang kau ni Shah, asal lambat sangat masuk kelas?” soal Zulaika.

“Tadi aku terserempak dengan Abang Haziq la. Lepas tu aku sakit perut. Pergi toilet kejap.” Terang Shahran. Aisyah dengan bingkas menoleh.

“Kau buat apa kat toilet?” soal Aisyah bodoh.

“Aku masak tadi. Asal? Nak rasa ke apa aku masak?” jawab Shahran loyar buruk. Zulaika geleng-geleng kepala.

“Kau masak pakai apa? Tong gas ada ke?” sengaja Aisyah mengenakan Shahran.

“Pakai gas sendiri.” Shahran ketawa terbahak-bahak dengan kata-katanya sendiri. Aisyah yang tidak merasakan ada sense of humor di dalam kata-kata Shahran, terus menarik tangan Zulaika meninggalkan Shahran yang masih macam orang gila terkekek-kekek sendiri.

“Weh! Tunggu aku la!” Shahran menghentikan tawanya lantas berlari mengejar dua orang wanita yang jalan meninggalkannya.

“HAZIQ!” Anna mengejar Haziq yang berlalu pantas meninggalkan dewan kuliahnya. Hatinya sakit mengenangkan adegan mesra antara Anna dengan Amir.

“Haziq! Slow la sikit! I tak dapat catch up dengan you la.” Jerit Anna.

You nak buat apa ikut I?” soal Haziq kasar. Berubah terus wajah Anna yang manis bertudung.

I just nak ikut you..” berubah suara Anna.

“Tak payah ikut aku. Baik kau pergi ikut si Amir tu! Kau jangan ikut aku lagi boleh tak? Blah kau! Aku tak suka la kau dekat-dekat dengan aku! Rasa macam lintah lekat kat badan tau tak!” suara Haziq meninggi. Wajah Anna berubah kelat. Sakit hatinya hanya Allah yang tahu. Lelaki yang selama ini dia sayangi, cintai, kasihi, menganggapnya sebagai lintah. Lenyap terus memori gelak tawa mereka bersama.

“Kenapa you...” Anna tergagap-gagap. Haziq menghampiri Anna.

Let me clear you something. Listen carefully because I don’t want to repeat it over and over again. You just one of my friends. And stop following me. I hate it! You gave me a headache!” keras suara Haziq. Anna terkebil-kebil.

But we had a lot of fun together. Our memories...” Anna mengingatkan.

Our memories doesn’t mean anything to me.” Jawab Haziq lantas meninggalkan Anna seorang diri di hadapan kampus. Amir yang menyaksikan adegan itu tersenyum sumbing. Air mata Anna menitis jatuh ke bumi.

“HAI sayang!” Aisyah terus memeluk Alissa yang sedari tadi menunggu dia di cafe. Alissa ketawa kecil. Shahran dan Zulaika menggeleng kepala dari belakang.

“Apa sayang-sayang? Lama tau aku tunggu!” Alissa merengus geram.

Sorry la. Jam tadi.” Jawab Aisyah.

“Roti takde ke? Dah tau jam, sedia la roti awal-awal!” gumam Alissa. Aisyah membulatkan mata. Main-main dengan aku pulak minah ni! Tawa Shahran dan Zulaika kedengaran.

“Weh pasangan sehidup semati, yang korang ni gelak je keje pesal? Takde keje lain ke?” sindir Aisyah kepada Shahran dan Zulaika.

“Banyak la kau punya sehidup semati! Dengar dek Areila, mampus aku!” Shahran membidas. Giliran Aisyah ketawa pula.

“Ecah, kau ni takde keje lain kan? Keje nak memadankan orang je. Yang kau tu! Bila nak dipadankan?” usik Zulaika.

Cet! Aku pulak yang difire?? Tak aci ni!! Aku ni gadis paling ayu, cun melecun, seksi habis kat sekolah dulu tau! Orang je yang tak berani dekat dengan aku sebab aku ni jenis makan orang. Hehehe.

“Banyak la kau punya padan-padan! Aku hentuk kepala kat dinding kang, terus gila.” Aisyah mula bangun dari kerusi besi yang didudukinya. Dia menuju ke arah kaunter untuk memesan secawan kopi.

Belum sempat dia sampai ke kaunter, terlebih dahulu tubuhnya dilanggar seseorang. Habis tubuh Aisyah disiram secawan jus oren yang sejuk. Nasib baik air sejuk, kalau air panas, memang dah mati orang yang siram aku ni aku kerjakan.

“Apa la yang malang sangat nasib aku ni? Dari tadi asyik jatuh je! Lain kali aku nak tukar kasut la. Pakai kasut tumit seinci pun boleh jatuh dari tadi.” Getus Aisyah kuat. Tubuh yang berada di hadapannya hanya kaku tanpa menghulurkan sebarang bantuan.

Aisyah melangut untuk melihat siapa gerangannya menyiramnya. Fullamak beb! Hensem siot!!!! Bulat mata Aisyah memandang wajah lelaki itu. Sungguh, dia tergoda!

Sorry.” Kata jejaka itu. Baru kini huluran diberi. Lantas Aisyah bangun sendiri. Tidak memerlukan huluran lelaki itu.

Sorry jugak. Saya jalan tak tengok kiri kanan. Habis air awak.” Aisyah menjawab ramah.

“Awak lagi kesian. Habis kena siram. Okey tak ni?”

“Okey ni. Saya Aisyah.” Kata Aisyah. Namun tangannya tidak terangkat untuk bersalaman.

“Zafran.” Lelaki itu tersenyum.

“Saya nak pergi toilet dulu.” Aisyah terus meninggalkan Zafran. Zafran tersengih sendiri. Kepalanya digeleng-gelengkan. Dia bergerak ke arah rakan-rakannya.

“Weh! Habis lencun kau siram budak tu!” separuh terjerit Akmal berkata.

“Ter....siram okey?” Zafran membetulkan.

“Budak kecik tu? Nasib dia selalu malang ow.” Haziq menyampuk.

“Kau kenal ke dia?” tanya Irfan.

“Kawan adik Amir. Shahran.” Jawab Haziq.

“You mean, adik tiri?” Falah membetulkan.

What ever. Still adik.” Bidas Haziq.

“Tapi Shah dengan Amir jauh beza ow! Macam kucing dengan harimau! Amir kerja nak terkam perempuan je. Si Shah ni pulak, aku tengok, baik je dia.” Zafran memuji.

Haziq mengetap bibir. Teringat dia tentang peristiwa pagi tadi di bilik kuliah. Amir yang selama ini dianggap teman paling baik menikam belakangnya. Damn you Amir Shah! Bukan kau tak tau hati aku kat Anna, tapi still kau nak try dia?! Semua rahsia aku, aku cerita kat kau, tapi apa yang aku dapat? Kau tikam aku hidup-hidup. Haziq merengus kasar.

“Weh! Yang kau ni dok mengeluh 24 jam apesal? Weh Ziq, aku tengok kau ni.. nak kata hensem, cun habis! Cair budak-budak uni kita. Ada yang sampai separuh gila bila kau senyum kat dorang. Harta? Bapak kau punya harta, tujuh keturunan pun tak habis! Apa yang kurangnya kau ni sampai takde perempuan yang melekat kat hati kau?” omel Akmal.

“Aku tak minat dengan perempuan la.” Haziq menyandar di kerusi besinya.

“Dah tu.. takkan kau ....GAY?!” Akmal, Zafran, Irfan dan Falah sama-sama menyebut perkataan gay. Haziq terkejut dengan suara kuat yang terhasil dari gabungan empat ekor monyet di kelilingnya.

“Mangkuk kau gay! Allah laknat beb! Aku lurus lagi la. Korang tu je yang pantang tengok perempuan, semua korang nak ayat. Makwe tak kurang dari lima. Pantang jumpa cun sikit, habis semua korang sapu. Tinggal kat aku habuk je!” bentak Haziq kasar.

“Aku bukan apa, kesian kat perempuan-perempuan yang menangis-nangis nak kat aku. Kau tau je la, aku ni bukan jenis heart breaker macam kau!” Irfan mempertahankan diri.

“Betul! Kau tu, perempuan dekat sikit, semua kau maki-hamun!” giliran Falah menyokong.

“Aku tak nak jadik buaya darat macam korang ni!” Haziq membela diri.

“Weh! Amir texting aku. Dia cakap malam ni ada party kat rumah dia. Dia ajak kita semua pergi. And don’t forget to bring our ladies.” Akmal memasukkan kembali Iphonenya ke dalam poket seluar setelah membaca mesej dari Amir. Semua mata tertumpu kepada Haziq. Haziq terpinga-pinga. Apa semua pakat pandang aku macam nak telan ni?
“Apa?!” soal Haziq kasar.

Don’t forget to bring your lady!” pesan Zafran nakal. Haziq garu kening. Mana aku nak carik perempuan ni?!

AISYAH keluar dari cafe dengan terburu-buru. Manakan tidak? Habis bajunya lencun disirami jus oren. Macam la aku ni pokok bunga nak main siram-siram. Tapi aku tak mampu nak tinggikan suara. Muka dia terlalu hensem untuk dimarahi. Tak sanggup aku nak marah mamat hensem tu!

Tubuh Aisyah berlanggar dengan Haziq yang juga terburu-buru untuk pulang kerana mendapat panggilan kecemasan daripada rumah.

Adoidoidoidoi!!! Apa la nasib malang aku hari ni?!” Aisyah menggosok punggungnya berkali-kali yang terjatuh menyembah bumi. Haziq masih lagi selamat berdiri. Kunci kereta yang terlepas dari pegangannya dikutip dengan kasar.

“Kau ni makan ke tak? Asal kena langgar je jatuh, asal kena langgar je jatuh. Asal jatuh je, mesti kena langgar.” Sindir Haziq.

“Oh! Kau mangkuk! Dah langgar orang, bukan reti nak mintak maaf! Ni main sindir-sindir pulak. Kalau mama aku tau aku jatuh bergolek macam durian runtuh sebab kau, dah lama kau kena boxing dengan mama aku tau! Hello! Ni baby bucuk mama la! Berani kau langgar!” sergah Aisyah berang.

“Yang kau kecoh tengah jalan ni kenapa? Siapa yang salah? Kau yang salah tau tak. Jalan tak tengok depan. Waktu kat kampus, bukan aku yang langgar kau! Kau yang langgar aku. Tu la, perangai immatured! Main lari-lari depan kampus pulak. Waktu kau jalan kat kaunter tadi, bukan Zaf yang salah, kau jugak! Mata tak tengok depan. Sekarang ni, kau jugak yang salah. Sibuk tepuk-tepuk baju, sampai aku yang berdiri kat depan kau, kau tak nampak!” marah Haziq.

Aku ke yang salah? Eheh, tak perasan pulak. Aisyah buat muka tebal.

“Ahh! Peduli apa aku. Yang penting, kau salah!” terus Aisyah berlalu pergi meninggalkan Haziq yang terkedu. Aku yang dipersalahkan? Dasar budak kecik!

Haziq membuka pintu keretanya. Tiba-tiba kepalanya teringat pesan Zafran. Don’t forget to bring your lady! Shit! Haziq menepuk stereng kereta kuat.

Keretanya memecut laju ke sisir jalan. Sewaktu keretanya melepasi tubuh Aisyah yang masih berjalan, ideanya datang membanjiri kepala otaknya. Keretanya diberhentikan dengan mengejut. Aisyah yang terkejut dengan hentian kereta putih itu berhenti dari membelek-belek bajunya yang basah.

Haziq keluar dari kereta dan menarik lengan Aisyah untuk masuk ke dalam perut keretanya. Aisyah yang terpinga-pinga hanya menurut.

“Weh! Kau nak kidnap aku eak? Aku report mama aku!” Aisyah mula berdebar. Haziq memandang Aisyah sekilas. Manja giler!

“Kau kalau aku jual pun tak laku tau! Aiskrim pop lagi mahal dibandingkan dengan diri kau.” Kereta Haziq terus memecut laju menyusuri ruang jalan raya.

“Weh! Mulut kasi baik sikit eak! Aiskrim pop kau bandingkan aku? Mama aku beranakkan aku sama sakit macam mak kau beranakkan kau tau! Ingat murah sangat ke diri aku ni! Dah tu, yang kau main aci tarik aku je apesal? Badan aku melekit la! Aku nak balik mandi!!” Aisyah mula bising di dalam kereta. Dihenjut-henjutkan badannya di dalam kereta. Haziq mula naik rimas.

“Kau ni! Berhenti lompat-lompat dalam kereta kau boleh tak?!” sergah Haziq kasar.

“Aku nak mandi la mangkuk ayun!” ujar Aisyah kasar.

“Diam kejap boleh tak?!” bentak Haziq. Aisyah diam sebentar. Tidak sampai sepuluh saat,..

“Nak balik! Nak mandi! Nak gosok gigi! Nak pakai baju cantik! Nak jalan-jalan! Nak makan-makan!! Olla! Ello! Haiyoo!! We we go! Ale! Ale! Ale! Go! Go! Go! Ale! Ale! Ale!” mulut Aisyah pantas bercotcet dengan irama. Haziq yang tidak tahan bunyi bising terus mengaktifkan radio dan menaikkan suaranya dengan kuat sekali.

“Woi pekak ke?! Nak dengar lagu, dengar la pelan-pelan! Gegendang kau rosak ke?” jerit Aisyah. Lantas radio dimatikan sendiri oleh Aisyah. Haziq menepuk dahi.

“Kau nak mandi?” soal Haziq. Aisyah bingkas mengangguk.

“WOI!!!” jerit Aisyah. Suara kecilnya hampir pecah dek jeritan yang kuat. Hati Aisyah bergetar hebat. Mangkuk tingkat! Mangkuk ayun! Mangkuk tandas betul! Ada ke patut dia lempar aku masuk dalam kolam hiasan kat depan Park hotel ni?! Malu siot! Orang yang lalu lalang tengok je aku. Mana aku nak letak muka? Mangkuk tandas punya hantu!

“Tadi nak sangat mandi. Ada air dah kira cukup untuk kau mandi, kan?” Haziq tersengih. Aisyah mengetap bibir. Seorang pengawal datang kepada mereka.

“Adik! Ni tempat bukan untuk mandi!!! Keluar! Keluar!” halau pakcik pengawal itu. Aisyah terus bangun dari kolam tersebut dan keluar. Matanya membulat memandang Haziq. Tawa Haziq masih bersisa.

“Kau!” Aisyah menunjukkan jari telunjuknya tepat ke wajah Haziq. Hilang tawa Haziq berganti pula dengan senyuman sinis.

I’ve to borrow you this evening. I’ll pick you up at KLCC. By seven sharp!” serius kata-kata Haziq.

“Woih mangkuk! Kau tak reti solat ke? Pukul tujuh tu Maghrib kot! Kau ni nak pilih masa pun, pada-pada la!” marah Aisyah. Haziq yang tersedar akan kesilapannya terus menukar masa.

Eight.” Kata Haziq ringkas.

“Isyak?” Aisyah masih mencuba untuk menolak ajakan Haziq.

After that you Isyak la kat rumah! Bukan aku nak pinjam kau sampai esok pagi! Tak hingin aku. Takde nafsu aku kat kau!” Haziq mengalihkan pandangan ke jalan raya yang penuh dengan kereta.

“Aku tak nak.” Keputusan Aisyah muktamad. Dia berpeluk tubuh. Terus Haziq memandangnya tajam.

Want it or refuse it is my choice. Not yours!” anak mata Aisyah direnung dalam. Kaku Aisyah memandang mata hazel itu. Tapi, kejap! Ni apa kes pilihan aku jadik dia yang menentukan? Mamat sewel betul!

Apesal pulak? Kau ni nak makan kasut aku ke, ha?” bentak Aisyah kasar.

Now you look like.... arghh!” Haziq mengalihkan pandangannya semula. Malu untuk melihat Aisyah yang lencun dengan air kolam.

“Apa? Miss universe?” Aisyah mula perasan. Hadoi budak kecik ni! Buat malu aku betul!

We have to go. Now!” Haziq menarik lengan Aisyah untuk memasuki kereta. Namun sebelum itu, sempat juga dia mengambil plastik di belakang bonet keretanya lalu dibentangkan di atas seat.

“Silakan duduk, my lady!” Haziq menghadiahkan senyuman manis. Aisyah terpana. Aiseyman, batman, ultraman! Cair kot! Tapi hampeh betul mamat ni! Mentang-mentang aku dah lencun luar dalam, dia siap lapik plastik lagi!

“Kau nak bawak aku pergi mana ni?” soal Aisyah yang sudah duduk di dalam perut kereta.

Just zip your mouth.” Haziq memecut laju ke jalan raya menuju ke kedai baju. Aisyah memeluk tubuh. Bencinya dengan lelaki kat sebelah aku ni! Rasa macam nak korek-korek je bijik mata dia!

“Apa yang muncung panjang sedepa?” sinis kata-kata Haziq.

“Diam la kau mangkuk! Tutup aircond! Aku dah beku dah ni!” Aisyah mula menggeletar. Dah la lencun aku dibuatnya, pasang aircond bukan main tinggi lagi!

Haziq tersengih nakal. Suhu aircond direndahkan lagi. Biar padan muka kau budak kecik!

“Kau ni kan!” Aisyah menjeling Haziq lantas mematikan terus aircond. Tingkap diturunkannya sendiri. Haziq hanya diam.

“PLEASE, bagi dress yang sesuai dengan perempuan ni. Bagi dia nampak seksi sikit. Kalau boleh, heels bagi tinggi sikit. Supaya dia tak nampak kecik sangat. Oh yeah! I’ve forgotten, kat sini ada bilik air tak? Bagi perempuan ni mandi kejap.” Haziq menolak tubuh Aisyah ke depan. Aisyah yang hampir terjatuh terus memaut sales girl yang ada di depannya. Aisyah menoleh kasar.

“Hey! Asal pulak nak seksi-seksi ni? Takde-takde! Kak, I’m a muslim and please, jangan ikut cakap laki gila ni! Dia insane. Now, can i borrow your bathroom?” Aisyah terus mengikuti sales girl yang menunjukkan bilik air. Sempat Aisyah memaling dan menjelirkan lidah.

Selesai membersihkan tubuh, Aisyah terus mencapai baju yang diberi sales girl itu. Dengan hanya berkemban di dalam bilik air, Aisyah membelek-belek baju yang dihulurkan. Ya Allah! Seksi gila! Ni kalau pakai ni, dedah dada wok! Mama tau, ayah nampak, mau kena penggal kepala aku ni!

“Kak!” panggil Aisyah.

“Yes?” jawab gadik kecil molek yang bernama Julia itu.

“Saya tak nak baju ni. Saya nak baju yang tutup aurat. Akak boleh tolong saya tak?” Aisyah tersengih. Hehehe. Tanduk nak keluar dah.

“ENCIK, cik Aisyah mintak encik jemput dia pukul lapan setengah malam ni kat KLCC. Dia mintak encik untuk balik dulu sebab akan ada orang lain yang jemput dia and she ask me to say thank you for the dress.” Julia berdiri di hadapan Haziq yang sedang duduk membaca majalah.

Haziq melirih matanya ke kanan sebentar. Matanya kembali tertacap kepada wanita di hadapannya.

Give my number to her.” Haziq menulis nombor telefon bimbitnya di atas sebuah kertas kosong dan memberikannya kepada Julia. Gadis untuk menunduk tanda terima kasih. Lantas Haziq pergi meninggalkan butik.

“Cik Aisyah?” panggil Julia.

Aisyah keluar dengan sehelai dress hitam yang labuh hingga ke betis. Lengan panjang yang menutupi tangannya dipandang puas. Sehelai seluar panjang menutupi kakinya yang tidak dapat ditutupi dengan dress hitamnya. Selendang yang menutupi kepala dan dada dibetulkan. Kasut tinggi yang dipakainya dihentak kecil.

How do I look?” tanya Aisyah. Ternganga gadis comel di hadapannya memandang Aisyah dari atas hingga bawah.

No comments:

Post a Comment