Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, October 28, 2011

BMW 8

“GOOD EVENING Mr. Miagi.” Sapa Elman yang baru tiba dengan Hannah dari belakang. Hannah yang berbaju jubah hitam pink, dipadankan dengan tudung labuh hitam menjadi tatapan Encik Miagi. Encik Miagi dan seorang lagi wanita di sisinya bangun menunjukkan tanda hormat.

“Good evening. This is my wife, Akira.” Encik Miagi memperkenalkan isterinya.

“And this is my wife, Hannah.” Elman menarik kerusi untuk Hannah. Hannah menghadiahkan senyuman buat Encik Miagi dan menyambut salam Puan Akira lantas duduk di kerusi yang ditarik Elman.

“Hannah? What a nice name. In Japan, Hannah means flower.” Kata Puan Akira.

“Thanks.” Perlahan suara Hannah menjawab. Sebenarnya dia masih kekok. Tiba-tiba telefon bimbit Elman berdering di dalam tas tangan Hannah. Hannah segera mencapai telefon bimbitnya.

SAYANG.

Hannah menelan air liur. Lebih baik dia segera angkat panggilan itu sebelum panggilan itu masuk pula ke telefon bimbitnya.

“Excuse me.” Hannah tersenyum dan bangun lantas meninggalkan Elman dengan pelabur Jepun itu.

Hannah bergerak menuju ke bilik air.

“Assalamualaikum.” Jawab Hannah. Hani terkesima.

“Hey perempuan! Kau buat apa dengan phone baby I hah?!” sergah Hani. Hannah mengetap gigi. Baby tua!

“I’m sorry, the number you have dial is not in service. Please try again later.” Hannah hilang kesabaran. Dia tidak mahu membuat onar dengan Hani semata-mata kerana Elman.

Telefon itu berdering sekali lagi. Hannah menjawab malas.

“Hey perempuan, aku bagi kau amaran. Kau jangan berani dekat-dekat dengan Elman aku! Kau tu siapa? Setakat bini je! Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri! Dia pun tak anggap kau bini dia la! Orang gaji!” sembur Hani.

“Ye saya isteri Abang Elman yang sah. Sah di sisi agama. Sah di sisi undang-undang. Awak pulak? Setakat kekasih je. Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, inikan pula ajnabi yang tiada ikatan? Ke, awak tak tau maksud ajnabi? Ajnabi tu bukan muhrim. Muhrim tu..”

“Diam la kau!” kata-kata Hannah dipotong Hani. Hannah tersenyum nipis.

“Cik Hani, jangan risau dengan. Saya takkan kacau kekasih cik Hani tu. Saya takde hati pun kat dia. Tapi cik Hani kena risaukan dia kalau-kalau dia yang TERjatuh hati dengan saya. Sedangkan telefon bimbit dia pun, dia suruh saya pegang. Assalamualaikum.” Segera Hannah mematikan talian tanpa sempat Hani bersuara. Perkataan TER ditekan kuat.

Ada jugak manusia yang kurang ajar di muka bumi ni, kan? Hannah merengus perlahan sambil menggeleng-geleng kepala.

HANI terus mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai. Pecah berderai telefon bimbit itu.

“Kenapa, sayang?” soal seorang lelaki yang hanya berboxer. Lelaki itu mengambil tempat di sisi Hani sambil menghulurkan segelas jus oren.

“Nothing.” Hani menyembunyikan sesuatu. Kalaulah Akif tau dia main kayu tiga, silap hari bulan, habis tubuhnya menjadi mangsa pukulan.

Dia inginkan Akif kerana kepopularan si universitinya. Akif memang terkenal dengan ketampanan semula jadinya. Semua perempuan sanggup berbuat apa sahaja untuknya.

Tapi sikap panas barannya membuatkan wanita-wanita di kampus gerun dengannya. Akif kalau melenting, bukan mulut yang beraksi. Tapi kaki dan tangannya.

“Dah tu, kenapa you campak handphone you?” soal Akif menekan.

“Member I. Dia bagitau I ada orang tikam belakang I.” Ujar Hani lancar tanpa sekat!

“Oh.” Akif masih tidak puas hati. Namun dia mendiamkan diri. Ada benda lain yang perlu diselesaikan.

“Sayang. Jom.” Ajak Akif. Gelas di tangan Hani diambil dan diletakkan di atas meja kaca di apartmen Hani. Hani tersenyum menggoda.

Akif menarik tangan Hani menuju ke bilik Hani. Pintu bilik terkatup. Dikunci!

“SIAPA yang call tadi?” soal Elman yang sedang memandu pulang ke rumah. Hannah serba salah untuk menyatakan nama si pemanggil.

“Hani.” Jawab Hannah rendah.

“What she said?” soal Elman tenang.

“She asked for you.”

“What did you tell her?”

“Honestly?” Hannah memandang Elman di sisi. Elman menelan air liur.

“Yes! Of course!” getaran di hati Elman hanya Allah yang tahu.

“I said I will never-ever going to fall for you. And she didn’t have to worry about me and you. There’s nothing between us.” Hannah berkata selamba.

Elman yang mendengar kata-kata Hannah terkejut. Jantungnya bagai nak tercabut apabila Hannah sengaja menguatkan suara pada ‘never-ever’ di dalam ayatnya.

Padel minyak ditekan kuat. Hannah yang terkejut dengan acceleration kereta Elman terus memegang tali pinggang keledar. Nasib jalan raya tengah lengang. Kalau tak, mau berlanggar!

“Apa ni?! Jangan la bawak kereta laju-laju!” marah Hannah yang masih terkejut.

“Kereta aku, suka aku la!” padel minyak ditekan lagi kuat. Hannah menutup matanya. Wajahnya pucat. Daripada sejam perjalanan yang sepatutnya diredahi, jadik 30 minit je!

“Abang Elman!” jerit Hannah.

Elman langsung tidak mempedulikan jeritan Hannah hinggalah mereka tiba di depan rumah. Elman terus menekan butang remote control untuk pagar. Kereta dimasukkan ke dalam garaj dengan kasar.

Tanpa menunggu lebih lama, Elman terus mematikan enjin kereta dan keluar dari perut kereta. Pintu kereta di hempas kuat. Hannah yang masih berada di dalam kereta masih berdebar-debar.

Elman mencampakkan kasutnya di depan pintu dan terus membuka butang baju kemejanya yang tidak bertali leher. Kunci kereta dicampak merata. Kakinya terus melangkah menaiki anak tangga.

Hannah perlahan-lahan keluar dari kereta. Kasut dibuka dan disusun elok. Kasut Elman diambil dan diletakkan di rak yang sepatutnya. Kunci kereta yang berada di lantai diambil dan punat kunci ditekan mengarah ke kereta. Lantas kunci itu diletakkan di atas meja di ruang tamu.

Hannah merengus. Salah ke? Betul apa yang aku cakap. Dia tak suka ke aku cakap macam tu? Kan lagi bagus kalau aku cakap macam tu? Pelik la.

Macam mana aku nak jadik isteri sebaik Siti Khadijah kalau suami sebaran Elman? Mampu ke aku jadi macam Siti Asiah kalau suami aku berperangai macam Firaun? Aku tak dapat nak sediakan apa yang Siti Muti’ah sediakan buat suaminya. Aku tak boleh jadi macam Siti Fatimah untuk suaminya. Aku belum cukup bagus.

Hannah menunduk sambil berjalan menuju ke bilik belakang. Pintu bilik dikuak perlahan. Lampu bilik dinyalakan. Hannah bergerak menuju ke almari pakaian yang kosong. Sebuah buku yang berada di dalam almari itu ditarik keluar. Diarinya sejak azali!

Diselak satu persatu helaian diarinya.

Usia: 18 tahun.

Cita-cita: seorang isteri yang SOLEHAH!

Diselak lagi helaian yang lain.

Usia: 20 tahun.

Cita-cita: seorang isteri yang solehah.

Diselak lagi diarinya.

Usia: 22 tahun.

Cita-cita: seorang isteri yang solehah.

Hannah mengambil pen yang dikelip bersama di diarinya. Dia mencatit sesuatu di dalam diarinya. Lantas diari itu diletakkan di atas almari kecil tepi tingkap.

Hannah mengambil tuala mandi dan bergerak menuju ke bilik Elman untuk mengambil pakaian tidurnya.

Angin kuat yang menyapa tepi tingkap melapangkan dada diari Hannah. Muka surat yang ditinggalkan Hannah sebentar tadi terbuka.

Umur: 23 tahun.

Cita-cita: TIADA.

Sungguh dia tak mampu. Hatinya cukup terguris. Dia manusia biasa yang tiada kelebihan tapi banyak kelemahan.

“ASSALAMUALAIKUM.” Hannah mengetuk pintu bilik Elman perlahan. Elman yang mendengar, buat bodoh. Malas nak dilayan. Selimut ditarik menutupi wajahnya.

“Abang Elman.” Panggil Hannah. Pintu cuba dibuka, namun berkunci.

“Kau nak apa? Kacau orang tido la!” jerit Elman geram.

“Hannah nak amek baju.” Kata Hannah.

“Kau nak buat apa?”

“Nak mandi la.”

Lama Hannah menanti. Namun tiada respon. Hannah memutuskan untuk mengetuk kembali pintu itu. Namun segera pintu itu terbuka. Wajah Elman tersembul.

“Kau nak mandi malam-malam, tak sejuk ke? Kat bawah takde heater.” Seloroh Elman malas. Dia yang hanya berboxer meramas rambut belakangnya.

“Tak. Takpe. Hannah dah biasa mandi sejuk.” Hannah terus masuk ke dalam bilik Elman dan mengambil pakaiannya yang berada di dalam almari.

“Mandi je dalam bilik aku. Kang kau selesema, aku jugak yang susah.” Elman mengambil tempat di sofa kecil.

“Takpe. Hannah masak air kat bawah.”

“Tak payah! Aku kata mandi dalam bilik air aku, buat je la! Yang kau ni susah sangat nak dengar kata kenapa?” separuh kuat suara Elman.

Hannah yang terkejut mendengar tempikan Elman hanya mengakur. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air dengan baju-bajunya.

Suis heater di sebelah suis lampu bilik air tidak dibuka Hannah. Hanya lampu bilik air yang dibuka. Elman yang perasan lampu heater tidak bernyala segera bangun dan menekan suis itu.

Pintu bilik air diketuk kuat.

“Heater aku dah bukak. Jangan nak ego sangat. Pakai je air panas!” Elman terus berlalu ke katilnya. Kata-kata Hannah ketika berada di dalam kereta menyakitkan hatinya. Comforter ditarik hingga ke paras dada. Pendingin hawa direndahkan suhunya hingga ke 16 darjah celcius!

Tiba-tiba wajah Elman memerah apabila teringat kata-kata Hannah sebentar tadi. I said I will never-ever going to fall for you. And she didn’t have to worry about me and you. There’s nothing between us.

Elman menarik terus comforternya hingga ke kepala. Nafasnya turun naik.

Setelah 30 minit, Hannah keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Rambutnya yang basah dikibaskan. Kebetulan Elman yang masih tidak boleh melelapkan mata menolak comforter itu jatuh ke dadanya. Matanya terpaku disaat Hannah mengibaskan rambutnya.

Hey Baby, Hey Baby, Hey

Girls Say, Girls Say,

Hey Baby, Hey Baby, Hey

Hey Baby Baby

Hey Baby, Hey Baby, Hey

Boys Say, Boys Say

Hey Baby, Hey Baby, Hey

All the boys get the girls in the back

Irama No Doubt yang bertajuk Hey Baby bermain rancak di dalam kepala Elman. Matanya membulat. Jantungnya kian laju berdebar. Bertambah debarannya apabila Hannah mengelap perlahan rambutnya yang semula jadi bergulung cantik.

Ternganga Elman melihat cara Hannah mengatur rambutnya. Matanya tidak dapat ditalakan ke tempat lain, hanya terarah kepada Hannah!!

Elman cuba memandang tempat lain, namun bebola matanya tetap tidak mahu berpaling! Dengan keadaan bilik yang gelap, hanya lampu bilik air yang memancar sedikit cahaya menerangi sediki bilik Elman yang besar itu.

Hannah masih ingat Elman sudah tidur. Lantas Hannah menggunakan jari jemarinya untuk melurutkan rambutnya yang lembut.

Perlakuan Hannah di hadapan pintu bilik air terhenti. Matanya membulat apabila mula perasan ada mata nakal lain yang memandangnya! Hannah memandang ke arah katil. Terlihat Elman yang masih melopong memandangnya tidak berkelip.

Hannah yang gerun dengan pandangan itu terus menutup lampu bilik air. Serta merta bilik Elman kembali gelap. Hannah melangkah laju ke pintu bilik Elman untuk keluar dengan segera dari situ.

Bilik yang gelap menyukarkan dia untuk bergerak pantas. Namun Hannah tetap berusaha. Elman membuat langkah rifleks dengan segera turun dari katilnya dan menyambar tubuh Hannah.

Hannah terdorong ke dinding apabila Elman merapatinya.

“Apa ni?” soal Hannah dengan menahan getaran. Sungguh dia takut!

“Hannah.” Panggil Elman lembut. Rambut Hannah dipegang lembut dan diletakkan diwajahnya.

“Hey!” marah Hannah.

Elman cuba mencumbui Hannah namun dengan segera Hannah menampar pipi putih Elman.

“Don’t you dare to touch me! I’m not yours!” Hannah menolak kuat tubuh Elman. Elman terdorong ke belakang. Segera dia memegang pipinya yang terasa pijau. Hannah membuka pintu bilik dan dan terus berlari menuruni anak tangga. Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu biliknya. Jantungnya bergetar hebat.

Tercungap-cungap dia mengawal nafas yang tidak teratur. Air matanya tumpah. Elman, kau memang lelaki tak guna! Lelaki paling tak guna!!!

3 comments: