“Saya akan serahkan semua harta saya kepada anak saya, Elman. And also my position to him. He’ll be the new president starting today.” Kata-kata Dato’ Faris membuatkan seluruh ahli jawatankuasa terpinga-pinga. Bukan hanya mereka yang terpinga-pinga, Elman turut merasakan benda yang sama. Elman bangun dari kerusinya.
“But papa!” Elman cuba menyangkal. Dato’ Faris mengangkat tangannya supaya Elman membatalkan niat dia untuk berkata-kata.
“Dah sampai masa untuk saya berehat je kat rumah. Menikmati hari tua saya dengan isteri saya, anak-anak saya, or mana nak tau tiba-tiba dapat cucu pulak!” senda Dato’ Faris sambil memandang Elman.
Elman sendiri tak tahu kenapa dengan dirinya. Dulu kau yang beria-ia nak harta papa kau! Sekarang?! Elman!!! Apa kena dengan kau ni?
Ahli jawatankuasa yang lain hanya mengangguk-angguk. Ada benarnya kata-kata Dato’ Faris. Dengan usia yang begitu, memang patut dia berehat. Biarkan anak dia yang menguruskan syarikat.
Elman hilang kata-kata. Mesyuarat tergempar itu tamat begitu saja. Elman keluar dari bilik menyuarat dengan perasaan kusut. Lantas kakinya segera menapak menuju ke ruangan papanya.
Pintu bilik diketuk dan dikuak perlahan. Kelihatan Dato’ Faris sedang mengemas mejanya.
“Pa.” Panggil Elman. Dato’ Faris menoleh untuk melihat siapa yang memanggilnya.
“Masuk! Masuk!” pelawa Dato’ Faris.
“Pa, this’s too soon.” Ujar Elman tak puas hati. kenapa perlu aku tak puas hati sedangkan memang ini yang aku dambakan?
“Elman.” Dato’ Faris mendekati Elman. Lengannya diletakkan di atas bahu anak muda itu.
“Papa tau kamu dah ready. Besides, papa dah tua, Elman. Papa perlukan rest. Ha! Bila papa boleh timang cucu ni?” soalan Dato’ Faris seakan mencekik leher Elman untuk menjawab. Macam mana nak timang cucu kalau Elman sendiri tak sentuh dia papa oi?
“Belum ada rezeki kot.” Bidas Elman. Dia mula rasa sesak nafas. Dato’ Faris mundar mandir dalam biliknya sambil berfikir. Rasanya dah hampir dua bulan pernikahan anak terunanya. Tapi takkan takde khabar berita apa pun lagi?
“Lekas-lekas la sikit. Awak tu satu-satunya anak papa yang tinggal.”
“Insya Allah papa.” Elman tak mampu mengeluarkan hujah lagi. Pada awalnya, dia merancang untuk meminta papanya menarik balik apa yang dikatakan di dalam mesyuarat tadi. Tapi disebabkan topik yang dihujani Dato’ Faris kepadanya, dia membatalkan niat. Masalah lagi. Mana nak cekau baby?!
ELMAN mencampakkan briefcasenya ke atas sofa. Tali leher dilonggarkan. Dia bersandar di tepi dinding. Dia mengeluh perlahan. Dia mencari-cari kelibat Hannah. Jam di tangan ditoleh. Sepuluh malam!
“Hannah!” panggil Elman yang keletihan. Hannah yang mendengar suara Elman terus berlari mendapatkan Elman.
“Ye?”
Elman merenung Hannah dengan pandangan tajam. Dari dulu Hannah memang cantik. Tapi disebabkan marahnya pada Hannah, disebabkan egonya yang tinggi, dia membataskan dirinya untuk mengakui semua itu.
“Abang nak air ke?” soal Hannah lembut.
Elman mengangguk malas. Lantas dia mengambil tempat di sofa. Permintaan papanya difikir banyak kali. Elman memicit kepalanya.
Beberapa minit kemudian, Hannah datang dengan dulang. Barli ais diletakkan di atas meja. Elman hanya memerhatikan Hannah yang tekun meletakkan air ke atas meja.
“Hannah. Abang nak cakap sikit.” Elman mengarahkan Hannah untuk duduk di sisinya melalui ekor matanya.
Hannah menurut tanpa bantahan.
“Bila majlis konvo?” soal Elman.
“Sabtu minggu depan.”
Elman mengangguk.
“You want me to come?”
Hannah merenung Elman. Dia mengangguk.
“Hannah, papa ask me a favor.” Elman menarik nafasnya. Hannah mula tak senang duduk.
“What?” soal Hannah.
“He ask us to have a baby. ASAP!”
Bulat mata Hannah merenung Elman. Jantungnya berdegup laju. Dia tak mampu berkata-kata. Mulutnya seakan terkunci.
“We have to get started now.” Ujar Elman lagi. Hannah dapat rasakan kepalanya diserbu darah merah.
“Tapi.. Hannah belum kerja. Hannah belum capai cita-cita Hannah. Hannah kena bagi banyak komitmen. Macam mana Hannah nak bagi sepenuh komitmen kalau hubungan kita masih macam abang dengan adik? Plus, Hannah ada niat nak sambung belajar overseas.” Hannah merenung Elman tajam. Dia mahu cita-citanya tercapai!
“Belajar overseas? Are you nuts?! You have your husband here!” Elman seakan membangkang. Hannah menggeleng.
“Hannah perlu achieve apa yang Hannah target. Hannah takkan biarkan masalah macam ni menggugat target Hannah. Abang pilih. Abang nak ceraikan Hannah atau abang bagi Hannah belajar overseas?” Hannah membuatkan Elman bertambah kusut.
“Hannah! Don’t make things more difficult!” Elman meninggikan suara.
“This’s what I want! Hannah dah plan since Hannah tak kawen dengan abang lagi! Kalau Hannah tau this will turn like this, I’ll never marying you!” Hannah terus bangun dari sofa. Elman cepat-cepat menarik lengan Hannah. Air mata Hannah jatuh ke pipi.
“Okay! Okay!” Elman mengalah. Dia mula menyusun strategi. Parah ni kalau Hannah nak belajar luar negara.
“Okay! Fine. Kalau Hannah nak belajar luar negara, okay! Abang terima. But don’t ever you mention divorce again.” Elman memberi amaran. Dada Hannah yang tadi berombak kencang mula surut.
Hannah merenung mata Elman meminta kepastian. Elman mengangguk tanda dia berpegang pada kata-katanya. Hannah mula lega. Maafkan abang, Hannah. I just can’t let you go. I’ll never send you away from me. Elman tekad. Hannah, takkan belajar luar negara!
MALAM yang sepi membuatkan Hannah masih terfikirkan permintaan bapa mertuanya. Dia menoleh melihat Elman masih tertumpu pada komputer ribanya di meja belajarnya. Hannah menolak perlahan comforter yang menutupi tiga per empat tubuhnya.
“Abang.” Panggil Hannah. Elman yang mendengar suara Hannah langsung tidak menoleh. Sengaja dia tak mahu menyahut panggilan Hannah.
Hannah yang mengerti terus mendiamkan diri. Dia cuba sekali lagi.
“Abang.” Panggil Hannah lagi.
“Can you just go to bed? I’m working. Stop bothering me.” Agak kasar kata-kata Elman. Hannah menyepi. Suara tinggi Elman mengguris hatinya.
Hannah lantas menarik sebiji bantal dan keluar dari bilik. Elman hanya merenung langkah Hannah meninggalkan biliknya. Elman merengus perlahan.
Hannah berjalan perlahan hingga ke ruang tamu. Dia cuba baring di sofa. Kepalanya ligat memikirkan masalah yang melanda. Graduasi, anak, study abroad, santau. Hannah memejam matanya. Mana satu yang nak diselesaikan dulu?
Hannah hilang punca. Dia bangun dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sejadah dibentang di bilik belakang. Dia mengangkat takbir. Solat istikharah dilakukan.
Doanya panjang. Masalah yang melandanya membuatkan dia semakin lemah. Cuba dikuatkan imannya. Air mata yang bergenang dengan pantas diseka. Sesudah mendirikan solatnya, dia menggantung telekung di penyidai. Dia kembali ke ruang tamu. Kelihatan Elman sedang menonton televisyen.
Mata Hannah yang merah sedaya upaya disorokkan. Elman mengalihkan pandangannya kepada Hannah.
“Hannah, we need to talk.” Elman berkata. Hannah menunduk. Dia mendekati Elman.
“About your plan. Studying abroad.” Elman menyambung. Hannah hanya mendengar.
“Kalau Hannah nak pergi, abang akan ikut sekali.” Mata Hannah bulat mendengar kata-kata Elman.
“Tapi bang..” Hannah cuba menyangkal.
“Takde tapi-tapi. I’ll accompany you where ever you go.”
“Abang kan dah jadik presiden untuk syarikat abang. Macam mana abang nak handle syarikat tu?”
Elman memikir lama. Betul jugak! Haiya! Kau ni Elman, buat keputusan tak pikir langsung!
“Then we’ve to find other way.” Elman memberi cadangan.
“Abang, please! Just let me finish my studying!”
“I am! But away from me? It’s impossible!”
“Nothing’s impossible! Plus, you’re not truly in love with me! You can live for your own self! Without me!”
“Hannah.”
“I’m going. I will! So please, don’t stop me.”
“But you can’t!” tegas Elman. Hannah naik rimas.
“Why I can’t?!”
“Because..” Elman hilang kata-kata.
“What?”
“Think about what people will say!” nah! Dapat pun! Dalam terketar-ketar Elman menjawab.
“What people will say?” Hannah senyum sinis.
“It’s not important. I believe on what I can do. I’ll bring my glory back. You just have to support me as my brother!” Hannah tekad.
“I’m your husband!”
“For me you’re nothing more than a brother. I’ll respect you just the way you want. You hate me. Remember? I’m the one who killed your only one little brother. You can do anything you want at me. But not my life. With whom I would marry later, where I want to continue my studies, that’s none of your business. I respected you just the way you want, but please recpect my personal life.” Hannah menggenggam jemarinya. Elman terkedu.
“I’m not going to divorce you.” Putus Elman. Hannah terkedu.
“Abang Elman!” Hannah tidak puas hati.
“I’m not!”
“You’ve got you want! The two months in over years ago!” Hannah meninggikan suara.
“That’s my decision. End!” Elman berlalu pergi.
“You can’t do this to me! I’m not your doll!” Hannah seakan menjerit di belakang tubuh Elman. Segera Elman berpaling dan mendekati Hannah.
“But you’re my wife!” tegas Elman.
“I’m not! For you, I’m just a murderer who murdered your brother! I’m your maid! I’m just your sister! Never be your wife!” berombak dada Hannah.
“Listen here.” Elman menarik pinggang Hannah supaya mendekatinya. Hannah terpinga-pinga.
“You will never! Never away from me.” Suara Elman membuatkan Hannah gerun. Serta merta tubuhnya jadi lemah. Menggigil tubuhnya. Elman terus melepaskan pelukan dan meninggalkan Hannah dengan renungan tajam.
Hannah jatuh terduduk di lantai. Ya Allah, macam mana aku boleh lawan kata-kata suami aku?! Ya Allah, sungguh aku tak sedar! Kerana santau ke? Atau sifat amarah aku yang kian membuak?
Hannah memeluk kakinya. Dia menangis seorang diri di ruang tamu. Jantungnya berdegup laju. Apa yang aku dah buat ni?
No comments:
Post a Comment