Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Tuesday, February 12, 2013

(cerpen) Wedding Dress



Segala yang kita lalui bersama, ianya sangat menggembirakan. Semua tentang kita, semua memori kita. Aku akan ingat sampai bila-bila. Syard merenung cincin di hadapannya. Cincin emas putih itu dimasukkan ke jari kelingkingnya. Muat. Senyumannya melebar.
                Perkenalan pertama kita.. sewaktu aku mula melihat senyuman kau. Senyuman itu yang membuatkan aku terngiang-ngiang teringatkan kau. Kau mempersonakan ketika itu.
                Syard bangun dari sofa plastik itu. Cincin itu masih melekat di jari kelingkingnya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan menyarung baju melayu. Songkok dicapai dan diletakkan kemas ke kepala. Sampin tidak lupa untuk disarung bersama.
                Kunci kereta direntap kuat dari meja kecil di ruang tamu. Kotak cincin baldu dibawa bersama. Hanya cincin yang tidak diletakkan ke dalam bekas berwarna hitam itu. Enjin kereta dihidupkan. Sambil menunggu enjin kereta nak panas, Syard merenung cincin di jarinya. Terukir sekali lagi senyuman.
***
                “Syard! Bangunlah!” kejut Nia. Jeritan dari dalam corong telefon bimbit membuatkan Syard terbangun.
                “Sorry. Saya tertidur.” Syard memisat matanya yang terasa berat sekali untuk dibuka.
                “Awak ni kalau saya bercerita, mesti tidur! Selalu sangat macam ni tau.” Rajuk Nia.
                “Sorry. Kerja saya banyak sangat hari ni.” Syard berkata jujur.
                “Awak nak terus tidur ke?” tanya Nia. Takut jika jawapan Syard adalah ya.
                “Hmm. Tak lah. Cerita balik apa yang awak nak cerita tadi. Saya tak dengar tadi.” Pujuk Syard. Nia menghela nafas lega. Dalam pada masa yang sama, dia geram. Penat-penat dia berleter punya panjang, tiba-tiba dia terdengar dengkuran halus Syard. Nampak sangat tidur! Ingat aku ni story teller ke apa?
                “Esoklah saya cerita. Esok awak cuti, kan? jom keluar!” ajak Nia.
                “Hmm. Okay. Saya ambil awak.”
                “Sekarang kita nak cerita apa?”
                “Apa kata awak cerita pasal snow white ke, sleeping beauty ke, kura-kura dengan arnab ke...”
                “Ha’ah. Semuanya pasal karakter tu tidur kan? awak mengantuk sangat ke?”
                “Eh tak lah. Awak yang tanya saya nak cerita apa. Saya Cuma jawab.” Syard menampar diri banyak kali. Namun rasa mengantuk itu tetap tidak mahu hilang. Entah macam mana nak tipu Nia lagi.
                “Apa bunyi tu?” Nia pelik dengan bunyi yang terhasil dari tamparan Syard pada pipinya sendiri.
                “Eh. Takde apalah. Ada benda jatuh ni.” Tipu Syard.
                “Oh okay. Macam mana dengan kerja awak hari ni?” Nia memancing niat untuk berbual dengan Syard.
                “Okay je. Cuma ada lagi kerja yang belum settle.” Kata Syard sambil bangun dan menuju ke bilik air. Dia menakung air di dalam besen. Sempat dia menjawab apa yang dipersoalkan Nia.
                “Nia, kejap eh.” Syard menjauhkan telefon bimbit dari telinga dan terus memasukkan mukanya ke dalam besen besar itu. Terus segar!
                “Bunyi apa tu Syard?” Nia jadi penasaran dengan bunyi yang terhasil dari percikan air dari pili.
                “Bunyi air aje. Cuci tangan sikit.” Jawab Syard apabila dia mengeluarkan kepalanya dari besen. Habis dengan rambutnya sekali basah.
                “Macam-macam bunyi peliklah awak ni.”
                Syard hanya tersengih. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi. Biarlah.
***
                Syard memulakan pemanduan. Indah sungguh mengenang kisah lampau. Tak pernah sekalipun dia terlepas panggilan daripada Nia. Walaupun tengah malam! Dia ingat lagi.. sewaktu itu..
                “Hello?” suara Nia kedengaran di hujung corong telefon bimbit. Syard bangun dari pembaringannya.
                “Jyeah.” Suara serak cuba dikawal.
                “Tengah tidur ke?” tanya Nia.
                “Eh tak lah. Mana ada.” Syard menipu lagi. Sedangkan sudah nyenyak dia ke alam mimpi. Bukan Cuma itu. Bahkan mimpinya yang indah tadi baru dikacau oleh Nia. Kalau ikutkan hati, mahu ditempik sahaja si pemanggil itu. Tapi mengenangkan girlfriend sendiri, dia tidak mahu perempuan itu takut akannya.
                “Bunyi suara serak aje.”
                “Ha? Suara ni? Oh. Baru tengok cerita Titanic. Menangis sikit. Tu yang serak.” Jawab Syard. Tidak jujur. Sedangkan air liur hampir meleleh.
                “Cute nya! Tengok Titanic pun menangis? Awak ni kelakarlah Syard.”
                Tayar kereta berdecit apabila Syard membrek secara mengejut. Itulah. Berangan sangat. Ada jugak yang tak sampai ke masjid nanti.
                Syard beristighfar berkali-kali. Ada tiga jam lagi sebelum majlis akad nikah berlangsung. Entah kenapa kepalanya masih tidak mahu melepaskan memori dengan Nia. Terasa begitu istimewa.
                Dia berhenti di bahu jalan dan bersandar. Dia berkeras untuk mengulang tayang sekali lagi memori lama. Memori yang mampu membuatkan dia tersenyum. Terlambat sedikit ke majlis akad nikah tidak mengapa. Mereka pasti menunggu.
***
                “Syard, kita nak ke mana ni?” tanya Nia. Teruja!
                “Adalah. Tempat rahsia.” Syard menghadiahkan jelingan buat Nia. Gadis itu bertambah teruja. Tidak sabar rasanya.
                Sesampainya mereka di sebuah tasik, Nia terus keluar dari kereta apabila gear kereta sudah masuk ke parkir.
                “Cantiknyaaa!!” jerit Nia. Dengan pokok kiri kanan jalan. Sebuah pondok kecil dan tasik yang terbentang luas di hadapan mata. Nia menoleh ke belakang.
                “Thanks.” Ucap Nia.
                Syard menghadiahkan kenyitan mata. Dia tahu Nia sudah lama teringin untuk pergi ke tempat seperti ini. Syard melangkah dan berdiri di sebelah Nia.
                “Macam mana awak boleh cari tempat ni?”
                “Dengan kuasa cinta.” Jawab Syard. Nia ketawa dan mencuit sikit bahu Syard.
                “Jom.” Ajak Syard ke pondok kecil itu. Nia mengekori.
                Gitar yang dari tadi tergantung di belakang badan Syard ditarik keluar dari tergantung. Jari kiri memainkan kord, manakala jari kanan hanya strum. Sememangnya Syard sangat pandai memainkan lagu-lagu korea. Liriknya, iramanya.. semuanya!
You’re so pretty, I want you
You’re so nice, I want you
I usually don’t look at girls but why am I acting this way, like a fool?

Every single day, I only think of you
Even when I close my eyes, I only think of you
Each time I see you, my heart trembles and I can’t breathe

Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh my love
I wish your love was me uh uh uh uh uh uh
Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh, love me
I don’t wanna be alone anymore uh uh uh I love you

Even when I’m meeting someone else, I only see you
Even when I’m thinking about something else, I only see you
Even when I see someone else, I have no interest
Why am I acting this way, like a fool?

I guess it’s love – I can’t catch a wink of sleep
I guess I love you – I keep thinking of you
When I meet you, I get happy like a kid

Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh my love
I wish your love was me uh uh uh uh uh uh
Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh, love me
I don’t wanna be alone anymore uh uh uh I love you

I love you, love me – believe me, believe me
I can do anything for you uh uh uh
No matter how much you try to find someone special
No matter how much you try to find someone like me, there won’t be anyone else

Can you see my heart? Can you hear my heart?
Please accept my pure love oh
I’m here, waiting and waiting for you
I only love you alone

Baby, I wish it was you, I wish it was so
Love me love me, oh look at me
I wish my other half was you uh uh uh uh uh uh
Baby, I wish it was you, I wish it was so
Love me love me, oh I love you
If it’s not you, I don’t wanna be in love uh uh uh I love you

Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh, love me
I don’t wanna be alone anymore uh uh uh I love you

                Nia hanya tersenyum mendengar apa yang dinyanyikan oleh Syard. Dua kali lelaki itu menyanyikan lagu itu. Satu versi korea, dan kemudianya translation. Supaya Nia faham. Merah muka Nia.  
***
                Telefon bimbit Syard beberapa kali berbunyi. Dia tersedar dari lamunan. Segera dia menjawab panggilan itu. Dari Nia!
                “Hello. Syard! Awak kat mana? Awak okay ke tak ni? Bila nak sampai?” berpusu soalan dari Nia. Syard tersenyum. Risaulah tu.
                “Saya okay je lah. Kejap lagi saya sampai. Bagi saya lagi sepuluh minit. Majlis nak mula dah ke?”
                “Aah. Lagi lima minit. Risau saya, awak tak sampai lagi.”
                “Takpe. Jangan risau sangatlah. Kejap lagi saya sampai okay.”
                Talian dimatikan. Segera Syard memandu keretanya menuju ke masjid. Tak sangka. Angannya memakan masa hingga berjam-jam! Banyak yang perlu diimbas kembali.
                Sesampainya dia di masjid, beberapa orang lelaki segera mendekatinya.
                “Apa kau ni lambat sangat? Cincin mana?” tanya salah seorang lelaki. Syard terlupa! Cincin itu di jari kelingkingnya.
                “Masuk dulu. Cincin dalam kereta. Aku lupa nak keluarkan dari dashboard!” kata Syard. Menipu lagi. Lelaki-lelaki itu yang merangkap sahabatnya terus masuk ke masjid. Lega juga Syard sudah tiba.
                Syard masuk semula ke dalam kereta dan mengeluarkan kotak baldu hitam di dalam dashboard. Sebelum dia mencabut cincin dari jari kelingkingnya, dia mencium cincin itu.
                Syard segera berlari ke dalam masjid. Matanya ternampak Nia. Gadis itu tersenyum melihat Syard sudah tiba. Lega hatinya.
                Syard menunjukkan isyarat cantik kepada Nia. Nia tersenyum lagi. Lelaki itu sungguh gembira melihat senyuman Nia.
                Segera Syard mengambil tempat yang sepatutnya. Tok imam sudah mahu memulakan majlis.
                “Aku nikah dan aku kahwinkan dikau dengan Niara Insyira Bt Mazlan dengan mas kahwin sebanyak lima ratus tunai.” Goncangan tangan tok imam menyedarkan Hakim. Segera lelaki itu menjawab akad itu. Hanya dengan sekali nafas, Nia sah menjadi milik Hakim.
                “Syard, thanks.” Hakim memeluk Syard. Syard hanya tersenyum. Perit. Air mata yang tidak dapat ditafsirkan oleh Syard, mengalir di pipi Nia.
                Selesai upacara menyarung cincin yang disaksikan Syard, Nia membuat isyarat mulut menyatakan dia berterima kasih kerana sudi menghantar cincin kahwinnya ke masjid.
                Cincin yang ditempah ada masalah di minit terakhir. Nia dan Hakim terlalu sibuk hingga tidak mampu untuk mengambil tempahan cincin itu. Hanya Syard yang mampu diharapkan.
                “Semoga awak bahagia.” Kata Syard kepada Nia.
                “Kenangan kita, awak simpanlah elok-elok.” Jawab Nia.
                “Maafkan saya. Tapi kalau awak rasa awak kepunyaan Hakim, berjanji dengan saya yang awak takkan biarkan sesiapa pun menyakiti awak lagi seperti mana yang saya pernah lakukan.”
                Nia hanya mengangguk.
                “Ingat. Saya sentiasa ada untuk awak bila awak perlukan saya. Walaupun ianya membunuh saya untuk berjumpa dengan awak lagi. Sayangnya ketika itu awak bukan lagi milik saya.”
                Nia menunduk.
                “Saya ada lagu untuk awak. Dengarlah.” Syard menghulur sekeping CD kepada Nia.
***
                Nia memasukkan CD itu ke dalam CD player. Headphone dipasang di telinga. Sambil mengemas rumah barunya bersama Hakim, dia mendengar lagu yang dimainkan Syard untuknya.
Never should've let you go
Never found myself at home
Ever since that day that you walked
Right out the door

You were like my beating heart
That I, I can't control
Even though we’ve grown apart
My brain cant seem to let you go

Thinking back to the old times
When you kept me up late at night
We use to mess around
Laugh and play, fuss and fight

I guess its too late, Im dancing this dance alone
This chapters done, the story goes on

Baby
Can't believe that you are not with me
'Cause you should be my lady
All I want is to set your heart free

But if you believe that you belong with him
Promise me, you wont let anyone hurt you
Remember, I will always be here for you
Even if it kills me to see you

In that wedding dress, dress
Oh see you in that wedding dress, dress
See you in that wedding dress, dress
Oh see you in that wedding dress, oh no

Snappin out this misery
Depression this aint me
But I always turn around
180 degrees

You got control of me
And I, I cant explain
Somebody call 911 Emergency
Before I go insane

Since you’ve moved on
You took a piece of me give it back
So much pain in my chest
Blacking out, heart attack
I guess its too late, Im dancing this dance alone
It's too late

Baby
Can't believe that you are my big me
'Cause you should be my lady
All I want is to set your heart free

But if you believe that you belong with him
Promise me, you wont let anyone hurt you
Remember, I will always be here for you
Even if it kills me to see you

In that wedding dress, dress
Oh see you in that wedding dress, dress
See you in that wedding dress, dress
Oh see you in that wedding dress, oh no

And I see you with your man
and it's hard to understand
If we belong, if I did you wrong,
where we even began
We would always fuss and fight
and it seems nothing was right
But I loved you girl and you were
my world but you'd never trust this guy
'Cause the things I do when
I'm on the stage,
they say I'm a superstar
You couldn't understand all
the female fans
and then we grew apart
And I just don't get when
you're acting like some other person
But I try my best to hold on
at the times when it ain't working
And everytime that you say
it's over it breaks my heart
and I don't know why
'Cause you've done it a lot
of times in the past
but I get back up and try
You said we could work it out,
how could you hurt me now
And you moved on to the next,
I'm left with an imperfect smile

But if you believe that you belong with him
Promise me, you wont let anyone hurt you
Remember, I will always be here for you
Even if it kills me to see you

In that wedding dress, dress
Oh see you in that wedding dress, dress
See you in that wedding dress, dress
Oh see you in that wedding dress, oh no
                Nia jatuh terjelepok. Hakim yang terkejut dengan bunyi itu terus mendapatkan Nia. Cinta yang telah pergi, tiada guna untuk sesali.
*BERDASARKAN LAGU WEDDING DRESS BY TAE-YANG(BIGBANG) DAN DISELIT LAGU DARI ft ISLAND – I WISH
THE END

Monday, February 11, 2013

(cerpen) DOKTOR VS PESAKIT



Akira memeluk tubuh memandang orang gaji yang sedang mengurut kakinya. Pandangannya tajam. Terasa bagai nak terkeluar bebola matanya merenung orang gaji itu. Hinggakan bibik itu takut-takut untuk untuk menelan air liurnya sendiri.
                “Tak pernah urut kaki eh? Aku pun boleh buat macam ni!” marah Akira. Kakinya digoyangkan hingga hampir tercucuk ibu jari kakinya ke mata si bibik.
                “Maaf bu. Jari saya enggak kuat lagi untuk picit. Udah tiga jam saya di sini mengurut. Saya belum solat Zohor lagi bu.” Takut-takut suara itu.
                “Selagi kaki aku ni sakit, jangan harap kau boleh berganjak dari tempat kau. Cepat picit!” arah Akira. Si bibik hanya menurut. Jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Waktu Zohor hampir tamat.
                “Bik, pergi solat.” Arah ayah.
                Lantas bibik meletakkan kaki Akira perlahan-lahan dan terus berlari menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan kewajibannya.
                ‘Dulu waktu kau takde kat rumah, tenang aja hidup aku. Sekarang, aku rasa macam nak lari!’ getus hati bibik sendirian.
                “Apa dengan ayah ni? Kaki Akira sakitlah!” marah Akira tidak puas hati dengan keputusan ayahnya.
                “Picitlah sendiri. Bibik belum solat lagi kot. Jangan dihalang orang yang belum solat. Lain lah awak tu, kalau solat pun takde guna. Rambut dah macam kena air karat. Dekat US tu air takde yang jernih ke? Semua karat?” sindir ayah. Akira memeluk tubuh. Geram dibebel.
                “Ni fashion la ayah. By the way, ini bukan colour karat okay! Ini chocolate!” Akira membetulkan.
                “Sedar dirilah Syakira. Awak tu melayu. Kalau hitam rambutnya tu, tak payah nak diubah-ubah. Ayah tengok rambut awak ni macam plastik aje.”
                “Ayah ni banyak membebellah! Semenjak Akira balik rumah ni, tak pernah sehari pun ayah tak membebel, kan? Patutlah mak tinggalkan ayah.” Sindir Akira.
                “Syakira!” marah ayah.
                “Dahlah yah. Letih Kira dengar ayah membebel. Kira nak masuk bilik, nak tidur.” Akira bangun dari sofa dan menuju kebilik. Pintu bilik dihempas kuat.
                Ayah beristighfar dalam hati.
***
2am..
                “Ety, kau ada kat rumah ke?” tanya Akira.
                “Gila kau waktu macam ni ada kat rumah? Aku kat kelab. Kenapa?”
                “Thank God! Ambil aku. Aku tak berani la nak drive. Kepala aku dok nyut-nyut. Entah kenapa dengan kepala ni.” Pinta Akira.
                “Aik? Kepala pening pun still nak keluar? Kau tidur ajelah dalam bilik tu. Karang kau datang sini, joget sana sini, alih-alih pengsan tengah floor kang.” Ety takut pula kalau Akira tiba-tiba pengsan di tengah orang ramai. Satu hal pula. Nanti akan menyusahkan dirinya sendiri yang nak kena angkut.
                “Ambil je la. Aku duduk kat rumah lagi tension aku dibuatnya.”
                “Hmm. Kau siaplah.” Putus Ety.
***
6am...
                “Ya Allah! Macam mana boleh budak ni keluar pulak? Bila masa dia keluar?” ayah risau akan keadaan anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.
                “Pukul 2pagi tadi. Ety dah cakap jangan keluar. Dia kata dia pening kepala. Tapi nak keluar juga. Alih-alih pengsan kat dance floor tadi.” Jawab Ety jujur. Jenuh juga dia mengangkat Akira. Memang menyusahkan!
                “Dance floor? Dia pergi kelab?!” ayah seakan tidak percaya.
                “Erk. Em.” Ety kelu.
                “Dia minum ke?” tanya ayah was-was.
                “Minum? Erk eh tak. Kira tak minum.” Ya, memang Akira tak minum.
                “Baguslah. Thanks hantarkan dia balik.” Ucap ayah. Ety mengangguk. Akira, kau menyusahkan aku betul! Aku baru nak dapat anak ikan tadi! Arghhhh!
***
“Ahh. My head!” Akira menyentuh kepalanya. Dia melihat sekeliling. Aneh. Bila masa bilik aku seburuk ini? White, white white and green?! Akira segera bangun dari katil. Namun perbuatannya disekat oleh tiub yang melekat di tangannya.
                Tiub, baju hijau, bau ubat-ubat. Definitely HOSPITAL!!! Arghhh!!!
                Akira jadi tidak keruan. Kenapa dengan aku? Kenapa??! Aku tak sakit. Aku just sakit kepala sikit aje. Dalam keadaan dia menggelabah, pintu bilik diketuk tiga kali. Akira senyap. Dia menunggu siapa yang masuk.
                “Panik?” tanya TK.
                “Aku sakit apa? Kenapa aku kat sini?” Akira cuba bersabar menunggu jawapan. Namun doktor T.K senyap. Kerjanya hanya menulis apa yang penting. Dia hanya memeriksa itu dan ini. Kemudiannya dia merenung Akira.
                “What? Why?” tanya Akira garang, tapi takut.
                “Just stay here. Jangan ke mana-mana.” Pesan TK. Apa itu TK? Taufik Kassim. Sememangnya dari sekolah hingga menjadi doktor, dia dipanggil TK. Hinggakan tag nama dia juga tertera TK.
                “Why would I do that?” Akira tidak faham mengapa. TK tidak ambil peduli. Dia terus berlalu keluar.
                “Hei! Hei! I’m asking you!” jerit Akira. TK memekakkan telinga dan terus ke keluar dari bilik VIP itu.
                “Stupid moron!!!!!!!!!” makin kuat jeritan Akira. Dia terus mencabut jarum yang melekat di bahagian badannya. Dia mengambil pakaiannya di atas kerusi dan terus menukarnya.
***
“Maaf kalau anak saya akan menyusahkan doktor pada masa akan datang. Tapi saya rasa, biarlah anak saya duduk sini dulu. Bagi dia rasa sikit keadaan dalam hospital. Macam mana orang sakit semua. Baru senang dia nak ingat dosa dia tu.” Ujar ayah.
                “Alright.” TK sibuk dengan analisis kertas di hadapannya.
                “Nampaknya doktor ni busy. Hm.. takpelah. Thanks for your help. Tapi migrain anak saya sikit je kan?”
                “Yeah.” Kata TK tanpa memandang wajah ayah.
                “Okay.” Ayah serba tidak selesa dengan TK. Seraya ayah keluar dari bilik TK, lelaki itu menghempas fail analisisnya apabila telefon bimbitnya berbunyi.
                “What?!” keras suara TK.
                “Sayang, I’m sorry. I janji tak buat lagi.” Kata Adli. Adli? Lelaki? Ya lelaki. Untuk pengetahuan ya, TK is gay!
                “Tolonglah jangan call aku lagi. Nak curang dengan aku, curang terus. Tak payah main drama dengan aku.” Tempik TK sebelum telefon bimbit dimatikan. Adli mengeluh. Kedua lelaki ini tidak nampak seperti perempuan, tapi hati mereka.. entah bagaimana boleh bertaut. Akhir zaman... *sesungguhnya ia dilaknat ya*
                TK menanggalkan kot putihnya. Dia perlu makan. Seharian dia tidak makan. Gara-gara Adli curang, dia yang jadi tak keruan.
***
Kereta TK meluncur laju membelah jalan. Dia melonggarkan tali leher. Butang baju di atas di tanggalkan. Cermin mata dilucutkan. Cermin mana tipu aje tu. Nama pun doktor kan? nak nampak macho, pakailah cermin mata. Tapi tahap kerabunan kosong, kot!
                Mata TK tertacap pada seorang perempuan yang sedang duduk di perhentian bas sambil membuat muncung. Ingat comel sangatlah tu? Perempuan itu memandang kiri dan kanan. Kereta TK melepasi perempuan itu. Tapi..
                Berdecit tayar kereta TK dek brek mengejut. Kereta diundur ke belakang. Tepat berhadapan dengan perhentian bas di mana Akira sedang duduk.
                “Buat apa kat sini? Bukan saya dah kata duduk kat bilik senyap-senyap?” bebel TK apabila tingkap kereta diturunkan. Tangan direhatkan ditingkap kereta yang tinggal suku sahaja.
                Akira menjeling.
                “Jangan nak menyibuk.”
                “What the...” TK meraup muka.
                “Get in!” arah TK. Eh suka hati kau je arah-arah aku. Sebelum ni mana ada orang yang mengarah aku! Kau dah kenapa nak main arah-arah aku?
                “Asal pulak? Suka hati aku lah.” Dingin kata-kata Akira.
                “Masuk sebelum aku drag kau masuk.” Hilang saya-awak.
                Akira menelan air liur. Takut juga dengan doktor ini. Dengan sikap dingin dia, muka garang dia... aish.
                Akira berjalan jua masuk ke dalam kereta TK. Tapi dia duduk di belakang. Tidak biasa duduk di depan. Selalunya drebar yang bawa dia.
                “Kau ingat kau tu tuan puteri gunung Jerai ke? Duduk depan!” marah TK. Aku tengah kusut ni, lagi nak tambah sakit hati. Akira mengetap bibir. Namun diturutkan jua.
                “Put on you seat belt.” Arah TK.
                “Eii! Aku tak biasalah. Selalu aku duduk belakang mana ada pakai tali pinggang keledar.” Keluh Akira.
                “Aku kata pakai, pakai ajelah! Yang kena samannya nanti, aku! Bukan kau.”
                Akira menarik kasar tali pinggang keledar. Protes. “This’s my car, my rule.” Kata TK perlahan. Akira hanya mendengar. Nak melawan, tak guna.
                Akira mengikat rambutnya setinggi-tinggi. Gaya hairbun. TK hanya mengerling sekilas. Akira sedar dia diperhatikan.
                “kau pandang apa? Aku tak berminat dengan kau lah.” Akira bersuara apabila kereta sepi. Tiada lagu, tiada perbualan.
                “Aku pun tak minat kaulah. I’m not interested dengan perempuan. I’m gay.” Jujur sahaja TK berkata. Bulat mata Akira.
                “Kau gay?! Ya Allah! Kau tahu tak berdosa besar homoseksual?!” Akira seakan tidak percaya yang TK ini gay.
                “Mind your own business. Kau colour rambut, biar rambut terdedah, aurat buka sana, buka sini, tak dosa?” sekali dihempap batu besar di kepala rasanya. Akira terdiam.
                “Nama kau apa?” tanya Akira apabila terlalu lama mereka dalam keadaan sunyi.
                “TK.”
                “TK? Apa tu? Teruk dan kurang ajar? Or Too Kolot? Or..”
                “Taufik Kassim.”
                “Ohh.”
                Suasana senyap lagi.
                “Sebenarnya aku sakit apa? Kenapa aku kena duduk kat hospital?” tanya Akira tiba-tiba. Persoalanan yang belum dijelaskan.
                “Kau sakit.”
                “Aku tahulah aku sakit. Tapi pening kepala sikit aje kot. Takkan sampai kena tahan kat wad.”
                “Kronik.”
                Akira terdiam. Terkejut sebenarnya. “Sakit apa?” takut-takut dia menanya.
                “Tumor otak. Sebab tu kau selalu pening kepala. Dah last stage. You just have 6 months from now on. And please, stop talking.” Laju TK berkata. Akira terpempan. Hendak menangis, tapi air mata tak keluar. Terkejutnya melampau.
***
“Pilihlah apa yang kau nak makan. Lepastu kita balik hospital balik.” TK sibuk melihat menu di tangan. Akira hanya senyap. Siapa yang mampu makan bila tahu maut akan datang enam bulan akan datang?
                “kau dengar tak?” TK perasan, Akira senyap sejak dia tahu penyakitnya.
                “Kau makan sama dengan aku, okay?” TK soal lagi. Tiada reaksi. Dia menghembus nafas berat. “Two spaggetti, please.”
                Sepi meja makan mereka berdua. TK dengan masalahnya. Akira dengan rasa tidak keruannya. Makanan tiba akhirnya.
                “Makanlah.” Pelawa TK. Dia cuba berlembut. Tapi tetap kedengaran dingin pada cuping telinga Akira.
                Air mata Akira mengalir perlahan kemudiannya. TK hanya memerhati. Dia bersandar dan meletakkan garfu kembali ke meja yang dialas kain putih.
                “Look. Even maut kat depan mata, you have to eat okay.” Nasihat TK langsung tidak berguna. Air mata Akira makin laju merembes keluar.
                TK garu kening. Dia mengangkat napkin di paha dan diletakkan di atas meja. Lantas dia bangun dan mengambil tempat di sisi Akira. Garfu di sebelah pinggan Akira dicapai. Dicucuk garfu itu ke dalam spaggetti yang berlonggok di dalam pinggan. Kemudiannya garfu itu dipusingkan.
                “Bukak mulut.” Arah TK. Akira merenung TK yang duduk rapat di sebelahnya dengan mata merah berair.
                “Cepatlah.” Gesa TK. Akira menurut. Lantas spaggetti itu selamat masuk ke dalam mulut Akira. Dikunyah perlahan makanan itu. Sempat TK mengelap air mata Akira.
                “Makan bagi habis.” Pesan TK. Garfu kemudiannya di letakkan ke dalam pinggan dan TK kembali ke tempatnya dan memulakan suapan.
                Hanya kedengaran sudu dan garfu berlaga dengan pinggan tebal berwarna putih.
                “Sayang!!” Adli mendekati TK yang sedang makan. Akira terpinga-pinga. Sayang? Lelaki? Oh. Gay.
                “Apa lagi kau ni?” TK hilang selera makan.
                “You still sayang I kan? sebab tu you datang kat restoran ni. Tempat kita selalu keluar bersama.” Adli merenung TK.
                “Look, i’m trying to eat. So please. Kau buat selera aku mati kot!” TK mengelap mulutnya dengan napkin di paha lantas membaling kuat napkin itu ke atas meja. Akira terkejut.
                “Kira, jom.” Ajak TK. Selera Akira baru naik, tiba-tiba disuruh bangun pula.
                “TK, you kenapa? Jangan kata you dengan perempuan ni...” Adli ragu-ragu. TK yang sudah bangun menarik lengan Akira seraya menghadiahkan jelingan tajam buat Adli.
                “I’m not gay now. This’s my future wife. So please..” kata-kata TK membuatkan Akira bertambah-tambah terkejut.
                Akira hanya mengikut ke mana sahaja TK membawanya. Ke mana sahaja.
***
“Hai.” TK masuk ke bilik Akira. Akira meletakkan komik gempak ke tepi katil. Dia tersenyum. Sudah seminggu dia di hospital ini. Hari ni dah boleh keluar hospital.
                Seperti yang TK katakan, dah peringkat akhir. Tak boleh nak buat apa. Operation pun tak guna. Cuma yang peliknya, dia tidaklah selemah orang lain yang mempunyai kanser.
                “Dah ready nak balik rumah?” tanya TK.
                Akira mengangguk. Seminggu sudah cukup merapatkan mereka. Kadang-kadang Akira meneman TK minum kopi di kafe tengah-tengah malam. Kadang-kadang TK meneman Akira di dalam bilik bercerita itu ini. TK tak sedingin sebelum ini. Akira tidak sekurang ajar dulu. Masing-masing sudah mulai berubah.
                “Saya hantar?” TK bertanya untuk persetujuan Akira. Akira berfikir sejenak sebelum mengangguk.
***
“TK, boleh tak kita singgah kedai kejap?” tanya Akira.
                “Kedai apa?”
                “Tudung.” TK mengangguk. Akira membeli beberapa helai tudung. Itulah kata orang, bila kita dah nak tau ajal nak datang, baru tahu nak bertaubat.
                “Kejap lagi kita pergi kedai gunting rambut, eh?” Akira memandang si pemandu di sebelah.
                “Nak potong?”
                “Yup.”
                “Tapi kalau awak potong, mesti pendek paras bahu.”
                “It’s okay.”
                “Kata tak suka rambut pendek.”
                “Takkan nak biar. Solat pun tak sah. Ini pun nasib baik colour bawah-bawah aje. Cuba kalau colour dari atas, mau botak dibuatnya.” Jelas Akira.
                “Okay.”
***
Kepulangan Akira, disambut gembira oleh ayah. Dan ayah sungguh terkejut melihat satu-satu anaknya sudah potong rambut. Tidak lagi berwarna.
                “Ayah, maafkan Kira!” bercucuran air mata Akira.
                “Takpe Akira. Ayah dah maafkan.”
                “Bibik mana?”
                “Ada kat dapur tu.”
                Terus Akira masuk ke dapur. Ayah memandang TK. “Dia berubah sampai macam ni sekali.” Kata ayah.
                “Kalau maut dah nak sampai, macam ni lah. Manusia..”
                Lantas TK dipelawa untuk duduk bersama di ruang tamu. ada perkara yang ingin TK bincangkan dengan ayah Akira. Perkara yang penting.
                “Bibik, Kira minta maaf sebelum ni Kira selalu kurang ajar, kasar dengan bibik.” Akira memeluk tubuh bibik. Terkejut juga bibik itu dibuatnya. Tapi alhamdulillah lah kalau nak berubah.
                “Tidak mengapa bu.”
                “Maafkan Kira tau.”
                “Iya. Iya.”
***
Masa semakin suntuk. Tapi hubungan Akira dan TK makin baik dan rapat. Pada Akira, TK hanya kawan baiknya. Tidak boleh dia jatuh cinta pada lelaki itu. Kerana lelaki itu gay.
                Berkali-kali dia mengingati dirinya. Lagipun, kau tu Kira dah nak mati. Tak layak nak bercinta lagi. Akira memeluk tubuh sendiri. Dingin malam membuatkan dia menggigil.
                Kepalanya sakit lagi. Tinggal sebulan lagi sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir. Tapi kau lega. Aku sudah minta maaf dengan orang yang aku pernah lakukan kesilapan. Dan aku sudah tidak tinggal solat lagi.
***
Riuh rendah di bawah. Akira memisat matanya. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Selepas Subuh tadi, dia terus tidur kembali. Sakit kepalanya makin kuat.
                Akira bangun dari katil dan keluar dari biliknya. Dari balkoni atas, dia melihat ke bawah. Kenapa ramai orang ni?
                Dengan tak mandi, rambut serabai, dia mencari kelibat ayah di ruang atas. Tidak mahu turun ke bawah lagi. Dia sempat menyelak langsir melihat keadaan luar. Matanya menangkap kelibat TK yang sedang mundar-mandir di keretanya. Hanya dia yang ada di situ. Yang lain Cuma kereta yang terparkin kemas.
                TK?! Apa TK buat kat sini?
                “Ayah? Ayah??” Akira menjerit memanggil ayahnya.
                “Ayah ada kat bawah.” Jerit ayah juga. Akira berlari ke balkoni. Orang di bawah semua memandang ke atas. Tersedar diri sedang kusut masai, dia terus mencangkung. Malu dilihat sebegitu.
                “Ini rombongan TK datang nak meminang Kira ni.” Kata ayah.
                Akira membulat mata. Hah?!
                Akira bangun dan menuruni anak tangga tanpa rasa malu tidak bertudung dan tidak mandi lagi. “Apa ayah kata?”
                “TK hantar rombongan meminang ni.”
                “Hah? Kira tak boleh kahwin dengan dia lah ayah. Dia tak suka Kira pun lah.” Akira menolak sedaya upaya.
                “Kalau tak suka, takkan nak hantar rombongan juga?”
                “Er, ayah.. sebenarnya.. sebenarnya..” mata semua tertacap pada Akira.
                “Apa dia?”
                “Sebenarnya TK tu gay!” kata-kata Akira membuatkan isi rumah terkejut. Lebih-lebih lagi mak TK.
***
                “TK, baik kau masuk dalam. Akira kata kau gay.” Jimmy yang berlari keluar mendapatkan TK memberitahu hal itu. TK meraup muka. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah.
                “Betul ke TK gay?” mak TK bertanya.
                “TK yang bagitahu saya. Saya yang tengok depan mata dia baru breakup dengan lelaki lain empat bulan lepas.” Beria-ria kata Akira.
                “Sekarang saya tak gay lah!” tegas TK yang termengah-mengah masuk ke dalam rumah. Semua mata beralih pada TK.
                “Tapi..”
                “Saya hantar rombongan ni sebab saya dah jatuh cinta dengan awak. Cukuplah seminggu dengan awak. Awak ubah persepsi saya pada perempuan. Sebelum ni saya tak berminat dengan perempuan. Tapi dengan awak, saya tak pasti.”
                “Tak pasti?”
                “hati berdebar-debar. Terasa nak senyum dan gila bayang tiba-tiba. Terasa malu bila tengok gambar awak. Terasa macam awak perhatikan saya... all that kind of stuff.” Muka TK merah. Pandangan orang lain beralih pada Akira pula. Menunggu jawapan.
                “tapi awak tahu kan masa saya dah singkat?” air mata Akira menitis mengingati masanya yang hanya tinggal sebulan.
                “Masa singkat?” ayah terkejut. Anak aku sakit?
                “Saya tinggal lagi sebulan aje nak hidup. Saya tak nak awak jaga orang yang sakit macam saya.” Makin laju air mata Akira.
                “Oh pasal tu. Maafkan saya. Waktu tu awak banyak cakap sangat. Ayah awak pun kata perangai awak teruk, tak reti nak bertaubat. So saya rasa, kematiannya aje yang boleh mengubah awak. Sebenarnya awak migrain biasa aje. Saya sengaja reka cerita. Tengok sekarang, awak berubah jadi baik, kan? thanks to me.” TK tersengih sendiri.
                Akira terlopong. Mukanya merah padam.
                “TK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritan Akira hampir menggegarkan rumah kediamannya.
***
Alhamdulillah. Akad nikah berjalan seperti biasa. Rasmi sudah Akira dan TK yang menjadi pasangan suami isteri. ^^ bahagianya, bergantung kepada kematangan kedua pihak dan kehendak Allah.
THE END