13:38 pm... Perpustakaan
Negara
Orang kata past is past. Let by gone be by gone. Semua yang dah lepas tu,
lupakan aje. Mungkin memori itu hanya terbentuk untuk sekejap. Mungkin memori
itu hanya perlu diingati selamanya, tapi bukan untuk dikenang selalu.
Farah menutup buku
Biologinya. Kaca mata ditarik keluar dari terduduk elok di atas batang hidung.
Keluar sedikit anak rambut hasil dari tarikan cermin matanya di kiri dan kanan
telinga. Dia membetulkannya sebelum ada yang melihat.
“Aku nak balik.” Farah
lantas bangun dengan dingin. Macam mana nak belajar kalau asyik teringat benda
yang lepas?
“Nak balik dah? Kau
dah belajar ke mana yang patut?” Mira tidak percaya. Cepatnya makcik ni
belajar.
“Dah. Aku go through
aje. Malas nak baca banyak-banyak. Kepala tengah serabut.”
“Kenapa serabut?
Ingatkan Mika lagi?” usik Mira. Tajam pandangan mata Farah menusuk anak mata
Mira hingga tembus ke dada. Naik cuak Mira dibuatnya.
“Okay sorry. Aku gurau
la.” Mira menunduk terus memandang nota-nota di kertas kajang yang dilipat
kecil. Buat-buat baca apabila sudah tahu kesalahan berpihak pada siapa.
“Aku balik sendiri.”
Beg terus dicapai dari kerusi.
“Kau nak balik naik
apa?” tanya Mira takut-takut, namun cukup prihatin.
“Jalan kaki. Rumah aku
dekat aje dengan PN(perpustakaan negara) ni. Tak payah la susah-susah ayah kau
nak hantarkan aku.”
“Hati-hati.” Kata
Mira. Tanpa sepatah kata, Farah terus berlalu pergi. SPM hanya tinggal beberapa
minggu lagi. Tapi apa yang terjadi, sungguh menyakitkan hati. Kenapalah waktu-waktu
genting macam ni baru nak jadi hal?
***
Beberapa minggu sebelum...
sekolah
“Aku nak pergi jumpa Mika kejap. Kau nak ikut ke?” Farah memegang hujung
tudungnya supaya tidak ditiup angin.
“Tak nak lah. Malas
aku nak ganggu couple ni. Aku terus masuk kelas aje.” Tina menjawab.
“Korang masuk kelas
dulu. Aku nak pulangkan buku kat Mika.” Jelas Farah.
“Takkan pulangkan buku
aje?” Mira mengusik. Memang kaki usik makcik ni. Farah hanya tersengih.
“Dah lah. Nanti kata
kat cikgu, aku pergi toilet kejap.” Buku tulis di tangan sudah bergulung. Farah
berjalan perlahan menuju ke padang sekolah. Matanya mencari-cari kelibat Mikael
yang sememangnya selalu ponteng kelas Fizik, dan tempat dia bersembunyi pasti
di padang sekolah di bawah pokok ara.
Dari jauh, Farah
tersenyum apabila matanya sudah terlihat lelaki itu. Baru dia ingin mendekati,
sudah ada perempuan lain yang mendahuluinya. Mikael yang sedang berbaring di
bawah pokok dikejutkan oleh perempuan itu. Farah hanya memerhati.
Seketika kemudian,
perempuan itu mencuit-cuit pinggang Mikael hingga kedua-duanya ketawa seronok.
Takkan kawan sahaja? Sampai main cuit-cuit bagai? Getus hati kecil Farah. Dia
masih bersabar.
Seketika kemudian,
tawa mereka reda. Mikael terus berbaring di atas paha perempuan itu. Darah
Farah makin mendidih. Dimainnya pula rambut panjang perempuan itu. Buku di
tangan sudah renyuk. Tangan mereka bertaut. Air mata Farah menitis. Namun
pantas diseka. Dia berlagak tenang.
Dulu, bukan aku yang
cari dia. Tapi dia yang cari aku. Dulu, bukan aku yang terhegeh-hegeh dapatkan
cinta dia, tapi dia yang berusaha buat hingga aku yang jatuh cinta pada dia.
Aku bukan pengemis cinta dia. Dia yang mengemis dengan aku!
Langkah Farah diatur
perlahan dengan tenang sekali. Dia cuba senyum.
“Assalamualaikum budak
ponteng kelas!” sergah Farah. Kedengaran girang sekali suaranya. Mikael yang
terkejut dek suara itu terus terbangun dari paha rakan sekelasnya itu.
“Farah!” pucat muka
Mikael, tidak usah dipertikaikan.
“Ni buku awak. Maaflah
pinjam lama sangat. Tak faham-faham jalan kira dia. Tapi sekarang dah boleh
buat. Thanks tau!” buku tulis Add Maths 3 diserahkan kepada Mikael.
“Maaflah renyuk sikit.
Kawan main pinjam-pinjam aje. Tak minta kebenaran. Habis buku jadi macam ni.”
Sambung Farah lagi. Menipu.
“Erk. Takpe.” Mikael
mencapai buku tulis itu. Farah tersenyum.
“Saya masuk kelas
dulu. Saya bukan jenis yang ponteng kelas macam awak.” Perli Farah. Memang
sebelum ini, mereka begini. Saling sindir-menyindir. Tapi mereka tidak pernah
melukakan antara satu sama lain. Cuma kali ini...
“Farah, ini bukan
macam yang awak fikirkan.” Mikael cuba berkata-kata.
“Hm? Saya fikirkan
apa?” Farah menguji. Dalam hati, bagai disiat-siat.
“Kami bukan macam yang
awak fikirkan.” Mikael masih berdalih. Sekali lagi Farah tersenyum.
“Kenapa? Tak salah,
kan kalau nak ada apa-apa? Lagipun hubungan kita pun main-main jugak. Maaf,
saya tipu awak sebelum ni, Mika. Saya langsung tak pernah sukakan awak. Saya
kesian kat awak asyik menagih rasa cinta dari saya. Tak sampai hati pulak saya
buat macam tu kat awak. Sebab tu saya terima awak. Maaf ya. Tapi sekarang awak
dah jumpa orang yang awak sayang betul-betul, mungkin kan? Tahniah. Eh dah lah.
Saya ada kelas ni. Bye!” terus Farah kalih dah berlalu. Air matanya tidak
tumpah langsung.
Mikael terpinga-pinga.
Tak pernah sukakan?
***
Farah duduk di perhentian bas. Masih belum ada niat untuk pulang ke rumah.
Dia perlukan masa untuk menenangkan diri. Seketika kemudian, sebiji motor
berhenti di hadapannya. Namanya dipanggil beberapa kali, namun dia tetap
termenung.
“Farah!!!” jerit si
pembonceng motor. Terkejut dibuatnya. Wajah Farah kemerahan menahan malu
apabila namanya dijerit sekuat itu.
“Kenapa?” tanya Farah
dingin. Geram.
“Tunggu bas ke?”
Eh boleh tanya pulak
budak ni.
“Taklah. Duduk sini
nak tunggu keretaapi redah jalan tar nak ambil.” Sindir Farah.
Mikael ketawa kecil.
“Jomlah. Saya hantarkan balik.” Pelawa Mikael.
“Thanks, but no
thanks.” Tolak Farah.
“Marah lagi kat saya
ke? Dah berapa minggu awak macam ni. Saya mesej tak reply, call tak angkat.
Semalam saya call awak, langsung tak dapat. Awak block number saya ke?”
“Baguslah tahu kalau
saya dah block number awak.” Farah memeluk tubuh.
“Saya minta maaf
sangat. Saya yang tak sedar diuntung.” Mikael merendah diri.
“Macam ni lah Mika.
Kalau ada jodoh, adalah. Kita tengok aje nanti. Kalau berjodoh tak ke mana.”
Jawab Farah.
“Tapi jodoh tu kan
kita kena usaha sama untuk cari?”
“Ya memang kita
berusaha untuk cari. Tapi buat masa ni, kalau couple, itu bukan mencari jodoh.
Itu mencari dosa. Cukuplah ye. Awak boleh balik sekarang.”
“Farahh..” Mikael
separa merayu. Farah bangun dari bangku dan mendekati Mikael.
“Kalau ada jodoh, tak
ke mana. Kita jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.” Farah terus berlalu
meninggalkan Mikael. Mikael tidak mampu mengejar. Bukan tidak berkemampuan
sedangkan dia menunggang motosikal. Tapi dia tahu perangai Farah. Perempuan itu
akan benci kalau dia terus-terusan mengejar.
***
Beberapa belas tahun
kemudian... hospital
“Please lah! Tak boleh
bagi kerja banyak lagi ke?” Mikael membaling pen di tangan. Pen itu jatuh terus
ke lantai melepasi meja kerjanya.
“Apa yang temper
sangat ni?” soal Ashraf.
“Macam-macam kes.
Pening kepala aku.”
“Wei, buka mata kau
tu. Padanlah kot stress kat kepala kau dengan kot putih yang kau pakai tu.”
Ashraf mengambil tempat di kerusi beroda di hadapan Mikael.
Mikael hanya memandang
lelaki di hadapannya sebelah mata.
“Apa yang buatkan kau
terlalu stress sekarang ni?” tanya Ashraf.
“Dengan kerja aku,
dengan mak aku dok desak aku cari menantu. Menyampah aku nak balik rumah. Kerja
kena bash aje dengan orang tua. Muda lagi kot nak berumah tangga.” Keluh
Mikael.
“Kahwin ajelah. Apa
susah. Orang kata, bila dah kahwin, hati makin senang.”
“Hati kau yang senang.
Hati aku tak. Mak aku sibuk mencari menantu.”
“Dah kau tak nak
carikan.”
“Macam mana aku nak
cari? Kerja aku berlambak kot.”
“Manusia yang sibuk
pun sempat berumah tangga la. Jangan jadikan kerja sebagai alasan.”
“It’s not like I’m not
going to get married. I will... just.. hmm. Soon.” Mikael merenung jauh. Ada
orang lain yang dia tunggu.
“Siapa? Farah? C’mon
la Mika. It’s been ages kot. Aku rasa perempuan umur baya macam kita ni dah
kahwin, dah ada anak kot. Kau pun mana tahu dia dah kahwin ke belum. Takkan kau
nak terus tunggu?”
“Aku rasa dia tak
kahwin lagi.”
“Rasa? Woi! Kau buat
medic nak bedah orang pun, boleh main rasa-rasa ke? Suka hati kau aje.”
Mikael merengus lagi
kasar. Dia pun tak yakin Farah akan menunggu dia. Selepas tamat SPM,
masing-masing lost contact. Dia sendiri tidak tahu Farah sambung kos apa.
“Dah tu aku nak kena
follow aje cadangan mak aku? Kahwin dengan orang yang aku tak kenal? C’mon la
Raf! Ini bukan zaman kuno yang nak main match making lagi. Sekarang zaman cari
pasangan sendiri kot. Yang nak bahagia tu, aku! Bukan mak bapak aku.”
“Merana jugak kau
kalau kau tunggu Farah. Alih-alih dapat tahu dia dah beranak lima.”
Mikael terdiam. KUSUT
AHH!
***
Di rumah...
“Get ready. Three
months from now, you’ll getting married. Pergi kursus kahwin and all the things
yang mak dah uruskan. Just follow the schedule. Don’t be late.” Pesan mak.
“What?!” niat Mikael
yang baru hendak berehat, terbantut.
“Mak ni gila ke apa?”
“Umur you dah hampir
30!”
“Mak, anak mak ni
lelaki. Bukan perempuan!!”
“Tak peduli. I want
you to get married with the one i’ve chosen. By hook or by crook! The wedding
is on!”
“Don’t sacrifies your
son over something you’ve been dreaming of!”
“You anak. I mak! So
you listen to me.”
“So what if Mika anak?
Did i have no choice to choose? I can live my own life la mak. Just please
don’t bargin in.”
“Three months. Get
everything ready.” Mak terus berlalu pergi. Mika menghempas kuat neck tie nya.
Geram.
***
D-Day...
Semua yang mak inginkan, semua Mikael turutkan. Kursus kahwin, cari barang
kahwin semua. Semua dia buat. Cuma satu aje yang belum. Tengok bakal isteri.
Akibat terlalu marah, dia jadi benci pada wanita yang sudi menjadi isterinya.
“Raf, bila kau nak
datang ni?” Mikael mula panik.
“Aku tengah on the way
la ni. Kenapa? Tak reti nak pakai sampin ke?” sindir Ashraf.
“Baik kau sampai sini
dengan selamat dulu. Bagi aku tumbuk muka kau puas-puas baru aku bagi jawapan.
Cepatlah!” gesa Mikael.
Sesampainya Ashraf di
rumah yang penuh dengan kemah yang sudah siap sedia dipasang, segera dia masuk
ke dalam rumah menuju ke bilik Mikael.
“Mika mana makcik?”
tanya Ashraf pada mak.
“Ada kat dalam bilik.
Tengah pakai baju.”
“Okay.”
Segera Ashraf menapak
hingga ke bilik Mikael. Pintu diketuk laju. “baru sekarang nak sampai? Aku dah
nak tercekik, baru kau nak selamatkan aku?!” marah Mikael.
“Sorrylah bro.
Jammed.”
“Dah. Cepat tolong
aku.”
Mereka menukar pakaian
biasa. Baju melayu dibiarkan bersepah di atas lantai. Tak guna disterika!
“Apa plan kau?” tanya
Ashraf.
“Redah aje. Kau tak matikan
enjin kereta, kan?”
“Tak. Bip ada dalam
kereta.”
“Bip ikut sekali?”
soal Mikael.
“Habis tu? Kau nak
suruh aku tinggal kereta tak berkunci, enjin hidup bagai?”
Mikael mencebik.
Mereka berdua menikus keluar dari bilik. Disebabkan terlalu ramai orang di
dalam rumah, jadinya mereka tidak perasan dua ekor tikus ini sedang menuju
keluar dari rumah.
Selamat! Mikael
selamat masuk ke dalam kereta. Pantas sahaja kereta meluncur laju menuju ke
KLIA!
***
“Miraaa! Cepatlah!” gesa Farah. Dengan berbaju pengantin yang meleret di
lantai, Farah tidak peduli. Alasan untuk ke butik pengantin yang diberi Farah
kepada ibu menjadi. Taktiknya untuk melarikan diri. Manakan tidak? Umur hampir
jangkau 30 ni, dah rasa malas nak kahwin. Lebih suka bekerja. Kalau nak kahwin
pun, haruslah pilihan sendiri. Ini tidak. Disuruh pula.
Farah berlari hingga
masuk ke dalam KLIA. Termengah-mengah dia dibuatnya. Tiketnya ke Korea.
Alang-alang nak buat main kahwin lari ni, baik pergi ke tempat yang sememangnya
nak pergi.
Lari punya lari,
GEDEBUKK. Masing-masing terjatuh. Farah mengeluh kesakitan. Mikael mengaduh
sakit.
“Farah?”
“Mika?”
“Buat apa kat sini?”
tanya Farah dan Mikael serentak. Kemudiannya dua-dua ketawa.
“What’s with the
wedding dress?” soal Mikael.
“Kahwin paksa.” Jawab
Farah. “How bout you?”
“Kahwin paksa jugak.
Tengah larikan diri lah ni.” Jawab Mikael.
“Tak sangka kasanova
kena paksa kahwin. Takde calon ke?” gurau Farah.
“Kata kalau ada jodoh,
kita jumpa lagi. Ni kan dah jumpa? So, does the old agreement still valid?”
Mikael terus menanya. Tak perlu berselindung lagi. Tak perlu main lari-lari
lagi. Penat!
Farah tersenyum.
“Kalau ini jodoh kita. Why not?”
“Macam mana sekarang?”
Mikael tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
“Balik rumah minta mak
ayah terima pilihan kita, kot. Tiket ni..” Farah merenung tiketnya. Begitu juga
dengan Mikael. Keduanya ingin menuju ke tempat yang sama. Korea. Tempat yang
mereka pernah janjikan ketika couple dahulu untuk pergi bersama.
“Daripada korang
bazirkan tiket tu, apa kata kau bagi kat kita orang?” cadang Ashraf. Bip masih
di dalam kereta.
“Aku boleh jugak jejak
kaki ke Korea.” Jawab Mira.
Kedua Mikael dan Farah
berpandangan sambil mengangguk. Senyum tidak hilang dari bibir. Jodoh mungkin?
***
“Mana pergi kamu ni Mika!!!” marah mak apabila kedua perempuan dan lelaki
itu sampai di muka pintu. Habis satu rumah riuh dengan kehilangan pengantin
lelaki.
“Mak, Mika nak kahwin
dengan Farah. Bukan dengan pilihan mak.” Terus terang Mikael.
“Farah?” mak memandang
Farah.
“La.. memanglah mak
nak kahwin kan kau dengan Farah! Itulah, haritu suruh tengok gambar, tak nak!
Farah pun tak tengok gambar ke?” jelas mak.
Seketika kemudian,
rombongan perempuan tiba di rumah pengantin lelaki. Ada informer yang
memberitahu bahawa Farah sudah berada di rumah pengantin lelaki.
“Apa kamu ni Farah? Tak
sabar sangat ke nak kahwin?” bebel ibu yang baru turun dari kereta.
Kedua bakal suami dan
isteri itu berpandangan sesama sendiri sambil ketawa.
***
Dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri. Farah menggeleng
kepala mengingati insiden yang berlaku. Cerita mereka menjadi bualan. Hingga terkekek-kekek
mereka ketawa.
Di dalam bilik pengantin..
“siapa suruh lari?”
Mikael menolak bahu Farah dengan bahunya. Mereka duduk bersebelahan di atas
katil.
“Orang tu lagi dasyat.
Tak pakai baju melayu terus. Dibiarnya keduat atas lantai.”
“Sekarang kerja apa?”
tanya Mikael.
“Engineering.” Jawab Farah.
“I’m a doctor.” Balas Mikael.
“Tahniah.” Kata Farah.
“You too.”
“Rasa macam terbalik
pulak career kita ni.” Perlahan Farah bersuara.
Mikael merenung Farah.
“Kalau dah jodoh tak
lari ke mana kan?” Mikael buat senyum nakal. Farah mengerut dahi. Selimut di belakang
terus dicapai dan keduanya diseluputi dengan selimut.
“Farah! Mika! Turun cepat.
Apa yang tukar baju lama sangat tu?” jerit ibu dari bawah. Mikael menolak
selimut. Kacau daun betul!
Farah ketawa kecil. Padan
muka. Tak menyabar!
-THE END-
sweet sangat, best la cerpen ni. hope, penulis akan terus berjaya dalam berkarya...
ReplyDeletebest sangat
ReplyDeletebuat cerpen nie dlm versi novel..plzz sweet sgt
ReplyDeleteYe la kalau buat cerpen ni versi novel mesti gempak gila dahlah cerpen ni sweet sangat2.harap sangat cerpen ni jadi novel.
ReplyDeleteSweetttt
ReplyDeletesweet dan kelakar
ReplyDeletearghhh !! sweetnya . padan muka farah dengan mika .. tak puaslah nak baca lagi .. ada sambungan dia tak ??
ReplyDeletetak sedap langsung.
ReplyDeleteTu la, lari lagi.. hahahahaha..
ReplyDeletebestt..haha
ReplyDeleteFast n funny
ReplyDeleteSdh berbelas thn Tak jumpa,,,MCM pelik,Tak sikitpun dorang ni brubah kah?,,,lgipun Farah ber make up,,lagi lh lain kan,,,,
ReplyDeleteSdh berbelas thn Tak jumpa,,,MCM pelik,Tak sikitpun dorang ni brubah kah?,,,lgipun Farah ber make up,,lagi lh lain kan,,,,
ReplyDeletePermisi kak. Saya baru belajar nulis novel di http://novel.id nih. Hehe.
ReplyDeleteCoba cek tulisan saya yaa. Mohon koreksinya…
Judulnya Boku no Mirai
http://novel.id/t/bab-1-salju-dan-kenangan/6717
http://novel.id/t/bab-2-video-call-dari-ibu/6760
http://novel.id/t/bab-3-di-masjid-otsuka-aku-melepasmu/6797
http://novel.id/t/bab-4-percakapan-dengan-lelaki-bernama-jordi/6838
http://novel.id/t/bab-5-bernostalgia-di-atas-ketinggian-450-meter/6853
http://novel.id/t/bab-6-teman-sebangku/6908
http://novel.id/t/bab-7-percobaan-ekstrakurikuler/6909
http://novel.id/t/bab-9-curahan-hati/6996
http://novel.id/t/bab-10-feeling-lonely/7356
http://novel.id/t/bab-11-this-is-me/7393
http://novel.id/t/bab-12-perasaan-yang-sama/7432
Permulaan cerita hingga jumpa kembali berbelas tahun hampir sama gan kisah hidup saya cuma bezanya saya terjumpa kembali gan ex saya dia dah berkeluarga .. Sblm dia kwen ada cari saya tapi tak jumpa akhirnya dia terima je jodoh depan mata tanpa cinta.. Alhamdulillah dia bahagia sekarang.. Cuma saya masih solo lg.. Mungkin jodoh saya gan dia dah berakhir.. Saya doakan semoga dia bahagia sehingga ke jannah.. #SyukurSelalu
ReplyDeletePermulaan cerita hingga jumpa kembali berbelas tahun hampir sama gan kisah hidup saya cuma bezanya saya terjumpa kembali gan ex saya dia dah berkeluarga .. Sblm dia kwen ada cari saya tapi tak jumpa akhirnya dia terima je jodoh depan mata tanpa cinta.. Alhamdulillah dia bahagia sekarang.. Cuma saya masih solo lg.. Mungkin jodoh saya gan dia dah berakhir.. Saya doakan semoga dia bahagia sehingga ke jannah.. #SyukurSelalu
ReplyDelete