Latest Post! Check it out!

DTM 8

Kan dah kena garu kening. Semalam dia fikir nak bunuh diri. Habis semua kerja dia minta berhenti. Nunu scroll telefon bimbitnya. Mula m...

Sunday, January 29, 2017

SPLIT 6

Image result for boy crying gif tumblr damon  
Maryam membisu. Dia hanya membiar orang di hujung panggilan yang bersuara. Dadanya berombak turun naik. Marahnya masih belum hilang. Sebolehnya dia tidak mahu fikir apa yang lelaki itu lakukan kepadanya. Benci!
            “Maryam.” Mikael panggil lagi bila pertanyaannya tidak berjawab sebentar tadi.
            Maryam hela nafas berat. “Saya dah bagitahu awak hari tu, kalau awak nak nombor Meen, awak usaha sendiri. Saya takkan senang-senang kasi kat awak.” Tegas Maryam.
            “Hey, hey. Calm down. Kenapa ni? Bila masa saya minta nombor Meen pula ni? Anyway, who’s Meen?” Mikael tidak faham.
            “Mikael, jangan buat bodohlah. Saya tak faham la dengan awak ni. Pura-pura baik dengan saya padahal nak dapatkan kawan saya? Saya boleh bagi awak berkawah dengan Meen, tapi cara awak tu tak betul!” bentak Maryam.
            “Maryam, seriously awak salah faham dengan saya ni.” Mikael cuba memujuk.
            Maryam tidak mahu dengar apa-apa lagi lantas talian dimatikan. ‘Buang mood aku aje.’ Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Hah padan muka kau habis kredit banyak-banyak.

BUNYI kereta hon sana sini kedengaran nyata di telinga Maryam. Baju cotton putih-palazo kelabu cair-cardigan kelabu labuh-selendang satin krim-rantai jam yang labuh hingga ke pankreas.
            Dengan kamera digital Olympus di tangan, kaki melangkah di tepi jalan. Kedai-kedai makan yang berada di tepi jalan menarik sedikit minatnya untuk diambil gambar.
            Sedang matanya fokus mengambil gambar, dari lensa kamera tubuh yang dia kenali itu sekali lagi melintas di hadapan. Maryam mengalihkan kamera dari matanya. Dahi berkerut.
            “Kalau kau sendiri yakin dalam hati kau yang paling dalam tu yang tu dia, aku percaya kau takkan lepaskan peluang untuk jumpa dia balik. Tapi sebab kau sendiri tak yakin. Betul tak? Back to reality, Yam. He’s gone. Like seriously gone. Aku tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat, Jogja juga yang kau nak pijak.”
            Kata-kata Meen seakan berdengung di dalam corong telinga. Maryam ketap gigi. Lebih baik dia kejar lelaki itu. Kalau dia salah pun, dia tahu dia akan berpuas hati.
            Cepat-cepat Maryam mengekori kelibat lelaki yang dia rasakan Aryan itu. Dalam hati penuh berdoa agar lelaki itu memang betul-betul Aryan walaupun jauh di dasar hatinya mengiayakan Aryan sudah tiada.
            Lelaki itu lebih laju melintas jalan raya dan Maryam tidak mampu mengejarnya apabila lampu isyarat bertukar warna hijau. Berduyun-duyun kereta lalu di hadapannya. Mata Maryam masih mencari-cari kelibat itu.
            DUP!... DUP!... Jantungnya daripada pantas terus seakan berhenti. Susuk tubuh Aryan hilang. Bebola mata Maryam kini fokus kepada susuk tubuh lain yang sedang menangis di tepi jalan.

“IBU..” lelaki yang tingginya berukuran 182 cm itu menangis di bahu jalan. Tidak tahu dia di mana. Lampu pejalan kaki bertukar dari merah kepada hijau. Di saat itu semua kereta berhenti dan memberi ruang untuk pejalan kaki. Maryam perlahan-lahan melintas sambil matanya masih tidak lepas daripada susuk tubuh lelaki yang sedang menangis itu.
            “Mikael?” tegur Maryam.
            Mikael tidak mempedulikannya. Tapi masih sibuk menangis.
            “Mikael!” bahu lelaki itu dicuit.
            Terus dia berpaling kepada Maryam dengan mata yang sudah bengkak.
            “Akak, akak kenal tak mak Adam? Nama mak, Sakinah. Adam cari mak tak jumpa.” Dia kembali mengongoi.
            Maryam garu kepala. “Mikael, awak buat apa ni? Tak kelakarlah.” Maryam menggoncang kedua bahu Mikael.
            Bertambah menangis lelaki itu dibuatnya.
            ‘What the hell.’ Maryam ketap gigi. “Ergh!” rengus Maryam.
            “Okay Adam.. Adam dari mana ni?” Maryam mulai rasa ada tidak kena dengan lelaki ini.
            “Tak tahu. Tadi Adam dalam bilik. Adam cari mak tak jumpa. Lepas tu Adam keluar. Adam tak jumpa mak.” Teresak-esak lelaki itu bercerita.
            Telefon bimbit Maryam dikeluarkan dari beg silang kecilnya. Nombor Myna didail.
            “Hello, Myna. Akim ada tak kat sana?” tanya Maryam dengan intonasi suara yang risau.
            “Kenapa ni Yam? You okay ke?”
            “I okay. I nak cakap dengan Akim kejap. Boleh?”
            “Kejap eh.” Telefon bertukar tangan.
            “Hello.” Suara Akim kedengaran.
            “Hello. Akim, you kena cerita kat I, what the hell is wrong with Mikael. Kejap-kejap kata nama dia Hafez, kejap-kejap Adam.” Rengus Maryam.
            “Erk.. kenapa ni? You bukan kat Jogja ke sekarang?” Akim garu kepala.
            “Iya I kat Jogja ni. I jumpa Mikael. Tengah menangis tepi jalan! Searching for his mom, Sakinah!”
            “Astaghfirullahazim. Yam, you boleh tolong dia kejap tak bawa dia balik bilik dia dulu. Kejap lagi I call you balik.” Beritahu Akim.
            “I tak tahu bilik dia kat mana. Dia sendiri tak ingat.”
            “Then, you bawa la dia dulu pergi bilik you.” Akim beri solusi.
            “What?!”

MARYAM peluk tubuh dan bersandar di kerusi sambil matanya tidak lepas memandang Mikael. Lelaki itu dibiarkan tidur di atas katilnya. Nyenyak sekali tidurnya. Dah sedap dapat makanan, terus tertidur. Telefon Maryam sekali lagi berdering.
            “Hello, Akim.”
            “Yam.. err.. Mikael tengah buat apa?”
            “Tidur. Tadi I dah kasi dia makan, now he’s sleeping like a baby!” intonasi Maryam kedengarang geram.
            “I tak tahulah kenapa dia ke sana. Tapi pasal Adam dengan Hafez.. Hmm..” Akim serba salah untuk memberitahu Maryam.
            “Apa dia?” Maryam tidak mahu menunggu.
            “Dia ada DID. Split personality. I kenal dia pun waktu dia mula-mula datang sini. First time I jumpa dia, I jumpa karakter Adam dulu. Maybe sama macam you, I jumpa waktu dia lost and cari ibu dia, Sakinah.” Akim yang bertugas sebagai seorang polis menceritakan sedikit sebanyak pasal Mikael.
            “So, Hafez pun..”
            “Yeah, personaliti dia yang lain. Hafez tu boleh kata kerap juga keluar. Selalunya dia keluar bila Mikael tengah marah.”
            Maryam pandang susuk tubuh Mikael yang masih tidur.
            “Berapa banyak personaliti yang dia ada?”
            “So far 3 yang I tau. Selalunya kalau Mika pergi luar negara, dia akan bawa Isaac sekali. Isaac takde dengan dia ke?”
            “Isaac siapa? Tak nampak pula sesiapa yang dekat dengan dia tadi.”
            “Personal doctor dia. Kejap lagi I Whatsapp you number Isaac. You try tanya dia dulu. Dia yang selalu ada dengan untuk handle Mika.”
            “Alright then. But now? Macam mana ni?” Maryam mengeluh lemah.
            “Nak buat macam mana. For now you kena jaga lah Adam tu dulu. Dia rasa dia 9 or 10 tahun. Budak kecil. So you handle la macam budak kecil.” Akim ketawa kecil di hujung talian.
            “Tak kelakarlah!” Maryam mendengus. Talian terputus. Kredit habis kot, fikir Maryam.
            “Er.. Mikael.” Maryam goncang lengan baju lelaki itu. Masih tidur.
            “Em. Adam.” Suara Maryam sedikit kuat. Adam terjaga.
            Mikael = Adam + Hafez. Orang yang sama. Ish pening lah!
            Lelaki itu pandang keliling. Pelik bila susun atur bilik itu tidak sama dengan apa yang ada di dalam biliknya. Dek kerana terkejut, Mikael terus bangun dari baringnya dan turun dari katil. Nafasnya kencang.
            “Wow.. wow. Rileks, Adam.” Maryam cuba menenangkan Mikael. Lelaki itu kerut dahi.
            “Apa awak buat kat sini?” tanya Mikael.
            “Mikael?” Maryam dah tak tahu siapa yang ada di depannya.
            Mikael raup rambut. Kepalanya ditekan kuat dengan jemarinya.
            “Macam mana saya ada kat sini?”
            “Ha? Saya jumpa awak dekat traffic light. Awak nampak macam lost and menangis aje.” Cerita Maryam.
            Mikael gelabah dan cuba keluar dari bilik Maryam.
            “Hey, kejap!” Maryam memintas.
            “Awak kena jelaskan kat saya, apa yang jadi sebenarnya ni?! Saya berhak tahu!” tegas Maryam.

16 tahun lalu....
Encik Arsyad menaiki anak tangga satu-persatu. Lemah badannya dek penat bekerja. Terpaksa dia ambil separuh hari untuk hari ini. Kakinya berhenti apabila melalui bilik Muazzam. Entah kenapa dia rasa pelik. Hatinya rasa tidak tenang.
            Bunyi-bunyian dari dalam bilik Muazzam mengusik rasa ingin tahu Encik Arsyad. Jarum jam baru pukul 1.30 petang. Sekolah habis 1.50 petang. Awalnya Muazzam balik?
            Tombol pintu dipulas. Matanya membuntang melihat asap berkepul-kepul di dalam bilik. Boleh dikatakan berkabus jugalah isi bilik Muazzam.
            “Apa abang buat ni?!” tempik Encik Arsyad.
            Muazzam yang sedang khayal terkejut dan beberapa saat kemudian dia ketawa. Matanya seakan berat untuk dibuka.
            “Nak?” tanya Muazzam sambil menghulur ganja.
            Tangan encik Arsyad menggigil.
            “Aku bela kau dari kecil sampai besar, bukan suruh jadi orang yang macam ni!” Encik Arsyad meluru masuk ke dalam bilik dan terus memukul belakang badan Muazzam tiada henti.
            “Sakitlah!” Muazzam menjerit kuat.
            Marah Encik Arsyad masih tidak turun. Tangannya terlepas dari nak pukul belakang badan, terkena kepala Muazzam. Kuat hingga remaja itu tersungkur mencium lantai. Hidungnya mulai mengalir darah merah yang panas.
            “Bodohlah!” Muazzam bangun dari lantai dan menolak tubuh Encik Arsyad.
            “Kau tu yang bodoh! Kalau mak kau tahu apa yang kau buat ni, kau fikir betapa kecewanya dia dengan kau!” tengking Encik Arsyad.
            “Kau bukan bapak aku! Tak payah berlagak nak nasihat aku, orang tua tak guna!” Sekali lagi Muazzam menolak kedua belah bahu Encik Arsyad hingga tubuh lelaki tua itu terkebelakang, keluar dari biliknya.
            “Kau jangan biadab, Muaz! Jangan nak ikut perangai setan bapak kau dulu tu! Kau tak ingat ke dia buat apa dengan mak kau hah?!” tinggi suara Encik Arsyad.
            “Kau siapa nak kata bapak aku setan!” dek kerana terlalu marah, kali ketiga Muazzam menolak tubuh Encik Arsyad dan kali ini tolakannya itu terlalu kuat hingga Encik Arsyad tergelincir jatuh dari anak tangga.
            Tubuh tua itu bergolek jatuh hingga ke tingkat bawah. Muazzam tercengang. Hilang rasa khayalnya sekejap.
            Pintu rumah utama ditolak lembut. “Assalamualaikum.” Sapa Mikael.
            Mata Mikael terkunci pada tubuh ayahnya yang sudah terlentang berdekatan dengan tangga.
            “Ayah.. Ayah!” segera Mikael mendekati ayahnya.
            “Ayah!” Mikael memanggil Encik Arsyad berkali-kali.
            “Mika..” Encik Arsyad sempat melihat wajah anak lelakinya itu. Darah yang mengalir dari belakang kepala mengejutkan Mikael.
            “Ayah, jangan tidur. Jangan tidur! Mika panggil ambulans! Ayah jangan tidur!” macam-macam yang bermain di dalam kepala Mikael. Dia tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kalau ayahnya tiada di sisi. Cukuplah ibunya pergi dahulu. Tolonglah jangan ayah pula yang pergi.
            Segala drama, cerita yang pernah dia tonton di kaca TV bermain di dalam kepalanya. Macam mana kalau pengakhirannya sama? Macam mana kalau ayah mati?
            Dengan tangan terketar-ketar, Mikael mendail nombor kecemasan. Beberapa saat kemudian, talian dimatikan dan dia kembali mendekati tubuh ayahnya. Air mata tak berhenti berlinang.
            “Ayah! Ayah jangan tidur! Mika ada kat sini. Ayah bangun!!!” Mikael menggoncang tubuh Encik Arsyad apabila lelaki itu hampir melelapkan mata.
            Pintu utama terbuka. “Assalamualaikum.” Sapa wanita itu. Matanya terbuntang.
            “Ya Allah! Abang!” Puan Misha melempar tas tangannya dan terus mendekati suaminya.
            “Macam mana boleh jadi macam ni, Mika?” wanita itu turut menangis.
            Mikael berhenti menangis. Dadanya berombak kencang.
            “Kau! Semua punca dari kau kan!” tempik Mikael dengan menunjuk ke arah Muazzam yang terpinga-pinga di tangga.
            “Apahal pula?! Ayah yang terjatuh sendiri. Aku tak sempat nak capai tangan dia.” Beritahu Muazzam dengan suara terketar-ketar.
            “Kau jangan nak menipu, Muaz!”
            “Apa bukti yang kau ada hah?! Apa?!” tengking Muazzam.
            “Sudah! Jangan bergaduh kat sini! Sekarang ni kita kena bawa ayah pergi hospital.” Putus Puan Misha membuatkan Mikael sedikit terkilan.

MARYAM teguk air mineral dari botol berisipadu 1.5 liter itu. Dia menggaru kulit kepala yang terasa gatal.
            “Saya minta maaf, Maryam. Mungkin orang yang sebelum ni awak jumpa tu, bukan saya. Maafkan saya, tak terus-terang dengan awak. Maafkan saya buatkan awak terluka dengan kata-kata atau tindakan Hafez yang biadab tu.. Maafkan saya..”
            “Kenapa minta maaf dengan saya?” Maryam senyum nipis menatap wajah Mikael yang sugul.
            “Saya tak tahu awak fikir apa, tapi tak semua orang sempurna. Setiap orang mesti ada kelemahan dia sendiri. Betul tak? Mungkin ini kelemahan awak yang awak tak nak orang lain tahu. Saya faham itu. Awak tak perlu minta maaf. So sekarang saya dah tahu keadaan awak, takdelah saya nak terus marahkan perangai Hafez tu. By the way, he is rude.” Maryam mencebik mengenangkan apa yang Hafez katakan kepadanya.
            Mikaael ketawa kecil. “Dia banyak susahkan awak?”
            “Bukanlah menyusahkan. Tapi menyakitkan hati. For one second, saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen.” Cerita Maryam.
            “Meen?” Mikael jungkit kening.
            “Yeap. Meen, kawan baik saya tu. Tapi sekarang saya rasa, Hafez yang tertarik dengan Meen.”
            “Hafez tanya pasal Meen?” Mikael kerut dahi.
            “Tanya? No! Dia minta nombor telefon Meen. Desperately.” Maryam ketawa kecil. Kelakar bila mengingatkan betapa bodohnya dia marahkan Mikael waktu itu.
            Mikael terdiam sejenak.
            “Kenapa dia perlu minta dekat awak sedangkan dia boleh dapatkan sendiri?” Mikael jadi tertanya-tanya.
            “Mana saya tahu? Malu, maybe?” Maryam senyum.
            “Hafez tak pernah malu. Tak pernah takut. Dia tak perlu tanya awak kalau dia desperate nak tahu. Sebab dia boleh buat semuanya. Sendiri.” Kata Mikael. Mati senyuman Maryam. Terasa macam darah dipam keluar dari saluran pembuluh darah. Jantungnya seakan berhenti berdegup untuk seketika.
SELESAI makan malam, Maryam dan Mikael berjalan seiringan menuju ke hotel Maryam. Suasana sepi seketika.
            “Tadi saya ada call Akim. Dia kata selalunya kalau awak ke luar negara, awak akan bawa Isaac. Kenapa kali ni awak tak bawa dia sekali?” soalan Maryam memecah hening suasana.
            “Kalau ada kerja luar, yes saya akan minta dia ikut saya. Cuma kali ni saya ingat, saya nak bersendiri. Ambil masa untuk diri sendiri. Ingatkan boleh handle diri sendiri, seems like I failed.” Sengih Mikael. Wajah lelaki itu sudah naik sedikit jambang dan misai yang baru dicukur.
Dari baby face, kini nampak lebih maskulin. Mata lelaki itu tak pernah tenang. Setiap kali Maryam pandang mata lelaki itu, ianya seakan melempar rasa benci dan marah. Mungkin kerana bulu mata bawahnya itu lebat. Tetapi mata itu sungguh menarik perhatian Maryam. Lebih-lebih lagi apabila Hafez yang muncul. Seakan mata itu memang khas untuk Hafez yang berperwatakan garang dan baran. Pandangannya tajam, tapi untuk seketika, Maryam merasakan mata itu mencuit.. ergh. Abaikan perasaan itu!
“Maryam?” Mikael mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Maryam membuatkan wanita itu tersentak dan lamunan terhapus.
“Fikirkan apa?” Mikael ketawa perlahan.
“Takde apa.” Maryam menggeleng dan tersenyum. Selendangnya dibetulkan sedikit.
“So, awak datang sini untuk bercuti ajelah?” Maryam kembali ke dunia realiti.
“Aah. Tak sangka jumpa awak. Jodoh takkan pernah lari, kan?” sengih Mikael.
Maryam senyum janggal. Kaki mereka berhenti apabila telah tiba di hadapan pintu hotel Maryam.
“Awak patut balik sekarang.” Maryam bersuara.
“Masuklah dulu. I’ll be just fine.” Jawab Mikael. Maryam senyum dan menoleh. Kakinya berhenti dari terus menapak.
“Call saya bila-bila awak perlukan saya. Saya boleh jadi kawan awak. Saya boleh tengok-tengokkan awak.” Kata Maryam. Mikael senyum nipis.
“Saya harap bila saya call kali ni, awak jawablah.” Usik Mikael. Maryam ketawa.
“Good night.” Maryam lambai tangan sebelum masuk ke dalam lobi hotel.
“Good night Maryam.” Mikael hanya memerhati gerak langkah Maryam yang hilang apabila pintu lif tertutup.

JARUM jam menunjukkan pukul 3 pagi. Deringan telefon bimbit Maryam membuatkan mimpi wanita itu lenyap tiba-tiba. Dia mencapai telefon bimbit dan menjawabnya dengan suara serak.
            “Hello?” Maryam paksa diri untuk bersuara. 
            “Olla chika.” Suara itu membuatkan darah seakan berlari laju naik ke kepala Maryam hingga dia dapat merasakan kepalanya sedang berdegup-degup.
            Maryam lihat nama si pemanggil. MIKAEL.
            “Hafez?” Maryam bangun dari tidur tertiarapnya.

            “Nice! Kau dah kenal aku. Aku rasa aku dekat Indon la sekarang. And last call dalam call log Mika, is you.” Hafez pandang cermin di hadapannya yang melantunkan wajah dia sendiri.

Thursday, January 26, 2017

1

Image result for tumblr students on the beach alone 

Aku hanya manusia biasa. Yang lahir dari keluarga miskin. Bapaku seorang nelayan yang bernama Zulkifli. Manakala ibu, hanyalah suri rumah yang mengambil upah untuk membasuh pakaian penduduk kampung. Ala.. macam dobi la katakan.. Nama ibuku, Nur Aisyah.
Aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal! Tapi aku tahu, hati dia baik. Namanya Zariff Iskandar. Aku sering memanggilnya nasi kandar!  Adik perempuanku yang bongsu sangat comel! Namanya Nur Alina Antasya. Aku juga mempunyai seorang kakak yang bernama Nur Alisyah. Perangainya sebijik macam singa betina! Garang nak mampos!!  Aku lupa untuk memberitahu namaku.. aku.. Nur Alia Airysha.
                                                                                    21 FEBRUARI 2009
“Alia, tolong ibu kejap!” nyaring suara ibuku memanggilku. Baru je orang nak belajar buat diari. Kacau la ibu ni. Umur aku baru 19 tahun. Tapi aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kesempitan hidup. Bukan sebab aku tak pandai tau! Result aku semua flying colours tau!
            “Tolong apa, bu? Along mana?” soalku.                                            
            “Along pergi tolong ayah kat laut. Yang awak tu, terperap dalam bilik buat apa? Ni! Tolong ibu cuci pinggan yang berlonggok dalam sinki tu. Jadik anak dara, kena la rajin sikit. Ni terperap dalam bilik je.” Seloroh ibu.
            “Lia baru nak belajar tulis diari la.” Aku menarik muncung panjang. Kakiku pantas bergerak menuju ke sinki. Lantas aku menyentengkan lengan bajuku dan memulakan ‘operasi pinggan kotor’. Ibu menggeleng kepala melihat gelagatku. Aku seorang yang ceria. Walaupun banyak musibah yang menimpa keluargaku, tapi aku tetap ceria dan senyum sepanjang hari. Biarpun niat dihati ingin marah, tapi aku tetap akan senyum. Mungkin sebab itu, adik-adikku amat rapat dengan akuku berbanding dengan Along.
            Tiba-tiba aku mendengar dekahan ketawa yang keluar dari bibir Zariff. Aku tertanya-tanya apa la yang kelakar sangat buat Zariff. Ibu melihat Zariff berlari masuk ke dalam dapur. Sisa tawanya masih tak habis. Aku menggeleng.
            “Asal dengan Alang ni? Ketawa macam hantu je.” Usikku.
            “Angah, macam mana Alang tak ketawa? Tengok diari siapa entah ni? Ayat nak atur pon macam budak-budak! Ibu! Cuba ibu dengar ni, aku lupa nak memberitahu namaku...” Zariff membaca sedikit apa yang aku tulis sambil ketawa. Ibu menggeleng-geleng kepala. Lantas Zariff menyuakan  buku berwarna kuning air dihadapanku. Mataku membuntang. Walaupun tanganku tak lagi dibilas dan dipenuhi dengan sabun, aku cuba sedaya upaya untuk merampas diariku dari tangan adikku. Nasik kandar betul budak ni tau! Zariff pantas berlari mengelilingi meja makan di dapur. Aku cuba mengejar. Habis lantai dipenuhi dengan sabun.
            “Alia! Zariff! Sudah-sudah lah tu! Kamu berdua ni, macam budak kecik. Sekor dah umur 19 tapi macam sembilan tahun. Yang sekor lagi dah 17 tahun, nak masuk 18. Tapi perangai macam budak tadika!” aku dan Zariff berhenti berkejaran dan saling berpandangan. Aku memerhatikan punggung Zariff manakala Zariff memerhatikan punggungku.
            “Ibu, takde ekor pon kat belakang kitorang.” Serentak aku dan Zariff berkata-kata. Dari luar, aku mendengar dekahan suara tua ayah dan suara ayu Along. Ibu mengetap bibir.
            “Alang!! Lari cepat! Magma dah nak meletus!! Selamatkan diri!” aku terus menarik lengan Zariff dan berlari keluar dari rumah. Dengan hanya berkaki ayam, aku dan Zariff menjejak tanah. Ibu melontarkan selipar pada kami. Dah macam beruk kitorang ni yang berusaha mengelak ke kiri dan kanan!! Sakit ow kena selipar! Lagi-lagi selipar Alang. Dah la selipar getah. Main selipar tiga kalau baling guna selipar Alang, memang lebam!
            “Along!! Tolong la kitorang!” Zariff memohon. Along masuk ke dalam rumah dengan selamba. Untuk seketika, dia keluar kembali sambil memegang kain tudung.
            “Malam ni, korang tidur kat luar je la! Nah, Angah! Kain tudung awak! Pandai-pandai la korang buat unggu api kat luar tu. Jangan masuk!” Along terus menutup pintu. Aku terkejut. Takkan Along marah? Kitorang gurau-gurau je dengan ibu. Alih-alih, dia pulak yang melebih?
Aku menyarung tudung di kepala. Zariff menyarung selipar di kaki.
“Cepat la Angah, pakai selipar. Kita jalan tepi pantai, jom. Nak tunggu ibu punya marah tu nak reda, ambik masa gak!”
Kaki kami pantas menuju ke tepi laut setelah aku menyarung selipar. Di dalam perjalanan, aku terserempak dengan Alina. Alina yang baru balik dari sekolah terkejut melihat aku.
            “Angah dengan Alang nak pergi mana?” soal Alina.
            “Tepi laut. Nak membawa diri. Kami diusir dari rumah. Entah la.. apalah salah kami.” Zariff berdrama. Meluat aku tengok. Drama king! Tapi rasa macam nak ketawa bila tengok muka Zariff. Asalnya nak buat muka kesian, tapi aku tengok macam muka beruk makye je. Hahahaha!!
            “Kena usir? Betul ke Angah?” soal Alina seakan tidak percaya.
            “Percayalah sangat kat nasik kandar ni! Menipu je tau!” selorohku. Alina yang bagai nak tercabut nyawa menumbuk manja lengan Zariff. Takut jugak kalau Alang dengan Angah kena halau. Siapa nak tolong aku dari ‘singa’ kat rumah tu? Fikir Alina.
            “Angah!! Jangan la panggil orang nasik kandar! Nama orang Iskandar la! I.S.K.A.N.D.A.R, Iskandar.” Zariff menyebut satu persatu ejaan namanya. Aku dan Alina ketawa mesra.
            “Nak join!” ujar Alina.
            “Jom lah.” Zariff menarik lengan Alina. Seronok jugak dapat adik-adik macam ni. Sekepala dengan aku. Nak jadikan kawan pon boleh, nak jadik lawan pon boleh. Sambil berjalan, aku sempat berbual dengan adik-adikku.
            “Adik, apa jadik kat sekolah? Study okey tak?” soalku.
            “Boleh la. Dah masuk form 4, banyak betul yang nak kena belajar. Lagi-lagi adik ambik sains. Memang banyak la yang nak kena belajar.” Jawab Alina matang.
            Aku hanya mengangguk. Setelah sampai di persisiran pantai, aku dan adik-adikku mengambil tempat di sebatang kayu yang hampir reput.
            “Angah, sedapkan angin laut ni? Lembut je.” Seloroh Alina.
            “Adik pernah makan ke angin laut ni? Angah tak pernah sebab takut bila Angah bukak mulut, pasir yang masuk! So, Angah tak tau la samada sedap atau tak.” Ujarku selamba. Alina menarik muncung panjang. Zariff ketawa terkekek-kekek.
            “Adik, walaupun angin laut ni, adik kata ‘sedap’, tapi bagi Alang, angin laut ni amat pahit.” Tiba-tiba Zariff berubah menjadi serius. Ada nada sedih di setiap ayatnya.
            “Kenapa?” aku dan Alina serentak bertanya. Zariff memandang kami bergilir-gilir.
            “Memang sebelum ni Alang tak pernah cerita kat Angah dengan adik. Tapi sekarang, Alang rasa, baik Alang cerita. Lagipun cerita dah lepas. Dulu, Alang pernah couple dengan sorang budak ni. Dia satu sekolah dengan kita, dik.” Jelas Zariff.
            “Satu sekolah? Adik pernah jumpa dia tak? Adik kenal dia tak?” soal Alina.
            “Pernah. Adik ingat tak, Alang pernah kenalkan adik kat sorang kakak, nama dia Liana?” Zariff menyoal Alina. Aku mendengar setiap butir bicaranya.
            “Kejap-kejap, Angah rasa, Angah kenal la.” Ujarku. Aku, Zariff dan Alina dulu bersekolah di tempat yang sama.
            “Yang putih-putih tu kan? Ala, muka dia cute-cute sikit. Lembut je orangnya. Betul tak?” sambungku.
            “Ha! Dia la tu!” Zariff mengiakan. Kelihatan hanya Alina seorang yang masih mencari-cari siapa gerangannya.
            “Dulu, Alang okey je dengan dia. Lepastu, ada pulak sorang mamat ni, baru masuk sekolah. Kelas sama dengan Liana. Liana tangkap cinta pulak dengan mamat tu! Lepas Angah berhenti sekolah, mamat tu jadik ketua pengawas untuk tingkatan 5. Memang la, Alang pon tak nafikan muka dia memang teramat hensem. Walaupun dia dah tau Alang dengan Liana time tu memang boleh dikatakan lovely couple lah, tapi dia still nak ngorat Liana. Geram betul Alang!”
            “Alang! Adik kenal ketua pengawas tu. Abang Ariff, kan? Sekarang baru adik ingat siapa kak Liana. Dia sekarang makwe abang Ariff kan? Dorang memang loving giler la Alang! Sweet giler bila tengok dorang dating belakang sekolah.” Celoteh Alina. Zariff mengangkat kening. Aku menampar paha Alina, manja.
            “Adik ni! Alang break dengan kak Liana, dia seronok pulak tengok kak Liana couple dengan orang lain!” marah Zariff. Zariff menarik muncung panjang. Itulah adik-adikku. Tak lari dari menarik muncung. Berjangkit dengan aku kot!
            “Sambung la lagi, Alang.” Ujarku tidak sabar.
            “Ha, lepastu, Liana ajak Alang jumpa dekat tepi pantai. Mula-mula kitorang dating, seronok je, tapi Liana banyak senyap. Lepastu, Ariff datang. Dia duduk bawah pokok, tak jauh dari tempat kitorang duduk. Liana pandang Ariff. Ariff macam tengah tunggu Liana je, Alang tengok. Tiba-tiba, Liana cakap, angin tepi pantai ni lembut. Tapi, tak selembut hati dia untuk Alang. Hati dia terlalu lembut untuk Ariff. Terus dia mintak break. Alang tak sempat nak cakap apa-apa pon, dia terus lari kat Ariff. Ariff pegang tangan dia, lepas tu dorang blah macam tu je.” Air mata Zariff bertakung. Aku tahu, Zariff sedih. Hatinya terluka. Bukannya dia tiada rupa. Kalau lah Zariff bukan adik aku, pasti aku pon sangkut kat dia. Banyak lagi perempuan yang lebih lawa yang datang ke rumah semata-mata nak jumpa dengan Zariff. Tapi, hati Zariff begitu keras. Kini, baru aku tau kenapa hatinya begitu keras. Hati dia perit, seperit hati aku. Aku terdengar sedu-sedan Alina.
            “Kenapa ni, dik?” soalku.
            “Cerita Alang mengharukan! Sedihnya adik dengar.” Air mata Alina merembes keluar.
            “Adik! Macam budak kecik la! Dah 16 tahun, tapi perangai macam budak tadika!” Zariff mengfotokopi ayat ibu sebentar tadi. Aku melihat Zariff mengusap air mata Alina. Manakala Alina pula mengusap air mata yang bertakung di mata Zariff. Adik-adikku sungguh mesra. Aku seronok dapat keluarga macam ni!
            “Korang ni! Buat jeles Angah je. Angah nak kesat air mata siapa pulak? Takde siapa pon nak kesat air mata Angah.” Rajukku.
            “Air mata pon takde, nak suruh orang kesat pulak!” ujar  Zariff.
            “Angah!! Alang!!” aku mendengar suara Along terpekik terlolong memanggil nama kami. Kami tersenyum. Sayang jugak Along kat kitorang. Datang jugak carik kitorang. Haha!
            “Along!” Alina menjerit memanggil Along.
            “Adik? Alang! Angah! Kat sini korang? Puas Along carik tau! Penat Along carik. Kenapa adik tak balik rumah terus? Along ingat korang dah hilang. Risau Along.” Ujar Along. Kami berdakapan. Air mataku tidak dapat ku tahan. Along tak pernah menunjukkan kasih sayangnya pada kami. Dia terlalu ego untuk semua itu. Tapi, hari ini, aku dah nampak kasih sayang Along kat kitorang semua. Giler drama kitorang ni!
            “Tadi masa balik sekolah, adik terserempak dengan dorang. Adik join sekaki la.” Tutur Alina.
            “Bukan tadi Along kata, tak boleh balik rumah ke? So kitorang duduk kat sini la.” Kataku.
            “Along gurau je la! Mana ada kakak yang sanggup tengok adik-adik dia buat unggun api kat luar rumah. Nanti mesti muka Alang hitam. Nak buat unggun api tak jadik-jadik.” Gurau Along.
            “Muka Alang yang putih ni, takkan dicemari oleh warna hitam tu, okey! Alang pandai buat unggun api tau. Jangan pandang Alang sebelah mata.” seloroh Zariff.
            “Along ada dua belah mata, buat apa nak susah-susah pandang sebelah je? Along bukan pirate yang hilang sebelah mata.” Lawak selamba Along membuatkan kami tak berhenti ketawa ketika pulang ke rumah. Aku bersyukur lahir dalam keluarga ini. Biarpun hidupku tidak dipenuhi dengan kemewahan harta, tapi aku mewah dengan kasih sayang keluarga.

“Dah nak Maghrib baru nak balik? Nak kena budak-budak ni!” ibu mencapai penyapu lidi di belakang pintu. Kami berempat yang belum pun lagi sempat menapakkan kaki kami yang cantik ni ke dalam rumah, penyapu lidi pulak nak singgah kat kaki kami? Mana boleh! Silap-silap saham aku jatuh nanti.
            “Ibu!” jerit Alina. Lantas ibu terkejut.
            “Kenapa?” soal ibu terpinga-pinga. Penyapu lidi di tangan terlepas dari genggaman.
            “Tikus belakang ibu!” jerit Alina kuat. Lantas ibu meloncat turun ke bawah. Wajah ibu pucat. Hahahaha! Ibu takut tikus! Itulah kelemahan ibu. Lantas kami berempat berlari masuk ke dalam rumah. Ibu masih lagi tercegat di bawah memandang kami dengan penuh rasa hairan. Selalunya, Alia dengan Alisyah punyalah kecut bila nampak tikus. Ni kenapa tak takut pulak?
            “Abang! Abang!” jerit ibu memanggil ayah.
            “Kenapa? Apa awak buat kat luar tu? Dah Maghrib ni. Masuklah!” ayah terkejut melihat ibu berkaki ayam berada di luar rumah.

            “Alina kata ada tikus.” Terketar-ketar bibir ibu. Ayah menjungkit kening. Sah-sah kena tipu hidup-hidup!

2

Image result for siblings goal gif 

Pagi ni aku bangun lambat laa... abeh kene bebel ngan ibu. Ibu kalau membebel, macam mesin gun! Nasib baik la aku A.B.C. Allah bagi cuti. Hahaha. Takde la kurang pahala aku solat lambat. Hurm, ni, diary aku yang kedua. Aku ni bukan la pndai sgt nak mencoret diary ni. Hah! Biar aku cerita sikit perihal hidup aku. Waktu aku sekolah rendah, aku dpt kptusan UPSR yg sgt cemerlang. 5A! Bangga tuh! Tp aku xmsuk asrma ikutan keluarga yang susah.
Time PMR plak, aku dapat 9A. Aku amek bahasa arab kat sekolah aku. Tp xjauh aku boleh pergi. Diri sendiri pon pemalas nak mampos, ni kan nak duduk jauh dengan ibu. Silap aribulan, aku balik dr asrma, bertan-tan baju kotor aku bawak balik rumah!
SPM aku pulak, kecundang sikit. 9A 1B. Fizik aku teruk sikit! Sbb tu la takat B je yang lepas. Time tu pulak, aku tengah frust menonggeng dgn sorang mamat ni. Mungkin sbb tu aku xbleh nak fokus kat study. Takat ni je la diary aku. Nanti, aku cerita lebih-lebih lagi ye!
                                                                                    22 FEBRUARI 2009
Lantas aku terus menutup diari ‘kesayangan’ku. Aku meletakkannya di dalam almari dan menguncinya. Kuncinya, aku simpan di dalam kocek baju yang digantung  di belakang pintu. Takut nanti nasik kandar tu baca lagi diari aku! Dengan malas, aku mencapai tuala di penyidai dan melangkah menuju ke bilik air.
Aku bukanlah orang kaya yang mandi menggunakan shower. Gayung pon dah cukup untuk basahkan badan aku yang meliuk-lentok ni! Chewahhh!! Perasan! Hahaha!!!
Wake up in the morning feeling like P-Diddy,
grab my glasses, i’m out the door, i’m gonna hit this city,
before i leave brush my teeth with a bottle of Jack,
cuz when i leave for the night i ain’t coming back,
i’m talking, pedicure on our toes, toes, trying on all our clothes, clothes, boys blowing up our phones, phones,
drop toppin, playing out favourite CD’s, pulling up the parties,
tryna get a lil bit tipsyyy,
dont stop, make it pop,
DJ blow my sneakers up,
Tonight imma fight,
Till we see the sunlight,
Tik tok, on the clock,
But the party don’t stop no....
“Party dah abeh! Sudah-sudah la tu Angah! Jangan nak menyanyi dalam bilik air! Kalau suara sedap takpe jugak! Ni macam nenek kebayan nak panggil hujan je! Cukup-cukup la tu! Nanti pecah pulak gelas kat dapur ni dek dengar suara kamu. Apa tu, resonance? Hah! Yela tu! Yang dalam fizik tu kan?” sinis je Along berkata-kata. Mentang-mentang la dia pon belajar Fizik! Sengaja!
Sakitnya hati! Masukan resonance pulak tu! Macam la suara aku ni nyaring sangat macam kat opera tu! Kalau gelas kat dapur tu boleh pecah, kira pass la aku nak pergi ujibakat kat opera. Tak payah la tanam anggur kat rumah ni.
“Ala.. Along jeles suara Angah sedap kan? Tu yang perli sampai masuk resonance, kan? Opps! Jangan jeles lagi! Tunggu dulu, nanti album terbaru dah keluar, baru boleh jeles banyak-banyak, ye Alongku sayang!” aku ketawa berdekah-dekah. Along mencebik. Lantas pintu bilik air diketuk kuat.
“Cepat la! Orang nak mandi jugak! Orang penat-penat balik buat kerja, yang awak tu membuta je kerja! Tak reti nak menolong langsung!” marah kak long.
Takde modal nak balas la tu! Macam la aku tak paham perangai Along. Nak cover malu la katakan. Hahaha..
“Kejap la! Orang baru masuk bilik air la. Tak sampai 2 minit pon tau! Along ni potong stim betul lah! Tak sempat nak syampu, sabun, berus gigi, cuci muka. Baru nak mula. Aiseyh! Kacau betul la!” aku mencapai sabun mandi.
“Awak tu, kalau nak mandi, tak cukup 15 minit! Satu jam baru nak keluar dari bilik air. Apa yang awak buat, hah? Lama bebenor!” Along menarik kerusi dan meletakkanya bersebelahan dengan bilik air. Tuala di tangan dililit di kepala.
“Along nak tau ke apa yang Angah buat? Okey! Angah bagi tau. Sekarang ni, Angah tengah guna sabun untuk sabun badan Angah yang hot ni! Bermula dari jari kaki, naik ke betis, dan ke paha and...” belum sempat aku menghabiskan hujah nakalku, Along mengetuk kuat pintu bilik air.
“La! Orang nak bagi tau, dia ketuk-ketuk pintu pulak! Roboh jugak pintu ni kang! Dah la pintu tunggu masa nak ‘padam’ je! Along banyak duit nak beli pintu baru?” ujarku diikuti dengan tawa.
“Tak senonoh punya adik! Sudah la! Cepat sikit! Along nak bagi tau something kat Angah.” Lantas Along berlalu pergi menuju ke ruang tamu. Aku membuka pintu bilik air sedikit. Melihatkan Along berjalan terus tanpa bengkok-bengkok. Apa yang Along nak bagi tau eak?
Aku mandi dengan segera. Tidak sabar nak tau cerita Along. Mesti ada something yang seronok ni! Tak sabarnya!
Usai mandi, aku segera berlari-lari anak menaiki anak tangga menuju ke bilik. Baju apa la yang aku nak pakai ni? Baju dengan kain buruk, lebih kurang sama je. Mana satu la yang nak pakai ni? Hah! Dah tau!
Aku mengeringkan rambutku. Lantas aku membuka pintu bilik dan menunggu Along selesai mandi. Aku duduk di sofa dan mencapai remote TV.
            “Ni mimpi apa tengah hari buta pakai baju kurung? Ada kenduri ke?” tersentak aku dengan pertanyaan ayah. Kenduri?
            “Ayah lupa ke? Kan depan rumah kita tu dorang buat kenduri kawen.” Ujar aku selamba.
            “Hah? Buang tabiat budak ni! Depan rumah kita tu laut!” kata ayah. Lantas aku ketawa terbahak-bahak.
            “Tau pon. Airysh saja je pakai baju kurung. Baju lain dah serupa kain buruk la, yah.” Aku terus baring di sofa.
            “Airysh tau kan ayah susah. Nak beli...” tidak sempat ayah menghabiskan kata-kata, aku memotongnya.
            “Ayah, bukan tu la maksud Airysh. Airysh tak kisah pon. Lagipun pakai baju kurung ni menunjukkan keayuan yang menyerlah tau! Perempuan melayu terakhir la katakan.” Segera aku duduk bersimpuh di atas sofa. Ayah ketawa dengan gelagatku.
            “Nur Alia Airysha!” jerit ibu dari dapur. Aku terpinga-pinga. Apa la pulak kesalahan aku kali ni?
            “Ye, bu! Angah datang!” terus aku melompat dari sofa dan berlari menuruni anak tangga menuju ke dapur.
            “Kenapa, bu?” soalku. Tertanya-tanya jugak kenapa ibu panggil nama penuh aku. Selalunya kalau ibu naik angin baru dia panggil nama penuh aku. Mesti silap besar yang aku dah buat ni!
            “Tolong ibu jap. Pergi beli kicap.” Pinta ibu. Hah? Tu je? Panggil nama penuh aku macam aku ni pengedar dadah nak kena hukum mati, just nak suruh aku beli kicap? Pelik! Ibu ni, makin hari, makin nak monopos ni, pelik-pelik je!
            “Ibu ni, buat terkejut Angah je. Ingatkan salah apa la yang Angah dah buat sampai ibu panggil nama penuh Angah.” Aku menarik muncung panjang.
            “Eh? Macam tu pulak? Takkan bila ibu nak marah kamu je, baru ibu ada peluang nak panggil nama penuh kamu?” soal ibu. Betul jugak! Mereng betul aku ni!
            “Ye la. Nak duit!” aku menghulurkan tangan meminta duit. Lantas ibu menyambut tanganku dengan pukulan yang teramat pedih!
            “Apa ibu ni! Sakit tau!” aku mencebik. Kesakitan terasa!
            “Ibu takde duit. Masuk buku la dulu. Macam biasa.” Lantas ibu meneruskan kerja memotong sayur. Pasti ibu malu. Aku mendengus perlahan.
            “Kenapa tak cakap awal-awal? Okey! Angah pergi sekarang. Along tak habis mandi lagi ke?” soalku sebelum melangkah pergi.
            “Ada lagi dalam bilik air tu.” Jawab ibu. Eleh! Along ni, tadi cakap orang yang mandi lama sangat, tengok-tengok, dia yang lebih! Aku lalu di hadapan bilik air. Lantas mengetuk kuat pintu bilik air.
            “Mandi tu jangan lama-lama! Nak testing suara la tu!” sindirku. Aku terdengar suara Along memekik memanggil nama penuhku. Aku berjalan dengan selamba. Kenapa la ramai sangat panggil nama penuh aku hari ni? Famousnya rasa! Lantas aku mencapai tudung. Ku sarungkan ke kepala.

“Pakcik! Nak kicap satu botol. Nanti masuk buku ea? Ibu takde duit la.” Ujarku jujur. Nasib baik takde orang. Kalau tak, malunya!!!!
            “Asyik-asyik masuk buku je, Rysh. Susah la pakcik macam ni.” Keluh Pak Man.
            “Nak buat macam mana, keadaan keluarga Airysh pun, pakcik dah sedia maklum. Airysh ingat nak kerja kat bandar la pakcik. Hulur sikit kat ibu dengan ayah. Sambil-sambil tu, boleh la Airysh simpan duit nak belajar.” Ujarku perlahan. Pak Man kelihatan simpati.
            “Tapi dengar-dengar, orang muda sekarang ni kalau kerja kat bandar, semuanya jadik teruk. Lupa mak bapak. Lupa asal usul. Semua ingat harta yang menimbun depan mata je. Takde sikit pon nak ingat keluarga.” Aku mengangkat kening. Aik? Marah bebenor pakcik ni! Anak dia ada buat hal ke? Rasanya anak Pak Man semua baik-baik! Sekolah pon, tudung labuh semuanya. Anak Pak Man yang sulung, Sumayyah adalah kawan karibku ketika di bangku sekolah dulu. Tapi kini, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Takpe la, ayah dia pon boleh tahan kaya jugak!
            “Macam tu la kehidupan, pakcik. Sepatutnya kita kena selalu ingat kat keluarga.” Aku mengeluh kasar.
            “Pakcik hadiahkan kicap ni kat kamu. Hutang kamu sebelum ni, pakcik kira halal la.” Ujar Pak Man. Aku termangu. Terkejut! Macam kena shot elektrik! Kalau aku tak pakai tudung, rasanya, dah terpacak kot rambut ni!
            “Halalan toyiba ke ni?” ujarku tak percaya. Rezeki Allah untuk umatnya. Aku sangat bersyukur! Teramat bersyukur!
            “Iye. Yang sikit-sikit tu, boleh la pakcik tolong. Yang besar-besar, maaf la ye. Tak dapek nak nolong!” kata Pak Man sambil ketawa. Aik? Pelik pulak orang tua ni. Tadi kata, dia nanti yang susah kalau aku asyik berhutang je. Tiba-tiba, kata macam ni pulak? Hahaha. Patutnya, dari dulu lagi aku keluarkan ayat macam tadi. Hahaha! Jahat la pulak hati aku ni! Dia simpati dengan ayat aku la tu! Heheh!
            “Terima kasih ye pakcik. Nanti jangan lupa kirim salam sayang Airysh dekat Sue. Airysh balik dulu.” Lantas aku mengambil botol kicap dari tangan tua Pak Man.
            Aku menceritakan segalanya pada ibu apa yang terjadi sebentar tadi. Alina mengalirkan air mata. Minah drama betullah! Sementara ‘nasi kandar’ hanya menyepi. Along pula hanya kaku. Ayah tiada reaksi seperti Along. Ibu seakan tidak percaya. Wajah ibu diserbu darah merah. Pasti ibu malu sangat!
            “Rezeki kita, bu. Jangan la sedih sangat. Angah nak kerja kat bandar la, bu.” Ujarku tiba-tiba. Terus Along tersentap.
            “La! Along baru nak bagi tau Angah pasal ni! Benda penting yang along maksudkan tu, pasal kerja la. Along ada sorang kawan yang kerja kat butik. Datin Aleeya kata, dia perlukan lagi seorang pekerja. Tapi, takkan Along yang nak pergi. Along nak tolong ayah dengan ibu. Angah je la yang pergi. Tak jauh. Kat KL. Tiap-tiap minggu Angah boleh balik jenguk kami. Nanti Angah tumpang la rumah Kak Yati, kawan Along tu.” Ujar Along bersungguh-sungguh. Ibu seakan tidak merelakan dan aku mengerti mimik wajah ibu.
            “Macam mana Along dapat tau ni?” soalku.
“Along telefon Kak Yati hari tu kat public phone. Ingat nak tanya khabar dia, lepastu, dia cerita pasal kerja ni.” Jawab Along. Aku mengangguk. Aku mengalih pandangan ke wajah ibu.
“Bu, benarkan Angah. Angah nak simpan duit jugak. Angah nak sambung belajar jugak. Angah tak nak Alang dengan adik hilang pendidikan. Benarkan Angah ye, bu.” Pintaku bersungguh-sungguh. Ibu sebak.
            “Ibu bangga dengan Angah dengan Along.” Ujar ibu perlahan. Ayah mengangguk-angguk.
            “Sanggup ke Along berpanas terik membanting tulang tolong ayah kat laut?” soal ayah prihatin.

            “Untuk ibu, ayah dan adik-adik, Along sanggup!” kuat sungguh Along. Kami bermandi air mata tika itu. Sungguh aku bangga dan gembira mempunyai keluarga seperti ini. Along tak lah segarang singa betina. Walaupun kerja ibu hanya mencuci pakaian penduduk kampung, tapi aku bangga dengan ibu. Begitu juga dengan ayahku dan adik-adikku!