Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Monday, January 23, 2017

SPLIT 5

Image result for I MISS YOU TUMBLR
“Tak payah. Biar aku yang tengok siapa.” Maryam capai selendang dan dililit malas ke kepala. Dia cuba melihat siapa yang berada di hadapan pintu rumahnya dari corong mata. Hitam. Pelik.
            Maryam membiarkan selak rantai besi ditempatnya. Dia membuka pintu sedikit memberi ruang untuk dia lihat siapa di luar.
            Dia kaget apabila Hafez sengih sinis. Cepat-cepat Maryam membuka selak dan keluar.
            “Awak buat apa kat sini?”
            “Number Meen.”
            “Pergilah cari sendiri!”
            “Seems like dia ada boyfriend.”
            “Memang pun. Dah tu sibukkan orang yang ada boyfriend kenapa?”
            “Baru boyfriend.” Hafez mencebik.
            “Awak datang sini nak cari gaduh dengan saya ke?”
            “Aku just nak number Meen. Kau yang sibuk panjangkan conversation kita. Kalau kau bagi, dah settle. Tak payah kau hadap muka aku ni.”
            “You know what? Never!” Maryam cuba masuk semula ke dalam rumah tetapi pantas dihalang Hafez.
            “Apa aku nak, selalu aku dapat.”
            Maryam sengih sinis. “Then prove it!” cabar Maryam.
            “Okay!” Hafez menjeling Maryam dan berlalu pergi. ‘Jeling macam nak juling.’ Ngomel Maryam.
            “Siapa tu?” tanya Meen.
            “Jiran.” Jawab Maryam selamba.
            “Nak apa tengah-tengah malam buta ni?”
            “Nak pinjam hammer. Aku takde hammer.”
            “Eh.. tadi aku nampak hammer atas peti ais kau.” Meen bangun dari sofa.
            “Eh tak payah. Tak payah. Dia dah balik pun.” Maryam masuk ke dalam bilik. Kemudiannya dia keluar semula.
            “Meen, kau privatekan tak Instagram kau?” tanya Maryam tiba-tiba.
            Meen menggeleng.
            “Baik kau privatekan.”
            “Kenapa pula? Kau pun tak privatekan IG kau.” Meen bertambah pelik.
            “Kau tak tahu ke kes orang sekarang yang ambil gambar kita pastu dia edit kasi bogel and sebar kat semua orang?”
            Meen terdiam sejenak. “Tu kes dah lama lah.”
            “Precaution. Mana nak tahu tiba-tiba dia orang ambil gambar kau pula. Kau kan insta famous.” Maryam cuba menakut-nakutkan Meen.
            Meen kerut dahi. Telefon bimbit dicapai. Terus pergi ke setting dan akaunya automatik ditukarkan kepada private. Nasib baik Meen ni jenis yang lurus sikit. Sikit ajelah tapinya.

JARUM jam di tangan Maryam sudah menganjak ke pukul 10 malam. Sudah hampir seminggu dia tak nampak kelibat Mikael. Ada la juga beberapa kali lelaki itu menghubunginya melalui telefon, tapi sekalipun tidak pernah dia angkat.
            Dia tahu lelaki itu cuma mahu apa yang dia mahu. Maryam merengus di dalam kereta.
            “Apa ni mengeluh macam tu?” Meen tarik tali pinggang keledar. Maryam terus menukar mode telefon bimbitnya kepada airplane. Biar takde siapa pun yang boleh hubungi dia.
            “Kau tak nak angkat ke call tu?” bunyi yang dari tadi datang dari telefon bimbitnya sebelum ditukar kepada airplane mode sedikit sebanyak mencetuskan pertanyaa dalam diri Meen.
            “Tak penting.” Jawab Maryam ringkas.
            “Alright.” Meen malas nak ambil tahu lebih lanjut.
            “So kau dah confirm semua barang kau dah ada?” tanya Myna yang duduk di tempat duduk belakang.
            “Sudah mak cik.” Maryam turut sama menarik tali pinggang keledar.
            “I ingat I kahwin dulu, boleh pergi honeymoon dulu. Eh, si Yam ni pula yang dapat travel dulu.” Myna peluk tubuh di belakang. Geram bila teringatkan janji suaminya yang hanya tinggal janji.
            Maryam dan Meen ketawa kecil. “Sabarlah. Akim kan tengah kerja. Nanti dia bawa lah you pergi honeymoon. Ini I pergi pun seorang. Si Meen ni sibuk pula kerja bagai. Bukan nak ambil cuti untuk I.” Maryam mencebik.
            “Hello, kerja I tak macam you okay. I bukan lady boss macam you. You takpelah ada orang handlekan.” Meen mencebik.
            “Guraulah.” Maryam ketawa.

DUA JAM LIMA BELAS minit kemudian, mereka tiba di KLIA. Maryam sudah bersiap-siap dengan barangnya. Lenguh duduk di dalam kereta lamanya.
            “Akhirnya! Sampai juga.” Perli Maryam dengan tawa.
            “Ish! Malam lah. Aku tak nampak jalan sangat. Tu yang banyak terlepas simpang.” Alasan Meen.
            “Iyalah tu.” Maryam senyum sahaja.
            “Kau drop aku kat tepi tempat teksi tu aje.” Beritahu Maryam.
            “Eh, you tak nak kita orang hantar sampai ke dalam ke?” Myna bersuara.
            “I bukan budak kecil lagi. Lagipun flight I sesubuh gajah kejap lagi. You tu bini orang. Pergi balik rumahlah. Sibuk aje nak ikut.” Maryam tolak daun pintu kereta.
            “Sure you okay?” Myna keluar kepala dari tingkap belakang.
            “Iya! Dah! Teman Meen tu drive. Karang sesat lagi. Nanti dah sampai rumah, gimme a call, okay?” Maryam lempar selendangnya ke bahu apabila ianya terjatuh ke depan.
            “Alright. You pun hati-hati!” mereka melambai tangan sebelum kereta milik Meen menghilang dari pandangan.
            Kaki Maryam pantas masuk ke perkarangan lapangan terbang. Telefonnya yang masih berada di mode airplane ditukar silent. Pantas nombor Myna didail.
            “I lupa nak cakap dekat Meen tadi. Thanks hantarkan. And jangan lupa rebuskan ikan untuk anak-anak bulus I.” Pesan Maryam.
            “Tak nak! Aku nak biar kucing kau kebulur sampai kau balik! Dia orang tu dah obese, kena diet sikit.” Jerit Meen dari tepi. Myna ketawa.
            Maryam mencebik. “Kalau kau dah siap nak masuk rumah ‘forever’, kau buatlah. Bukan setakat aku hantar kau ke sana, galikan pun aku sanggup.” Ugut Maryam dan mereka hanya ketawa.
            Maryam melunjur kaki di tempat duduk yang disediakan. Jarum jam sudah ke angka 3. Matanya pedih. Dia betul-betul perlukan tidur. Punyalah tak nak susahkan orang hantar awal pagi, sampai sanggup tidur di lapangan terbang.
            Maryam menepuk-nepuk bahunya yang terasa lenguh dek pikul backpack. Sedang dia mengurut-ngurut tubuhnya, ada tangan yang menghulur secawan kopi panas di dalam cawan kertas. Maryam mendongak.
            “Flight you pukul berapa?” wanita itu.
            “6.20 pagi. Thanks.” Jawab Maryam sambil mencapai cawan. Wanita itu mengambil tempat di sisi Maryam.
            “Oh. Mine 5.30.” senyum wanita itu.
            “Ke mana?” Maryam cuba berbual.
            “Switz.”
            “Jauhnya. Bercuti ke?” Maryam menghirup air panas itu.
            “Bolehlah. Sambil tu cari orang.” Sengih wanita itu.
            Macam-macam soalan yang bertaburan di dalam benak Maryam tapi dia cuba untuk tidak menyoal. Hal privasi orang tidak perlu ditanya.
            “By the way, Maryam.” Maryam hulur tangan untuk berjabat.
            “Syira.” Wanita itu menyambut dengan senyuman tak lekang.

UDARA bumi orang disedut dalam-dalam. Kemudiannya Maryam terbatuk-batuk kuat. Ha kau ingat kau atas gunung Fuji ke dapat udara segar? Habis karbon monoksida kau sedut dari asap-asap kereta.
            Maryam membetulkan semula beg galasnya yang terasa berat sebelum menyiap langkah untuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba matanya tertacap pada susuk tubuh yang macam dia kenali sedang membelakanginya.
            Saat lelaki itu menahan teksi, sisi lelaki itu terdedah.
            “Aryan?” Maryam berjalan pantas mendekati. Tetapi tubuh itu terus hilang daripada pandangan apabila dia meloloskan diri ke dalam perut teksi.
            Jantung Maryam berdegup laju. Automatik segala memori seakan datang macam tsunami membanjiri segenap inci kotak memori Maryam.
            “Degree nanti kau nak ambil apa?” tanya Aryan. Buku yang berada di riba diletak sebentar.
            Maryam yang dari tadi membuang pandang ke luar jendela kapal terbang kembali menoleh ke arah Aryan yang duduk di sebelah.
            “IB (international business) kot. Boleh selalu travel negara orang bila ada field study.” Jawab Maryam. Aryan ketawa.
            “Tak ambil IB pun takpe. Boleh aje kita buat field study kita sendiri. Kau nak pergi mana lagi? Jom aku bawa.”Celoteh Aryan.
            “Jom! Janji macam mana pun, kita kena pergi sekali.” Maryam senyum hingga ke telinga.
            “Done!” seal the deal.

MARYAM tolak daun pintu bilik hotelnya. Dia mempelajari segenap inci ruangan di bilik itu. Cantik. Beg galas diletakkan di tepi katil dan dia mengambil tempat ditilam empuk itu. Cadar dielus lembut.
            Beberapa saat selepas itu, dia mengeluarkan Acer Travelmate X313. Laju jemarinya menaip.
Tujuh tahun yang lepas, kita sudah berjanji--
Untuk pijak di bumi orang bersama-
Tapi janji tinggal janji--
 Aku kat sini, Yan--
 Seorang.
            Laman blog itu ditutup lemah setelah tulisannya di pos ke ruangan itu. Telefon Maryam berdering kuat, membuat lamunan Maryam hilang.
            “Kau dah sampai ke belum?” tanya Meen.
            “Dah. Aku baru sampai bilik.”
            “Kenapa tak call?”
            “Aku lupalah. By the way, Meen..” Maryam berhenti sebentar. Tidak tahu samada dia patut untuk memberitahu Meen atau tidak.
            “Apa dia?”
            “Hm? Takde apalah.” Maryam batal niat.
            “Yam, tell me right now atau kau nak tengok aku terpacak depan pintu bilik kau malam karang.” Ugut Meen.
            “Bagus juga tu.” Maryam ketawa.
            “Yam!” suara Meen difrekuansi tinggi.
            Maryam ketawa dan tawa itu berhenti apabila dia sudah rasa bersedia untuk memberitahu Meen.
            “Tadi waktu kat airport, aku rasa.. aku rasa aku nampak Yan. Aku tahu tak masuk akal, Meen. Tapi aku rasa macam kenal sangat tubuh tu.” Maryam raup wajah.
            “Yam..” Meen garu kening yang terasa gatal.
            “Aku tahu.. Aku tahu Yan dah takde. Tapi Meen, selagi aku tak nampak kubur dia, aku susah nak yakin Meen.”
            “Kau nak yakin macam mana lagi? Mak dia yang bagitahu kau yang dia dah takde. Kau bukan tak baik dengan mak dia. Apa lagi bukti yang kau nak, Yam?”
            “Aku tak tahu. Aku tak faham kenapa keluarga dia berkeras tak nak aku pergi melawat kubur dia.”
            “Meen, amanah tetap amanah. Dah Yan amanahkan keluarga dia untuk larang kau lawat.. even kau jauh pun, doa kau tetap sampailah kat dia. Kau jangan risau.” Meen memujuk.
            “Meen, aku rasa itu dia..” Maryam masih berkeras.
            “Kau kejar tak bila kau nampak kelibat dia?” soalan Meen membuatkan dia kaku.
            “Tak.” Jawab Maryam perlahan.
            “Kalau kau sendiri yakin dalam hati kau yang paling dalam tu yang tu dia, aku percaya kau takkan lepaskan peluang untuk jumpa dia balik. Tapi sebab kau sendiri tak yakin. Betul tak? Back to reality, Yam. He’s gone. Like seriously gone. Aku tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat, Jogja juga yang kau nak pijak.” Meen merengus.
            “Alright, alright. Aku lupakan semua. Okay? Puas hati?” Maryam mengaku kalah.
            “Right! Nanti aku call kau lagi. Habis duit aku call kau. Kau pergilah beli simkad baru kat sana dari buat data roaming. Enjoy your travel. Ingat aku, ingat Myna.” Usik Meen.
            “Malas. Nanti aku call kau. Bye. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.”
            Maryam lurut tudung. Tuala dicari. Sedang dia mengeluarkan barang-barangnya, telefonnya berdering lagi. Maryam sengih. ‘Apa lagi minah ni nak?’
            “Nak apa lagi, Meen?” Maryam ketawa.

            “Hi, Maryam.” Suara itu buat Maryam terkedu.

No comments:

Post a Comment