Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, April 28, 2013

PRMH 14



Majlis akad nikah berjalan lancar. Tinggal kenduri aje untuk esok malam. Persiapan semua telah berjalan dengan lancar. Insya Allah semuanya akan membaik sahaja. Ramai juga yang akan datang untuk kenduri malam esok.
            Harith  : Terima lelaki lain sebab tak boleh nak lupakan Harith? Well done.
            Q         : I love him.
            Harith  : Q tak pandai menipu. I know you love me more than you love him. Q buat semua ni untuk balas dendam kat Harith, kan? Yes darling. Q berjaya balas dendam cz it hurts me badly.
            Q         : Doakan Q bahagia macam mana Q doakan Harith bahagia.
            Harith  : Takkan. Q takkan bahagia dengan lelaki tu. Cz your place is with me!
            Q         : Thanks doakan kebahagiaan Q. J esok ada kenduri. Datanglah. I’ll send you the invitation card tru Kay or Kira nanti.
            Harith  : Damn it!
            Q menghela nafas berat. Dia menelan air liur. Kepala diangkat. Matanya tertacap pada tubuh sendiri yang berpakaian serba pink cair di hadapan cermin meja solek. Baju akad nikahnya ditenung. Hendak menangis, tapi kebahagiaan mengatasinya. Bibirnya tersenyum. Satu persatu mesej dari Harith dibuang. Turut sama nombor lelaki itu dibuang. Biarlah memori tersimpan kemas. Tak perlu dibangkitkan semula memori lepas.
            “Sayang!” Fahmi menolak daun pintu dengan laju bertujuan untuk mengejutkan Q. Hampir terjatuh telefon bimbit Q dari pegangan.
            “Ei! Lain kali bagilah salam. Gugur jantung tau!” Q meletakkan telefon bimbitnya di atas meja solek dan mendapatkan Fahmi.
            Sengihan Fahmi betul-betul membuatkan hati Q cair. Yeah. Aku lebih cintakan lelaki ini dibandingkan Harith.
            “Buat apa dalam bilik lama-lama? Tunggu abang ya?” Fahmi meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu Q.
            “Jangan perasanlah. Nak caj phone tadi. Takpelah. Bateri banyak lagi rupanya. Jomlah turun!” Q terus menarik lengan Fahmi ke ruang tamu. Fahmi terpinga-pinga, tapi tetap menurut.
            “Pengantin baru!!” jerit Bad, adik Fahmi yang ketiga.
            “Kenapa kau? Nak berkat kahwin awal juga?” kacau Fahmi. Pelukan di pinggang Q masih tidak dilepaskan.
            “Shit!” Bad membaling bantal bentuk segi empat tepat ke arah Fahmi tapi terpesong hampir mengena Q. Q menjerit kecil.
            “Woi! Kau ni beragaklah!” marah Fahmi. Baru kali pertama Q melihat wajah marah Fahmi. Merah sekali telinganya.
            “Kak! Sorry. Tersasar.” Bad tersengih. Naz hanya senyap. Tidak banyak yang dia ingin perkatakan.
            “And kau, Bad. Boleh tak jangan pakai perkataan shit semua tu?” Fahmi mengambil tempat di sofa bersama Q.
            “Okay okay. Sorry! Lain kali Bad pakai damn aje.” Tawa Bad meledak kuat. Naz hanya mengerling Bad. Bad.. hmm.
            “No harsh or rude or what ever words dalam rumah ni!” tegur Fahmi. Bad mencebik.
            “MRSM ajar student dia guna bahasa kasar macam ni ke? Tak, kan?” sambung Fahmi. Q mengerling Fahmi.
            “Bad MRSM juga? Kat mana?” tanya Q pada Bad.
            “Bad sekolah kat..”
            “Sama dengan Naz.” Naz mencelah. Q mengalih pandangan pada Naz. Naluri seorang kakak, lebih memahami bila riak wajah adiknya berubah ketara.
            “Oh.. ye ke? Naz.. em.. jom teman kaklong kejap.” Q menarik lengan Naz. Sarah dan Nada yang duduk di atas karpet hanya menjadi si pemerhati.
            Naz di bawa ke keluar rumah. Orang yang berkunjung ke rumah masih ramai untuk menikmati juadah kecil-kecilan sempena akad nikah Q dan Fahmi. Q tersenyum kecil apabila tetamu turut sama menghadiahkannya senyuman manis apabil berselisih.
            “Naz.. dia ke Bad yang Naz ceritakan tu?” serkap Q. Naz mengangguk lemah.
            “Bad? Ex boyfriend Naz yang curang tu?!” Q membuntang mata.
            “Kenapa kaklong kahwin dengan abang dia? Tengok! Dah kena menghadap dia kerap lepas ni!” Naz berkerut dahi. Kalau aku tahu si Bad ni adik abang Fahmi, memang dari awal lagi aku bangkang wedding ni!
            “Manalah kaklong nak tahu! Naz pun tahu macam mana cerita kaklong dengan Abang Fahmi.”
            “Hm.”
            “Maafkan kaklong.”
            “Alah.. takde apalah. Lagipun Naz dah ada boyfriend baru!” tersengih-sengih Naz dibuatnya. Mata Q tidak berkelip.
            “Dasar playgirl!” Q menjentik dahi Naz.
            “Ahhh! Sakitlah kaklong!” Naz mencebik. Q senyum. Baguslah kalau macam ni. Takdelah masing-masing sakit hati.


MALAM kunjung tiba. Fahrol, abang sulung Fahmi bersama isterinya dan tiga orang anak mereka tidur di rumah orang tua mereka. Membuatkan isi rumah itu bertambah ramai. Fakril Badrul memang terkenal dengan kenakalan yang diturunkan dari perangai Fahmi seringkali menguji kesabaran Naz. Fahri,adik bongsu Fahmi menjadi teman terbaik Sarah untuk dilayan. Memang pantang betul si Sarah ni kalau berjumpa dengan budak kecil.
            “Naz, tolong Bad kejap.” Pinta Bad. Naz menjeling. Kau memang sengaja kan!
            “Tolong apa? Nada boleh tolong awak.” Naz sibuk dengan telefon bimbitnya. Ber-Facebook-ing, Twitter, dan Instagram.
            “Kenapa awak tak boleh tolong saya? Sibuk mesej boyfriend?” sindir Bad. Naz buat muka bodoh.
            “So kenapa kalau saya mesej boyfriend saya?” perkataan boyfriend ditekan kuat.
            “Kalau nak bercinta pun, tak payah lah menunjuk yang awak bahagia sangat sampai tak ingat orang keliling, tak ingat dunia.”
            “Salah ke kalau saya bahagia? Awak pun bahagia, kan? Loser.” Naz melanggar bahu Bad dan terus ke dapur. Malas nak cakap lebih. Lebih baik tolong aje budak lelaki ni daripada nak bertekak tak sampai ke penghujung.
            Bad mengetap gigi. Geram. Dia memandang bayang Naz. Jantungnya berdegup laju. Jangan buat hal, Bad! Biras kau tu! Kaki Bad turut sama menuju ke dapur.
            “Busy ke lately?” tanya Bad. Tangannya pantas mencuci pinggan bersebelahan dengan Naz. Naz menjeling tanda malas nak ambil port. Cepat-cepat dia membilas pinggan yang penuh di sinki.
            “Kenapa?”
            “Payah betul nak nampak kat sekolah.”
            Naz mengalih pandangan ke sebelah. Dia tersenyum sinis. “Cari saya ke?”
            “Bukanlah. Dulu selalu nampak. Kat dewan, padang, library. Sekarang, tak nampak langsung.”
            “Baguslah kan tak nampak? Tak perlu awak sakit mata tengok saya. Baik awak cari girlfriend awak daripada awak cari saya.”
            “Mana ada girlfriend.” Bad membidas.
            “Typical boy statements. Mana ada girlfriend. Padahal keliling pinggang. Saya ada kerja kat depan. Saya minta tolong Nada untuk cuci pinggan dengan awak, okay.” Naz mengelap tangannya ke baju sendiri. Malas nak cari kain buruk. Sakit hatinya bertimpa-timpa.
            “Naz.. saya silap kot dulu.” Kaki Naz tak jadi melangkah terus. Dia menoleh. Muka masih tidak beriak.
            “Silap apa? Awak tak silap apa pun lah. C’mon la. Kita cinta monyet aje kot. Tak perlu ambil serius sangat, okay? Saya pun bukan cinta mati kat awak, Bad.” Naz menghadiahkan senyuman kepada Bad. Bad menelan air liur. Pipinya merah. Menahan marah? Atau malu? Entah. Naz tidak dapat memastikan riak lelaki itu.
            Kaki Naz terus ke depan. Bukan cinta mati, Naz? Seriously, Naz? Kau menangis macam nak gila.. kau kata bukan cinta mati? Dangg!


“OKAY, malam ni... kita buli Fahmi dengan Q nak?” cadang Fahrol. Umur dah 36 tahun, tapi masih berfikiran macam budak kecil. Sibuk nak mengenakan orang. Atau mungkin, genetik keluarga? Semua suka nak mengenakan orang. Baik dari ayah, hingga ke anak-anak!
            “Abang.. apa pula nak kenakan kita orang ni? Q dah letihlah. Sayang, awak nak tidur kan? Jom tidur.” Fahmi mengajak Q naik ke bilik. Q hanyam menurut.
            “Hey Fahmi! Dulu kau ingat tak waktu kau kenakan abang dengan Kak Mar kau?” Fahrol jungkit-jungkit kening.
            “Abang, esok-esok ajelah. Q dah letih.” Fahmi cuba melarikan diri.
            “Na-ahhh! Jangan ingat boleh lari. Bad, bawa keluar weapon kita!” arah Fahrol. Fahmi juling mata. Memang kenalah malam ni.
            “So disebabkan abang pernah kena, abang nak kau merasa juga saat manis abang dengan Kak Mar dulu.” Fahrol mendekati Q dan Fahmi yang masih berdiri. Puan Rosnah bersama suami masih di luar. Ada tetamu mereka yang hadir biarpun sudah lewat malam. Kini di ruang tamu tinggal Fahrol dan isterinya, Bad, Naz, Nada dan Sarah. Anak Fahrol telahpun tidur dek keletihan. Fahri turut sama di ruang tamu. Tapi sudah ternganga lena di sofa berbentuk L.
            “Abang?” mungkin agak kekok, tapi Q tetap juga kena biasakan diri dengan panggilan abang kepada Fahmi. Lagipun, memang Fahmi lebih tua daripada dia. Q masih terpinga-pinga. Tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
            “Nah biskutnya.” Bad menyerahkan sekotak biskut panjang berperisa coklat. Q mengambilnya. Fahmi mengeluh lemah. Memang akan terkena baliklah cerita dia!
            “Candy bar game!” jerit Bad sambil menepuk-nepuk bantal berbentuk segi empat tepat di atas pahanya. Sarah terpinga-pinga. Candy bar game? Bukan macam dalam Runningman tu? Ha?
            “Can..dy bar?” Q terasa macam pernah dengar nama permainan itu. Tapi di mana ya? Tik.. tok. Tik.. tok.
            “What?!” baru kini Q ingat. Permainan yang membuatkan adik-adiknya bukan main gelak lagi waktu tengok Runningman. Waktu part Kwang-Soo. Oh gosh!
            “Cepat-cepat! 1.0cm!” putus Fahrol.
            “What?! Hey. Haritu Fahmi minta abang 2.0cm kot!” Fahmi rasa tak puas hati.
            “Apa? Abang nak tolong kau merapatkan hubungan.” Kening Fahrol dijungkit-jungkit.
            Swooshhh! Jantung Q berdebar-debar.
            “Payback time!” Fahrol hingar.
            Mardiah hanya ketawa kecil smbil menggeleng-geleng melihat telatah suaminya. Macam budak-budak!
            “Q, I’ll come to you. Awak tahu kan macam mana permainan dia?” tanya Fahmi. Q mengangguk lemah.
            Permainan yang mudah. Biskut yang panjang itu perlu dipendekkan menjadi 1.0 cm dengan menggunakan mulut.
            “Seriously kena buat ke?” Q tak rela.
            “What to do?” Fahmi jungkit bahu dengan muka tak bersalah dia. Q mengeluh lemah. Gosh!
            “Cepatlah! Cepatlah!” gesa Bad.
            “Diamlah!” ujar Q. Bad terdiam. Bukan kali pertama dia dengar perkataan itu. Sebab dulu pun, memang dia selalu kena dengan Naz.
            “Awak dengan kakak awak memang sama perangai kan? Trademark ‘diamlah’ pun sama.” Bisik Bad pada Naz. Naz yang sibuk ber-whatsapp terkejut apabila suara Bad begitu dekat dengannya.
            “Oh. Aah.” Naz sebenarnya langsung tidak dengar apa yang Bad katakan padanya. Dia hanya mengiakan. Bad mencebik bila melihat Naz sibuk betul dengan telefon bimbitnya. dia sempat mencuri pandang ke skrin telefon tersebut. Kalau miss you- miss you tu, tak lain tak bukan boyfriend lah tu. Tiba-tiba Bad rasa sakit hati. Cemburu!
            Q menggigit hujung biskut itu dengan giginya. Hanya tunggu giliran Fahmi untuk memendekkan biskut tersebut dengan cara memakannya. Semakin dekat dan dekat.. dekat.. dan dekat...
            Riak wajah masing-masing di ruang tamu bermacam-macam. Sarah sudah menutup mata. Nada ketawa geli hati.
            “Hey! Buat apa tu?!” jerit Encik Fakrul di pintu masuk. Terus Fahmi ke belakang. Q menghela nafas lega.
            “Abang ni ha. Suruh kita orang main game ni.” Adu Fahmi.
            “Ayah! Hari tu waktu abang kahwin, teruk dia orang kerjakan abang. Benda yang sama kot dia orang buat kat abang dengan Mar.” Fahrol turut sama mengadu. Encik Fakrul menggeleng-geleng kepala.
            “Dah lewat malam ni. Pergilah rehat. Esok ada kenduri.” Ujar Puan Rosnah.
            “Ala mak, kenduri malamlah.” Bad memusingkan badannya ke belakang membuatkan dagunya mendarat di dinding sofa.
            “Banyak lagi kerja nak kena buat esok. Pagi-pagi lagi dah kena buat kerja, tau! Pergi tidur semua. Fahri mana?” tanya Puan Rosnah.
            “Tu, terlentang kat sofa.” Tunjuk Bad.
            “Bad angkat adik bawa masuk bilik.” Arah Encik Fakrul.
            “Eiii! Tak nak lah. Tengoklah tu. Air liur meleleh-leleh!” Bad kegelian. Naz mencebik. Menyampah.
            “Takpe. Bad tak nak buat, Naz boleh buat.” Naz bangun dan mencempung tubuh Fahri dan di bawa masuk ke bilik si kecil itu.
            “Eh! Tak berat ke?” Bad mengekor langkah Naz yang sudah menapak ke tangga.
            “Tak aci!” Fahrol mencubit kuat pipi Fahmi sebelum masuk ke biliknya bersama Mardiah. Fahmi mengaduh kesakitan. Q ketawa kecil. Muka Fahmi monyok.
            “Sakit tau!” rungut Fahmi. Dia menaiki anak tangga. Oh terlupa! Dia turun semula dan menarik lengan Q supaya ikut bersama. Tawa Q tak henti. Kenapa comel sangat suami aku ni? Muka bukan main monyok, tapi tetap nak tarik lengan aku macam baby heret tangan teddy bear besar!
            “Q mandi kejap eh?” Q mencapai tuala dan terus ke bilik air apabila Fahmi mengangguk.
            “Kau tidur terus kat rumah Fahmi? Wey! Belum kenduri kot. Bukan kena puasa ke sebelum kenduri?” tanya Keyla.
            “Puasa apanya? Kau ni jangan merepeklah. Esok terus kenduri. So senang aku nak gerak sekali dengan Fahmi. Banyak juga kerja yang aku nak kena buat. Aku bukan ada parents lagi. So terus duduk dengan dialah.” Terang Q.
            “Takde family? Kita orang ni apa?” Akira muncung sedepa. Dia memeluk tubuh.
            “Janganlah monyok macam tu. Aku janji dengan kau orang, aku akan kerap jumpa kau orang. Okay? Kau Kay.. jangan nak mengada. Memang aku akan jumpa kau kan? Jangan ponteng kerja! Potong gaji nanti.” Gurau Q.
            “Kiranya malam ni kita orang tidur berdua ajelah? No more Q?” Keyla muka sebik.
            “Mengada kau ni.” Q mencuit pinggang Keyla. Senyum mereka bertiga tawar. Payah untuk merelakan perpisahan. Mungkin kerana mereka sudah terbiasa bersama sebelum ini.
            “I’ll give you a call nanti, okay?” janji Q. Akira cuba tersenyum. Tapi amat payah.. payah sekali.
            Fahmi mengeluarkan buku tulis yang menjadi suatu alat komunikasi mereka sebelum ini. Dia mencoret sesuatu di dalam buku itu. Menyambung kembali perbualan yang pernah tercoret.
            Selesai itu, Fahmi terbaring di atas katil. Senyumnya lebar. Seronok. A’ah! Seronok sangat. Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba. Haih. Payah betul. Dah minta cuti dua minggu pun masih nak kacau lagi ke? Fahmi mengeluh. Dia mencapai lemah telefon bimbitnya di kabinet sisi katil.
            “Assalamualaikum.” Sapa Fahmi tanpa melihat siapa si pemanggil.
            “Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf wak. Saya silap wak. Saya silap besar tinggalkan awak. Please.. wak please sangat jangan buat saya macam ni.” Fahmi belum pekak. Dia dengar tangisan gadis di hujung talian. Tangisan yang sangat teruk. Rayuan gadis itu.. membuatkan dahi Fahmi berkerut. Dia menjauhkan telefon bimbit. Nombor itu tiada dalam simpanannya. Tapi dia masih lagi kenal tuan punya nombor.
            “Maaf. Salah nombor.” Fahmi terus mematikan talian.
            Waktu macam nilah sibuk kau nak datang? Kenapa tak datang dua tiga minggu lepas? Atau dua tiga bulan lalu? Atau dua tiga tahun lepas waktu kau tinggalkan aku?!
            Fahmi merenung syiling bilik. Telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Dia mencapai telefon itu kembali. Pemanggil yang sama. Perempuan sekarang memang berkenan dengan married man eh? Tanya Fahmi kepada dirinya sendiri.
            “Mandi.” Arah Q yang baru keluar dari bilik air. Fahmi terus bangun dari pembaringan. Okay. Ini memang tergoda.
            “Nak mandi ke tidak? Jangan tercegat aje kat situ.” Bebel Q. Baju kelawar dicapai dan disarung. Kan senang pakai baju kelawar? Sekali sarung aje!
            “Er.. okay.” Fahmi telan air liur. Terus dia masuk ke dalam bilik air. Bibir Q mengukir senyuman. Q ke meja solek. Selesai menyapu toner di muka, dia bergerak pula ke katil sambil menyikat rambut yang hampir kering. Ni kalau tidur ni confirm tak sedar apa-apa. Bila dah letih, memang nyenyak tidur nanti!
            Buku tulis yang dikenali Q dipandang pelik. Dia membuka buku tulis itu.
            Suami yang comel       : Thanks sayang. Abang janji, kebahagiaan tu milik kita bersama. So stick with me. Tru failure or success, hard or easy, hatred or love, always be mine. #with big cute kitten eyes. Fall for me. Please please please.. fall for me! Angguklah! Angguklah cepat! #mengharap!
            Q terus mencapai pen yang ditinggalkan Fahmi. Kalau berterusan macam ni, memang awet muda aku dibuatnya. Senyum tak pernah lekang dari bibir!
Isteri yang cantik        : Akan selalu bersama dengan abang. Tru everything. Takkan pernah tinggalkan abang. Q janji. Hanya Allah yang boleh pisahkan kita. J
            Buku ditutup dan diletakkan di atas kabinet kecil bersebelahan dengan katil. Telefon Fahmi berdering nyaring. Nombor tidak dikenali. Q mengetap bibir. Mungkin panggilan kecemasan? Tengah malam macam ni, kan..
            Q tanpa fikir panjang terus menjawab panggilan itu.
            “Fahmi.. saya merayu dengan awak... tolong tinggalkan isteri awak sekarang. Saya sayangkan awak. Sangat-sangat sayangkan awak. Saya silap sebab tinggalkan awak dulu. Kesilapan terbesar saya! Awak, tolonglah.. saya sayangkan awak.” Tangisan Leeya membuatkan Q tersentak.
            “Nanti saya sampaikan pesan cik.” Balas Q. Leeya senyap.
            “Siapa ni?” Leeya naik angin tiba-tiba. Cemburunya meluap-luap.
            “Isteri Fahmi Alan Fikrash.”
            “Kau!” Leeya bersuara lantang.
            “Nanti call lagi ya. Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan. Bini mana tak marah oii bila orang luar minta si suami tinggalkan si isteri untuk perempuan lain. Tapi Q sendiri faham.. perempuan tu yang merayu Fahmi. Fahmi mesti ada penjelasan.
            “Kita dah wangi!” girang sungguh suara Fahmi. Q senyum.
            “Pakai baju cepat.” Arah Q. Bagai lembu dicucuk hidung, Fahmi menurut tanpa banyak soal dan songeh. Kan senang macam ni!
            Selesai memakai baju, Fahmi mengeringkan rambutnya dengan tuala.
            “Abang, meh sini kejap.” Panggil Q. Fahmi jungkit kening. Senyuman nakal terserlah.
            “Cepatlah. Jangan nak sengih macam tu.” Q ke hujung katil.
            “Kenapa?” tanya Fahmi apabila dia sudah mendekati katil. Tangannya masih laju mengeringkan rambut.
            “Duduk kat bawah.” Minta Q. Fahmi terus bersila di lantai menghadap katil.
            “Pandang ke sana.” Q memusingkan tubuh Fahmi supaya menyandarkan tubuhnya di kaki katil.
            Terus Q mengambil tuala yang berada di dalam pegangan Fahmi. Tugas dia untuk membantu suaminya. Q mengelap rambut Fahmi dari atas katil. Fahmi ketawa kecil.
            “Kenapa?” pelik Q. Kenapa perlu ketawa?
            “Ingatkan apa tadi.”
            “Jangan nak fikir yang bukan-bukanlah.”
            “Q, banyak yang kita tak tahu pasal each other kan?” Fahmi mula bicara.
            “Abang nak tahu pasal apa?” rambut Fahmi disikat elok. Terlalu lembut rambut lelaki itu. Macam rambut bayi.
            “Hmm. Banyak sebenarnya yang abang nak tahu. Tapi takpelah. As the time goes, abang akan tahu sikit-sikit nanti.” Fahmi mendongakkan kepala. Mata mereka bertaut.
            Pipi Fahmi dicubit manja. Q nak tahu pasal perempuan itu, bang. Bisik hati kecilnya.
            Fahmi kembali memandang ke depan. Q mengerjakan rambut si suami. Macam-macam gaya dia cuba buat. Shark fin? Punk? Landak? Semua tak menjadi.
            “Rambut abang ni lembut sangat. Kalau buat macam punk, jadi macam shark fin patah.” Q ketawa terbahak-bahak.
            “Eii. Rambut I selembut sutera youu.” Fahmi angkat bakul sendiri.
            “Q, abang ada benda nak bagitahu.” Fahmi tak mahu simpan lama. Takut benda kecil menjadi besar.
            “Apa dia?” Q masih lagi menyikat rambut Fahmi. Dia sukakan rambut lelaki itu. Lebih suka main rambut lelaki itu dibanding rambutnya sendiri.
            “Ex girlfriend abang ada call tadi. Dia nak balik kat abang. Tapi..” terus Fahmi mendongak laju memandang raut wajah isterinya.
            “Abang tak sayangkan dia. Abang tak nak pun kat dia. Percayalah. Betul! Sumpah. Abang tak tipu.” Bersungguh Fahmi berkata, laju pula tu! Q turun ke lantai berhadapan dengan Fahmi.
            Lelaki itu merenung anak mata Q. Hatinya risau. Salah ke aku bagitahu? Atau sepatutnya aku simpan aje benda macam ni? Ahhh Fahmi!
            Q mendekatkan dirinya dengan Fahmi. Rambut Fahmi yang sudah kering menutupi dahi. Q menyelak rambut itu dan CHUP! Satu kucupan mendarat di dahi Fahmi. Fahmi terpana.
            “Q baru jawab call ex-girlfriend abang. Kelakarlah dia tu. Abang jangan risau. Sikit pun Q goyang.” Barisan gigi Q turut membuatkan Fahmi tersenyum. Berterus-terang lebih baik dari menyembunyikan.
            “Sini aje? Sini? Sini? Sini?” Fahmi menunjuk ke pipi kiri kanan, dan akhir sekali mendarat di bibir.”
            Q rapatkan kembali bibirnya ke dahi Fahmi lama. “ Dah. Jom tidur. Esok kita bukan jadi raja sehari tau. Esok nak kena tawaf satu dewan jumpa orang. Pagi-pagi lagi kena tolong mak dengan ayah buat kerja. Jom tidur!” Q naik semula ke katil. Fahmi hampa. Dia menunduk mengeluh sebelum menutup lampu bilik dan naik sama ke katil. Selimut di tarik hingga ke paras dada.
            Rasa pelik bila tiba-tiba malam ditemani seorang lelaki bergelar suami. Kekok pun ada. Nasib baik lampu dah dipadam. Kalau tak, mesti Fahmi dah nampak peluh kau merenik walaupun suhu pendingin hawa dah cukup menyejukkan.
            Fahmi di sisi turut merasakan benda yang sama. Dia tak boleh nak tidur. Tak pernah-pernah ada perempuan kat sebelah, tiba-tiba malam ni ditemani gadis bergelar isteri. Kalau ikutkan nafsu, dah kena terkam ni. Fahmi menyabarkan hati. Tangannya menyentuh dahi. Dia tersenyum sambil menggigit bibir bawah.
            Masing-masing tak tenteram tidur. Q bangun dan duduk. Menyedari itu, Fahmi turut sama bangun.
            “Kenapa?” tanya Fahmi dalam samar malam.
            “Tak boleh nak tidur.” Adu Q.
            “Samalah.” Fahmi mengurut belakang tengkuk.
            “Dah nak pukul satu pagi.” Kata Q setelah memeriksa jam di telefon bimbit.
            Fahmi menarik Q rapat dengannya. “Tidur kat lengan abang, nak?” pelawa Fahmi. Q terdiam sebelum mengangguk.
            “Come.” Fahmi menolak sedikit jauh comforter dan membiarkan Q mendekatinya. Hembusan nafas Q mengena dada Fahmi.
            “Hmm. Ada heater kat sini.” Fahmi bersuara. Q mendongak. Tak faham.
            “Yelah. Tengah-tengah sejuk macam ni, dapat heater naturally dari tubuh manusia. Ingat senang ke?” Fahmi menghadiahkan barisan gigi. Q menunduk semula. Dia memberanikan dirinya untuk meletakkan lengannya ke pinggang Fahmi. Bila merasa selesa, pelukan diketatkan.
            “Ahhh~ takdelah nak peluk bantal peluk tapi angankan orang lain dah! Dah dapat!” omel Fahmi sendirian.
            “Diamlah.” Nak tidur pun tak tenang tau, si Fahmi ni. Q terus melelapkan mata. Fahmi menahan tawa. Sempat dia mengucup dahi Q. Tapi saat itu, Q langsung tak sedar. Dia sudah ke alam mimpi. Begitu mudah dia tertidur apabila berada di dalam pelukan Fahmi.

Friday, April 26, 2013

PRMH 13



Fahmi terkocoh-kocoh lari keluar dari KLIA. Cermin mata hitamnya dikepilkan ke kolar baju. Matanya memandang kiri kanan. Bibirnya tidak dapat menyembunyikan rasa hati. Bibir yang terbentuk cantik terus tersenyum tanpa henti.
            “Kau ni macam budak kecil. Main lari-lari pula. Kau nak cepat sangat dah kenapa?” bebel Asyraf yang penat mengejar.
            “Kau balik dululah.” Kata Fahmi. Aik? Haritu datang satu kereta dengan aku.
            “Ni kau nak balik dengan apa kalau kau suruh aku balik dulu?” Asyraf pelik. Mengidam nak naik teksi ke pakcik ni?
            “Balik aje lah dulu. Aku tunggu tunang aku. Tunang aku ambil!” nampak sangat muka teruja si Fahmi Alan Fikrash ni.
            “Patutlah. Kalau macam tu, aku balik dulu eh? Jangan nanti aku dah sekerat jalan, kau call aku suruh pick up pula. Aku tenyeh muka kau kat jalan tar karang.”
            “Baliklah. Balik! Balik!” ujar Fahmi seakan menghalau. Asyraf mencebik. Menyampah! Waktu murung pun annoying, inikan lagi waktu happy. Terus dia buang aku. Lagi annoying! Tak guna punya kawan.
            Fahmi rasa berdebar-debar. Dua minggu lepas, untuk kali terakhir dia berjumpa dengan Q, perempuan itu bukan siapa-siapa. Tapi sekarang dah merangkap tunang!
            Sepuluh minit menunggu, Q masih belum kunjung tiba. Fahmi mula muncung sedepa. Kakinya menyepak-nyepak batu-batu kecil di bawah kakinya tanda bosan. Terserlah kecomelannya. Seketika dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.
            Fahmi  : #lari2 dengan beg roda keluar KLIA. Mata mencari Wrs. Wifey. Tapi masih tak kunjung tiba. Muncung sedepa. Rindu.
            Q         : Maaf! A bit lambat! Baru keluar hospital.
            Fahmi  : Keluar hospital? Kenapa? Sakit ke?
            Q         : Ujian HIV lah. Sorry buatkan awak tunggu lama. Kejap lagi saya sampai kay. Boleh tunggu a lil bit tak?
            Fahmi  : Oh! Tak sabar nak kahwin dengan kita lettew. #sengih2. Boleh. Sampai esok pagi pun, kita sanggup tunggu awak.
            Q         : Diamlah. =..=”
            Fahmi  : Sampai hati! K enough. Drive carefully sayang. :-*
            Q tersengih sendiri. Eii. Boleh gila aku jadinya dengan encik tunang ni tau. Jantung yang berdegup laju cuba ditenteramkan.


“CIK TUNANG!!” Fahmi menjerit apabila ternampak kelibat Q. Lebih sejam dia menanti Q. Kadang-kadang dia duduk mencangkung. Kadang-kadang kakinya tak boleh duduk diam dan berjalan ke hulu ke hilir. Sempat juga dia lompat bintang di hadapan pintu masuk KLIA itu. Bosan sangat!
            “Maaf buatkan awak tunggu lama. Jauhlah dari hospital ke sini.” Q tersenyum apabila wajah Fahmi betul-betul di hadapannya.
            “Maaf menyusahkan awak.” Fahmi terasa agak mementingkan diri sendiri ketika ini. Q ketawa kecil. Bahu kanan Fahmi ditolak lembut dengan hujung jari telunjuk.
            “Dengan tunang sendiri pun ada perasaan macam tu ke, hm?” Q mahu memujuk supaya rasa serba salah dalam diri Fahmi hilang. Terus sengihan Fahmi menceriakan kembali wajahnya. Keadaan mendung tidak mengubah mood comel mereka berdua.
            “Jom!” ajak Fahmi. Kunci kereta bertukar tangan.
            “Kita pergi jumpa tok kadi eh?” Fahmi menarik tali pinggang keledar. Mata Q membuntang.
            “Ha? Buat apa?” perlahan-lahan Q turut sama menarik tali pinggang keledar.
            “Kahwin terus. Lagi afdal kalau dipercepatkan!” jawapan Fahmi membuatkan tawa Q terbahak-bahak.
            “Jangan gelojoh sangat nak kahwin boleh tak? Banyak lagi benda nak kena settle tau.”
            “Hish. Nak kahwin cepat pun tak boleh.”
            “Diamlah.”
            Fahmi mengerling Q di sebelah. Nak tenung lama-lama, tak boleh pula. Tengah driving.
            “Tak baik tau kata encik tunang macam tu.” Fahmi bersuara. Q merenung ke luar tingkap. Tak nak layan~ tak nak layan~


“BAB kenduri, kita buat satu kenduri aje kot. Lebih mudah. Ajak ramai-ramai sekaligus. Tema semua, Fahmi serah kat Q.” Fahmi meletup-letupkan jemarinya. Puan Rosnah mengangguk-angguk.
            “So, Q.. nak buat macam mana kenduri ni? Fahmi kasi Q buat ikut citarasa Q.” Puan Rosnah memandang Q meminta jawapan.
            “Q nak buat benda yang simple aje. Kalau boleh tak nak ada bersanding.” Q takut jika permintaannya ditolak mentah-mentah.
            “Tak nak bersanding?” Fahmi menggaru kening yang gatal.
            “Hmm. Kita tak payah buat pelamin. Q ingat just kita sewa baju pengantin. Lepastu waktu makan, kita pergi meja ke meja bagi doorgift kat tetamu. So, tetamu akan rasa lebih dihargai bila kita tuan rumah sendiri turun bawah pergi jumpa seorang-seorang.
            Tak membazir kat pelamin sangat. Takde orang buat lagi.. Q tak pernah nampak lagi. Tapi kita boleh buat. Nampak beza sikit dari wedding yang lain. Kita pun boleh ramah mesra dengan orang. Tak semua tetamu yang datang tu, kita kenal. Especially kawan-kawan ayah dengan mak awak. Mungkin waktu tu baru kita boleh lebih kenal dia orang.”
            Encik Fakrul mengangguk-angguk mendengar cadangan Q. Ada benarnya apa yang Q katakan.
            “Hmm. Cantik juga kalau buat macam tu.” Puan Rosnah bersetuju. Fahmi masih belum beri kata putus.
            “Fahmi?” Puan Rosnah pelik bila Fahmi tidak bersuara.
            “Sure tak nak bersanding?” Fahmi merenung tepat anak mata Q. Lelaki ni mengharapkan dapat bersanding ke? Q tertanya sendiri.
            “Q cadangkan apa yang Q rasa aje. Kalau awak nak bersanding, terpulanglah.” Sekarang ni, kenduri buat sekali aje. So, masing-masing kena bertolak ansur. Tak boleh masing-masing nak ikut kehendak masing-masing. Nanti belum kahwin dah bertelagah. Itu tak kena ini tak kena. Macam mencuka pula muka nanti.
            “Saya tak kisah. Saya just nak kepastian awak aje. Sebab jarang ada perempuan yang tak nak bersanding.”
            “Saya tak sama kot dengan perempuan lain.” Q tersengih. ‘Awak ni interesting, awak tahu tak?’ bicara Fahmi sendirian.


AKIRA jadi kekok apabila dirinya diperhatikan Tasha dari jauh. Dia tahu Tasha masih marah akan dirinya. Walaupun sudah beberapa hari dia masuk kerja, Tasha tetap tidak mempedulikannya.
            “Kir..” Adam termengah-mengah mendapatkan Akira.
            “Kenapa ni?” Akira risau pula dengan keadaan Adam. Nampak macam ada kecemasan.
            “Ada kes kat wad kecemasan. They need you.” Adam memegang bahu Akira. Dahi Akira bertaut.
            “They need me? Awak tak boleh handle ke?”
            “I need you.” Mata Adam menikam dalam anak mata Akira. Oh. Sebenarnya bukan mereka yang perlukan aku, tapi Adam... Hm.
            “Please.” Pujuk Adam.
            Mata Akira memandang kelibat Tasha yang terus berlalu setelah melihat adegan mereka berdua. Jelas kelihatan wajah benci gadis itu terhadap dirinya.
            “Kenapa?” Adam memandang ke belakang. Tiada siapa.
            “Er. Takde apa. Jomlah.” Akira terus berjalan ke wad kecemasan dengan ditemani Adam. Lelaki itu tersenyum dalam hati. Akira kini lebih banyak mengalah dibanding dahulu. Mungkin dia takut rahsia tentang keguguran anaknya diketahui umum. Dalam gembira, Adam ada juga menyesal. Maafkan Adam buat Akira terpaksa mengalah macam ni. Sebab Adam tahu, Kir bukan macam ni beberapa tahun lalu. Maafkan Adam... tapi ini untuk kebahagiaan kita bersama.


HADI mundar mandir di dalam biliknya. Keadaan ibunya semakin teruk dari hari ke hari. Dia meraup wajahnya apabila punggung dihenyakkan ke katil.
            Dua tahun lepas, kedudukan keluarganya begitu megah. Hebat di mata dunia. Sebut sahaja nama Kamarul, semua orang akan tabik hormat pada peniaga tesohor itu. Tapi hari ini? Semuanya lebur. Keadaan mereka jauh panggang dari api dengan dua tahun yang lepas.
            “Hadi, ubat ibu dah habis.” Wajah Encik Kamarul nyata kecewa dan lesu.
            “Hm? Em. Nanti Hadi pergi belikan ubat ibu.” Hadi terus bangun dari katil dan keluar dari biliknya.
            “Ada duit ke?” tanya Encik Kamarul.
            “Jangan risau, bah. Hadi ada duit lagi.”
            “Tuan rumah dah minta duit sewa..” keluh Encik Kamarul. Hadi hanya mendengar. Dilihat adik perempuannya yang sedang nyenyak tidur di atas lantai berlapik tikar plastik.
            “Nanti Hadi cari duit. Jangan risau.” Hadi terus keluar dari rumahnya. Air mata lelakinya jatuh di saat kakinya memijak tanah luar rumah.
            ‘Apa salah kita orang sampai Kau uji macam ni, Ya Allah!’ rintih Hadi sendirian. Gaji bekerja di Seven Elevan tak cukup untuk menampung semuanya. Terlalu banyak hutang yang perlu dilangsaikan.
            Hadi kemudiannya mengesat air mata dengan belakang tangan. Dia terus melangkah. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor sahabatnya didail.
            “As, kau boleh tolong aku tak?” Hadi mengambil keputusan muktamad. Dia perlukan duit. Untuk itu, dia perlu lakukan sesuatu!