Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Saturday, April 20, 2013

PRMH 12



Q termenung sendirian. Mungkin sebab terlalu banyak menangis, hingga menjadikan tubuh Akira lembik. Kini Akira sudah tidur dengan nyenyak. Ah! Dah nak masuk Asar! Keyla mesti risau.
            Q mendekati katil Akira dan mencium dahi dan pipi gadis itu sebelum berlalu pergi. Sempat dia meninggalkan nota di atas kabinet kecil bersebelahan dengan katil.
Kir, aku balik dulu. Anything, call me.
-Q-
            Telefon Q berbunyi.
            Fahmi  : Q.. T_T
            Q         : Kenapa?
            Fahmi  : Nak balik.
            Q         : Minggu depan balik, kan?
            Fahmi  : Balik sekarang, esok boleh kahwin.
            Q         : Haha. Belum tentu lagi.
            Fahmi  : Kalau esok mak saya masuk minang awak, okay tak? #mata bulat macam bola pingpong.
            Q         : Esok? Awak biar betul.
            Fahmi  : #kekelip mata. Kenapa? Tak boleh ke?
            Q         : Awak dah fikir masak-masak ke?
            Fahmi  : #juling itik. Cik pengantin, kalau tak serius, takkan fikir sampai hampir hangus ni tau tak.
            Q         : Hmm. Insya Allah.
            Fahmi  : Esok jangan pergi mana-mana tau! Mak datang rumah nanti!
            Q         : Hmm.
            Fahmi  : Kira dah okay?
            Q         : Dah. Dia tengah tidur.
            Fahmi  : Awak dah balik dari hospital?
            Q         : Belum. Baru nak gerak pergi kat kereta.
            Fahmi  : Bukan Kira je yang kena rehat, awak pun kena rehat sama. Tau.
            Q         : Baik.
            Fahmi  : Q.. #ngesot duduk tepi.
            Q         : Apa lagi ni?
            Fahmi  : Bawa kereta elok-elok. Saya tunggu isteri saya balik rumah. Husband awak ni nak pergi ‘goreng’ bantal kejap. Mengantuk!
            Q         : Haa. Gorenglah bantal tu elok-elok. Jangan sampai tergolek jatuh katil pulak.
            Fahmi  : Arahan diterima, Puan!
            Q         : Saya nak drive kejap.
            Fahmi  : Hati-hati tau. #usap2 kepala dia.
            Q tersenyum. Lelaki ni memang pengubat. Hmmh. Enjin kereta dihidupkan. Kereta meluncur laju apabila padel minyak ditekan kuat.


“LAMANYA.” Keyla berkerut dahi menyapa Q di hadapan pintu kafe. Q hanya tersenyum hambar. Dia letih. Hatinya berkecamuk. Apa yang diceritakan Akira masih belum boleh dihadam betul-betul.
            “Sorry pinjam kereta kau lama-lama. Kau ada hal urgent nak guna kereta ke?” Q rasa serba salah.
            “Ish. Bukanlah. Aku risau kat kau dengan Kira tu. Apa jadi sebenarnya? Adik kau dah tanya macam-macam kat aku. Aku tak tahu nak jawab apa.”
            “Dua hari lagi Kira boleh keluar hospital. Tapi sekarang ni, aku ada benda lagi penting.” Q berkerut dahi. Aish.
            “Apa dia?” Keyla menunggu Q membuka mulut.


“APA?! Minang??” Naz garu kepala yang memang terasa gatalnya. Awallah pula kakak aku nak kahwin. Benda tak settle apa pun, terus ada orang nak masuk minang. Hish.
            “Betul ke kaklong?” Nada inginkan kepastian. Q mengangguk.
            “Akak pernah jumpa ke mak abang Fahmi tu?” Sarah musykil. Rasanya haritu Kak Naz dengan Kaklong sembang, bila ditanya pasal abang Fahmi, semua tak tahu!
            “Belum.”
            “Ihh kaklong ni. Dah tu? Hentam keromo aje nak jumpa mak dia?” Naz duduk bersila menghadap Q. Tengah malam punya conversation!
            “Hmm. Esok kaklong tak buka kafe. Nak tunggu pinangan orang.” Selamba kata Q.
            “Gatal!” Keyla membaling bantal berbentuk empat segi tepat ke arah Q.
            “Dah semua! Tidur. Esok pagi, ada orang nak datang.” Q terus naik ke bilik. Badannya terasa letih yang teramat. Isyak telah ditunaikan, kini dia bebas untuk baring. Matanya menala ke arah syiling. Bip bip!
            Fahmi  : Assalamualaikum, cik cinta.
            Q         : Waalaikumussalam. J
            Fahmi  : Thinking bout me?
            Q         : Nope.
            Fahmi  : #muka sememeh. Sampai hati! Kita rindu kat dia setengah mati, dia tak rindu kita pun!
            Q         : Dah habis kerja?
            Fahmi  : #angguk2.
            Q         : Dah makan?
            Fahmi  : #geleng2. Teman?
            Q         : Jom!
            Fahmi  : Saya amek awak sekarang. Cepat tutup mata! #lari laju2 sampai langgar tiang, langgar pokok, semata2 nak cepat sampai kat awak.
            Q         : Drama king koil!
            Fahmi  : Mak datang esok tau. #sengih2.
            Q         : Ye saya tahu.
            Fahmi  : Ish! Rasa macam nak balik hari ni jugak. T^T
            Q         : Kenapa?
            Fahmi  : Biar saya aje yang jadik mak. Pergi minang awak. At least boleh tengok muka awak. #kekenyit mata.
            Q         : Awak sakit mata ke?
            Fahmi  : Aah. Sebab awak takde depan mata saya. Tu yang sakit mata tu. #tenung dia lama2.
            Q         : Tu dah tenung, tak sakit mata dah kan?
            Fahmi  : Sakit jugak. Sakit hati.
            Q         : Lahh. Kenapa pulak sakit hati?
            Fahmi  : Sebab awak belum jadi yang sah untuk saya. #berlinangan air mata.
            Q         : J soon, Insha Allah.
            Fahmi  : #lompat2. Jangan tolak pinangan saya. Kalau tak, saya culik awak nanti.
            Q         : Culiklah kalau berani.
            Fahmi  : Betul ni? Saya culik, tak bagi keluar rumah nanti. #guling2 tepi dia.
            Q         : Cuba guling jauh sikit.
            Fahmi  : Tak nak. Nanti kalau guling jauh-jauh, silap2 boleh jatuh katil.
            Q         : Pandai baca fikiran orang!
            Fahmi  : Mrs. Wifey..
            Q         : Yup?
            Fahmi  : Dah hampir terkulai dah buku latihan yang ada tulisan Mrs. Wifey. Bila nak tulis lagi?
            Q         : Awak bawa sampai ke Sabah?!
            Fahmi  : Pengubat rindu. #tayang gigi.
            Q         : Haha.. gilaa..
            Fahmi  : :’( sampai hatiii. #merajuk sorok muka kat bantal.
            Q         : #cuit2 dia.
            Fahmi  : Apa dia?! #masih tak nak toleh. Hidung, pipi, telinga dah merah.
            Q         : Gurau je. Sorry la.. #pujuk2.
            Fahmi  : Tak nak! #still merajuk.
            Q         : Maaf. Gurau je tadi. Takpelah. Goodnite :-*
            Fahmi  : #melopong. Apa tu ‘:-*’ ??
            Q         : Apa? #bersiul.
            Fahmi  : #kekelip mata. Muka merah macam muka Peter Pan kena kiss dengan Wendy Darling.
            Q         : Goodnight!
            Fahmi  : Nak tidur dah? #:’(
            Q         : Esok kita nak kena bangun awal. Ada rombongan minang nak datang. Kenalah cantik-cantik. Ye dak?
            Fahmi : #angguk laju2 macam mesin. Hee. :-* goodnight too.
            Senyuman terukir di bibir Q. Lampu tidur dimatikan. Matanya dipejamkan. Harap-harap Akira semakin okay. Bip Bip.
            Fahmi : I’m singing Pesan Cinta by Afgan for one and only my Mrs. Wifey,
Merah pipi ini saat ku lihat dirinya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya

Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta

Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya

Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta

Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta

Ku telah jatuh cinta

            See how comel I am? Goodnight sleep tight, dream of me, Cik Cinta. LY.

            Q mengukir senyuman di bibir. Rasa terharunya bertimpa-timpa. Sweet? Gila tak sweet? Mana nak cari lelaki macam ni lagi oiii sekarang ni? Hm hm?
            Dua minit selepas itu..
            Fahmi  : Nanti, tiap-tiap malam, saya bacakan ayat Al-quran kat awak. Mendayu-dayu. Lagi sedap dari menyanyi. Okay? Kita mengaji sama-sama nanti tau.
            Q         : J
            Air mata Q meleleh perlahan ke pipi. Buat masa ni, Ya Allah.. satu aje yang aku minta. Jodohkan aku dengan lelaki ini. Dengan Fahmi Alan Fikrash ini. Aku.. Aku takkan lepaskan dia macam mana aku lepaskan Harith sesuka hati. Aku takkan lepaskan Fahmi, dengan itu aku perlukan bantuanMu, Ya Allah.


HANYA dengan sekelip mata, Q sah menjadi tunangan Fahmi dan ianya diketahui umum. Tiada kenduri atau hantaran hebat seperti pengantin-pengantin lain. Hanya sebentuk cincin sudah memadai.
            Ketika ubun-ubun Q dicium Puan Rosnah, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sayunya. Rindunya pada ibubapanya tidak dapat dibendung. Terus sahaja dia memeluk tubuh wanita separuh abad itu.
            “Mak percaya pada Q. Bahagiakan Fahmi. Lebih tiga tahun dia murung. Beza sungguh dia yang dulu, dengan dia yang sekarang.” Kata Puan Rosnah. Q mengangguk.
            “Mak faham Q takde mak ayah. Kami ni boleh jadi mak ayah Q dengan adik-adik. Okay? Pasal kenduri semua, Fahmi dah pesan dengan mak.. suruh kata kat Q jangan risau. Dia ada plan dia.” Tambah mak.
            Iyalah. Yang datang meminang pun, mak dengan ayah Fahmi aje. Takde pula sampai bawa rombongan ramai-ramai macam yang orang selalu buat. Bertunang aje pun. Q tak perlukan majlis grand yang tak menjanjikan apa-apa. Lebih baik suatu majlis yang sederhana, tetapi menjanjikan kebahagiaan.
            “Untunglah orang tu dah bertunang. Lawa cincin.” Tegur Keyla. Dari mula mak dan ayah Fahmi pulang, mata Q tak habis-habis menatap cincin belah rotan di jari manisnya.
            “Hm. Kau nak jenguk Kira tak?” tanya Q mengubah topik.
            “Esok aku ada kelas. So lepas aku habis kelas or sebelum aku pergi kelas, aku singgah kat dia. Takkan kita nak pergi berdua tinggal budak-budak ni kat rumah. Kau nak jenguk dia, kau pergilah hari ni. Tapi balik awallah. Kejap lagi nak hantar adik-adik kau balik asrama.”
            “Aku pergi tengok Kira kejap lah. Risau aku dengan dia.”
            “Nak guna kereta aku, kunci kat belakang pintu.”
            “Tak. Aku drive manual.”
            “Serius?”
            “Haritu boleh aje bawa. Kena beranilah.”
            “Okay.”
            Terus Q naik ke bilik dan menukar pakaiannya. Tudung disarung kemas. Cukup untuk menutup dada.
            “Ni, aku dah pack barang makan untuk Akira.” Keyla menyerahkan beg kertas kepada Q. Dalamnya berisi beberapa buah Tupperware.
            “Thanks.”


Q beberapa kali membaca doa sebelum menaiki kenderaan. Takut juga dia untuk bawa manual. Tapi takkan nak mengharapkan kereta Keyla aje? Sedangkan diri ada kemudahan. Nak tak nak, mesti guna juga! Bip bip. Bunyi itu menyentak Q.
Fahmi  : A very quick message. Cik Cinta, thanks alot, fiance. I’ll make you happy and happier! Ada kerja. Need to rush. Will miss you badly. :-* #nanti dah kawen, ABG kiss forehead k! ;p
Q ketawa. Erh, apa? Abang?! Haha. Baru kini dia menyedari perbezaan umur antara mereka berdua. Abang pun abanglah. Yang penting sekarang ni, orang dekat hospital tu.


“KIRA,” panggil Q. Akira tersentak. Lamunannya terhenti. Bibir yang pucat, mata sembab, kulit pun nampak tak bermaya.
            “Macam zombie dah aku tengok kau ni. Kay ada masak sikit tadi. Aku suap nak?” Q terus duduk di sisi katil Akira.
            “Aku takde seleralah.” Ucap Akira lemah.
            “Mana boleh macam ni. Kau sayang career kau tak? Jenuh kau belajar sampai nak pecah otak, lepastu kau nak sia-siakan? Bangun! Makan. Balik hospital. Bukan sebagai seorang pesakit, tapi sebagai seorang doktor!” Q menarik tubuh Akira supaya bangun dan duduk.
            “Kay masak apa?” nak tak nak, Akira terpaksa akur.
            “Hurmm.. kari ikan. Favourite kau! Aku suap eh?” Q menyediakan segalanya. Sudu, garfu, pinggan dan sebagainya. Sewaktu jemarinya ingin menyuap makanan ke dalam mulut Akira, gadis itu terlebih dahulu menolak tangan Q.
            “Cincin baru?” Akira pelik. Bila pula Q beli cincin baru?
            “Oh ni? Kau makan bagi habis, baru aku cerita kat kau.”
            “Cerita sekarang, tak boleh?”
            “Tak boleh. Kau kena dengar cerita ni lepas kau makan. Kalau tak, kau tak boleh dengar cerita! Faham?” ugut Q.
            “Peng-ugut!” wajah Akira sedikit ceria. Q menghela nafas lega. Akhirnya. Susah betul nak tengok makcik ni tersenyum.
            Sambil-sambil menyuap Akira, Q sempat bercerita itu dan ini. Apa yang terjadi di rumah dan segalanya. Termasuk perihal Fahmi!
            “Kau nak kahwin dah?! Habis nanti, kau tak duduk rumah sewa kita lagi la?” Akira mula masam mencuka.
            “Kalau aku tak duduk dengan kau orang pun, aku still akan ulang-alik kafe, kan? Boleh aje jumpa. Kau kan memang rajin lepak kafe aku. Macam tak biasa pula.” Q menolak sikit bahu Akira. Gadis itu ketawa kecil.
            “Mesti nanti aku rindukan kau.”
            “Kalau rindu, call aje. Aku datang!”
            “Betul ni? Kalau macam tu, tiap-tiap hari aku call kau!”
            “Ih! Bila masa aku nak dengan suami aku pula, kalau macam tu?”
            “Tadi dia yang kata... sanggup konon. Aku berani kerat jari laa. Kau takkan berani tinggal Fahmi. Beza sangatlah waktu kau dengan Harith. Dulu boleh aje kau tinggal dia supaya dia pergi kat orang lain. Sekarang, aku tengok kau dah separuh meroyan bila tak dapat mesej Fahmi seharian.”
            “Diamlah!” Q terus menyumbat makanan ke dalam mulut Akira. Makcik ni pantang diberi peluang untuk bercakap. Mesti kena bash teruk nanti.
            Akira ketawa. Hatinya terasa lega Q akhirnya boleh melupakan Harith. Q juga lebih bahagia kini dibanding dulu. Tapi keputusan yang Q ambil.. membuatkannya berat hati untuk melepaskan Q. Baru lagi. Kenal pun tak sangat. Aku yang kenal lama pun tak lepas nak kahwin lagi. Hm.. kahwin tak lepas.. tapi dapat anak dah lepas. Akira mengeluh sendirian di dalam hati.


“CIK TUNANG!” suara Fahmi ceria. Seronoknya bukan kepalang. Q tersenyum. Dah jadi tunangan orang dah kau, Q!
            “Ya encik tunang?” Q hampir ketawa. Tapi seronok juga sebenarnya kalau ikut rentak di Fahmi ni.
            “Hee. Buat apa?” tanya Fahmi.
            “Macam biasa. Kat kafe. Kenapa?”
            “Buat kek?”
            “Dah nama pun kafe. Takkan nak masak masakan grill pula?”
            “Tanya pun kena marah. By the way.. cik tunang! Apa tu pavlova?” soalan Fahmi yang tiba-tiba membuatkan Q pelik.
            “Kenapa tiba-tiba tanya?”
            “Orang kata sedap.”
            “Orang kata. Awak pernah makan ke?”
            “Itu la kita tanya dia. Sebab kita tak pernah makanlah, kita tanya.”
            “Hmm. Dia macam kek juga. Tapi pakai banyak whiping cream. Marigue dia pakai telur putih, gula dengan tepung jagung.”
            “Oh.” Fahmi garu kepala. Tepung jagung tu apa? Tepung yang diperbuat daripada jagung? Warna kuning? Hah?
            “Awak.” Panggil Q apabila Fahmi mendiam terlalu lama.
            “Oh. Takde apa. Tiba-tiba rindu nak makan kek awaklah, Mrs. Wifey.” Rengek Fahmi. Q tak mampu nak menyorokkan perasaannya. Senyumannya melebar.
            “Eh.. Sarah ada?” soal Fahmi. Okay. Ni lagi satu pelik. Tiba-tiba tanya Sarah ni, kenapa?
            “Mana ada. Dia kan sekolah. Semalam dah hantar dia balik asrama dengan Naz dan Nada.”
            “Laa ye ke. Dia ada minta saya belikan cenderamata kat dia. Saya tak tahu nak belikan apa. Tu ingat nak tanya dia.”
            “Ish. Melampau budak tu. Tak payah dilayan sangat dengan si Sarah tu. Merepek aje dia tu.”
            “Adik awak, adik saya juga. Alang-alang saya kat sini, kan.. awak nak apa-apa tak?”
            ‘Saya nak awak balik cepat. Itu aje.’ Kata-kata itu hanya mampu dijeritkan di dalam hati. Q tersenyum tawar. Kenapa eh? Hati dia kuat sangat untuk mencintai lelaki yang baru sahaja dia kenal itu. Tak sampai sebulan. Kan?
            Jangan kata ianya mustahil. Kerana ada yang pernah merasainya. Dan perasaan itu sangat membahagiakan. Mencintai dan merindui seseorang yang baru sahaja kita kenali.. setiap hari rasa nak tahu tentang dia. Perasaan yang boleh membuatkan seseorang itu meroyan kegilaan. J


TASHA merenung Adam dari jauh. Dalam kepalanya, terlalu banyak persoalanan. Tak mungkin Adam bapa kepada anak Akira yang keguguran. Adam bukan jenis yang macam tu. Waktu kat universiti dulu, bukan main payah lagi orang nak dekati dia.
            “Adam.” Panggil Sue. Adam menoleh sekilas. Matanya kembali menala ke arah buku yang terbentang di hadapannya. Dedaun pokok yang melindungi kulitnya daripada pancaran cahaya matahari bergerak sedikit apabila ada angin yang menolak.
            “Awak busy ke?” tanya Sue lantas mengambil tempat di sisi Adam. Lelaki itu langsung tidak memandang Sue.
            “Tengah study. Kenapa duduk sini? Awak bukannya jenis yang reti nak duduk atas rumput kotor macam ni.” Kedengaran sindiran dari mulut Adam. Sue tidak mengambil kira. Mungkin Adam bergurau.
            “Malam ni dinner, jom?” ajak Sue.
            “Sorry. Ada study group.” Adam terus memasukkan buku-bukunya ke dalam beg galas dan berlalu pergi.
            “Adam..” Tasha terkejut apabila terserempak dengan Adam yang terburu-buru.
            “Oh, Tash. Hai.” Adam kembali ramah. Itu sikap Adam. Apabila ada perempuan yang rapat dengannya, dia hanya akan menganggap perempuan itu sebagai seorang sahabat. Tak lebih. Lain pula bila ada perempuan yang menyalah ertikan cara layanannya. Terus Adam akan menghindari perempuan-perempuan jenis itu.
            “Nak ke mana?” Tasha merenung anak mata Adam. Cantiknya!
            “Library.”
            “Baru lepas lari dari orang ke?” serkap Tasha. Adam mengangguk. Haha. Bukan kali kena mengorat dengan budak perempuan!
            “Nak saya temankan tak?”pelawa Tasha.
            “It’s okay. Adam ada kelas ni. Jumpa lagi.” Senyuman Adam mampu mencairkan hati Tasha. Tasha telan air liur.
            Tasha mengeluh lemah. Gigi diketap rapat. Macam mana Akira dengan Adam boleh ada hubungan macam ni? Argh!

6 comments:

  1. Wah rindu mr giyomi /cute. Msg dia memang menyenangkan hati oh fahmiku . Cup cup cup cup cup cup giyomi. Luv u . Untungnye q

    ReplyDelete
  2. Tak mampu nak tahan air mata dr terus mangalir bila baca pasal Q n Fahmi...

    Klkr plus sweet.. gelak sampai kluar air mata~~

    arghh.. x tahan...

    ReplyDelete
  3. ble nk smbung cete nie,sweet cngat kOt .. xbt nOvel ker ??

    ReplyDelete
  4. sedih +.+ x dpt bace bab PRMH 13 and seterusnya... knp kah??

    ReplyDelete
  5. akak nak tnya ni... ' J ' tu apa? o.O

    ReplyDelete