Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Tuesday, August 21, 2018

Red in the White Dress (cerpen)


Image result for girl in a wedding dress crying sad gif
Prolog

14/12/2028 – 3.47am
Clara heret kakinya lemah-longlai hingga ke katil bersaiz queen yang diletakkan di sebelah tingkap apartment. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di situ. Matanya membuang pandang ke luar jendela yang terbuka luas.
            Angin menderu masuk menolak langsir putih seakan bernari-nari. Cahaya bulan memancar ke wajahnya yang putih bersih. Awan berkepul-kepul, jelas kelihatan.
            “Malam ni takde bintang.” Katanya perlahan.
            “Sebab bulan terlalu terang.” Kata suara di hujung katil. Tubuh lelaki itu perlahan-lahan keluar dari bucu dinding yang gelap, mendekati Clara.
            Tangan gadis itu dihulur minta disambut. William senyum nipis lantas menyambut jemari itu dan mengambil tempat di sisi Clara.
            “I sayangkan you. I janji dengan you, even death can’t do us apart.” Kata Clara. William mengangguk dan mencium jemari halus itu dua kali.
            Gaun pengantin berwarna putih terletak cantik ditubuhnya dengan tiara dan kain net di kepala Clara.
            “I sayangkan you juga.” Kata lelaki itu.
            “I nak tidur.” Beritahu Clara.
            “See you on the other side.” Ucap William dan perlahan-lahan mata Clara terkatup rapat.
***

3 tahun sebelum...
“Jangan! Jangan!!” jerit Clara bila tubuhnya dihimpit seorang lelaki 40-an. Bibirnya sudah mula mengalirkan darah merah pekat dek ditampar, ditumbuk dan dihempas kuat ke dinding oleh lelaki itu.
            “Kau..!” bau arak menusuk ke hidung Clara. Ayah tirinya mabuk lagi. Lelaki itu dengan separa sedar merentap t-shirt Clara. Tapi gadis itu kuat menepis. Dia cuba menolak tubuh lelaki seberat 70kg itu berkali-kali namun tidak berjaya.
            “Diam! Kau duduk diam-diam! Diam!” tengking David seraya memegang kuat pergelangan tangan kanan Clara.
            “Aku.. Aku..! Aku yang jaga kau lepas mak kau mati! Kau.. kena dengar cakap aku!” katanya lagi.
            Clara menggeleng. Dia dah tak mampu untuk hidup begini. Sejak maknya mati 2 tahun lalu, hidupnya terkontang-kanting. Dia terpaksa berhenti sekolah, dan dipaksa bekerja di kedai serbaneka yang bertempat tidak jauh dari rumahnya. Sebelum maknya mati juga dia sudah dilayan sebegini. Cumanya, David tidak berani menyentuhnya ketika Emilia dalam keadaan waras tanpa pengaruh dadah.
            Maknya cuba melindunginya, tapi kadang-kadang dia tewas bila khayal dengan dunianya. Ketika itulah Clara menjadi mangsa pukul David kalau lelaki itu geram kalah judi atau mabuk teruk.
            Tubuhnya penuh kesan lebam yang tiada henti. Setiap hari pasti ada aje lebam baru, luka baru.
            David bertindak lebih ganas dengan cuba mencium leher Clara, sepantas kilat gadis berusia 18 tahun itu menggigit kuat bahu bapa tirinya hingga berdarah.
            “Ahhhhhhh!” jeritan itu kedengaran hingga ke blok hadapan. David menggenggam penumbuk dan menumbuk wajah Clara sekali lagi hingga gigi Clara patah sebutir. Tapi itu tidak melemahkan Clara. Dia nekad untuk lari dari sini.
            Kakinya menendang celah kangkang David bila dia mendapat peluang. Lelaki itu terus rebah ke tepi katil.
            Clara tidak berfikir dua kali untuk terus lari selepas mengambil beg galasnya dan beberapa not duit di atas meja yang berdekatan dengan pintu apartment.
            “Clara!!!” jerit David yang cuba untuk bangkit. Bergegas Clara berlari menuruni anak tangga tanpa lihat ke belakang hingga kakinya membawa dia ke tengah jalan raya yang lengang.
            Tiba-tiba bunyi hon kuat menampar telinga Clara dan kakinya kaku. Cahaya yang tidak diketahui dari mana usulnya masuk ke anak mata Clara. Matanya perlahan-lahan mengecil dan dia tak mampu untuk bergerak lagi.
***
13/12/2028 – 10.34pm
“CLARA, PLEASE!” jerit William. Peluh sudah meleleh dari dahi ke leher, leher ke dada. William meronta kuat agar ikatan tangannya di belakang kerusi terungkai.
            Clara mengambil sebuah kerusi kayu dan meletakkannya di hadapan William. Ruang itu gelap, hanya ada samar cahaya bulan dari luar menyimbah ke dalam bilik menjadikan ianya sedikit terang.
            Dia mendekati wajah William. Ditenung penuh kasih sayang. Pipi lelaki itu dielus lembut dari atas hingga ke dagu.
            “Lepaskan I!” William separuh merayu.
            “I miss you.” Berair mata Clara.
            “Just.. please. Lepaskan I. Kita bincang elok-elok. Okay?” William cuba raih kepercayaan.
            Clara kelihatan sugul. Dia ambik tempat di kerusi kayu di hadapan William.
            “You ingat tak waktu I mula-mula datang rumah you?” Clara senyum sendiri.
***

TUBUH Clara menggigil di sofa milik William. Satu kotak peti rawatan kecemasan diletakkan di atas meja bulat. William ambil mug yang sudah kosong dari tangan Clara.
            “I cuci luka you dulu, okay?” ujar William.
            Clara mengangguk perlahan. Luka dibibir dikesat lembut dengan tisu basah perlahan-lahan hingga darah itu hilang.
            “Hm. Dia tak patut buat you macam ni.” Ngomel William sambil tangan laju membuat kerja.
Clara hanya tersenyum nipis dan membiarkan wajahnya dirawat William.
“Sejak bila you hidup macam ni?” tanya William.
“Since mak I kahwin dengan bapa tiri. Tapi waktu mama masih hidup, bila dia dalam keadaan waras, dia yang selalu lindungi I dari David.”
“Waras?” William berhenti menyapu ubat. Mata mereka bertemu.
“Dia penagih dadah. Bila ayah kandung I tinggalkan kami, kami terpaksa hidup sendiri. So mama terpaksa buat banyak kerja sekaligus. And I tak tahu macam mana dia boleh tiba-tiba terjebak dengan dadah.”
“I’m sorry.” Kata William.
“No, it’s okay. Dia still sayangkan I. Still manjakan I. There were time bila I yang terpaksa jaga dia sebab dia khayal. But we managed to take care of each other.”
William jadi serba salah. Kasihannya memuncak-muncak pada Clara. Pertemuan sejam yang lepas kembali membanjiri mindanya.
“Are you okay?” William keluar dari kereta dengan keadaan hampir panik. Jantungnya berdegup laju. Hampir nak langgar orang kot! Siapa yang tak takut?
            Clara mengangguk laju. Dia toleh ke belakang. Takut jika kelibat David menerpa. Dia sudah berkira-kira hendak lari.
            “Kejap. Boleh I call anyone for you?”
            “It’s okay.” Clara menolak. William sedar ada darah di hujung bibir Clara yang agak banyak.
            “You’re bleeding!” katanya.
            Clara cuba kesat luka itu dengan belakang tapak tangannya.
            “Kita kena pergi hospital.” Gesa William. Pergelangan tangan Clara disambar.
            “Takpe! I okay! Please.” Rayu Clara minta lengannya dilepaskan.
            “Clara!!!” suara David kedengaran semula. Mata Clara membuntang.
            “Sir, please sir. I kena pergi.” Clara bertegas dan riak wajahnya jelas ketakutan. Melihatkan itu, William toleh ke arah di mana suara itu datang. David muncul di kaki lima.
            “Masuk kereta I.” Ajak William dan Clara tidak berfikir dua kali bila David sudah mula langkah untuk mengejar semula.
            Terketar-ketar tubuh Clara.
            “Tadi tu..”
            “Bapa tiri I. He’s trying to rape me.” Kata Clara tanpa berdalih. Ah memang dia pun tak suka akan lelaki tu gatal itu.
***
13/12/2028 – 11.17pm
William letih. Jasad seorang gadis jauh di dalam tab mandi sudah tidak bergerak. Tenggelam dengan air yang penuh di mana tangan dan kakinya diikat ketat oleh Clara. Warna air bertukar merah bercampur darah yang masih keluar dari tubuh gadis itu.
            Bunyi desiran daging dibakar, jelas di telinga William. Belakang tubuh Clara dipandang kosong. Dengan gaun pengantin, dia mengikat apron vintage lagak seorang isteri mithali.
            “Tunggu sekejap ye. I siapkan dinner kita.” Senyum Clara sambil menyalai daging di atas kuali. Aroma daging yang diperap itu menusuk ke hidung William. Clara, memang pandai memasak. Setiap apa yang dia masak, semuanya sedap walaupun kalau dia kata itu adalah pertama kali memasaknya.
            “Ingat tak waktu kita pergi Santorini? Kita ada makan rib eye steak yang sedap sangat! Sampai hari ni I teringat-ingat lagi rasa dia. You pun suka, kan?” Clara toleh ke belakang sejenak, memastikan William tidak ke mana-mana.
            “Ini salah.. Clara.” William tertunduk. Air matanya bergenang.
            “I dah cuba banyak kali resipi ni. I pasti benda you akan dapat rasa daging yang sama macam dekat Santorini.” Clara senyum sepanjang masa.
            “Lepaskan I.” Rayu William.
            “Tunggu sekejap aje. Dalam 5 minit lagi, dah siap masak. You nak medium atau well done?” tanya Clara.
            “Clara..”
            “I know you suka well done. Tunggu sekejap eh.” Clara capai pinggan putih yang lebar lagi berat untuk meletakkan daging.
***
ANGIN tepi pantai menderu menampar wajah mereka. Rambut Clara dipegang dengan sebelah tangan, tak mahu ikut terbang.
            Kedua mereka tersenyum bila makanan terhidang di hadapan.
            “Thanks.” Ujar William kepada pelayan itu.
            “Enjoy your meal.” Kata pelayan itu sebelum berlalu pergi.
            “Jangan potong lagi!” William melarang Clara dari memotong daging di pinggannya. Clara kerut dahi.
            “Kenapa?”
            “Tunggu.”
            William memotong daging di pinggannya kepada ketulan kecil sebelum pinggan mereka bertukar. Lelaki itu senyum nipis.
            “Enjoy your meal, sayang.” William kenyit mata dan Clara ketawa. Tak pernah seumur hidupnya, dia dilayan seperti ini.
            Kepingan pertama masuk ke dalam mulut Clara. Matanya membulat. “Sedap!” dia teruja.
            “Kan? I’ll feed you with these kind of meal forever and ever.” Kata William.
            “Bankraplah you kalau macam ni.” Gurau Clara.
            “Anything for you.” Janji lelaki itu.
***
13/12/2028-11.38pm
CLARA perlahan-lahan ambil tempat di hadapan William. Pinggan itu diletakkan di atas pehanya. Tangan kanan memegang garfu manakala tangan kiri memegang pisau untuk memotongnya.
            “Clara, kita..” William cuba untuk berbincang.
            “Nah.” Garfu yang mencucuk daging disua ke mulut William. Dada lelaki itu berombak kencang.
            “Tak nak.” Dingin suara William.
            “Rasalah.” Pujuk Clara. Sekali lagi garfu disua. William berpaling ke arah lain. Memberontak!
            “Rasa.” Kening Clara terjungkit sebelah. Bibirnya yang tadi senyum, sudah pudar. Suara kian keras.
            “Lepaskan aku.” William sudah tidak mahu berlembut dengan Clara.
            “Aku kata makan!” Clara sua keras, memaksa William untuk membuka mulut tetapi keengganan lelaki itu dan paksaan Clara membuatkan garfu itu terjatuh ke lantai.
            Bibir Clara terketar-ketar. Dia menggenggam penumbuk. Dia toleh semula ke arah William yang jelas tegang.
            Clara bangun dan mencapai garfu baru. Perlahan-lahan dia duduk dan mencucuk semula kepingan daging yang lain.
            “Makan!” paksanya.
            William geram dan dia meronta di kerusi supaya ikatan terlerai sendiri. ‘Kau tak nak lepaskan aku? Takpe, biar aku lepaskan diri aku sendiri.’
            Melihatkan itu, nafas Clara turun naik. Garfu itu digenggam kuat. Pinggan diletak ke lantai dan sebelah tangannya menekup mulut William dan.., CHAPPP! Dia mencucuk garfu itu ke peha kanan William membuatkan lelaki itu menjerit tapi tidak berapa kuat dek dihalang Clara.
            Bebola mata Clara memerah dan bergenang.
            “Aku cakap, makan! Makan!!!” bentak Clara. Air mata William meleleh menahan perit di kaki. Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk laju barulah Clara melepaskan tekupan. Garfu dibiarkan terpacak di situ.
            Gadis itu mengeluh lemah bila dia terpaksa bangun sekali lagi untuk mengambil garfu baru.
            “Sekarang, kita makan perlahan-lahan, sampai habis eh?” tiba-tiba Clara berlembut semula dan senyum kembali ke wajahnya. Terketar-ketar bibir William tapi dia terpaksa akur.
***
CLARA fokus mengetip kuku William yang sedang leka menonton televisyen. Terlalu fokus hingga dia sendiri tak tahu apa jadi dalam cerita itu.
            William tersenyum lembut seraya menggosok kepala Clara dengan sebelah tangannya.
            “You selalu lupa potong kuku. Kuku you cepat panjang.” Kata Clara.
            “Takpe. I kan ada you?”
            Clara ketawa. “What if, I takde?”
            William tarik tangannya. Terkejut Clara dibuatnya. Berkerut dahi William.
            “You nak tinggalkan I?” tanya lelaki itu. Bibir Clara tersenyum.
            “Tak. Takkan.”
***

14/12/2028 – 12.00am
PENGETIP kuku dikeluarkan dari almari di tepi katil bila William memintannya untuk mengetip kukunya. Dengan senang hati, Clara menurut.
            “Buka ikatan ni. So that you boleh mudah potong kuku I.” Kata William, memancing. Dalam kepalanya sudah ada beratus rancangan jika dia terlepas dari Clara.
            “It’s okay. I boleh buat macam ni.” Clara duduk di lantai membelakangi William. Lelaki itu hampa bila rancangannya tidak menjadi.
            Gadis itu merengus lemah bila melihat kuku William.
            “No one helps you to cut your nails?” tanya Clara. Melihatkan kuku itu terpotong tidak cantik. Mungkin William hanya mengigitnya memandangkan memang itu habit lelaki itu. Dia yang terpaksa sentiasa memastikan kuku lelaki itu pendek dan cantik digilap.
            “You surely can’t leave without me. I’m surely better than anyone.” Sengih Clara. Perlahan-lahan dia memotong kuku lelaki itu.
            “I can and I am. I’m happier with her, rather than you.” Ujar William. Mencabar toleransi Clara.
            Hati Clara bagai dihiris-hiris. Dia ketap gigi dan menarik nafas dalam-dalam. Kuku diketip di tempat yang sama. Sedikit demi sedikit, hingga..
            “Aaaaaaahhhh!” William menjerit kuat bila terasa isinya diketip sekali.
            “Clara! Stop!!!” rayu William bila Clara masih melakukan itu disetiap jemarinya. Diketip sedikit demi sedikit isi jemari hingga ke tulang.
            “Clara!!!!” jerit lelaki itu lagi. Tapi siapa pun tidak dapat mendengarinya dek ketebalan dinding dan pintu yang memang direka khas, kalis bunyi.
***

“CLA, sini!” William beri arahan supaya Clara memandang ke arahnya dan gambar diambil candid. Setiap kali gambar diambil, lelaki itu tidak mampu untuk ungkapkan kata-kata lain selain cantik, cantik, dan cantik!
            Menjadi seorang fotografer profesional menjadi kelebihan pada William untuk merakamkan setiap gambar Clara. Sayang jika wajah polos dan cantik itu tidak diambil.
            “Banyaknya gambar!” Clara teruja melihat gambar-gambarnya di dalam kamera William.  
            “I kena pastikan wajah you lagi banyak dari muka-muka model I.” Sengih William.
            “Uhhh!!” Clara tergelak.
            “I ada present untuk you.” Kata William.
            “Apa dia?” Clara seka rambut yang ditiup angin ke belakang telinga.
            Kotak dikeluarkan dari beg silang William dan hadiah itu bertukar tangan. Clara perlahan-lahan membukanya.
***
14/12/2028- 12.30am
KECHIKKK! Lampu flash dari kamera menerangi segenap ruang untuk dua saat sebelum ianya perlahan-lahan hilang. Sekeping kertas keluar dari kamera polaroid milik Clara yang dihadiahkan William beberapa tahun lepas.
            Clara sengih lebar melihat foto yang keluar itu. Gambar William seorang.
            “Cantik kan?” Clara menunjuk foto itu kepada William tetapi lelaki itu tidak mahu lihat. Darah yang menitis ke lantai dari peha dan jemarinya masih tidak mahu berhenti. Dia keletihan menahan sakit. Gadis itu duduk di lantai sambil sebelah tangan menongkat ke sebelah peha kiri William.
            Clara tenung gambar itu lama penuh rasa memuja. Jemarinya menyentuh lembut itu seakan dia sekarang mengelus pipi William.
            “It’s fascinating.” Kata Clara.
            William pandang Clara yang masih menunduk dengan penuh rasa benci. Dia sudah berkira-kira untuk membunuh aje gadis ini jika dia terlepas.
            “Macam mana kita jatuh cinta, dan janji untuk hidup bersama.” Air mata Clara menitis hingga terkena foto itu.
            “Aku dah tak cintakan kau, Clara! Kau kena terima.” Tinggi suara William.
            Clara menggeleng. “I won’t let you forget me. Sebab kita dah berjanji.” Clara mendongak ke atas.
            “Kau buat macam ni pun, aku takkan balik dengan kau Clara. Kau buat aku lagi benci dengan kau!”
            “Kenapa?” suara Clara serak.
            “Aku dah tak cintakan kau, Clara!”
            “Macam mana kau boleh kata kau tak cintakan aku lagi?!” Clara bangun dari duduknya. Air mata meleleh, tapi riak wajahnya lebih kepada marah.
            “It’s a change of heart! This is life!”
            “It’s not fair!” tengking Clara.
            “Life is not fair, Clara! Kau jatuh, kau bangun dan kau move on!”
Easier said than done
I thought you were the one
Listening to my heart instead of my head
You found another one, but
I am the better one
I won’t let you forget me – Lucid dreams

“No. No! No! No! No!!!” menumbuk wajah William berkali-kali seakan ada syaitan yang mengawal dirinya. Entah dari mana kekuatan dia ada. Tumbukan demi tumbukan hingga darah mengalir keluar dari hidung dan bibir. Sebelah matanya juga bengkak.
***
WAJAH Clara ditenung dalam-dalam secara rapat. Dielus lembut wajah teman wanitanya itu. Hujung bibir ternaik senyum. Mata Clara terbuka perlahan-lahan.
            “Hey.” Serak suara itu.
            “Hey.” Balas William.
            “Good morning.” Sapa Clara.
            “Good morning.”
            “You buat apa ni?” tanya Clara. Wajah William terlalu rapat dengannya. Tetapi jemari lelaki itu masih tidak berhenti mengusap kulit wajah Clara.
            “It’s amazing.”kata William.
            “What?”
            “Your skin, your eyes, your nose, your lips, your hair.. you.”
            Kulit Clara beransur-ansur merah.
            “Let’s be together forever.” Cadang William. Lelaki itu ambil jemari Clara dan mengusap lembut. Clara sedar akan sesuatu di jarinya. Cincin berbatu satu itu ditenungnya. Sejak bila pula dia ada sarung cincin?
            “Let’s get married.”
            Bulat mata Clara. Terkebil-kebil dia dibuatnya.
            “Tapi kita baru beberapa bulan kenal.”
            “Days or months, I don’t care anymore. I love you more and more!” William terbaring di sebelah.
            Clara bangun dari baringnya. Dia masih merenung cincin itu. Kemudian dia toleh ke sebelah.
            “You can’t bail out.” Clara beri amaran.
            “I don’t even plan to.” Pandang William. Serius.
            Air mata Clara menitis. “We will love each other, forever. You can’t un-love me.” Sengih William. Clara mengangguk laju.
            “But what if you stop loving me?” Clara takut jika itu berlaku.
            “It won’t. I promise.” Janji.
***
14/12/2028 – 1.12am
CLARA seret tubuh Sara dari tab mandi ke ruang tamu. Tubuh itu terkulai layu dengan basah lencun di hadapan William.
            “Sara.. Sara..” panggil William yang masih di kerusi, terikat. Air matanya menitis perlahan.
            “Sara..” panggilnya lagi. Dia katup mata kuat-kuat.
            “No.. no...”
            Clara lihat reaksi wajah William yang meratapi tubuh teman wanitanya. Dia marah. Kenapa lelaki itu harus kecewa, harus menangis dengan kematian perempuan ini?
            Dia segera mendekati William dan menarik rambut itu ke belakang hingga kepala lelaki itu terdongak. Air mata masih tidak berhenti mengalir.
            “Kau tak patut menangis untuk dia. Kau patut menangis untuk aku! Aku yang kau sakiti! Aku yang kau mungkir janji!” jerkah Clara.
            William ketap gigi. Dia telan air liur. “Kau takde beza dengan syaitan! Kau tak layak dapat kasih sayang manusia! Patut pun bapa tiri kau pukul kau. Kau memang layak.” Sengih William sengaja menyakitkan hati Clara.
            Terpempan dengan kata-kata itu, Clara capai pisau yang dia letak di sisi Sara.
            Dengan air mata yang meleleh, Clara genggam kuat pisau itu.
            “Yeah, just kill me.” Cabar William. Clara menggeleng.
            “Bila you cakap macam tu, sakit.. it hurts, here.” Dada Sara ditikam walaupun tubuh itu sudah tidak bernyawa.
            “Sara!” William menangis lagi.
            “Bila you panggil nama dia, it hurts more..here.” hanya beberapa cm dari tikaman pertama, tikaman kedua mendarat.
            “Cla, please stop.. please..” rayu William.
            Gadis itu angkat wajah dengan mata merah. “Dia tengok you!” mata Sara ditikam!
            “Dia peluk you!” tapak tangan Sara ditoreh-toreh.
            “She kissed you!” bibir Sara turut sama ditoreh tanpa rasa kasihan.
            William memejamkan mata, tidak sanggup untuk melihat tubuh wanita yang dia cintai diperlakukan begitu.
            “Cla.. I’m sorry. Please. Stop.. I’m sorry.” Teresak-esak William.
            “Sorry?” Clara berhenti. Dia bangun perlahan-lahan dengan pisau yang masih menitiskan darah Sara.
            Bibir William disentuh lembut.
***
KELAKUAN William berbeza dari biasa semenjak balik dari outstation yang jauh ke Eropah. Lelaki itu sudah tidak lagi mesra. Tiada usikan, mahupun pujian. Dia selalu sibuk dengan kerjanya. Selalu tiada di rumah.
            Clara kuis kuku ibu jari kanan dengan kuku ibu jari kiri.
            “Are you okay?” tanya Clara ingin kepastian.
            “I’m fine.” Jawab William acuh tak acuh.
            “You seems.. odd.” Tidak tahu perkataan apa yang sesuai dengan karakter William sekarang ini.
            Telefon William berdering menandakan ada mesej baru masuk. Selepas aje lelaki itu membacanya, dia terus mencapai baju tebal dan kunci kereta.
            “I ada kerja. Don’t wait for me.” Pintu berdentum kuat. Clara pelik. Kenapa tiba-tiba teman lelakinya sedingin ini? Dia ada buat salah ke?
            Mula malam itu, seminggu William tidak pulang. Bila dihubungi, dia sentiasa beri alasan sibuk. Untuk menghilangkan rasa bosan, Clara mengemas rumah sendirian, masak masakan kegemaran William saban malam walaupun dia tak tahu bila lelaki itu akan pulang. Tapi seminggu itu juga, dia hampa.
            Clara tutup api dapur. Mangkuk besar diletakkan ke atas meja yang sudah berlapik dengan kain tebal. Pinggan dihidangkan. Wain dikeluarkan dari rak. Jarum jam menunjukkan pukul 10 malam. Matanya redup. Adakah malam ini dia akan hampa lagi?
            Tapi bila terdengar tapak kaki di hadapan pintu rumah, dia tersenyum girang. Jantungnya berdebar menanti munculnya wajah William.
            Bila pintu terkuak, wajah William kelihatan tenang, tapi tidak juga tersenyum.
            “I masakkan you makan malam. With wine.” Kata Clara.
            “Let’s just break up.” Ujar William mengejutkan Clara.
***
14/12/2028 – 1.25am
“With this mouth, you kissed her?” tanya Clara perlahan. William rasa jijik bila wajahnya disentuh clara dengan darah Sara yang masih meleat ditangan gadis itu.
            “Yes.”
            Untuk malam ini aje, entah berapa kali hatinya dirobek dengan kejujuran William.
            “This is.. mine.” Air mata mengalir di pipi Clara. Bibir lelaki itu dikucup lembut tapi segera ditepis William.
            “She might fall for your face. Thus..” wajah William dikelar segaris dari tulang pipi hingga ke dagu.
            “Ahhhhhh!!!”
            Darah menitik laju mengena t-shirt William.
            “F**k you!” jerit William berperang dengan rasa sakit.
            “I tunggu you. Setiap malam. For you to come back.” Serak suara Clara.
            “Tapi tengok mana you tinggal sekarang?” Clara berpusing di tengah laman ruang tamu yang agak luas.
            “Her home.” Rumah itu dirujuk ke pada rumah Sara.
            “Did you fall for her money?” tanya Clara, berhenti berpusing.
            William ketap gigi. Sakitnya di peha, di jemari, dan di wajah tidak terkata.
            “She’s dead. Kita boleh ambil duit dia, and start a new life. You, and me. Like we always wanted.” Senyum Clara.
            Pisau ditangan dicampak ke lantai. Darah yang berlumuran, dikesat ke baju. Dia segera berlari ke arah William.
            “Let’s start a new life, together.”
            “Kau gila, Clara. Kau gila!”
            Clara terdiam sejenak. Rambutnya menutup wajahnya kiri dan kanan. Deruan nafas sesekali membuatkan rambutnya melayang-layang.
            “Well,” nafasnya dihela berat sambil menoleh ke kanan.
            “I am mad. Madly in love with you.” Mata mereka bertatapan sekali lagi.
***
BERKALI-kali Clara menarik lengan William supaya berhenti mengemas pakaiannya. Dia tak mahu lelaki itu meninggalkannya.
            “I tak boleh hidup tanpa you. You said, I can’t un-love you. And I’m not! Why would you..” menitis-nitis air mata Clara.
            “Cla.. just lupakan I.”  
            “I can’t! I promised.”
            “I promised too. But I learnt that love is not something promisable. Out heart eventually changed. Perlahan-lahan kita berhenti menyayangi. Without reasons.”
            “No.” Clara menggeleng.
            “I’m sorry.”
            Sebulan Clara terlantar di atas katil. Lemah. William tahu yang Clara tak boleh hidup tanpa dia. Tapi kenapa..?
You left me falling and landing inside my grave
I know that you want me dead
I take prescriptions to make me feel okay
I know it’s all in my head

I have these lucid dreams where I can’t move a thing
Thinking you in my bed
You were my every thing
Thoughts of a wedding ring
Now I’m just better off dead
            Clara perlahan-lahan bangun dari katil. Halusinasinya menginginkan William di sisi. Tidak pernah sekali pun bayangan William lepas dari matanya. If this is love, I’ll fight for it.
I’ll do it over again
I didn’t want it to end
--
But I want it to last
--
I was tangled up in your drastic ways
Who knew evil girls have the prettiest face
            “And I’m your evil girl.” Kata Clara sendiri termenung ke hujung kaki katil.

You game me a heart that was full of mistakes
I gave you my heart and you made heart break – Lucid Dreams
***
13/12/2028 – 9.00pm
CLARA berdiri di hadapan pintu apartment Sara. Loceng ditekan. Sara yang sedang menyiapkan makan malam segera berlari ke pintu. Waktu-waktu begini, William sudah pulang selalunya.
            Tanpa melihat gerangannya, pintu dibuka tanpa ragu-ragu. Senduk di tangan terlepas ke lantai bila melihat kelibat Clara yang cantik dengan gaun pengantin paras lutut.
            “Apa kau buat kat sini?” tanya Sara yang serba maklum akan kewujudan Clara.
            Broken bones- Kaleo PLAYED!
The devil’s going to make me a free man
The devil’s going to set me free
Oh, the devil’s going to make me a free man
The devil’s going to set me free
            Clara melangkah masuk tanpa diundang. Pintu apartment dikatup rapat. Pisau ditangan Clara ditenung gerun oleh Sara. Kakinya perlahan-lahan ke belakang. Takut jika diapa-apakan.
            “I’m here to take my man home.” Senyum Clara.
            “Will takkan balik dengan kau. You guys broke up!”
            Tapi Clara hanya senyum.
            “But we made promises.”
            Sara menggeleng. “Please go!”
I’ve been down, deep Texas Mississippi state
Hoping things might go my way
For every hard earned dollar I make
There stands a white man just to take it away
Some might say I talk loud, see if I care
Unlike them, don’t walk away from my fear
I’ve busted bones, broken stones, looked the devil in the eye
I hope he’s going to break these chains, oh yeah.
            Clara maju lagi setapak demi setapak hingga Sara terperangkap di bar dapur. Menggeletar tubuh wanita itu. Riak wajah Clara kosong. Dia mencapai botol wine di atas bar dan cuba membalingnya ke arah Clara, tapi pantas gadis itu mengelak. Langkahnya perlahan dibandingkan Sara, tapi ia cukup menggerunkan Sara.
            Pantas Sara berlari ke bilik. Kali ini baru Clara laju memintas. Tubuh Sara ditolak kuat hingga terkebelakang. Tangan kecil Clara menggenggam rambut panjang Sara dan kepalanya dihantukkan ke dinding sebanyak empat kali tanpa rasa. Dinding yang putih bertukar merah.
            Sara telan air liur menanggung peritnya kepala. Dia terasa seperti bumi berputar laju. Clara pantas tarik rambut wanita itu supaya membuntutinya ke bilik air. Air di tab mandi bertakung penuh.
            Bukan itu aje, lilin kecil menghiasi sisi tab mandi. Kepingan bunga ros timbul di atas permukaan air. Clara ketap gigi.
            Lantas dia menjerlus kepala Sara ke dalam tab mandi itu. Walaupun tubuh Sara meronta-ronta, tapi Clara lebih kuat.
The devil’s going to make me a free man
The devil’s going to set me free
Oh, the devil’s going to make me a free man
The devil’s going to set me free
            Jasad Sara perlahan-lahan berhenti meronta dan akhirnya terkulai layu. Clara terus menolak sebahagian tubuh lain ke dalam tab mandi. Tercungap-cungap Clara dibuatnya. Bajunya hampir lencun dek rontaan Sara. Dia menjeling mayat itu sebelum keluar ke ruang tamu menunggu William pulang.
***

14/12/2028 – 1.56am
Tubuh William perlahan-lahan dipeluk dari belakang. Deruan nafasnya begitu dekat dengan telinga lelaki itu.
            “I datang sini, untuk bawa you balik.” Clara memberitahu.
            “Aku takkan ikut kau.”
            “We promised, till death do us apart.”
            “Just kill me now.” William sudah tidak tahan.
            Clara melepaskan pelukan.
            “You know, I will make sure than even death can’t do us apart.” Wajah polos Clara kini betul-betul di hadapan William. Darah yang mengalir di pipi William dikesat dengan tapak tangannya.
            “I love you. So so .. so much. See you on the other side.” Senyum Clara sebelum pisau ditusuk tepat ke dada William.
            Mata lelaki itu membuntang. Nafasnya terasa sesak. Bergenang air matanya.
            “I’ll be there, just in a minute.” Janji Clara. Sekali lagi dada lelaki itu ditikam.
            Tidak terkata William. Air mata Clara mengalir laju. Dahi lelaki itu dikucup lembut sebelum mata lelaki itu perlahan-lahan terkatup.
***

14/12/2028 – 3.01am
Clara selesai mencuci pinggan mangkuk yang bersepah di atas bar dapur. Tubuh Sara sudah sejuk di ruang tamu. Dengan segala kudrat yang masih bersisa, Clara menarik kerusi yang diduduki mayat William ke bilik. Ikatan dilepaskan. Melihatkan jari William yang luka teruk, Clara senyum.
            “I tak payah ketip kuku you dah lepas ni.”
            Tubuh William dibawa naik ke katil. Satu besen air dan tuala diletak ke tepi. Darah di muka yang sudah hampir beku dilap bersih. Jemari William dibalut dengan plaster sekemas-kemasnya.
            Baju lelaki itu ditukar dan luka turut dibersihkan di peha dan dada. Usai mengemas, Clara senyum puas hati. Besen dicuci dan kain diperah lantas menyidainya di sinki.
            Melihatkan William di katil, sekaan sedang tidur nyenyak. Air matanya menitis.
“This is my loyalty.”
“This is my promise.”
“If you can’t keep your promise, I’ll do what ever to make sure you will.”
Clara telan air liur. Pisau dicapai. Lengannya dikelar tanpa rasa takut. Darah mencurah-curah keluar. Bibirnya berganti pucat. Tidak cukup dengan itu, pisau itu dibenamkan pula ke arah hatinya.
Pisau terlepas dari pegangan.
***
14/12/2028 – 3.47am
Clara heret kakinya lemah-longlai hingga ke katil bersaiz queen yang diletakkan di sebelah tingkap apartment. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di situ. Matanya membuang pandang ke luar jendela yang terbuka luas.
            Angin menderu masuk menolak langsir putih seakan bernari-nari. Cahaya bulan memancar ke wajahnya yang putih bersih. Awan berkepul-kepul, jelas kelihatan.
            “Malam ni takde bintang.” Katanya perlahan.
I still see your shadows in my room
Can’t take back the love that I gave you
It’s to the point where I love and I hate you
And I cannot change you so I must replace you

            “Sebab bulan terlalu terang.” Kata suara di hujung katil. Tubuh lelaki itu perlahan-lahan keluar dari bucu dinding yang gelap, mendekati Clara.
            Darah yang mengalir laju membanjiri katil dan menutupi warna kulitnya. Tangan gadis itu dihulur minta disambut. William senyum nipis lantas menyambut jemari itu dan mengambil tempat di sisi Clara.
            “I sayangkan you. I janji dengan you, even death can’t do us apart.” Kata Clara. William mengangguk dan mencium jemari halus itu dua kali.
            Clara toleh ke arah jasad di sisi yang sudah kaku.
            Gaun pengantin berwarna putih terletak cantik ditubuhnya dengan tiara dan kain net di kepala Clara yang baru dipakainya.
            “I sayangkan you juga.” Kata bayang lelaki itu.
            “I nak tidur.” Beritahu Clara.
            “See you on the other side.” Ucap William dan perlahan-lahan mata Clara terkatup rapat.
            End!!!!
We eventually make promises we can’t even keep. It end up hurting others. Betrayal is cruel, and it already kill people, inside at the first place. Sorry won’t help to heal the broken hearted. Thus, two have sacrifice. Or more.
            I hope you enjoy reading my inner me. Everyone have that one monster living deep inside. This is how I explain my inner emotions.
            You can play these songs while reading,
1.      Lucid Dreams-Juice WRLD,
2.      Broken Bones – Kaleo
3.      My boy – billie Ellish
4.      Inner Demon – Julia Brannan
From writer,
A sinner.