Latest Post! Check it out!

DTM 8

Kan dah kena garu kening. Semalam dia fikir nak bunuh diri. Habis semua kerja dia minta berhenti. Nunu scroll telefon bimbitnya. Mula m...

Thursday, March 24, 2016

Langkawi Bajet Day 2

Bangunnn Bangunnnn.

letih wehh. bangun subuh pukul 7! i know, tak elok. dah sampai 3 phone, 3 alarm bunyik tak bangun-bangun. ni pun alhamdulillah bangun. Allah suruh bangun subuh. satgi pukul 9 nak pergi island hopping. cepat2 la bangun amek wuduk and solat.

Bfast sikit, RM 2.50 nasi lemak biasa.

so semalam ktorg decide nak island hopping kan? RM 30 je sorang. island hopping ni dia bawak korg pegi 2 tempat. haa ye la yelaa. 3 tempat. 1 tempat tu i tak kira sebab tengok boat orang lain kasi makan helang je pun. bosan. T_T

okay island hopping ni patutnya pegi Tasik Dayang Bunting dulu. tapi pakcik tu bawak ktorang pegi Pulau Beras Basah dulu. sepanjang perjalanan tu punyalah sibuk "Haa tu Dayang BUnting! ni Dayang Bunting!' habis semua bukit aku tnjuk dayang bunting. hahaha alih-alih sampai kat beras basah.

dia kasi masa sejam untuk mandi. ktorg pun pegi la cepat-cepat sewa alatan snorkeling. ni first time aku cuba benda alah ni. kos RM 15 sorg. tapi kena bayar deposit 4 orang RM 150. nanti dia pulangkan balik RM90. haa kira betul2. 15x4 = 60.

time ni nak cepatkan. macam main race dah ha. mintak pakcik tu simpan kan beg ktorg kat kedai dia. tapi anak dia bebel2 kata takut brng hilang dorg tk tnggung. ayahnya kata, nak hilang apa, letak tang tu je pun. ktorg buat tak peduli hahahahaha. kalau hilang pun, sndri tnggung laa.

so mandi la ktorg. dalam weh. bila kaki aku tak jejak tanah, satu je aku fikir. nanti air tarik aku ke tempat lagi dalam. so time tu aku tk pk apa dah. aku grab je apa yang dekat dengan aku. memang anep la yang jadi mangsa. nasib baik dia pandai berenang. aku rasa kalau aku cuak gila-gila, memang aku panjat duduk atas kepala dia. dua tiga kali juga aku panik dalam air. bila panik, aku sedut nafas ikut hidung. alat snorkeling tu akan buatkan kawasan mata and hidung aku ter vacuum. time tu rasa sesak nafas and aku jadi buru-buru nak udara. so aku tarik anep sebab nak naik ke atas. lucky dia tak gelabah macam aku. rileks je tolak aku naik ke atas. dia tiga kali juga air masuk dalam kawasan hidung aku.

baru aku tau snorkeling ni kau kena nafas ikut mulut. sedut udara pun ikut hidung. tapi aku ni sedut udara kot hidung, hembus pun kot hidung. jadinya tak biasa. anep ajar slow2 kat aku, eyza ngn yana.
i finally did it! and berkat diajar berenang oleh si adik anep ni for the past few months, aku boleh la berenang sikit and bernafas pakai snorkeling. kalau kau nak tutor berenang yang takkan marah-marah kau but always and always support kau, kau cari anep ni. hahahaha. aku patah semangat banyak kali pun dia rileks je tak marah-marah. still ajar even aku ni jenis lembab nak paham. lembab nak cerna apa dia cakap. kakakak.

bila dh dapat tengok dasar air tu, kau tak tau betapa seronoknya aku sampai aku berenang ke tepi pantai air secoet. kau bayangkan air paras buku lali kau pun aku berenang. bahahahah. thats the best thing ever. aku suka duduk dalam air tpi sadly aku tak reti berenang. but now i do!
eyza berenang sampai lipstick dia terjatuh dalam air. hahahaha. bajet boleh pegi cari balik? memang tak laaa.

then lepas sejam ktorg pulangkan snorkeling and anep beli megi hotcup 1 cawan. mahal weh. 4 ringgit! len kali bawak makanan sendiri tau. lepastu pakcik tu bawak ktorg dengan bot laju dia. aku boleh menggigil jugak la dek kesejukan melampau.

pakcik berhenti kat tengah-tengah laut. dekat dengan zoo yang dah kena tinggal lama. tempat tu dah macam tempat tinggalan. ah aku nak google jugak pasal zoo tu. kenapa dia tinggalkan. jambatan dia nampak seram weh. oh ye, pakcik tu berhenti sbb nak kasi ktorg tengok helang tengah makan. nothing fun pun -.-

what is fun yang aku maksudkan is bila kau menapak kat pulau dayang bunting!

fee masuk RM 3. so sebelum kau pegi island hoping, pls bawak duit. jangan pegi lenggang je. sebab skrg sume dah kena byr tau. toilet dia pun kena caj singgit. eii.

ktorg menapak naik tangga sampai semput aku dibuatnya. even tak tinggi mana macam batu cave tu, tapi sebab tadi kat beras basah aku dah berenang macam atlet perenang terkemuka, aku jadi letih. ada pula monyet main acah-acah nak kejar. bersepah ktorg lari. as usual, anep je yang selamba. dia ni memang tak takut apa agaknya -.-

ktorg smpai ke tasik dayang bunting. tasik ni air dia tawar. memula aku ingat dia laut. tapi nope. dia tasik. unik kan ciptaan Allah? ktorg sampai kat bawah, dorang offer paddling. RM 20 sekali dengan life jacket. 20 tu untuk dua orang. so sorg 10 la. lepastu kau nak guna life jacket tu untuk berenang pun tkade hal.

ktorg pddling pusing tasik. well, kalau kau tanya pendapat aku, baik kau tkyah paddling. baik kau berenang je. serius. sebab berenang is so much fun tapi paddling sgtlah meletihkan! dah la diberi masa 1 jam 45 min je kat sini.

lepas paddling dengan anep, which is memamgn anep je yang banyak mengayuh, ktorg park ktorg punya boat tu and pi berenang.

aku cuak nak berenang sebabnyaaa kedalaman dia lebih 10 meter. kau ingat tinggi aku ni sampai ke semeter? tidak okayy! and aku tak percaya life jacket. tapi lepas dipujuk anep yana and eyza berkali2, aku try masuk jugak dalam air. berpaut la aku tepi tebing tu. asyik rasa nak kena sedut bawah platform je. tapi anep kata aku bengong sebab mana ada air tu akan sedut. ish. tak percaya pulak. yana pun rasa benda yang sama tau! grrr.

anep terel weh. berenang takyah life jacket. haa ni aku cite kemudian kesan dia berenang tanpa life jacket. yang penting, kau kau kau jangan berani berenang tanpa life jacket. pastu bila aku dah dalam air, life jacket aku asyik nak timbul naik ke atas meninggalkan aku di bawah. so sad. alih2 anep naik platform and tarik aku naik. betulkan life jacket aku. secure betul2. eiii ittew rasa ittew adik, dia abang sedangkan aku kakak dia adik -.- ah biarlah nak perasan muda. hmm

lepastu barulah aku berenang dengan jayanya tanpa peduli kedalaman air. aku tk fikir buaya ke ikan ke. yang penting aku boleh buat kuak lentang, kuak kambing kuak katak dan sebagainya. hahahahahahahahahah. aku rasa macam aku tengah terbang wehh. best gilaaaaa. sampaikan aku yang tk berapa nak pandai berenang ni boleh ajar yana yang tak reti berenang buat kuak lentang. kakakakaka. sama2lah kita melentangkan diri. kekekeke. berenang punya berenang sampailah kena balik. aku rasa mcm taknak naik atas. sebab best gila. tapi terpaksa jugak naik.

dah naik tu, ktorg terus heading to boat. ada orang jual makanan tapi ktorg tak beli sebab nak makan kat motel je nanti. letih tak terkata. haaa last post ktorang ckp nak pergi mangroove kan? haa memang tkpayah la. nak tercabut kaki aku dibuatnya. letih gila weh! rasa nak balik bilik and tdoq je!

so ktorg pun balik ke jeti apa tah. and abang van amek ktorg hantar ke motel. selesai island hopping. berapa bintang aku kasi? 10 juta juta jutaaaa sebab aku dah pandai berenang kakakakakakaka. eh kisah apa aku. sibuk.

balik je ke jeti, dorg kasi pinggan ada gmbr ktorg. kena caj 10 ringgit satu pinggan. gmbr tk cntik pun, tapi beli jugak. hahaha. kenangan kata orang. ahh nanti aku amek gmbr aku, aku lekat atas tu. kakakaka.

then then, anep belikan askem. omnomnoom. askem roti berharga 3 ringgit. kenyang sikit perut. balik bilik terus mandi and solat jamak. sebab kejap lagi nak keluar balik. bila dh siap sume, giliran aku drive. kaki gegor2 pun, aku drive jugak. bawak viva rasa heaven gila main pijak minyak laju jeeee jalan. kenapa aku bawak axia terasa berat T_T. no wonder abang suka kereta dia. sobs.

dari chenang ke kuah, cari makan. tak jumpa. kedai asyik terlepas sbb aku bawak laju, pastu patah ke chenang, chenang ke airport. dekat bulatan airport tu ktorg jumpa AIRPORT CORNER. kedai makan. yeehhhh. kau waze je airport corner, jumpa punya. betul2 dekat airport.
aku makan :
nasi putih : RM 1
tomyam udang b : RM 6 (udang besar 5-6 ekor)
tembikai jus : RM 2.50
aku rasa murah. kau rasa? tomyam udang galah RM 7 je kot. murah la tu! tapi sayang time tu takde stok udang galah. sobs.

so total lunch aku RM 9.50. tahap kesedapan? eatable. and kenyang. worth it.

lepastu ktorg gerak ke skycab. tnpa waze. aku yang drive so aku tk kisah sesat. aku ikut je signboard. ke mana pun dia tuju. kakakaka. aku tak suka suruh org drive kalau aku nak melilau. melainkan aku ada arah tuju, aku bgtau aku nak pegi mana, kau bawak. tpi ni sbb aku malas nak waze, aku melilau. kalau jumpa alhamdulillah, tak jumpa, pusing je la pulau. kau kat langkawi pun. sesat pun tk jauh. takkan sampai ke US aih. hahahahaa. ktorg berhenti kat petronas and sorg kasi RM 4 untuk isi minyak. ktorg isi minyak RM 15.

naik ke skycab tapi tak beli tiket naik atas pun. sekadar nak pegi toilet ke geopark je . kakakak. sadis kan? toilet kena caj 50 sen tauu.

then anep yang tunggu dalam kereta whatsapp aku kata nak gerak gunung raya. aku tak tanya banyak sbb aku pun tkade hala tuju. so ktorg pun ikut je sampai ke gunung raya.

macam nak naik cameron haa. yeh. gunung raya kat puncak!

ktorg bergmbar kat bawah memula, pastu anep ajak naik tower. kena caj RM 10 sorang. tapi ada air teh panas kat atas yang open tab. so ktorg pun okay. dari naik skycab byr 35, baik naik tower ni. tapi still nmpk keliling. best. maybe aku ni dh tua agaknya, taste pun mcm org tua. nk tempat rileks2 yang takde orang tak suka bersesak-sesak.
lucky time tu takde orang. so kat tower tu ktorg berempat je. D'Hill Coconut tu ada servis hotel jugak. RM 250 satu malam. kalau agak nak jauh dari orang, honeymoon, kau gi la situ. romantik gittew. bahahahaha. duduk atas tu tengok sunset je. and nampak la vietnam and beberapa gugusan pulau. nampak jugak Kilim.

around 7.30 mcm tu ktorg turun balik untuk balik ke Kuah. nak pegi lagi Haji Ismail Group. tambah lagi coklat. bahahahahaha. tu la aku kata, kalau kau kuat boleh tahan nafsu nak coklat tu, kau boleh je berjimat sepanjang masa kat langkawi ni.

aku habis another 79.90 kat HIG ni. kakakakak. then ktorg balik ke motel tapi singgah beli cool blog dengan subway utk bawak makan kat pantai sambil tengok orang main api. kemengantukan yang tahap dewa membuatkan aku sampai tertdo kat tepi pantai. bahahahahaha. punyalah ngntuk.
aku surrender. 11.30 aku bangun and terus nak balik bilik. yang tiga orang lagi ni nak sembang, kau sembang la. aku tdo sampai dh termimpi2 dah. baik aku balik bilik. hahahahaahah.

so end there.

esok pagi check out pkul 9 lebih after having bfast cost me RM 8 sebab aku amek nasi lemak ayam -.- dengan milo ais. then pack brg masuk kereta and hntr yana dengan eyza ke airport. flight pkul 11.25.

whereas ktorg dua ni nak habiskan minyak, pegi makam mahsuri kejap. aku ni jiwa sejarah sikit yang suka nak amek tau benda2 lama ni. so aku paksa anep bawak aku gi makam mahsuri. entry fee RM 10 sorg . tengok la apa yang ada. aku tktau la rumah tu rumah betul dia or dorg dh bina balik atas tapak yang sama. i'll check it out later. kalau rumah tu mmg rumah yang dia pijak, kayu tu yang ada kesan tapak kaki dia, best wehhhh.

so lepastu ktorg terus ke jeti Kuah. hntr kunci kereta. and beli tiket balik. tunggu feri pkul 1 ptg and smpai kuala perlis around 2 something. pastu aku punyalah taknak menyusahkan pakcik2 aku, aku naik teksi ke rumah nenek yang dua minit dari jeti. kena caj 10 ringgit! taubat aku pegi langkawi taknak naik teksi dah. dia kata memang kalau balik trip kena caj 10. kalau mcm tu len kali aku nak suh hntr ke penang ah. caj 10 ringgit jugak kan kalau balik trip -.- pakai la meter lain kali. ish.
aku pun satu begok. -.-

okay tu je. cukup langkawi-perlis.

next trip? TERENGGANU.

Langkawi Bajet Day 1

Hi, Hello, Assalamualaikum.

Ni first time travel sendiri dengan kawan. so we tried to make it less budget sbb yela, mak ayah takde tau nak tolong support belikan itu ini. semua sendiri.

cerita dia macam ni. around 12-13/3/16, ktorg plan nak travel. back pack kononnya. tapi takdelah back pack sangat. generally, TRAVELLING. plan asal, 3 orang. me, anep dengan era. nak bercuti waktu mid break. tapi era tak dapat join, so it is impossible i nak kluaq dengan anep je kan?

ajak la eyza dengan yana. since yana teringin nak pergi langkawi, dia apply cuti on monday cz we are going to be in Langkawi 19-21/3/16.

3 hari 2 malam.  baca bagi habis dulu.

ni total bajet I dari KUALA PERLIS - LANGKAWI

Feri : RM 18 (sehala) x 2 = RM 36/person
Sewa kereta (VIVA): RM 30/day/person
Minyak : RM 9/person
MZ Motel : RM 60/person (further info will be discussed later)
Lunch 19/3 : RM 5
Air mineral 1.5 L : RM 2
Chocolate : RM 88 +15.90 + 64.50
Bfast (20/3) : RM 2.50
Island Hopping : RM 30/person
Sewa Snorkeling : RM 15/person
Maggie Cup (beras basah) : RM 4/cup
Entry Dayang Bunting : RM 3/person
Paddling (Dayang Bunting) : RM 20 inc life jacket utk mandi
Aiskrim roti : RM 3/bun
Pinggan (gmbr waktu nak naik boat island hopping) : RM 10
Lunch (20/3) : RM 9.50
Toilet Geopark Skycab : Rm 0.50
Tower Gunung Raya : RM 10/person
Cool Blog : RM 5
Subway : RM 10
Bfast (21/3) : RM 8
MAkam Mahsuri : RM 10/entry

total cost : RM 450.90
well this is how much i spend on langkawi. boleh lagi murah, kalau kau pandai tahan nafsu dari tak beli coklat. bahahaha. okay meh i cite dulu how i get this budget.

ktorg pegi empat orang. I, Anep, Yana, Eyza.

 
yana . anep. i . eyza


waktu tunggu feri pukul 12pm


ktorg tak book chalet. hanya kereta. again, HANYA KERETA! even waktu tu cuti sekolah. tapi dah nak habis cuti kan. kalau korg nak pegi waktu cuti sekolah, book dlu. and untuk student macam ktorg, pegi la waktu korg cuti break yang bukan waktu cuti sekolah. haa. sbb harga dorg mencanak naik weh!

okay, I mintak tolong kawan carikan kereta sewa. VIVA. memula dia kata 50, ttbe tukar RM 60. panas kan? yeh i know. i pun panas jugak. last min ttbe ubah harga. tapi tkpe. takut takde kereta pula nanti. dah ada kereta, takde hal nak pusing cari motel.

sampai je kat Kuala Perlis, I park kereta kat rumah nenek. well thats the good thing lah. takyah bayar parking fee. muehehe. rumah nenek 2 min je dari jeti Kuala Perlis. ktorg bfast kat kuala perlis kos sorang around RM 3-4 ringgit. roti canai dengan ayaq. kihkih. then mintak paksu hantar ke Jeti. arrived at jeti, tiket, pakcik dah belikan untuk 4 orang. cost RM 72. sorang RM 18 sehala. haa baik kan pakcik-pakcik i? hehe

then tunggu feri pukul 12. eksaited nih. debar2 jantung i. dah sampai masa naik feri, besar gila feri dia. feri ni macam bas jugak. ada PLUSLINER, ada KKKL, EAGLE dan sbgainya. tapi takdelah nama feri ni eagle la apa la. ada la nama dorg sendiri. i tak amek tau. haha. masuk-masuk then duduk. satu line kanan tu 3 kerusi je. so anep kena duduk belakang ktorg. hahaha.



perjalanan makan masa around 1 jam 15 min. haa orang bawak feri ni agaknya mcm org bawak bas kot. ada yang pecut tak hengat! ada yang bawak slow and steady. kot. hahaha. dalam 1.30 mcm tu ktorg sampai kat jeti Kuah.


 
ayah kata langkawi ni ada 99 pulau. yehhh bebeh. tpi kebanyakan pulau dia tk berpenghuni sbb batu2 mcm ni.

contact dengan brader yang sewakan kereta ni. waktu perjalanan nak ke kereta sewa tu, hanya Allah yang tahu betapa besarnya penyesalan booked kereta awal-awal. sampai ada yang offer RM 40 sehari! i boleh jimat 20 ringgit tau tak!!! boleh beli Daim sepeket. T_T true la apa orang kata, kat Langkawi tu, bersepah org nak kasi offer kat kau. jangan risau.

tapi takpe. redhakan. ktorg sewa kereta untuk dua malam. RM 120. bahagi 4. sebab empat orang. so jadinya, sewa kereta RM 30 seorang untuk dua malam.

masuk kereta, even bukan kereta kami, kami guna sebaik mungkin. jaga sebaik mungkin. jangan kata itu kereta orang, kau lanyak sesuka hati. jaga property orang sama nah. lesen jangan lupa bawak pulak. sbb waktu nak amek kereta tu, kena fill in borang and kasi lesen untuk reference.

first thing yang kau kena buat, is isi minyak. kau ingat dorang baik sangat nak isikan minyak kereta penuh? no! dorang tinggalkan kereta sampai E yang dah berkelip2 tunggu enjin nak mati je. so pergi cari stesen minyak and waktu ni lah WAZE sangat berguna!

isi minyak, ktorg mmintak sorang RM 5. jadinya isi RM 20. dengan kadar minyak RM 1.60 selitre skrg, adalah viva tu naik 3 bar. okaylah kan. 2 hari je pun.

pastu ktorang terus WAZE ke Chenang. yeh orang kata kawasan chenang memang mahal. memula kawan ktorg suggest ke AMZAR motel, (kau waze je, memang ada). sbb dia kasi bilik untuk dua orang, ada aircond RM 45. cool kan? tapi nasib ktorg tak baik, bilik dh full. yang tinggal family room. bila pulak i kawen dengan anep dan ada anak-anak yang bernama eyza dan yana yang membenarkan kami duduk sebilik? nak travel,travel jugak. tapi jangan sebab kau nak jimat, kau main asak je sebilik. no. ingat mak ayah, ingat tuhan. kau travel nak cari pengalaman and ilmu. and untuk kau bukak mata, Allah jadikan dunia ni macam mana.

so ktorg pun berhenti tepi jalan. kepala dah jammed. dengan kepanasan yang menjangkau 34-37 darjah celcius, i rasa asyik nak marah je ha. hahaha. syaitan betul. masing-masing surf internet untuk cari hotel yang murah. kami guna kunci kata seperti ini : motel chenang RM50 . sadis kan? hahaha.

dan kami jumpa few motel yang berharga around 70 mcm tu. sebab dah letih, kami call je. tanyakan bilik. and i ada booked untuk T cottage motel. booked je, dia suruh walk in tengok tempat dulu. ttbe eyza jumpa chenang inn yang berharga RM 55. apa lagi, terus waze, cari tempat. bila dah jumpa, ktorg dengan muka taktau malu mintak bilik yang RM 55. tapi malangnya, bilik tu dorg dah tak buat dah dgn harga tu. ada pulak makcik lalu depan ktorg, offer bilik RM 60. satu bilik boleh masuk 3 orang sbb dia tengok ktrog perempuan bertiga kan.


 
nampak tak laut kat belakang?

 
yeh dia ada dua tingkat

orait ni bilik gigirl. sbb langkawi ni panas gila, so ktorg lepas mandi terus cuci baju and sidai. kejap je dah kering. bawak la sabun pencuci baju satu paket kecik tu. ada je jual. dri kau nak bawak baju bebanyak. mana lagi berat?

that is MZ Motel. sebelah je dengan Chenang Inn tu. hahaha. and guess what, motel tu belakang dia pantai. apa kau nak lagi?? murah pun okay dah. belakang dia laut weh. and ada lagi yang exciting pasal motel ni.

ktorg amek dua bilik. dua2 bilik bawah. bilik gigirl, then diselangi dengan 3 bilik lagi, baru bilik anep. satu malam RM 60. ktorang amek dua bilik = RM 120. untuk dua malam =RM 240 then bhagi 4 orang, RM 60 seorang untuk dua malam. cool kan?
Kemudahan :
Aircond
Queen Bed
TV
Towel
Sabun
Selipar sepasang

water heater takde. ah tak payah, sbb air dia dah cukup suam. langkawi pulak. panas gila weh.

lepas dah check in, letak barang, ktorg keluar balik untuk cari makan. cari makan around Chenang. tapi jauh sikit dari pusat tumpuan. kedai makan biasa je. makan nasi lauk RM 5 sekali dengan air limau ais. pastu i beli mineral botol besaq sebotoi tambah RM 2. beli bungkuih, balik bilik. muntahkedarah.

lepak dalam bilik sampai 4.30. lepastu anep bosan, sbb dia sorang, dia ajak mandi laut. haaaa. laut tu belakang bilik je. hahaha. i pun kluaq pi mandi. yana dengan eyza datang kemudian sbb dorang nak mandi kasi bersih dulu. i tknak buat kerja dua kali. so i pi mandi laut dulu. waktu ni last day period, alhamdulillah! kalau tak jenuh i nak tunggu orang lain solat while im doing nothing. tunggu orang solat pun boleh bosan tau.

then lepak dengan anep. berjalan sampai ke hujung pantai. ada la jumpa 2 3 ekor ikan buntal yang terdampar kat laut. kat chenang ni banyak gila orang putih yang menjemurkan diri. mata i sampai berpinar tengok body dorang. T_T. ktorg mandi jap. then eyza dengan yana datang and join the club. dekat pantai tu, kau nak main jetski, parasailing, banana boat, sume ada.
jetski : Rm 90-120
Parasailing : RM 120
Banana boat : RM 60 (kot satu banana tu)
yang lain i tatau. hahaha











 
pyung tiger?
alright. belakang ni ada cafe yang serve arak. as i said, bhya perempuan keluar malam sorg2. sbb ada orang2 mabuk ni. so be careful. siang2 takdela dia jual kan. semua omputih bersidai je. waktu ni ktorg dduk since abang tu tolong tarikkan kerusi utk terang apa tu island hopping and so on,


 
asalnya nak tanam si anep ni. tapi letih dia perghh wehperghhh

 
23,24,25 bajet nak jadi 12,13,14






lepas lepak2 berempat, ktorg plan nak buat apa esok. pastu abang Din suggest ktorg itu ini. ada island hopping, mangroove, snorkeling etc.
Snorkeling kat pulau payar RM 140 seorang paling rendah dorang kasi. katanya lah.
Mangroove : RM 80-90. pusing 5 pulau. boleh masuk cave kelawar, kasi ikan makan and etc.
Island hopping : RM 30-35

so ktorg decide pergi island hoping dengan mangroove. ah. jangan berhenti baca takat ni. baca lagi.

7.30 ktorg solat maghrib lepas tgk sunset and keluar bilik pukul 8.30 mcm tu pegi HAJI ISMAIL GROUP kat Pekan Kuah. kau duduk sini, dua tempat ni mmg famous. Kuah-Chenang. i sampai dah hafal jalan dia takyah tengok waze pun takpe. well kedai ni banyak betul tempatnya. so memana kau pegi pun sama je. kau taip je kat waze, nanti dia bawak kau. waze tu penting. bawak lah power bank eh. haha

ktorg shopping chocolate, cost RM 88.20. then dah ngantuk gila tapi lapar. ktorg gerak balik ke chenang. dalam perjalanan, jumpa satu kedai makan atas bukit tepi jalan. tepi2 dia hutan. hahahahah. tapi dia punya karoeke, anep kata syaitan pun blah. tak tahan. kuat gila. sampai nak order pun terjerit2. ktorg makan kena caj RM 46. i menyesal tanpa henti. seribu penyesalan. udang besar 3 ekor je pun. tomyam dia caj RM 18. sumpah i tanak datang dah kedai tu. so makan ni, kira silap besar ktorg la. hahaha. kalau berbajet, mmg tkboleh ke kedai ni.
 
yeh kedai dia bukan restoran besar pun. hahaha
is it normal makan 4 org 46ringgit? maybe kot. tapi still i tkley cernaaa


bila dah balik, ktorg even ngntuk, decide nak jalan kat chenang. JALAN KAKI. sepanjang kawasan motel tu ktorg jalan kaki. motel ktorg sederet dengan underwaterworld tapi tak masuk pun situ. time pegi, ktorg lalu kat kedai2. bila balik, ktorg lalu pntai. haa this is the best part.

 
yep ni dorg buat pertnjukan api tu. every night ada. 

berangan nak candle light dinner? pacak lah lilin kau kat pantai. belakang motel tu ada orang buat tarian api. so kau nak chill tengok dorang main api pun boleh. lantern pun ada. kalaulah i tak ngntuk time tu. wuwuwuwu. dah berguling kat pasir dah. cumanya kawasan situ a bit bahaya sebab dorg serve arak. so akan ada orang mabuk. gigirl, takyah la keluar kalau takde boboy. ktorg ada adik sador sorg ni. so rasa selamat sikit. lgipun beach boy yang main api tu kebanyakannya melayu. hikhokk.

ah letih aih. cukuplah day 1. nanti sambung day 2. lepas balik bilik apa lagi? mandi dan krohkroh la kami berempat.







Saturday, March 5, 2016

SPLIT 2




Lelaki itu berdiri menghadap cermin yang memberi pantulan tubuhnya. Bibir itu perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Hujung bibir yang berdarah dikesat dengan belakang tangan.

Rambut yang sudah serabai dibiarkan begitu sahaja. T-shirtnya ditanggalkan. Lantas tubuhnya ditelentangkan di atas katil. Syiling bilik diperhatikan dengan pandangan kosong. Nafasnya masih belum teratur dek mengah berlari.

Matanya dipejam sebentar. Mengingatkan apa yang terjadi sebentar tadi.

“Long time no see, bro.” Muazzam sengih hujung bibir. Sekumpulan lelaki dibelakangnya masing-masing memegang batang besbol, kayu, tak tercicir juga dengan parang dan kapak. Ni bukan budak yang bajet-bajet punk, skinhead, gothic dan sebagainya eh. Ni bukan samseng chow kit tau. BUKAN! They are the real killer. Again, KILLER!

Pandangan Mikael masih belum jelas siapa yang berdiri di celah lorong betul-betul di bawah lampu jalan berwarna kuning. Wajah lelaki itu masih belum dapat dikenalpasti apabila hood sweater menutup kepala lelaki itu. Ditambah lagi dengan gelap malam.

“Kau siapa?” Mikael yang sedang melepak dengan kaki terjuntai di atas tong sampah segi empat besar belakang restoran terus jejak lantai dan bergerak ke hadapan sedikit. Mengharap dengan selangkah dia ke hadapan, dia mampu untuk melihat dengan lebih jelas wajah lelaki itu.

Muazzam sengih sinis.

“Takkan dah lupa aku?” kolar T-shirt yang tinggi menutup sedikit mulutnya.

Mikael kerut dahi. “Kau?” penumbuknya sudah dikepal.

“Pergh. Lama betul nak tunggu kau ingat aku kan?” Muazzam ketawa.

“Rindu aku tak?” tambah Muazzam.

Muazzam terus beri isyarat kepada yang lain untuk memulakan serangan apabila Mikael sudah meludah ke kiri. Mikael lebih pantas mengelak setiap serangan.. Ah bukan dia baru hidup sebulan dua. Bukan dia baru kenal Muazzamsehari dua.

Pantas yang lain mengejar. Mikael hanya ketawa sebelum bersiap sedia untuk membuka langkah.

“Budak-budak mentah macam ni kau suruh lawan aku Zam? Seriously?” Mikael hanya ketawa sambil penumbuknya melayang-layang kiri dan kanan tanpa henti. Ada la beberapa kali dia tidak sempat mengelak dari tumbukan padu mengena pipinya membuatkan dalamnya pecah!

“Sampah macam kau ni patut lupus terus dari muka bumi ni!” jerit Muazzam.

Ada dua orang lelaki di hadapan Mikael yang melayangkan penumbuk dan kedua-dua penumbuk itu mampu dielak Mikael. Bahkan mereka pula yang tertunduk menahan perit apabila perut mereka menjadi sasaran Mikael. Atau ketika ini lebih dikenali sebagai Hafez. Ya. Hafez dan Mikael adalah orang yang sama. Cuma yang lain... Identiti!

Kini hanya tinggal Muazzamdan Mikael.

“Sudah-sudahlah Zam. Berhentilah.” Sindir Mikael.

“Selagi kau tak mampus, selagi tu aku kejar kau, Mika. Oh no! My bad, Hafez! Kalau Mika, dia takkan serang aku.” Muazzam bersiap sedia untuk menyerang Mikael tetapi nampaknya Mikael lebih pantas dalam bab bertumbuk.

Muazzam terbaring ke belakang apabila Mikael sedikit pun tidak menunggu lama untuk menghayunkan penumbuknya.

“Aku tak kacau kau, kenapa kau kena kacau aku! Hah?!” tempik Mikael.

Muazzam ketawa berdekah. “Aku akan kejar kau sampai kau mati.” ketawa Muazzam lagi dengan bibir berdarah.

Mikael terjaga dari lamunannya. Badan yang terasa lekit memaksa dirinya untuk bangun ke bilik air dan mandi.

Pili air dipulas hingga air mencurah-curah berlari mengena tubuhnya. Sedang dia termenung dalam keadaan berdiri, kepalanya terasa sakit yang teramat!

“Arghh!” jerit Mikael. Kakinya hingga lemah dan akhirnya dia terduduk.

Beberapa saat kemudian, kepalanya terasa kosong. Mikael tersedar. Pili air ditutup. Diam meraup wajahnya dengan nafas lega. Sampai ke bibir, dia terasa perit yang amat. Segera dia menoleh ke arah cermin yang tidak jauh dari pili air. Kesan bengkak kelihatan.

“Hafez, apa kau buat lagi ni?” Mikael merengus lemah.



MARYAM memusingkan pensil kayu melalui jari-jemarinya. Kepalanya masih memikirkan hal tadi. Pelik sangat dengan Mikael. Kenapa lelaki itu pandang dia begitu? Pandangan seakan lelaki itu langsung tidak mengenalinya. Dengan pakaian gelap macam tu. Bibirnya..

Maryam tersentak. Darah!

Maryam segera mencapai telefon bimbitnya. Nama Myna dicari. Talian berdering beberapa kali sebelum telefon diangkat.

“Myna Myna Myna!”

“Eh, kenapa makcik ni?” Myna pelik.

“Sorry kacau malam honeymoon you.” Sempat Maryam mengusik.

“Eh budak ni kan! Mana adalah. Kenapa?”

“Em.. boleh tolong tanya Akim tak rumah Mikael tingkat berapa and nombor berapa.”

Myna tersentak. “Kenapa you nak tahu?”

“Hah?” Maryam garu hidung. ‘Ah apa alasan aku nak bagi ni?’

“Tadi I pergi buang sampah. Seems like dia tercicir kunci.” Bohong Maryam.

“Oh. I ingatkan apa. Kejap I tanya Akim eh.”

Maryam hela nafas lega. Takut juga kalau-kalau Myna nak tanya lebih. Apa pula jawapan yang dia nak kasi?

Beberapa minit kemudian, Maryam menyarung tudungnya dan mencapai satu tube krim Burnol dan sekeping plaster. Dia berlari menuju ke lif.

Nombor 21 ditekan. Kukunya digosok-gosok tanpa sedar. Sesampai sahaja di tingkat 21, Maryam mencari nombor 4. Beberapa kali loceng ditekan. Pintu diketuk-ketuk. Tapi tiada sahutan. Maryam bertambah risau. Kerana sebentar tadi dia baru sahaja perasan ada darah di hujung bibir Mikael.

Maryam cuba menekan loceng lagi. Kali ini pintu terbuka sedikit.

“Siapa?” tanya Mikael.

“Aa. Maryam.” Jawab Maryam. Mikael pelik. Jarum jam diperhatikan. Jam sudah hampir berganjak ke angka 12 tengah malam. Daun pintu ditolak lagi luas.

“Macam mana awak tahu saya tinggal sini?” soal Mikael.

“Saya tanya Akim.”

“Ada apa?”

“Awak okay ke?” soalan Maryam membuatkan Mikael jungkit kening. Rambutnya yang masih basah tidak bersikat diperhatikan dengan ekor mata Maryam.

“Okay aje. Kenapa?”

“Awak marah saya ke sebab saya tak jawab soalan awak petang tadi? Sebab tu awak buat-buat tak kenal saya waktu jumpa kat luar?” pelbagai soalan yang bermain di dalam kepala Maryam.

“Ha?” Mikael garu kepala. ‘Ah sudah. Apa aku nak jawab ni? Hafez! Ergh.’

“Saya tak perasan awak kot.”

“Tak perasan? Kenapa dalam lif waktu saya tegur awak, mata awak betul-betul lain pandang saya?”

Mikael merengus. “Sorry okay. Mood saya tak berapa nak baik sekarang ni.” Mikael beri alasan.

“Bibir awak dah okay?” Maryam pandang hujung bibir Mikael yang sudah hilang kesan darah itu.

Mikael menyentuh bibirnya. Terasa betul peritnya.

“Okay aje.”

“Nah. Burnol ni bagus untuk luka. Walaupun saya tak tahu macam mana awak boleh dapat luka tu, tapi be careful. Bukan perempuan aje yang kalau duduk bersendirian boleh terima risiko bahaya. Lelaki pun sama. Zaman sekarang tak kira jantina.” Nasihat Maryam. Burnol dan plaster dihulur. Dua barang itu bertukar tangan. Mikael sedikti kaget.

Maryam garu belakang kepala. “Saya bukan apa. Since saya dah tahu awak ni kawan Akim, saya tak boleh buat-buat tak kenal awak. Kalau awak agak-agak nak pergi klinik tapi tak larat, awak boleh call saya.” Maryam senyum kekok. Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke lif, namanya dipanggil.

“Thanks. Tapi macam mana saya nak call awak kalau nombor pun awak tak tinggalkan?” Mikael senyum nipis. Maryam garu kepala. ‘Ish kau ni Maryam.’

Kaki dihayun semula hingga ke hadapan pintu rumah Mikael. Tuala yang masih bersangkut di leher Mikael dipandang sekilas.

“Pinjam phone awak.” Pinta Maryam.

Telefon bertukar tangan dan segera Maryam mengisi nombor telefon bimbitnya ke dalam telefon Mikael.

“Awak boleh call saya kalau awak perlukan saya.” Beritahu Maryam.

“Okay.”

“Okay.” Jawab Maryam juga. Okay rasa kekok sangat-sangat. Maryam menekan butang untuk turun. Mikael masih memerhati. Beberapa saat kemudian dia keluar dari rumahnya dan melangkah menuju ke arah Maryam. Tangan sebelahnya diseluk ke dalam poket seluar tidur berwarna putih coklat.

Terkejut Maryam dibuatnya.

“Awak nak turun ke?” tanya Maryam.

“Teman awaklah. Dah pukul 12 ni. Awak tak takut ke sorang-sorang turun?” balas Mikael.

Maryam ketawa.

“Nak takut apa? Hantu?”

“Boleh jadi waktu awak masuk lif, lampu terpadam. Lif tersekat. Awak bukan tahu kalau kat penjuru lif ada siapa, kan?” kata-kata Mikael membuatkan Maryam telan air liur. Okay fikir kan aje pun dah seram.

“Tapi saya dah duduk sini setahun lebih. Takde orang teman nak balik pun. Okay aje.” Jawab Maryam.

“Itu sebab kita tak kenal. Sekarang kan dah kenal. Saya pun tak boleh buat-buat tak kenal kat awak sedangkan kita duduk dalam satu kondo yang sama.”

Maryam hanya senyum nipis. Kedua-dua mereka kemudiannya melangkah masuk ke dalam lif dan nombor 15 ditekan.

“Esok nak gerak sekali?” tanya Mikael tiba-tiba.

“Oh aah kan. Saya hampir lupa esok kenduri. Boleh juga nak gerak sekali. Kereta saya ke kereta awak?”

“Mine lah.”

“Sure. Thanks.” Pintu lif terbuka.

“Jumpa pukul 9 pagi esok kat parking lot.” Beritahu Mikael.

“Alright. Sure do. Bye.” Maryam terus berjalan laju ke rumahnya. Pipinya mula merah. Eh panas pula rasanya. Esok nak hujan ke macam mana? Bahangnya!!!

Mikael tersenyum melihatkan belakang tubuh Maryam yang begitu laju meninggalkan dirinya untuk masuk ke dalam rumah.



MIKAEL merebahkan badannya ke sofa. Cahaya dari bandar Kuala Lumpur sedikit sebanyak memberi cahaya masuk ke dalam rumahnya. Dia capai telefon bimbitnya. Aplikasi galeri dibuka. Laju tanyanya membuka folder yang sudah lama tidak dibuka.

Kelihatan gambar dua orang budak lelaki sedang berdiri bersebelahan sesama sendiri. Kembar. Skrin telefon bimbit disentuh lembut. Air matanya bertakung. Matanya terkatup rapat. Kini mimpi berkuasa untuk meneruskan jalan penceritaannya.

“D.I.D. Dissociative identity disorder atau boleh dipanggil MPD that means multiple personality disorder. Puan tahu apa maksud tu?” Dr. Adi merenung dalam-dalam anak mata Puan Misha.

“Split personality?”

“Ya. Kadang-kadang dalam satu tubuh, boleh wujud lebih dari 2 personality yang berbeza. Bezanya bukan sikit tetapi ketara. Personaliti-personaliti ini ada nama mereka tersendiri, perangai sendiri, apa yang mereka minat, apa yang mereka takut, kelemahan dan kelebihan sendiri. Umpamanya mereka adalah orang yang berlainan tetapi terkumpul di dalam satu tubuh. Tak semestinya Mikael lelaki, personaliti dalam badannya semua lelaki. Boleh jadi ada budak perempuan, kanak-kanak kecil, orang dewasa, tua, gay, lesbian dan sebagainya.” Terang Dr. Adi. Puan Misha terkejut. Air matanya tumpah.

“Ini adalah salah satu penyakit mental yang jarang sekali berlaku. Selalunya punca berlaku split personality ni adalah sebab tekanan yang melampau waktu kanak-kanak. Mikael ada alami tekanan ke?” sambung Dr. Adi.

Puan Misha menggeleng. Dia tak tahu pula jika Mikael alami tekanan. Tapi Mikael tak pernah ada masalah dengan Muazzam kembarnya sendiri.

“Personaliti-personaliti ini tak dapat dikawal bila dia nak keluar. Apa yang Puan dapat buat sekarang hanya memberi perhatian penuh kepada Mikael.”

Puan Misha mengangguk. Air matanya masih mengalir.



BUNYI TELEFON bimbit Maryam nyaring berdering menandakan waktu Subuh sudah masuk. Puss yang sedang tidur nyenyak di sebelah pun turut terjaga dek bunyi ayam yang berkokok macam nak runtuh bangunan. Kucing itu menggeliat sepuasnya hingga kakinya mengena pipi Maryam.

Maryam ketawa. “Amboi Puss mengebatnya kaki!” kaki Puss ditolak sedikit.

“Meow!”

“Nak makan? Kejap ye. Akak nak mandi, solat dulu baru kasi awak makan okay? Sementara tu awak makanlah pallet tu dulu.

“Eh. Mocoon mana?” Maryam menunduk. Matanya liar mencari di bawah meja. Tak jumpa. Merata dia mencari, tidak juga dijumpai. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi.

“Akak mandi dululah. Nanti akak cari Mocoon eh Puss.” Laju kaki Maryam berlari masuk ke dalam bilik air.

“Lahh. Kat sini budak ni!” kelihatan Mocoon sedang duduk di penjuru bilik air.

“Buat apa kat sini? Basah la sayang. Tidur dekat bilik akak sana.” Terus diangkatnya Mocoon yang separa tidur.



MIKAEL yang berbaju melayu berwarna kelabu terkejut melihat jubah milik Maryam. Dia garu belakang tengkuk.

“Dah lama tunggu?” sapa Mikael dari belakang.

“Eh taklah. Baru aje turun.” Maryam senyum sesaat.

“Akim suruh awak pakai baju kelabu ke?” tanya Maryam.

“Tak. Myna suruh awak pakai baju kelabu ke?” soalan berbalas.

“Aah.”

“Saya tak tahu pula kita akan pakai baju warna yang sama.” Mikael hanya tersenguh sebelum menghidupkan enjin kereta. Maryam terasa segan.

“Masuklah.” Ajak Mikael.

Perlahan-lahan Maryam ambil tempat di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan Mikael.

“Seatbelt please.” Beritahu Mikael sebelum kereta mula bergerak.

Untuk beberapa minit mereka hanya mendiamkan diri.

“Awak kerja apa?” Maryam memulakan perbualan.

“Sniper.” Jawab Mikael serius. Maryam membulat mata. ‘Serius ke dia ni?’

Kemudiannya Mikael ketawa. “Takdelah. Awak ingat saya ni perisik ke apa?” sambung tawa Mikael.

“Or even worst, killer.” Maryam mulut capoi.

“Might be.” Gurauan Mikael membuatkan Maryam makin seram.

“Eh janganlah muka tegang macam tu.” Mikael mula perasan wajah Maryam bertukar pucat. Mana tidaknya, dah la tak kenal tiba-tiba cakap pasal benda seram. Lepastu, tambah dengan bibir pecah semalam. Ish.

“Macam mana tak tegang? Awak cakap benda pelik macam tu. Siapa tak takut. Berjiran dengan saya pula tu.” Maryam peluk tubuh.

Mikael ketawa. Matanya fokus kepada pemanduan. Soalan Maryam dibiar tergantung tidak berjawab. Maryam ketap gigi. ‘Aku tanya, tak berjawab!

“Awak kerja apa?” soalan Mikael membuatkan Maryam mencebik. ‘Eh geram pula aku. Aku tanya dia, dia tak nak jawab. Dia tanya aku, aku kena jawab ke?’

“Tukang sapu sampah aje.” Selamba jawab Maryam.

“Eh baguslah. Boleh saya upah tolong sapu rumah saya.” Balas Mikael.

“Saya tak ambil upah sapu rumah killer.” Maryam peluk tubuh dengan matanya fokus di jalan raya. Mikael ketawa.



SETIBANYA mereka berdua di hotel milik sahabat ayahanda Myna, Mikael segera mencari parking yang sesuai. Telefon Maryam tak henti-henti berdering dari tadi.

“Iya, aku dah sampai ni. Tengah parking kat basement ni. Kau kat mana?” Maryam tergesa-gesa keluar dari perut kereta.

Mikael hanya melihat belakang tubuh Maryam yang sudah tergesa-gesa berlari meninggalkan dirinya. Mikael menggeleng sambil tersenyum. Perempuan. What do you expect? Kelam-kabut sentiasa. Tak reti nak rileks langsung.

Mikael menapak sama memasuki bangunan tinggi itu.

Mata Maryam melilau mencari nombor bilik Meen. Dia langsung tak peduli tentang Mikael yang menumpangkannya sebentar tadi. Ah. Aku ada benda lagi penting sekarang, okay?

TOK! TOK! TOK! Ketukan di daun pintu Meen kedengaran berkali-kali.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Maryam meluru masuk ke dalam ruangan kosong itu.

“Lambatnya kau datang!” rengus Meen.

“Eleh cakap aku. Kau tu pun mekap tak habis lagi.”

“Ah enough with the argument. Tolong mekapkan aku. Muka aku dah separuh badut dah ni.” Meen sua mukanya. Minta dibantu Maryam.



“TU.” Meen siku Maryam yang sedang duduk menikmati makanan katering. Maryam hanya menjeling ke arah Mikael.

“Kenapa?”

“Hensem tak pada kau?” soalan Meen buat Maryam terkejut.

“Kenapa? Kau suka?”

“Kalau calon suami, aku nak macam tu.”

“Cakap ajelah kau berkenan kat dia.” Usik Maryam.

Meen tersengih. “Boleh la. Muka dia comel sangat. Baby face gitu.”

“Seriously?” Maryam mencebik.

“Kau kan satu kondo dengan dia. Tak nak tolong aku jadi spy peribadi buat sementara waktu?” Meen mencuit-cuit pinggang Maryam.

“Tak nak. Buang karan aje. Kau nak, kau pergi tanya sendiri dengan dia.”

“Kau ni, bukan nak tolong aku bina masjid kan?”

“Eh eh. Usahalah sendiri. Hati kau, bukan hati aku.”

“Kalau aku ajak dia keluar makan, agak-agak dia nak tak?” Meen tanya pendapat.

“Entah.” Maryam pandang semula ke arah Mikael yang sedang bergelak ketawa.



SPLIT 1


Mikael melipat lengan baju melayu sedikit hingga ke paras lengan. Rambutnya ditolak ke belakang menggunakan tangan kanannya yang sudah dilumur sedikit jel rambut. Bibirnya yang kelihatan basah disentuh sedikit untuk memastikan ianya betul-betul lembab. Haruman dari Hugo Boss sudah cukup membuatkan tubuhnya wangi.

Usai bersiap, segera Mikael keluar dari biliknya. Kunci kereta dan jam tangan yang diletakkan di atas meja makan dicapai sebelum jam itu disarung ke lengan kanannya. Yep. Kidal.

Tali kasut diikat kemas. Sebelum keluar dari rumahnya, Mikael memastikan betul-betul jika pintu sudah berkunci atau tidak. Tangan kiri lelaki itu diseluk masuk ke dalam poket seluar slacknya. Matanya tidak lari dari nombor lif yang dari tadi bertukar.

Beberapa minit kemudian, pintu lif terbuka. Mikael melangkah masuk ke dalam ruangkan empat segi sempit itu. Jam di pergelangan tangan dibaca. Hmm. Macam lambat aje.

Dari tingkat 21, turun ke tingkat 15. Lif berhenti dan pintu itu terbuka.

Maryam masuk ke dalam lif dengan nafas yang termengah-mengah. Pantas dia mengambil tempat di hadapan Mikael. Wanita itu hanya memegang clutch bag. Mikael dari belakang memerhatikan dari atas sampai bawah pakaian wanita itu.

Apabila lif sampai ke lobi, mereka berdua bergegas menuju ke kereta masing-masing untuk menghidupkan enjin kereta. Maryam tidak menunggu lama untuk enjinnya panas. Keretanya pantas bergerak keluar dari kawasan parking.

Kereta Mikael yang hanya bersebelahan dengan Maryam. Lelaki itu hanya memandang kelibat kereta Maryam yang kian hilang dari pemandangan.



“YAM! Kau kat mana?” Meen di hujung talian sudah menjerit hampir ke frequency yang maksimum.

“Aku dekat simpang ni. Dalam lima minit lagi aku sampai.”

“Ish kau ni! Dah nak akad dah ni. Suruh tidur rumah Myna tak nak. Kan dah lambat.” Bebel Meen.

“Seriously? Time ni juga kau nak membebel kat aku? Aku takde masa la nak dengar bebelan kau. Aku overslept lah lepas Subuh tadi.” Rengus Maryam.

“Sebab itu la aku bebel kat kau. Semalam boleh aje kan kalau kau tidur rumah Myna. Sebab kau balik semalam pun pukul 3 pagi kot. Aku tahu kau mesti letih punya.”

“Eh kau ni bebel kat aku macam kau punya wedding pula. Sabarlah! Kejap lagi aku sampai. Myna tak bising pun, kau pula yang lebih dah kenapa?”

“Sebab Myna tu dah nervous petala ke tujuh belas lapan puluh. Aku tengok muka bermekap pun nampak pucat dah ha. Baik kau datang cepat! Banyak dulang nak angkat ni hakak oii!!”

“Ye! Aku dah nak sampai ni. Kau ni kalau aku berlanggar dengan kereta orang, memang aku suruh kau yang bayar. Tak reti hormat orang tengah drive betul!” talian terus dimatikan. Meen mencebik. ‘Aku debik minah ni karang, mau berterabur gigi.’

Usai memarking kereta, Maryam segera keluar dari perut kereta. Kain yang sedikit meleret ditarik ke atas sedikit sehingga menampakkan buku lalinya. Kasut yang tinggi langsung tidak mendatangkan masalah kepadanya untuk berlari-lari anak menuju ke arah kereta putih milik Meen.

“Haa! Sampai pun!” Meen menepuk belakang tubuh Maryam.

“Ish kau ni. Luntur mekap aku kau debik.”

“Kau tolong angkat cincin dengan kasut eh.” Pinta Meen.

“Yelah. Myna mana?”

“Dengan mak dia. Orang tengah nervous mesti la nak berkepit dengan mak.”

“Lelaki dah sampai ke belum?”

“Belum.”

“Lepas tu kau gesa aku macam aku ni lambat satu abad kan!” tangan Maryam pantas menarik hidung Meen. Lantas wanita itu menyeringai kesakitan.

“Aku dah cukup bubuh blusher kat pipi, kau nak suruh aku jadi badut ke nak merahkan hidung aku pula, ha?!” geram Meen.

“Itu sebab perangai kau tu.”

“Iyelah. Dah tahu jadi bridesmaid, apa salahnya kau tidur aje rumah Myna semalam? Ini tidak. Nak juga balik ke rumah kau. Macamlah kau ada suami kat rumah tu.”

“Eh suka hati akulah aku nak balik rumah aku ke, rumah mak aku ke, rumah nenek aku ke. Dengki pula kau. Aku ada Mocoon dengan Puss kat rumah. Kau takde kucing memang taklah kau nak faham.”

“Satu malam aje pun.”

“Ha memanglah. Tambah dengan hari ni? Tak makan anak-anak aku tu karang.”

“Dry food kan memang kau dah sediakan.”

“Ahh. Kau tak faham jadual makan dia. Tutup mulut kau sebelum aku salotape.”

Meen mencebik. Nak juga menangkan kucing. Ha ambil-ambil!

“Yam.” Myna berjalan pantas dengan baju kurung putihnya. Bibir Maryam mengukir senyuman. Sedikit sebanyak, situasi pagi ini membuatkan dia sedikit sebak dan sedih.

“Takut?” tanya Maryam.

Myna ketap bibir kemudiannya mengangguk. Pantas tangan Maryam menyeka air mata yang hampir tumpah ke pipi bakal isteri itu.

“Jangan menangis. Rosak mekap nanti.”

“Nanti I rindu you guys.” Myna memeluk Meen dan Maryam sekaligus.

Maryam ketawa dalam sebak. Air matanya tumpah jua.

“Iyelah tu rindu. Nanti orang tu dah ada suami. Dia rindu dekat suami aje. Maklumlah, dah ada bantal peluk bergerak.” Usik Meen.

“Ei mana ada!” Myna akhirnya ketawa juga.

“Kalau suami you buat macam-macam kat you, jangan segan cari both of us. Kita orang ni ada super power rangers tau.” Gurau Maryam.

Meen dan Myna ketawa.

“Kalau Aryan ada lagi mesti you kahwin dulu kan Yam?” Myna tenung anak mata Maryam. Senyuman dari bibir mughil Maryam beransur hilang.

“Takde jodoh. Allah lagi sayangkan dia.” Jawab Maryam ringkas.

“Dah hampir 7 tahun Yam. Takkan kau tak cari pengganti lagi?” tanya Meen.

“Ish malaslah aku. Aku busy lah. Banyak lagi kerja aku nak kena buat. Ni apa sembang sedih pagi perempuan gedik ni nak jadi bini orang ni? Jangan spoil mood.” Maryam mengipas-ngipas wajahnya dengan kedua belah tangannya.

“Okay okay. Tutup cerita tadi.” Meen turut sama mengembalikan mood ceria mereka.

“Oh my god Myna! You nak jadi isteri orang dah!!” jerit Meen.

“Tak sangka kan? Dulu waktu sekolah antara kita 3M ni (Myna, Meen, Maryam) perempuan gedik ni la yang paling sibuk sekali nak kahwin lewat. Alih-alih, tengok sekarang? Antara kita, dia yang kahwin dulu! Tak aci betul. Dah la dia yang paling muda.” Maryam mencebik lantas tersenyum.

“Nak buat macam mana? Dah jodoh.” Jawab Myna sambil ketawa.

“Lain kali aku nak couple break couple break lah. Kot dapat ikut jejak si Myna ni. Couple break banyak kali, lepas tu terus kahwin. Aku yang setia bertahun-tahun ni juga yang tak kahwin-kahwin.” Meen geram.

“Jodoh pertemuan tu semua kan kat tangan Tuhan. Kau ni pun.” Maryam mencubit lengan Meen.

Beberapa saat kemudian, sebuah kereta Jazz berwarna kelabu masuk ke dalam perkarangan masjid dengan beberapa lagi buah kereta di belakangnya.

“Pihak lelaki dah sampai. Moh la kita jadi maid angkat dulang noh.” Meen dan Maryam segera mengeluarkan dulang hantaran dari perut kereta dan diagihkan kepada beberapa orang lagi yang dilantik Myna menjadi bridemaids nya.



SUASANA di dalam masjid sungguh menenangkan. Maryam ambil nafas sedalamnya. Maryam dan Meen mengambil tempat yang berhampiran dengan Myna.

Mikael terkejut melihat kelibat wanita yang dijumpainya di dalam lif tadi kini berada di hadapannya, berdekatan dengan pihak pengantin perempuan.

Maryam ketika itu sibuk sedang menggosok-gosok kuku ibu jarinya. Itu adalah salah satu cara untuk dia menghilangkan rasa gemuruh di dalam dirinya. Dengan kepalanya tertunduk, dia cuba mengawal pernafasannya yang seakan rasa tersekat-sekat.

“Bismillahirrahmanirrahim.” Suara tok kadi yang menggunakan mikrofon mula kedengaran. Ketika itu barulah Maryam mengangkat wajahnya. Dia turut terkejut apabila wajah lelaki yang berada di dalam lif tadi kini sedang memandangnya juga.

Maryam dan Mikael berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat sebelum kedua-dua mereka mengalihkan pandangan ke tempat lain. Mula timbul perasaan segan. Iyelah. Dah kenapa sampai tenung orang macam nak telan?

Sambil mendengar hujah-hujah yang disampaikan tok kadi yng menerangkan satu persatu perkara penting sebelum memulakan sesi akad dan nikah, mata Maryam dan Mikael beberapa kali bertembung.

‘Dia perhatikan aku dari tadi ke?’ Maryam tertanya-tanya.

‘Dia tengok aku dari tadi ke?’ Mikael macam nak garu kepala bila memikirkan soalan yang dari tadi bermain di dalam benaknya. Soalan yang berlegar-legar di dalam benaknya membuatkan kepalanya terasa gatal. Eh, ada kena-mengena ke?



“CONG. RA. TU. LA. TION, CONGRATULATION!” Maryam dan Meen bernyanyi-nyanyi keriangan apabila dengan dua kali lafaz, Myna sah menjadi isteri buat Akim.

“Ingat, lepas ni jangan nak skip-skip makan dah. Jangan makan biskut je. Tak payah nak berdiet sangat.” Pesan Maryam buat Myna.

“You tu dah la ada gastrik. Bukan diri sendiri aje kena jaga, you dah ada liability lain nak kena jaga. Jaga elok-elok. Tahu!” tambah Meen.

“Eii makcik-makcik ni kan. Iye! Tahu.” Myna senyum.

“Myna, lelaki tu kawan suami you ke?” tanya Maryam tiba-tiba sambil menunjukkan kelibat Mikael dengan isyarat mata.

“Yang mana satu ni?” Myna masih tidak pasti yang mana satu.

“Tu yang pakai baju melayu coklat tu.”

“Mikael?”

“Kau kenal ke Yam? Pintu hati kau dah diketuk ke?” Meen mencelah.

“Kau ni kan!” pantas tangan Maryam mencari telinga Meen di balik tudung kuning air itu.

“You kenal Mikael ke?” tanya Myna.

“Hm? Tak. Tapi tadi waktu nak turun kat kereta, ada terserempak dia dalam lif.”

“Kau orang duduk dalam kondo yang sama? Pergh ni cerita panas ni!” Meen mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan.

“Sebelum tangan kau tu masuk dalam mulut kau, baik kau senyap.” Geram Maryam dibuatnya.

“I tak kenal sangat Mikael tu. Tau-tau macam tu ajelah. Akim jarang cerita pasal kawan-kawan dia. Tapi kalau macam dia pergi lepak, selalunya dengan Mikael dengan dua orang lagi kawan dia tu.”

“Oh.” Maryam pandang sekejap wajah Mikael yang sedang berbual sambil ketawa kecil dengan rakan-rakannya yang lain.



“BRO. Tu siapa?” Mikael siku Akim yang sedang bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang turut hadir dalam sesi akad nikahnya di masjid.

“Mana?”

“Tu.” Mikael menunjuk ke arah Maryam.

“Yam?”

“Yam ke nama dia? Yam keladi?”

“Maryam la bodoh. Dia best friend bini aku dari tingkatan tiga.”

“Oh. Aku tak tahu pula best friend bini kau tinggal satu kondo dengan aku.”

“Aah kan. Yam tinggal kat Pavy juga. Kalau tahu tadi, kau gerak dengan dia pun takpe.”

“Aku tak pernah pula nampak dia.”

“Kalau aku pun jarang nampak dia, apatah lagi kau. Kau ni pun! Kau banyak soal ni kenapa? Berminat nak kahwin juga ke?”

“Banyaklah kau!” Mikael mencebik. ‘Tanya pun tak boleh. Apa pun tak boleh.’ Ekor matanya masih memandang Maryam yang sedang berbual.



MARYAM pulang ke kondominiumnya dengan tubuh badan yang kian hilang tenaganya. Esok pula kenduri. Letih juga. Tapi kalau dah sebab kawan baik, kau yang mengandung aku yang rasa perit nak beranak ha!

Maryam memarkingkan keretanya di dalam kotak kuning. Dia bersandar sebentar di kerusi menghabiskan lagu When We Where Young dari Adele. Matanya dikatup sebentar. Dia perlukan masa untuk merehatkan tubuhnya sedikit sambil menghayati lagu yang berkumandang di dalam perut keretanya.

Maryam yang hampir tertidur terus tersedar apabila terdengar ketukan dari tingkap cermin keretanya. Matanya terbuka luas dan wajah Mikael merupakan subjek bebola matanya sedang fokus.

Pantas Maryam menurunkan cermin kereta sedikit.

“Ye saya?” Maryam masih sebenarnya terkejut dengan ketukan itu.

“Bahaya untuk perempuan tidur dekat parking lot macam ni. Baik awak tidur kat rumah.” Tegur Mikael.

Maryam kelip-kelipkan matanya yang terasa sedikit pedih akibat bangun dalam keadaan terkejut. Terus wanita itu mematikan enjin kereta dan keluar dari perut kereta.

“Thank you. Ingatkan nak habiskan dengar lagu aje tadi. Tak sangka hampir terlelap.”

“Lain kali kalau dah parking tu, terus naik rumah aje. Jangan tunggu-tunggu. Kadang-kadang kalau kita leka, orang cepat aje nak ambil kesempatan kat kita.” Pesan Mikael.

Maryam hanya mendengar tanpa respon. Kakinya hanya melangkah membuntuti Mikael yang turut sama menuju ke lif.

Seminit kemudian, pintu lif terbuka. Kedua-dua mereka masuk ke dalam perut lif tanpa bersuara. Mikael yang berdiri hampir dengan butang nombor menekan nombor 21 dan 15. Maryam hanya melihat perlakuan Mikael.

‘Dia ingat aku tingkat berapa?’ Pelik juga bila Mikael boleh ingat tingkat berapa Maryam tinggal.

“Dah lama tinggal sini?” Mikael bersuara tiba-tiba.

“Hm? Boleh la. Dalam setahun setengah.”

“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” soalan Mikael membuatkan Maryam garu kepala.

“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So memanglah kita tak pernah terserempak.” Jawab Maryam selamba.

Mikael hanya ketawa kecil. Ada betulnya apa yang diperkatakan Maryam.

“Nama awak?”

“Maryam.”

“Just Maryam?”

“Ye. Maryam binti Yusoff.” Mikael tersenyum bila mendengar betapa ringkasnya nama wanita tersebut.

“Mikael. Mikael bin Arsyad.”

Maryam pandang belakang tubuh Mikael yang berdiri membelakanginya.

“Just Mikael?” tanya Maryam.

“Yup.”

Maryam kemudiannya ketawa. Mikael toleh ke belakang.

“Kelakar?”

Ting! Bunyi lif menandakan sudah sampai ke tingkat 15.

“Bye.” Maryam terus keluar dari perut lif. Mikael tidak sempat menghalang apabila pintu lif sudah pun terkatup. Lagipun untuk apa dia halang? Lanjutkan perbualan? Hah. Memang tak lah.



“PUSS! MOCOON!” Dua nama yang akan dipanggil Maryam selepas salam diberi. Memang rutinnya. Pantas dua ekor kucing Bengal Marble dan Mix Maincoon berlari mendapatkan kaki Maryam. Digesek-gesek penuh manja ke kaki tuannya.

“Lapar tak? Akak ada beli Royal tadi. Siapa nak!” Maryam mengawang-awangkan tin makanan kucing itu di hadapan dua ekor itu. Lagi melompat-lompat mereka dibuatnya. Seakan mengerti itu makanan kegemaran mereka.

“Kejap ye. Akak tukar baju dulu. Cian dia kena tinggal setengah hari kan.” Bebel Maryam. Bunyi meow sedikit pun tidak membingitkan telinga Maryam. Malah bunyi itulah yang dinanti-nanti setiap pagi.



MIKAEL terus meluru ke dapur. Tangannya pantas menuang nescafe dari coffeemaker. Dia bersandar di bar kabinet memikir beberapa perkara. Beberapa saat selepas itu dia menuju ke ruang tamu. Pemandangan luas hasil dari cermin kaca di ruang tamu membolehkan dia memerhatikan seluruh Kuala Lumpur yang berada di hadapannya kini.

Dia mengambil tempat di sofa yang diletakkan berhadapan dengan cermin luas itu. Sambil itu, tangannya leka membelek laman Instagram. Gambar akad nikah Akim tadi sudahpun dimuat naik oleh Farhan ke laman itu lantas akaun Instagramnya di tag sekali.

Matanya terpandang wajah Maryam yang turut sama berada di dalam gambar tersebut. Dia cuba melihat senarai nama yang di tag oleh Farhan tetapi tetp tidak menjumpai akaun Instagram Maryam.

STALKER. Itu yang Mikael rasakan sekarang. Manakan tidak? Habis semua akaun orang lain digodaknya untuk mencari satu nama. Hanya satu nama. MARYAM. Hanya MARYAM.

@maryamyusoff !! Jumpa!

Laman Instagram terus hilang dari pandangan. Hanya ada keluar nama Isaac sahaja. ‘Eh dia ni. Waktu ni juga lah nak call aku.’

“Hello.” Sapa Mikael.



“AWAK tahu tak yang Mikael dengan Maryam duduk dekat kondo yang sama?” Akim buka perbualan.

“Baru tahu tadi. Sebab Maryam ada tanya. Kenapa wak?” Myna sibuk mengemas beg bajunya.

“Maryam tanya? Pelik.”

“Kenapa pula?”

“Sebab Mikael pun tanya benda yang sama.”

“Hmm. Baguslah kalau macam tu. Kot pintu hati si keras tu nak cair ke.” Myna senyum hingga ke telinga. Iyelah. 7 tahun dah kot, Maryam masih belum lupakan Aryan.

Akim terdiam. Beberapa saat dia mendiamkan diri.

“Tak payah la dengan Mikael tu. Dia tu pun bukannya betul pun.” Akim kemudiannya ketawa.

“Tak betul? Dia ada sakit mental ke?”

Akim ketawa lagi. “Takdelah. Cumanya, tak sesuai la Maryam tu dengan Mikael. Saya kenal Mikael macam mana. Maryam bukan taste dia.”

“Mana nak tahu kalau jodoh. Kita bukan tahu. Macam kita juga la. Awak ingat saya suka ke awak waktu mula-mula jumpa? Bukan main biadab lagi baling kunci kereta atas meja makan macam tu aje. Macam tak suka pula tu.” Ungkit Myna.

“Eh mana ada. Itu memang cara sayalah.” Akim geram bila dituduh.

“Iyelah tu.”

“Betullah!”

“Ha kalau macam tu, biarlah Mikael dengan Maryam.”

Akim terdiam lagi.

“Kenapa awak macam tak suka Maryam dengan Mikael?” soalan Myna membuatkan Akim tersentak.

“Bukan tak suka. Cuma..”

“Cuma apa?”

“Hm..”

“Hmm apa awak ni? Kita dah kahwin tau. Awak janganlah berahsia dengan saya.” Pujuk Myna.

“Hm. Bahaya untuk Maryam.”

“Hah? Bahaya macam mana pula?”

“Awak tak faham.”

“Tak faham apa?”

“Mikael bukan macam apa yang awak fikirkan.”

“Apa awak cakap berbelit-belit ni. Bukan macam apa?”

“Hm, just cakap dengan Maryam tak payah la terlalu rapat dengan Mikael. Takut nanti dia yang terluka.”

“Mikael ni jenis suka permainkan hati orang ke?”

Bebola mata Akim ke kiri dan kanan. Kemudiannya dia mengangguk. Myna baru faham. Patutlah Akim tak nak Mikael rapat dengan Maryam. Sebab Akim pun tahu cerita lama Maryam.

“Nanti saya nasihatkan Maryam. Tapi serius ni kali pertama selepas arwah Aryan meninggal dia tanya pasal lelaki.”

“Dia tanya pada orang yang salah la sayang. Saya pun tak nak dia terluka lagi.” Balas Akim.

Myna tenung telefon bimbitnya. Nak kena bagitahu Maryam ke? Tapi karang kalau cakap, dia pula yang dimarahnya sebab fikir jauh sampai ke depan. Mungkin Maryam cuma tanya sebab mereka tak sangka dengan pertemuan pagi tadi.

Haih. Tak perlu lagi kot bagi tahu.



JARUM jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Maryam menyarung tudung bawal dan menjinjit sebuah beg plastik hitam berisi sampah. Sesampainya dia di lobi, dia terus melangkah laju ke arah tong sampah yang disediakan di bawah.

Kelibat Mikael kelihatan. Maryam sedikit terkejut apabila Mikael langsung tidak menegurnya bila lelaki itu hanya lalu bersebelahan dengannya. Maryam toleh ke belakang. Lelaki itu lagaknya macam langsung tak mengenali Maryam.

‘Ke aku yang fikir lebih? Iyelah. Nak sembang pasal apa lagi? Aku dengan dia pun bukannya kenal sangat.’ Fikir Maryam. Selesai membuang sampah, Maryam kembali ke lobi.

Mikael masih di situ menunggu lif.

Mereka berdua berdiri bersebelahan. Suasana hening. Senyap. Sunyi.

“Er.. awak.” Tegur Maryam. Terus pintu lif terbuka. Mikael terus masuk. Maryam mengekori.

“Awak.” Panggil Maryam lagi.

Mikael pandang Maryam yang berdiri di sebelahnya. Maryam terkebelakang apabila melihat kedua anak mata Mikael. Lidahnya jadi kelu.

Ting! Sampai ke tingkat 15. Maryam perlahan-lahan melangkah keluar dari perut lif. Dia sempat menoleh ke belakang melihat sekali lagi wajah Mikael. Pintu lif kemudiannya tertutup. Maryam sentuh dadanya yang dirasakan degupan jantungnya pelik sangat cara berdegup! Bukan bukan. Ni bukan rasa jatuh cinta. Pandangan mata lelaki itu. Tak sama dengan petang tadi. Langsung tak sama. Rasa macam dua orang yang berbeza!