Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Thursday, March 28, 2013

PRMH 10



“Kaklong!!!!!” Naz menjerit ketakutan. Bibir Q pucat. Sarah di belakang hanya ketawa terkekek-kekek. Nada menemani Keyla.
            “Janganlah menjerit macam tu. Kaklong terkejutlah.”
            “Kaklong bawa sampai gear lima. Mana tak cuak. Main potong sana sini pula tu. Laju ni kaklong!” Naz memegang tali pinggang keledarnya.
            “La, highway kot. Takkan nak bawa dua puluh?”
            “Memanglah. Tapi ni kaklong dah sampai seratus dua puluh.”
            “Oh eh?” Q baru sedar yang dia bawa laju. Patutlah adik keduanya itu menjerit ketakutan.
            “Perlahanlah sikit.” Pinta Naz.
            “Iya. Iya.” Q mengurangkan kelajuan kepada seratus kilometer sejam.
            Telefon bimbit Q berbunyi. Q yang memakai handsfree lantas menjawab.
            “Kata tak reti bawa manual. Aku tertinggal jauh woi!” Keyla ketawa.
            “Sedap pula bawa manual. Highway boleh lah. Cuba kau bagi jalan berbukit. Undur ke belakang sepuluh kali nanti.”
            “Kau nak singgah terus ke hospital ke?”
            “Erm. Tak kot. Hantar budak-budak ni balik rumah dulu.”
            “Okay.”
            Q meneruskan pemanduan. Nasib baik masih bersisa ingatan untuk bawa manual. Kalau zero, entah nak hidupkan enjin pun terketar-ketar.
            “Kenapa kaklong?” tanya Sarah.
            “Hm? Takde apa.”
            “Kaklong, Kak Kira balik tak malam ni?”
            “Ha? Tak kot. Dia on call.”
            “Ye ke? Ibu dengan ayah datang tak?” tanya Sarah lagi. Ibu dan ayah.. dirujuk kepada kedua orang tua Akira. Sememangnya mereka rapat.
            “Ibu dengan ayah tak call pun. Mungkin tak datang kot.”
            “Ala..” Sarah memuncungkan bibir.
            “Kenapa?”
            “Saja. Rindu.”
            “Aik? Lebih rindu kat ibu dengan ayah berbanding kaklong ke?”
            “Takdelah. Mestilah rindu kat kaklong lagi banyak! Tapi sekarang dah jumpa kaklong. Ibu dengan ayah tak jumpa lagi.”
            “Ni mesti nak mengada dengan ibu ni.” Naz mencelah.
            “Sibuk! Diamlah.” Sarah menjeling Naz. Naz mencebik. Kaki Naz diletakkan di atas dashboard. Pandangannya ke luar tingkap. Sesekali Q menjeling.
            “Putus cinta dengan Bad?” serkap Q. Naz diam.
            “Ceritalah.”
            “Entah dia tu.” Geram masih lagi bersisa dalam hati Naz.
            “Kenapa dengan dia?”
            “Kalau dah nama lelaki tu, pantang tengok dahi licin. Semua nak.”
            “Kenapa? Dia curang?”
            “Malaslah nak cakap pasal dia. Buang air liur aje.”
            “La.. ceritalah dari awal.”
            Sarah hanya mendengar perbualan kakak-kakaknya. Dia langsung takde pengalaman bercinta.
            “Bencilah lelaki macam tu. Nak curang pun tak reti nak menipu.” Rengus Naz.
            “Padan muka kak Naz. Siapa suruh bercinta.” Bebel Sarah.
            “Eh, adik diamlah. Adik tak tahu apa.” Marah Naz.
            “Sarah, jangan menyampuk.” Tegur Q. Sarah mencebik dan berpeluk tubuh lantas menyandarkan dirinya di kerusi belakang.
            “Dahlah kaklong. Tak payah tanyalah. Naz dah lupakan dia pun.” Kata Naz. Q terkejut. Kata Nada, semalam baru sahaja Naz menangis teruk. Takkan dah lupakan.
            “Nada kata..” tak sempat Q menyempurnakan ayatnya, Naz terlebih dahulu memotong.
            “Semalam tu, last. Ending. Lepas ni takde nak menangis dah sebab lelaki macam tu. Membazir aje.”
            “Hey, kaklong nak tanya ni.. kalau kaklong nak kahwin tahun ni, kau orang setuju tak?” tanya Q tiba-tiba. Dah Naz tak nak bincangkan hal dia, baik aku selesaikan hal aku.
            “Kaklong nak kahwin?” Naz nyata terkejut.
            “Yup.”
            “Dengan abang Harith? At last! Dia propose juga. Naz ingat dia tu main-main aje dengan kaklong. Tak sangka..” Naz tersenyum dan memandang jalan yang tidak ramai orang. Sarah sudah mengira-ngira jari. Q yang perasan perbuatan adik bongsunya, pelik.
            “Sarah kira apa?” tanya Q.
            “Kira bila nak cuti sekolah. Waktu cuti sekolah, baru kaklong boleh kahwin. Nanti Sarah tak boleh nak pergi kenduri pula.” Sarah masih leka mengira tarikh. Q tergelak.
            “Pertama, kaklong tak kahwin dengan abang Harith. Sebab, abang Harith dah kahwin dengan orang lain. Dah dekat tiga minggu dah. Kedua, mestilah kaklong buat waktu adik-adik kaklong ada kat rumah!”
            “A-cas-cuse me? What? Abang Harith dah kahwin?? Dengan siapa? Kenapa? Bila? Kat mana?” sekali lagi Naz terkejut.
            “Bukan jodoh kot. Ayah dia yang arrange perkahwinan tu. Tak payah la cakap pasal dia lagi. Kaklong pun rasa bosan macam mana Naz bosan cakap pasal Bad.
            “Ni kaklong nak kahwin dengan siapa pula?” Sarah mencelah.
            “Fahmi Alan Fikrash.”
            “Orang cina ke kaklong?” Sarah pelik. Alan?
            “Melayu laa.”
            “Ingatkan ada kacukan cina tadi.”
            “Dia umur berapa?” Naz ingin tahu.
            “26.”
            “Kerja?”
            “Arkitek.”
            “Kat mana?” Q telan air liur.
            “Tak tahu.”
            “Tak tahu? Dia tinggal kat mana?”
            “Tak tahu.” Naz bertambah pelik.
            “Makanan favourite dia apa?”
            “Tak tahu.”
            “Adik beradik dia ada berapa?”
            “Tak tahu.”
            “Mak ayah dia?”
            “Tak tahu.”
            “Apa ni kaklong? Semua tak tahu. Macam mana kaklong nak kahwin ni?” Naz garu dagu.
            “Benda jadi cepat sangatlah. Nanti kat rumah, kaklong cerita dari A sampai Z. Okay?”
            Naz mengangguk.


“MACAM mana boleh terjatuh?” Tasha memeriksa Akira lagak seorang doktor. Dia risau akan keadaan Akira yang pucat lesi.
            “Aku okay. Kau datang seorang je,kan?” Akira tak suka dilayan seperti orang sakit.
            “Oh. Aku datang dengan Adam tadi.” Jawab Akira. Bulat mata Akira.
            “Kenapa kau bawa Adam?”
            “Eh, chill la. Dia tak tahulah. Aku just bagitahu dia kau pengsan sebab penat. Lagipun Q call aku tadi bagitahu. Waktu tu aku baru habis operation dengan Adam. Dia pun dengar perbualan aku. Terus dia nak ikut.” Terang Tasha.
            “Dia kat mana?”
            “Luar. Aku pergi beli air kejap. Sembanglah kejap dengan dia.” Tasha terus keluar. Adam masuk menggantikan Tasha.
            “Hey. Awak okay?” tanya Adam.
            “Okay.”
            “What happened?”
            “Pengsan.”
            Adam memeriksa carta yang tergantung pada hujung katil. Shoot! Akira ketap bibir.
            “I’m a doctor too, Kir. Macam mana boleh gugur?” soal Adam lemah. Sudah dari awal dia dapat mengagak benda ini. Dia tahu Akira sedang mengandung. Tapi setiap kali dia ingin mendekati gadis itu, Akira pasti akan lari daripadanya.
            “Terjatuh.” Nak dalih macam mana lagi, Kir? Semua dia dah tahu.
            “Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak pregnant?” Adam duduk di sebelah Akira lagak seorang suami.
            “Benda jadi sekali aje. And i don’t even have any intention to keep this child pun.” Akira memandang tempat lain. Adam mengerutkan dahi.
            “Hey. Budak dalam perut awak tu, anak saya.” Adam mulai melenting.
            “Anak haram awak.” Akira membetulkan. Adam meraup muka.
            “Lets get married.” Ajak Adam. Akira merenung wajah Adam.
            “Kenapa? Simpati? I don’t need it.” Akira berdegil.
            “I love you more than you’ve ever imagine, Kir.” Adam serius.
            “Saya tak pernah bayangkan awak cintakan saya pun.”
            “Kira, please. Jangan buat things getting harder for me.” Adam memujuk.
            “Look. Saya, Nur Syakira tak pernah ada perasaan kat awak pun. That night was a mistake. Huge mistake! Dan saya minta jasa baik awak untuk lupakan semua ni. Pasal saya, pasal awak, dan pasal kita. The baby is gone. Tak perlu awak nak be responsible.” Akira mengalirkan air mata. Adam merenung dalam-dalam gadis di hadapannya.
            “Takde lelaki lain yang akan ambil awak sebagai isteri melainkan saya. You know that, don’t you?”
            Akira menjeling Adam. Hatinya panas.
            “Yeah. So what? Saya kotor and i don’t deserve to be happy?” Akira meninggikan suara.
            “Awak berhak untuk bahagia. Tapi dengan saya.”
            “Siapa awak untuk menentukan kebahagiaan saya?”
            “Kir, kenapa awak tak boleh nak terima saya? That night, awak yang datang kat saya.”
            “I told you, it was a mistake!”
            “What mistake? Letting me touch your pride sedangkan diri sendiri willing to?”
            “Get out!” Akira sudah hilang kata-kata.
            “Kir...”
            “I said, get out!”
            “Awak pilih. Me or your career?” ugut Adam kemudiannya. Dia sayangkan Akira. Dan dia yakin dia boleh membahagiakan gadis itu. Dia pernah buat silap, dan dia akan tebus silapnya itu.
            “Apa maksud awak?” jelas kelihatan wajah Akira pucat. Bibirnya kering dan merekah.
            “Kahwin dengan saya, or i’ll tell everyone yang awak baru keguguran anak saya.” Pilihan. Benda yang paling menyukarkan dalam hidup seseorang. Akira menitiskan air mata.
            “I hate you.” Kata Akira perlahan.
            “Bencilah setinggi gunung Everest sekalipun. I’ll make you happy. I promise!” Adam menggenggam jemari Akira. Akira lantas menarik tangannya kasar.
            “Get out.” Pinta Akira. Kali ini, dia lemah.
            “I’m gonna marry you.” Janji Adam.
            “Get out.”
            “I love you.” Adam berkata sebelum beredar keluar dari biliknya. Redup matanya jelas kelihatan rasa bersalahnya. Akira menitiskan air matanya lagi.
            “Adam was the father?” Tasha yang terkejut, merenung Akira untuk meminta penjelasan. Akira memejamkan mata. Arghhh!
“Kau tahu hati aku kat Adam macam mana. Apa ni Kir?” Tasha menghempas air tin yang baru dibelinya ke lantai.
            “Sha.. aku...”
            “Kau tak patut buat aku macam ni.” Tasha terus berlari keluar dari bilik Tasha. Adam! Awak tengok apa dah jadi? Akira terus memejamkan mata untuk menghilangkan masalah yang sedang berselirat di dalam kepalanya.


“Q!” jerit Fahmi girang. Tahu tak awak, yang kita tunggu awak call kita hampir seminggu tahu! Fahmi bergolek-golek di atas katilnya mendapat panggilan itu dari Q. Q di semenanjung ketawa kecil.      
            “Ya Fahmi.”
            “Kenapa baru hari ni nak call? Rindu tau!” rengek Fahmi.   
            “Semalam Q ada call, tapi tak berjawab. Line takde kot.”
            “Oh! Saya ada kat Sabah. Line kat sini pun tak berapa nak clear sangat.”
            “Hm.” Q jadi tak tahu nak kata apa.
            “Awak.. erm.” Fahmi takut nak tanya.
            “Hm?” Q meminta dalam hati supaya Fahmi bertanyakan perihal perkahwinan itu.
            “Er.. takde apalah. Rindu sangat. Lama tak jumpa awak.” Tawa Fahmi mengukir senyuman Q.
            “Bila awak nak balik sini?” tanya Q.
            “Kenapa? Rindukan saya sangat ke?”
            “Ha? Jangan perasanlah.”
            “Minggu depan saya balik.”
            “Oh okay.”
            “Q..”
            “Yeah?”
            “Tanya ajelah pasal kahwin tu.” Entah bila masa Asyraf masuk bilik Fahmi, dia pun tak tahu. Fahmi menyuruh Asyraf merendahkan suaranya, namun lebih galak Asyraf mengacau.
            “Q, dia nak tanya pasal kahwin tu! Jadi tak?” Asyraf yang sememangnya tahu isi hati Q, tidak takut untuk bertanya.
            Q ketawa di hujung talian. Fahmi sudah gelabah.
            “Kalau awak boleh terima adik-adik saya, saya okay aje.”
            Fahmi mengetap bibir. Matanya membulat. Terus daripada baring, Fahmi terlompat-lompat di atas katil.
            “Hey! Jangan melompat tinggi-tinggi. Kena kepala tu kat syiling kang.” Jerit Asyraf. Q ketawa. Dia melompat? Masing-masing angau lah ni?
            “Bila boleh masuk minang?” Fahmi kembali ke intonasi cool.
            “Bila-bila yang awak nak.”
            Tak boleh menyembunyikan perasaan terujanya, Fahmi menjerit kuat, “Yes!!!!”
            “Abang Fahmi, sakitlah telinga kami dengar abang Fahmi menjerit macam tu.” Usik Naz. Fahmi yang tadi melompat di atas katil, terus terduduk.
            “Siapa tu?”
            “Ni Naz. Kaklong buat loudspeaker. Kat sini ada kaklong, kak Kay, Sarah dengan Nada. Termasuk Naz juga. Semua pekak telinga dengar abang Fahmi menjerit tau.”
            What?! Fahmi jadi malu bertimpa-timpa. Pipi dan telinganya memerah.
            “Bila abang Fahmi nak masuk minang pula?” tanya Nada. Masing-masing di Semenanjung ketawa.


Q yang baru selesai mandi, terus mencapai telefon bimbitnya bila lampu berwarna ungu berkelip-kelip sambil menuruni anak tanggan untuk ke ruang tamu. Ada mesej!
            Fahmi  : Sampai hati buat loudspeaker.
            Q         : Maaf. Adik nak kenal dengan awak.
            Fahmi  : Jadi.. terima lah ni?
            Q         : Kalau tak terima?
            Fahmi  : #guling2 dari Sabah ke Semenanjung. Terimalah, terimalah!
            Q         : Ya.
            Fahmi  : Ya apa?
            Q         : Ya saya terima.
            Fahmi  : Minggu depan, kahwin?
            Q         : Apa gilanya awak ni? Kursus tak payah pergi?
            Fahmi  : Aah. Gila. Gilakan awak. Haih.. Wajib ke benda macam tu?
            Q         : Ish. Syarat nak kahwin, tak boleh gila tau. Kalau awak gila, tak boleh kahwin. Kena pergilah.
            Fahmi  : Okay okay. Tak gila dah. #muncung sedepa. Lama tak eh nak pergi kursus?
            Q         : Entahlah. Saya pun tak pernah pergi.
            Fahmi  : Pergi sama-sama jom?
            Q         : Er.. tengoklah macam mana.
            Fahmi  : Bila saya boleh ambil awak?
            Q         : Suka hati.
            Fahmi  : Kalau ikut suka hati saya, sekarang juga saya ambil awak. Honeymoon terus kat Sabah ni.
            Q         : Diamlah.
            Fahmi  : Sampai hati suruh kita diam. #sohseh2 hidung merah.
            Q         : Quit the drama.
            Fahmi  : Tak nak!
            Q         : Goodnight.
            Fahmi  : Ihhh!! Okay-okay! Tak drama dah. Kita buka sinetron pula.
            Q         : Haha. Awak ada berapa adik-beradik?
            Fahmi  : Empat. Saya yang kedua. Abang yang sulung dah kahwin, ada anak tiga. Adik ketiga, lelaki. 16tahun. Adik bongsu umur tujuh tahun.
            Q terkedu. Uh? Ada adik kecil lagi?
            Q         : Sama macam saya lah. Ada empat adik-beradik.
            Fahmi  : Berjodoh! J
            Q         : Mungkin J
            Fahmi  : Kenapa senyum macam tu? Hodohlah.
            Q         : Sama hodoh dengan senyuman awak.
            Fahmi  : Berjodoh!
            Q         : Haha. Line elok pula?
            Fahmi  : Inilah namanya jodoh dan takdir.
            Q         : Tak faham.
            Fahmi  : Pending loading lah awak ni.
            Q         : K saya nak tidur.
            Fahmi  : Kuat merajuk!
            Q         : Biarlah!
            Fahmi  : Saya kena pujuk ke ni?
            Q         : Tak suruh awak pujuk pun.
            Fahmi  : Takpelah. Nak pujuk juga. <image>
Tawa Q terhambur membuatkan adik-adiknya bersama Keyla mengalih pandangan mereka daripada skrin televisyen kepadanya.
            Q         : Comel.
            Fahmi  : Saya tahu saya comel.
            Q         : Haha. Perasan.
            Fahmi  : Q, i gtg. Kena siapkan pelan. I’ll text you later. Don’t miss me.
            Q         : Oh okay. Jangan penatkan diri sangat. Get enough rest.
            Fahmi  : Okay Mrs.Wifey. :-*
Q tersenyum. Gambar Fahmi membuat duckface disimpan. Memang kadang-kadang menyampah tengok budak-budak perempuan sekarang buat muka duckface. Tapi bila lelaki yang buat, memang kelakar habis.
“Untunglah dia dapat mesej dengan pujaan hati.” Usik Nada.
“Diamlah.” Q berkata lantas naik ke bilik dengan senyuman. Telefon bimbitnya digenggam erat. Pasti malam ni, kalau tak dapat tidur, mesej Fahmi akan dibaca berkali-kali hingga naik jemu. Kalaulah boleh jemu, kan?
Bila dah masuk soal hati ni, kalaulah mesej itu kertas, dah boleh naik lunyai dah kertas itu dibaca.
Telefon pun boleh hang kalau asyik mesej yang sama dibuka setiap hari. Q tersengih sendiri.