Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Saturday, March 23, 2013

PRMH 5



“Mata awak cantik.” Puji Fahmi. Tangan yang menongkat dagu memberi dia ruang untuk merenung gadis yang sedikit resah di hadapannya itu.
            “Lagi?” Q membalas renungan Fahmi.
            “Mata awak tak hitam, tak coklat. So-so.” Komen Fahmi lagi.
            “Lagi?”
            “Pipi awak nampak macam fluffy! Ni kalau jadi bini saya, tiap-tiap hari saya cubit ni.”
            Lantas Q memandang tempat lain. “Dah lah. Enough.” Kata Q.
            “Kenapa?” Fahmi mengerutkan dahi. Baru nak mengayat!
            “Yang awak seronok sangat tengk anak dara orang kenapa?”
            “Apanya? Saya memuji kebesaran Allah. Cantik aje apa yang Allah bagi kat kita.” Fahmi kembali menyandar.
            “Wahai burung merpati berdua, perlu ke kau orang merenung satu sama lain macam tu sekali? Naik geli aku tengok.” Ujar Keyla sambil meletakkan tiga potongan kek ke atas meja.
            Kemudiannya Keyla mengambil tempat di antara Fahmi dan Q.
            “Kau orang ni, aku tengok macam dah kenal lama. Dah kenal lama ke?” Keyla bertanya kepada Fahmi.
            “Dah lama! Lebih dari 24 jam. Lebih dari 1,440 minit dan lebih dari 88,400 saat.” Jawab Fahmi pantas sambil tersengih. Q menjeling. Annoying juga budak ni. Getus hati kecil Q.
            “Tapi kau orang rapat macam dah berzaman kenal.” Keyla menggaru kening.
            “Mestilah. Kita orang kenal dari alam roh lagi.” Fahmi menjungkit-jungkit keningnya kepada Q. Ahh. Budak ni kan!
            “Jangan nak merepek sangatlah.” Q mengambil garfu kecil yang tersedia di dalam dulang yang Keyla angkat sekali dengan kek tadi.
            Dia kemudiannya membenamkan garfu ke dalam kek itu dan garfu itu mula dibawa masuk ke dalam mulut.
            “Doa makan!” jerit Fahmi membuatkan Q terkejut lantas garfu terjatuh ke lantai. Q merengus.
            “Dah bacalah!” sangkal Q.
            “Tipu!! Saya tengok awak, macam tak baca langsung aje.”
            “Dah!”
            “Belum!”
            “Dah!”
            “Belum!”
            “Dah!”
            “Dah!”
            “Belum!” gulp. Q telan air liur. Sedar salahnya. “Kan dah kata, awak lupa baca. Tak baik tau. Nanti makan sekali dengan syaitan.” Ujar Fahmi. Keyla merenung sisi wajah Fahmi. Entah macam mana nak menafsirkan keadaan sebegini. Biarpun tegang, tapi ada sedikit unsur kebahagiaan di situ.
            “Diamlah! Tak tenang saya nak makan.” Q menjeling Fahmi.
            “Diamlah! Diamlah! Diamlah! Orang nasihat tak nak dengar. Cuba dengar  sikit cakap saya.” Bebel Fahmi.
            “Kenapa pula saya nak kena dengar cakap awak?” Q memberanikan diri untuk merenung anak mata Fahmi.
            Fahmi terdiam. “Kalau satu hari nanti awak jadi isteri saya, awak kena dengar cakap saya, kan?” ujar Fahmi.
            Keyla membulat mata memandang Q.
            “Saya akan pastikan yang saya tak akan jadi isteri awak.” Q membalas.
            “Jodoh itu rahsia Allah.”
            “Tapi kalau kita tak usaha, jodoh takkan datang bergolek.”
            “Ke mana pun awak lari, kalau dah ditetapkan awak milik saya, awak akan tetap jadi milik saya.” Fahmi semakin serius.
            “Tell me.. awak dah jatuh cinta dengan saya ke?” Q menduga. Fahmi ketawa.
            “Awak harap saya jatuh cinta dengan awak, ke?” Fahmi turut sama bermain tarik tali.
            Q menggigit bibir namun matanya masih tak lari dari merenung Fahmi. Kemudian Q menggeleng dan ketawa kecil.
            “Kalau awak tak berniat untuk berkahwin dengan saya, jangan buatkan saya jatuh cinta dengan awak. Berdosa buat seorang perempuan jatuh cinta tapi awak sendiri tak terlintas di hati untuk jadikan perempuan tu penjaga hati awak.” Q seolah menghamburkan amarahnya.
            “Ni sebenarnya awak nak tujukan untuk bekas teman lelaki awak, kan?” teka Fahmi.
            Q membuka mulut, Fahmi lantas mencelah, “Diamlah.” Q ketawa. Keyla hanya mendengar.
            “Kek lama lagi nak siap. Awak nak tunggu juga ke?” Q mengubah topik.
            “Erm.” Fahmi berfikir sejenak.
            “Saya bawa balik, sejukkan kat rumah.. tak boleh ke?” cadang Fahmi.
            “Have to hurry. Takut dia cair.”
            “Okay. Saya boleh aje bawa kereta macam F1.” Fahmi ketawa sendiri.
            “Jangan bawa kereta laju sangatlah! Bahaya.” Dahi Q berkerut. Fahmi kembali menongkat dagu.
            “Risau?” tanya Fahmi.
            Q hilang kata-kata. “Awak kan kawan saya. Mestilah risau.” Jawab Q setelah beberapa saat mendiamkan diri untuk mencari jawapan yang sesuai.
            “Oh.” Fahmi kembali menegakkan badan.
            “Nak balik sekarang ke?” Keyla menyoal Fahmi.
            “Tutup kedai pukul berapa?”
            “Sembilan setengah malam.” Jawab Q.
            “Sembilan setengah nanti baru saya balik.” Sengihan Fahmi menenangkan. Seronok juga berkawan dengan lelaki ini. Hati Q terdetik. Berkawan itu indah.. ya.. tidak menyerabutkan kepala otak. Awak, kawan saya.. getus hati Q.


ENTAH apa yang menyeronokkan sangat, Q sendiri tak tahu. Fahmi dan Keyla tak henti-henti ketawa di meja makan sedangkan dia sedang sibuk di dapur.
            Jam hampir menunjukkan pukul sembilan malam. Seronok betul Fahmi dan Keyla berborak.
            “Dah pukul sembilan ni. Jomlah tutup kedai.” Q mencuit bahu Keyla dari belakang.
            “Kata nak tutup pukul sembilan setengah.” Fahmi seakan tidak mahu berganjak dari tempat duduknya.
            “Orang dah takde. Jomlah balik. Boleh rehat awal.”
            “Bila kita boleh jumpa lagi?” tanya Keyla pada Fahmi.
            “Kau orang berdua akan kerap jumpa saya nanti. Trust me.” Fahmi mengenyitkan mata pada Q. Ish budak ni! Nak goda aku ke, cemana?
            “Dah! Cepat tolong kemas.” Q mengarah.
            Setelah mengemas kedai, Fahmi sendiri menawarkan diri untuk menghantar Q ke rumah. Q hanya menurut.
            “Thanks for the cake. Berapa?” tanya Fahmi.
            “Apa yang berapa?”
            “Harga lah.”
            “Eh, tak payah lah.”
            “Kenapa pula? Saya nak beli dari awak.”
            “Er.. tak payah. Tu untuk semua yang awak dah tolong saya.”
            “Ha? Eh, kalau nak dibandingkan dengan apa yang saya dah tolong awak, kek ni mana cukup!” Fahmi sempat mengerling Q walaupun sedang memandu. Q turut sama menoleh memandang Fahmi.
            “Amboi. Habis tu, apa yang boleh cukupkan?”
            “Jadi isteri saya.” Fahmi tersengih. Q menjeling. Suka sangat main-main.
            “Tunggu kat dunia ni dah takde lelaki lain, baru saya kahwin dengan awak.”
            “Kiranya saya nak kena bunuh semua lelaki kat dunia ni dulu baru boleh kahwin dengan awak?”
            “Kalau awak sanggup.”
            Fahmi ketawa sambil menggeleng. “Awak ni kelakarlah.”
            Q menjungkit bahu.


AKIRA meraup mukanya entah ke berapa kali. Letihnya bukan kepalang. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Jadual on callnya telah tamat. Namun bukan boleh dia terus pulang ke rumah. Dia masih perlu meneruskan kerjanya.
            Budak rumah dua ekor ni, kata nak bawa bekal konon datang hospital. Alih-alih semua terbongkang tidur kat rumah. Letih apa pun tak tahulah. Semangat mula-mula aje. Baru ingat nak simpan duit. Kena juga keluar untuk makan malam tadi.
            “Doktor, ada emergency.” Gesa seorang jururawat yang mendekati. Akira mengerutkan dahi.
            “Okay.” Akira turut sama berlari supaya boleh catch up dengan jururawat yang berlari di hadapannya. Langkah Akira semakin perlahan apabila sampai di Wad kecemasan.
            Melihatkan seorang lelaki terbaring di atas katil pesakit dengan sebatang besi yang mencacak di dadanya membuatkan Akira termangu. Tidak pernah pula dia terasa mual seperti ini apabila melihat melihat keadaan kritikal seperti ini.
            Akira tidak dapat menahan rasa mualnya dan terus berlari ke bilik air. Sayangnya, separuh jalan sahaja dia mampu menahan muntahnya. Habis lantai di tengah-tengah hospital dikotori dengan muntah Akira. Orang yang lalu-lalang hanya memerhati dengan kejijikan.
            “Awak okay?” seorang doktor lelaki mendekati sambil cuba menawarkan bantuan untuk membantu Akira bangun dari terduduk di atas lantai dengan perasaan malu yang mencengkam.
            “Saya okay.” Jawab Akira perlahan. Dia menolak bantuan Adam. Dia bangun sendiri.
            “Awak tak sihat ke?” tanya Adam penuh prihatin.
            “Okay aje. Mungkin sebab letih.” Seorang pencuci yang datang mendekati terus mengemop lantai yang dipenuhi muntah.
            “Maafkan saya.” Ujar Akira pada pencuci itu.
            “Eh takpe-takpe.” Makcik itu hanya tersenyum sambil melaksanakan kerjanya.
            Akira mengelap mulutnya dengan belakang tangan. Biarpun terkena kot putihnya, dia tidak peduli.
            “Ada emergency kat wad emergency. Tolong handle kan.” Akira memandang Adam sebelum pergi. Adam hanya senyap. Risau dengan keadaan Akira.
            “Awak okay tak ni?” Adam sempat menarik lengan Akira yang hampir meninggalkan dirinya.
            Akira menoleh. “Saya okay.” Lantas Akira menarik kembali lengannya dan berjalan terus tanpa pandang ke belakang lagi. Dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik air untuk memuntahkan lagi isi perut yang tiba-tiba terasa ingin keluar lagi.
            Adam hanya menghantar Akira pergi dengan ekor matanya. Dia merenung lantai. Tiba-tiba jantungnya seakan berhenti berdegup. Dia kembali mengangkat wajah dan mencari kelibat Akira. Hilang. Nafasnya jadi sesak.
            “Adam!” jerit seorang lagi doktor dari belakang. Adam tidak jadi untuk mengejar Akira.
            “Kira mana?” tanya Tasha.
            “Entah. Tadi dia baru muntah. Pergi toilet kot.” Agak Adam.
            “Haih. Ada kes untuk dia..” Tasha mencari-cari kelibat Akira.
            “Wad kecemasan ke?” soal Adam. Tasha kembali merenung Adam. “Yup.”
            “Oh, tadi Kira ada cakap pasal tu. Dia suruh Adam gantikan dia.” Jelas Adam.
            “Tolong handle eh? Ada houseman yang tengokkan patient sementara kami nak cari Akira. Tolong eh?” Tasha seakan tergesa-gesa.
            “Awak nak pergi mana?” tanya Adam.
            “Cari Kira.” Tasha terus meninggalkan Adam. Hanya Tasha seorang yang tahu kenapa Akira muntah-muntah. Kerana Akira yang minta dia periksa tubuhnya. Tasha naik risau. Kau bukan sihat sangat Kira!


TASHA berlari ke dalam bilik air. Melihatkan Akira yang sudah terduduk di hadapan mangkuk tanda membuatkan hatinya sayu. Dia merapati Akira dan menggosok-gosok belakang badan gadis itu supaya Akira makin lega.
            “Kau okay tak?” tanya Tasha.
            Akira menggeleng dan mencari tenaga untuk menelan air liur. Air matanya sudah menitis.
            “Aku tak kuat Tasha!” Akira duduk bersandar di dinding tandas.
            “Kau kena kuat juga Kira.” Tasha tidak tahu macam mana nak menenangkan hati Akira.
            “Seakan punah semua karier aku! Nak handle emergency case pun tak boleh.” Hidung, mata dan telinga Akira sudah merah.
            “Kau kuat. Aku tahu.” Tasha terus memeluk tubuh Akira.
            “Aku takut..” adu Akira.
            “Everything’s gonna be fine.” Tasha menepuk-nepuk belakang tubuh Akira.


Q menyanggul rambutnya yang baru sahaja kering. Anak tudung disarung ke kepala. Tudung yang baru diseterika dijadikan bentuk tiga segi lantas diletakkan di atas kepala.
            “Fahmi ambil?” tanya Keyla yang menyibuk bersandar di pintu almari Q.
            “Taklah. Kau hantar.”
            “Aku tak fahamlah dengan kau Q, kenapa tak nak beli kereta?”
            “Kenapa? Letih menghantar aku pergi Torta?”
            “Bukanlah. Tapi kau berkemampuan kot nak beli sebiji kereta.”
            “Duit tu kalau aku bagi adik-adik aku makan lagi bagus.”
            “Tapi untuk kemudahan kau juga.”
            “Aku pergi dengan teksi hari ni.” Entah kenapa kali ni, Q terasa dengan kata-kata Keyla.
            “Eh, aku bukan maksudkan tu..” Keyla memujuk.
            Q terus turun ke bawah setelah siap berpakaian.
            “Q! Aku tanya aje.” Keyla menghentikan langkahnya daripada terus mengejar Q apabila gadis itu telah keluar dari rumah. Pintu dihempas kuat. Keyla mengeluh. Aku nak hantar pun, sendiri tak siap lagi.
            Q berjalan sendirian hingga ke perhentian bas. Kenapa eah? Selalunya kalau Keyla atau Akira tanya pasal benda macam ni, aku tak ambil peduli pun. Kali ni, tak boleh pula. Rasa sedih dia lain macam. Bukannya dia orang maksudkannya pun.
            Sesampainya dia di perhentian bas, Q mengambil tempat sementara menunggu bas atau teksi yang sampai. Telefon bimbitnya berbunyi kemudiannya. Tanda mesej masuk.
            Fahmi : Morning!
            Q         : Waalaikumussalam.
            Fahmi : Dah pandai! Baguslah. Sejahtera ke atas kamu juga. ^^
            Q         : Tak kerja?
            Fahmi : Kat tempat kerjalah ni.
            Q         : Dah tu, tak reti nak fokus?
            Fahmi : Pinjam bahu kejap? #letak kepala kat bahu. Penatlah Q..
            Q tersenyum. Dalam mesej pun boleh berdrama.
            Q         : Bahu ni kalau nak pinjam kena bayar.
            Fahmi : Seposen cukup tak?
            Q         : Untuk sesaat boleh lah.
            Fahmi : Haha. Okay okay. Hey, btw, sedap kek tu. Pandai saya masak!
            Q         : Hello. Kita masak okay?
            Fahmi : Oh. Lupa pula kita jadi husband and wife temporary semalam!
            Lelaki ini memang suka buat orang terkedu!
            Q         : Buatlah kerja awak..
            Fahmi  : #baring atas riba awak. Nak tidur kejap. 5 min pun jadilah.
            Q tak tahu nak balas apa. Lelaki ini terlalu manja. Dia risau dia akan jatuh pada kemanjaan lelaki ini.
            Q         : Gtg. Bye.
            Fahmi : Bye. Take care.
            Q menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia menghayun kaki ke depan dan belakang. Kelibat teksi atau bas masih tidak kelihatan. Lantas dia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Sehelai kertas yang sudah berlipat.
            Dia merenung nota itu. Sememangnya dia rindukan zaman belajar. Betapa teruk dan seksanya pun waktu belajar, waktu itu tetap menjadi masa paling bermakna baginya. Bukan senang nak dapat pengalaman macam tu.
            Nota-nota itu dibaca dan dihafal. Biarpun dah keluar dari kolej perubatan, tak salah kan untuk ambil tahu lagi tentang medikal?
            Q mengeluh apabila dia tidak dapat fokus membaca. Kepalanya asyik menerewang teringatkan benda lain, atau lebih tepat teringatkan seseorang. Hatinya berat.

10 comments:

  1. Yeaaayy ! Saayaaaang Ain.. ^3^
    Nak lagi ?! Ahahahaa #pletakk

    Aih aiih...
    Sweet nyeer fahmi. Manja sgt.
    Hihihiiii (sgja menyampingkan Q)
    Lol :p #jealous kot

    Eh please ralat eh, Q dah jd Akira lak kt pemberhentian bas tuh. Ekeke. Mkaseeh ;)

    ReplyDelete
  2. ahaha! k malu. dh boleh betulkan dah. hahahaha! thanks btw!! :D

    ReplyDelete
  3. okay beb ! Salam sayang kt fahmi tu eh? Haks..haks..haks ;))

    ReplyDelete
  4. Lol iye lah tu.
    Btw, ble nak update lg ek?
    Bru lpas bca pun dah rindu gileer !
    Hahahaa

    ReplyDelete
  5. hahaha. esok kot bru update :D hikhik.

    ReplyDelete
  6. ayoyoo... Tk lalu makan lah I hr ni beb ! Hikshiks :p

    ReplyDelete
  7. amboi kemain! tuuu! tengok tv 3, kal ho na ho. shah rukh khan tuu! mesti lalu makan bertambah2 lagi apa

    ReplyDelete
  8. ahahahahaaa dah banyak kali tengok dah. Dah tak ad peel lg pon. Ekekeke :p

    ReplyDelete
  9. sweetnya fahmi... hensemcomel lak tu manja lagi sweet ... :)

    ReplyDelete