Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Tuesday, March 26, 2013

PRMH 8



Akira baru sahaja menyelesaikan dua kes untuk hari ni. Kakinya semakin lemah. Wajahnya semakin pucat. Aku kena kuat. Aku tak boleh lemahkan diri sendiri! Bisik Akira sendiri.
            “Muka kau pucat. Kau macam nak pengsan dalam bilik bedah tadi.” Tasha yang berjalan seiringan dengan Akira sekali-sekala melihat keadaan Akira.
            “Jom kita pergi makan dulu. Aku tak makan apa-apa lagi.” Akira berkata lemah.
            “Kau ni! Dah tahu keadaan macam tu, lagi nak skip makan. Jomlah.” Tasha memimpin Akira ke kantin hospital untuk menjamu selera.


Q memecahkan tiga biji telur ke dalam mangkuk mixer dan  1 ¼ gula dimasukkan sekali. Lantas dia membiarkan mixer itu melakukan kerjanya memukul bahan-bahan itu sehingga kembang selama lima minit.
            Sesudu lemon dimasukkan sekali dan dikacau. Tepung kek sebanyak 2 ¼ dicampur dengan 1 ¼ garam di dalam bekas lain. Setelah ditapis, campuran tepung dan garam itu dimasukkan bersama dengan adunan tadi.
            Esen vanilla dan butter yang telah dicairkan ditambah masuk ke dalam adunan yang semakin melekit itu. Q menggenggam jemari. Kahwin kot Q. Bukan couple, bukan tunang tau Q. Kahwin!
            Q terus memasukkan bater itu ke dalam loyang dan membakar kek itu dengan suhu 300°F. Selesai satu tugas. Hanya tunggu 50-60 minit untuk dia masak.
            Whipping cream dipukul dengan gula dan esen vanilla. Q memilih untuk menambah cream cheese. Pilihannya sendiri kerana dia sangat sukakan cheese.
            Selesai kek dibakar, Q menyejukkannya sebentar dan mula membelah kek itu kepada dua. Menjadikan ia semakin nipis. Lapisan di bawah disapu dengan separuh mangkuk whipping cream yang baru dipukul tadi. Setelah itu, dia menabur strawberi di atasnya. Lapisan kek kedua diletakkan di atas pula. Sekali lagi dia menghabiskan whipping cream itu dan menabur baki strawberi. Selesai.
            Q mengeluh. Kahwin Q! Bukan soal main-main tau Q. Ni soal kahwin. Bukan boleh hari ni kahwin, esok berpisah. Bila orang dah kata kahwin, itu maknanya selamanya! Memanglah kau nak kahwin dengan seorang lelaki aje, tapi kau belum kenal dia sepenuhnya Q! Mana nak tahu, dia ni playboy ke, apa ke. Anak mafia ke. Penjenayah paling dikehendaki ke. Q bermonolog sendiri.
            Kau kena fikir betul-betul semua ni, Q. Fikir betul-betul! Adik-adik kau macam mana? Kau masih banyak tanggungjawab. Dia nak ke membela kesemua adik-adik kau, Q?
            Q, think! Think! Jangan gelapkan pandangan kau untuk lelaki yang kau baru suka. Tak sampai seminggu pun, Q!
            Ahh. Tapi aku sukakan dia. Aku nak dia. Nak jadikan dia suami aku. Tapi apa yang jadi tiga tahun lepas? Bukan itu benda yang sama Asyraf cakapkan? Yang membuatkan dia murung dan hanya fokus pada kerjanya sahaja? Q berfikir sejenak. Mencari punca Fahmi menjadi murung sebelum ini.


“YOU what?!” Asyraf seakan tak percaya dengan cerita Fahmi. Fahmi menggaru kening. Nak buat macam mana? Dah nak terkeluar dari mulut. Comel sangat muka dia waktu kat kaunter tu. Ingat nak simpan hasrat di hati terlebih dahulu. Tapi dia tak mampu. Kalau boleh, hari ni juga dia nak gadis itu menjadi miliknya.
            “Bila kau cakap pasal kahwin, dia cakap apa? Dia terima?” tanya Asyraf lagi.
            “Terima? Melopong lagi ada la.” Fahmi mengambil tempat di kerusinya.
            “Okay.. yang ni aku tak faham. Bukan kau kata dia suka kat kau juga? Bukan kau juga yang kata dia luahkan perasaan dia kat kau?”
            “Itu la yang aku pelik. Dia nak aku jadi boyfriend dia, tapi bila aku minta dia jadi isteri aku, terus dia walk away masuk dalam kafe balik dengan muka blur dia tu.”
            “Gila! Langsung tak pandang kau ke?”
            “Erk. Ada la dia berhenti kejap and pusing kat aku. Dia kata bagi dia masa nak fikir.”
            “Orang dah ajak nak berhubung secara halal, nak juga yang haram. Haih. Tak faham aku.”
            “Aku boleh buat apa? Boleh tunggu ajelah keputusan dia.”
            “Dia tak serius dengan kau kot?”
            “Aku rasa dia takut lah. Takut jadi macam sebelum ni.”
            “Lah.. nak takut apa? Kau nak ikat dia terus kot. Bukan nak main tarik tali dengan dia. Bukan kau nak bawa dia ke hulu ke hilir dengan status couple. Nak jadikan bini kot!”
            “Eh, yang kau emo lebih ni kenapa?”
            “Tak lah. Cuma aku tak faham kenapa dia ambil masa nak terima kau sebagai suami, tapi dengan senang hati terima kau sebagai boyfriend.”
            “Entahlah.”
            “Kau tak tanya dia kenapa dia teragak-agak nak jadikan kau suami dia?”
            “Tak sempat aku nak tanya, dia dah masuk kafe.”
            “Dah tu, kau tak reti-reti nak kejar ke?”
            “Time tu masa lunch aku nak habis dah kot.”
            “Tu lah kau! Gopoh sangat!”
            “Kau lah ni! Aku cari tak jumpa-jumpa. Kau pergi mana tadi hah?”
            “Salahkan aku pula? Lepas aku tengok site, aku pergi lunch dengan client. Dah dia orang nak belanja aku makan. Simpan sikit duit aku untuk hari ni.”
            “Kalau kau balik awal, aku Cuma perlu pass buku tu kat kau aje tau. Tak perlu sampai aku ke Torta, sampai aku tergoda tengok dia.”
            “Kau tergoda ke?” Asyraf jungkit-jungkit kening.
            “Sebab tu aku nak dia jadi isteri aku. Kang aku baham dia, tak pasal-pasal kahwin free aje.”
            “Apa salahnya. Jimat apa?”
            “Kau ni kan! Jangan nak jimat sangatlah. Tu bukan jimat! Tu kedekut!”
            “Aku cuba bagi idea kat kau supaya kau boleh berjimat macam aku. Tu pun nak marah.” Asyraf mencebik.
            “Sekali lagi aku tegaskan, kau ni bukan berjimat. Kau tu kedekut! Dah lah. Pergi buat kerja kau!”
            “Haha. Eh, aku lupa nak bagitahu kau. Kita dapat projek baru lagi. Dua minggu kena pergi Sabah.” Beritahu Asyraf.
            “Hah? Dua minggu? Lama kot.”
            “Nak buat macam mana? Sambil-sambil tu, kau bolehlah bagi masa kat Q untuk fikirkan niat suci murni kau tu.”
            “Hmm. Bila nak kena bertolak?”
            “Rabu kot.”
            “Okay.”
            Fahmi merenung telefon bimbitnya. Mesej Q masih tidak masuk. Q marah ke? Fahmi jungkit bahu. Untuk dua minggu ni, dia takkan kacau Q langsung. Janji dirinya. Q perlukan masa. Dan dia tak patut menyerabutkan kepala otak gadis itu dengan perangainya. Nanti, elok-elok nak setuju, terus tak menjadi.
            Telefon bimbitnya disimpan ke dalam poket seluar. Saya bagi awak masa, awak jangan hancurkan harapan saya pula, tau Q!


Q menyandar badannya di kepala katil. Selepas kejadian tengah hari tadi, Fahmi langsung tak menghantar apa-apa pesanan ringkas buatnya. Ini membuatkan yang dia lagi bertambah ragu-ragu untuk menerima lelaki itu. Serius ke lelaki itu? Tapi kenapa macam tiada kesungguhan di situ?
            “Q, nak makan apa?” tanya Akira yang sedang memegang senduk berdiri di hadapan pintu bilik.
            “Ha? Em.. tak nak makan. Dah kenyang.” Jawab Q perlahan. Akira mendekati.
            “Kenyang makan mesej Fahmi?” usik Akira.
            “Takdelah. Dia tak mesej pun hari ni.”
            “Hah? Kenapa pula?”
            “Entah.”
            “Hm.. Dia busy kot. Dah lah. Tak payah fikirkan sangat, okay?”
            “Kira..” Q memanggil Akira yang sudah berkira-kira untuk keluar dari bilik.
            “Yeah?”
            “Sebenarnya tengah hari tadi Fahmi ada datang Torta.”
            Mata Akira membulat. Dia kembali mendekati Q dengan harapan dapat dengar cerita yang betul-betul dia inginkan.
            “Dia nak apa?” tanya Akira.
            “Hmm... Dia ajak aku.. kahwin.” Kata Q perlahan.
            “AAAAAA!!!!!!!!!!!! KAHWIN?!!” jeritan Akira menggegarkan rumah sewa mereka. Keyla yang sedang leka membalikkan telur dadar turut sama terkejut. Ditambah lagi dengar perkataan kahwin, terus Keyla mencampak sudip ke lantai dan berlari naik ke atas. Kain batiknya digenggam erat dengan tangan kanan, takut terpijak kain!
            “Siapa nak kahwin? Siapa nak kahwin??” tanya Keyla yang termengah-mengah. Q ketawa kecil.
            “Kau berlari ke Kay?”
            “Gila kau tak lari? Terkejut aku bila dengar Akira jerit. Sebut kahwin pula. Confirm lah aku lari macam kilat.”
            “Fahmi ajak aku kahwin.” Ujar Q.
            Kedua-dua teman serumah dan sebilik itu menjerit sekali lagi sambil berpandangan dan berpegangan tangan. Memang macam perempuan histeria!
            “Lepas tu kau cakap apa, Q?” soal Keyla tidak sabar. Jelas terpancar riak gembira muka mereka berdua.
            “Aku minta masa untuk fikir.” Q seakan serba salah untuk menjawab soalan Keyla.
            “What? Hey perempuan! Kau gila ke apa? Orang dah ajak kahwin kot. Bukan kau kata yang kau pun memang dah jatuh tersungkur melekat kat lantai leleh-leleh melting gila kat dia?” Akira mencelah.
            “Iya la. Itu memanglah. Tapi aku kena fikir juga. Aku baru berapa hari kenal dia. Mak bapa dia pun aku tak tahu siapa. Dia kerja kat mana, sekolah kat mana, belajar kat mana. Makanan kegemaran dia apa, perangai dia macam mana.. semua aku tak tahu. Takkan free-free terus nak terima?”
            “Kan bercinta lepas kahwin tu lebih menarik? Lebih best?” Keyla menambah.
            “Iya. Aku tak sangkal. Tapi.. kau kena ingat. Tanggungjawab aku besar. Aku ada adik-adik yang nak kena jaga. Adik-adik aku kecil lagi kot. Takkan aku nak tinggalkan dia orang macam tu aje.”
            “Siapa kata kau kena tinggalkan adik-adik kau? Jagalah macam biasa. Macam sekarang. Apa yang berubah, cuma kau tak duduk dengan kita orang. Tapi kau duduk dengan suami kau.” Giliran Akira bercakap.
            “Nak ke dia terima adik-adik aku? Nak ke dia bagi adik-adik aku main kat rumah? Buat rumah dia macam rumah adik-adik aku sendiri? Aku risau dia tak suka adik-adik aku kat rumah aje.”
            “Itu ke yang kau risaukan? Kenapa kau tak tanya dia dulu pasal adik-adik kau, Q? Kau ni kan!!” Keyla meluku kepala Q tanda geram. Q meraung kesakitan.
            “Sakitlah!!” jerit Q menahan perit.
            “Sakit lagi hati aku ni dengan perangai kau.” Balas Keyla.
            “Aku yang nak kahwin, kau orang pula yang kecoh. Ala. Dia pun macam takde kesungguhan pun. Tak mesej aku pun hari ni. Selalunya, rajin aje dia nak mesej aku waktu-waktu macam ni.” Q mencebik.
            “Mungkin sebab dia malu! Kau pergi tolak dia mentah-mentah kenapa?” Akira bersuara.
            “Mana ada aku tolak mentah-mentah. Aku just minta masa untuk fikir aje.” Q mengembungkan pipinya. Hidungnya tertangkap bau sesuatu.
            “Aku bau macam hangit lah.” Kata Q.
            “Itu bau kau lah! Kau tu yang hangit!” Keyla memukul belakang badan Q. Ahhh! Kena lagi!
            “Hey, Kay. Aku rasa memang bau hangit betul lah.” Akira pula menangkap bau itu.
            “Hah? Ye ke?” Keyla duduk diam dan cuba menghidu bau yang dikatakan teman serumah dia. Satu.. dua.. tiga..
            Terus Keyla berlari terkocoh-kocoh ke bawah. Kain batiknya hampir terlucut.
            “Kay! Kain kau nak lucut tu!” jerit sambil ketawa melihat Keyla yang baru melepasi pintu bilik.
            “Diamlah!!” Keyla turut sama menjerit. Dah takde masa nak berhenti ikat kain batik tu balik. Ni telur hangit ni, confirm legam! Nampak sangat anak dara tak boleh jadi bini lagi.
            “Weh!!! Telur dah nampak macam daging haa! Aku buang je eh?” jerit Keyla dari bawah.
            “Buang ajelah! Kalau kau rela nak makan, kau makan lah seorang.” Akira turut sama menjerit. Pandangnya berpaling pada Q.
            “Q, fikir betul-betul. Jangan menyesal dengan pilihan kau. Jangan jangan bodoh lagi. Jangan pernah lepaskan orang yang kau suka.” Pesan Akira.
            “Aku belum buat istikharah.” Kata Q.
            “Well, start now.” Akira tersenyum. Untung kau, Q.


JARUM jam menunjukkan pukul tiga pagi. Mesej masih belum masuk. Q masih tidak boleh melelapkan mata. Fahmi... hantar la mesej cepat! Q merintih dalam hati.
            Setengah jam berlalu pergi. Mesej masih tidak sampai. Q letih menunggu. Akhirnya dia terlena sendiri sambil tangannya masih menggengam telefon bimbit. Air matanya meleleh dalam lenanya.
            Fahmi, Q mula rindu kat awak..


TIGA hari berlalu tanpa ada satu khabar berita pun dari Fahmi. Q makin tak menentu dibuatnya. Ada juga sesekali Harith menghantar mesej kepadanya berkali-kali, tapi kali ini Q langsung tidak berminat dengan lelaki itu.
            Hatinya mulai risau akan lelaki yang bernama Fahmi Alan Fikrash. Hatinya berdegup laju bila dia memikirkan lelaki itu. Hanya dengan mendengar nama Fahmi disebut-sebut Keyla dan Akira, jantungnya tidak boleh mengurangkan kelajuan untuk mengepam darah.
            Tawanya, senyumnya hadir dengan tiba-tiba bila masa dia memikirkan perangai lelaki itu. Kemanjaan Fahmi sangat memikat hati.
            Tak kurang juga dengan air matanya yang mengalir setiap masa bila memikirkan lelaki itu langsung tidak menghubunginya. Kadang-kadang senyum, kadang-kadang menangis... Sehinggakan Keyla dan Akira sering kali mengusiknya dan memanggilnya angau.
            Tapi nak buat macam mana? Soal hati ni bukan boleh dibawa main. Kadangkala kalau dia nak menangis, biarkan dia menangis. Mungkin dengan cara itu lebih melegakan. Begitu juga ketika dia ingin ketawa, biarkana dia ketawa. Kalau disimpan, hati ni mungkin lebih sakit daripada yang sepatutnya.
            Meluahkan adalah cara yang terbaik bagi perempuan. Bukan senang nak simpan perasaan.
            “Adik sayang, jangan termenung lama-lama.” Usik Akira.
            “Eh? Dah balik?” Q sedikit terkejut melihat kehadiran Akira di rumah.
            “Takdelah. Ni roh aje. Jasad ada lagi kat hospital tu ha. Tengah buat pembedahan.” Gurau Akira. Q tersengih.
            “Nak makan?”
            “Hm? Nak! Lapar ni!”
            “Kau ni, lately aku tengok.. banyak pula kau makan kan?”
            “Kau kena faham, aku kerja setengah mati kat hospital tu tau. Mestilah perlukan tenaga yang mencukupi. Kena makan! Faham?”
            “Eleh, sebelum ni jenuh suruh makan, tak nak pula.”
            “Eh kau ni. Aku makan salah, tak makan pun salah. Apa cerita ni?”
            “Takdelah. Cuma pelik.”
            “Apa yang peliknya.”
            “Kau tak tengok ke pipi kau tu dah macam pau aje aku tengok.”
            “Hey! Aku maintain kurus slim and steady okay.”
            “Itu pada kau. Pada orang yang tengok kau?”
            “Dah lah. Jangan nak membebel. Kau masak apa, Q?”
            “Makan tak ajak!!” Keyla berlari-lari mendapatkan Q dan Akira yang baru menadah tangan untuk makan.
            “La.. tadi dia juga yang kata jangan kacau nak buat thesis.” Q mencebik.
            “Nak makannnnnn.” Keyla melurutkan cermin mata berbingkai plastik penuh berwarna hitam.
            “Pergi cuci tangan dulu.” Pesan Akira.
            “Iya! Iya!”


“KAU tak contact Q?” tanya Asyraf. Angin laut memang menyejukkan. Tambah-tambah waktu malam macam ni. Menenangkan!
            “Hm? Dia perlukan masa. Lepas aku balik Semenanjung nanti, aku contact lah dia.” Jawab Fahmi sambil melihat-lihat pelannya.
            “Kau tak boleh macam ni. Entah-entah si Q tu ingat kau tak serius dengan dia.”
            “La.. apa pula? Dia yang kata dia perlukan masa untuk berfikir. Elok-elok kang kalau dia nak terima aku, bila aku kacau dia kang, terus tak jadi nak kahwin dengan aku. Aku juga yang melepas.”
            “Kau nak takut apa? Dia suka kau sebab perangai kau yang dulu tu kan?”
            “Memanglah. Tapi kalau aku tanya dia pasal soal kahwin tu kang, kalau dia tak bersedia lagi macam mana? Dia tolak aku mentah-mentah kang.”
            “Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kalau aku jadi perempuan, aku pun lari! Aku pun akan fikir yang kau ni tak serius. Tiba-tiba nak menghilangkan diri. Dua minggu kot! Bukan dua hari tau. Macam-macam boleh jadi dalam dua minggu.”
            “Kau ni, jangan serabutkan kepala aku lagi, eh? Aku busy dengan projek, lagi kau nak suruh aku fikirkan benda lain.”
            “Kau ni serius ke tak dengan Q?”
            Fahmi mengangkat wajah sambil mengeluh. “Aku serius. Aku serius sangat. Aku dah bagitahu mak ayah aku pasal dia. Sekarang ni, semua terpulang kat dia.”
            “Jangan terlepas macam mana dulu, sudah.” Asyraf mengingatkan. Fahmi merenung Asyraf. Aku takkan terlepas lagi.

10 comments:

  1. hahahahahahahahahahahahaha kay telur pun boleh tukar jadi daging bakar hahahahahahahah terlondeh2 kain...
    fahmi.... msg la rindu ngan msg2 fahmi...
    #hp tetap di genggamanku... sambil berlalu ke tepi tingkap melihat panorama malam... jantungku sentiasa menari rancak semenjak kau muncul dlm hidupku.. fahmi imiss you :( ~~~eida arie~~ :P

    ReplyDelete
  2. Adeeee part yg mcm ni ni yg tk i suka. Menduga2. Hdee.. Lembab !
    Ekekeke =p

    Ain tiga telur jd tiba tu. Dah perasan ke? Hehe ^^ v

    ReplyDelete
  3. sy sukakannya.. nak lagi ..

    ReplyDelete
  4. eida : mengada eh dia! haha.
    inayah : dangg ! thanks !! hahaha. tk perasan lah tu. hihi. thanks tegur!! :)
    asyikin : haha. thankss :)

    ReplyDelete
  5. most welcome beb !
    So bila Q nak jwb tu ek? Ehehe ^0^'a

    ReplyDelete
  6. WHAT???! #baling ain ngan bantal.
    Seraaaaaaaaang !!!!

    ReplyDelete
  7. ain..best dari cinta kontrak laa..ain makin maju

    ReplyDelete
  8. erm... Tak boleh nak bandingkan keseronokan masa baca Cinta Kontrak dengan keseronokan masa baca Pesanan Ringkas Mr. Hubby la~~~
    Dua-dua best kut. Hehehe :P ^_^

    ReplyDelete