Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Monday, March 25, 2013

PRMH 7



Fahmi tiba di kawasan rumah hampir pada jam satu pagi. Kakinya dah lemah sangat! Kepalanya minta bantal. Ketika orang lain sudah pun pulang ke rumah masing-masing, dia masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan pelannya. Solat Isyaknya juga di pejabat.
            Fahmi naik ke bilik dan terus melompat naik ke katil. Kakinya dirapatkan ke dada. Seakan budak kecil tidur. Macam tenggiling!
            Kemudiannya Fahmi mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Dia tersenyum kecil. Satu mesej yang baru diterimanya dibaca berulang kali.
            Q         : Dah sampai rumah?
            Fahmi  : Dah makcik.
            Q         : Okay. Goodnight.
            Fahmi  : Eh? Nak tidur dah ke?
            Q         : U need plenty of rest.
            Fahmi  : Kenapa pula?
            Q         : Satu hari kerja, tak penat ke?
            Fahmi  : Penat. Tapiii... #tenung mata dia dalam-dalam. Sekarang dah tak penat sebab dapat energy.
            Q         : Dapat energy? Bila dapat?
            Fahmi  : Sekarang #senyum-senyum.
            Q         : Coffee?
            Fahmi  : Nope.
            Q         : Teh o’ ais limau?
            Fahmi  : Nope.
            Q         : Whatever. Tidur awal. Gudnite.
            Fahmi  : Awak lah! Ish. Boleh tak, taknak tidur lagi?
            Q malu sendiri.
            Q         : Esok kena bangun awal. Nanti susah nak bangun pula.
            Fahmi  : Kan best kalau ada isteri yang boleh tolong kejutkan.
            Q         : Kahwinlah.
            Fahmi  : Kita tunggu someone.
            Q         : Oh. Okay. Selamat menunggu.
            Fahmi  : Nak tidur dah ke?
Q hanya merenung mesej yang baru diterimanya. Hm. Kalau awak tunggu seseorang, tak sepatutnya awak buat saya jatuh hati dengan tindakan dan perangai awak, Fahmi.
Fahmi  : Q, tidur dah ke?
Q terus menukar mode telefonnya kepada senyap. Biarlah. Malas nak melayan perasaan macam ni. Tak ke mana pun. Perasaan ni muda lagi.. baru nak bercambah. Masih boleh ditangkis.
Fahmi  : Goodnight sayang.
Q         : Waiting someone and calling other girl sayang was not professional.
Fahmi  : Tak tidur lagi? Okay-okay. Sorry for calling you sayang, dear.
Q         : Call me Q.
Fahmi  : Baik Q dear.
Q         : Only Q!!
Fahmi  : Okay Q... #lips bergerak menyebut dear tapi tak bersuara.
Q         : Enough Fahmi Alan Fikrash!
Fahmi  : Haha. Goodnight dear.
Arghhh! Q lantas meletakkan telefon bimbitnya ke dalam laci kabinet yang hampir dengan katilnya. Aku benci kau! Aku benci kau!!!
Terus Q melekapkan wajahnya dengan bantal. Kenapa perlu diuji sebegini rupa? Lelaki semua sama sahaja! Sengaja nak test market! Arghhh!! I hate men! I hate them! Liars!
“Ni kenapa meroyan ni?” usik Akira. Q pantas membaling bantal bersaiz empat segi tempat itu ke lantai.
“Mana ada meroyan. Okay aje.” Q buat muka cool.
“Kau ingat aku tak belek kau dari tadi? Aku dah berdiri kat sini dari mula-mula kau tersengih-sengih menghadap telefon sampailah kau muka kau tukar jadi merah padam. Kau tu kalau meroyan, memang akan tekup bantal kat muka. Kau aje yang tak perasan aku.” Akira mendekati Q.
“Drama korea kau orang dah habis ke?” Q ubah topik.
“Kau kenapa? Cuba cerita dengan aku.”
“Mana ada apa-apalah, Kir.”
“Siapa bagi kau marah ni?”
“Takde siapa-siapalah.”
“Q...”
“Apa dia?”
“Pandang mata aku.” Akira menarik lembut pipi Q supaya menghadapnya.
“Apa dia..” Q tetap tidak merenung wajah Akira.
“Hati terluka?” tanya Akira.
“Tak.” Jawab Q perlahan. Namun tetap menjatuhkan pandangannya pada cadar katil.
“Otak tak boleh nak berhenti fikirkan seseorang?”
“Mana ada.” Q mengerutkan dahi.
“Nak pinjam bahu aku?” soal Akira lagi. Q mengangkat pandangannya.
“Kau ni surgeon ke psychiatrist?” Q terus memeluk Akira yang duduk di hadapannya.
“Keluarkan semua. Let it all out.” Akira menepuk-nepuk belakang Q. Air mata Q menitis perlahan.
“Aku tak baleh constantly macam ni, Kir!”
“Ya aku tahu. Kau kena lupakan dia.”
“Aku mesti lupakan dia!”
“Yup. Dia bukan untuk kau. Dia tak sesuai untuk kau.”
“Kenapa kau selalu memahami aku?”
“Sebab aku kakak kau yang special!” Akira ketawa kecil. Q menarik air hingusan yang hampir meleleh.
“I shouldn’t love him at the first place, right?”
“Kita tak boleh nak halang cinta. Cinta tu perasaan lumrah yang ada dalam hati setiap orang.”
“I shouldn’t. Sepatutnya dari awal lagi aku limitkan hati ni!”
“Q, dia dah jadi suami orang dah. Lupakan ajelah.” Akira masih menenangkan Q. Terus air mata Q berhenti. Dia menolak lembut tubuh Akira.
“Akira!!!!!!!! Aku bukan cakap pasal Harith la!” Q mengesat air matanya dengan belakang tangan. Ketawanya pecah tiba-tiba.
“Hah? Dah tu?” Akira pelik.
“Fahmi la!” Keyla yang baru datang mencelah. Ketawanya terkekek-kekek.
“La.. Fahmi mana pula ni?” Akira garu kepala.
“Tu la kau! On call manjang. Harith tu dah kisah zaman purba lah.” Keyla mengambil tempat di hujung katil single Q.
“K, dah boleh cerita kat aku. Ada dah jadi?!” Akira mula serabut. Baru seharian aku on call, dah ada cerita baru?
Malam itu, habis semua Q hamburkan.
Cinta yang baru mula berputik, tapi kalau tak kena pada orangnya.. lebih baik padamkan perasaan itu cepat-cepat daripada melarat. Sendiri yang merana nanti.


“KAU okay tak?” Q mulai risau bila wajah Akira pucat lesi seawal pagi ini. Akira memaut bahu Q. Dia mengangguk-angguk.
            “Aku okay.”
            “Kau silap makan ke?”
            “Taklah. Mungkin sebab aku makan tak ikut waktu. Perut masuk angin.”
            “Hish! Aku buatkan roti bakar untuk kau, nak?”
            “Aku kena pergi hospital cepat lah Q.”
            “Takkan makan pun tak sempat.”
            “Nanti sampai hospital, aku makanlah.”
            “Tunggu sekejap aje. Aku siapkan roti.”
            “No worries lah. Aku pergi dulu.” Akira berkumur di sinki dan terus keluar dari rumah. Jarum jam baru menunjukkan pukul lima setengah pagi.
            “Tergesa-gesa aje makcik tu, ada emergency ke?” Keyla yang baru turun dengan rambut berbalut dengan tuala hanya menghantar pemergian Akira dengan ekor matanya.
            “Entah. Kau nak makan apa? Aku masakkan.”
            “Hmm. Tak payah lah. Kejap lagi kita breakfast sebelum pergi Torta aje.”
            “Awal kau bangun.” Perli Q.
            “Aku nak sambung buat thesis.”
            “Kelas kau bila?”
            “Tengah hari kejap lagi.”
            “Aku seorang lagi lah ni kat Torta?”
            “Nak buat macam mana?”
            “Yela..” Q terus mencapai 2 biji mug dan membancuh Nescafe.


“AKIRA.” Panggil Adam dari jauh. Akira menoleh sekilas. Carta di tangan masih dibelek sambil kaki berjalan laju untuk menjenguk pesakit-pesakitnya.
            “Dah okay?” tanya Adam yang turut sama berjalan laju menyaingi Akira.
            “Hmm.” Jawab Akira.
            “Hey..” Adam merenggut lengan Akira sedikit keras.
            “What?!” marah Akira. Langkahnya terhenti.
            “Apa dah jadi dengan awak ni? Kenapa too sensitive nowadays?”
            “Apa dia? I’m okay. I’m fine.” Akira menarik lengannya dengan kasar dan terus melangkah.
            “Akira, you’ve changed.” Adam masih mengekori langkah Akira.
            “Look. Sebelum ni, me and you.. it was a mistake okay. Jangan ambil serius.”
            “Apa maksud awak jangan ambil serius? Hey, it’s about us okay!” Adam tidak puas hati.
            “No. There’s only me, and there’s only you. Awak is awak. Saya is saya. There’s no us!” Akira melangkah lagi.
            “Nur Syakira!” jerit Adam. Namun Akira tetap berjalan meninggalkan lelaki yang sudah tidak berdaya untuk mengejar. Apa guna mengejar kalau Akira tetap berdegil?


“KEPALA dia penuh dengan paku.” Ujar Fatin. Akira terkedu melihat sepuluh batang paku yang terbenam di dalam kepala pesakitnya. Akira menelan air liur.
            “Get Adam. And please, hurry!” arah Akira. Akira terus mendekati pesakit yang masih sedarkan diri itu.
            Macam mana dia boleh sedarkan diri lagi sedangkan sepuluh paku terbenam melepasi tengkorak kepalanya? Subhanallah.
            Adam yang berlari nyata kelihatan termengah-mengah di hadapan pintu bilik bedah. Matanya membulat melihat pesakit itu.


FAHMI tercari-cari kelibat Asyraf. Mana pergi budak ni? Jarum jam hampir menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Takkan pergi site tak balik-balik lagi? Lamanya! Fahmi resah sendiri.
            Lantas Fahmi mengambil keputusan sendiri untuk ke Torta Cafe. Kalau boleh dia tak nak berjumpa dengan Q lagi. Biar seminggu sekali baru jumpa. Baru bertambah rindu. Tapi, disebabkan Asyraf hilang entah ke mana, dia tak senang duduk kalau Q tidak mencoret sesuatu dalam buku tulisnya.
            Q yang sedang leka mengemas di dapur menghentikan kerjanya dari mencuci bekas-bekas yang baru sahaja dia gunakan untuk membuat strawberry shortcake. Dia menjengah ke depan. Fahmi?
            Q teragak-agak untuk menyambut kedatangan lelaki itu. Baru sahaja lelaki itu buat air matanya menitis semalam.
            “Selamat datang ke Torta Cafe. Ye encik? Boleh saya bantu?” Q bertindak formal. Fahmi menjungkit kening sebelah.
            “Kenapa tiba-tiba formal pula ni?” tanya Fahmi pelik.
            “Awak customer saya.” Jawab Q. Dia cuba menyembunyikan rasa hatinya.
            Fahmi berdiri tanpa berkata apa-apa di hadapan Q. Mereka dipisahkan dengan kaunter. Kemudiannya Fahmi mengeluarkan pen dan buku tulis yang pernah Q nampak diletakkan ke atas kaunter. Lelaki itu mencoret sesuatu.
            En. Arkitek     : Kenapa mata nampak sembab?
            Q merenung buku yang diserahkan kepadanya itu. Dia mengerut dahi. Haih? Depan-depan pun nak bertulis juga?
            “Cakap ajelah. Tak payah nak menulis sangat. Membazir kertas aje.” Jawab Q.
            En. Arkitek     : Kenapa mata tu?
            Q geram. Kalau lelaki ini berkeras juga, dia terpaksa menurut cara lelaki ini. Umur aje tua, tapi perangai tak pernah nak tua.
            Q                     : Tak cukup tidur.
            En. Arkitek     : Semalam bukan tidur awal ke? Tak reply mesej saya pun.
            Pen bertukar tangan. Begitu juga dengan buku tulis itu.
            Q                     : Tak boleh tidur.
            En. Arkitek     : Fikirkan saya ke?
            Q                     : Tak langsung.
            En. Arkitek     : Saya tak suka tengok mata awak macam tu.
            Q                     : Tiada kaitan dengan awak langsung.
            En. Arkitek     : Awak kata saya kawan awak..
            Q terkedu.
            Q                     : Kenapa bazirkan masa datang sini?
            En. Arkitek     : Ash hilang. Tak balik ofis.
            Q                     : Apa kena mengena?
            En. Arkitek     : Dia tak boleh nak hantar buku ni kat awak.
            Q                     : Penting sangat ke buku ni?
            En. Arkitek     : Bila saya rindukan awak, saya boleh tengok tulisan awak.
            Q                     : Someone lebih sesuai untuk awak rindukan.
            En. Arkitek     : Tak faham.
            Q                     : Saya busy.
            En. Arkitek     : Tak busy pun saya tengok.
            Q merenung Fahmi. Senyuman Fahmi sungguh memikat hatinya. Dia benci lelaki itu. Kenapa mudah sangat dia jatuh cinta?
            Q                     : Lunch hour awak dah nak habis.
            En. Arkitek     : #tengok jam. Muka risau. Mesti saya akan rindukan awak. :(
            Q                     : Bye.
            En. Arkitek     : Sobsob. #mata berair..
            Q                     : :)
            En. Arkitek     : Jangan menangis dah tau. Hilang kecantikan mata awak.
            Q hanya baca. Dia tersenyum kecil. Dia mengangguk.
            “Q, kalau saya kata someone tu awak, apa awak rasa?” tanya Fahmi tiba-tiba. Q terdiam. Dia hanya memandang tepat wajah Fahmi. Tidak bersuara. Fahmi tersenyum.
            “Terlalu cepat, eh? Sedangkan kita baru kenal. Takpe. Ambil masa awak. Saya pergi dulu.” Fahmi mengenyitkan matanya pada Q dan berlalu keluar dari Torta Cafe.
            Q mengetuk-ngetuk jemarinya pada meja kaunter. Dia masih memandang lelaki yang berkemeja putih itu. Jemarinya digenggam. Terus dia mengangkat kaki mengejar lelaki itu.
            “Fahmi!” panggil Q. Fahmi menoleh.
            “Awak nak jadi.. boyfriend saya?” muka Q bertukar merah. Abaikan rasa malu tu dulu Q. Abaikan. Arghh. Tak boleh! Terus Q menunduk. Malunya tidak terkata.
            Fahmi mendekati. Mukanya serius. “Q..” panggilan Fahmi membuatkan Q mendongak memandang Fahmi.
            “Maaf. Saya tak boleh nak jadi boyfriend awak.” Ujar Fahmi. Wajahnya jelas serius. Q terkejut. Dia menelan air liur.
            “Maaf. Awak tak layak jadi girlfriend saya.” Ulang Fahmi. Q malu sendiri. Game apa yang dia mainkan?
            “Nice. Tapi kenapa awak buat saya jatuh hati dengan awak tanpa awak ada niat untuk jadikan saya kekasih awak?” air mata Q mulai menitis. Not again, Q!
            “Maafkan saya.” Fahmi hanya merenung Q.
            “Hmm.” Q menggigit bibir dalam. Jemarinya terketar-ketar. Pelik rasanya bila kita dengan mudahnya melupakan seseorang yang kita pernah cintai setengah mati untuk seseorang yang kita baru kenal hanya untuk beberapa hari. Sangat pelik. Dan bertambah menyakitkan bila orang yang mampu membuatkan kita lupakan cinta yang sebelum ini kukuh tak langsung goyah, menolak mentah-mentah cinta yang sudah semakin dalam ini.
            “Awak baliklah.” Q terus mengundur dan menapak semula ke dalam Torta Cafe.
            Fahmi menggigit bibir bawah. Shoot! Dia sangat comel bila tahan air mata. Hidung dengan pipi dia merah gila! Tak mampu untuk terus melihat Q pergi, Fahmi tersengih dan mengejar Q pula.
            “Saya kata saya tak nak awak jadi kekasih saya... tapi” tak sempat Fahmi nak menghabiskan ayatnya, Q terlebih dahulu memotong. Tika itu kolam air mata Q sudahpun pecah dan pipinya sudah banjir dengan air mata itu.
            “Tak perlulah awak ulang benda yang sama. Saya faham bahasa melayu.” Kata Q perlahan.
            “Saya tak cakap habis lagi lah.” Fahmi menarik lengan Q yang sudah mula berpaling daripadanya.
            “Saya dah faham. Awak jangan risau. Saya faham sepenuhnya.” Suara Q tersekat-sekat. Dia masih menunduk.
            “Awak tak faham.”
            “Saya faham, Fahmi.” Tegas Q.
            “Okay! Apa yang awak faham?” Fahmi memeluk tubuh dan menanti Q menerangkan apa sebenarnya yang dia ingin katakan. Q menarik nafas sedalamnya.
            “Dari mula awak cuma nak permainkan hati saya. Sama macam lelaki lain. Kata-kata manis awak.. semua tu hanya untuk awak test market awak. Tahniah Fahmi.. tahniah. Awak berjaya buatkan saya jatuh hati dengan awak hanya dengan sekelip mata.” Q memberanikan diri untuk menikam pandangan Fahmi dengan anak matanya yang sudah merah menyala.
            “Ni yang awak kata awak faham? Hm?” Fahmi tersenyum.
            “Saya cakap tak habis lagi tau. Awak dah potong apa yang saya nak cakap. Macam mana nak faham?” bebel Fahmi gaya mak-mak.
            “Dengar betul-betul. Mungkin pada awak, benda ni sangat baru. Kita baru kenal tak sampai seminggu. Awak sendiri kata kat saya yang awak dah jatuh hati dengan saya, kan? Macam tu juga saya. Tapi saya tak nak benda sama berulang lagi macam tiga tahun lepas. Kali ni, saya takkan tunggu lama. Saya tak nak orang yang saya sayang, lari dari saya lagi.
            Saya tak nak awak jadi girlfriend saya dan saya tak teringin pun nak jadi boyfriend awak. Suatu perhubungan yang kita sendiri tak tahu ending dia atas pelamin atau tidak. Tak perlu ditangguh-tangguh kalau hati dah terpikat. Buat apa? Kan?
            Dengan itu, saya nak awak jadi yang sah buat saya. Jadi isteri saya. Orang yang jaga saya. Orang yang selalu ada untuk temankan saya. Waktu saya bangun pagi, saya nak awak orang pertama yang saya renung. Bila saya balik rumah, saya nak awak orang pertama yang saya tengok walaupun saya letih. Saya nak awak yang  jadi bantal saya. Jadi segalanya untuk saya. Awak nak kahwin dengan saya?” panjang bebelan Fahmi sehingga membuatkan Q terpinga-pinga. Kahwin? Aku tak salah dengar, kan? Kahwin?!

8 comments:

  1. aaaaawwwwww ! ! ! !
    Co cweeeeeet !!!!!! >_<

    ReplyDelete
  2. Aow!!!!!!!!!!! Jantungku . Jangan kau keluar. Mak tlg adik nak kawen ngan fahmi tu jugak. Mak!!! Hahahaha ain nak fahmi jugak hahahaha . Encik jantung jgn keluar plz behave your self hahahaha encik jantung!!! Fahmi i lap u!!!!!!! ^_^

    ReplyDelete
  3. "Hy cik Q ! Jika u tk nak kahwin ngan Fahmi tu. Berikan kt sy je lah yaa, sy nak. Nak sgt2."
    hahahaa..
    #Q baling ngan loyang cake.
    "Eh cik Ina oii.. Jgan nak perasan eh ! Fahmi tu calon suami aku tw tk !" #menjelir lidah

    *iklan. Hahahaa

    ReplyDelete
  4. so sweet heheh tak terbayang dah heheh...akira kenapa yer ? pregnant ker ...confius

    ReplyDelete
  5. weeeeeee.... Q n Fahmi comel la... Couple Of The Year <3
    Mana la nk jumpe llki mcm Fahmi? Nak seorang mcm tu bley..??
    Omeyy jer~ heeeee

    ReplyDelete
  6. Wow! Awesome giler bapak!!! Cara Fahmi nak melamar tu kan... Kak Ain~!!! Kenapa buat kita jatuh hati kat Fahmi? Kenapa buat kita rasa nak jadi Q je? Huuhuu~!!! T_T

    ReplyDelete