Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Sunday, March 24, 2013

PRMH 6



Keyla memasuk Torta Cafe dengan lemah. Dia tidak berani menegur Q yang sedang membakar kek di dapur. Tapi kalau tak ditegur, benda macam ni akan berterusan. Masing-masing akan bermasam muka. Seterusnya akan meretakkan sesuatu perhubungan.
“Q, kau busy ke?” Keyla menjengah kepalanya ke dapur.
“Kenapa?” Q menoleh sekejap.
“Aku nak minta maaf.”
“Maaf? Untuk apa?”
“Pasal tadi.”
Q tidak mengambil pusing tentang isu itu. Dia sudapun melupakan apa yang Keyla katakan. Ada benda lain yang mengganggu jiwanya ketika ini.
Telefon Q berbunyi tanda mesej masuk.
“Kay, aku okay. Kau tolong kemaskan kat depan eh?” pinta Q sebelum mengeluarkan sarung tangan plastiknya.
Dia mengeluarkan telefin bimbit dari poket hadapan apronnya.
Fahmi : Busy?
Q         : Baking.
Fahmi : Rindu.
Q membulat mata. Q tersenyum sendiri. Dia menggeleng kepalanya.
Q         : Pergi buat kerja.
Fahmi : Tak boleh.
Q         : Kenapa?
Fahmi : Rindu.
Q         : Dah lah. Q nak sambung baking.
Fahmi  : Sanggup tinggal baking, sebab saya kan? Mesti rindukan saya juga. Right?
Q         : Perasan.
Fahmi : Hati-hati baking. Jangan sampai keluar asap hitam pula dari oven.
Q ketawa. Menyibuk betul budak ni. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket apron dan menyarung kembali sarung tangan selepas mencuci tangannya. Kebersihan perlu diutamakan!


AKIRA menolak pintu Torta Cafe dengan lemah. Pakaiannya tidak bertukar dari hari yang dia keluartergesa-gesa itu.
            “Kira!” Keyla menjerit apabila nampak kelibat Akira yang tua dua tahun dari dia dan Q.
            “Hai.” Sapa Akira lemah. Bibirnya pucat. Bukan takat bibir, habis semua wajahnya sekali pucat.
            “Teruk sangat ke on call?” tanya Keyla.
            “Ha? Takdelah. Aku tak sihat sangat.” Akira duduk di kerusi yang telah ditarik Keyla.
            “Akira!” jerit Q dari dapur. Akira tersenyum.
            “Iya. Kau ada makanan tak? Kempunan aku nak makan makanan yang kau orang masak semalam. Konon nak hantar.. alih-alih semua terbongkang tidur. Aku call dua tiga kali baru nak angkat.” Cebik Akira.
            “Maaflah. Penat sangat semalam.” Pujuk Keyla.
            “Hey. I lagi penat tau!” Akira terus meletakkan sisi wajahnya di atas meja.
            “Aku nak tidur!” rungut Akira.
            “Tidurlah dalam bilik staff tu. Macam tak biasa pula.” Balas Keyla.
            Akira bangun dan duduk menegak bila merasakan perutnya tidak selesa. “Kay.. busy tak?” soal Akira.
            “Tak. Kenapa?”
            “Jom pergi beli sushi. Q pun suka makan kan?” bisik Akira.
            “Baru dapat gaji ke?” Keyla mengecilkan matanya.
            “Bonus!”
            “Nice!!!” Keyla bangun dari kerusi. “Jom!” Keyla sudah tidak sabar.
            “Kau drive. Aku letih lah.” Pinta Akira.
            “Baiklah puteriku Nur Syakira.” Keyla seakan mengejek.
            “Diamlah hulubalang Akila Insyira.”
            “Ni mesti pengaruh Qurratu’ain Syafinaz dok sebut diamlah tak habis-habis.” Bebel Keyla.
            “Shut up and drive.” Akira menolak tubuh Keyla menuju ke pintu keluar.
            “Q! Kita orang keluar beli makan kejap!” jerit Akira dari depan. Q menoleh. Nak jerit sama pun tak guna. Loceng yang berbunyi di pintu sudah menandakan mereka telah keluar dari Torta.
            Q yang baru sahaja selesai menyiapkan dua biji kek, terus ke peti sejuk untuk membasahkan tekak yang dahaga dengan air sejuk.
            Telefonnya kembali berbunyi.
            Fahmi  : Q....
            Q         : Kenapa?
            Fahmi  : Nak balik..
            Q         : Kenapa ni?
            Fahmi  : #renung dalam-dalam mata dia. Letih..
            Q         : Apa yang meletihkan sangat?
            Fahmi  : Kerja.
            Q         : Kerja mana yang tak penat? Ce cite?
            Fahmi  : Ummm. Kerja membuta.. membongak. Haha.
            Q         : Nice one.
            Fahmi  : Q... #kekelip mata.
            Q         : Apa lagi ni?
            Fahmi  : Jom pergi makan?
            Q         : Belum waktu lunch kan?
            Fahmi  : Lunch kejap lagi la maksudnya. Saya ambil?
            Q         : Kay dengan Kira dah belikan makanan.
            Fahmi  : Q... #melutut.
            Q         : Apa dia?
            Fahmi  : Jomlah..
            Q         : Sayanglah dah beli makanan. Nanti membazir aje.
            Fahmi  : Q........... #guling-guling.
            Q         : Busy.
            Fahmi  : Q............ #goyang badan kiri kanan.
            Q         : Not gonna fall for that.
            Fahmi  : Q..... #dengan mata kucing yang bulat lagi comel.
            Q         : Haha.
            Fahmi  : Q,
            Q         : What?
            Fahmi  : Gtg. Bye.
            Pelik juga. Tadi bukan main lagi nak ajak keluar makan. Tiba-tiba got-to-go pula? Q ketawa sendiri. Apa yang kau harapkan, Q?
            Q membancuh teh o’ ais limau. Dia menyedut air itu setelah dibawa ke meja makan. Orang yang keluar masuk ke dalam kafe dipandang. Ada yang datang berpasangan, ada yang datang seorang diri. Untuk hari bekerja seperti hari Isnin, amat jarang kalau nak ada keluarga yang datang.
            Selesai minum minumannya, Q mengerling jam di dinding. Sudah setengah jam Keyla dan Akira keluar. Pergi cari barang makan kat mana entah? Kedai sebelah ni pun kedai makan juga. Bukan main lama lagi keluar!
            “Kak..” Seorang remaja perempuan ke kaunter untuk membayar bil makanan.
            Q sempat menghadiahkan senyuman untuk gadis comel itu. “Terima kasih. Datang lagi.” Ujar Q. Gadis itu mengangguk lantas pergi.
            Seorang lelaki menapak menuju ke kaunter. “Cik Q?” tanya lelaki itu. Q mengangguk.
            “Yup. Kenapa?”
            “Nah.” Lelaki itu menyerahkan sebuah buku tulis sekolah rendah kepada Q. Q pelik.
            “Untuk apa?”
            “Buka dulu buku tu.” Pinta lelaki itu.
            Q merenung kulit buku berwarna coklat itu. Dia membuka muka surat pertama.
Saya letih. Awak letih tak? Nak pinjam bahu saya untuk tidur?
FAF
            Q kembali menala pandangannya pada lelaki yang tidak dikenali itu. “Saya tak kenal awak pun.” Ujar Q.
            “Memang awak tak kenal saya. Tapi awak kenal orang yang tulis nota ni.” Jawab Asyraf.
            “Siapa yang tulis?” Q mengangkat buku dan menyoal lelaki itu.
            “Tu, bawah tu ada nama. Sementara you figure out siapa, saya pergi tengok roti kejap.” Asyraf mengambil dulang yang disediakan bersama penyepit untuk memilih roti.
            Q garu kepala. Takde orang lain yang suka drama melainkan Fahmi.. FAF.. hmm.. Fahmi Alan Fikrash. Q menggeleng.
            “What am I suppose to do?” tanya Q sedikit menjerit dek lelaki itu sudah menjauh dari kaunter.
            “Reply dalam buku tu juga. I need the book.” Balas Asyraf. Q menggeleng. Fahmi, awak sangat kebudak-budakan.
Saya tak letih. Awak letih? Balik rumah tidur kat katil berbantal okay.
QS
            Selesai Asyraf memilih roti yang dia mahukan, dia ke kaunter.
            “Dah reply?” tanya Asyraf. Q mengangguk.
            “Untung awak.” Asyraf mengeluarkan dompetnya.
            “Kenapa pula?”
            “Payah nak tengok Fahmi macam tu.”
            “Maksud awak?”
            “Dah tiga tahun dia murung.”
            “Murung?” Q tak percaya. Lelaki macam Fahmi pun tahu murung ke?
            “Awak tak tahu pasal dia ke?”Asyraf pelik. Q menggeleng.
            “Saya baru kenal dia tak sampai tiga hari.” Jawab Q jujur. Asyraf ternganga.
            “Serius?”
            Q mengangguk pula.
            “Awak mesti special pada dia.”
            “Hm?”
            Asyraf lantas mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. Ya. Wang kertas yang bernilai seringgit. Wang itu sudah dilipat menjadi bentuk hati.
            “Fahmi minta saya berikan ni kat awak.” Asyraf menyerahkan wang kertas berbentuk hati itu. Q terkedu.
            “Hargai dia.” Pesan Asyraf. “Ni berapa?” sambung Asyraf. Q tidak menjawab sehingga Asyraf memetik jarinya menyedarkan Q ke alam nyata.
            “Hello cik Q? Ni berapa?” ulang Asyraf.
            “Oh. Kejap.”
            Q menyimpan wang kertas berbentuk hati itu ke dalam apronnya. Selesai Asyraf membayar untuk roti itu, dia ambil kembali buku tulis itu.
            “Awak akan selalu nampak saya mulai saat ni.” Asyraf tersenyum. Terserlah lesung pipitnya. Q hanya menghantar kelibat Asyraf dengan ekor matanya. Dia menyeluk poket apronnya.
            Wang kertas berbentuk hati itu dikeluarkan. Dia merenung wang kertas itu. Ini parah.. memang mudah sangat untuk jatuh hati kalau keadaan berterusan begini. Rancangan nak mengelak, tapi tetap tak mampu. Kenapa? Setiap kali dia datang, adakalanya rasa seronok, adakalanya rasa geram.
            Q, kau sedar tak? Kau lupakan Harith 100%! Sebelum ni, hari-hari kau menangis. Kini, hari-hari kau tersenyum. Oh, walaupun baru tiga hari.
            Q mengembungkan pipi. Perlahan-lahan dia mengeluh. Bawah bibirnya digigit sebelah. Kenapa mudah sangat?
            Telefon berbunyi.
            Fahmi  : Dapat dah?
            Q         : Thanks.
            Fahmi  : Keep the heart as your mas kawen. :D
            Q         : Seringgit?
            Fahmi  : Serendah-rendah mahar, adalah yang terbaik, kan?
            Q         : Siapa kata nak kawen dengan awak?
            Fahmi  : Saya kata.
            Q         : Saya tak kata apa pun. Awak yang kata.
            Fahmi  : #heret kaki melekat kat pintu. Sedih.
            Q         : Quit the drama.
            Fahmi  : Haha. I have to go. Bye dear. J doakan plan saya diterima.
            Q         : Best of luck.
            Fahmi  : Tak nak kiss?
            Q         : Bukan mahram.
            Fahmi  : I’m gonna make you be the one.
            Q tidak membalas. Dia nak senyum. Tapi dalam pada masa yang sama, dia takut. Takut kalau dia mudah sangat jatuh hati pada orang yang salah. Takut jika benda yang sama akan berulang. Takut jika dia sendiri perlu bertindak seperti sebelum ini. Takut jika air mata tidak dapat disekat lagi. Dia takut semuanya.
            “Apa yang dahi berkerut macam nenek-nenek ni?” sergah Akira.
            “Hmm?” Q mengangkat wajah. Terus dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Apron ditanggalkan dan digantung di tempat biasa.
            “Lamanya kau orang pergi beli makan.” Q keluar dari dapur, manakala Akira masuk ke dapur untuk mencuci tangan.
            “Makan kat sini, or kat belakang?” tanya Keyla yang sedang menjinjit beg plastik berisi sushi.
            “Mak ai! Ni ada orang baru dapat gaji ke cemana?” Q teruja. Manakan tidak? Favourite kot.
            “Bonus lah.” Balas Keyla.
            “Uuu~ boleh lah malam ni orang tu belanja kita makan besar.” Q menjungkit-jungkit kening kepada Akira yang baru datang.
            “Amboi-amboi! Mentang-mentang aku baru loaded sikit, semua nak panjat atas aku kan? Kokak aku dibuatnya kalau duduk dengan kau orang ni.” Akira mengambil tempat.
            “Makan kat sini ke? Aku tanya tak berjawab pun!” Keyla geram apabila soalan dia tidak berjawab.
            “Ala, kedai aku. Customer makan kat sana, kita makan kat sini. Dekat dengan kaunter. Kalau makan kat belakang nanti, orang nak bayar payah pula nak ke hulu ke hilir.” Q turut sama mengambil tempat. Dia menggosok-gosokkan tangan tanda tidak sabar.
            “Okay!” Keyla menarik kerusi dan duduk.
            Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Makanan tengah hari mereka? Sushi!


ASYRAF mendekati Fahmi yang sedang leka melukis pelan di dalam biliknya. Sibuk sungguh dengan pelan yang baru dia dapat tadi. Kadang-kadang dahi lelaki itu berkerut, kadang-kadang dia memuncungkan bibir, kadang-kadang dia mengelipkan mata beberapa kali. Seorang diri pun boleh berlagak comel lagi. Nak tayang kat siapa pun tak tahulah. Fahmi..Fahmi.
            “Roti kau dah sampai.” Sergah Asyraf.
            “Hey! Bagi salam dulu! Nasib baik aku tak terconteng pelan aku!” bebel Fahmi. Asyraf ketawa.
            “Aku tak sure kau ni lukis pelan ke, lukis si Q tu. Muka tak boleh blah. Angau sangat eh?” Asyraf meletakkan roti ke atas meja kecil yang tersedia. Fahmi hanya ketawa kecil.
            “Dah bagi buku tu?” Fahmi terus mendekati Asyraf.
            “Nah.” Asyraf memulangkan buku tulis itu kepada Fahmi. Dengan segera Fahmi membacanya. Senyumannya kalau boleh nak sampai ke pipi gaya The Grinch.
            “Seronok?” usik Asyraf. Fahmi mengalih pandangan kepada Asyraf lantas mengangguk laju beberapa kali macam budak sekolah rendah dapat beg baru!
            Asyraf tersenyum. “Berapa lama kau tunggu untuk jumpa bidadari macam ni eh? Emm. Tak salah aku, tiga tahun. Kan?” Asyraf menggaru-gari dagu.
            “Diamlah.” Fahmi menolak sedikit bahu Asyraf sambil menjeling manja. Fahmi terkedu. Nampak tak? Perangai Q dah meresap dalam dirinya.
            “Aku bukan Q lah kau nak jeling-jeling macam tu. Kalau kau perempuan, dah lama aku baham tau!”
            “Ahh tidak.. tolong! Ada orang nak perkosa saya.” Dengan gaya lembut seakan mengejek, Fahmi ketawa sendiri. Memang perangai kau tiga tahun lalu, Fahmi..
            “Quit the drama, Fahmi.” Kata Asyraf sambil mengambil tempat di sofa yang tersedia. Fahmi tersedak. Macam yang Q kata.
            “Eh! Ayat tu!! Tak boleh guna! Tak boleh!!” Fahmi kembali mendekati Asyraf. Terkejut dibuatnya si Asyraf. Apa pula salah aku ni?
            “Ayat apa?”
            “Quit the drama tu.”
            “Lah.. kenapa?”
            “Q aje boleh sebut kat aku!”
            “Pasal tu aje?” Asyraf jungkit kening. Parah.
            “Mestilah. Sensitiviti masyarakat tau.”
            “Orang yang buta cinta macam kau aje yang sensitif.”
            “Kau takde kerja ke nak buat?” Fahmi ubah topik.
            “Amboi-amboi. Kau dah minta aku ulang-alik tempat Q dengan office, banyak mulut pula! Upah aku mana?” Asyraf menadah tangan.
            “Kau tolong ni, tak ikhlas lah?”
            “Habis duit minyak aku tau! Kereta aku tu bukan jenis jimat minyak tau.”
            “Siapa suruh tak pakai hybrid. Gaji aje besar.”
            “Kalau aku kaya macam kau, boleh la aku pakai hybrid!”
            “Ni bukan soal kaya tak kaya. Kau yang kedekut! Gaji lagi besar dari aku, tapi tak reti nak guna. Ke kau nak simpan untuk kahwin?” jerat Fahmi.
            “Ye kot.”
            “Kau nak kahwin dah ke?” Fahmi seakan tak percaya.
            “Haih. Nantilah aku cerita. Makan roti kau tu! Aku pergi bilik aku dulu.” Asyraf terus keluar dari bilik Fahmi.
            Fahmi duduk di kerusinya sambil goyang kaki.. Q~ aishh. Tersengih-sengih dia dibuatnya.

15 comments:

  1. Ain bg jampi2 k kt novel ni?
    Asal I yg dag dig dug cam I lak yg angau ni. Ahahahaa
    Makin sweet jer pakwe I tu erk? ;p
    Aiiin, nak lagi. Pleaseeee ... !
    #bwt mata garfield

    ReplyDelete
  2. hahahaha. tergoda dengan fahmi? hahah

    ReplyDelete
  3. ha'ah laaaa...
    I btul2 tk lalu makan tw sharian ni.
    Asik dok ulang alik kt blog u jer. Ekeke

    ReplyDelete
  4. hahaha. mengadaaa! hahah . mine! haha

    ReplyDelete
  5. Hahahaaa btul lah i ckap.
    So, bla nak update lg ni? Hehee

    ReplyDelete
  6. hahah. tengok lah. esok ke, lusa ke. lalalal

    ReplyDelete
  7. huhuhuhu..
    Broadband pun dah msk time limit pulak ni. Hiks hiks..

    Oh ya, good job ain !
    Jgan berhenti berkarya yeer..
    I akn sll sabar tunggu next n3 novel ni. Ganbatte ne !!! ^0^ /

    ReplyDelete
  8. haha. thanks inayah! ^^ insya Allah!!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. seriously ..best giler..nak lagi n3 baru :)

    ReplyDelete
  11. adesssss ain.... untuk bab 1 ke 5 je dah nak dekat 10 kali ulang ... yg ni akan di ulang baca lagi dan lagi sampai bab 7 muncul hahahah .. tak tahan aku tak tahan ... fahmiku hahahahaha i lap u heheheh ^_^

    ReplyDelete
  12. nur : thanks :) hihi.
    jee joong : heyyy! tak boleh! this man is mine. hahahaha

    ReplyDelete
  13. comel! sweet! rasa mcm dh terjatuh hati kat Fahmi.. acano nie? gawat!

    ReplyDelete
  14. Wah~ Saya dah jatuh hati kat Fahmi Alan Fikrash la, Kak Ain.
    Cemane ni Kak? Huuhuu~~~!
    tengah dok melukis pelan sorang-sorang pun sempat lagi nak berlagak comel eak? LOL XDDD

    ReplyDelete
  15. hahaha.. fall in love with fahmi.. tp.. knapa akak guna ' drama ' duit seringgit yg berbentuk heart tu ?? akak buat sy teringat kenangan sy yg dulu.. :'(.. apa2 pun best sngt novel ni.. 10 out 10 .. :D

    ReplyDelete