Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Wednesday, March 20, 2013

PRMH 2


“Q! Kau kat mana ni?” Akira cemas mencari kelibat Q yang hilang di dalam panggung wayang. Keyla turut sama melilau mencari kiri dan kanan. Mereka baru sedar kehilangan Q apabila lampu di dalam panggung dibuka supaya dapat membantu para penonton keluar dari panggung itu.
            “Jangan risaulah. Kau orang balik dulu. Aku ada hal.” Ujar Q. Lelaki di hadapannya yang sedap menelan airkrim Sundae, ditenung sebentar. Jauh pula budak ni bawa aku daripada Mid. Memang tidak la jawabnya nak minta dia hantar semula ke MidValley. Sememangnya semua kedai di dalam kompleks beli-belah itu sudah tutup, termasuk McD yang berhampiran dengan panggung tadi.
            “Kau dengan siapa ni? Aku risaulah. Mana boleh tinggalkan kau seorang diri. Kau tu perempuan.” Keyla yang baru merampas telefon bimbit dari Akira bersuara.
            “Kay.. jangan risau. Percayalah cakap aku. Jangan risau. Aku dengan kawan aku.” Q cuba meyakinkan Keyla. Terus bersinar-sinar mata Fahmi memandang Q. Kawan?? Aku kawan dia? Huuu~ Dia anggap aku kawan dia. Bisik hati kecil Fahmi.
            “Hmm. Ni pukul berapa kau nak balik?” tanya Keyla. Risau. 
 
            “Aku balik secepat mungkin. Bila aku nak balik nanti, aku mesej kau. Okay?”
            “Hati-hati.” 
            “Ya tahu.” Talian dimatikan Q kemudiannya. 
            “Tak baik angkat phone tak bagi salam. Tak baik juga letak phone tak bagi salam.” Tegur Fahmi yang sibuk mengorek coklat di dalam bekas aiskrimnya. Q tersentak. 
            “Dah biasa. Dengan Kay and Kira.. tak pernah bagi salam. Tapi dengan orang lain, saya bagi.” Jawab Q. Sememangnya mereka bertiga lebih selesa dengan menyapa menggunakan hello, hai, sayang bagai sebagai permulaan perbualan.
            “Tak sayang kawan ke?” tanya Fahmi. Q merenung anak mata Fahmi.
            “Kenapa pula?”
            “Assalamualaikum tu maksudnya sejahtera ke atas kamu. Awak tak nak kawan awak sejahtera ke?” 
            Q terdiam. Kenapa kau tak pernah terfikir, Q? Kenapa? Lebih mendahulukan keselesaan daripada mendoakan yang terbaik untuk kawan kau. Q berbisik sendiri. 
            “Hmm.” Q melepaskan keluhan kecil dan menyumbat masuk aiskrim Mcflurry ke dalam mulut. 
            “Baca bismillah tak?” soal Fahmi. Sekali lagi Q tersedak. Terlupa!
            “Dah. Dalam hati.” Tipu Q.
            “Baguslah.”
            “Awak ni siapa sebenarnya?” tanya Q tiba-tiba. Pelik juga dia. Kenapa malam ni, semua bersangkut dengan lelaki itu?
            “Saya? Manusia la. Takkan pari-pari kot.” Fahmi tersengih. Q berkerut dahi.
            “Kenapa awak ikut saya keluar dari panggung? Kenapa awak bertumbuk dengan Harith? Kenapa awak pujuk saya?” bertubi-tubi soalan ditanya kepada Fahmi.
            “Banyak betul soalan awak.” Fahmi menghabiskan dengan segera aiskrim miliknya sebelum menjawab soalan-soalan Q.
            “Pertama, saya rasa serba salah kacau awak, menyebabkan awak keluar dari panggung walaupun cerita tu baru nak start. Bazirkan aje duit awak untuk duit tiket tu. Dengan itu, saya belanja awak aiskrim ni. Untuk tebus duit tiket awak. Kedua, saya ingat lelaki itu tinggalkan awak untuk perempuan lain. Mana pula saya tahu dia suami orang. Saya ingat dia bukan suami orang, lagipun mata saya sakit tengok lelaki dengan perempuan yang takde apa-apa hubungan halal berpelukan. Itu sebelum saya tahu dia dengan perempuan tu suami isteri. Ketiga, saya pujuk awak sebab kesian dengan awak. Siapa lagi nak pujuk awak kalau bukan saya? Kawan awak dah selamat ke alam mimpi dalam panggung tadi.” Panjang lebar Fahmi menjawab. Q menunduk.
            “Mak awak tak marah ke awak keluar lewat malam macam ni?” tanya Q tiba-tiba.
            “Mak?” Fahmi pelik. Tapi dia tetap jawab, “Tak.”
            “Awak curi keluar rumah ke?” 
            “Ha? Takdelah.”
            “Memang mak kasi keluar ke?” Q terkejut. Ada juga ibubapa yang membenarkan anak muda mereka keluar lewat malam macam ni?
            Fahmi ketawa. “Awak ni kakak saya ke?” soal Fahmi.
            “Bukanlah saya nak menyibuk. Tapi budak muda macam awak ni, tak patut keluar rumah lewat-lewat macam ni. Baru dapat lesen kereta ke? Tu yang bukan main panjang kaki lagi?” sindir Q.
            “Saya ni macam budak lepasan SPM ke?” Fahmi hampir menghamburkan tawa apabila Q mengangguk.
            “Kenapa muka awak macam tu.” Q bertambah pelik. Salah ke? Bukan tadi dia panggil budak kat kaunter tu kakak? Perangai pun macam budak lepasan SPM. Masih tak matang lagi.
            “Takde apalah. Saya dari sekolah lagi memang dah terbiasa macam ni. Memang selalu keluar malam. Mak pun dah masak dengan perangai saya. Kalau tak lepaskan, nanti memberontak pula dalam rumah.” Selamba Fahmi menjawab.
            “Tengah tunggu result SPM ke ni?” Q bertanya lagi.
            “Aah.”
            “Hmm. Goodluck.” Q menghadiahkan senyum manis untuk Fahmi. Lelaki itu turut sama tersengih. Q mengerling jam di tangan.
            “Dah lewat. Balik lah. Nanti mak risau. Hampir tiga pagi dah ni.” Q lantas bangun dan mengangkat beg tangannya.
            “Awak nak balik dengan apa? Dengan siapa?” Fahmi turut sama bangun.
            “Teksi banyak. Balik aje rumah tu. Mak risau nanti.”
            “Saya hantar awak balik?” pelawa Fahmi.
            “Tak payah. Saya pandai jaga diri. Saya dah besar. Bukan macam awak. Tak baik tau keluar lewat malam macam ni. Walaupun mak awak benarkan awak balik dua tiga pagi, tapi awak kena faham.. hati tua seorang ibu tu tetap risaukan keselamatan anak dia. Terus balik rumah, tau. Jangan merayau. Ya dik?” Q mengenyit sebelah mata pada Fahmi. Fahmi menggigit bibir dalam. Berfikir apa yang perlu dia buat.
            “Mak saya kata, kalau jumpa orang yang kesusahan, kita kena tolong. Saya nak tolong awak. Ikhlas ni.” Fahmi turut mengikuti langkah Q.
            “Saya tak susah pun.”
            “Tapi sebab saya awak jauh dari Mid. Susahkan awak, bazirkan duit awak untuk naik teksi.”
            “Jangan risau. Saya okay.”
            “Jomlah saya hantar balik. Rumah kat mana?” Fahmi terus meletakkan kedua tangannya ke atas bahu Q yang ditutup dengan tudungnya, dan menolak gadis itu perlahan-lahan mendekati keretanya.
            “Saya okaylah.” Q masih menolak.
            “Saya sumpah tak buat kerja jahat kat awak.” Fahmi mengangkat tangan kiri seakan bersumpah apabila Q menghadapnya. Q melepaskan keluhan kecil.
            Akhirnya Q masuk ke dalam perut kereta. Apa yang dia perasan, kereta itu tidak ditampal P! Kata baru dapat lesen?! Remaja sekarang ni kannn!
            Setelah Fahmi turut sama masuk ke dalam perut kereta, terus Q membebel. “P mana?” tanya Q.
            “Pi hantaq awak balik lah. Pi mana lagi?” Fahmi berkerut dahi. Apa pula makcik ni? Pelik-pelik aje tanya soalan.
            “Loyar buruk pula dia. Awak, P mana?” Q tanya sekali lagi.
            “La.. betul. Sumpah. Nak pi hantar awak baliklah. Takkan nak bawa awak balik rumah saya pula?” Fahmi masuk gear satu.
            “Ei!!” Q menampar lengan Fahmi yang berlengan panjang. 
            “La. Kenapa?” 
            “Ni! P ni mana?” Q menunjukkan cermin kereta. Oh. Pelekat P? Fahmi ketawa sendiri.
            “Ala, malu la lelaki pakai P lagi. Untuk perempuan boleh la.”
            “Amboi. Senangnya cakap. Ingat P untuk perempuan, L untuk lelaki? Macam tu? Tampal P dulu!” tegas Q.
            “Tadi naik takde bebel pula pasal P ni.” Fahmi mencebik.
            “Tadi sebab tak perasan. Sekarang dah perasan.”
            “Mana saya ada P.”
            “Belilah.”
            “Nak beli kat mana? Kedai semua dah tutuplah. Esok lah saya lekat P ni, eh?”
            “Jangan nak menipu. Mentang-mentang esok dah tak jumpa, ingat boleh tipu sayalah? Entah nak lekat entah tidak. Awak tahu tak, ini melanggar peraturan?”
            “Kenapa? Awak nak kita jumpa lagi ke? Boleh aje. Esok, pagi-pagi buta lagi saya terpacak depan pintu rumah awak dengan P. Nak tengok?” Fahmi mengerling Q di sebelah.
            Q berfikir sebentar. “Okay! Esok datang rumah! Saya nak tengok.” Tegas Q. Ayah sendiri polis, anak pun mestilah lagak macam polis. Pantang betul tengok budak-budak sekarang tahu bawa kereta aje. Patuhi undang-undang tak nak. Tampal P aje pun. Berapa sen sangatlah benda tu.
            “Rumah awak kat mana?” tanya Fahmi apabila kereta mulai laju membelah dingin malam.
            “Jalan aje. Nanti saya tunjuk jalan.” Q berpeluk tubuh dan bersandar. Matanya makin berat. Letih sebenarnya menangis sampai bengkak mata ni. Ditambah lagi keluar sampai dua tiga pagi macam ni. Bila badan dah penat, dapat pula air-cond, tak mustahil mata ni tak terpejam.


FAHMI mati kutu. Nak kejut, rasa serba salah. Dia sendiri tak tahu mana nak pergi. Fahmi menjeling Q. Lena betul tidur perempuan itu. Dia menarik perlahan beg tangan Q. Diselongkarnya beg itu untuk mencari telefon bimbit Q. Lain yang dicari, lain yang dia jumpa.
            Tangan menyeluk, ditarik dan ditenung barang di tangan. Compact powder. Dia menyeluk lagi, cermin. Lagi, dompet. Lagi, lipstick. Perfume, eyeliner, maskara, pensil box pun ada? Perempuan.. macam-macam khazanah. Kalau boleh, satu rumah tu dia nak angkut ke hulu ke hilir. Dia seluk lagi. Barang yang berbentuk empat segi tepat itu direnung dan dibelek. Apa benda ni? Plastiknya berwarna pink dan nipis. Dia berkerut dahi sementara kepala memproses. Lantas matanya membulat dan dia mencampakkan barangan itu ke atas dashboard. Ei. Pad. Itu pun bawa ke? Fahmi memandang Q dan menyeluk lagi. Dah kosong beg ni. Mana pula telefon dia? 
            Fahmi membuka zip-zip yang ada. Cet! Dalam poket berzip rupanya. Lantas barang lain dimasukkan kembali ke dalam beg tangan itu. Geli, tapi dia terpaksa juga untuk membongkok ke dashboard mencapai pad yang baru sahaja dia baling tadi. 
            Fahmi mencari-cari dengan siapa yang boleh dia telefon untuk bertanyakan rumah Q. Tadi perempuan ni ada sebut nama kawan dia. Kay! Dengan Kira! Dia mencari di dalam senarai nombor. Takde pun orang nama Kay atau Kira. Call log diperiksa. Patutlah. Keyla. Akira. Haih. Buat penat aku cari aje. 
            Fahmi keluar kereta dan mendail nombor Akira. Talian terputus. Fahmi pelik. Dilihatnya skrin telefon bimbit itu. 
Kredit anda tidak mencukupi.
            Apa punya orang, dah besar panjang macam ni, kredit pun boleh kering. Fahmi menarik keluar telefon bimbitnya sendiri dan mendail nombor Akira.
            “Assalamualaikum.” Sapa Fahmi.
            “Waalaikumussalam. Siapa ni?” jawab Akira.
            “Saya Fahmi. Awak kawan yang dengan makcik gerhana tu kan?” soal Fahmi. Silap juga dia. Nama perempuan ni pun dia tak tahu. Jangan sesekali buat gila tengok IC perempuan. Benda yang paling perempuan tak suka. Melainkan memang betul-betul emergency, takde jalan lain, tengok IC boleh dikira sebagai jalan yang terakhir. 
            “Makcik gerhana?” Akira tidak faham.
            “Er.. maaf. Yang pakai cermin mata hitam tadi. Kamu bertiga tadi kat wayang kan?”
 
            “Oh. Awak yang mana satu eh?”
            “Yang potong barisan kau orang tadi.”
            “Oh! Mamat tu! Macam mana pula awak boleh contact saya?”
            “Sebenarnya, makcik gerhana ni dengan saya. Saya nak hantar dia balik. Tapi dia dah tidur. Kesian pula saya nak kejut dia bangun. Nampak letih sangat. Mungkin sebab menangis banyak sangat kot tadi. Boleh bagitahu rumah dia kat mana?”
            “Awak dengan Q ke? Hm. Nanti saya mesejkan alamat.” Ujar Akira. Fahmi mengangguk.
            Nama dia Q? Que haidar? Queu? Beratur? Hah? Apa punya peliklah nama dipanggil macam tu. 
            Setelah mesej diterima, Fahmi terus masuk ke dalam perut kereta dan meneruskan perjalanan untuk menghantar Q ke rumah.


“Q. Q!” kejut Fahmi. Q terus terjaga. Sebenarnya, Fahmi sendiri tak sampai hati nak kejut gadis yang sedang lena itu. Tapi dia terpaksa. Takkan dia nak angkat gadis ni masuk dalam rumah pula? Apa kata jiran tetangga nanti?
            “Dah sampai mana ni?” Q bangun untuk menegakkan badannya.
            “Dah sampai depan pintu rumah awak.”
            “Hah?” Q terkejut. 
            “Macam mana tahu rumah saya kat sini?”
            “Hm. Adalah. Esok saya cerita. Baik awak pergi rehat dulu. Dah hampir pukul empat pagi ni. Saya pun nak kena balik.” 
            “Erm. Haa. Terima kasih eh. Maaflah menyusahkan awak. Jangan lupa tampal P nanti.” Sempat Q berpesan.
            “Assalamualaikum.” Tegur Fahmi. Q menoleh. Dia tersenyum. “Waalaikumussalam.”
Q langsung tak larat dah. Dia rebah di sofa ruang tamu. Tidur kejap aje. Kejap aje. Dah tak larat sangat dah ni semalaman keluar. Tidurnya lena.
            Fahmi yang baru tiba di rumah, terus merebahkan diri di atas katil bersaiz queen. Muka aku memang nampak macam orang baru habis SPM ke? Mungkin sebab baby face kot. Fahmi menjungkit kening sambil menggigit bibir dalam.
            Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Nombor Q yang baru dia curi sebentar tadi ditatap. Jemarinya rajin menaip mesej untuk gadis itu.
Goodnight makcik gerhana.


TELEFON yang berbunyi nyaring bagaikan tidak mahu berhenti membuatkan Q tersedar dari tidur. Dirinya kini bukan lagi di atas sofa. Dah selamat landing di atas lantai pun. Alarm yang si setkan untuk gerak subuh dimatikan. Sekilas matanya memandang, terdapat mesej dari nombor yang tidak dikenali.
            Makcik gerhana? Budak semalam? Macam mana pula dia dapat nombor telefon aku ni? Hmm. Sweet. Sayangnya budak lepasan sekolah. Layak jadi adik angkat aje. 
            Q bangun dari lantai. Terasa kesakitan yang mencucuk pinggangnya. Manakan tidak? Lantai marmar yang menjadi katil. Memang sakitlah jawabnya. 
            Q terus mengambil wuduk dan menunaikan kewajibannya sebagai orang Islam di ruangan solat bilik bawah. Sememangnya bilik itu khas untuk solat. In case kalau mak ayah mereka bertiga datang melawat, tak perlulah naik sampai ke atas untuk solat. mana larat mereka nak mendaki tangga di usia senja ini.
            Selesai solat, Q mengambil tempat semula di sofa. Dia duduk bersandar. Kaki bersila. Adakalanya budak itu menyakitkan hati, merimaskan, terlalu kebudak-budakan.. tapi adakalanya dia bersifat matang. Macam waktu dia tegur beri salam tu. Hmm. Nama dia pun aku tak tahu.
            Lantas Q mencapai telefon bimbitnya. Mesej semalam di balas.
Nama apa?
            Q menanti dengan sabar. Sempat tangannya mencapai remote control  televisyen. Nasib baik ada Astro. Kalau tidak? Melangut lah dia menonton entah cerita apa.
Dah bangun?
            Mesej masuk. Q mencapai lemah. Aik? Aku tanya soalan, dia jawab dengan soalan juga? Nampak sangat tak reti Bahasa Melayu. 
Takdelah. Tidur lagi.
            Nak sangat loyar buruk dengan aku kan, budak? Dah aku reply tu, confirmlah aku dah bangun. Boleh tanya lagi. Memang aku ni power nak mesej sambil pejam mata. 
Jangan lupa solat.
            Pesanan Fahmi membuatkan Q menjeling. Aku tahulah. Dia malas nak membalas mesej terakhir Fahmi itu. Teringatkan peristiwa semalam.. bahagia betul Harith dengan Arissa. 
            Memang aku mendoakan kebahagiaan mereka, tapi entah.. hati aku tak bahagia. Belum bahagia. Kata Keyla, sekali kita doakan kebahagiaan orang lain, berganda-ganda kita didoakan untuk bahagia. Tapi.. entah. Bukan mudah bila tiba soal hati. Bukan mudah...
Jangan lupa mandi.
            Sekali lagi mesej masuk ke dalam kotak masuk Q. Q tersenyum. Betul juga. Daripada tunggu tercongok tengok TV macam ni, baik aku mandi. 


FAHMI merenung jam dinding. Sudah pukul 8 pagi. Mesejnya masih belum dibalas Q. Mesej terakhir yang diterimanya mengatakan yang Q masih tidur. Boleh pula tengah tidur mesej orang? Tapi janji semalam untuk menampal pelekat P, harus ditepati.
            Disebabkan hari ni cuti, Fahmi lebih bebas untuk ke sana ke mari. Segera Fahmi mencapai kunci kereta dan memecut laju keretanya ke kedai. Semata untuk mencari pelekat P!
            Kemudiannya Fahmi menelefon nombor Q. Setelah selesai P ditampal! Sengihan Fahmi meleret. Terasa muda pula tampal P. 
            “Assalamualaikum.” Sapa Q.
            “Waalaikumussalam. Makcik gerhana! Kita dah tampal P!” ceria suara Fahmi. 
            “Hm.” Jawab Q pendek.
            “Nak tengok tak?” Fahmi beria.
            “Semalam balik lewat, mak cakap apa?” risau Q dibuatnya. Manakan tidak? Mungkin sahaja budak lepasan SPM itu sampai di rumah dalam lima enam pagi.
            “Erk? Mak tak marah.” Fahmi berkata selamba.
            “Baguslah. Lain kali jangan buat macam tu dah. Tak baik.”
            “Tapi, nak tengok tak P kita?” Fahmi masih beria.
            Q terdiam. “Q! Kau nak pergi kedai ke? Aku tak dapat nak hantarkan lah. Minta tolong Kay eh?” Akira terkocoh-kocoh menyarung kasut dari tingkat atas. Ni mesti kasut baru, tu pasal simpan dalam bilik. Bisik hati kecil Q.
            “Kau nak pergi mana ni?” tanya Q. Fahmi di hujung talian hanya mendengar perbualan antara Akira dengan Q.
            “Aku ada hal emergency kat hospital.” Kata Akira.
            “Kenapa?”
            “Patient aku.. ahh.. aku dah lambat. Esok lusa nanti aku cerita kat kau lah eh. Malam ni aku on call.” Akira terus memeluk tubuh Q dan memboloskan diri ke dalam keretanya.
            “Hati-hati bawa kereta tu!” ujar Q, risau.
            “Okay. Jangan lupa kunci pintu semua.” Pesan Akira. Q mengangguk. Nama aje doktor. Perangai tak macam doktor. Itu, contact lense murah tu.. takkanlah doktor pun tak tahu kesannya? Kalau bab kedekut, memang bagilah kat makcik ni. Hish! Perangai degil tak pernah ada kesudahan!
            “Hello?” Q menyapa orang di hujung sana.
            “Ya. Still here.” Fahmi mengetuk-ngetuk stereng keretanya dengan jemari. Menunggu jawapan Q yang tidak sampai-sampai lagi.
            “Q!!!!!” Keyla yang baru turun dari bilik terus menerpa ke arah Q.
            “Kau ni pula kenapa?”
            “Aku lupa nak kena submit thesis aku kat prof aku hari ni. Kau nak buka kedai ke hari ni?” Keyla beriak risau. Q hanya mampu tersenyum.      
            “Payah kan belajar sambil bekerja? Pergilah submit kerja kau tu dulu. Aku memang nak buka kedai hari ni.”
            “Hari Ahad sepatutnya cuti. Kau ni kan. Aku cuti hari ni eh? Tak dapat nak tolong kau.” Muka Keyla serba-salah.
            “Jangan risaulah. Pergi hantar kerja kau  tu dulu. Nanti ada juga yang kena potong markah.” Q tersenyum.
            “Sayanggg kau! Ni kau nak pergi kedai, macam mana?” 
            “Pandailah aku.”
            “Sorry tau.”
            “Takpe. Dah! Pergi cepat!” Q menghalau Keyla. Keyla hanya tersengih dan turut sama memecut laju keretanya ke kampus.
            Ini lagi seorang. Konon sambung master. Tapi tengoklah? Thesis dah sampai dateline baru nak submit. 
            Kerjaya Akira, adakalanya membuatkan Q cemburu. Adakalanya pula, dia gerun. Manakan tidak? Pernah juga tiga hari tak balik rumah semata duduk di hospital. Bila balik rumah, dah macam mayat hidup. Sekali tidur, seharian pun boleh tak terjaga.
            Keyla pula. Rezekinya ada untuk menyambung master. Untunglah anak golongan berada. Bolehlah bapa nak tanggung semua. Tapi dia juga pandai jaga diri. Dia juga membantu Q di kedai. Hasil keuntungan, dibahagi dua.
            Q? Sejak ibu dan ayahnya meninggal kerana kanser, dia terpaksa hidup berdikari. Dulunya, dia anak manja. Tidak tahu itu dan ini. Melepaskan impiannya sebagai seorang doktor, untuk menjaga kedai peninggalan ibu dan ayahnya dan adik-adik yang masih mentah.. bukan sesuatu yang mudah.
            Tiga orang adiknya yang masih bersekolah dijaga dengan baik. Mudah juga bila adik-adik masuk asrama. Tak pening kepala sangat. Tapi bila tiga-tiga dah cuti, memang haru rumah sewa mereka. Selalunya dua minggu sekali mereka akan pulang. Begitu juga dengan ibu bapa Keyla dan Akira. Mereka akan datang dua minggu sekali dan berseronok dengan adik-adik Q.
            Ibu bapa Keyla dan Akira juga ibu bapa Q dan adik-adiknya. Nilai persahabatan, tiada bandingan kan?
            “Awak.” Kejut Fahmi.
            “Ah.. ye.”
            “Senyap aje.”
            “Hmm. Awak boleh tolong tak?”
            “Tolong apa?”
            Q malu. Tapi.. alang-alang Fahmi nak datang menayang pelekat P nya, kenapa tidak untuk minta bantuan dia?
            “Datang lah rumah. Kejap lagi saya bagitahu. Awak tak busy kan?”
            “Taklah. Budak lepasan SPM, mana ada busy.”
            “Mak kasi ke?”
            “Mak? Oh. Hari ni mak dengan abah pergi luar negara. Bercuti.” Tipu Fahmi. Q berkerut dahi.
            “Bercuti? Awak tak ikut ke?”
            “Tak. Malaslah. Lagipun duduk kat sini lagi best. Boleh selalu tengok midnight movie.”
            “Jangan kerap sangat keluar malam.” Pesan Q.
            “Haha. Baik.”
            “Nak datang bila?” tanya Q.
 
            “Sekarang?”
            “Okay.”
            “Nanti dah sampai, saya call. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Talian dimatikan. Haih. Berani pula kau nak minta tolong orang yang kau baru kenal sehari, Q. Hmm.

            Q lantas naik ke bilik dan menukar pakaiannya sementara menanti Fahmi datang.

7 comments:

  1. hahha tgh bayangkan rupa fahmi yang baby face heheh

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahaha... comel sangat fahmi.. tgh bayangkan muka dia.. hehehe... mungkin ada rupa kim soo hyun kot.. hehehe :)

      Delete
    2. Akk, update la cita ni kat wattpad.. Pleasee 😌

      Delete
  3. Haha, mak cik gerhana! Malunya pasal benda 4 segi tu... ~~"

    ReplyDelete
  4. Fahmi tu, Mario Maurer, aktor Thailand tu ke? Yaw~~~ Saya suka dia sangat-sangat! ok pengsan! :P

    ReplyDelete