Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, December 20, 2015

DIY LIPBAM MATTE

Assalamualaikum.
I ada masalah dengan my lips which I always always and always got chapped lips. Bila dah terkupas sana sini tu, mana selesa. So tangan ni gatal je nak cabut the dead skin.

Tapi! I love love loveee the color of SILKYGIRL  matte lipstick (siren red). The thing is, bila pakai siren red ni, macam nak suruh orang dari jauh yang pandang tu berhenti on the spot. MERAH TANDA BERHENTI! Hahaha. So the color is too bright. Sometimes I tekap-tekap je so that the color tak la stricking sangat nyahh.

Of problem statementnya kat sini, bila keluar mana-mana, I need to bring two things and use two items. Lipstick and lipbam. Tak efficient kan? Nak kena bawa dua barang gundu gandah sana sini. So..

I cantumkan the two things. Which are :
 vaseline

 
silkygirl matte lipstick(siren red 03)


Cara ?
1.    Keluarkan Vaseline about ½ spoon.
2.    Potong about ¼ matte lipstick siren red (tak kisah la korg nak kaler apa)
3.    Then cairkan atas senduk. Haa I pakai senduk mak I you. Nasib tak kena kejar dengan mama je ni.
4.    It takes time about 10-20 seconds only to melt. Pastu stir.
5.    Masukkan dalam bekas.
6.    And masukkan dalam peti ais. I bubuh tempat beku sebab nak cepat. Tapi lepas tu dah boleh biar kat luar. Takdenya dia nak melting-melting dah. So done.

 
nampak ada a drop of air kan? tu hasil ketidaksabaran menunggu lipbam untuk berada di room temperature. hhahahahahahahaha okbye

tapikan..

I also got another remedies to cure the chapped lips. Smoothen the lips. Hilangkan the dead skin. Make your lips plumpyyyyy.
Next time I ajaq you. Hahahha. Okeh bye.




Saturday, October 3, 2015

Exp DAY 1

Assalamualaikum.

So, I have this kind of problem which when I was in high school, I got pimples and scars. Especially on my forehead. I can't recall what I did to make it disappear. But in those days, I got a really white skin. Not so white macam albino tu. Tapi just nice lah. And sekarang I rasa pelik sebab during my first semester in Diploma, I balik kampung and my maklong said.. "Ain, kenapa dah hitam?" I thought it was natural sebab yelah I pergi balik kelas jalan kaki kot. sila google hostel ke kampus KPTM Bangi macam mana. dude, I balik kelas on 2 pm kot. matahari tengah mencacak kot time tu. and I don't wear any cream on those days sebab rasa macam sekolah tau. waktu sekolah mana terhegeh-hegeh nak pakai krim, nak jaga muka semua. Jadinya, I don't take it seriously and biar je.

And then, I just recall that my classmate during school time said, I got really white skin, kalah chinese. So from that I've  thought. Hitam sangat ke weh?

Now, I'm in 6th semester of degree and I've been trying so much products . so much I tell you, you're not gonna believe me. just to hilangkan the sunburn. I dont know nak panggil sunburn or what. This semester I nekad nak try the natural remedies yang dorang kata good for skin, makes the pore smaller, brighten your skin blablabla. kenapa gigih try nak putihkan kulit bagai?

Well it hurts me bad in the inside when my own brother said that, 'Adik, kaki kau putih tapi muka kau kenapa macam kerja buruh?' setiap kali mandi, i see in the mirror, the difference between tangan and muka. wahh. I rasa menyesal didnt care about the sunburn at the first place.

Yang, first time try benda natural tak terus nampak result. it takes time. so i will do this for 100 days. 3 months gitu.
So. this is my experiment.

2/10/2015
I tried to scrub my face using SUGAR, HONEY and LEMON. mix it up. and scrub your face. leave it for 30 minutes. tengok movie, buat assignment, and later on, cuci! and after that cuci dgn pencuci muka. I use rose soap from @by_myna. super great i tell you.
 
ig : @by_myna

I tried hard supaya tak ada physical contact dgn muka. which is, tak pegang-pegang muka. as we know that our hands full with bacteria kan. dok pegang sana sini. tangan tu gatai nak cubit daun sana sini. sentuh lantai la, sentuh dindinglah. kan kan?

and after cuci the face, ni I buat malam (scrubbing) I put on some MAGIC JELLY. and LUMINOUS NIGHT CREAM. magic jelly claimed that they are producing natural product containing alovera and cucumber if im not mistaken. colour dia jernih macam ayaq but texture dia jelly-jelly. whereby luminious product pun claimed to be natural base ingredients. seriously i really got oily skin bila bangun tdoq. tapi after use this two products, bangun pagi mmg takde minyak. dont sleep without cleaning your face. sebab esok pagi bangun memang akan berminyak.

 
ig : @dibaheir / @deeba_hq

 
ig : @loveramalaysia


I jenis yang really-really-realllyyy susah nak minum air masak. so during this day, i only minum suku air mineral dari botol besar. (1.5l) jgn ikut gaya hidup ni. i'm trying to drink more.

Kesan :  I feel smooth on my face. kalau orang yang tak scrub muka tu.. like never try to scrub their face, cubalah. you akan rasa the big difference. your skin gonna be so much smoother than before. result is SMOOTH SKIN for first day. tapi yeh, dah lembut tu jangan gatai tangan dok belai-belai muka. hahaha.

this is not a paid review. this is my experiment.

dulu i used to use pharmacy products such as Biore, Nivea, Garnier etc etc. sekarang kenapa lebih suka beli product online yang kita sendiri tak sure dia ni betul berkesan ke tak. kan?

I use the testimony. sebelum beli product, tengok testimoni. but sometimes it doesnt work well on your skin. so far, these things works well on me. BUT. the sunburn still tak hilang. until my face skin tone sama dengan tangan dan kaki, i will not stop to get the better skin. i do take supplement such as collagen. i dont know why it doesnt work on me. i pernah try Olicandy. tak jadi apa pun. I ada rasa nak try Kcolly tapi ada some people yang ada bad experience about it. such as period tak datang langsung lah apa lah. benda makan kan, so bahaya sikit sebab dia affect dalaman.
 thats why i did the scrub things. so kita tengok ajelah nanti how it will turn out to be.

 
current skin. 
so the experiment starts nowwww !


Tuesday, September 8, 2015

Pre-Order Novel

Assalamualaikum.

Yes. Aah. Betullah tu. Dah berhabuk dah blog dibuatnya. Since sibuk sangat dengan belajar kan.

So, ada yang whatsapp tanya if ain ada amek order lagi ke tidak. Haritu dah close kan. tapi sekarang, ain nak buka balik since sekarang takde kerja nak buat kan. hiks

order and payment ni start

9/9/2015 - 16/9/2015 

kindly whatsapp me for details at 017-2290456

Dendam Cinta - RM 30 (exc postage)

Cinta Kontrak - RM 20 (exc postage)

Be My Wife - RM 22 (exc postage)

postage SEMENANJUNG (RM 6),
postage SABAH SARAWAK (RM 9)


Orang kata, penulis ni bagi inspirasi pada pembaca. Tapi for me, readers are the strongest influence in my stories. they inspired me the most. and my name being acknowledge because of the readers. and for that, i thanked to all the readers. seriously, without you guys, writer is no.bo.dy. :)


Monday, March 30, 2015

Dendam Cinta ONBOARD!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Untuk readers yang tanya Dendam Cinta dah ada kat pasaran ke belum...

the bad news is..

takde lagi untuk bulan MArch.

the good news is,

ada untuk bulan April .

Alhamdulillah.

:)

Readers, I wont be here if it's not from you guys. 

so, Thank you ;)

mucho mucho thank you :)

grab your Dendam Cinta in this April now for RM30.

may it satisfied you :))

boleh dapatkan daripada ain sendiri.

whatsapp @msg 0173629737

muahahhahah.

Sinopsis :
“Alfan dengan Dyla dah habis. Maaflah. Dyla memang tak pernah suka kat Alfan pun sebelum ni. Maaf bagi harapan.”
“Dyla tahu Alfan tak pernah pandang perempuan lain selain Dyla, kan? You are my first love! Waktu Alfan nak SPM, kenapa baru sekarang bagi tahu?”
Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan.
“... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way.” - ALFAN
“... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!” – DYLA
Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan… melamarnya di hadapan orang ramai!
“Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak.”
“Kita bincang lagi sekali, okey?”
“Awak putuskan pertunangan kita untuk lelaki lain. Ni tak adil!”
Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut ‘okey...’ Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit.
ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu.
“Aku nak makan apa, nak minum apa, that’s not your concern. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing.”
Namun, benci itu perlahan-lahan dihurung satu rasa yang tak pernah hilang dari hati Alfan. Kerana dalam falsafah cinta, paradoksnya, dendam itu cinta dan benci itu sayang.
“Tak banyak bintanglah malam ni.”
“Awak nak bintang ke? Meh nak ketuk kepala awak dengan kasut. Kejap lagi ada bintang pusing-pusing kat kepala awak.”
“Awww! So sweet of you.”
Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya.
“Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?”
“Cinta...”
“Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa.”
Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta?


Thursday, March 19, 2015

Eccedentesiast

 

Heyr langut melihat ke langit. Cahaya matahari yang mengena matanya menampakkan warna matanya yang sedikit coklat. Angin yang bertiup lembut membuatkan kepalanya terasa tenang dan dia terlelap seketika.
                Tidak sampai beberapa minit, dia terasa sedikit hentakan mengena kakinya yang melunjur di atas padang hijau milik bumi Amsterdam. Pantas Heyr membuka matanya untuk melihat apa yang sedang berlaku.
                “Sorry.” Beritahu gadis itu. Buku-buku yang bertaburan dikutip semula. Heyr bangun dari pembaringan dan duduk bersila sambil membantu mengutip buku yang bertaburan.
                “It’s okay.” Katanya.
                Gadis itu senyum dan berlalu apabila buku-bukunya sudah kembali terkumpul. Heyr mengurut sedikit kakinya yang terasa sengal dek buku setebal 10 cm terjatuh ke kakinya.
                “Kenapa dengan kaki you?” Syahiran tunduk melihat kaki Heyr yang sedikit memerah. Merah itu jelas kelihatan kerana kulit cerah Heyr.
                “Buku terjatuh kena kaki I. You dah habis kelas?” Heyr bangun dari duduknya dan menyapu punggungnya yang khuatir terlekat rumput-rumput kering.
                “Dah. Jom. I laparlah Heyr.” Ajak Syahiran.
                “You nak makan apa?”
                “Something, Malaysians?”
                “I ada buat sambal belacan kat rumah. Mama datang haritu bawa belacan sekotak.” Sengih Heyr.
                “Sedapnya! I’ve been craving for it.” Syahiran kecur liur.
                “I balik rumah kejap. Pack everything we need, then kita pergi makan kat padang. Okay?”
                “Sounds great.”
                Heyr senyum. Angin lembut menampar rambutnya hingga dia terpaksa menarik rambut ke belakang telinga.
                “I balik dulu. Later I call you.” Beritahu Heyr.
                “Alright Syahira. I love you.” Syahiran melambai ke arah Heyr yang semakin jauh darinya. Heyr hanya menggeleng sambil tersengih. ‘I love you too, idiot.’

MESTI seronok kalau kita kahwin. Hari-hari I boleh makan masakan you.” Syahiran menjilat-jilat jemarinya. Licin pinggannya. Heyr menutup kembali bekas yang sudah kosong. Petangi tu, perut mereka sudah kenyang terisi masakan Melayu milik air tanya Heyr.
                “Banyaklah.” Heyr tepis cuitan Syahiran dibahunya. Dia tahu lelaki itu memang suka sangat menyakatnya.
                “You agak kan, Riryn boleh bermadu tak?” ketawa Syahiran.
                “You nak I sepak you seribu kali baru you nak faham perasaan perempuan ke?” Heyr jeling Syahiran.
                “I tak faham la Heyr. You tell me. Kenapa perempuan lain tak sama dengan you? Kenapa you boleh aje sayang-sayang dengan I without having weird thoughts. Yes, maybe we’re friend since ages. Tapi kenapa tak sama eh?” Syahiran baring di sisi Heyr yang sedang duduk bersila.
                “Cuci tangan you tu dulu.” Heyr menghulur botol air mineral kepada Syahiran supaya mencuci tangannya. Syahiran hanya menghulur tangannya, meminta Heyr yang tolong tuangkan air.
                “Manja.” Heyr mencebik. Syahiran tersengih.
                “Dengan you aje yang I boleh nak manja. Riryn mana layan I.” Beritahu Syahiran. ‘Tinggalkan dia.’ Bisik hati kecil Heyr. ‘Tinggalkan dia, datang kat I.’ Tambahnya lagi. Hati Heyr terguris. Dalamnya menangis. Tapi dia memaksa diri untuk terus tersenyum.
                “Dah kahwin nanti, okaylah tu.” Nasihat Heyr walaupun hatinya mengatakan sebaliknya.
                “I kahwin dengan you lah senang. Nak?” Syahiran bergurau.
                “You need me for what, hah?” Heyr teguk air mineral.
                “You masak sedap. You boleh sembang dengan I 24/7. You faham apa I rasa. You’re just the perfect girl I need.” Mata Syahiran bulat memandang Heyr. Heyr nyata terkejut. Tapi dia segera kembali ke alam nyata.
                “Is that it? Is that all you need?” tanya Heyr.
                “Yup. Just perfect.” Syahiran bangun dari baringnya dan duduk bersila di hadapan Heyr.
                Heyr tenung wajah bersih milik Syahiran. Bibirnya mengukir senyuman manis. “What about Riryn?”
                “Riryn? I love her. But love sahaja tak cukup Heyr.”
                “What about marriage? You said to her, you nak kahwin dengan dia. How will she feels if she knows you’re asking my hand for a marriage?” Heyr senget kepala melihat Syahiran.
                Syahiran terdiam sebentar. Dia kembali baring. Kali ini di atas peha Heyr.
                “I don’t know. I don’t think people need love, Heyr.”
                “Kenapa you cakap macam you don’t need it?”
                “Because I don’t.”
                “Then my Riryn?”
                “Entah. Everyone seems to be so special bila ada partner. I want it too. I want to love, eventhough I know that I don’t need them.”
                Heyr diam sebentar.
                ‘I need them, Syahiran.’ Dalam diam hati Heyr berbisik.
                “Eh bangunlah! Peha I kebas jadinya. Kepala you tu berat.” Heyr menolak kepala Syahiran ke tepi.
                “Heyr, kenapa perempuan taksub sangat dengan cinta? A song from PK said, love is a waste of time. ” tanya Syahiran tiba-tiba.
                “And what the next line said?”
                “I want to waste my time?” Syahiran menjawab.
                “And kenapa dia cakap macam tu?”
                Syahiran termangu. Dia duduk bersila.
                “Syahiran, you sayang parents you?” tanya Heyr.
                “Of course.”
                “It’s called love.”
                Syahiran garu kepala. “Then kenapa I tak boleh act the way I always do? Dengan parents, I boleh aje my mum hear me out. Dengan Riryn, I bagitahu dia.. dia buat apa? Marah I balik. She doesn’t support me at all. Is that love?”
                “Then find people yang boleh act the way your mum did.”
                “Dah jumpa.” Syahiran sengih. Heyr kerut dahi.
                “Who?”
                “You.” Senyum Syahiran.
                Heyr terdiam.
                “I’m joking la Heyr. You kawan I and will always be my one and only best friend.” Sengih Syahiran. ‘Wrong word, Syahiran.’ Heyr paksa diri untuk senyum.
                “Always be my one and only best friend.”
                Terngiang-ngiang ayat itu di dalam kepala Heyr. Gadis itu akhirnya hanya mampu tersenyum. Dia terus mengemas bekas makanan untuk dimasukkan ke dalam bakul.
                “Enough with the nonsense. If I’m your only one best friend, act like one. Tau! Dah! Bangun lah gemuk.” Heyr bangun dari tempat duduknya. Kain yang menjadi alas tempat duduk mereka dikibas-kibaskan sebelum dilipat.
                “Heyr.” Panggil Syahiran.
                “Yup?”
                “I love you.” Senyum Syahiran. Heyr tersenyum.
                “I sayang you juga Syahiran gemuk.” Sempat Heyr bergurau.
                “You balik Malaysia ke nanti?” mereka berjalan pulang sambil Syahiran menolak basikal.
                “Yup.”
                “I tak dapat nak balik. Duit tak cukup. Kiss Malaysia for me.” Syahiran ketawa kecil.
                “You nak pinjam duit I dulu?” tawar Heyr.
                “Nope. Lagipun I dah mintak part time job kat sini.”
                “Kerja apa?”
                “Pastry. Sambil kerja, boleh belajar.”
                “Nanti boleh you buat untuk I.”
                “Yeah sure.”
                Bangunan di hadapan mereka membuatkan dua pasang kaki itu berhenti melangkah. “So, I dah sampai rumah I.” Heyr senyum.
                “Anything, call me.” Pesan Syahiran sebelum Heyr menjawab dengan anggukan dan masuk ke dalam rumah.

TANGISAN dari dalam bilik air didengari Riryn yang sedang sibuk menaip assignment. Bunyi itu sedikit sebanyak mengganggunya untuk melakukan kerjanya. Riryn pantas bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik air.
                “Heyr, you okay ke?” ketukan dari luar pintu bilik air membuatkan Heyr tersentak.
                “Okay. I’m fine.” Heyr baru sedar bahawa tangisannya terlalu kuat hingga membuatkan Riryn tertanya-tanya.
                “You nak I call Syahiran ke?” soal Riryn. Dia sudah sedia maklum bahawa persahabatan antara Heyr dengan Syahiran terlalu rapat seperti adik-beradik. Dia langsung tidak kisah serapat mana pun mereka berdua kerana dia sedar usia hubungannya dengan Syahiran tidak boleh dibandingkan dengan Heyr.
                “No! I’m fine. Truely am.” Tolak Heyr.
                “Okay then.” Riryn telan air liur. Heyr memang jenis yang tak bercerita masalahnya dan memang terkenal dengan senyuman yang sentiasa dibibirnya.
                Heyr kesat air mata menggunakan belakang tangan. Dia bangun dari bath tub dan menuju ke cermin. Mata yang merah diperhatikan. ‘I’ve to stop this. You’ve to stop this, Heyr.’ Monolognya sendiri.
                Kalaulah Syahiran tahu apa yang dia sudah lakukan untuk lelaki itu.

NANTI kalau you dah sampai Malaysia, make sure to call.” Pesan Syahiran. Heyr tersenyum. Riryn di sebelahnya dipandang.
                “I risaulah dengan you guys ni.” Suara Heyr.
                “Kenapa pula?” tanya Riryn.
                “Kau orang kan jenis tak boleh nak berjauhan. Asyik bergaduh aje kalau jauh.” Ketawa Heyr.
                “Syahiran tu. Orang ajak balik sekali, tak nak. Bukannya kita tak boleh nak tolong dia cari duit tiket.” Riryn mencebik.
                “I dah ada plan kat sini la. Balik rumah pun boleh buat apa? At least kat sini, I boleh belajar more skills about pastries.” Syahiran bela diri.
                “Ikut suka you lah. Nanti kalau bergaduh dua ekor ni, jangan cari I eh.” Heyr angkat tangan. Tidak mahu terlibat dengan kisah cinta dua orang ini.
                Riryn ketawa. Begitu juga dengan Syahiran.
                “I’m gonna miss you.” Syahiran merenung anak mata Riryn.
                “Me too.” Senyuman mereka berbalas.
                Heyr yang memerhati dari jauh hanya mampu menyeka air mata yang sudah meleleh ke pipi. Hati ditabahkan.
               
HEYR kerut dahi mendengar apa yang diperkatakan Irdina. Cawan kopi yang berada di atas meja ditenung lama. Dia menghela nafas berat.
                “Heyr. Kau dengar tak ni?” Irdina mengawang-awangkan tangannya ke hadapan wajah Heyr.
                “Kau nak aku cakap apa?”
                “Kau nak atau tidak?”
                “Aku pun tak kenal dia. Ini pun kau yang cerita itu ini. You said he’s fine. Itu dari pengetahuan kau. Kau pun bukan kenal sangat dengan dia. Just dengar cerita dari orang yang kata dia baik and all that. And what, kau nak suruh aku decide samada aku nak atau tidak kahwin dengan dia?” Heyr geleng kepala dan menyedut kopi yang kian sejuk.
                “He’s finding a girl to marry. Aku tanya aje kau. Sebab aku tahu kau memang takde sesiapa pun kan.”
                “Doesn’t mean I don’t have people I admire.”
                “Kau ada ke?” bulat mata Irdina. Heyr mengeluh lemah.
                “C’mon Heyr. Aku kenal kau dah lama. Since kindergarden. Please, satu ni aje kau cerita kat aku.” Rayu Irdina.
                “Alright, tapi kau janji dengan aku satu benda. Benda ni masuk ke dalam perut kau. Sampai bila-bila.” Heyr tenung dalam-dalam mata Irdina hingga gadis itu beria-ria mengangguk.
                Setelah setengah jam mendengar kata-kata dari mulut Heyr, Irdina terbeliak matanya. Dia hilang kata-kata. Air matanya meleleh. Heyr hanya ketawa.
                “Gila kan aku?” Heyr ketawa lagi.
                “Macam mana kau boleh buat benda ni, Heyr? Macam mana kau boleh...” Irdina pegang tangan Heyr. “Now, kau nak buat apa?”
                Heyr hanya senyum. Matanya tidak tersenyum selebar bibirnya. Irdina sedar akan itu.
                “My suggestion, meet this guy.” Beritahu Irdina.
                “And what?”
                “Cure your heart.”
                Heyr senyum lagi. “Tak perlu rasanya.”
                “Try. You need to try. Things won’t happen without trying.” Nasihat Irdina. Heyr hanya senyum hambar.

BERHARI-hari Heyr memikirkan apa yang diperkatakan Irdina. Hatinya berat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Panggilan jauh dari Amsterdam. Bibir mengukir senyuman.
                “Hi gemuk.” Sapa Heyr.
                “Hi kecil. Tengah buat apa?” tanya Syahiran.
                “Nothing much. You call I ni kenapa?” Heyr mengambil tempat di atas katil.
                “Saja. Rindu kot.”
                Heyr ketawa. “You dah call Riryn, baru nak call I kata rindu. Puihh.”
                “Nope. I didn’t call Riryn yet.” Jawapan Syahiran membuatkan Heyr terkejut.
                “You sepatutnya call dia dulu.”
                “Tapi you lagi penting dari dia.”
                “Hey! Watch your words.”
                “What?”
                “Syahiran, you have to learn how to love. Correctly. Assalamualaikum.” Heyr jadi sakit hati dengan cara Syahiran. Riryn juga kawannya. Dia tidak mahu Riyn turut sama rasa apa yang dia rasakan.
                Syahiran tenung telefon bimbitnya. Dia gigit bibir. ‘Aku salah cakap ke?’ Sebiji kek di hadapannya ditenung lama. Nama Heyr terukir di atas kek itu, bukan Riryn.
                “Heyr, aku rasa aku dah belajar what is love. And I want to love you, correctly.”

BUNYi sunyi dari dalam kedai membuatkan Heyr sedikit resah. Dia fikir sekali lagi. Adakah betul keputusannya ini? Separuh hati mengatakan tidak. Separuh lagi iya. Selepas sepuluh minit menanti, akhirnya Heyr angkat punggung untuk keluar dari kafe itu.
                “Heyr?” tegur seorang lelaki. Heyr kerut dahi.
                “Saya Khairil. Panggil Airil.” Lelaki itu berdiri di hadapan Heyr membuatkan Heyr kembali duduk.
                “Sorry saya lambat.” Sopan Airil mengucapkannya. Heyr perhatikan pakaian lelaki itu. Kemeja putih dah cantik. Tapi lengan sudah berlipat hingga ke paras siku. Tali leher tidak ada. Butang baju kemeja sudah terbuka sedikit.
                “Saya faham dengan pandangan awak. Sorry, pakaian saya macam ni. Saya tak balik dari ofis sejak semalam.” Jujur Airil. Heyr kerut dahi.
                “Awak mandi ke tidak?” soalan pertama yang muncul dari mulut Heyr. Airil jungkit kening. Heyr picit hidungnya.
                “Rasanya tak sempat kalau saya nak balik rumah untuk mandi, kemudian datang kat awak. Ini pun dah lambat 10 minit, awak dah nak pergi.” Sinis bunyinya.
                “Well, you should be punctual for the first impression.” Pesan Heyr.
                “Usually I am.”
                “But today you’re not.”
                “Is my puntuallity will be the reason we’re not having a good conversation?” Airil berwajah risau.
                Heyr ketawa. “No. Tapi ketidakmandian anda itu yang akan menjadi masalah.” Heyr senyum sinis.
                “Saya off hari ni. Boleh awak tunggu few hours before kita betul-betul ada conversation yang selesa?”
                Heyr hela nafas lemah.
                “I’ll pick you up.” Airil menambah. Heyr kerut dahi.
                “At your home. Sekarang, saya hantar awak ke rumah. Boleh?” cadang Airil.
                “If I say no?”
                “I’ll make sure to make it up with you next time.” Senyum Airil. Heyr terkedu.
                “And if I insist?”
                “I’ll come to your house to propose.” Jawapan Airil mengejutkan Heyr.
                “Kenapa?”
                “Cz I think I’m in love.” Jawapan jujur dan berani Airil membuatkan Heyr hilang kata-kata untuk seketika.
                “Awak tak kenal saya. Saya tak kenal awak. Awak baru jumpa saya, saya baru jumpa awak. How can you said you love me?”
                Airil ketawa. “I think.”
                Heyr ketawa dan akhirnya bangun dari kerusi. “Nice to meet and know you. Balik rumah, mandi ye.” Terus Heyr keluar dari kafe itu. Dia menghela nafas lemah.
                Airil masih duduk di kerusinya. Bibirnya mengukir senyuman.

“SO?” Irdina melekapkan telefon bimbit ke telinganya. Tidak menyabar untuk tahu apa perkembangan antara Heyr dan Airil, lelaki yang dia sarankan untuk bertemu atau nama lainnya, ‘blind date’.
                “So apa? Dia terlalu straight forward. Not my type. Jadinya aku terus balik.”
                “Seriously? Kau ni kan!”
                “Apa? You said give it a shot. And I did. And I don’t like it.”
                “Dia ada rupa, not so bad. Tak la hensem gila macam Syahiran. Tapi kategori hensem juga la. Baik, bekerjaya and lagi matang dari kau. Itu yang kau perlukan.” Suara Irdina.
                “No. Aku tak cakap pun aku perlukan yang macam tu.”
                “Memang kau tak cakap, tapi..”
                “Dina, enough. Aku ada assignment yang aku nak kena buat. Cuti aku tinggal berapa minggu aje lagi and aku nak manfaatkan cuti ni sebaiknya.”
                “Heyr..”
                “I’m fine. And will be fine. Assalamualaikum,Dina.” Talian terus dimatikan.
                Heyr mengeluh dan terus berbaring di katilnya. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering lagi. Dengan lemah, dia mengangkat.
                “Enough Dina. I’m gonna love Syahiran no more!” rengus Heyr.
                “Heyr?” suara Riryn di hujung talian membuatkan Heyr terkesima.
                “Heyr, you cakap apa tadi?” mata Riryn sudah bertakung dengan air mata.
                “Ryn..” Heyr pejam mata.
                “Syahira Arina, please stay away from us.” Talian terus dimatikan.
                Riryn terus menarik bantal rapat ke wajahnya. Marahnya meluap. Beberapa minit lepas, Syahiran baru sahaja menelefon dirinya. Bukan untuk bertanya khabar. Tetapi untuk menghabiskan hubungan mereka. Jenuh dipujuk, Riryn sanggup pula untuk ambil tiket segera pulang ke Amsterdam.
                Tetapi Syahiran menolak dan memberitahu perkara yang dia langsung tidak menjangkakannya.
                “I love her, Ryn. I truely am. I love Heyr.”
                Kata-kata itu menikam dalam jauh ke dasar hatinya. Dia sangka Heyr kawan baik Syahiran yang pasti tidak akan menerima cinta lelaki itu atas dasar nama kawan baik. Tetapi dia silap. Bila tahu Heyr turut sama mempunyai rasa yang sama, dia jadi benci kepada kedua orang manusia itu.
                “Fuck you two!” telefon bimbit dibaling tepat ke arah dinding. Berderai telefon itu.

MATA Heyr terbuka luas apabila deringan telefon bimbitnya mengejutkan tidur lenanya. Jarum jam dilihat. 1.34 pagi!
                “Hello?” suara Heyr serak.
                “Saya kacau tidur awak ke?”
                “Yup.”
                “Sorry. Ini aje masa yang saya ada. Itu pun baru habis kerja.” Ketawa Airil di hujung talian.
                “You said hari ni off day.”
                “Well, Off day untuk luangkan masa kenal awak. Tapi dah awak cancel, so saya pergi kerjalah.” Senang jawapan Airil.
                Heyr hanya diam. Bibirnya mengukir senyuman.
                “How about weekend ni kita jumpa? To make up dengan tadi?”
                “I’m not interested.”
                “Saya boleh bawa awak makan at the best bakso.” Pancing Airil. Heyr kerut dahi.
                “Macam mana awak tahu?”
                “Irdina.” Sengih Airil.
                Heyr juling mata. “Sekali aje.” Heyr akhirnya bersetuju. Airil senyum di hujung panggilan.
                “Thank you.”
                “For what?”
                “To give me the second chance.”
                Heyr diam.
                “Hello?”
                “I’m not giving you any chance. Don’t have high hopes.”
                “Heyr.”
                “Yes?”
                “Goodnight.”
                “I don’t goodnight-goodnight people. Bye.” Heyr mematikan talian. Dia tenung syiling. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi Riryn, tetapi talian masih tidak menyambung. Heyr hela nafas berat. Dia kembali melelapkan mata.

AIRIL merenung jam tangannya. Terik matahari membuatkan peluh merenik di dahinya. Sudah dua kali dia melihat jam tangannya. Rasanya biji matanya lihat angka yang betul.
                “Sorry saya lambat.” Heyr berdiri tegak di hadapan Airil yang duduk di stesen bas.
                “You’re 30 minutes late.” Beritahu Airil.
                “Well, awak buat saya tunggu awak for 10 minutes, saya balas triple. That’s how I work.”
                Airil pandang Heyr. “And are you sure nak naik public transport?”
                “It’s fun. Jom.” Seluar jeans Heyr dipadankan dengan baju chiffon yang labuh ke peha. Begnya disilang ke tubuh. Kasut snickers setinggi 2 inci membuatkan dirinya kelihatan tinggi.
                Dari KLCC, mereka menaiki LRT menuju ke Kenanga.
                Heyr perasan ada mata-mata yang memerhatikan mereka berdua. Manakan tidak, Airil memakai kemeja, sedangkan dia? Casual!
                “Engineer macam awak memang takde pakaian lain selain kemeja ke?” sinis soalan Heyr.
                “I thought..” baru Airil hendak menjawab, pintu LRT sudah terbuka.
                “Jom.” Ajak Heyr.
                “Kenapa awak desperately nak cari calon isteri?” tanya Heyr lagi.
                “Well, saya dah ada kerja, dah ada all the things I needed. I just need a wife to fill in the house, my car, my heart.”
                “Why don’t you find one? Kenapa kena tanya orang untuk pasang-pasangkan awak?”
                “Sebab, orang yang orang lain suggest sometimes might be the good one.”
                Heyr pandang Airil yang sedang berjalan di sisinya.
                “You’re old. Apa yang awak fikir that I’m gonna agree to marry you?”
                “I’m not that old. 28 takdelah tua mana.”
                “I’m 23. 5 years younger. Our gears might not fit well.”
                “Itu sebabnya you, youngster need to find a man that is older than you to fix your attitude.”
                “Attitude? What’s wrong with our attitude?”
                “Saya pun pernah muda and I know how it feels. Ada yang tak reti jaga their attitudes.”
                “Awak nak kata that my attitude is not good enough?”
                “I said, kebanyakan.”
                Heyr senyum.
                “Kalau awak ada urgent work, and your wife kat rumah minta you balik for some small things macam period pain. Will you be home?” soal Heyr tiba-tiba.
                “Of course. Family first.”
                “Then your work?”
                “Work can wait.”
                “Kalau awak kena pecat sebab sikap awak yang macam ni, macam mana?”
                “Then I’ll find another place to work.”
                Heyr senyap. “I’m a shopaholic. Kalau awak diberhentikan sebab benda remeh macam ni, awak akan susah untuk tanggung saya. Because I need money 24/7.” Kaki mereka melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah Kenanga.            
                Airil senyum sahaja.
                “Are you sure, family first?” soal Heyr lagi.
                “Yup.”
                “Hello, I’m asking you if you’re in this attitude, I’m not gonna marry you.” Heyr berdiri di hadapan Airil membuatkan kaki lelaki itu berhenti melangkah.
                “What to do? Family is my priority.” Sengihnya.
                Heyr hanya mendiamkan diri dan terus melangkah.
                “Saya suka best friend saya.” Beritahu Heyr tiba-tiba.
                “Always be my one and only best friend.” Kata-kata Syahiran terngiang-ngiang di dalam kepalanya.
                Airil menoleh ke sisi. “Is that the reason awak setuju untuk semua ni?”
                “Yup.”
                “Awesome.”
                “Awak marah?”
                “Nope.”
                “Seriously?” Heyr pelik.
                “What do you expect from love? Tak boleh jangka kot benda-benda macam ni. You can’t ask Allah to tarik awak punya emosi rasa cinta tu. Nope. Can’t do that. Dah jadi lumrah dalam hidup kita. Sebab tu lelaki kahwin dengan perempuan. Sebab tu antara lelaki dan perempuan ada magnet yang membuatkan kita tertarik. You can’t deny love and you can’t run from it.”
                Heyr hanya mendengar.
                “But you can try to learn.” Airil menoleh ke sebelah. “Kalau awak rasa awak memang takkan ada peluang untuk awak dengan orang yang awak suka, mungkin itu bukan jodoh. So try untuk usaha cari jodoh awak. Try to love someone else. Maybe orang yang berdiri depan awak.” Airil sengih. “Atau orang yang berdiri di sisi awak. Kanan atau kiri. Atau belakang. Atau yang sekarang ni ada di bumi Bangladesh, atau Pakistan, atau New York, atau Alaska. Who knows?”
                Heyr senyum.
                “All you need is to give yourself the second chance.”

HEYR bersandar di katil. Ada benarnya kata-kata Airil. Sebelas tahun dia mengekori Syahiran. Atas dasar nama kawan baik. Ke mana sahaja Syahiran pergi, dia ikut. Keputusan UPSRnya cemerlang, berpotensi untuk terus masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi dia tolak. Semata untuk bersekolah di sekolah yang sama dengan Syahiran.
                Masuk sekolah menengah, sanggup ambil aliran yang dia tak minat.. semata untuk sama kelas dengan Syahiran. Hingga belajar ke luar negara, dia sanggup berusaha keluar masuk rumah untuk menguruskan pembelajarannya di luar negara. Hanya untuk bersama dengan Syahiran. Tetapi apa yang lelaki itu tahu? Semua ini seakan takdir katanya. Dia sangka ini semua kebetulan.
                Kata-kata Riryn tempoh hari juga segar diingatannya. Dia perlu buat keputusan segera. Heyr bangun dari katil dan melihat tubuh badannya. Dia perhatikan dari atas sampai bawah. Kemudiannya dia mencapai telefon bimbit.
                Nombor Irdina didail.
                “Dina..”

SUASANA riuh di dalam rumah dek anak saudara yang berlari ke hulu ke hilir membuatkan kepala Heyr pening. Riryn berdiri di hadapan Heyr yang sedang duduk di birai katil.
                “I harap you buat keputusan yang betul.” Kata Riryn.
                “I will.” Heyr dongak memandang Riryn. Mata gadis itu merah. Lantas tubuh Riryn dipeluk.
                “I minta maaf. I minta maaf.” Berulang-ulang kali Heyr meminta maaf. Riryn hanya berdiam diri dan akhirnya dia tewas. Air mata mengalir jua.
                “Congratulations on your engangement.” Ucap Riryn. Heyr menitiskan air mata mendengar ucapan itu.
                “I nak minta you tolong rahsiakan dari Syahiran pasal perasaan I.” Minta Heyr.
                “Don’t worry. I love him. I will never let you have him.” Jujur sahaja ungkapan Riryn.
                “I hope this doesn’t come between us. I dah bertunang dengan Airil. Will be getting married soon.. So..”
                “Heyr. Just ingat diri you tunangan orang and limit yourself from Syahiran. Plus, you dah bertudung. You can’t hang out like usually you do with Syahiran alone. You’ve fixed your inner beauty, so please..”
                Heyr mengangguk. “Your big steps will help me too, Heyr.” Sambung Riryn. Heyr senyum nipis. “Be happy with your choice. Don’t snatch milik orang lain.”
                Heyr hanya diam. Kata-kata Riryn tidak putus-putus sinisnya.
                “I will. I will be happy.” Janji Heyr.

“HEYR!” Syahiran terkejut apabila melihat kelibat Heyr di lapangan terbang. Rambut gadis itu tidak lagi kelihatan. Riryn di sebelah Heyr terus berlari mendapatkan Syahiran.
                “She got engaged last week! She makes her big step!” beritahu Riryn tiba-tiba. Syahiran kelu. Heyr hanya senyum.
                “I nak ajak you. Tapi you jauh sangat. Lagipun you kata you takde duit nak balik Malaysia kan? And plus, tunang aje. Tak buat besar-besaran pun. Nanti kahwin, make sure to come.” Heyr ketawa. Tapi siapa tahu dalam hatinya?
                “Er.. Congratulations.” Lambat-lambat Syahiran mengucapkan.
                “Thank you. I’ll be looking forward for you guys.” Senyum tidak lekang dari bibir Heyr.
                “Sure.” Syahiran hanya menunduk. Heyr terus berjalan keluar dari lapangan terbang.
                “Dia dah jadi tunangan orang. Dia tak tahu pasal awak. So please, don’t break her heart. You know it’s gonna be hard for her kalau dia tahu apa yang awak rasa.” Pesan Riryn.
                Syahiran diam. Tubir matanya sudah bergenang dengan air mata. Riryn hanya memerhati. Jantungnya seakan ditikam-tikam ketika itu juga.

SEBULAN Heyr menjarakkan diri dari Syahiran dan dia mula mendekatkan diri dengan kumpulan usrah dari Malaysia. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya tentang gelaran yang dia sandang kini. Walaupun setiap hari seakan neraka baginya. Hatinya jadi sakit setiap kali bertentangan mata dengan Syahiran. Dan begitu juga dengan Syahiran.
                Sehinggalah lelaki itu tidak mampu untuk menanggungnya lagi.
                “I tahu salah. I tahu ini salah. But I’ve learnt my mistakes, Heyr. I love you. I bukan Cuma perlukan you, tapi I love you. Since you balik Malaysia, I realize what is love. Bukan masalah kalau I jauh dengan Riryn if I do love her. Tapi you. Even you jauh dengan I, you make me stronger. You make me want to do something for you. You make me realize that you’re my home.” Air mata Syahiran meleleh ke pipi. Heyr terkesima.
                “Syahiran, I tunang orang.” Beritahu Heyr.
                “I know Heyr. Tapi you belum terlambat to cancel all that. You belum ada ikatan yang sah.”
                “You know it’s haram for you to propose tunangan orang kan?”
                “Syahira Arina, I really-really-really love you.” Syahiran melutut hingga ke lantai.
                Air mata Heyr meleleh. “I love Riryn. And I love you too, as a friend. Ingat, always be my one and only best friend.” Heyr ungkap semula kata-kata Syahiran.
                “But I love you, Heyr.”
                Heyr gigit bibir. “I got to go.”
                “Heyr! Heyr!”
                Heyr seka air mata dengan balik tangan. ‘Kenapa sakit sangat, Ya Allah.’

“TIME will heal.” Airil menyua cawan berisi air teh nipis kepada Heyr. Gadis itu tersenyum hambar. Airil terus mengambil tempat di belakang Heyr. Tubuh itu dipeluk rapat.
                “Susah awak nak terima abang mula-mula. Tapi trust me, I will do as I’ve promised and will never hurt you.”
                Beberapa jam yang lepas, mereka sudah sah bergelar suami isteri.
                “Eccedentesiast. People who hides pain behind a smile. And I don’t want you to be that.” Ujar Airil. Bibirnya mengucup bahu Heyr.
                “But it hurts me.” Beritahu Heyr dengan air mata yang berlinangan.
                “I know. Allah have better plans for you. Trust Him.”
                Heyr toleh ke belakang. Terus tubuh suaminya didakap.
                “Abang pernah cakap dulu kan, family is my priority. Sampai Heyr habis study, abang akan teman Heyr kat Amsterdam. So that you don’t feel alone, and pain.” Senyum Airil.
                Bibir Heyr menggeletar menahan sebak.
                “Thank you.”
                “My pleasure.”
                “Tapi nanti abang tak kerja.” Heyr mengongoi di dada Airil.
                Lelaki itu senyum. “I’ll find a job. Part time. You don’t know me fully. Actually I’m kinda capable of doing anything. Abang akan cuba penuhi your shopaholic behavior.” Sengih Airil.
                “I’m not lah. I’m just testing you.” Ketawa Heyr dalam tangisnya.
                “Ahh. Leganya.”
                “Abang!”
                Senyum Airil melebar. Heyr termenung seketika. Allah do has better plans for me. Thank you Allah.