Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, February 11, 2013

(cerpen) DOKTOR VS PESAKIT



Akira memeluk tubuh memandang orang gaji yang sedang mengurut kakinya. Pandangannya tajam. Terasa bagai nak terkeluar bebola matanya merenung orang gaji itu. Hinggakan bibik itu takut-takut untuk untuk menelan air liurnya sendiri.
                “Tak pernah urut kaki eh? Aku pun boleh buat macam ni!” marah Akira. Kakinya digoyangkan hingga hampir tercucuk ibu jari kakinya ke mata si bibik.
                “Maaf bu. Jari saya enggak kuat lagi untuk picit. Udah tiga jam saya di sini mengurut. Saya belum solat Zohor lagi bu.” Takut-takut suara itu.
                “Selagi kaki aku ni sakit, jangan harap kau boleh berganjak dari tempat kau. Cepat picit!” arah Akira. Si bibik hanya menurut. Jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Waktu Zohor hampir tamat.
                “Bik, pergi solat.” Arah ayah.
                Lantas bibik meletakkan kaki Akira perlahan-lahan dan terus berlari menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan kewajibannya.
                ‘Dulu waktu kau takde kat rumah, tenang aja hidup aku. Sekarang, aku rasa macam nak lari!’ getus hati bibik sendirian.
                “Apa dengan ayah ni? Kaki Akira sakitlah!” marah Akira tidak puas hati dengan keputusan ayahnya.
                “Picitlah sendiri. Bibik belum solat lagi kot. Jangan dihalang orang yang belum solat. Lain lah awak tu, kalau solat pun takde guna. Rambut dah macam kena air karat. Dekat US tu air takde yang jernih ke? Semua karat?” sindir ayah. Akira memeluk tubuh. Geram dibebel.
                “Ni fashion la ayah. By the way, ini bukan colour karat okay! Ini chocolate!” Akira membetulkan.
                “Sedar dirilah Syakira. Awak tu melayu. Kalau hitam rambutnya tu, tak payah nak diubah-ubah. Ayah tengok rambut awak ni macam plastik aje.”
                “Ayah ni banyak membebellah! Semenjak Akira balik rumah ni, tak pernah sehari pun ayah tak membebel, kan? Patutlah mak tinggalkan ayah.” Sindir Akira.
                “Syakira!” marah ayah.
                “Dahlah yah. Letih Kira dengar ayah membebel. Kira nak masuk bilik, nak tidur.” Akira bangun dari sofa dan menuju kebilik. Pintu bilik dihempas kuat.
                Ayah beristighfar dalam hati.
***
2am..
                “Ety, kau ada kat rumah ke?” tanya Akira.
                “Gila kau waktu macam ni ada kat rumah? Aku kat kelab. Kenapa?”
                “Thank God! Ambil aku. Aku tak berani la nak drive. Kepala aku dok nyut-nyut. Entah kenapa dengan kepala ni.” Pinta Akira.
                “Aik? Kepala pening pun still nak keluar? Kau tidur ajelah dalam bilik tu. Karang kau datang sini, joget sana sini, alih-alih pengsan tengah floor kang.” Ety takut pula kalau Akira tiba-tiba pengsan di tengah orang ramai. Satu hal pula. Nanti akan menyusahkan dirinya sendiri yang nak kena angkut.
                “Ambil je la. Aku duduk kat rumah lagi tension aku dibuatnya.”
                “Hmm. Kau siaplah.” Putus Ety.
***
6am...
                “Ya Allah! Macam mana boleh budak ni keluar pulak? Bila masa dia keluar?” ayah risau akan keadaan anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.
                “Pukul 2pagi tadi. Ety dah cakap jangan keluar. Dia kata dia pening kepala. Tapi nak keluar juga. Alih-alih pengsan kat dance floor tadi.” Jawab Ety jujur. Jenuh juga dia mengangkat Akira. Memang menyusahkan!
                “Dance floor? Dia pergi kelab?!” ayah seakan tidak percaya.
                “Erk. Em.” Ety kelu.
                “Dia minum ke?” tanya ayah was-was.
                “Minum? Erk eh tak. Kira tak minum.” Ya, memang Akira tak minum.
                “Baguslah. Thanks hantarkan dia balik.” Ucap ayah. Ety mengangguk. Akira, kau menyusahkan aku betul! Aku baru nak dapat anak ikan tadi! Arghhhh!
***
“Ahh. My head!” Akira menyentuh kepalanya. Dia melihat sekeliling. Aneh. Bila masa bilik aku seburuk ini? White, white white and green?! Akira segera bangun dari katil. Namun perbuatannya disekat oleh tiub yang melekat di tangannya.
                Tiub, baju hijau, bau ubat-ubat. Definitely HOSPITAL!!! Arghhh!!!
                Akira jadi tidak keruan. Kenapa dengan aku? Kenapa??! Aku tak sakit. Aku just sakit kepala sikit aje. Dalam keadaan dia menggelabah, pintu bilik diketuk tiga kali. Akira senyap. Dia menunggu siapa yang masuk.
                “Panik?” tanya TK.
                “Aku sakit apa? Kenapa aku kat sini?” Akira cuba bersabar menunggu jawapan. Namun doktor T.K senyap. Kerjanya hanya menulis apa yang penting. Dia hanya memeriksa itu dan ini. Kemudiannya dia merenung Akira.
                “What? Why?” tanya Akira garang, tapi takut.
                “Just stay here. Jangan ke mana-mana.” Pesan TK. Apa itu TK? Taufik Kassim. Sememangnya dari sekolah hingga menjadi doktor, dia dipanggil TK. Hinggakan tag nama dia juga tertera TK.
                “Why would I do that?” Akira tidak faham mengapa. TK tidak ambil peduli. Dia terus berlalu keluar.
                “Hei! Hei! I’m asking you!” jerit Akira. TK memekakkan telinga dan terus ke keluar dari bilik VIP itu.
                “Stupid moron!!!!!!!!!” makin kuat jeritan Akira. Dia terus mencabut jarum yang melekat di bahagian badannya. Dia mengambil pakaiannya di atas kerusi dan terus menukarnya.
***
“Maaf kalau anak saya akan menyusahkan doktor pada masa akan datang. Tapi saya rasa, biarlah anak saya duduk sini dulu. Bagi dia rasa sikit keadaan dalam hospital. Macam mana orang sakit semua. Baru senang dia nak ingat dosa dia tu.” Ujar ayah.
                “Alright.” TK sibuk dengan analisis kertas di hadapannya.
                “Nampaknya doktor ni busy. Hm.. takpelah. Thanks for your help. Tapi migrain anak saya sikit je kan?”
                “Yeah.” Kata TK tanpa memandang wajah ayah.
                “Okay.” Ayah serba tidak selesa dengan TK. Seraya ayah keluar dari bilik TK, lelaki itu menghempas fail analisisnya apabila telefon bimbitnya berbunyi.
                “What?!” keras suara TK.
                “Sayang, I’m sorry. I janji tak buat lagi.” Kata Adli. Adli? Lelaki? Ya lelaki. Untuk pengetahuan ya, TK is gay!
                “Tolonglah jangan call aku lagi. Nak curang dengan aku, curang terus. Tak payah main drama dengan aku.” Tempik TK sebelum telefon bimbit dimatikan. Adli mengeluh. Kedua lelaki ini tidak nampak seperti perempuan, tapi hati mereka.. entah bagaimana boleh bertaut. Akhir zaman... *sesungguhnya ia dilaknat ya*
                TK menanggalkan kot putihnya. Dia perlu makan. Seharian dia tidak makan. Gara-gara Adli curang, dia yang jadi tak keruan.
***
Kereta TK meluncur laju membelah jalan. Dia melonggarkan tali leher. Butang baju di atas di tanggalkan. Cermin mata dilucutkan. Cermin mana tipu aje tu. Nama pun doktor kan? nak nampak macho, pakailah cermin mata. Tapi tahap kerabunan kosong, kot!
                Mata TK tertacap pada seorang perempuan yang sedang duduk di perhentian bas sambil membuat muncung. Ingat comel sangatlah tu? Perempuan itu memandang kiri dan kanan. Kereta TK melepasi perempuan itu. Tapi..
                Berdecit tayar kereta TK dek brek mengejut. Kereta diundur ke belakang. Tepat berhadapan dengan perhentian bas di mana Akira sedang duduk.
                “Buat apa kat sini? Bukan saya dah kata duduk kat bilik senyap-senyap?” bebel TK apabila tingkap kereta diturunkan. Tangan direhatkan ditingkap kereta yang tinggal suku sahaja.
                Akira menjeling.
                “Jangan nak menyibuk.”
                “What the...” TK meraup muka.
                “Get in!” arah TK. Eh suka hati kau je arah-arah aku. Sebelum ni mana ada orang yang mengarah aku! Kau dah kenapa nak main arah-arah aku?
                “Asal pulak? Suka hati aku lah.” Dingin kata-kata Akira.
                “Masuk sebelum aku drag kau masuk.” Hilang saya-awak.
                Akira menelan air liur. Takut juga dengan doktor ini. Dengan sikap dingin dia, muka garang dia... aish.
                Akira berjalan jua masuk ke dalam kereta TK. Tapi dia duduk di belakang. Tidak biasa duduk di depan. Selalunya drebar yang bawa dia.
                “Kau ingat kau tu tuan puteri gunung Jerai ke? Duduk depan!” marah TK. Aku tengah kusut ni, lagi nak tambah sakit hati. Akira mengetap bibir. Namun diturutkan jua.
                “Put on you seat belt.” Arah TK.
                “Eii! Aku tak biasalah. Selalu aku duduk belakang mana ada pakai tali pinggang keledar.” Keluh Akira.
                “Aku kata pakai, pakai ajelah! Yang kena samannya nanti, aku! Bukan kau.”
                Akira menarik kasar tali pinggang keledar. Protes. “This’s my car, my rule.” Kata TK perlahan. Akira hanya mendengar. Nak melawan, tak guna.
                Akira mengikat rambutnya setinggi-tinggi. Gaya hairbun. TK hanya mengerling sekilas. Akira sedar dia diperhatikan.
                “kau pandang apa? Aku tak berminat dengan kau lah.” Akira bersuara apabila kereta sepi. Tiada lagu, tiada perbualan.
                “Aku pun tak minat kaulah. I’m not interested dengan perempuan. I’m gay.” Jujur sahaja TK berkata. Bulat mata Akira.
                “Kau gay?! Ya Allah! Kau tahu tak berdosa besar homoseksual?!” Akira seakan tidak percaya yang TK ini gay.
                “Mind your own business. Kau colour rambut, biar rambut terdedah, aurat buka sana, buka sini, tak dosa?” sekali dihempap batu besar di kepala rasanya. Akira terdiam.
                “Nama kau apa?” tanya Akira apabila terlalu lama mereka dalam keadaan sunyi.
                “TK.”
                “TK? Apa tu? Teruk dan kurang ajar? Or Too Kolot? Or..”
                “Taufik Kassim.”
                “Ohh.”
                Suasana senyap lagi.
                “Sebenarnya aku sakit apa? Kenapa aku kena duduk kat hospital?” tanya Akira tiba-tiba. Persoalanan yang belum dijelaskan.
                “Kau sakit.”
                “Aku tahulah aku sakit. Tapi pening kepala sikit aje kot. Takkan sampai kena tahan kat wad.”
                “Kronik.”
                Akira terdiam. Terkejut sebenarnya. “Sakit apa?” takut-takut dia menanya.
                “Tumor otak. Sebab tu kau selalu pening kepala. Dah last stage. You just have 6 months from now on. And please, stop talking.” Laju TK berkata. Akira terpempan. Hendak menangis, tapi air mata tak keluar. Terkejutnya melampau.
***
“Pilihlah apa yang kau nak makan. Lepastu kita balik hospital balik.” TK sibuk melihat menu di tangan. Akira hanya senyap. Siapa yang mampu makan bila tahu maut akan datang enam bulan akan datang?
                “kau dengar tak?” TK perasan, Akira senyap sejak dia tahu penyakitnya.
                “Kau makan sama dengan aku, okay?” TK soal lagi. Tiada reaksi. Dia menghembus nafas berat. “Two spaggetti, please.”
                Sepi meja makan mereka berdua. TK dengan masalahnya. Akira dengan rasa tidak keruannya. Makanan tiba akhirnya.
                “Makanlah.” Pelawa TK. Dia cuba berlembut. Tapi tetap kedengaran dingin pada cuping telinga Akira.
                Air mata Akira mengalir perlahan kemudiannya. TK hanya memerhati. Dia bersandar dan meletakkan garfu kembali ke meja yang dialas kain putih.
                “Look. Even maut kat depan mata, you have to eat okay.” Nasihat TK langsung tidak berguna. Air mata Akira makin laju merembes keluar.
                TK garu kening. Dia mengangkat napkin di paha dan diletakkan di atas meja. Lantas dia bangun dan mengambil tempat di sisi Akira. Garfu di sebelah pinggan Akira dicapai. Dicucuk garfu itu ke dalam spaggetti yang berlonggok di dalam pinggan. Kemudiannya garfu itu dipusingkan.
                “Bukak mulut.” Arah TK. Akira merenung TK yang duduk rapat di sebelahnya dengan mata merah berair.
                “Cepatlah.” Gesa TK. Akira menurut. Lantas spaggetti itu selamat masuk ke dalam mulut Akira. Dikunyah perlahan makanan itu. Sempat TK mengelap air mata Akira.
                “Makan bagi habis.” Pesan TK. Garfu kemudiannya di letakkan ke dalam pinggan dan TK kembali ke tempatnya dan memulakan suapan.
                Hanya kedengaran sudu dan garfu berlaga dengan pinggan tebal berwarna putih.
                “Sayang!!” Adli mendekati TK yang sedang makan. Akira terpinga-pinga. Sayang? Lelaki? Oh. Gay.
                “Apa lagi kau ni?” TK hilang selera makan.
                “You still sayang I kan? sebab tu you datang kat restoran ni. Tempat kita selalu keluar bersama.” Adli merenung TK.
                “Look, i’m trying to eat. So please. Kau buat selera aku mati kot!” TK mengelap mulutnya dengan napkin di paha lantas membaling kuat napkin itu ke atas meja. Akira terkejut.
                “Kira, jom.” Ajak TK. Selera Akira baru naik, tiba-tiba disuruh bangun pula.
                “TK, you kenapa? Jangan kata you dengan perempuan ni...” Adli ragu-ragu. TK yang sudah bangun menarik lengan Akira seraya menghadiahkan jelingan tajam buat Adli.
                “I’m not gay now. This’s my future wife. So please..” kata-kata TK membuatkan Akira bertambah-tambah terkejut.
                Akira hanya mengikut ke mana sahaja TK membawanya. Ke mana sahaja.
***
“Hai.” TK masuk ke bilik Akira. Akira meletakkan komik gempak ke tepi katil. Dia tersenyum. Sudah seminggu dia di hospital ini. Hari ni dah boleh keluar hospital.
                Seperti yang TK katakan, dah peringkat akhir. Tak boleh nak buat apa. Operation pun tak guna. Cuma yang peliknya, dia tidaklah selemah orang lain yang mempunyai kanser.
                “Dah ready nak balik rumah?” tanya TK.
                Akira mengangguk. Seminggu sudah cukup merapatkan mereka. Kadang-kadang Akira meneman TK minum kopi di kafe tengah-tengah malam. Kadang-kadang TK meneman Akira di dalam bilik bercerita itu ini. TK tak sedingin sebelum ini. Akira tidak sekurang ajar dulu. Masing-masing sudah mulai berubah.
                “Saya hantar?” TK bertanya untuk persetujuan Akira. Akira berfikir sejenak sebelum mengangguk.
***
“TK, boleh tak kita singgah kedai kejap?” tanya Akira.
                “Kedai apa?”
                “Tudung.” TK mengangguk. Akira membeli beberapa helai tudung. Itulah kata orang, bila kita dah nak tau ajal nak datang, baru tahu nak bertaubat.
                “Kejap lagi kita pergi kedai gunting rambut, eh?” Akira memandang si pemandu di sebelah.
                “Nak potong?”
                “Yup.”
                “Tapi kalau awak potong, mesti pendek paras bahu.”
                “It’s okay.”
                “Kata tak suka rambut pendek.”
                “Takkan nak biar. Solat pun tak sah. Ini pun nasib baik colour bawah-bawah aje. Cuba kalau colour dari atas, mau botak dibuatnya.” Jelas Akira.
                “Okay.”
***
Kepulangan Akira, disambut gembira oleh ayah. Dan ayah sungguh terkejut melihat satu-satu anaknya sudah potong rambut. Tidak lagi berwarna.
                “Ayah, maafkan Kira!” bercucuran air mata Akira.
                “Takpe Akira. Ayah dah maafkan.”
                “Bibik mana?”
                “Ada kat dapur tu.”
                Terus Akira masuk ke dapur. Ayah memandang TK. “Dia berubah sampai macam ni sekali.” Kata ayah.
                “Kalau maut dah nak sampai, macam ni lah. Manusia..”
                Lantas TK dipelawa untuk duduk bersama di ruang tamu. ada perkara yang ingin TK bincangkan dengan ayah Akira. Perkara yang penting.
                “Bibik, Kira minta maaf sebelum ni Kira selalu kurang ajar, kasar dengan bibik.” Akira memeluk tubuh bibik. Terkejut juga bibik itu dibuatnya. Tapi alhamdulillah lah kalau nak berubah.
                “Tidak mengapa bu.”
                “Maafkan Kira tau.”
                “Iya. Iya.”
***
Masa semakin suntuk. Tapi hubungan Akira dan TK makin baik dan rapat. Pada Akira, TK hanya kawan baiknya. Tidak boleh dia jatuh cinta pada lelaki itu. Kerana lelaki itu gay.
                Berkali-kali dia mengingati dirinya. Lagipun, kau tu Kira dah nak mati. Tak layak nak bercinta lagi. Akira memeluk tubuh sendiri. Dingin malam membuatkan dia menggigil.
                Kepalanya sakit lagi. Tinggal sebulan lagi sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir. Tapi kau lega. Aku sudah minta maaf dengan orang yang aku pernah lakukan kesilapan. Dan aku sudah tidak tinggal solat lagi.
***
Riuh rendah di bawah. Akira memisat matanya. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Selepas Subuh tadi, dia terus tidur kembali. Sakit kepalanya makin kuat.
                Akira bangun dari katil dan keluar dari biliknya. Dari balkoni atas, dia melihat ke bawah. Kenapa ramai orang ni?
                Dengan tak mandi, rambut serabai, dia mencari kelibat ayah di ruang atas. Tidak mahu turun ke bawah lagi. Dia sempat menyelak langsir melihat keadaan luar. Matanya menangkap kelibat TK yang sedang mundar-mandir di keretanya. Hanya dia yang ada di situ. Yang lain Cuma kereta yang terparkin kemas.
                TK?! Apa TK buat kat sini?
                “Ayah? Ayah??” Akira menjerit memanggil ayahnya.
                “Ayah ada kat bawah.” Jerit ayah juga. Akira berlari ke balkoni. Orang di bawah semua memandang ke atas. Tersedar diri sedang kusut masai, dia terus mencangkung. Malu dilihat sebegitu.
                “Ini rombongan TK datang nak meminang Kira ni.” Kata ayah.
                Akira membulat mata. Hah?!
                Akira bangun dan menuruni anak tangga tanpa rasa malu tidak bertudung dan tidak mandi lagi. “Apa ayah kata?”
                “TK hantar rombongan meminang ni.”
                “Hah? Kira tak boleh kahwin dengan dia lah ayah. Dia tak suka Kira pun lah.” Akira menolak sedaya upaya.
                “Kalau tak suka, takkan nak hantar rombongan juga?”
                “Er, ayah.. sebenarnya.. sebenarnya..” mata semua tertacap pada Akira.
                “Apa dia?”
                “Sebenarnya TK tu gay!” kata-kata Akira membuatkan isi rumah terkejut. Lebih-lebih lagi mak TK.
***
                “TK, baik kau masuk dalam. Akira kata kau gay.” Jimmy yang berlari keluar mendapatkan TK memberitahu hal itu. TK meraup muka. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah.
                “Betul ke TK gay?” mak TK bertanya.
                “TK yang bagitahu saya. Saya yang tengok depan mata dia baru breakup dengan lelaki lain empat bulan lepas.” Beria-ria kata Akira.
                “Sekarang saya tak gay lah!” tegas TK yang termengah-mengah masuk ke dalam rumah. Semua mata beralih pada TK.
                “Tapi..”
                “Saya hantar rombongan ni sebab saya dah jatuh cinta dengan awak. Cukuplah seminggu dengan awak. Awak ubah persepsi saya pada perempuan. Sebelum ni saya tak berminat dengan perempuan. Tapi dengan awak, saya tak pasti.”
                “Tak pasti?”
                “hati berdebar-debar. Terasa nak senyum dan gila bayang tiba-tiba. Terasa malu bila tengok gambar awak. Terasa macam awak perhatikan saya... all that kind of stuff.” Muka TK merah. Pandangan orang lain beralih pada Akira pula. Menunggu jawapan.
                “tapi awak tahu kan masa saya dah singkat?” air mata Akira menitis mengingati masanya yang hanya tinggal sebulan.
                “Masa singkat?” ayah terkejut. Anak aku sakit?
                “Saya tinggal lagi sebulan aje nak hidup. Saya tak nak awak jaga orang yang sakit macam saya.” Makin laju air mata Akira.
                “Oh pasal tu. Maafkan saya. Waktu tu awak banyak cakap sangat. Ayah awak pun kata perangai awak teruk, tak reti nak bertaubat. So saya rasa, kematiannya aje yang boleh mengubah awak. Sebenarnya awak migrain biasa aje. Saya sengaja reka cerita. Tengok sekarang, awak berubah jadi baik, kan? thanks to me.” TK tersengih sendiri.
                Akira terlopong. Mukanya merah padam.
                “TK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritan Akira hampir menggegarkan rumah kediamannya.
***
Alhamdulillah. Akad nikah berjalan seperti biasa. Rasmi sudah Akira dan TK yang menjadi pasangan suami isteri. ^^ bahagianya, bergantung kepada kematangan kedua pihak dan kehendak Allah.
THE END

17 comments:

  1. hahaha.. terbaek dari ladanggg... thumbs up!

    ReplyDelete
  2. terbitkan terbitkan cerpen ni. baru besh !
    huhu :)

    ReplyDelete
  3. dah agak dah si TK tu mnipu. Haha. :) Nice story.

    ReplyDelete
  4. best sangat, seronok bile baca. hope penulis dapat buat cerpen baru yang lagi best !

    ReplyDelete
  5. Bestnya tapi pendek kalau buat novel lagi bagus sebab saya belum pernah baca cerpen yang sebegini best sangat good luck for writer semoga cerpen ni akan menjadi novel

    ReplyDelete
  6. dah tau dah y tk tu tipu...clean & clear menipu..
    the way you tell this story seem like LGBT ni seolah semakin diterima masyarakat sbb tk easily confess he is gay...
    dahsyatnya kalau itu yang berlaku sekalipun kuantiti golongan yang dilaknat ALLAH ni semakin bertambah
    golongan penulis adalah antara masyarakat yang ada autoriti utk mengajar masyarakat tentang keburukan golongan LGBT ni...
    #jadi_penulis_terdidik_untuk_mendidik

    ReplyDelete
  7. bestt..pinjam untuk d buat story dalam kelas..

    ReplyDelete
  8. the writer is the best

    ReplyDelete
  9. Wakakakakakakakakakakakakakaakaa....ras nak sepuk jer..

    ReplyDelete
  10. sis....best sangat..nak tergelak pun ada...good job

    ReplyDelete
  11. Kena tipu hidup-hidup..Hahahh..Btw! Terbaik dari ladang!

    ReplyDelete
  12. hahahah .... lwklah TK tu

    ReplyDelete
  13. First, I quite shocked!wht Ada Dr gay!?so I mcm X blh terima sbb my life dikelilingi dgn Dr²...
    2nd, sorry,frm my opinion immature writing....so far well done,

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am Doctor, and yes I'm gay. What's your problem?

      Delete