Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Sunday, August 11, 2013

Stories

Assalamualaikum.

Happy Eid Mubarak guyss !

 
Mintak maaf kalau ada silap :D 

oh and sorrryyyy . Plan memang nak buat CK raya. dah start typing dah pun. tapi sekerat cz bebanan kerja yang banyak. orang nak raya kan.. mana ada tidur pukul 11 12 malam.. 3 4 pagi pun belum tentu lelap mata. heh.

PRMH dgn to love or to be loved akan disambung. soon, insya Allah. haih. aii settle keje satu2 dulu ye :D hik. 

Tuesday, August 6, 2013

Diary 2 : Kpop. Peminat tegar@nope?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, email dah recover. kalau tak, asyik verify tanya soalan merepek je. haih. penatlah layan kau ni, yahoo!

After bangun sahur, terus tengok Runningman. diikuti dengan solat subuh dan Runningman lagi sampai kepala berpinar gelak terkekek-kekek pagi-pagi buta sampai mama nak sumbat stokin dalam mulut -..-"

Ada orang yang tak faham, macam mana budak budak ni tengok variety show macam Runningman ni boleh gelak terkekek-kekek. Well.. aku bukanlah k-popers tegar eh. layan gitu-gitu je. Dulu agak laa tegarnya. sampai sanggup print out muka rain sampai habis ink printer ayah aku kerjakan. sampai tak cukup tanah kena kejar dengan ayah sebab habiskan ink dia. haha. tapi tu cerita dulu. waktu kecik-kecik tuu.

Sekarang dah besar, mana ada main print out print out gambar. main copy save masuk dalam phone buat DP, wallpaper je. hahaha. taklah tegar sangat.. baru 1k lebih lagu korea dalam phone. k tipu. tak sampai pun. itu memang tegar, kalau dah 1k lebih lagu disimpannya =.="

Tapi tulah.. cerita korea dengan melayu tak sama. kenapa eh? bukan nak kata filem melayu ni tak bagus.. tapi seriously? asyik keluar movie jenis gangster, lawan sana sini. Korea ada apa? cinta manjang. well, untuk orang jenis macam aku, memang layanlah kan cinta cinta gini cz hero dia hensem sweet kebom kebommm. haha. aku suka cerita korea even thou ada some cerita yang berepisod sampai 100 lebih. reason? well.. dia tak macam cerita indonesia yang manjang ada orang jahat je.. some stories do give some moral value in it. aku suka tengok cerita yang more to family. contoh? three brothers. three sisters. mom dead upset. unstoppable wedding. haa, yang unstoppable wedding ni memang cite dia buat aku gelak hari hari tengok. balik sekolah terus campak bag, *usai solat kat skolah* join mama tengok cite korea sampai nak terkeluar air mata tahan ketawa.

it shows us how korean people think, do, solve family problems.. and actually what they've showed us.. it do happens in our daily life. sama je kita dengan dia. masalah yang sama. ulang ulang, soal duit. ulang ulang, soal dengki dengan member sendiri. ulang ulang soal suka orang tu orang ni.. so.. tah.. it reflects us actually. *my opinion*

bukan nak membanggakan dunia perfileman luar.. tapi think.. kenapa orang minat sangat dengan cerita cerita korea yang lelaki anti k-pop ni labelled them as plastic. well.. ramai antara dorang yang memang plastic.. tapi.. tah la. aku tak pandang pun benda tu. orang tengok cerita sampai boleh menangis2 tu tandanya dia ada talent lahh dalam menyampaikan what he/she have to deliver to the audience.

sekali lagi, i'm not a hard die fan of kpop. tapi aku memang suka 2pm, SNSD, vixx, mblaq, beast, cnblue and so on. hahahahahhhahahahahah XD. masih belum ada poste besar2 tertampal kat dinding bilik aku tu.. pada aku.. still bukan peminat tegar. haha. tapi download k-drama berpuluh2, beratus2, stay up satu hari tak tido semata nak marathon cerita tu sampai habis.. er.. itu dipanggil apa eh? hm hm .. aaa.. ermm.. minat kot. hahaha.

 
Chansung 2pm.
Erhh erhh..
aku suka benda yang cute. tak kisah apa pun, as long as cute.
and yeah.. 
taste aku bukan macho.. hensem gila smart.
cukuplah cute. 
hahahah XD .
lelaki banyak hensem. serius. tapi.. comel tu.. erghh..
payah nak jumpa lelaki yang perangai comel2 ni.
kekeke.
sebab aku ada perception sendiri.
lelaki macho-matang-hensem-cool.. perangai dia mesti serius.
and aku memang tak boleh get in dengan orang yang serius muka ketat 24jam sampaikan tidur pun muka tak reti nak senyum.
klau senyum pun tak reti, inikan pulak nak buat lawak.
aku suka gelak.
nak get along dengan orang yang tak reti gelak ni.. mmg payah la.
rasa macam nak campak orang tu keluar tingkap bila aku buat lawak bodoh dia tak gelak. 
k sekian. haha.


Monday, August 5, 2013

PRMH 22



Rayyan mengetuk jari telunjuknya di atas meja makan. Suasana sepi. Dia mengerling kiri dan kanan. Kedua orang tuanya sedang fokus menikmati makan pagi. Ketukannya sedikit sebanyak mengganggu pagi itu.
            “Cut it out!” Encik Saiful menegur anak terunanya.
            “Abang nak berhenti study.” Putus Rayyan. Laju sahaja dia berkata.
            “What?!” Puan Hajar membuntang matanya merenung anak teruna sulung itu.
            “Kenapa? Ma, ayah.. abang tak boleh pergi la dengan bidang engineering. Serius, abang tak minat. Abang suka bidang macam mama. Baju, benang, labuci..” Rayyan sukar menerangkan betapa minatnya dia dalam dunia fesyen kepada orang tuanya.
            “Itu semua kerja perempuan, abang! Jahit-menjahit ni bukan kerja orang lelaki.” Bantah Encik Saiful.
            “Kunonya pemikiran ayah. Designer sekarang banyak aje lelaki.” Tegas Rayyan.
            “Lelaki lembut tu?” Encik Saiful tidak puas hati. Rayyan cuba tahan geram.
            “Tak semua orang macam tu, okay? Desire abang pada kain, chiffon, lacoste, tetra cotton, microfiber, interlock...” dalam kepala Rayyan, dia sudah mulai membayangkan jenis-jenis kain bertebaran di angkasa.
            “Stop it.” Suara keras milik Encik Saiful kedengaran lantas menghapuskan segala angan Rayyan.
            “Tak cukup lagi ke apa yang ayah dah bagi kat abang sebelum ni? Kereta abang tu, dahlah baru dapat, bagi kemek pula. Nasib ayah ni berduit nak baiki. Kalau ayah kerja jadi designer macam yang abang angankan tu, entah dapat ke tidak nak beli kereta tu. Entah-entah, duit nak baiki kereta pun takde.”
            “Awak tolong nasihat sikit anak awak ni. Hilang selera saya dibuatnya!” Encik Saiful terus bangun dari meja makan meninggalkan Rayyan bersama ibunya.
            “Abang..” Puan Hajar cuba memujuk anak sulungnya.
            “Ayah tak pernah nak dengar apa yang abang impikan. Apa yang abang minat, langsung dia tak nak ambil tahu! Pada dia, kalau dia kerja itu, anak pun kerja benda yang sama. Habis Raymie dengan Rayqal nanti pun kena masuk bidang yang samalah? Macam tu?” Rayyan bangun meninggalkan Puan Hajar yang terpinga-pinga.
            Mungkin salahnya memaksa Rayyan selalu ikutnya ke butik. Beberapa kali juga dia cuba menarik minat Rayyan ketika berada di sekolah menengah untuk cuba belajar menjahit dan mereka pakaian sepertinya.
            Dia pernah meminta Rayyan untuk menyukai bidang itu kerana tidak mahu Rayyan memberontak menyatakan ketidakpuashatian Rayyan kerana dipaksa untuk menemani si ibu. Tak sangka.. Rayyan mulai jatuh cinta dengan bidang itu. Hmm.


NOMBOR telefon bimbit Tasha didail beberapa kali namun tetap juga tidak berjawab. ‘Takkan dia nak larikan diri dari aku? Tapi dia bukan tahu nombor telefon aku.’ Fikir Rayyan. Dah lah semalam kena membebel seharian dengan ayah pasal kereta kemek. Pagi tadi pula bergaduh dengan ayah.
            Haih. Untung sahaja ayah nak tolong hulur ‘kertas’ untuk baiki kereta tu. Kalau tidak, mana nak cekau duit? Ingat duit biasiswa ada lagi ke dalam bank tu?
            Niat nak bertukar bidang terbantut apabila Encik Saiful tidak mengizinkan. Tambahan pula, diperlekehkan lagi bidang yang Rayyan minati. Rayyan menghela nafas berat. Sekali lagi dia mendail nombor telefon bimbit Tasha.
            “Hello?” suara Tasha kedengaran di corong telefon.
            “Hello. Ingat aku lagi?”
            “Ha? Siapa ni?”
            “Orang yang tolong kau selamatkan anak anjing hari tu.”
            Apa dia? Tolong selamatkan? Puih! Tasha menjuling mata.
            “Yes. Nak apa?” Tasha yang sedang memeriksa carta tidak terlalu fokus dengan apa yang diperkatakan Rayyan.
            “Excuse me, awak cakap apa tadi?” Tasha tidak sengaja tidak mendengari apa yang dikatakan Rayyan.
            “Aku nak jumpa kau.” Ulang Rayyan.
            “For what?”
            “Pasal kereta tu la.”
            “Oh. Dah hantar pergi repair? Bagi saya nombor akaun awak. Nanti saya bank in duit.” Kata Tasha.
            “Tash!” Akira memanggil Tasha yang masih berbual di telefon.
            “Adam!” jerit Akira. Tasha kelam-kabut.
            “Er.. i got to go. Leave your account number to her.” Telefon Tasha terus diserahkan kepada seorang jururawat yang lalu di hadapannya.
            “Ambil akaun number dia, nanti awak bagi kat saya.” Telefon bertukar tangan. Kaki Tasha pantas berlari mengekori langkah Akira yang tergesa-gesa.
            Jururawat yang baru terima arahan itu terpinga-pinga. Telefon dilekap ke telinga.”Hello?”
            “Aaa..” Rayyan tidak tahu nak cakap apa. Lidahnya kelu. Nama perempuan tu apa? Argh! Damn. Kenapa aku tak tanya awal-awal.
            “Doctor Tasha suruh encik tinggalkan nombor akaun pada saya. Nanti saya sampaikan pada dia.” Kata jururawat itu.
            Doktor?
            “Dia kerja kat hospital mana?” soal Rayyan.
            “Serdang.”
            “Okay, thanks!” talian dimatikan. Jururawat itu terpinga-pinga. Lain yang aku minta, kau pula sibuk tanya soalan kat aku. Haih. Pelik, pelik. Telefon bimbit Tasha disimpan di dalam kocek baju jururawat itu.


AKIRA menolak daun pintu yang menempatkan Adam. Luka berbalut ditenung tidak beriak. Macam mana agaknya dia rasa waktu kereta itu menghampirinya? Macam mana rasanya dilanggar? Macam mana kesakitannya hasil kulit terkoyak dan darah meleleh keluar?
            “Dia dah sedar ke tadi?” bisik Tasha dekat dengan cuping telinga Akira.
            “Tadi dah sedar. Ni tidur balik kot.” Teka Akira. Akira berdiri tegak di sisi Adam. Matanya tidak lepas dari Adam yang mata masih rapat terkatup.
            “Hmm.. alhamdullilah, semua dah okay sekarang. Tunggu masa nak sembuh aje.” Suara Tasha memecah hening.
            “Hmm.” Akira tidak berminat untuk bersembang. Apa yang dia lebih risaukan, keadaan Adam.
            “Kir, aku keluar dulu eh? Kejap lagi ada operation.” Tasha memeluk dan mencium pipi Akira yang masih berdiri tegak merenung Adam.
            “Operation apa?” soal Akira.
            “Appendix.”
            “Alright.”
            Tasha berlalu keluar dari bilik yang menempatkan Adam. Dia bersandar di dinding sebelah seketika. Nafasnya sesak. Sesak kerana dua hal. Satu, keadaan Adam. Dua, cemburu yang meluap pada Akira dan Adam.
            Tasha terus melangkah cepat. Menyegerakan perjalanannya. Hilangkan rasa benci itu, Tash. Hilangkan...


PETANG itu, Fahmi dan Q berjalan sekali lagi di persisiran pantai. Bermain di gigi air. Tangan masing-masing tidak lepas daripada menggenggam jemari satu sama lain.
            “Apa yang best sangat kat pantai ni?” tanya Fahmi.
            “Hm? Keadaan dia.. air.. pasirnya.. semualah!” Q merenung jauh di lautan.
            “Hm. Abang rasa lagi seronok kalau dapat lempar Q masuk dalam laut.” Usik Fahmi. Terus laju kepala Q menoleh suaminya dan mata mencerun. Masam mencuka mukanya. Fahmi lagi seronok nak menyakat.
            Fahmi segera menarik tangannya daripada genggaman Q dan mencempung isterinya itu. “Yaaa!!!” jerit Q gaya Ji-Hyo menjerit ke arah Gary. Kaki seluar Fahmi yang sudahpun disentengkan ke paras betis tadi tidak basah bila kakinya menjejak ke dalam laut.
            “Abang! Abang! Abang!!!” pelukan Q pada leher Fahmi diperketatkan. Mampus kalau kena lempar tengah laut. Free aje baju basah!
            Tawa Fahmi meledak sebelum menurunkan Q dengan baik semula. Belakang tubuh Fahmi segera menjadi sasaran tapak tangan comel milik Q.
            “Sakitlah!” Fahmi merungut. Pijau kot kena tampar dengan kelajuan 150km/j kat belakang.
            “Main-main lagi!” geram Q dibuatnya. Air laut di paras buku lali lagi sikit nak mengena seluar jeannya yang dilipat sedikit.
            “Merajuklah tu.” Fahmi mengekori. Jemari mereka kembali bertaut.
            “Minta maaf, tuan puteri!” gurau Fahmi.
            “Ni bukan tuan puteri. Ni permaisuri.” Balas Q acuh tak acuh. Fahmi tersengih. “Tengah merajuk pun ada hati lagi nak jadi permaisuri.” Cebik Fahmi.
            “Haruslah.”
            “Malam ni jom pergi night market? Esok dah nak balik.” Cadang Fahmi.
            “Hmm. Okay!”
            “Sebelum tu, kita pergi makan dulu. Lapar!” rengek Fahmi. Q tersenyum.
            “Jom!”


SUASANA cerah bertukar gelap. Usai solat Maghrib bersama, mereka kembali keluar dari bilik melangkah bersama ke night market. Dari hujung ke hujung night market mereka berjalan berpimpin tangan. Adakalanya Q menarik lengan Fahmi untuk berhenti di gerai-gerai yang menarik minat matanya. Beberapa kali juga Fahmi terpaksa menarik lengan Q dari menghampiri gerai-gerai itu. Mana boleh budak kecil ni, ada aje yang nak membelinya. Kalau guna takpe juga. Ni tidak, barang-barang yang membawa kepada pembaziran sahaja yang diminati.
            Muncung Q panjang.
            “Payah lah keluar dengan abang ni. Itu tak boleh, ini tak boleh.” Rajuk Q.
            “Bukan tak boleh. Apa benda pelik-pelik nak beli? Pistol air nak beli buat apa? Nak tembak siapa dengan pistol air tu?”
            “Tembak abanglah. Kalau bangun pagi lambat, Q sembur aje kat abang. Padan muka.”
            “Berani nak buat?”
            “Apa pula tidak?”
            “Hmm. Cubalah buat. Tahulah balasannya nanti.” Ugut Fahmi. Melihatkan wajah Fahmi yang mulai penuh dengan agenda tersendiri membuatkan Q segera menggeleng. Tak boleh! Tak boleh! Karang tak pasal-pasal, aku yang kena balik.
            Kaki terus menguak langkah hinggalah kali ni Fahmi sendiri yang menarik Q untuk masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Tangan kanan Fahmi segera mencapai sweater yang digantung tinggi.
            “Ehem.” Fahmi berdehem sedikit meminta perhatian daripada Q yang melangut melilau matanya melihat pakaian-pakaian yang tergantung tinggi.
            “Hmm? Kenapa?”
            “Okay tak?” tanya Fahmi dengan senyuman.
            “Abang nak pakai sweater ni?” Sweater berwarna putih susu, dihiasi dengan separuh hati berwarna merah darah bertulis SUAMI. Di bawahnya ada anak panah menunjuk ke arah kiri.
            “Bukan abang. Kita.” Sweater di tangan diberi kepada Q, lantas tangannya mencapai lagi satu sweater yang saiznya lebih kecil berbanding yang asal tadi. Corak yang sama, Cuma tulisannya lain. ISTERI, dan anak panah menunjuk ke kanan.
            “Couple sweater?” kening Q terjungkit sebelah.
            “Ha-ah!” nampak sangat muka teruja si suami. Q pantas mengangguk tanpa banyak songeh.


“ESOK dah kena balik.” Fahmi menongkat dagu di atas lutut Q yang yang tegak berdiri manakalanya tangannya ditongkat ke belakang.
            “Kenapa? Tak nak balik?” tanya Q.
            “Tak nak.” Muka Fahmi sebik.
            “Habis? Tak payah kerja?”
            “Tak payah. Kita duduk sini ajelah. Nak?”
            “Suka hati aje dia, kan?” Q mencuit hidung Fahmi lembut. Mata Fahmi terpejam sebentar. Reaksi normal manusia.
            “Penatlah nak kerja. Lepastu bukan boleh 24 jam kita berkepit.”
            “Kerja berapa jam aje pun.”
            “Nak 24 jam!”
            Q hanya mampu tersenyum. Tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Terlalu jatuh hati dengan lelaki yang ada di hadapannya. Reaksi muka Fahmi jelas resah. Entah apa yang difikirkannya.
            Fahmi menurunkan kaki Q yang tegak supaya bersila. Lantas kepalanya cepat-cepat diletakkan di atas paha Q. Syiling bilik ditenung.
            “Fikirkan apa?” tanya Q.
            “Hmm? Abang fikir berapa jam abang boleh tatap muka isteri abang ni dalam sehari.” Jari mula digawangkan ke angkasa. Jari menjadi kalkulator.
            Q ketawa kecil.
            “Kenapa?” mata Fahmi berubah arah. Tepat merenung wajah Q.
            “Hm? Takde apa.”
            “Abang kerja dengan Q ajelah! Boleh belajar buat kek!” entah dari mana datangnya idea tak matang itu keluar dari mulut Fahmi.
            “Ada pula! Ish! Jangan merepek.” Dahi Fahmi dikucup lembut. Tersengih dibuatnya si Fahmi.
            “Malasnya nak balik!!” menggeliat Fahmi.

Section 12

Assalamualaikum.




 



thanks Hanan for the pictures. 


Skim Pelajar Cemerlang (SPC)

Dear all,

MARA has been awarding KPTM students chances to further studies to UK, NZ and Australia these few years. I know you guys still are in semester 3, but here's your chance to push yourself to grab this chance.

How to go about?
1. Get CGPA 3.5 and above by your FINAL semester
2. Sit for IELTS
3. Get accepted to any universities in these three countries
4. Have enough strong will

Come & see me if you are interested. - madam Nurosilawatie
sem 3 punya post that currently get my attention. muehh. :D