Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Monday, August 5, 2013

PRMH 22



Rayyan mengetuk jari telunjuknya di atas meja makan. Suasana sepi. Dia mengerling kiri dan kanan. Kedua orang tuanya sedang fokus menikmati makan pagi. Ketukannya sedikit sebanyak mengganggu pagi itu.
            “Cut it out!” Encik Saiful menegur anak terunanya.
            “Abang nak berhenti study.” Putus Rayyan. Laju sahaja dia berkata.
            “What?!” Puan Hajar membuntang matanya merenung anak teruna sulung itu.
            “Kenapa? Ma, ayah.. abang tak boleh pergi la dengan bidang engineering. Serius, abang tak minat. Abang suka bidang macam mama. Baju, benang, labuci..” Rayyan sukar menerangkan betapa minatnya dia dalam dunia fesyen kepada orang tuanya.
            “Itu semua kerja perempuan, abang! Jahit-menjahit ni bukan kerja orang lelaki.” Bantah Encik Saiful.
            “Kunonya pemikiran ayah. Designer sekarang banyak aje lelaki.” Tegas Rayyan.
            “Lelaki lembut tu?” Encik Saiful tidak puas hati. Rayyan cuba tahan geram.
            “Tak semua orang macam tu, okay? Desire abang pada kain, chiffon, lacoste, tetra cotton, microfiber, interlock...” dalam kepala Rayyan, dia sudah mulai membayangkan jenis-jenis kain bertebaran di angkasa.
            “Stop it.” Suara keras milik Encik Saiful kedengaran lantas menghapuskan segala angan Rayyan.
            “Tak cukup lagi ke apa yang ayah dah bagi kat abang sebelum ni? Kereta abang tu, dahlah baru dapat, bagi kemek pula. Nasib ayah ni berduit nak baiki. Kalau ayah kerja jadi designer macam yang abang angankan tu, entah dapat ke tidak nak beli kereta tu. Entah-entah, duit nak baiki kereta pun takde.”
            “Awak tolong nasihat sikit anak awak ni. Hilang selera saya dibuatnya!” Encik Saiful terus bangun dari meja makan meninggalkan Rayyan bersama ibunya.
            “Abang..” Puan Hajar cuba memujuk anak sulungnya.
            “Ayah tak pernah nak dengar apa yang abang impikan. Apa yang abang minat, langsung dia tak nak ambil tahu! Pada dia, kalau dia kerja itu, anak pun kerja benda yang sama. Habis Raymie dengan Rayqal nanti pun kena masuk bidang yang samalah? Macam tu?” Rayyan bangun meninggalkan Puan Hajar yang terpinga-pinga.
            Mungkin salahnya memaksa Rayyan selalu ikutnya ke butik. Beberapa kali juga dia cuba menarik minat Rayyan ketika berada di sekolah menengah untuk cuba belajar menjahit dan mereka pakaian sepertinya.
            Dia pernah meminta Rayyan untuk menyukai bidang itu kerana tidak mahu Rayyan memberontak menyatakan ketidakpuashatian Rayyan kerana dipaksa untuk menemani si ibu. Tak sangka.. Rayyan mulai jatuh cinta dengan bidang itu. Hmm.


NOMBOR telefon bimbit Tasha didail beberapa kali namun tetap juga tidak berjawab. ‘Takkan dia nak larikan diri dari aku? Tapi dia bukan tahu nombor telefon aku.’ Fikir Rayyan. Dah lah semalam kena membebel seharian dengan ayah pasal kereta kemek. Pagi tadi pula bergaduh dengan ayah.
            Haih. Untung sahaja ayah nak tolong hulur ‘kertas’ untuk baiki kereta tu. Kalau tidak, mana nak cekau duit? Ingat duit biasiswa ada lagi ke dalam bank tu?
            Niat nak bertukar bidang terbantut apabila Encik Saiful tidak mengizinkan. Tambahan pula, diperlekehkan lagi bidang yang Rayyan minati. Rayyan menghela nafas berat. Sekali lagi dia mendail nombor telefon bimbit Tasha.
            “Hello?” suara Tasha kedengaran di corong telefon.
            “Hello. Ingat aku lagi?”
            “Ha? Siapa ni?”
            “Orang yang tolong kau selamatkan anak anjing hari tu.”
            Apa dia? Tolong selamatkan? Puih! Tasha menjuling mata.
            “Yes. Nak apa?” Tasha yang sedang memeriksa carta tidak terlalu fokus dengan apa yang diperkatakan Rayyan.
            “Excuse me, awak cakap apa tadi?” Tasha tidak sengaja tidak mendengari apa yang dikatakan Rayyan.
            “Aku nak jumpa kau.” Ulang Rayyan.
            “For what?”
            “Pasal kereta tu la.”
            “Oh. Dah hantar pergi repair? Bagi saya nombor akaun awak. Nanti saya bank in duit.” Kata Tasha.
            “Tash!” Akira memanggil Tasha yang masih berbual di telefon.
            “Adam!” jerit Akira. Tasha kelam-kabut.
            “Er.. i got to go. Leave your account number to her.” Telefon Tasha terus diserahkan kepada seorang jururawat yang lalu di hadapannya.
            “Ambil akaun number dia, nanti awak bagi kat saya.” Telefon bertukar tangan. Kaki Tasha pantas berlari mengekori langkah Akira yang tergesa-gesa.
            Jururawat yang baru terima arahan itu terpinga-pinga. Telefon dilekap ke telinga.”Hello?”
            “Aaa..” Rayyan tidak tahu nak cakap apa. Lidahnya kelu. Nama perempuan tu apa? Argh! Damn. Kenapa aku tak tanya awal-awal.
            “Doctor Tasha suruh encik tinggalkan nombor akaun pada saya. Nanti saya sampaikan pada dia.” Kata jururawat itu.
            Doktor?
            “Dia kerja kat hospital mana?” soal Rayyan.
            “Serdang.”
            “Okay, thanks!” talian dimatikan. Jururawat itu terpinga-pinga. Lain yang aku minta, kau pula sibuk tanya soalan kat aku. Haih. Pelik, pelik. Telefon bimbit Tasha disimpan di dalam kocek baju jururawat itu.


AKIRA menolak daun pintu yang menempatkan Adam. Luka berbalut ditenung tidak beriak. Macam mana agaknya dia rasa waktu kereta itu menghampirinya? Macam mana rasanya dilanggar? Macam mana kesakitannya hasil kulit terkoyak dan darah meleleh keluar?
            “Dia dah sedar ke tadi?” bisik Tasha dekat dengan cuping telinga Akira.
            “Tadi dah sedar. Ni tidur balik kot.” Teka Akira. Akira berdiri tegak di sisi Adam. Matanya tidak lepas dari Adam yang mata masih rapat terkatup.
            “Hmm.. alhamdullilah, semua dah okay sekarang. Tunggu masa nak sembuh aje.” Suara Tasha memecah hening.
            “Hmm.” Akira tidak berminat untuk bersembang. Apa yang dia lebih risaukan, keadaan Adam.
            “Kir, aku keluar dulu eh? Kejap lagi ada operation.” Tasha memeluk dan mencium pipi Akira yang masih berdiri tegak merenung Adam.
            “Operation apa?” soal Akira.
            “Appendix.”
            “Alright.”
            Tasha berlalu keluar dari bilik yang menempatkan Adam. Dia bersandar di dinding sebelah seketika. Nafasnya sesak. Sesak kerana dua hal. Satu, keadaan Adam. Dua, cemburu yang meluap pada Akira dan Adam.
            Tasha terus melangkah cepat. Menyegerakan perjalanannya. Hilangkan rasa benci itu, Tash. Hilangkan...


PETANG itu, Fahmi dan Q berjalan sekali lagi di persisiran pantai. Bermain di gigi air. Tangan masing-masing tidak lepas daripada menggenggam jemari satu sama lain.
            “Apa yang best sangat kat pantai ni?” tanya Fahmi.
            “Hm? Keadaan dia.. air.. pasirnya.. semualah!” Q merenung jauh di lautan.
            “Hm. Abang rasa lagi seronok kalau dapat lempar Q masuk dalam laut.” Usik Fahmi. Terus laju kepala Q menoleh suaminya dan mata mencerun. Masam mencuka mukanya. Fahmi lagi seronok nak menyakat.
            Fahmi segera menarik tangannya daripada genggaman Q dan mencempung isterinya itu. “Yaaa!!!” jerit Q gaya Ji-Hyo menjerit ke arah Gary. Kaki seluar Fahmi yang sudahpun disentengkan ke paras betis tadi tidak basah bila kakinya menjejak ke dalam laut.
            “Abang! Abang! Abang!!!” pelukan Q pada leher Fahmi diperketatkan. Mampus kalau kena lempar tengah laut. Free aje baju basah!
            Tawa Fahmi meledak sebelum menurunkan Q dengan baik semula. Belakang tubuh Fahmi segera menjadi sasaran tapak tangan comel milik Q.
            “Sakitlah!” Fahmi merungut. Pijau kot kena tampar dengan kelajuan 150km/j kat belakang.
            “Main-main lagi!” geram Q dibuatnya. Air laut di paras buku lali lagi sikit nak mengena seluar jeannya yang dilipat sedikit.
            “Merajuklah tu.” Fahmi mengekori. Jemari mereka kembali bertaut.
            “Minta maaf, tuan puteri!” gurau Fahmi.
            “Ni bukan tuan puteri. Ni permaisuri.” Balas Q acuh tak acuh. Fahmi tersengih. “Tengah merajuk pun ada hati lagi nak jadi permaisuri.” Cebik Fahmi.
            “Haruslah.”
            “Malam ni jom pergi night market? Esok dah nak balik.” Cadang Fahmi.
            “Hmm. Okay!”
            “Sebelum tu, kita pergi makan dulu. Lapar!” rengek Fahmi. Q tersenyum.
            “Jom!”


SUASANA cerah bertukar gelap. Usai solat Maghrib bersama, mereka kembali keluar dari bilik melangkah bersama ke night market. Dari hujung ke hujung night market mereka berjalan berpimpin tangan. Adakalanya Q menarik lengan Fahmi untuk berhenti di gerai-gerai yang menarik minat matanya. Beberapa kali juga Fahmi terpaksa menarik lengan Q dari menghampiri gerai-gerai itu. Mana boleh budak kecil ni, ada aje yang nak membelinya. Kalau guna takpe juga. Ni tidak, barang-barang yang membawa kepada pembaziran sahaja yang diminati.
            Muncung Q panjang.
            “Payah lah keluar dengan abang ni. Itu tak boleh, ini tak boleh.” Rajuk Q.
            “Bukan tak boleh. Apa benda pelik-pelik nak beli? Pistol air nak beli buat apa? Nak tembak siapa dengan pistol air tu?”
            “Tembak abanglah. Kalau bangun pagi lambat, Q sembur aje kat abang. Padan muka.”
            “Berani nak buat?”
            “Apa pula tidak?”
            “Hmm. Cubalah buat. Tahulah balasannya nanti.” Ugut Fahmi. Melihatkan wajah Fahmi yang mulai penuh dengan agenda tersendiri membuatkan Q segera menggeleng. Tak boleh! Tak boleh! Karang tak pasal-pasal, aku yang kena balik.
            Kaki terus menguak langkah hinggalah kali ni Fahmi sendiri yang menarik Q untuk masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Tangan kanan Fahmi segera mencapai sweater yang digantung tinggi.
            “Ehem.” Fahmi berdehem sedikit meminta perhatian daripada Q yang melangut melilau matanya melihat pakaian-pakaian yang tergantung tinggi.
            “Hmm? Kenapa?”
            “Okay tak?” tanya Fahmi dengan senyuman.
            “Abang nak pakai sweater ni?” Sweater berwarna putih susu, dihiasi dengan separuh hati berwarna merah darah bertulis SUAMI. Di bawahnya ada anak panah menunjuk ke arah kiri.
            “Bukan abang. Kita.” Sweater di tangan diberi kepada Q, lantas tangannya mencapai lagi satu sweater yang saiznya lebih kecil berbanding yang asal tadi. Corak yang sama, Cuma tulisannya lain. ISTERI, dan anak panah menunjuk ke kanan.
            “Couple sweater?” kening Q terjungkit sebelah.
            “Ha-ah!” nampak sangat muka teruja si suami. Q pantas mengangguk tanpa banyak songeh.


“ESOK dah kena balik.” Fahmi menongkat dagu di atas lutut Q yang yang tegak berdiri manakalanya tangannya ditongkat ke belakang.
            “Kenapa? Tak nak balik?” tanya Q.
            “Tak nak.” Muka Fahmi sebik.
            “Habis? Tak payah kerja?”
            “Tak payah. Kita duduk sini ajelah. Nak?”
            “Suka hati aje dia, kan?” Q mencuit hidung Fahmi lembut. Mata Fahmi terpejam sebentar. Reaksi normal manusia.
            “Penatlah nak kerja. Lepastu bukan boleh 24 jam kita berkepit.”
            “Kerja berapa jam aje pun.”
            “Nak 24 jam!”
            Q hanya mampu tersenyum. Tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Terlalu jatuh hati dengan lelaki yang ada di hadapannya. Reaksi muka Fahmi jelas resah. Entah apa yang difikirkannya.
            Fahmi menurunkan kaki Q yang tegak supaya bersila. Lantas kepalanya cepat-cepat diletakkan di atas paha Q. Syiling bilik ditenung.
            “Fikirkan apa?” tanya Q.
            “Hmm? Abang fikir berapa jam abang boleh tatap muka isteri abang ni dalam sehari.” Jari mula digawangkan ke angkasa. Jari menjadi kalkulator.
            Q ketawa kecil.
            “Kenapa?” mata Fahmi berubah arah. Tepat merenung wajah Q.
            “Hm? Takde apa.”
            “Abang kerja dengan Q ajelah! Boleh belajar buat kek!” entah dari mana datangnya idea tak matang itu keluar dari mulut Fahmi.
            “Ada pula! Ish! Jangan merepek.” Dahi Fahmi dikucup lembut. Tersengih dibuatnya si Fahmi.
            “Malasnya nak balik!!” menggeliat Fahmi.

21 comments:

  1. cik writer... dah x ade dah ke lagu Bruno Mars> when i was your man...bestlah lagu tu.....

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. betul tu.. prmh 23 dan strusnya da x der ke? >< atau dah keluar novel? ^^

      Delete
  3. Kak ain.. X sabar nak tunggu yg sterusnya! Memang da best la..

    -Addy-

    ReplyDelete
  4. prmh akan dibukukan ke:??? (please jawabbb) :))

    ReplyDelete
  5. Wah,bestnya!Sambunglah akak!X sabar nak baca

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Akak,smbglah PRMH nie..
    Da x saba nk bce..
    Pleaseeeee..
    %>_<%

    ReplyDelete
  7. Kak Ain. Bila nak PRMH 23. Berjanggut Sya tunggu. Btw kan. PRMH ni short form dri perkataan ape? N cite ni dah buat novel ke? Nak beli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. prmh ni pesanan ringkas mr. hubby. belum buat nvel lagiii.. wuwuwuwu.

      Delete
  8. PRMH ni bakal terbit ke habis dekat blog je?? please sambung cerita ni best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa. itu tidak dapat dipastikan lagi. sebab this's the longest novel i've ever made. kekeke.

      Delete
  9. cite ni mmg best..terbaik cik writer.time ksh...

    ReplyDelete
  10. Assalam,

    Boleh bagi alamat e-mel writer tak?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul_shin@yahoo.com

      Delete
  11. Cepat2 sambung PRMH 23 rindu saya nak bace ni...hehehe ^ ^ Memang bestlah citer ni.... Akan dijadikan novel ke???

    ReplyDelete
  12. Cepat2 sambung PRMH 23 rindu saya nak bace ni...hehehe ^ ^ Memang bestlah citer ni.... Akan dijadikan novel ke???

    ReplyDelete
  13. Akak bila nk sambung PRMH 23 dan seterusnya? Saya tak sabar nk tau apa yg akan jadi kat tiga tiga kawan tu. Hohoho

    ReplyDelete
  14. Akak bila nak smbung prmh ni. Bestt gilaaa. N klaw bley sya nk beli nvel cnta kntrak balik. Skrng ni susah nk dpt.

    ReplyDelete
  15. dah bertahun ni...mana sambungan...ape jadi kat kay...akira...tasha..sambung laaa cepat..pls...pls...

    ReplyDelete