Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Sunday, April 14, 2013

PRMH 11



Akira merenung syiling. Pandangannya kosong. Tidak semena-mena air matanya mengalir. Tangannya mengusap perut yang kini kosong. Tiada lagi anak kecil yang dia selalu khuatirkan. Naluri ibunya mencucuk-cucuk untuk merindui si kecil itu walaupun sebelum ini memang dia pernah berniat untuk membuang bayi itu.
            Tangisan yang mulanya perlahan kini menjadi-jadi. Akira yang dalam keadaan duduk bersila terus membongkok. Perasaannya tidak mampu dibendung. Raungannya makin kuat dan jelas.
            Adam tidak jadi untuk menolak daun pintu itu. Tangisan Akira mampu didengari hingga ke luar. Adam bersandar di dinding bercat putih. Beberapa kali dia meraup wajah. Kesilapan yang dia pernah buat, dia sendiri tidak dapat memaafkan dirinya. Sudah tahu buat silap, tak reti nak menebusnya. Sekarang nasi dah jadi bubur. Buat apa menyesali apa yang telah berlaku? Tiada guna.


Q tidak dapat tidur lena. Rindu semakin menebal. Entah berapa kali dia berguling di atas katil, tapi mata tetap tidak mahu lelap. Beberapa kali juga dia merenung skrin telefon bimbitnya. Masih belum ada mesej yang masuk.
            Ahh Q! Kan dia kata tadi, dia ada pelan yang dia perlu siapkan. Baru aje sejam lebih dia tak contact kau, janganlah kau meroyan macam ni.
            Puas berguling, puas mengeluh dan puas berpeluh dek kehangatan malam yang tidak mengundang angin.. akhirnya Q mengambil keputusan untuk bangun dan turun semula ke bawah. Terdengar suara riuh di ruang tamu bergelak ketawa. Ini tak lain tak bukan, semua pakat tengok cerita Korea.
            “Huii bakal pengantin, tak boleh tidur ke?” usik Naz.
            “Diamlah.” Balas Q langsung mengambil tempat di sisi Nada dan memeluk bantal empat segi tepat itu.
            “Ni mesti sebab cik abang tak teman mesej, kan?” serkap Keyla.
            “Dah episod berapa kau orang tengok ni?” tanya Q menukar tajuk.
            “Kaklong, jangan buat muka berkerut macam tu. Nanti hilang seri. Kata nak kahwin dah, kan?” giliran Sarah pula menyakat.
            “Apa semua nak bash kaklong malam-malam ni?” Q tidak puas hati.
            “Iyelah. Tak pernah-pernah buat muka macam telan cuka satu botol, mana tak kena usik? Cuba kaklong buat muka rileks aje.” Nada yang berfikiran sedikit matang mulai bersuara.
            “Dah. Tengok aje cerita Korea tu.” Q menunjuk ke skrin televisyen. Baru adik-adiknya ingin mengusik, terus tak jadi bila hero pujaan Korea mereka, Lee Min-Ho dalam cerita To The Beautiful You keluar.
            “Ahhhhh! Hensemnya!” jerit Sarah. Memang gila Korea budak ni. Tak sedar diri yang dia tu Melayu tulen. Semenjak mula berkecimpung dalam dunia k-pop ni, habis semua nak ikut gaya k-pop. Makan pun sibuk nak ber-chopstick biarpun masih terkial-kial. Sanggup! Q menggeleng melihat mata adiknya yang jelas bersinar cahaya bergemerlapan bila tengok hero sehensem Choi Min-Ho.
            Q mencebik dalam hati. Fahmi comel lagi. Ops!


JAM sudah menunjukkan pukul empat pagi. Q terkejut mendengar telefonnya berbunyi nyaring. Nama Fahmi tertera di skrin telefon bimbit. Daripada sedang baring, terus Q duduk menegak. Dia berdehem beberapa kali untuk menghilangkan suara ‘baru bangun tidur’nya.
            “Assalamualaikum.” Sapa Q.
            “Waalaikumussalam. Selamat pagi Mrs. Wifey!” kedengaran suara Fahmi yang teramat ceria. Biarpun letih dan mengantuk, Q masih lagi mampu tersenyum. Matanya terkebil-kebil menahan kantuk. Manakan tidak? Ikut dengan adik-adik punya pasal, layan Korea sampai tiga pagi. Itu pun, si Sarah masih sibuk nak sambung episod seterusnya. Nasib baik Keyla tegah.
            “Selamat pagi.” Ujar Q.
            “Er. Tengah tidur eh? Oh! Q, maaf. Saya lupa waktu kita tak sama. Kat sini dah nak Subuh.” Fahmi jelas kedengaran serba-salah.
            “Hm? Eh, takpe. Lagipun Q tak tidur lagi.” Tipu Q. Ahh! Nak sembang punya pasal.
            “Hah? Tak tidur lagi? Apa awak buat, sampai sekarang tak tidur-tidur lagi?”
            “Tengok cerita Korea.”
            “Ish! Janganlah tidur lewat-lewat. Cerita Korea tu boleh sambung esok pagi. Baik awak tidur dulu. Nanti tak cukup tidur, dah mata jadi macam panda. Tak comel dah pengantin perempuan saya.” Usik Fahmi. Q tersenyum. Kau tak tahu, aku dah lena meleleh air liur tidur tadi.
            “Eh takpe. Tak mengantuk pun lagi.” Tipu Q lagi. Ahhh. Sampai kau tak larat nak buka mata pun, kau kata tak mengantuk, Q?
            “Pengantin perempuan tidur dulu ya. Nanti pengantin lelaki call lagi, okay? Goodnight. Tapi jangan lupa solat Subuh tau.” Pesan Fahmi. Setelah salam berbalasan, talian dimatikan. Q mendengus lemah. Bantal peluk di sebelah dikerling. Terus diterkamnya kasar.
            Fahmiiiiiii~ rindulaahhhh! Rengek Q dalam hati.


“KAKLONG, mata sembab ni kenapa? Menangis sebab abang Fahmi tak call ke?” tanya Naz. Adik keduanya itu turut sama membantu kakaknya dia Torta Cafe hujung minggu bila dia balik cuti.
            “Hah? Takdelah. Sebab tidur lambat lah ni.” Q mengesat bawah matanya. Sembab sangat ke?
            “Eleh, yelatu.”
            “Dah, jangan banyak soal. Buat kerja.”
            “Kaklong, ingat tau. Jaga mata, jaga hati.” Pesan Nada yang menyibuk tiba-tiba. Q berkerut dahi. Apahal pula dengan budak ni tiba-tiba?
            “Apa yang jaga mata, jaga hati?” tanya Q balik.
            “Yelah. Dah ada abang Fahmi tu, jangan pula pandang-pandang orang lain. Hati tu jangan nak sangkut dengan orang lain pula.”
            “Laaa. Mata kaklong ni, kalau abang Fahmi suruh pakai cermin mata hitam dua puluh empat jam pun kaklong sanggup tau.” Q tersengih sendiri. Angau lah tu. Sarah ketawa melihat keadaan kaklongnya yang semakin lama semakin sasau.
            “Hati tu macam mana pula?” Naz ingin tahu.
            “Hati? Hehe. Dah kena pagar. Berkunci. Tak boleh buka dah.” Jawab Q.
            “Siapa yang ada kuncinya?” Keyla dari belakang mengusik meskipun tahu siapa yang memegang kunci hati itu.
            “Mestilah abang Fahmi! Kak Kay ni, tu pun tak tahu ke?” kata Sarah.
            “Ada kunci duplicate tak?” soal Nada.
            “Master key, duplicate, semua ada kat dia. Sampai kat kaklong pun takde kunci spare part dah. Kalau abang Fahmi tak datang tolong buka, memang kaklong menangis tak berlagu tak keluar-keluarlah. Kena kunci aje.” Bukan main melampau perumpamaannya.
            “Parah kaklong kita ni.” Sarah geleng-geleng kepala.
            “Kau orang belum rasa, memanglah boleh kata macam tu. Sendiri dah rasa jatuh cinta berguling-guling, bergulung-gulung, bergolek-golek nanti, baru tahu. Time tu baru kaklong gelak kat kau orang kaki ke atas, kepala kat bawah.” Q terus ke dapur. Tidak mahu melayan kerenah adiknya yang hanya tahu untuk mengusiknya. Yang lain menjungkit bahu.
            “Apa motif sampai kepala ke bawah, kaki ke atas? Kaklong nak buat macam gimnastik ke?” tanya Nada. Semua menjungkit bahu tanda tidak tahu.
            Telefon bimbit yang disimpan di dalam poket apron berbunyi nyaring tanda ada panggilan masuk. Belum tengok pun lagi siapa si pemanggilnya, sengihan Q melebar. Diseluknya tangan ke dalam poket apron dan membawa keluar telefon bimbitnya itu.
            Oh. Dia hampa sebentar. Ku sangkakan Fahmi, rupanya Akira. Q terus menjawab panggilan itu.
            “Assalamualaikum.” Sapa Q.
            “Waalaikumussalam.” Suara Akira di hujung talian jelas beza dari sebelumnya. Q tersentak. Pelik.
            “Kir, kau kenapa?” tanya Q.
            “Q..” rintihan Akira membuatkan jantung Q berdebar laju.
            “Kir, kau okay tak ni?” Q resah.
            “Q...” suara Akira makin ditelan dengan tangisannya.
            “Kir.. Kir.. aku pergi kat kau sekarang, okay?” Q cuba memujuk. Akira tidak menjawab. Talian dibiarkan sepi begitu sahaja. Q semakin risau. Terus dia melonggarkan tali apron dan mencampakkan apronnya itu ke atas bar kabinet.
            “Kay. Aku pinjam kereta kau kejap. Aku nak pergi hospital. Jenguk Akira.” Terus Q mencapai kunci kereta Keyla di tepi kaunter. Memang dari tadi dia datang sekali dengan Keyla. Menyusahkanlah kalau bawa dua kereta. Membazir minyak aje.
            Tak sempat Keyla nak berkata apa-apa, Q sudah hilang memboloskan diri ke dalam kereta. Keyla mulai risau. Kenapa dengan Akira?
            “Kak Kay, kenapa dengan kak Kira?” tanya Nada. Pelik juga. Kenapa tiba-tiba kaklong berlari keluar dari kafe dengan muka berkerut macam tu?
            “Hm? Er.. kak Kira tak sihat kot.” Keyla cuba tersenyum. Namun hatinya tidak mampu menyembunyikan rasa debaran yang semakin hebat. Jemarinya menggigil.


“AKIRA!” Q menolak daun pintu bilik Akira dengan tergesa-gesa. Pelik. Akira tiada di dalam bilik. Q mendekati katil Akira. Jarum yang masih bertampal plaster sudah tergantung. Terdapat bertitik-titik darah di atas cadar Akira. Q mengetap gigi. Mana kau pergi, Kira!
            Kaki Q terus berlari keluar dari bilik itu ke kaunter berdekatan.
            “Assalamualaikum. Awak ada nampak pesakit bilik 230 tak?” tanya Q tergesa-gesa. Jururawat itu hanya menggeleng.
            “Terima kasih.” Q berlari pantas sambil mencari-cari kelibat Akira. Beberapa kali dia menelefon telefon bimbit Akira. Namun tidak berjawab.
            Air mata Q bertakung. Kir, jangan bagi aku risau dengan kau lah! Jerit hati kecil Q. Telefon bimbit Q yang berdering mengejutkan isi hospital itu. Q segera menjawab panggilan tanpa melihat si pemanggil. Pasti Akira.
            “Kir! Kau kat mana? Aku cari kau satu hospital tak jumpa. Kau jangan bagi aku risaulah!” Q separa marah.
            “Awak cari Akira ke?” Fahmi bersuara. Q terkejut. Ah. Waktu saya  mengharapkan awak call saya, orang lain yang call. Bila mengharapkan orang lain yang call, awak pula yang call. Haih.
            “Oh maaf. Saya busy sikitlah awak. Kejap lagi saya mesej awak. Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan. Fahmi merenung telefon bimbitnya setelah talian dimatikan oleh Q. Dia marah aku ke? Salah aku apa? Fahmi dengan muka tak bersalah terus meneruskan perjalanan ke lobi hotel.
            Q hilang punca. Mana lagi tempat yang aku boleh cari kau, Kir? Mana?! Q dah tak mampu untuk menahan tangisan, takungan air matanya pecah jua. Dia terduduk di tengah-tengah laluan hospital tanpa mempedulikan orang sekeliling yang lalu-lintas. Sendunya tidak dipedulikan orang ramai yang sibuk dengan kesihatan masing-masing.
            Beberapa saat kemudian, terdengar orang berlari-larian. Bunyi tapak kaki yang tergesa-gesa itu membuatkan Q mengangkat wajah dan menoleh melihat apa yang berlaku. Air matanya terus terhenti bila melihat wajah pucat Akira yang didukung seorang doktor lelaki. Doktor itu berlari semakin jauh darinya. Namun dia cukup kenal dengan gadis yang sudah lemah itu.
            Terus Q bangun dan berlari mendapatkan doktor itu. Sesampainya dia di wad kecemasan, dua orang jururawat perempuan menghalangnya daripada masuk.
            “Nurse, tu kawan saya!” Q cuba untuk melepasi jururawat itu.
            “Dia dalam keadaan lemah sangat sebab kehilangan banyak darah. Cik tunggu di sini dulu ya. Ada doktor yang akan merawat dia.” Kata jururawat itu. Q lemah semangat. Air mata kembali mengalir. Apa dah jadi, Kir?
            Tangan Q menggeletar. Nak call Keyla? Tapi Keyla takde kenderaan nak datang sini. Kalau datang pun, nanti apa pula adik-adik tanya pasal Akira? Q buntu. Dia perlukan seseorang.
Fahmi : Are you okay, Mrs. Wifey? Do you need me? Suara awak tadi buat saya risaulah.
            Q mengesat air mata apabila mesej yang masuk itu datang daripada Fahmi. Ya. Saya perlukan awak!
            Q         : Kerja awak dah siap?
            Fahmi  : Dah. Harini dapat rest sampai esok pagi. Dear, what’s wrong?
            Q         : I need someone.
            Fahmi  : I’m here for you.
            Q         : Akira masuk hospital.
            Fahmi  : Bukan dia memang kerja kat hospital ke? Memanglah dia masuk hospital hari-hari. Kan? #garu-garu kepala.
            Q ketawa kecil. Air matanya meleleh perlahan. Dia mengesatnya dengan jari telunjuk. Orang tengah sedih, dia masih boleh buat lawak.
            Q         : Akira sakit.
            Fahmi  : Hah? #melopong. Sakit apa?
            Apa aku nak jawab? Akira keguguran. Nanti mesti dia tanya, bukan Akira tak kahwin lagi ke? Tak pasal-pasal kau buka aib Akira pula, Q. Q mengeluh. Aku perlukan orang untuk mengadu. Tapi hanya Keyla yang tahu pasal hal ni. Tapi aku tak nak dia risau. Aku juga tak nak adik-adik aku tahu pasal ni.
            Q         : Terjatuh.
            Fahmi  : Hmm. #usap-usap kepala dia. Takpe, mungkin ada hikmah jadi macam tu. Mrs. Wifey jangan sedih-sedih okay? Kira okay la tu nanti. Jatuh sikit aje.
            Sikit? Hmm.. Sikit..
            Q         : Bila awak nak balik?
            Fahmi  : #sengih-sengih. Rindu ke? #kekelip mata.
            Q         : Tanya aje.
            Fahmi  : Minggu depan saya balik. Lepas turun airport, terus saya pergi rumah awak. Okay? #muka blushing
            Q         : Mandi dulu, baru datang.
            Fahmi  : Tak payah. Lambat. Nanti kita lagi rindu dialah.
            Q         : Fahmi..
            Fahmi  : Ya mrs. Wifey?
            Q         : Saya perlukan awak.
            Air mata Q menitis. Dia betul-betul perlukan Fahmi waktu ini. Sangat memerlukan. Kalau aje Fahmi sudah sah jadi suaminya, pasti bahu lelaki itu sudah lencun dengan air matanya. Q menunggu untuk beberapa minit. Mesejnya tidak berbalas. Q memejamkan mata. Saat saya perlukan awak, kenapa awak menghilang?
            Q bersandar di kerusi yang diletakkan rapat dengan dinding bersebelahan dengan wad kecemasan.
            Telefon Q berbunyi. Panggilan masuk! Fahmi?
            “Assalamualaikum.” Suara serak Q masih bersisa dek menangis.
            “Waalaikumussalam. Suara masih serak?” lembut suara Fahmi.
            “Hm?” Q tak faham.
            “Saya tak nak call awak cepat-cepat sebab saya tak suka dengar suara awak menangis. Hati saya sakit tau dengar awak menangis.”
            Lagi Fahmi berkata manis seperti itu, lagi membuatkan hati perempuan seperti Q ini ingin menangis. Terus air mata Q merembes keluar.
            “Eh? Lagi kuat pula dia menangis. Cik pengantinku sayang, janganlah macam ni. Cuba cerita dengan saya.. apa sebenarnya ni?”
            “Fahmi..” Q tak boleh nak meluahkan apa yang dia rasakan saat ini. Perasaan takut kehilangan Akira semakin kuat.
            “Saya tak nak kehilangan Kira.” Bukan main payah lagi ayat itu ingin keluar dari mulut Q.
            “Hilang apa? Mana ada apa-apalah Mrs. Wifey. Jatuh aje kan? Takkan teruk kot?”
            “Baliklah cepat.” Rintih Q.
            Hati Fahmi berdebar-debar dan debarannya makin lama makin kuat. Ini kalau isteri, memang dah selamat aku peluk bagi tenang ni. Dia tak suka langsung bila dengar Q menangis. Tambahan, dia pernah tengok macam mana bengkak mata Q menangis dulu. Hatinya memang terpaut pada mata panda itu pada mulanya. Tapi dia tak suka kalau Q menangis lagi. Kalaupun Q nak menangis, biarlah dia ada di sisi. Biar hanya dia aje yang boleh tengok muka comel Q menangis dengan hidung dan pipi merah itu.
            “Saya balik minggu depan ni, saya nak awak terus jadi milik saya.” Suara Fahmi tidak kedengaran main-main. Terus mati tangisan Q.
            “Ha?” terkejut. Hanya perasaan itu yang Q ada dalam hatinya sekarang.
            “Saya serius. Saya tak main-main. Saya balik nanti, kita uruskan semua hal. Kursus kahwin, HIV check-up semua tu.”
            “Awak..”
            “Lepastu, awak nak menangis sampai tak boleh buka mata pun saya tak kisah. As long as saya yang ada kat situ dengar awak menangis.”
            “Tapi..”
            “Minggu depan saya masuk minang. Okay Mrs. Wifey?”
            “Minggu depan? Hantaran?”
            “Jangan risaulah. Semua tu adat aje. Kita uruskan mana yang wajib dulu. Okay sayang?”
            GULP! Q hilang kata-kata.


USAI solat Zohor, Q terus melangkah kaki menuju ke bilik yang menempatkan Akira. Bibir Akira jelas pucat dan kering hingga merekah. Tengah-tengah bibirnya sudahpun mengeluarkan cecair merah. Namun Akira langsung tidak mempedulikannya. Kerjanya hanya termenung.
            “Kir..” sapa Q. Akira mengangkat wajah dari menunduk dari tadi. Senyumannya hanya sebentar.
            “Bibir kau kering. Meh minum air. Aku tuangkan mineral eh?” terus Q mencapai botol air mineral di kabinet kecil. Akira hanya memandang belakang tubuh Q. Tengah Q menuang air ke dalam gelas, terasa tubuhnya dipeluk oleh seseorang dari belakang.
            Akira meletakkan dagunya di bahu kanan Q. Q sedikit terkejut. Tangan Akira meraih ketat pinggang Q.
            “Aku pernah terfikir nak bunuh diri..” air mata Akira meleleh. Q terpinga-pinga. Dia cuba berpusing.
            “Jangan pusing lagi. Aku tak nak kau tengok muka aku macam ni.” Ujar Akira pantas. Terus Q tidak jadi untuk pusing. Biarlah. Kalau Akira selesa macam ni, biarlah dulu.
            “Silap aku cuma satu malam. Aku terlalu ikutkan nafsu. Aku terlalu ikutkan rasa sayang aku. Aku langsung tak pedulikan orang lain. Langsung tak rasa malu dengan Allah.”
            Q diam.
            “Kalau aku tak buat, aku takkan rosakkan diri aku. Aku takkan kehilangan janin yang aku sayang, aku takkan kehilangan kawan aku. Aku takkan dapat dosa besar macam ni.” Tangisan Akira menjadi-jadi.
            “Akira..”
            “Aku menyesal. Aku menyesal... aku sayangkan janin aku. Aku sayangkan Adam.. aku sayangkan Tasha. Aku sayangkan kau, sayangkan Keyla...” Akira sudah tidak berdaya untuk berdiri lagi. Kakinya lemah hingga dia melurut ke kaki Q.
            Q terus berpusing dan mencangkung menghadap Akira yang menangis seakan tidak mahu berhenti. Tubuh cengkung dan pucat itu terus didakapnya.
            “Aku minta maaf. Sebab aku, kau kehilangan anak kau.” Rasa bersalah Q bertimpa-timpa.
            Akira menggeleng. “Memang aku pernah berniat untuk buang janin ni. Aku tak sangka aku akan rasa sayang sangat dekat dia, bila aku kehilangan dia.”
            “Kir.. sebenarnya apa ceritanya ni?” Q ingin tahu macam mana boleh jadi begini. Dari mula.. kenapa dia ambil langkah ini?
            Akira merenung dalam-dalam mata Q. Dia percayakan Q. Sangat mempercayainya.


“KIR, kau nak tahu satu benda tak?” Tasha mencuit Akira yang sedang sibuk membaca carta. Dahinya berkerut-kerut. Pandangan langsung tidak diangkat dari carta itu. Hanya telinga yang ditugaskan untuk mendengar kata-kata yang bakal meluncur keluar dari mulut Tasha.
            “Apa dia?” tanya Akira.
            “Ada doktor baru.”
            “Ye ke?”
            “Surgeon.”
            “Oh eh?”
            “Hensem!”
            “Hmm. Okay.”
            “Aku jatuh cinta.” PAP! Carta terjatuh. Akira terus memandang tepat wajah Tasha. Hell no? Tasha jatuh cinta? Tasha? Serius Nur Natasha?
            Tasha mengangguk beberapa kali.
            “Sebenarnya dia senior aku dulu waktu kat India. Aku tak sangka akan jumpa dia kat sini! Hospital yang sama dengan kita! Aku tak tahu kenapa tiba-tiba dia kena hantar ke sini.” Tasha bercerita. Excitednya melampau.
            “Kau suka dia, sebab kau pernah kenal dia sebelum ni?” Akira juling mata.
            “Aku memang suka dia dari mula-mula aku jumpa dia kat India lah! Dia selalu tolong aku. Lepas dia grad, aku berjanji dengan diri sendiri yang aku takkan jatuh cinta dengan orang lain lagi selain dari dia!”
            “Apa gila kau punya janji ni? Merepeklah kau ni.”
            “Aku memang sukakan dia sangat-sangat, Kir! Lama aku tunggu dia. Lama hati aku ni untuk dia. Kau pernah tengok aku jatuh cinta? Tak pernah, kan?”
            Akira menggaru-garu kening.
            “Dia jodoh aku kot. Allah hantar dia ke sini untuk aku.” Tasha sudah berangan sendiri. Akira ketawa kecil. Kakinya melangkah terus untuk memeriksa pesakitnya yang lain. Manakala Tasha tidak habis-habis bercerita itu dan ini tentang lelaki yang bernama Adam itu.
            “Tash.” Panggil Adam apabila mereka terserempak. Apa lagi? Bukan main merah lagi pipi Tasha apabila Adam memanggilnya.
            Akira terdiam. Dia menggenggam jemarinya. Lemah lututnya. Menggigil-gigil tubuh badannya. Adam yang Tasha maksudkan, bukan Adam Rayyan kan? Bukan dia kan? Tolonglah bukan dia!
            “Kir?” Adam turut sama terkejut melihat tubuh Akira di hadapannya.
            “Nur Shakira.” Panggil Adam lagi. Akira tidak dapat menggerakkan tubuhnya.


“KIR, Adam dapat JPA.” Suara Adam nyata gembira apabila menelefon Akira. Akira tersenyum di hujung talian.
            “Alhamdulillah. Kira dapat JPA juga. Adam sambung ke mana nanti?”
            “India kot. Kir?”
            “India? Jauhnya. Kira sambung UNIMAS.”
            “Mama kata pergi aje India. Mama punya suggestion. Nak tolak, rasa sayang pula. Dah dapat peluang sambung ke luar kan.. Kir tak dapat luar ke?”
            Aku dapat luar la, pakcik. Tapi aku sanggup tinggal kat dalam sebab tak nak berjauhan dengan kau, kau pula nak berjauhan dengan aku! Erghhh!
            “Dapat. Kat Alexandria. Tapi Kira tak pergi sana kot. Jauhlah.”
            “Anak mak!” usik Adam.
            “Adam nak pergi India ke? Betul-betul nak pergi India?” sayu suara Akira.
            “Hmmm. Kalau ikutkan hati muda ni, memanglah Adam tak nak tinggalkan Kir seorang kat sini. Tapi Kir, peluang macam ni datang sekali aje. Takpe. Adam akan belajar sungguh-sungguh untuk Kir! Adam janji. Lepas kita grad, kita sama-sama jadi surgeon, kita kahwin, kerja dalam satu hospital yang sama, ada anak ramai-ramai..” angan-angan Adam sudah sampai ke bintang. Akira ketawa. Dalam tawanya, air mata tidak lupa untuk menitis.
            “Kira risau kalau Adam berubah hati.”
            “Kir, kita dah couple dari form 1 tau. Pernah tengok banyak perempuan cuba tackle Adam, kan? Tapi dengan Kir juga Adam nak. Enam tahun bukan senang nak tepis godaan perempuan tau.” Adam tersengih nakal.
            “Ye lah tu. Mana nak tahu, kot sangkut dengan budak India ke.”
            “I will never promise you.. tapi Adam akan buktikan kat Kir, yang Adam akan jadikan Kir isteri Adam. By hook or by crook.”
            Akira terdiam.


“ADAM akan rindukan Kir.” Adam merenung dalam-dalam anak mata Akira. Waktu tu, Akira dah tak boleh nak bendung rasa. Terus tubuh Adam dipeluk erat. Darah remaja, kan?Langsung tak nak peduli halal haram.
            “Adam takut Adam akan sekat kebahagiaan Kir. Oleh sebab itu, Adam lepaskan Kir dulu.”kata Adam. Akira berkerut dahi.
            “Dalam masa kita belajar ni, kita takkan berjumpa. Masing-masing pun mesti sibuk dengan belajar. Tak dapat nak contact. Ada kemungkinan Kir akan berjumpa dengan orang lain. Kalau memang kita tak berjodoh, kita jaga macam mana pun hubungan ni, tetap takkan dapat bersama juga.”sambung Adam. Akira merenung lantai. Ada betulnya juga.
            “Adam jumpa Kir bila kita grad nanti. Adam harap kita berjodoh.” Senyuman Adam sedikit sebanyak membuatkan Akira akur.
            “Kita berpisah dengan cara yang baik, mesti nanti kita akan bersama dengan cara yang baik, kan?”Akira cuba meyakinkan diri.
            “Kuatnya Akira Adam ni.”Adam menyentuh bahu Akira.
            “Belajar elok-elok future surgeon. I will come back for you.”
            Akira mengangguk. Akira hanya mampu menghantar langkah Adam pergi dengan ekor matanya.


‘Tasha, aku tunggu dia lebih lama dari kau tunggu dia. Tapi aku tak dapat pertahankan dia. Aku tak mampu nak kata dia milik aku. Sebab aku dengan dia pun dah berpisah dengan cara baik. Dan dah bertahun kami tak berjumpa. Perjumpaan yang terakhir tu pun waktu kat airport, lapan tahun yang lepas.’


SEMENJAK Tasha memberitahu tentang perasaannya pada Adam, Akira mengambil keputusan sendiri untuk menjauhkan diri dari Adam. Biarlah.. aku pernah dapat Adam. Biar Tasha pula yang dapat dia kali ni. Mungkin jodoh Adam adalah Tasha.
            Adik kecil itu tak pernah jatuh cinta. Akira tak pernah lihat Tasha jatuh cinta. Jarang sekali untuk bercerita tentang lelaki.
            Meskipun Tasha lebih muda daripadanya, seperti biasa.. Akira lebih suka beraku-engkau dengan orang lain. Katanya, lebih merapatkan sesuatu hubungan.
            “Kenapa menjauhkan diri dari Adam?”Adam pelik melihat perangai Akira yang dulunya manja, tiba-tiba berubah. Tak seronokkah dia berjumpa dengan aku? Adam tertanya-tanya.
            “Kita dah takde apa-apa pun kan? Saya dengan jalan hidup saya, awak dengan jalan hidup awak.” Kata Akira selamba.
            “Kenapa berawak saya pula ni?”
            “Adam, cerita kita dah berapa tahun terkubur. Sudahlah. Yang lepas tu, lepas.”
            “Kir dah ada yang lain ke?”
            Akira memberanikan diri memandang mata Adam. “Dah.”
            “Tipu.”
            Akira menjeling. Tanda bosan.
            “Cakap ke, tak cakap ke.. sama aje. Awak tetap tak percaya, kan?”
            “Dulu siapa yang takut sangat hati Adam berubah entah. Tengok-tengok hati siapa yang berubah dulu?” sindir Adam.
            “Bukan jodoh kot.”
            “Senang aje cakap, kan?”
            “Banyak lagi yang awak boleh cari.”
            “Soal hati tak sama, Kir.”
            “Saya dah takde hati dengan awak. Maaflah. Saya ada kerja lain. Nanti kita jumpa lagi, okay doktor Adam?” terus Akira berjalan meninggalkan Adam. Lagi jauh langkahnya, lagi sakit hatinya. Luka di hati bertimpa-timpa. Terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang, untuk kebahagiaan orang lain.. ianya tak semudah yang kita selalu bicarakan. Tak mudah...


SUDAH berbulan Adam dan Akira bereaksi biasa. Seolah mereka baru berkenalan. Boleh aje ketawa bersama, merungut bersama dek keletihan. Masing-masing pandai menyembunyikan apa yang bermukim di hati. Torehan di hati semakin dalam dan panjang. Tapi masing-masing tidak mempedulikannya.
            Setiap kali berjumpa pun, pasti Tasha akan bersama. Ketawa tak ingat dunia bagi menghilangkan stress kerja di kepala. Kadang-kadang dahi berkerut memikir jalan penyelesaian sesuatu kes.
            Cuma yang silapnya.. satu hari itu. Hanya satu hari itu...
            Hujan lebat yang mula membanjiri Bumi hanya ditenung Akira di hadapan pintu masuk hospital. Macam mana nak redah sampai ke kereta ni? Payung pun takde.
            “Need help?” tanya Adam yang baru muncul dari belakang dengan sebatang payung.
            “Hm? Er.. boleh ke?” tanya Akira segan.
            “Payung ni cukup besar untuk dua orang la. Jump in!” Adam menarik bahu Akira untuk masuk sekali ke bawah payung yang telah dibuka. Akira sempat menoleh ke belakang. Takut jika Tasha nampak.
            Kaki mereka sama-sama berjengket berlari menuju ke kereta. Air yang sudah memenuhi lopak-lopak merisaukan mereka. Takut kalau kasut, kain dan seluar mereka basah.
            Sesampainya di kereta Adam, lelaki itu meminta Akira untuk masuk dahulu ke dalam kereta. Tempat letak kereta Akira terlalu jauh.
            “Masuk dulu dalam kereta saya.” Ujar Adam. Hilang sudah Adam-Kir. Sudah berbulan... dia pun sudah terbiasa dengan saya-awak.
            “Ha? La kenapa?” Akira pelik.
            “Nanti saya drive la ke kereta awak. Takdelah kasut awak basah nanti.” Jawab Adam. Oh.. macam tu. Akira terus memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta.
            Pintu kereta dikatup rapat. Begitu juga Adam.
            “Lebatnya hujan malam ni.” Rengus Akira. Dia menepuk-nepuk bahu yang dibasahi dengan air hujan.
            “Hmm.” Adam menyimpan payung di tempat duduk belakang. Enjin kereta dihidupkan.
            “Awak, saya hantar awak terus ke rumah la. Hujan lebat sangat ni. Risau pula saya nak bagi awak drive seorang diri. Mata awak tu bukannya okay sangat. Esok, saya ambil awak.” Adam merenung Akira di sebelahnya. Akira berfikiran sejenak. Dia mengangguk sebelum kereta meluncur laju menuju ke rumah Akira.


HUJAN masih lagi tak berhenti. Pendingin hawa membuatkan tubuh Akira seakan membeku. Masing-masing senyap di dalam kereta sedangkan mereka telah sampai tempat yang dituju.
            “Er.. terima kasihlah eh.” Akira bersuara bagi memecahkan kesunyian yang sudah mengambil masa setengah jam.
            “Kir..” Adam masing merenung ke depan. Akira menoleh.
            “Tak pernah sekalipun saya bagi hati saya pada orang lain waktu saya kat India. Baik dari mula saya jejakkan kaki ke tanah asing, sampailah sekarang, saya duduk kat sebelah awak. Hati saya tak pernah berubah.”
            Akira menunduk. Kalaulah awak tahu apa yang saya rasa, Adam.
            “Setiap kali saya down, saya selalu motivate diri. Selalu sangat saya yakinkan diri yang awak sedang menunggu saya. Dan setiap kali itulah kekuatan saya datang. Dari awak.” Adam mengalih pandang memandang Akira.
            “Memang saya tak pernah berjanji dengan awak yang saya akan jadikan awak isteri saya. Tapi saya berjanji dengan diri saya sendiri, dengan hati saya sendiri.. takkan ada orang lain selain awak. Kalau bukan awak, bukan juga orang lain.” Sambung Adam.
            Lelaki yang membuatkan Akira jatuh cinta untuk kali pertama kerana ke-macho-an dia yang langsung tak pernah menitiskan air mata, kini nampak begitu lemah hinggakan tubir matanya sudah bertakung dengan air mata.
            Adam memandang kembali ke hadapan. Tidak mahu air matanya jatuh di hadapan perempuan itu. Akira tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Maaf? Terima kasih kerana mencintai saya? Hah?
            “Awak pakai dulu payung kat belakang tu. Hujan ni.” Kata Adam. Dilihatnya Akira tidak bergerak, terus lelaki itu berpusing ke belakang dan mencapai payung.
            “Nah.” Adam memberikannya. Akira mencapai teragak-agak.
            “Terima kasih.” Akira terus keluar dari perut kereta Adam. Hujan yang lebat jatuh bertitis-titis di atas payung yang dipinjamnya.
            Meskipun Akira sudah berada di hadapan pintu pagar, Adam tetap tidak berganjak lagi dari tempatnya. Akira berpusing. Wajah Adam menghadap ke hadapan. Tapi bibir lelaki itu terketar-ketar.  Dia boleh nampak itu.. masih boleh nampak. Air hujan yang menjadi tempias di cermin sisi kereta tempat duduk Adam tak dapat mengaburi mata Akira. Ya. Air mata lelaki itu menitis.
            Akira menelan air liur. Kereta Adam mula bergerak perlahan dan terus pergi. Saat itu, Akira terasa dadanya sesak. Sakit yang teramat melihat Adam pergi begitu sahaja. Terus payung dilepaskan. Kereta Adam dikejar.
            Adam yang baru sedar apabila melihat cermin sisi, terus memberhentikan kereta. Adam keluar dari kereta dan mendapatkan Akira.
            “Saya tak pernah sayangkan orang lain selain awak, Adam. Tak pernah sekalipun!” ujar Akira bersungguh dengan linangan air mata. Rambutnya yang basah ditenung Adam.
            Adam terus menarik tubuh Akira untuk masuk ke dalam kereta.
            “Kita balik rumah saya dulu. Keringkan basah ni.” Putus Adam.
            Selesai mengeringkan baju dan mandi, Akira duduk di sofa. Nescafe panas disuakan oleh Adam. Beberapa teguk sahaja yang mampu masuk ke dalam tekak Akira.
            “Bilik sebelah kosong. Awak tidur kat situ. Saya dah kemaskan bilik tu untuk awak.” Adam turut sama mengambil tempat di sisi Akira. Tiba-tiba mereka terasa janggal.
            “Em.. saya masuk tidur dulu.” Akira terus bangun dan meninggalkan Adam seorang di ruang tamu.
            Jam menunjukkan hampir ke tiga pagi. Akira masih tidak boleh tidur. Dia keluar dari bilik. Gelap!
            Kakinya hanya berhenti melangkah di hadapan pintu bilik Adam. Tangannya memulas tombol itu. Perasaannya bercampur aduk. Dia tak tahu apa yang dia buat ini betul atas tidak. Pintu semakin luas terbuka.
            Adam yang dengan berkaca mata sedang membaca buku, terkejut. Akira telan air liur.
            “Kenapa, Kir?” tanya Adam. Akira terus masuk dan mengatup pintu bilik lelaki itu.

5 comments:

  1. pity akira :(
    simpati akira n adam lbh on this n3
    hope they both dpt bersatu blik.

    Thanks ain dah update :)

    ReplyDelete
  2. Ehem ehem skt tekak. Sian kira. Harap kira bersatu ngan adam n my pakwe mantain dgn q. Kawen cpt ye q dah angau tu. I need you :-(

    ReplyDelete
  3. Kak,bukan ke choi minho yng brlakon dlam to the beautiful you??

    ReplyDelete
  4. Memangla choi minho hehe hensemkan bdn ketul2 hehe

    ReplyDelete
  5. Bukan Lee Min Ho la, tapi Choi Min Ho. Betulkan ar~~~ *buat puppy eyes*

    ReplyDelete