Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Thursday, January 26, 2017

1

Image result for tumblr students on the beach alone 

Aku hanya manusia biasa. Yang lahir dari keluarga miskin. Bapaku seorang nelayan yang bernama Zulkifli. Manakala ibu, hanyalah suri rumah yang mengambil upah untuk membasuh pakaian penduduk kampung. Ala.. macam dobi la katakan.. Nama ibuku, Nur Aisyah.
Aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal! Tapi aku tahu, hati dia baik. Namanya Zariff Iskandar. Aku sering memanggilnya nasi kandar!  Adik perempuanku yang bongsu sangat comel! Namanya Nur Alina Antasya. Aku juga mempunyai seorang kakak yang bernama Nur Alisyah. Perangainya sebijik macam singa betina! Garang nak mampos!!  Aku lupa untuk memberitahu namaku.. aku.. Nur Alia Airysha.
                                                                                    21 FEBRUARI 2009
“Alia, tolong ibu kejap!” nyaring suara ibuku memanggilku. Baru je orang nak belajar buat diari. Kacau la ibu ni. Umur aku baru 19 tahun. Tapi aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kesempitan hidup. Bukan sebab aku tak pandai tau! Result aku semua flying colours tau!
            “Tolong apa, bu? Along mana?” soalku.                                            
            “Along pergi tolong ayah kat laut. Yang awak tu, terperap dalam bilik buat apa? Ni! Tolong ibu cuci pinggan yang berlonggok dalam sinki tu. Jadik anak dara, kena la rajin sikit. Ni terperap dalam bilik je.” Seloroh ibu.
            “Lia baru nak belajar tulis diari la.” Aku menarik muncung panjang. Kakiku pantas bergerak menuju ke sinki. Lantas aku menyentengkan lengan bajuku dan memulakan ‘operasi pinggan kotor’. Ibu menggeleng kepala melihat gelagatku. Aku seorang yang ceria. Walaupun banyak musibah yang menimpa keluargaku, tapi aku tetap ceria dan senyum sepanjang hari. Biarpun niat dihati ingin marah, tapi aku tetap akan senyum. Mungkin sebab itu, adik-adikku amat rapat dengan akuku berbanding dengan Along.
            Tiba-tiba aku mendengar dekahan ketawa yang keluar dari bibir Zariff. Aku tertanya-tanya apa la yang kelakar sangat buat Zariff. Ibu melihat Zariff berlari masuk ke dalam dapur. Sisa tawanya masih tak habis. Aku menggeleng.
            “Asal dengan Alang ni? Ketawa macam hantu je.” Usikku.
            “Angah, macam mana Alang tak ketawa? Tengok diari siapa entah ni? Ayat nak atur pon macam budak-budak! Ibu! Cuba ibu dengar ni, aku lupa nak memberitahu namaku...” Zariff membaca sedikit apa yang aku tulis sambil ketawa. Ibu menggeleng-geleng kepala. Lantas Zariff menyuakan  buku berwarna kuning air dihadapanku. Mataku membuntang. Walaupun tanganku tak lagi dibilas dan dipenuhi dengan sabun, aku cuba sedaya upaya untuk merampas diariku dari tangan adikku. Nasik kandar betul budak ni tau! Zariff pantas berlari mengelilingi meja makan di dapur. Aku cuba mengejar. Habis lantai dipenuhi dengan sabun.
            “Alia! Zariff! Sudah-sudah lah tu! Kamu berdua ni, macam budak kecik. Sekor dah umur 19 tapi macam sembilan tahun. Yang sekor lagi dah 17 tahun, nak masuk 18. Tapi perangai macam budak tadika!” aku dan Zariff berhenti berkejaran dan saling berpandangan. Aku memerhatikan punggung Zariff manakala Zariff memerhatikan punggungku.
            “Ibu, takde ekor pon kat belakang kitorang.” Serentak aku dan Zariff berkata-kata. Dari luar, aku mendengar dekahan suara tua ayah dan suara ayu Along. Ibu mengetap bibir.
            “Alang!! Lari cepat! Magma dah nak meletus!! Selamatkan diri!” aku terus menarik lengan Zariff dan berlari keluar dari rumah. Dengan hanya berkaki ayam, aku dan Zariff menjejak tanah. Ibu melontarkan selipar pada kami. Dah macam beruk kitorang ni yang berusaha mengelak ke kiri dan kanan!! Sakit ow kena selipar! Lagi-lagi selipar Alang. Dah la selipar getah. Main selipar tiga kalau baling guna selipar Alang, memang lebam!
            “Along!! Tolong la kitorang!” Zariff memohon. Along masuk ke dalam rumah dengan selamba. Untuk seketika, dia keluar kembali sambil memegang kain tudung.
            “Malam ni, korang tidur kat luar je la! Nah, Angah! Kain tudung awak! Pandai-pandai la korang buat unggu api kat luar tu. Jangan masuk!” Along terus menutup pintu. Aku terkejut. Takkan Along marah? Kitorang gurau-gurau je dengan ibu. Alih-alih, dia pulak yang melebih?
Aku menyarung tudung di kepala. Zariff menyarung selipar di kaki.
“Cepat la Angah, pakai selipar. Kita jalan tepi pantai, jom. Nak tunggu ibu punya marah tu nak reda, ambik masa gak!”
Kaki kami pantas menuju ke tepi laut setelah aku menyarung selipar. Di dalam perjalanan, aku terserempak dengan Alina. Alina yang baru balik dari sekolah terkejut melihat aku.
            “Angah dengan Alang nak pergi mana?” soal Alina.
            “Tepi laut. Nak membawa diri. Kami diusir dari rumah. Entah la.. apalah salah kami.” Zariff berdrama. Meluat aku tengok. Drama king! Tapi rasa macam nak ketawa bila tengok muka Zariff. Asalnya nak buat muka kesian, tapi aku tengok macam muka beruk makye je. Hahahaha!!
            “Kena usir? Betul ke Angah?” soal Alina seakan tidak percaya.
            “Percayalah sangat kat nasik kandar ni! Menipu je tau!” selorohku. Alina yang bagai nak tercabut nyawa menumbuk manja lengan Zariff. Takut jugak kalau Alang dengan Angah kena halau. Siapa nak tolong aku dari ‘singa’ kat rumah tu? Fikir Alina.
            “Angah!! Jangan la panggil orang nasik kandar! Nama orang Iskandar la! I.S.K.A.N.D.A.R, Iskandar.” Zariff menyebut satu persatu ejaan namanya. Aku dan Alina ketawa mesra.
            “Nak join!” ujar Alina.
            “Jom lah.” Zariff menarik lengan Alina. Seronok jugak dapat adik-adik macam ni. Sekepala dengan aku. Nak jadikan kawan pon boleh, nak jadik lawan pon boleh. Sambil berjalan, aku sempat berbual dengan adik-adikku.
            “Adik, apa jadik kat sekolah? Study okey tak?” soalku.
            “Boleh la. Dah masuk form 4, banyak betul yang nak kena belajar. Lagi-lagi adik ambik sains. Memang banyak la yang nak kena belajar.” Jawab Alina matang.
            Aku hanya mengangguk. Setelah sampai di persisiran pantai, aku dan adik-adikku mengambil tempat di sebatang kayu yang hampir reput.
            “Angah, sedapkan angin laut ni? Lembut je.” Seloroh Alina.
            “Adik pernah makan ke angin laut ni? Angah tak pernah sebab takut bila Angah bukak mulut, pasir yang masuk! So, Angah tak tau la samada sedap atau tak.” Ujarku selamba. Alina menarik muncung panjang. Zariff ketawa terkekek-kekek.
            “Adik, walaupun angin laut ni, adik kata ‘sedap’, tapi bagi Alang, angin laut ni amat pahit.” Tiba-tiba Zariff berubah menjadi serius. Ada nada sedih di setiap ayatnya.
            “Kenapa?” aku dan Alina serentak bertanya. Zariff memandang kami bergilir-gilir.
            “Memang sebelum ni Alang tak pernah cerita kat Angah dengan adik. Tapi sekarang, Alang rasa, baik Alang cerita. Lagipun cerita dah lepas. Dulu, Alang pernah couple dengan sorang budak ni. Dia satu sekolah dengan kita, dik.” Jelas Zariff.
            “Satu sekolah? Adik pernah jumpa dia tak? Adik kenal dia tak?” soal Alina.
            “Pernah. Adik ingat tak, Alang pernah kenalkan adik kat sorang kakak, nama dia Liana?” Zariff menyoal Alina. Aku mendengar setiap butir bicaranya.
            “Kejap-kejap, Angah rasa, Angah kenal la.” Ujarku. Aku, Zariff dan Alina dulu bersekolah di tempat yang sama.
            “Yang putih-putih tu kan? Ala, muka dia cute-cute sikit. Lembut je orangnya. Betul tak?” sambungku.
            “Ha! Dia la tu!” Zariff mengiakan. Kelihatan hanya Alina seorang yang masih mencari-cari siapa gerangannya.
            “Dulu, Alang okey je dengan dia. Lepastu, ada pulak sorang mamat ni, baru masuk sekolah. Kelas sama dengan Liana. Liana tangkap cinta pulak dengan mamat tu! Lepas Angah berhenti sekolah, mamat tu jadik ketua pengawas untuk tingkatan 5. Memang la, Alang pon tak nafikan muka dia memang teramat hensem. Walaupun dia dah tau Alang dengan Liana time tu memang boleh dikatakan lovely couple lah, tapi dia still nak ngorat Liana. Geram betul Alang!”
            “Alang! Adik kenal ketua pengawas tu. Abang Ariff, kan? Sekarang baru adik ingat siapa kak Liana. Dia sekarang makwe abang Ariff kan? Dorang memang loving giler la Alang! Sweet giler bila tengok dorang dating belakang sekolah.” Celoteh Alina. Zariff mengangkat kening. Aku menampar paha Alina, manja.
            “Adik ni! Alang break dengan kak Liana, dia seronok pulak tengok kak Liana couple dengan orang lain!” marah Zariff. Zariff menarik muncung panjang. Itulah adik-adikku. Tak lari dari menarik muncung. Berjangkit dengan aku kot!
            “Sambung la lagi, Alang.” Ujarku tidak sabar.
            “Ha, lepastu, Liana ajak Alang jumpa dekat tepi pantai. Mula-mula kitorang dating, seronok je, tapi Liana banyak senyap. Lepastu, Ariff datang. Dia duduk bawah pokok, tak jauh dari tempat kitorang duduk. Liana pandang Ariff. Ariff macam tengah tunggu Liana je, Alang tengok. Tiba-tiba, Liana cakap, angin tepi pantai ni lembut. Tapi, tak selembut hati dia untuk Alang. Hati dia terlalu lembut untuk Ariff. Terus dia mintak break. Alang tak sempat nak cakap apa-apa pon, dia terus lari kat Ariff. Ariff pegang tangan dia, lepas tu dorang blah macam tu je.” Air mata Zariff bertakung. Aku tahu, Zariff sedih. Hatinya terluka. Bukannya dia tiada rupa. Kalau lah Zariff bukan adik aku, pasti aku pon sangkut kat dia. Banyak lagi perempuan yang lebih lawa yang datang ke rumah semata-mata nak jumpa dengan Zariff. Tapi, hati Zariff begitu keras. Kini, baru aku tau kenapa hatinya begitu keras. Hati dia perit, seperit hati aku. Aku terdengar sedu-sedan Alina.
            “Kenapa ni, dik?” soalku.
            “Cerita Alang mengharukan! Sedihnya adik dengar.” Air mata Alina merembes keluar.
            “Adik! Macam budak kecik la! Dah 16 tahun, tapi perangai macam budak tadika!” Zariff mengfotokopi ayat ibu sebentar tadi. Aku melihat Zariff mengusap air mata Alina. Manakala Alina pula mengusap air mata yang bertakung di mata Zariff. Adik-adikku sungguh mesra. Aku seronok dapat keluarga macam ni!
            “Korang ni! Buat jeles Angah je. Angah nak kesat air mata siapa pulak? Takde siapa pon nak kesat air mata Angah.” Rajukku.
            “Air mata pon takde, nak suruh orang kesat pulak!” ujar  Zariff.
            “Angah!! Alang!!” aku mendengar suara Along terpekik terlolong memanggil nama kami. Kami tersenyum. Sayang jugak Along kat kitorang. Datang jugak carik kitorang. Haha!
            “Along!” Alina menjerit memanggil Along.
            “Adik? Alang! Angah! Kat sini korang? Puas Along carik tau! Penat Along carik. Kenapa adik tak balik rumah terus? Along ingat korang dah hilang. Risau Along.” Ujar Along. Kami berdakapan. Air mataku tidak dapat ku tahan. Along tak pernah menunjukkan kasih sayangnya pada kami. Dia terlalu ego untuk semua itu. Tapi, hari ini, aku dah nampak kasih sayang Along kat kitorang semua. Giler drama kitorang ni!
            “Tadi masa balik sekolah, adik terserempak dengan dorang. Adik join sekaki la.” Tutur Alina.
            “Bukan tadi Along kata, tak boleh balik rumah ke? So kitorang duduk kat sini la.” Kataku.
            “Along gurau je la! Mana ada kakak yang sanggup tengok adik-adik dia buat unggun api kat luar rumah. Nanti mesti muka Alang hitam. Nak buat unggun api tak jadik-jadik.” Gurau Along.
            “Muka Alang yang putih ni, takkan dicemari oleh warna hitam tu, okey! Alang pandai buat unggun api tau. Jangan pandang Alang sebelah mata.” seloroh Zariff.
            “Along ada dua belah mata, buat apa nak susah-susah pandang sebelah je? Along bukan pirate yang hilang sebelah mata.” Lawak selamba Along membuatkan kami tak berhenti ketawa ketika pulang ke rumah. Aku bersyukur lahir dalam keluarga ini. Biarpun hidupku tidak dipenuhi dengan kemewahan harta, tapi aku mewah dengan kasih sayang keluarga.

“Dah nak Maghrib baru nak balik? Nak kena budak-budak ni!” ibu mencapai penyapu lidi di belakang pintu. Kami berempat yang belum pun lagi sempat menapakkan kaki kami yang cantik ni ke dalam rumah, penyapu lidi pulak nak singgah kat kaki kami? Mana boleh! Silap-silap saham aku jatuh nanti.
            “Ibu!” jerit Alina. Lantas ibu terkejut.
            “Kenapa?” soal ibu terpinga-pinga. Penyapu lidi di tangan terlepas dari genggaman.
            “Tikus belakang ibu!” jerit Alina kuat. Lantas ibu meloncat turun ke bawah. Wajah ibu pucat. Hahahaha! Ibu takut tikus! Itulah kelemahan ibu. Lantas kami berempat berlari masuk ke dalam rumah. Ibu masih lagi tercegat di bawah memandang kami dengan penuh rasa hairan. Selalunya, Alia dengan Alisyah punyalah kecut bila nampak tikus. Ni kenapa tak takut pulak?
            “Abang! Abang!” jerit ibu memanggil ayah.
            “Kenapa? Apa awak buat kat luar tu? Dah Maghrib ni. Masuklah!” ayah terkejut melihat ibu berkaki ayam berada di luar rumah.

            “Alina kata ada tikus.” Terketar-ketar bibir ibu. Ayah menjungkit kening. Sah-sah kena tipu hidup-hidup!

No comments:

Post a Comment