“El, papa akan wariskan semua harta papa kat El. Tapi bersyarat." Tenang Dato’ Faris berkata. Elman yang pada mulanya rasa berbunga-bunga mendengar hujah papanya, terus terkedu. Syarat apa pulak orang tua ni nak? Menyusahkan betul la! Ingat ni deal syarikat ke nak main syarat-syarat macam kontrak? Kuno la! Nak serahkan, serahkan je la. Tak payah banyak songeh!
“Apa?” soal Elman yang cuba menenangkan diri yang sudah bagai cacing kepanasan.
“Kawen dengan Hannah Damia.” Jawab Dato’ Faris perlahan. Memang sudah menjadi angan-angannya menantukan Hannah. Bukan kerana harta yang dimilik Hannah, tapi kerana budi pekertinya, kerana adabnya, kerana kesempurnaannya di mata Dato’ Faris dan isterinya, Datin Faridah.
“Apa?! Pa! Dia yang bunuh Aiman. Takkan papa nak menantukan seorang pembunuh dalam keluarga kita? El tak nak kawen dengan dia!” bentak Elman. Terus dia bangun dari sofa yang berharga ribuan ringgit itu.
“Selagi dia tak pulangkan Aiman, El takkan kawen dengan dia.” Elman terus naik ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat. Elman merebahkan diri ke katil bersaiz queen. Pintu sliding di balkoni yang terbuka luas dipandang. Seketika kemudian, dia mendengar gelak tawa arwah Aiman.
“ABANG! Kita main kejar-kejar nak?” soal Aiman yang baru berusia sembilan tahun itu. Elman mengangguk.
“Hannah nak main tak?” soal Elman kepada Hannah.
“Mesti la nak! Takkan kau orang nak main berdua je! Hannah pun nak join juga.” Hannah merapati dua beradik itu. Tika itu Elman berusia dua belas tahun. Manakala Hannah berusia sebelas tahun.
“Jom kita osom! Tengok siapa jadi.” Cadang Elman.
“Tak nak la osom! Lambat la. Meh sini kaki.” Arah Aiman. Segera Elman dan Hannah menyua kaki. Kaki Aiman diletakkan sekali dekat dengan mereka berdua.
“Polis entry one to jaga, polis mati, pencuri jaga!” jari telunjuk Aiman berakhir di kaki Elman.
“Abang keluar. Aiman dengan kak Hannah pula.” Sambung Aiman.
“Polis entry, one to jaga, polis mati, pencuri jaga!” tepat mengena kaki Hannah.
“Maknanya Aiman la ni yang jadi? Okey Aiman! Kejar tau! Jangan tak kejar.” Hannah segera menarik kakinya dan memegang tangan Elman untuk berlari.
Taman permainan yang riuh dengan anak-anak yang lain tidak dipedulikan oleh mereka. Hannah segera berlari apabila Aiman mengejarnya.
“Kak Hannah! Jangan la lari laju sangat!” rungut Aiman yang kepenatan, namun dikejar juga. Hannah berlari selaju mungkin.
Hannah terlalu penat untuk bercakap. Dia meneruskan larian. Kakinya membawa dia ke tepi jalan raya yang memisahkan taman dengan kawasan perumahan mereka. Dengan berkaki ayam, Hannah melintas apabila melihatkan kiri dan kanan tiada kereta.
Hannah selamat sampai ke seberang dan terus berlari. Arah tujunya, rumah! Aiman yang mengejar dengan tawa. Tanpa melihat kiri dan kanan, Aiman terus melintasi jalan raya yang tika itu ada sebuah kereta bergerak pantas.
“Aiman! Hati-hati!” jerit Elman dari seberang taman. Aiman yang berada di tengah-tengah jalan raya terkejut dengan laungan abangnya lantas memberhentikan langkah. Tidak sempat dia menoleh ke belakang...
“Aiman!!!!” jeritan Elman kedengaran dicorong telinga Hannah. Hannah mematikan langkah dan menoleh ke belakang. Bunyi dentuman yang kuat memeranjatkan Hannah.
Tubuh kecil Aiman melambung jauh dari kereta yang melanggarnya. Darah Aiman yang memercik di tingkap hadapan kereta mengejutkan si pemandu yang panik. Lantas pemandu itu mengundurkan kereta dan terus memecut laju ke arah lain.
Elman yang terkejut hanya mampu berdiri di seberang. Hannah berlari terus ke Aiman yang sudah dibasahi darah. Aiman menggelupur sedikit sebelum terbaring kaku. Hannah memangku Aiman yang terbaring lesu.
“Aiman! Aiman! Bangun Aiman!! Aiman!!!” jerit Hannah. Linangan air mata membasahi pipi Hannah.
Orang ramai mengerumuni Aiman yang sudah tidak kedengaran nafasnya. Hanya Elman yang pucat di tepi jalan. Dia tidak mampu berjalan menuju ke arah adik kesayangannya.
‘Abang suka Kak Hannah tak? Aiman suka. Aiman nak kawen dengan Kak Hannah bila besar nanti.’ Suara comel Aiman bermain di kepala Elman yang pucat. Tubuh adiknya dipandang sepi. Orang ramai mengangkat Aiman menuju ke hospital. Hannah yang terlihat tubuh kaku Elman, segera merapatinya dengan tangisan.
“Abang Elman!” panggil Hannah yang masih menangis. Elman tersedar setelah tubuh adiknya hilang di tengah jalan raya. Elman mencari-cari tubuh adiknya.
“Aiman mana? Aiman mana?!” jerit Elman.
“Dia orang dah bawa Aiman pergi hospital. Jom la kita pergi hospital.” Hannah menari lengan Elman. Namun segera ditangkis.
“Kita? Kau jangan harap nak jumpa Aiman! Kau yang bunuh Aiman! Kalau kau tak lari kat seberang jalan, Aiman takkan ikut kau! Kau pembunuh! Perempuan pembunuh!” tubuh molek Hannah ditolak kasar hingga Hannah terjatuh. Kepalanya terhentak kepada serpihan botol arak yang bersepah di tepi taman itu. Terpacak serpihan itu di kepala Hannah.
Hannah menangis teresak-esak. Elman yang melihatkan darah yang mengalir di dahi Hannah, terkejut. Matanya kembali terarah kepada darah adiknya yang basah di jalan raya. Segera Elman berlari untuk memberitahu papa dan mamanya. Dalam tangisan, dia mendoakan supaya Hannah segera lenyap dari muka bumi ini!
“HANNAH!” panggil Datin Faridah. Elman yang terdengar suara mamanya, segera tersedar dari lamunan. Dia merapati balkoni biliknya. Namun kakinya menghentikan langkah di balik sliding door. Hannah yang bertudung labuh diperhatikan.
Datin Faridah menyerahkan semangkuk bubur kacang kepada Hannah. Hannah tersenyum.
“Thank you auntie. Auntie tak nak masuk rumah dulu ke? Sembang-sembang dengan umi.” Pelawa Hannah.
“Takpe la. Auntie nak kemas rumah kejap.” Tolak Datin Faridah.
“Ohh.. okay.” Hannah tersenyum. Senyumannya menambat hati Datin Faridah.
“Hannah.” Panggil Datin Faridah. Hannah merenung mata Datin Faridah.
“Ya auntie?”
“Bila nak kawen?”
“Ala auntie ni. Grad pun belum lagi.” Merah wajah Hannah.
“Bila Hannah dah grad, Hannah nak kawen ke?” serkap Datin Faridah.
“Siapa yang tak nak kawen, auntie? Mesti la nak. Calon je yang takde.” Ucapan Hannah membuatkan Datin Faridah tersenyum lebar.
“Ai? Hannah sikit punya cantik, takkan takde sesiapa di hati?” Datin Faridah cuba mengorek rahsia.
“Hannah pergi belajar la auntie. Takde masa nak cari calon suami.” Jawapan Hannah disahut Datin Hanani.
“Calon belambak. Minah ni je yang memilih. Di tepis kiri kanan. Sampai bila nak tepis pun tak tau la.” Ucap Datin Hanani.
“Umi ni! Mana ada.” Hannah segera masuk ke dalam rumah apabila menyedari ada sepasang mata yang leka memerhatikannya.
Tawa Datin Hanani dan Datin Faridah meledak.
“Cantik ye Hannah tu.” Puji Datin Faridah.
“Alhamdulillah kak. Cantik jugak hati dia.” Balas Datin Hanani.
“Takde calon ke?” soal Datin Faridah.
“Cakap je bab kawen, terus dia tukar topik!”
“Hmm.. kalau camtu, kita jodohkan je la Elman dengan Hannah.” Cadang Datin Faridah. Datin Hanani mula tak sedap hati.
“Bukan tak nak kak. Tapi kak tau je la, Elman masih salahkan Hannah sebab kemalangan Aiman. Macam mana nak baik? Dah dua belas tahun benda ni jadi. Tapi masih tak bertegur sapa.”
“Ya Allah Ni oii! Kami tak salahkan Hannah langsung. Elman tu, nanti akak tolong settlekan. Tapi, kira jadi la ea?”
“Ani tanya Hannah dulu.”
Datin Faridah mengangguk tanda faham. Baru kakinya ingin melangkah pergi, Datin Hanani memanggil.
“Kak! Terima kasih la kat bekal akak.” Tersenyum Datin Faridah mengangguk.
“MAMA tak peduli! Awak! Awak, Elman. Mama nak awak kawen dengan Hannah.” Tajam pandangan Datin Faridah kepada Elman yang sedang menonton bola. Elman mengetap gigi.
“Ma! El tak nak lah!” tegas Elman.
“Okay. Esok papa dengan mama akan wariskan all... semuanya! Untuk rumah anak-anak yatim.” Ancam Datin Faridah. Bulat mata Elman memandang mamanya.
“Ma!” panggil Elman apabila melihat mamanya terus berlalu pergi. Elman membaling remote TV ke lantai. Terkeluar bateri remote itu. Kepala Elman dipicit. Jam dinding dikerling. Dua pagi!
Elman terus menyambar telefon bimbitnya. Bodoh la kau Elman! Kau mana ada nombor pembunuh tu!
Elman terus merapati telefon rumahnya. Terdapat buku telefon di situ yang dicatat mamanya. Nama Hannah Damia dicari. Yes! Dapat!
Papan kekunci telefon bimbit Elman ditekan laju untuk mendail nombor Hannah. Hannah yang sedang membaca buku tersentap apabila deringan itu nyaring kedengaran di telinganya.
Nombor siapa ni? Dengan lemah Hannah mengangkat.
“Assalamualaikum.” Hannah memberi salam.
“Apa-apa la! Aku nak jumpa kau sekarang. Keluar cepat! Kita jumpa kat taman.” Perintah Elman.
“Tapi ni siapa?” soal Hannah.
“Abang kepada orang yang kau bunuh.” Jawab Elman lantas mematikan talian. Hannah terkedu. Aiman.. Elman.
Hannah mencapai tudung yang siap diseterika yang bergantung di dalam almari. Tudung labuh itu disarungkan di kepala. Cermin mata ditanggalkan. Stokin dicapai lantas disarungkan ke kaki.
Hannah berlari-lari ke taman. Tiba di seberang jalan, kaki Hannah berhenti melangkah. Peristiwa dua belas tahun lalu kembali membanjiri ingatannya. Darah yang membasahi jalan raya, luka di dahi, wajah Aiman, wajah Elman. Hannah memegang dahinya yang berparut kecil. Namun parut itu terselindung dari tudungnya.
Ketika tubuh Elman kelihatan di taman itu, Hannah terus mendapatkan Elman yang berdiri di bawah lampu jalan.
“Abang Elman.” Panggil Hannah. Elman menoleh.
“Marry me.” Pinta Elman. Hannah kaget.
“Apa?!” Hannah mengerutkan dahi. Dia melangkah ke belakang sedikit.
“Aku just akan dapat harta papa kalau aku kawen dengan kau. So, marry me.” Kata Elman lagi sekali. Wajah segak Elman diperhatikan Hannah. Namun segera dia menundukkan wajah.
“Tak...” Air mata Hannah bertakung.
“Kau kena juga! Ini akan selesaikan semuanya!” gesa Elman. Hannah menelan air liur. Dia memberanikan diri untuk memandang tepat wajah Elman.
“Selesaikan kerja awak! Selffish! Jual ikan! Ingat ni anak ayam nak kawen-kawen macam ni? Perkahwinan just berlaku sekali seumur hidup! Dan Hannah tak nak menyesal kemudian hari.” Marah Hannah.
“Tebus silap kau pada Aiman! Kawen dengan aku! Permintaan Aiman.. dia minta aku kawen dengan kau. Dia berharap sangat kau jadi sebahagian daripada family kita orang.” Kata Elman.
Aiman? Aiman... Hannah memejamkan matanya sebentar. Aiman, akak sayang Aiman macam adik akak. Kalau itu yang Aiman minta.. kalau itu yang boleh tebus silap akak.
Mata Hannah dicelikkan. Jawapan di kepala sudah muktamad!
best...
ReplyDeletebest.. smbng lgii
ReplyDelete