Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Saturday, October 29, 2011

DTM 1

Farhana meneguk air di dapur dengan rakus. Sempat dia menoleh melihat ke ruang tamu melihat Aiman yang sedang mengerutkan dahi. Pandangan Farhana tajam. Geram! Dia mengetap bibirnya. Lelaki jenis apa ni ha?! Tau nak menang je. Dengan isteri sendiri pun tak nak mengalah! Farhana kembali memandang ruang dapur. Harap rumah je besar, tapi isinya? Tunggang-langgang! Menyesal pulak aku bernikah dengan dia.

“Far!” panggil Aiman. Farhana buat pekak.

“Nur Farhana Alisa!” jerit Aiman lagi kuat.

“Apa?!” Farhana membalas dengan nada suara yang tinggi persis Aiman. Aiman merengus.

“Meh sini!”

“Tak nak!”

“Meh la sini!”

“Tak nak!!”

Aiman naik berang. Dia bangun dengan segera dari sofa dan terus mendapatkan Farhana yang sedap duduk di atas kabinet dapur sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

“Ni pesal yang degil sangat ni?” soal Aiman tak puas hati.

“Macam mana tak degil, awak tak pernah nak mengalah!” Farhana memeluk tubuhnya yang langsing.

“Mana boleh mengalah! Dah awak yang kalah, takkan saya pulak yang kena surrender?” Aiman sama-sama memeluk tubuh.

“Awak main tipu! Tadi saya kuda saya dah boleh makan awak punya queen! Awak sengaja tolak kotak chess tadi bagi semua berterabur!” Farhana merenung mata Aiman, tajam!

“Mana ada! Kaki awak yang tertendang tangan saya tadi. Automatik la tangan saya tertolak kotak chess.” Aiman membela diri.

“Hello doktor Aiman! Awak dah nak kalah, awak pakai tektik kotor ye!” Farhana menuduh.

“Hello doktor Farhana! Awak punya salah, nak marahkan orang kenapa?”

“Doktor Aiman!!” Farhana menggenggam kedua belah jemarinya.

“Doktor Farhana!!” Aiman turut sama meniru gaya Farhana. Lama mereka berpandangan.

Lantas Farhana mengalihkan pandangan ke tempat lain.

“See. Sampai sekarang you still tak boleh tenung mata I. You lose, sayang.”

“I did not!”

“Yes you are.”

“Abang! Please! Please! Please! Bagi la Far menang chess untuk kali ni. please! Kita rematch okey?” Farhana memujuk rayu. Dia merangkul leher Aiman yang berdiri tegak di hadapannya.

“Kenapa pulak? I pertaruhkan first night I tau tak!”

“Ala! Please la.”

“Farhana! Kita dah kawen about two months! Tapi you tak pernah bagi I sentuh you. Apa yang tak ready lagi? Apa yang you risau? Bukan kita tak cukup duit untuk jaga baby.” Aiman mengeluh.

“Bukan pasal duit.” Farhana menghela nafasnya.

“Dah tu?”

“You! I kerja bahagian labor. I tengok, sakit je dorang lahirkan anak. I tak nak la terjerit-jerit sampai hilang suara I sebab nak lahirkan anak. Memang senang nurse, doktor cakap kat dia, push! Push! Tapi orang yang nak push tu, awak ingat senang ke?” Farhana merungut.

“Dah tu? You nak I yang tolong push untuk you?” seloroh Aiman. Bulat mata Farhana memandang Aiman.

“Nak! Nak! I tolong pregnant, you tolong beranak!”

“Farhana, awak ni kan! Dah jadik doktor, tapi perangai macam budak-budak.”

“Dia yang childish cakap orang pulak.”

“Farhana Alisa!”

“Yes deer?”

“D.E.A.R or D.E.E.R?” soal Aiman sambil mengeja satu persatu. Bukan boleh percaya budak ni.

“Hmm .. let me see. I would like the second one. D.E.E.R!” dengan segera Farhana melompat dari kabinet dapur dan terus berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik.

“Farhana!” jerit Aiman sambil mengejar. Terkekek-kekek Farhana ketawa. Segera dia menyambar pasu di atas meja kecil di luar biliknya sebelum masuk ke dalam bilik dan menguncinya.

Kenapa mesti dia ambil pasu tu?

“Farhana!!” Aiman menjerit dari luar pintu bilik. Farhana mengatur nafasnya. Dia tersenyum melihat pasu bersaiz sederhana di dalam pelukannya.

Aiman berpatah balik ke meja kecil untuk mencari kunci pendua. Aik? Hilang pulak pasu ni?

Farhana ketawa lagi.

“Jangan mimpi nak carik kunci pendua! Ada kat Far!! Malam ni abang tido luar ye.” Farhana membaringkan dirinya di atas katil dengan jantung yang masih berdebar laju.

“Far! Chess tadi abang menang! I want my first night, now!” Aiman tak puas hati.

“Siapa cakap abang menang? Tipu! Tipu! Far yang patut menang. Not until abang main tipu! Dah kalah tu, admit je la.” Farhana masih tak berganjak.

“Farhana!!!” Aiman mengetuk kuat pintu bilik.

“Abang! Pintu bilik kita ni dari kayu jati. Jangan tolak-tolak. Tak roboh punya.” Terkekek-kekek Farhana ketawa.

“Siap awak nanti kat hospital!” ugut Aiman. Farhana mengangkat kening. Wekk! Tak takut la sayang oi.

Aiman menapak ke belakang. Dia tidur di bilik tamu di ruangan bawah. Apa punya isteri daa! Sepatutnya dia kena bagi suami tercinta dia ni tido dalam bilik sekali dengan dia. Ni tidak!

Aiman lena tidur di bilik tamu sedangkan Farhana pula sibuk bermain permainan yang ada di dalam komputer ribanya tanpa rasa lesu.

“Maaf ye abang. Hehe.” Farhana meneruskan permainannya. Lain kali Far akan kalahkan abang! I’ll be the champion! Abang main tipu kat chess, nantik kita lawan dam pulak.

“AIMAN, mintak maaf la ganggu kau waktu-waktu macam ni. Tapi aku tak dapat call Farhana. Kitorang ada masalah kat sini. Ada seorang patient yang berhadapan dengan komplikasi nak lahirkan anak. Kitorang perlukan Farhana.” Cemas suara Airil di hujung talian.

Aiman memisat-misat matanya. Tak dapat call?

“Keadaan patient macam mana?” soal Aiman sambil menekan suis lampu tidur yang berada di dinding kiri katil. Lampu tidur yang melekat di dinding menyala. Dilihatnya jam yang berada di meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Tiga pagi!

“Sangat lemah. Bayi dia lemas.” Jawab Airil.

“Okey. Kitorang on the way.” Aiman segera mematikan talian dan mencapai baju cardigan panjangnya.

Aiman berlari naik ke bilik Farhana.

“Far!! Kita ada emergency!” Aiman mengetuk bertalu-talu pintu bilik Farhana. Farhana yang masih tak tidur kerana leka bermain chess di dalam komputernya, meluru mendapatkan Aiman.

“Kenapa?” soal Farhana cemas.

“Airil call cakap ada patient got complication. Baby lemas. They need you.”

“Ina mana?”

“Ina ada kat sana. Tak tau kenapa dia tak dapat handle. Tapi dia tengah usaha jugak tu. Dorang call you, kata you tak angkat! Dah enough. Jom cepat!” Aiman menarik lengan Farhana. Sempat farhana mencapai cardigannya di belakang pintu yang digantung berserta tudungnya.

Kereta Aiman memecut laju. Nasib baik rumah mereka berhampiran dengan hospital. Setelah sampai, Farhana berlari laju masuk ke bilik persalinan.

Dia sempat memakai baju yang disediakan.

“Ina!” panggil Farhana.

“Hana, baby dia lemas.” Jawab Ina. Entah kenapa Ina kelihatan terketar-ketar. Sedangkan dia memang pakar dengan kejadian seperti ini.

“Kenapa kau tak handle? Nurse, kita kena buat operation. Bedah Caesar. Sediakan bilik bedah.” Farhana memberi arahan.

Farhana sempat melihat Ina yang terketar-ketar. Kenapa jadik macam ni? Selalunya, dia yang paling cool.

“HANA! Macam mana?” soal Ina yang menunggu di luar bilik bedah. Farhana memandang Ina dan ahli keluarga pesakit yang lain.

“Selamat dah. You daddynya ke? Congrats. Baby boy.” Farhana sempat memberi senyuman pada lelaki yang baru bergelar ayah itu. Ina menghela nafas lega.

“Kau ni kenapa, Ina?” soal Farhana.

“Dia kakak aku.” Jawab Ina.

“Laa! Patut la cuak semacam je. Dah muka macam hantu aku tengok. Dah! Kakak kau dah selamat. Just dia still under ubat. Kau tau tak! Aku tinggal chess aku tadi tau tak! Adoi! Dah kalah sudah! Kau la ni. Boleh buat, tapi tak nak buat!” Farhana sempat bergurau. Tapi betul, dia sedikit terkilan sebab terpaksa meninggalkan perlawanan chess tadi.

“Kau ni! boleh fikir pasal chess lagi! Nyawa orang dah kat hujung tanduk pun kau nak main game lagi!” marah Ina.

“Ala, kidding je la.”

“Yang kau kidding-kidding tu, kakak aku!”

“Oh! Kalau orang lain, kau pun ak amek peduli la?”

Ina terkedu. Hehe. Dia tersengih.

“Tengok tu! Sengih-sengih macam kerang busuk! Eh, kau dah boleh tengok anak sedara kau. Pergi la tengok.” Farhana tersenyum. Ina mengangguk dan mengajak seluruh keluarganya menjenguk bayi kakaknya. meninggalkan Farhana sendirian melayan perasaan bangga dapat menyelamatkan bayi tadi.

Tapi dirinya diperhatikan oleh seseorang. Dengan pandangan yang sangat-sangat tajam! Lebih tajam dari pedang, dari parang, atau apa-apa je la yang tajam!

“Ohh Farhana Alisa...” panggil Aiman meleret sambil memeluk tubuh. Farhana melihat Aiman yang berdiri tegak tidak jauh darinya. Pandangan nakal itu membuatkan Farhana rasa nak lari!

Terkocoh-kocoh Farhana berlari di dalam hospital. Aiman mengejar.

“Oi! Jangan kejar la!” jerit Farhana. Para jururawat yang bertugas terkejut melihat dua orang doktor berkejaran di dalam hospital! Budak-budak pun tau respect hospital. Inikan pula orang tua. Badan je besar, fikiran? Kecik! Beberapa jururawat mengutuk dalam diri mereka.

AWAS! LANTAI LICIN!

Papan tanda yang diletakkan di hadapan bilik air tidak dipedulikan Farhana. Dia terus meredahnya tanpa rasa takut. Gedebuk!!!

Lantai yang licin membuatkan Farhana jatuh terduduk. Aiman yang melihat dari belakang, sempat pijak padel brek!

“Adoi!!!” Farhana menggosok-gosok punggungnya yang terasa sakit. Dahinya berkerut.

“Tu la. Orang dah cakap jangan lari, nak lari jugak. Belajar je tinggi-tinggi. Tapi baca signboard pun tak tau.” Kutuk Aiman. Sesekali tawanya pecah.

“Doktor, perlahankan suara anda.” Tegur seorang doktor yang sedang berjalan sambil memeriksa carta di tangan. Aiman menunduk menahan malu. Dia tau, silapnya mentertawakan Farhana dengan suara yang lantang.

“Hello brother! Can’t you just help me?” Farhana menjegilkan matanya. Aku jatuh macam durian runtuh, bukan nak tolong!

“If I help you, apa yang I dapat? Can I get my first night tonight?” soal Aiman. Lagi bulat mata Farhana. Gila punya orang!! Tengah-tengah laman ni jugak nak ungkit pasal tu!

“Fine! I bangun sendiri!” Farhana tetap tak mahu mengalah. Tambahan lepas apa yang dia lalui tadi. Oh my!! Aku takkan sanggup nak beranak la!

“Fine! You balik jalan kaki!” Aiman terus meninggalkan Farhana di kaki lima itu. Farhana mencebik. Tak percaya dengan perlakuan suaminya.

Takpe-takpe! Kau tinggal aku ea? Tengok nanti apa aku nak buat kat kau. Jaga la kau!

Farhana menepuk-nepuk lengan dan bajunya. Membuang habuk yang mungkin melekat.

“Farhana!” panggil Airil.

“Ha! Kenapa? Ada orang laki nak beranak ke?” gurau Farhana.

“Kau ni kan! Ea, Suami kau mana?”

“Suami aku? Entah dia hilang entah ke mana.” Farhana malas nak fikir.

“Kau ni! kalau tak bergaduh sehari, tak sah! Sebab kau dengan suami kau tu, havoc satu hospital ni tau tak.”

“Ala, tu kes dulu la.”

“Memang la kes dulu. Nasib baik Aiman tak terpotong kaki orang! Sebab kau la.” Airil mengungkit kisah lama.

“Kau ni! Kisah dinasour yang kau nak cakap jugak kenapa? Salah dia yang angau kat aku.” Farhana menjelir lidah.

“Farhana Alisa!” jerit Aiman dari jauh. Jeles la tu aku cakap dengan orang laki. Kata nak tinggalkan aku. Gimik je!

“Doktor Aiman, sila rendahkan suara anda ye.” Kata Farhana ketika Aiman mendekatinya. Bukan apa, Aiman tak mau Airil mendekati Farhana. Bukan dia tak tau perasaan Airil pada Farhana.

Walaupun Airil dan Aiman kawan baik, tapi bila masuk soal perempuan, the best men win!

Memang Farhana cantik. Sangat-sangat cantik. Boleh dikatakan, semua lelaki di dalam bangunan hospital ini cemburu dengan dirinya kerana berjaya memiliki hati Farhana.

Farhana yang dulunya dikenali sebagai seorang doktor yang paling brutal dan keras hati terhadap lelaki, juga cair pada panahan mata Aiman.

Kecoh satu hospital bila Farhana sendiri yang melamar Aiman untuk menjadi suaminya!

“Dah! Jom balik.” Aiman menarik lengan Farhana.

“Eh! Kejap! Kejap!” Farhana cuba menarik lengannya. Namun pautan Aiman terlalu kuat, lalu mendorong tubuh Farhana supaya mengikutinya.

“Eh Airil! Bye-bye! Nanti kita borak lagi! Bye-bye!!” Farhana sempat melambai-lambai ke arah Airil yang terpinga-pinga. Sambil lambaian Farhana di balas Airil.

Aiman yang cemburu terus menarik tangan Farhana yang terlambai-lambai macam lalang tu supaya berhenti.

“Apa?” soal Farhana.

“Yang nak lambai kat orang lain buat apa? Suami awak ni ada, tak nak lambai pulak!”

Aiman tertarik dengan sikap Farhana yang tak tau malu. Sifat kebudak-budakan. Hidupnya sebelum ini suram! Hidupnya sentiasa diatur. Tapi semenjak mengenali Farhana, dia sendiri berani menyuarakan keinginan hatinya sendiri.

Walaupun ibu bapanya tidak pernah menyukai Farhana, tapi dia tekad untuk melindungi Farhana sebagai isterinya.

Sikap Farhana yang ceria seakan memberi semangat untuknya. Semangat untuknya hidup!

“Ala sayang intan payung! Jangan la merajuk macam tu! Huduh!” gurau Farhana.

“Lain kali jangan lambai-lambai kat orang laki dah!” tegas Aiman.

“Oh. Okey! Bye-bye! Bye-bye!” Farhana melambai kepada Aiman pula. Aiman ketawa dengan kelakuan isterinya itu. Lantas tubuh kecil itu dipeluk erat. Farhana tersenyum. Ni la nikmatnya kawen! Hehe.

1 comment: