Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, October 30, 2011

BMW 14

Selesai solat Isyak berjemaah dengan Elman, Hannah terus menyiapkan makan malam. Elman leka menonton televisyen. Lenggang sahaja gayanya. Selalunya sibuk dengan kerja-kerjanya, tapi tidak pula malam ini. Hannah terus menyediakan makan malam tanpa menghiraukan Elman. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa kerongkongnya gatal. Dia mula batuk. Elman memandang Hannah yang terbatuk-batuk di dapur.

“Kau kenapa?” soal Elman kuat.

“Takde apa.” Hannah mengurut dada. Dia tidak menghiraukan batukannya. Nak kata demam, takde pulak. Hannah masih meneruskan kerjanya.

Batukan kedua kedengaran lagi. Elman hilang fokus di kaca televisyen. Dia memandang Hannah. Perasaan risau bertamu di hati.

Batukan yang ketiga membuatkan Elman terus bangun dari sofa dan mendekati Hannah.

“Kau okey tak ni? Kau demam ke?” soal Elman.

“Hannah okey. Tapi entah, dada rasa sakit.” Adu Hannah.

Hannah batuk lagi. Elman mengurut belakang tubuh Hannah. Bibir Hannah mula pucat. Kenapa dengan diri aku ni?

“Abang Elman duduk la. Makanan dah siap dihidang. Hannah nak pergi toilet kejap.” Ujar Hannah. Hannah terus berlari mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik air dikuak kasar.

Batukan Hannah disertakan dengan darah. Hannah terpinga-pinga. Dia berkumur di sinki. Lantas tubuhnya tersandar di dinding. Ya Allah! Kenapa ni? Jantung Hannah berdegup laju. Hannah menguatkan diri dan menuruni anak tangga satu persatu ke dapur.

Hannah terus mengambil tempat di hadapan Elman dan meneruskan suapannya setelah membasuh tangan dan membaca doa makan. Sepi seketika.

“Hannah, are you alright?” tanya Elman prihatin.

“Yes I am. Jangan risau. Ni nak start demam kot.” Hannah merahsiakan tentang batuk berdarahnya. Mungkin tekak luka kot. Hannah menyedapkan hati.

“Make sure pergi klinik esok.” Arah Elman. Hannah mengangguk. Hannah mula tak sedap hati.

“KAU tido je la atas katil.” Kata Elman perlahan. Hannah merenung Elman pelik. Baik pulak dia. Selalunya kejam mengalahkan Hitler. Apa kes ni?

“Takpe la. Hannah tido atas sofa je.” Hannah mengambil bantal dari katil. Lantas bantal itu dirampas Elman.

“On my bed!” tegas Elman. Hannah terkedu.

“Hmm.” Perlahan Hannah bersuara. Dia mengambil tempat berbaring di sisi Elman. Hannah dan Elman merenung syiling.

“Hannah.” Panggil Elman. Hannah menukar pandangannya. Matanya jatuh di wajah Elman yang sedang berbaring merenung syiling.

“Kenapa?” soal Hannah acuh tak acuh.

“Lets live together forever.” Kata Elman perlahan. Hannah terkedu.

“It’s not that I love you. Bayangkan je la. Kita baru kawen. Tak sampai dua bulan dah nak cerai. Apa yang umi ayah kau akan fikir? Then my mom and dad? Nampak sangat kita takde respect kat dorang. Lets live together as long as we can.” Cadang Elman. Hannah terus bangun dari pembaringan. Dia merenung Elman tajam.

“Tak boleh. Hannah.. Hannah..” Hannah kelu. Mana nak cari idea?

“Hannah akan kawen dengan Arif!” Hannah menyambung. Yes! I’m going to marry him!

“Hannah.. Hannah.. how silly you are.” Elman turut bangun dari pembaringan. Hannah merenung Elman dalam kesamaran.

“Arif going to be married soon.” Ucapan Elman membuatkan Hannah terkedu!

“Apa maksud Abang Elman?”

“He’s going to be married. His mom dah carikan calon.”

Hannah merenung cadar katil. Kenapa Arif tak bagitau aku pasal ni?

“Tido la. Aku dah mengantuk.” Elman menarik comforter menutupi seluruh tubuhnya. Dia tersenyum gembira. Hannah memandang sepi Elman yang sudah pun berbungkus.

Hannah tak dapat berfikir lagi. Kepalanya terasa berat. Entah kenapa tubuhnya rasa letih! Letih sangat!

Hannah berbaring. Mata cuba dipejamkan. Dua tiga minit selepas itu, Hannah kaku di atas katil.

“AHHHH!!” jeritan Hannah membuatkan Elman terjaga dari tidur. Elman segera memisat matanya.

“Kenapa? Kenapa?” soal Elman terkejut. Hannah yang sudah berpeluh terus bangun. Dia memandang sekelilingnya.

“Apesal dengan kau ni?” soal Elman lagi.

“Takde apa. Mimpi buruk je.” Hannah mengesat peluh di dahi. Jam di kabinet kecil di tepi katil dipandang. Baru dua belas setengah malam. Hannah mengurut dada. Dia membaca ayat kursi sebanyak tujuh kali ke kiri, tujuh kali ke kanan, tujuh kali ke belakang, tujuh kali ke depan. Dia berbaring semula. Ayat kursi dibaca lagi tujuh kali ke atas pula.

Kenapa perlu dibuat begitu? Ustaznya pernah mengajarnya cara untuk memasang perisai daripada sihir orang. Itulah antara caranya.

Hannah berfikir sejenak. Dia tak sakit, tapi batukan berdarahnya menakutkannya. Dan mimpi tentang kedatangan seekor binatang berbisa menguatkan lagi sangkaannya. Hannah berdoa agar dirinya dan Elman dilindungi.

Tidur Hannah kembali tenang.

“HANNAH!” jerit Amalina dari luar. Hannah yang sedang mengemas ruang tamu tersenyum. Minah ni la, datang tak reti nak bagi salam betul! Sudah sebulan mimpi ngeri Hannah berlarutan. Dan dia tahu puncanya. Sebabnya.

Hannah meninggalkan kain buruk yang digunakan untuk mengelap meja kaca di atas meja. Lantas dia bergerak menuju ke pintu rumah. Suis pintu pagar yang berada di tepi pintu ditekan.

Amalina terus memasukkan keretanya ke dalam ruang porch yang kosong. Enjin dimatikan. Amalina keluar dari kereta dengan senyuman.

“Hye beb! Sayang intan payung saya! Lama tak jumpa.” Amalina begitu teruja menemui Hannah. Hannah tersenyum lagi. Wajah yang pucat ditatap Amalina.

“Beb! Kenapa muka awak pucat?” soal Amalina.

“Masuk la dulu Emily.” Hannah mempelawa Amalina masuk ke dalam rumah. Amalina menjejakkan kaki ke dalam rumah Hannah. Langkahnya terhenti.

“Hannah kenapa rumah awak rasa panas ni? Pasang la aircond. Sekarang kan musim panas.” Celoteh Amalina. Hannah hanya tersenyum.

“Masuk dulu. Saya nak cerita.” Hannah menarik lengan Amalina supaya duduk di sofa. Air yang telah disiapkan memang terletak di atas meja kaca di ruang tamu itu.

Amalina meletakkan beg tangan di atas sofa. Niat untuk berbincang tentang hari graduasi mereka terbantut.

“Tanya apa?” soal Amalina serius.

“It’s been a month. Saya rasa lain macamlah. Saya selalu batuk. Mimpi yang teruk-teruk macam jatuh dari bangunan, saya ada kat tokong la, gereja la. Saya dah jumpa doktor, tapi dia kata nothing’s wrong. Body saya selalu sakit and lenguh. Tak tau kenapa tiba-tiba saya terfkir pasal... erm.. pasal... santau. Setiap kali saya baca ayat kursi, seakan ayat tu jadi pendinding. Awak, kalau betul santau, siapa yang nak hantar santau kat saya? Tapi kalau penyakit lain, apa saya nak buat sebab doktor sendiri cakap saya tak apa-apa.” Panjang lebar Hannah bercerita.

“Dah bagitau Elman?” soal Amalina.

“Belum. Saya tak nak takutkan dia.”

“He has the right to know.”

“Not yet.”

“Hannah! Awak tau kan benda ni akan bawak masalah yang lebih major? You should see ustaz or someone yang boleh cure you.”

“Memang nak. Tapi kalau salah macam mana?”

“Try je la. Belum cuba belum tahu. Awak ada syak sesiapa ke?”

Hannah merenung Amalina lama. Ada! jerit hati Hannah. Tapi mulutnya terkunci untuk menyebut nama itu.

“Tak.” Jawab Hannah akhirnya.

“Susah la kalau macam ni. Awak kena berubat cepat-cepat. Nanti susah. Kita dah nak grad, awak jangan buat hal pulak.” Nasihat Amalina.

“Emily, saya kena jumpa Arif. Yang saya tau, atok dia pandai berubat orang cara Islam.”

“Tapi Elman...”

“Awak boleh tolong saya tak?”

Amalina merenung Hannah. Lama! Apa yang minah ni nak buat?

“ABANG, Hannah nak ikut Emily balik kampung esok. Nak jumpa dengan orang tua dia. Boleh tak?” pinta Hannah lembut.

“Jumpa mak ayah dia? Buat apa?”

“Saja nak jumpa. Lama tak jumpa. Boleh la.” Rayu Hannah.

“Kat mana?”

“Seremban.”

“Tido sana ke?”

“Tak kot. Mungkin balik terus lepas jumpa. Tapi kalau dah sampai lewat malam, Hannah tido sana je la.”

“Abang hantarkan.” Elman membuat cadangan. Hannah gugup.

“Eh! Takpe. Lagipun Amalina nak drive pergi sana. Hannah tolong teman dia. Takkan nak biarkan dia drive sorang-sorang.” Hannah menelan air liur. Sungguh dia rasa bersalah kerana menipu.

“Takpe la. Abang hantar korang. Boleh abang jumpa family dia sekali.” Elman masih berkeras. Lidah Hannah kelu. Mana nak cekau idea lagi ni?

Hannah terus mengambil tempat di sisi Elman. Lengan Elman dipaut lembut. Dia meramas jemari Elman lembut.

“Kalau abang hantar, mesti abang nak balik KL balik, kan? Lagipun abang kan banyak kerja? Hannah tak nak menyusahkan abang. Plus, kalau abang hantar, nanti kalau Amalina nak drive parents dia pergi mana-mana, kan dah susah. Dia bukan just nak jumpa parents dia, msti dia nak bawak berjalan. Betul tak?” Hannah menghela nafas lega. Terkeluar jugak hujahku!

Elman memikir sejenak. Lantas Elman menoleh memandang Hannah.

“Are you sure you’ll be alright?”

“Yes bos!” Hannah berjenaka.

Hampir sebulan juga Hannah berbaik dengan Elman. Walaupun Elman tak pernah sekalipun mengatakan kata-kata cinta tapi Hannah tau Elman ikhlas menjaganya. Meskipun tidak sebagai isteri, tapi sebagai adiknya.

“Pukul berapa nak keluar esok?” soal Elman.

“After subuh.” Jawab Hannah. Elman mengangguk. Hannah terus meninggalkan Elman di ruang tamu. Dia mendaki anak tangga hingga ke bilik. Telefon bimbit dicapai.

“Assalamualaikum, Emily. Esok lepas subuh awak amek saya, okey? Kita jumpa atok Arif. Arif will be with us right?”

Selesai berpakat, Hannah menggenggam telefon bimbitnya. Maaf Abang Elman. Hannah terpaksa menipu. Hannah janji Hannah akan bagitau semua lepas Hannah dah pulih.

No comments:

Post a Comment