Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Saturday, October 29, 2011

DTM 2

“NUR Farhana Alisa!!!” jeritan Aiman membuatkan gegendang telinga Farhana bagai nak pecah! Kenapa pulak la pakcik ni! Kerja nak menjerit je. Patut aku buang anak tekak dia, kerat lidah dia. Padan muka! Kalau suara tu sedap takpe. Ni, suara macam... eh! Tak baik kutuk suami tau. Hehe. Farhana dengan malas bangun dari katilnya. Dia memisat-misat matanya. Lepas balik dari hospital tadi, baru dapat tido. Tu pun berapa jam je. Hampeh betul!

Farhana menutup mulutnya yang sedang menguap. Sempat dia menggeliat. Jam di kabinet kecil di tepi katil ditenung lama. Tak dapat ditafsirkan nombor yang menunjukkan waktu.

Lama dia merenung. Makin lama, matanya makin bulat. Bulat sebulat bulatnya! Tujuh pagi?! Terkocoh-kocoh dia berlari masuk ke dalam bilik air dengan keadaan yang separa mamai. Tengah dia berlari untuk masuk ke dalam bilik air, DUSH!

Dia sendiri tak dapat bezakan pintu dengan dinding. Tubuh Farhana terpelanting sedikit ke belakang. Menjerit dia menahan sakit.

“Hoi dinding! Patah hidung aku ni! Kau ni pun, kenapa kat sini jugak kau nak duduk? Kontraktor mana la yang buat rumah ni ha?! Ada ke patut letak dinding kat sini?” Farhana membebel sendiri.

Dia segera masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Dah subuh gajah baru nak solat. Tu la dia! Tido tak pernah nak sedar sendiri. Kena dapat siren daripada Aiman, baru nak bangun.

Usai solat, Farhana kembali masuk ke dalam bilik air. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam pada dinding yang dia langgar. Lidahnya dijelirkan kepada dinding itu. Cara jalannya mengalahkan samseng jalanan! Dia mengusik sedikit hidungnya gaya Bruce Lee bangga apabila mangsanya jatuh.

“Jaga kau nanti! Aku robohkan kau!” ugut Farhana. Dinding yang kaku itu ditinggalkan.

Farhana membuka shower. Tubuhnya dibasahkan. Sesekali dia menyentuh hidungnya. Aiyai! Nasib tak patah.

“LANGGAR mana pulak kali ni?” soal Aiman yang sedang menyediakan sarapan. Farhana merenung Aiman yang sengaja menyindirnya.

“Dinding. Tengok hidung orang, patah tak?” Farhana menyua mukanya kepada Aiman. Aiman segera memicit hidung isterinya.

“Ahhh! Ahh!” suara sengau Farhana kedengaran menyeringai sakit.

“Tak patah pun.” jawab Aiman.

“Nak check pun kena picit ke ha? Doktor tak berlesen betul!” Farhana duduk di meja makan. Dia menjamah sekeping roti bakar bercheese dan secawan kopi.

“Awak tau tak? Nabi suka minum air kopi tau.” Bebel Farhana.

“Mana awak tau?”

“Internet.”

Aiman hanya mengangguk. Dia menyuap roti bakar ke dalam mulut.

“Awak! Robohkan dinding kat bilik tu boleh tak? Kita bubuh langsir je. Nanti susah la kalau berlanggar lagi.” Rungut Farhana.

“Jap gi tukar dinding jadik langsir, pagi-pagi awak bangun berlanggar dengan langsir pulak tu satu hal. Jatuh ke bawah tak fikir pulak? Merepek betul minah ni.” Aiman menggeleng-geleng kepalanya.

“Minah?!” Farhana mengepal penumbuk.

“Ingat saya takut sangat dengan awak? Angkut bawak masuk bilik kang baru tau.” Selamba ugutan Aiman. Namun cukup serius didengari Farhana. Segera dia membawa tangannya ke bawah meja. Mulutnya terkunci sekejap.

“Awak tau tak?....” tak sempat Farhana nak menyambung kata-katanya, Aiman terlebih dahulu mencelah.

“Awak tau tak? Kalau awak asyik bercakap je, lambat kita nak pergi kerja kang. I ada operation hari ni.” Aiman menolak tangan Farhana yang masih memegang roti rapat ke mulut isterinya.

“Makan.” Sambung Aiman. Farhana mencebik.

“Sure hidung I tak patah ni?” tanya Farhana.

“Kenapa? Rasa macam nak tertanggal ke?”

“Abang!” jerit Farhana geram.

“Ala, kalau patah pun takde ruginya.”

“Apa pulak! Orang nak masuk jadik Miss World nanti.”

“Berangan la awak banyak-banyak ye. Makan dulu calcium banyak-banyak. Bagi tinggi sikit. Ni ketinggian pun terbantut, ada hati nak jadik Miss World. Kecik!” Sindir Aiman.

Farhana rasa macam ... macam... macam nak makan orang! Dia meletakkan rotinya di atas piring dan terus bangun. Sebelum pergi, sempat dia menggigit bahu Aiman dari belakang.

Menyeringai Aiman menahan pedih. Ya Allah! Kura-kura betul budak ni! Gigit tak lepas!

“Sakit la!” jerit Aiman. Setelah beberapa saat, baru Farhana melepaskan gigitan.

“That one for calling me kecik!” Farhana berlari naik ke bilik meninggalkan Aiman yang masih kepedihan. Tangan kirinya memegang bahu. Ada tisu yang terkoyak tak ea? Soal Aiman sendiri.

“SAYANG oi!! Cepat la.” panggil Aiman. Farhana segera mengenakan baju kurung. Dia mengemaskan dirinya. Beberapa kali dia membelek wajah di hadapan cermin. Wajahnya yang pucat dibedak sikit. Puas hati dengan penampilannya, dia berlari-lari menuruni anak tangga.

“Sorry-sorry! Cermin tak nak bagi orang pergi tadi. Dia suka sangat tengok muka comel orang ni. Ehem-ehem. Susah la jadik orang comel ni.” Farhana angkut bakul sendiri.

“Perasan!” Aiman yang sudah lama menunggu di dalam kereta terus menekan pedal minyak setelah Farhana masuk ke dalam perut kereta.

“Sabtu ni kita pergi rumah mama.” Aiman membuka bicara.

“Sabtu ni?” Farhana telan air liur. Nak kena mengadap muka mak mertua? Lemah sendi oi!

“Kenapa?”

“Takde apa.”

“You’ve to get ready.”

“Hmm.” Jawab Farhana malas. Bukan dia tak suka jumpa mak mentua. Tapi dia tak berani nak berhadapan dengan mak mertuanya. Dia ingat lagi kata-kata sini mak mentuanya ketika Aiman memperkenalkan dia di dalam keluarganya.

“MA, ni Farhana. Kawan Aiman.” Aiman memperkenalkan Farhana. Farhana masih dengan senyuman yang tak lekang. Dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan wanita tua itu. Namun tangannya tidak disambut. Malah dia dihadiahkan jelingan tajam.

“Anak Tan Sri mana ni?” tanya Puan Sri Diana. Aiman terkedu. Farhana kaget.

“Ma!” Aiman menegur ibunya bagi menjaga hati Farhana.

“Apa? Mama just tanya. Kan papa?” Puan Sri Diana memandang suaminya yang leka membaca surat khabar.

“Tak salah pertanyaan mama awak tu.” Sokong Tan Sri Malek. Dia langsung tak nak memandang Farhana.

Dania yang baru turun dari tangga merenung wanita yang berada di sebelah abangnya. Pandangan pertamanya pada Farhana, cantik!

Dania segera turun ke ruang tamu dengan senyuman.

“Hye kak!” sapa Dania apabila dia mengambil tempat di sisi mamanya. Segera lengan Dania dicubit mamanya.

“Auch! What’s that for?” suara Dania mengendur apabila panahan mata mamanya mengena dirinya. Terus dia diam. Pertanyaan Dania dibiarkan tergantung.

“Far anak yatim piatu. Far takde family.” Jawab Farhana jujur.

“Anak.. what?!” terjegil mata mama Aiman.

“Aiman! You nak kawen dengan dia? Mama tak suka! Mama bantah!” keras suara Puan Sri Diana.

“Papa pun membantah. Mana papa nak letak muka papa ni? Apa nanti kata kawan-kawan papa?” Tan Sri Malek mengeronyokkan surat khabarnya.

“Dania suka!” Dania pula yang memberi komen. Mata ibu bapa Dania tepat memandang anak daranya itu. Terus Dania menekup mulut.

“Sampai bila-bila mama dengan papa takkan terima perempuan ni as menantu kami! Muktamad!” Tan Sri Malek bangun dari sofa dan terus masuk ke dalam bilik diikuti Puan Sri Diana.

“Kak! Abang! Jangan risau. Nia ada.” Dania tersenyum nakal. Entah apa rancangan yang berada di kepalanya.

“SAYANG oi! Berangan apa tu? Dah sampai.” Aiman melambaikan-lambaikan tangannya di hadapan wajah Farhana. Segera Farhana terbangun dari lamunan.

“Dah sampai? Eh bang! Ni bukan hospital kita ni!” Farhana merenung bangunan hospital.

“La? Apesal pulak? Betul la ni.” Aiman menggaru kepala. Dia membuka tali pinggang keledarnya.

“Bukan la.” sangkal Farhana.

“Ni hospital kita la!”

“Bukan!”

“Iya!”

“Bukan!”

“Iya!!”

“Nampak sangat abang tipu. Ni hospital kerajaan punya. Kita belum ada duit nak buat hospital sendiri. Abang ni, suka berangan pagi-pagi oh! Nak hospital sendiri, kerja rajin-rajin ye bang.” Farhana berjalan keluar dari kereta dengan selamba. Dapat juga dikenakan suaminnya.

“Farhan!”

“I’m Farhana! Bukan Farhan.”

“Farhan!”

“Farhana!”

“Farhan!”

“Tak kisah la. Abang nak sangat ke orang tukar jantina jadik lelaki? Euw! Tak ku sangka yang suami aku ni gay! Abang ni! Tak baik tau. Nanti Allah murka.” Farhana berlari laju masuk ke pintu utama hospital. Sempat dia menoleh dan menjelirkan lidah.

Nasib kau la Aiman. Terima lamaran sorang perempuan yang otaknya tak pernah lepas level dewasa. Otak yang terbantut di alam kanak-kanak!

Aiman hanya menggeleng. Dia menutup pintu kereta dan menguncinya. Langkahnya diatur kemas masuk ke dalam hospital.

“FARHANA!” panggil Airil dari jauh. Farhana menoleh melihat siapa yang memanggilnya. Bibirnya mengukir senyuman.

“Oh! Kau ke cak? Aku ingat siapa yang panggil aku pagi-pagi ni. Tak sempat aku nak warming up lagi, orang dah panggil-panggil aku. Femesnya rasa!” sempat Farhana bergurau.

“Kau ni! Sudah-sudah la panggil aku cak-cak ni. Body aku dah tough la. Dah tak keding macam cicak!”

“Kau makan apa sampai tough macam ni? Hensemnya anak mak ni!” sengaja Farhana melebih-lebih memuji Airil.

“Aku makan vitamin la.”

“Vitamin? B-kompleks?”

“Yup!”

“Selera makan aku dah macam buaya je. Lapar je kerja.”

“Bagus la. kau tu pun bukan normal sangat!”

“Woi! Aku normal la!”

“Normal apanya? BMI kau tu dah buktikan kau tu tak normal.”

“Sekarang dah normal la.”

“Pada mata aku, kau tetap tak normal.”

“Tu sebab mata kau yang tak normal! Mata empat!”

“Kau ni! Pernah makan kaki orang tak?”

“Tak. Kaki ayam pernah la. Kenapa? Kau nak sponsor kaki kau ke? Nak bagi kat aku? Boleh je.”

Farhana mengetap gigi sambil mencebik. Tangannya diangkat tinggi untuk ditampar belakang tubuh Airil.

“Farhana!” panggil Aiman dari jauh. Farhana yang macam nak meletup, terus reda. Dia berlari mendapatkan Aiman dan memeluk lengan Aiman. Dia menghadiahkan jeliran lidah pada Airil.

“Ni masih nak jadik samseng ke? Kerja nak pukul orang je.”

“Hehe. Ala intan permata, dia yang bagi orang naik darah.”

“Kalau ye pun, awak tu dah berkahwin. Jangan nak buat masa zaman bujang dulu. Nak hempuk-hempuk orang je kerja. Senior awak pun takut dengan awak.”

“Bebel je kerja. Operation macam mana? Okey?”

“Pasangan bahagia betul korang, kan? Tengah-tengah laman ni jugak korang nak dating.” Airil membebel bila dia mendekati Farhana dan Aiman.

“Kau jeles ke, Ril? Kalau jeles, cepat-cepat la kawen.” Jawab Aiman.

“I’m waiting.” Farhana meleretkan suaranya apabila soalannya tidak berjawab.

“Nak kawen? Dengan siapa beb?” Airil membalas.

“Kau bukan takde rupa, ada! Tapi kau tu yang jual minyak petrol pesal? Asal tak jual minyak urut ke, minyak cap kapak ke, ada jugak la yang mampu nak belinya dalam kegawatan ekonomi sekarang ni.” seloroh Aiman.

“Satu...” Farhana mula mengira.

“Dua..” Airil menyambung.

“Tiga!” Aiman pula menyibuk.

“Airil! Aiman!” kedua-dua orang manusia itu ditarik telinga. Terjerit-jerit Aiman dan Airil menahan perit.

“Sakit la sayang.” Aiman merengek.

“Sayang! Sakit la.” Airil pula mencelah. Bulat mata Aiman memandang Airil. Tawa Farhana pecah.

“Ana!” Panggil Nazirah dari jauh. Terus Farhana melepaskan Aiman dan Airil. Tanpa pamitan, Farhana terus mendapatkan Nazirah. Entah apa yang disembangkan sehingga Farhana terkocoh-kocoh lari di dalam hospital.

“Aiman.” Panggil Airil.

“Apa?” mata kedua orang lelaki itu masih memandang kelibat Farhana.

“Semenjak kau kawen dengan Far, hari-hari kena cubit ke? Hari-hari kena tarik telinga?” soal Airil ingin tahu.

“Kalau cubit, tarik telinga, aku tak kisah. Ni sampai kepala aku ketuk dengan periuk kawah dia.” Aiman berkata. Terus pandangan Airil tepat ke arah Aiman. Aiman yang menyedari pandangan terkejut itu, terus membalas pandangan Airil.

“Kenapa? Tak percaya? Kat kepala aku ni dah wujud gunung Kinabalu pun. Hari-hari kena dengan dia.”

Airil terkedu. Hai la Airil, nasib baik kau tak kawen dengan minah tu. Kalau tidak???!!!

No comments:

Post a Comment