Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, October 30, 2011

BMW 20

Hannah mengemas pakaiannya. Sudah tiba masanya. Dia akan berangkat pergi ke Canada esok. Elman hanya memerhatikan tindakan Hannah. Jantungnya berdegup kencang setiap kali helaian baju Hannah masuk ke dalam beg baju. Namun dia tetap dengan pendiriannya. Dua bulan berakhir begitu sahaja. Selama dua bulan juga hubungan mereka menjadi dingin. Sungguh! Hannah tak tahan untuk tinggal di dalam rumah itu lagi.

“Hannah.” Panggil Elman lembut. Hannah menoleh melihat Elman yang duduk di hadapan meja belajarnya.

“Kenapa?” soal Hannah dingin.

“Just two and a half year. Right?”

“Ye la kot.”

“Kot?”

“Hmm.” Jawab Hannah pendek.

“Hannah..”

“Abang Elman.. enough. Two and a half year.” Lembut suara Hannah. Elman menarik nafas dalam.

“Semua dah sedia ke?” Elman menukar subjek.

“Dah. Just tinggal sikit-sikit barang yang lain.”

“Passport?”

“Check.”

“Hannah, take care.” Pesan Elman.

“I will.”

“Hannah, still takde rasa pening-pening or muntah-muntah ke?” soal Elman. Point asalnya, dia inginkan Hannah mengandung! Supaya nanti dia ada sebab untuk menghalang pemergian Hannah.

“Takde. Abang jangan harap sangat. Kita dah bincang pun dengan family kita pasal hal Hannah nak pergi abroad kan? Then, don’t try to stop me.”

“I’m not trying to stop you. But if there’s any news, tell me.”

“Hmm.” Hannah meneruskan kerjanya mengemas beg.

“Continue packing your things. Abang nak turun bawah jap.” Elman bangun dari katil. Hatinya sakit sebenarnya. Dia masih belum rela melepaskan Hannah untuk pergi. Dia sendiri yang termakan dengan janjinya. Tourture me, but don’t fall for me. Bodohnya kau Elman sebab setuju dengan kata-kata Hannah.

Hati kau, siapa yang nak tanggung? Kau jugak! Elman, tak boleh ke kau rendahkan ego kau? Just for one day for God sake! One day is enough! Just admit it! You’re in love with her. You’re in love with her since kindergarten! Why have to deny it? Hanya kerana Aiman, kau bina tembok dalam hati kau untuk Hannah. You know yourself better than anyone else. Satu hari je, tu pun dah lebih dari cukup.

Elman berperang dengan hatinya sendiri. Dia mengambil segelas air sejuk. Diteguknya dengan rakus sekali. Gelas itu diletakkan di atas kabinet dapur dengan kasar. Just give yourself a chance, Elman. Just one chance.

HANNAH dihantar oleh keluarga kandungnya dan keluarga mertuanya ke lapangan terbang. Amalina turut serta. Elman langsung tidak datang untuk menemuinya buat kali terakhir. Hannah masih menanti kelibat Elman di lapangan terbang.

“Elman mana?” soal Datin Hanani.

“Dia ada banyak kerja kot.” Jawab Hannah lemah. Passport dipegang kuat.

“Tak sepatutnya dia buat macam ni. Even banyak kerja pun, kena la jumpa wife dia jugak.” Ujar Dato’ Faris pula. Ayah Hannah hanya senyapkan diri. Tak tahu nak cakap apa.

Hannah juga terasa hati. Dia bangun pagi tadi pun, tak nampak kelibat Elman di mana-mana. Tak ucapkan selamat tinggal pun. Even bye-bye pun takde! Hannah merengus lemah.

“Pegang passport Hannah jap. Hannah nak pergi toilet.” Hannah meminta uminya untuk memegang passportnya.

“La! Ni dah masuk empat kali Hannah ulang-alik ke toilet ni.” kata Datin Faridah.

“I need to go the toilet again.” Hannah segera berlari masuk ke dalam bilik air.

“Nervous la tu.” Kata Dato’ Firdaus.

“Nak saya teman ke, wak?” soal Amalina.

“It’s okay. Saya boleh pergi sendiri.” Jawab Hannah tergesa-gesa.

HANNAH keluar dari bilik air dengan lemah. Tiba-tiba dia merasakan sedikit kesakitan di ulu hatinya. Ni mesti sebab terlalu nervous. Habis semua nak sakit. Dia melangkah lemah menuju kekeluarganya. Kelihatan susuk tubuh tegap seseorang yang amat dia kenali. Elman! Hannah berasa teruja. Sangat-sangat teruja!

“Abang.” Tegur Hannah lembut dari belakang. Elman memandang Hannah dengan tergesa-gesa. Lantas tangan Hannah ditarik dan dibawa pergi ke tempat yang agak jauh dari keluarga mereka.

“Hannah. I need to tell you something.” Ujar Elman termengah-mengah.

“Kenapa ni?”

“Hannah.. I... I...” tak sempat Elman menghabiskan kata-katanya, Hannah menekup mulut menahan rasa mual yang hampir membuatkan dia muntah di hadapan Elman. Elman terkejut.

Mata Hannah bulat memandang lantai. Lantas, pandangan itu beralih ke Elman. Jantungnya berdegup kencang. Pandangan yang jelas terkejut. Elman turut terkejut. Pandangan Elman jatuh ke perut Hannah.

“You.... you....” Elman tak menghabiskan kata-katanya. Hannah terkedu. Kakinya lemah! Tubuhnya tak dapat diimbang lagi. Kepalanya terus pening. Terus Hannah pengsan di tengah-tengah lapangan terbang itu. Hannah tak dapat dengar suara lain lagi. Dia hanya dapat mendengar suara Elman menjerit memanggil namanya.

Ahli keluarga yang lain berlari-lari anak mendapatkan Hannah yang berada di dalam pelukan Elman.

“CONGRATULATIONS. Awak akan jadi seorang ayah. Dah tujuh minggu.” Ucap doktor perempuan itu. Elman merenung Hannah yang masih terlantar di atas katil di klinik itu. Hannah merenung Elman.

Pandangan itu jatuh ke jam tangannya. Dia terlepas flight. Hannah terbaring semula. Fikiran yang celaru bertambah-tambah apabila dia disahkan mengandung. Masalah untuk dia sambung master nanti!

Seluruh ahli keluarga yang berada di situ tersenyum seronok. Amalina turut meloncat kegembiraan. Hannah hilang tumpuan. Dia berada di awangan sendirian. Elman pasti perasaannya ketika itu. Ya! Dia bangga! Dia suka! Dia sayang! Dia cintakan Hannah!

Elman terus memeluk tubuh Hannah yang masih terbaring kaku di atas katil klinik itu. Hannah tak membalas pelukan Elman. Tapi dia hanya merengus perlahan.

“Hannah! Abang akan jadi ayah!” jerit Elman gembira.

“Alhamdulillah Hannah! Dapat jugak kita merasa nak gendong cucu tahun depan, kan bang?” Datin Hanani tersenyum sambil meluahkan perasaan gembiranya kepada suaminya.

“Macam mana dengan study Hannah?” soal Hannah. Akhirnya! Terkeluar jugak kata-kata dari mulutnya yang sedari tadi terkunci.

Elman memandang Hannah yang nyata masih risau akan pengajiannya. Dalam hati, dia bersyukur dia tak perlu merendahkan egonya mengakui tentang perasaannya pada Hannah yang telah lama disimpan kemas. Berita ini cukup untuk menghalang Hannah daripada berada jauh daripadanya.

“Nak study apanya? Dah pregnant, takkan nak pergi jugak? Tak bahaya ke kat baby? Nanti kalau apa-apa jadik, siapa yang susah? Abang jugak. Nak sambung belajar, belajar kat sini je. After dah deliver, baru boleh study abroad.” Perintah Elman. Dalam hati, dia melonjak kegembiraan. Nampaknya, setahun lebih lagi Hannah akan berada di sisinya.

Tapi dia tahu, Hannah seorang yang bertanggungjawab. Takkan Hannah nak tinggalkan anaknya semata-mata kerana nak sambung belajar? Lagipun, mana ada ibu yang boleh berpisah lama dengan anaknya!

“Betul cakap Elman tu.” Sokong Dato’ Firdaus. Hannah menyepi. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa memberontaknya dia!

“HANNAH, careful.” Elman memimpin Hannah untuk masuk ke dalam rumah. Hannah menepis tangan Elman yang memegang lengan dan pinggangnya.

“Hannah boleh jalan sendiri.” Hannah terus meninggalkan Elman yang terpinga-pinga di pintu masuk rumah mereka. Kini, hanya mereka berdua yang berada di dalam rumah tersebut.

Hannah meluru masuk ke dalam bilik air. Segera dia memuntahkan isi perutnya. Termengah-mengah dia hingga membuatkan dia terduduk di lantai bilik air. Hannah menelan air liur.

Hannah! You’re kidding me! Hannah bersandar di dinding yang dingin. What will happen next, Hannah?

“Hannah? Are you in?” Elman mengetuk pintu bilik air berulang kali.

“I am.” Jerit Hannah sedikit.

“Are you sick? Nak muntah ke?” tanya Elman.

“I’m fine! Just leave me alone for one second, please!” Hannah memejamkan matanya. Tiba-tiba dirinya jadi sensitif. Sehingga mudah sangat untuk mengalirkan air mata.

“Okay. If you need me...” Elman masih tidak berputus asa.

“I’m fine!! Just get out!” jerit Hannah. Amarahnya tidak tertahan. Dosanya ditanggung sendiri kerana meninggikan suara terhadap suaminya. Hannah melucutkan tudung labuhnya. Dia memegang dahinya yang terasa berdenyut-denyut.

“It’s going to be bad. Real-real bad.” Hannah mendengus. Hannah! Stay focus! Hannah berdialog sendirian.

Hannah keluar dari bilik air selepas setengah jam bermonolog sendirian di dalam bilik air. Dia duduk di birai katil. Dia memandang perutnya tak berperasaan. Lantas dia membaringkan dirinya di atas tilam empuk.

Kenapa waktu genting macam ni baru aku sedar yang aku dah pregnant? Seven weeks! Kenapa rasa mual ni tak datang waktu aku kat Canada?! Hannah hilang pertimbangan. Dia terus bangun dan menyelerakkan meja soleknya. Kaca yang percah berderang membuatkan Elman yang berada di dapur terkejut.

Kerjanya terbantut untuk menyiapkan makanan untuk Hannah. Lantas dia berlari naik ke bilik untuk melihat apa yang terjadi. Pintu bilik dikuak pantas. Kaca-kaca yang berderai di atas lantai diperhatikan dengan mata yang bulat.

Pandangan Elman beralih ke arah Hannah yang sedang duduk memeluk tubuh di sudut dinding. Tangan Hannah yang terkena kaca mengalirkan banyak darah.

“Hannah!” Elman terus meluru mendapatkan Hannah yang sedang menangis.

“Kenapa ni? You’re bleeding!” Elman segera mencari kain untuk membalut luka di tapak tangan Hannah.

Hannah menolak lemah tubuh Elman yang sedang membalut tapak tangannya.

“Go away.” Kata Hannah perlahan dan lemah.

“Just stay still.” Elman menahan barannya.

“I said go away!” jerit Hannah tepat di hadapan muka Elman. Hati Elman menggelegak. Lantas tangannya laju menampar pipi Hannah. Hannah terpaku. Terhenti air matanya. Wajah Elman merah padam.

“Kenapa dengan Hannah ni?!” Elman merenung Hannah yang masih tidak berkedip matanya memandang lantai.

“Tak mungkin Hannah mengandung. Benda tu Cuma berlaku sekali! Sekali je!! Hannah kena juga habiskan study Hannah kat Kanada. Tolonglahh..” Hannah memandang Elman meraih simpati.

“Hannah seronok kalau abang duduk jauh dari Hannah, kan?” serkap Elman. Hannah memandang tepat ke anak mata Elman.

“Yes. I do!” tekan Hannah. Elman terpana. Dia tak nampak diri Hannah di dalam tubuh wanita yang berada di hadapannya kini.

“Okay. I’m leaving.” Elman bangun dari melutut di depan Hannah. Balutan di tangan Hannah tidak dapat diselesaikan.

“Hannah, abang harap Hannah happy dengan life Hannah.” Elman terus mencapai kunci keretanya. Dia meluru turun ke ruang tamu. Kakinya bergerak pantas untuk meninggalkan rumah itu.

Buat kali kedua, air matanya menitis lagi. Sebelum ini, air matanya hanya untuk Aiman. Tapi kini...

Hannah merenung pintu bilik yang terbuka luas. If you say you love me, I’ll never do this, Abang Elman. You said, you have to take responsible on your act. I don’t want to burden you with this baby. You’ve to find someone that you love. Don’t feel burdened. You’ve your own life out there. Trust me. Someone is waiting for you.

Hannah menangis lagi. Kaca yang berderai dipandangan sekilas. Tangan yang luka ditenung lama. Di membuka balutan separuh jalan yang dilakukan Elman di tangannya. Dia tka cintakan aku.

14 comments:

  1. novel bile nak di terbitkan eah ?? >.<

    ReplyDelete
  2. entah lah .. manuskrip tak siap lagi. hee :D ..

    ReplyDelete
  3. mane next entry..dah lame tggu ni..^-^

    ReplyDelete
  4. kak ain, novel BMW nie dah keluar ke belum ? dulu ada baca kat penulisan2u, tp lupa tajuk dah.. nasib jumpa balik.. :)

    ReplyDelete
  5. miss HIJAU* rose : hee .. belomm la dik... maap yee .. nnt dh kuar,, akk infom sini .. okey ?

    ReplyDelete
  6. okay2.. thanks kak ain ! hehe :)

    ReplyDelete
  7. akk siapkan manuskrip! doakan akk rajin sentiasa! ahax. virus malas kian kuat !

    ReplyDelete
  8. lama sy tgu sambungngannyer... pls.... sambung lg yer... tq..

    ReplyDelete
  9. Novel dah keluar dah.. Hihihi asih panas lagi.. Baru kuar dari oven.. Besttttt....

    ReplyDelete
  10. dh dpt dh BMW. mmg best. tahniah Nurul.

    ReplyDelete
  11. dah baca BMW...terbaik !!!

    ReplyDelete