Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, October 30, 2011

BMW 19

Hannah tergamam melihat dia berbantalkan lengan Elman. Tangannya diraba-raba ke dalam comforter. Bulat matanya apabila dia sedar tubuhnya tidak berbaju lagi. Jantung Hannah berdegup laju. Jam di kabinet kecil di sebelah katil dipandang. Tiga pagi! Elman masih memejamkan mata. Hannah mengutip bajunya di lantai. Nak salahkan Elman, tak boleh jugak. Dia sendiri yang rela. Bila diri dah hanyut dengan belaian, semua boleh jadik.

Hannah perlahan-lahan menyarung pakaiannya kembali. Matanya tak lepas memandang Elman. Takut lelaki itu akan terjaga. Dia terus masuk ke bilik air. Pintu bilik air dikatup perlahan.

Dia berdiri di hadapan sinki. Cermin yang lebar ditenung lama. Dia memerhatikan setiap inci wajahnya. Pandangan itu jatuh pula ke perutnya. Dia meletakkan tangannya di perutnya.

Sekarang kosong. Tapi mungkin rezeki aku, dua tiga bulan lagi akan terisi. Macam mana aku nak sambung belajar? Macam mana aku nak pergi luar negara? Hannah mengeluh perlahan.

Dia terduduk di lantai. Nak menangis? Tak patut! Dia sebagai isteri memang perlu laksanakan tugasnya sebagai seorang isteri. Dia tak nak jadik seorang isteri yang nusyuz! Tapi semalam tu, dia sendiri tak memaksa diri.

Hannah merenung lantai. Lama! Untuk seketika, pintu bilik air diketuk perlahan.

“Hannah, are you in?” soal Elman. Hannah terkejut.

“Ye.” Jerit Hannah sedikit.

“When are you going to finish? I need to use the toilet.” Elman menggesa.

“Kejap.” Hannah bangun dari lantai yang dingin. Dia memandang sekilas wajah kusamnya di cermin. Sesudah itu, dia terus membuka pintu bilik air.

Hannah memandang Elman yang hanya memakai boxer. Pipinya mula memerah. Elman tidak beriak. Dia terus merempuh masuk ke dalam bilik air dan menguncinya apabila Hannah keluar dari bilik air.

Hannah merenung pintu bilik air. Malu tu ada. Hairan pun ada jugak. Kenapa pulak pakcik ni cepat-cepat sangat nak masuk bilik air? Hannah tak ambil peduli. Dia kembali ke katil. Melihatkan keadaan katil yang bersepah, terasa darah menyerbu kepalanya.

Dia menarik selimut ke tepi dan membetulkan cadar yang tidak kemas. Selesai mengemas katil itu, dia kembali tidur. Dia cuba melelapkan matanya. Namun jantungnya kian berdebar apabila terasa bahang tubuh Elman di sisinya.

Mata Hannah masih rapat tertutup. Tiba-tiba dia terasa pinggangnya dipeluk Elman. Hannah tidak berganjak.

“Sini sikit. Abang sejuk.” Elman merengek manja.

“Comforter ada.” balas Hannah.

“Hannah la comforter abang.” Elman memeluk tubuh Hannah kuat. Hannah hanya membiarkan. Tak mampu nak menolak. Apa guna menolak sedangkan dia sememangnya sudah menjadi hak Elman luar dan dalam?

Hannah terlena. Entah bila masa pulak posisi bertukar. Kini bukan Elman yang memeluk, Hannah pula yang memeluk lengan Elman. Dalam sedar, Elman tersenyum. Hannah, be my wife. Bukan adik.

HANI merenung syiling biliknya. Asap rokok yang disedut dilepaskan berperingkat. Kandungan yang hampir mencecah tiga ke empat bulan diusap perlahan. Akif masih di bilik air. Jam menunjukkan pukul lima pagi.

“Sayang.” Panggil Akif apabila melihatkan Hani yang termenung jauh di katil.

“Kenapa?” soal Hani.

“Your tummy’s getting bigger.”

“I know.”

“What’re you going to do?”

“I don’t know.” Hani sebenarnya sedang memikirkan dendamnya pada Hannah yang masih tak lupus. Dia tahu santau yang dihantar kepada Hannah kini telah hilang.

“I’m not ready for the baby.” Kata Akif.

“We’re not going to take care of this child. Don’t worry.”

“Sayang, kenapa awak tak masuk kelas baru-baru ni?” Akif menukar topik perbualan. Tapi memang dia pelik bila melihatkan Hani yang langsung tidak ke kelas semenjak cuti semester berakhir.

“I kena buang.” Hani menjawab malas.

“Why?”

“Pointer I drop teruk.”

“For now you jaga yourself dulu.”

“I am.”

“Hani.” Panggil Akif. Hani merenung Akif.

“What?”

“Stop smoking, can’t you?”

“Why? Sebelum ni you tak melarang pun!”

“Before this, you tak pregnant. Smoking will effect your baby!”

“And since when you care about this baby, hah?”

“I’m not just care about the baby. I care about you!”

“Nothing will happen! I just need a rest. This baby just give me a lot of troubles! Rasa nak cucuk-cucuk je!” Hani menepuk kasar perutnya.

“Hey! Jangan buat macam tu!” Akif melarang. Hani memandang Akif pelik.

“Kenapa pulak? You yang nak dia mati, kan?”

“But at least, have a pity on your baby.”

“Akif, you’ve changed a lot!”

“I’m not.”

“Yes you’re.”

“Hani, lets drop the subject.” Akif berbaring di sisi Hani. Tubuhnya yang tidak berbaju disentuh Hani.

“Apa yang you fikir sekarang ni?” soal Akif bila Hani melentokkan kepalanya di atas dadanya.

“I need to find a way untuk revenge.”

“Revenge? Kat siapa?” terkejut Akif mendengar statement Hani.

“Ada la. Later, I bagitau you.” Hani memejamkan matanya. Elman, aku belum puas. Hannah! I will never leave you in peace! Never!!

HANNAH menunaikan solat subuh secara berjemaah dengan Elman. Di saat Elman menghulurkan tangan supaya Hannah mengucup tangannya, Hannah terkesima. Malu! Tapi sebagai seorang isteri, dia menarik jugak tangan Elman lalu mengucupnya.

“Hari ni, abang balik for lunch.” Beritahu Elman. Hannah mengangguk. Tiba-tiba Hannah teringat sesuatu. Sebelum hari konvo, dia telahpun memohon untuk menyambung pengajiannya di luar negara. Alhamdulillah, dengan pointer yang bagus dia diterima untuk ditanggung JPA.

Tapi dia masih lagi tak mampu menyuarakan itu kepada Elman. Semalam pun dah penat bertekak. Tapi dia masih belum mampu untuk memberitahu tentang kelulusan JPA itu. Hanya tinggal dua bulan sebelum dia perlu berlepas ke Canada.

“Hannah prepare breakfast kejap.” Hannah menanggalkan telekung dan terus turun ke dapur. Bila terfikir akan hal semalam, mana mungkin dia akan meminta Elman untuk menceraikan dia. Tak mungkin sama sekali!

Hannah mencuci beberapa pinggan yang masih berada di sinki dari semalam. Tiba-tiba bulu romanya naik menegak. Seakan ada seseorang di belakang tubuhnya. Dia terus kalih ke belakang dengan pantas. Elman terkedu.

“Cepatnya you dapat detect abang kat belakang.” Elman tersenyum. Hannah naik malu. Dia meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Elman yang berada di belakangnya. Elman mengambil kesempatan.

Tubuh Hannah dipeluk dari belakang. Hannah kaget. Air liurnya ditelan. Mata Hannah bulat memandang sinki. Tangan Elman diletakkan di perut Hannah.

“Bila perut ni nak besar, eak?” Kata Elman lembut. Hannah diam.

“Rasa-rasa anak perempuan ke lelaki?” soal Elman. Hannah tetap membisu.

“I wish it was a boy. Boleh main bola sama-sama nanti.” Sambung Elman.

“Hmm. Tapi macam mana kalau perempuan, eak?” Elman memeluk Hannah erat.

“Nak namakan apa?” Elman masih asyik berangan. Hannah meleraikan pelukan Elman. Dia menoleh ke belakang untuk menghadap Elman.

“Lupakan angan-angan awak.” Hannah menyerahkan kain buruk yang ada di tangannya kepada Elman sebelum meninggalkan Elman. Fikirannya bercelaru!

“Hannah!” Elman mencapai lengan Hannah.

Hannah terpaksa menghentikan langkah kerana lengannya dipaut Elman.

“Marah ke?” soal Elman serius. Hilang terus mood cerianya.

“Tak.”

“I can see it on your face!” Elman menahan amarah.

“I’m not.” Hannah menyangkal.

“Yes you’re.”

“Whatever.”

“Hannah, semalam bukan salah abang sorang, tapi....”

“Stop it!” Hannah menghentikan kata-kata Elman. Dia merenung Elman lama. Nampaknya dia perlu khabarkan jua berita ini.

“Hannah akan bertolak ke Kanada dua bulan lagi. I hope, hal ni takkan ganggu Hannah nak kemas barang nanti.”

Ternganga Elman mendengar kata Hannah. Hannah menarik nafas. Lengannya ditarik perlahan dari pegangan Elman.

“Hannah dah dapat offer letter. Hannah lulus JPA. Even kalau Hannah tak lulus pun, Hannah boleh guna my own pocket money untuk pergi Canada. I just want you to know that.” Hannah serius. Elman membulatkan matanya.

“Tapi abang tak benarkan!”

“Benarkan atau tidak, Hannah dah buat keputusan dan Hannah dah bagitau abang. Hannah tau Hannah boleh jadik seorang isteri yang nusyuz kalau Hannah tetap pergi tanpa kebenaran abang. Hannah just mintak abang faham dengan impian Hannah. Abang ingat pesan Hannah waktu kita honeymoon? Torture me but don’t fall for me? Kalau sekarang abang cakap abang tak benarkan Hannah pergi sebab abang cintakan Hannah, Hannah akan stay. Tapi itu bermakna Hannah mampu merendahkan ego abang. Tu juga bermakna Hannah menang, dan abang kalah!” Hannah merenung tajam wajah Elman.

Elman sepi. Diam seribu bahasa. Dia cintakah? Sayangkah? Tak! Tak! Semua tu sebab simpati. Simpati semata-mata! Fikiran Elman bercelaru. Dia merenung lantai. Hannah masih menanti jawapannya.

Egonya masih menggunung!

“Tak. Abang tak cintakan Hannah. Even sikit pun dalam hati abang, abang tak pernah sukakan Hannah. I’m just being responsible on my act.” Jawab Elman perlahan. Hannah mengangguk tanda faham. Hatinya terluka.

“If that so. Then the answer is..” Hannah menunggu jawapan Elman.

“Yes. You may go.” Jawab Elman perlahan. Hannah mengangguk lagi. Dia terus menuju ke biliknya. Bilik air menjadi sasaran.

Kau bodoh sebab ikut instict kau Hannah! Dia sah-sah tak cintakan kau langsung!

Elman yang masih berada di dapur menumbuk kuat meja makan kayu yang kukuh di hadapannya. Air mata bertakung di tubir matanya. What’s wrong with me?!

No comments:

Post a Comment