Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, October 30, 2011

BMW 17

Elman meraup wajahnya. Masalah yang menimpa menyukarkan dia untuk fokus terhadap bidang kerjayanya. Dia risau jika Hannah nekad meninggalkan dirinya. Cintakah dia? Sayangkah dia? Atau Elman hanya menganggap Hannah sebagai tanggungjawabnya? Semakin hari semakin banyak perubahan ketara pada diri Elman.

“Tuan.” Haslinda menekan butang interkom.

“Ye?” Elman menjawab.

“Ada seseorang yang nak berjumpa dengan tuan.”

“Siapa?”

“Cik Hannah.”

“Benarkan dia masuk.” Elman terus menutup butang interkom itu. Dia memperbetulkan bajunya, rambutnya, tali lehernya! Macam nak jumpa girlfriend baru je gamaknya.

“Assalamualaikum.” Hannah membuka sedikit pintu pejabat baru Elman. Elman hanya mengangguk sambil merenung Hannah.

“Kenapa datang pejabat abang ni?” soal Elman sekadar berbasi-basi.

“Hannah nak mintak abang tolong tandatangan dokumen ni.” Hannah meletakkan sampul surat bersaiz A4 di hadapan Elman.

Elman terpinga-pinga. Dia melihat isi dokumen itu. Bulat matanya bila memandang baris-baris ayat yang jelas terpampang di dalam kertas itu. Elman terus melemparkan surat-surat itu di hadapan Hannah.

“What’s this?” bulat mata Elman memandang Hannah yang masih tenang.

“Apa yang abang baca, itu la dia.”

“Hannah!” tinggi suara Elman. Nasib baik pintu biliknya kalis bunyi. Kalau tidak, sampai ke luar juga suaranya boleh kedengaran.

“Hannah dah fikir masak-masak. Muktamad keputusan Hannah.” Hannah tetap berlembut ketika menegaskan apa yang dia inginkan.

“Hannah! This’s too much! I’m not going to let you do this! Atas dasar apa yang awak nak mintak fasakh? Takde alasan yang munasabah!” Elman ketawa sinis.

“Semua syarat akad abang turuti.” Sambung Elman. dia pasti kejayaan miliknya. Bila masa Hannah mengambil borang penceraian, dia sendiri tak pasti.

“Hannah boleh laporkan yang rumahtangga kita tak macam orang lain. Banyak kecacatannya.” Hannah pasti alasan ini diterima.

“Hannah. Why do this?” Elman menarik nafas panjang.

“I can’t stay with you. Tak faham ke? Hannah tak nak tanggung dosa Hannah hari-hari membenci suami sendiri! Hannah tak nak tanggung dosa Hannah sentiasa melawan cakap abang! Please Abang Elman. Lepaskan Hannah. Abang Elman dah dapat apa yang abang nak. This’s all you want, kan? Abang Elman dah cukup gunakan Hannah! Hannah tak nak terlibat dengan Abang Elman lagi! Abang tau tak, sepanjang Hannah hidup dengan abang, takde satu malam pun Hannah tido dengan tenang! Arahan abang, tengkingan abang, santau Han...” Hannah sedar kini dia terlepas kata-kata.

Elman terkedu. Santau?

“Apa maksud Hannah? Santau?” Elman bertanya. Hannah telan air liur. Macam mana dia nak tutup kesalahan Hani sedangkan lidah lagi terlanjur kata?

“Hannah.” Panggil Elman mematikan lamunan Hannah. Hannah mengangkat kepalanya memandang Elman. Tubuhnya bergetar. Elman merapati Hannah. Bahu Hannah dipegang kejap.

“Apa maksud Hannah tadi?” Elman menyoal lagi.

“Kita bincangkan benda ni nanti.” Hannah terus mengutip kembali dokumen yang telah bertabur di hadapannya. Elman mengerutkan dahi.

“Hannah!” jerit Elman membuatkan Hannah tersentap.

“Okay! Okay!” Hannah meraup wajahnya. Dia perlu mencari akal supaya Elman mematikan pertanyaan tentang santau.

“Kita anggap surat cerai ni tak pernah wujud. Okey?” Hannah menghadiahkan senyuman manis. Namun jiwanya memberontak. Jantungnya lagi kuat berdegup. Bencinya pada Elman kian meluap-luap. Makin lama Elman baik dengan dirinya, makin dia membenci lelaki itu.

“Hannah! Tell me everything that I should know, now!” Elman mendekati tubuh Hannah. Hannah mengundur. Lagi Elman mendekati, lagi Hannah berjalan ke belakang.

Sehingga kaki Hannah terlanggar sofa dan terus jatuh terduduk di sofa itu. Elman merenung Hannah tajam.

“Make a choice! Divorce or the truth?” Hannah memberanikan diri memberi Elman dua pilihan. Elman teragak-agak. Untuk menceraikan Hannah, itu tak mungkin!! Dia sendiri tak tau kenapa dirinya perlukan Hannah di sisi. Tapi kebenaran? Dia perlu tahu!! Dia layak untuk tahu!

“Hannah! Why make things more difficult?! This’s ridiculous! Hannah, I’m your husband, and I have the right to know what’s going on!” Elman membentak. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket. Manakala tangan kanannya ditahan di atas meja. Konon macho la tu.

“Your choice.” Hannah mendesak.

“Okay! Okay! Stop mentioning about the divorce! I’m not doing to divorce you what ever happen!” tegas Elman. Hannah menelan air liur. Serius ke kata-kata Abang Elman ni? Hannah tertanya-tanya.

“Abang! Tolong la faham kenapa Hannah mintak cerai! Hannah tak nak jadik isteri yang melanggar kata-kata suami. Hannah tak nak tambah dosa Hannah. Hannah tau penceraian tu boleh menggoncang Arasy Allah. Satu benda yang boleh dilakukan tapi tak dituntut. Makin lama Hannah hidup dengan abang, makin memuncak benci Hannah kepada abang. Can’t you just know that?” Hannah mengucap lembut.

Elman mendekati Hannah yang hanya beberapa inci di hadapannya. Lantas tubuh kecil Hannah dipeluk erat.

“Just do it. For Aiman.” Kata Elman. Hannah memejamkan matanya. Air mata mengalir.

“We can make this together. Trust me. Kalau Hannah makin benci abang after this, I’ll consider about the divorce. Okay?” Elman mengesat air mata Hannah yang meleleh di pipi. Hannah mengangguk. Lagak macam adik dan abang.

MAJLIS konvokesyen berakhir. Namun Hannah sedikit terkilan. Entah kenapa dia begitu mengharapkan kedatangan Elman pada majlis ini. Ibu bapa kandung dan mertuanya turut menghadiri majlis konvonya. Tapi kenapa tidak suaminya?

Sedangkan Elman sendiri sudah berjanji tempoh hari untuk hadir. Selepas seminggu dari peristiwa yang terjadi di pejabat Elman, Hannah makin tak selesa dengan diriya. Apatah lagi apabila Elman kini lebih mengambil perhatian terhadap setiap gerak gerinya. Sentiasa menjaganya ibarat seorang adik kandung!

Hannah dengan topinya masih menanti Elman di luar dewan. Dengan segulung ijazah di tangan, dia mencari kelibat Elman. Graduan lain sibuk menangkap gambar.

Hannah telah pun meminta ahli keluarganya untuk pulang terlebih dahulu apabila selesai menangkap gambar. Katanya, ingin berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Tapi realitinya, diam menunggu Elman!

“Hannah!” jerit Amalina.

“Ye?” Hannah menoleh melihat Amalina berlari-lari kecil macam budak kecil. Dah la baju mengheret, terpijak kain tu kang ada jugak yang jatuh berguling macam cerita Hindustan. Minah ni la!

“Hannah! Jom tangkap gambar sama!” Amalina ceria walaupun dia masih termengah-mengah sambil memegang ijazahnya.

“Malas la nak tangkap-tangkap gambar ni. Lagipun nak mintak tolong siapa?” Hannah cuba berdalih supaya wajahnya tidak diambil gambar.

“Arif!” Amalina memanggil Arif yang sedang bergurau senda dengan rakan-rakannya. Arif menoleh demi melihat siapa yang memanggilnya. Matanya terjatuh pada Hannah yang kelihatan seperti sedang menunggu seseorang.

“Arif! Tolong tangkap gambar kitorang.” Amalina menyerahkan kameranya pada Arif bila Arif mendekati mereka.

Arif melaksanakan tugasnya seperti seorang photoshooter. Profesional je lagaknya! Beberapa kali wajah Hannah dan Amalina memenuhi ruang di kamera digital Amalina. Walaupun senyuman Hannah manis, tapi Arif sedar, senyuman itu tak ikhlas!

“Dah. Kita pulak tangkap gambar korang. Meh sini Arif!” Amalina meninggalkan Hannah terkapai-kapai seorang diri. Amalina bergerak ke Arif dan mengambil kamera itu dari tangan Arif. Arif pula dipaksanya untuk berdiri di sisi Hannah untuk mengambil gambar.

Hannah merengus. Budak ni kan! Sengaja je tau! Di saat Hannah mengukir senyuman di sisi Arif, bahu Hannah dicuit. Lantas ada seseorang yang duduk diantara Hannah dah Arif.

“Arif, aku join takpe kan?” Elman menyoal. Wajahnya tersenyum, tapi hatinya, siapa yang tahu?

Arif tersengih.

“Takpe la. Kau tangkap la gambar dengan wife kau.” Arif mendekati Amalina. Hannah memandang wajah Elman. Walaupun tidak nyata wajah marah Elman, tapi dia masih dapat lihat.

“Kenapa nak tangkap gambar dengan orang laki? Tak boleh! Abang lambat sebab susah-susah carik hadiah, dia sibuk enjoy tangkap gambar dengan bekas pakwe dia pulak.” Elman menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Emily yang mintak. Nak simpan kenangan.” Balas Hannah.

“Kenangan la sangat! Nah!” Elman menghulurkan sesuatu kepada Hannah. Hannah tak perasan, tapi Amalina dan Arif sibuk tersengih-sengih sambil menangkap gambar mereka secara spontan.

Keadaan Elman yang melutut di hadapan Hannah membuatkan gambar yang diambil bertambah romantik. Hannah terkedu.

Bunga ros sekuntum yang berwarna putih tapi digubah dengan cantik! Kain kasa dan reben yang digunakan mengindahkan lagi bunga itu. Aiseyman! Dah macam ending Full House! Saat Young-jae bagi bunga kat Ji-eun.

Beberapa keping gambar babak Elman menghulurkan bunga kepada Hannah diambil Amalina. Arif tersenyum. Aku yakin. Aku yakin sangat. Lelaki yang melutut di hadapan Hannah ni akan bahagiakan Hannah dalam jangka masa yang panjang. Arif berbisik sendiri. Dia nekad. Hannah kini memang milik Elman.

“Oi korang! Nak tangkap gambar ke nak melamar ni? Awak terima je la bunga tu, cik Hannah! Eh silap! Puan Hannah!” sempat Amalina mengenakan Hannah.

Wajah Hannah merona merah. Lantas dia menyambut huluran Elman. Elman tersenyum. Hilang pula rasa cemburunya pada Arif tadi.

Hannah menarik lengan Elman supaya bangun dari melutut. Elman makin suka!

“Ah! Kejap! Kejap! Kaki abang cramp.” Elman merungut. Hannah ketawa. Baru melutut kejap dah cramp? Hahaha.

“Meh Hannah tolong.” Hannah membongkok dan memeluk pinggang Elman untuk membantu Elman berdiri. Elman terkedu. Tapi... Dalam hati ada taman! Bunga ros pun dah mekar mewangi tumbuh dalam hatinya. Bukan takat bunga ros je, kekwa, orkid, tulip, semua ada! Kalau boleh terbang, dah terbang dah si Elman ni!

Selamat Elman berdiri, dia terus memeluk Hannah erat ke dalam pelukan. Hannah terkedu.

“Ececeh! Nak peluk jugak! Ha cepat!” Amalina menangkap gambar mereka berdua. Walaupun Hannah lemas, tapi dia turutkan jugak kehendak Elman.

Selesai satu masalah apabila atok Arif sendiri naik ke Kuala Lumpur untuk membantu baki berubat Hannah. Kini, santau hilang sepenuhnya.

HANNAH pulang ke rumah dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Bunga ros di tangan dibelek beberapa kali. Elman hanya memerhatinya dari ruang tamu. Hannah masih leka merenung sijil ijazahnya di dapur.

“Oi! Yang dok belek bagai nak tembus sijil tu kenapa?” sengaja Elman mengganggu.

“Jangan jeles!” Kuat suara Hannah supaya Elman mendengarinya.

“Meh sini kejap. Abang ada soalan.” Elman memanggil.

Hannah mendekati Elman. Elman menyuruh Hannah untuk duduk di sisinya. Hannah merenung Elman lama.

“Kenapa?” soal Hannah.

“Apa yang awak buat sebelum ni kat rumah Amalina tu?” tanya Elman. Hannah terkejut.

“Tak buat apa.” Hannah menyembunyikan kebenaran.

“Jangan tipu. I know there’s something.” Elman menjerat.

“Betul! Takde apa.” Hannah masih lagi belum menjelaskan sebab dia duduk di rumah Amalina untuk tiga hari sebelum hari konvo. Sebabnya, dia ingin berubat dengan Ustaz Asri supaya santaunya hilang.

“Betul ni?” soal Elman.

“Betul!”

“Malam ni Hannah masak special untuk abang! Okey?” kata Hannah ceria. Elman bertambah ceria. Lagi seronok bila isterinya mula memberi feedback positif!

No comments:

Post a Comment