Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, October 27, 2011

BMW 5

Sudah seminggu Hannah dan Elman di bumi Switzerland. Tiba masa untuk pulang. Pulang ke Malaysia! Sudah diaturkan semuanya, Hannah dan Elman akan terus pulang ke rumah mereka sendiri yang dihadiahkan Datin Faridah dan Dato’ Faris. Rumah banglo dua tingkat yang jauh dari perumahan ibu bapa Elman dan Hannah dijejak mereka. Sesampainya mereka di KLIA tadi, Elman terlebih dahulu memberitahu ibu bapanya serta ibu bapa Hannah supaya tidak menjemput mereka.

“Mulai hari ni, ni rumah kita. Dekat dengan uni kau, dekat dengan ofis aku. Kau grad tahun ni kan?” Elman menghempaskan tubuh du sofa putih di ruang tamu.

“A’ah.” Hannah meletak beg pakaiannya dan Elman di tepi pintu. Aku perempuan, tapi, aku yang kena angkut beg dia? Kejam.

“Kau masak, kemas rumah, cuci baju, sidai baju. Semua kerja rumah dalam rumah ni, kau yang kena buat. Aku takkan hire orang gaji semata-mata untuk kau. Kau ada tulang empat kerat, gunakan sebaik mungkin!” Elman mengarah. Hannah hanya mendengar.

“Kau bukan isteri aku., tapi orang gaji aku. Dalam rumah ni, panggil aku tuan. Tapi kalau ada orang lain, kau panggil la abang ke, sayang ke, apa-apa je la yang sesuai.” Sambung Elman.

Orang gaji? Hannah cuba menahan air mata yang hampir tumpah.

“Oh ye, kau guna bilik belakang untuk tido. Bilik aku, kau just boleh masuk bila aku takde. Baju-baju kau, kau bubuh dalam bilik aku. Kang mama dengan papa datang check, mampus aku kalau dia tau kau tido bilik orang gaji. Faham?”

Hannah masih berdiri kaku di tepi pintu masuk.

“Faham tak? Pekak ke?!” Elman sudah bangun dari pembaringan. Hannah tersentap. Gigilan dari tubuhnya ditahan sebentar.

“Faham.” Jawab Hannah perlahan.

“And one more thing..” Elman bangun dari sofa dan menuju ke arah Hannah.

“I have something special.. just .. for.. you!” Elman menarik lengan Hannah yang kecil ke sofa. Beg baju yang terletak di sebelah pintu utama digeledah. Dia mencari-cari sesuatu. Hannah dapat menangkap bunyi plastik seakan dikonyot.

Hannah memandang Elman dengan rasa pelik. Apa yang dia cuba buat? Hannah tertanya-tanya. Elman yang sudah menjumpai apa yang dia inginkan, segera menapak ke arah Hannah yang terduduk kaku di sofa.

“Here we go. Amek la. Just for you!” Elman menghadiahkan senyuman. Tak dapat ditafsirkan samada senyuman itu ikhlas atau tidak oleh Hannah. Hannah mengambil pakaian yang masih berada di dalam plastik itu.

Isi plastik itu dikeluarkan. Hannah mengangkat hujung bahu baju. Terbeliak matanya memandang baju yang berada di hadapannya.

“You want me to wear... this?!” Hannah berkata dengan nada tidak percaya. Dress pendek itu diangkat sekali lagi. Cantik memang cantik, tapi... this is for a maid! Ala, pakaian macam orang jepun tu. Yang ada kembung-kembung kat lengan, kecik tang pinggang, kembang bahagian bawah. Tapi sampai paras lutut je.

“That’s your uniform! Starting for today, you’ve to wear this in this house!” arah Elman.

“Now maid, please give me a glass of water.” Elman duduk menyilang kaki di atas sofa. Hannah dipaksa untuk bangun dari sofa.

“With three cubes of ice please.” Sambung Elman. Hannah menggerutu di dalam hati. Hannah terus berlalu ke dapur.

“Ops! Please don’t forget to wear your uniform.” Elman sengaja menambah sakit hati Hannah. Hannah cuba menahan sabar. Selagi sabarnya masih boleh dikawal, dia akan kawal sebaik mungkin.

Hannah terus menuju ke bilik belakang untuk menyalin pakaian. Selesai berpakaian ‘comel’ itu, Hannah menyanggul rambutnya yang panjang. Rambut hadapan dibiarkan berjurai tanpa bersepit. Tujuannya untuk menutup parut lama. Kakinya siap berstokin putih hingga ke betis. Beropol-ropol lengannya, bawah bajunya, begitu juga dengan stokinnya.

Hannah terus menyediakan Elman segelas air yang dipinta. Gelas itu sengaja dihias dengan reben. Reben berwarna merah jambu diikat di keliling gelas. Gelas itu diletakkan di atas dulang bulat. Hannah berjalan sopan ke ruang tamu.

“Tuan, minuman tuan.” Hannah meletakkan dulang itu di atas meja kecil yang ada di tengah-tengah halaman ruang tamu. Mata Elman terbeliak melihat tubuh Hannah yang berpakaian seperti itu. Sangat... sangat... cantik!

“Anything else, tuan?” Hannah sengaja menekan perkataan tuan.

Elman masih merenung Hannah. Hannah mula tidak selesa dengan renungan itu.

“Tuan?” sedikit keras suara Hannah mengejutkan Elman dari lamunan.

“Ehem. Tolong siapkan lunch untuk aku.” Elman terus berlalu ke biliknya di tingkat atas. Hannah mengeluh perlahan. Hannah, why do you have to do this? This’s unfair! Unfair for what had happened!

SELESAI Elman membersihkan diri, dia terus mencapai telefon bimbitnya. Nombor Hani didail laju. Lama Elman menanti, namun panggilannya tidak berjawab.

Elman mendailnya sekali lagi. Kali ini, panggilan itu berjawab. Suara serak Hani yang kedengaran mengubat rindu Elman pada kekasih hatinya itu.

“Sayang, what’s wrong with your voice?” tanya Elman prihatin.

“Darling! Why did you do this to me? Sampai hati you. Sampai hati you, Elman!” air mata Hani merembes keluar lagi. Sudah lebih seminggu dia menangisi pernikahan Elman.

“Sayang, this is not like you’re thinking.” Elman cuba menenangkan Hani.

“Darling, let’s end this.” Hani mencadang. Hatinya cukup sakit dengan tindakan Elman. Elman yang mendengar, membulatkan mata.

“What?! No!! That’s not going to happen. Sayang, I’ve to tell you something. Lets meet.” Elman mengelap rambutnya yang basah.

“Apa lagi Elman? Tak cukup you sakitkan hati I? Janji dengan I macam-macam, but in the end? What’s this?! I just don’t get it, Elman!” Hani menempik.

“Sayang, I’ll tell you later. Meet me at Starbuck near your house in fourty minutes later.” Elman mengharapkan persetujuan Hani.

“For what? Nak tayang bini baru you?!” sinis Hani menjawab.

“Sayang! Please, let me explain it. Okay?”

“Hmm..” Hani mengelap air matanya. Takkan dia sebodoh itu hendak melepaskan lubuk emasnya hanya semata-mata kerana rasa cemburunya? Tak mungkin! Kalau Elman, lelaki yang mempunyai segalanya sanggup memujuk rayunya demi memperbetulkan salah faham ini, kenapa harus dia menolak? Rezeki depan mata!

“Okay.” Putus Hani. Elman tersenyum lega. Memang Hani bukan dari golongan berada. Tapi kecantikan Hani sudah cukup untuk menambat hatinya. Tak perlu yang lain!

“AKU keluar dulu.” Elman tergesa-gesa turun dari biliknya. Hannah yang masih sedang memasak dan mengemas dapur dengan baju kembangnya terpinga-pinga.

“Tapi..” Hannah cuba mengejar Elman yang sudah berada di pintu hadapan.

“No but-but. Aku nak keluar! And, don’t wait for me. Mungkin aku balik lewat, or mungkin aku tak balik langsung.” Elman terus memicit punat remote control keretanya. Tanpa berlengah, terus Elman memandu laju.

Hannah menunduk memandang kakinya. Hannah, apa nasib kau ni? Takkan sebab kesilapan silam kau, kau kena dera sampai macam ni sekali? This is unfair! Tapi kau.. kau dah terima untuk dia seksa kau. Don’t you remember your words last day? ‘Torture me, but don’t fall for me.’

Hati, kau dah banyak kali disakiti. Tapi, hati seorang perempuan.. sampai bila boleh bertahan? Mana ada perempuan yang rapat dengan seorang lelaki tanpa berperasaan tanpa sekelumit pun!

Memang sifat manusia yang bergelar wanita, di mana apabila dirinya terasa disayangi, dihargai, dijagai.. secara automatiknya hatinya akan luluh bagai dedaun yang luruh pada musim luruh!

Sekeras mana hati wanita untuk menolak rasa cinta yang hadir hari demi hari? Hannah! Kalau kau tak bina tembok pemisah, tak lama lagi dia bukan hanya seorang abang kepada kau, tetapi seseorang di hati kau.

Begitu juga cerita kau dengan Arif. Kerana dia sentiasa mementingkan kau di mana jua dia berada, kau jatuh hati dengannya walaupun kau cuba banyak kali untuk menolak cerita sebenar.

‘Don’t fall for me’? Hannah, tidakkah kau sedar yang sepatutnya dia yang katakan itu kepada kau!

Hannah memejamkan mata. Ya Allah, yakinkan hatiku bahawa dia bukan untukku. Ini adalah ujian-Mu semata-mata untuk menguji kesabaran hamba-Mu.

Hannah kembali ke dapur. Dia menyelesaikan kerja yang tertangguh. Amalina, saya tak dapat nak ikut perangai brutal awak. Saya tak sampai hati nak melawan kata-kata seseorang yang bergelar suami.

“SAYANG, this all were just fake! I just kawen dengan dia untuk dapatkan harta papa I. Not more than that. Takkan you tak percayakan I? You kenal I dah lama, I tak mungkin tinggalkan you untuk wife I.” Elman meraih tangan lembut Hani.

“That mean..” Hani mengerutkan dahi. Elman mengukir senyuman lega.

“Yes sayang! I tak cintakan dia pun.”

“Tapi dia lagi cantik dari I.” Hani cuba merendahkan diri. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu berapa gelen dia menyumpah seranah Hannah.

“You’re more than pretty.”

“Dia lagi pandai dari I.”

“You’re more than clever.”

“Dia lagi kaya dari I.”

“I’m richer than her.” Jawapan Elman membuatkan Hani tersenyum bangga. Baju bertali halus di bahu Hani terjatuh. Elman menelan air liur. Memang sengaja Hani menjatuhkannya bertujuan untuk menggoda Elman.

Lantas Hani menarik perlahan tali halusnya kembali ke bahu. Elman menahan debaran di dada. Dia memandang ke arah lain, mengharapkan imannya masih mampu ditahan.

“Darling.. you know how much I love you, right?” Hani mengelus pipi Elman lembut. Elman mengangguk laju.

“Can you help me a favor?” soal Hani.

“Anything for my princess.” Elman mencium tangan Hani. Hani tersenyum gembira.

“Divorce.” Perkataan pendek, namun Elman cukup bijak untuk memahami keinginan Hani.

“But sayang, this is too soon. You tunggu kejap je lagi. After I dapat harta papa I, I akan ceraikan dia. Okay?” Elman menggenggam jemari Hani. Berubah air muka Hani. Tunggu??!!

“What? Darling! Sampai bila I nak kena tunggu you? Sampai kucing bertanduk? Sampai rusa mengiau?” soal Hani tak puas hati.

“Just give me another two months. And after that, you’ll be the queen.” Janji Elman dipegang Hani.

“Just two months.” Hani mengulang.

“Yes sayang. Just.. two months.” Elman menekan perkataan just.

“Darling...” Hani meleret manja. Elman sudah tau apa yang diinginkan.

“How much?” soal Elman.

“Five.” Hani menunjukkan kelima-lima jarinya.

“Banyaknya. You nak buat apa?” soal Elman terkejut. Paling banyak yang dia pernah hulur pada Hani adalah tiga ribu setengah. Itu pun bulan lepas. Takkan dalam masa sebulan, tiga ribu setengah boleh lesap sekaligus.

“Ala Darl, I nak beli baju. Nak bayar duit sewa rumah. Nak beli barang dapur. Insurans kereta I pun I tak bayar lagi.” Hani menggesel manja lagak kucing parsi kepada Elman.

“Tapi that didn’t worth five thousands sayang.”

“Ala, I nak kena prepare untuk bayar next sem punya yuran.”

“For next sem, I bagi lain la.”

“Darling! Kenapa you susah sangat nak bagi? Kalau you tak nak bagi, you cakap je. Tak payah nak bagi excuses!” Hani meula merajuk. Dia memeluk tubuh.

“Sayang, I just wanna know apa yang you buat three thousand yang last month I bagi? And you need five thousand lagi?” Elman mula curiga.

“I used that money for ... for... my house! Yeah. Rumah sewa I hari tu ada bocor sikit kat syiling. So I’ve to use your money yang you bagi I tu untuk bayar cost pembaikan. And my car also ada buat hal hari tu. I bawak masuk bengkel, banyak jugak duit yang keluar.” Hani memberi alasan.

Elman cuba berfikir dengan rasional. Okey-okey! Malas nak kusutkan kepala, bagi je la! Lagipun, dia ni bakal wife aku jugak. Duit aku, duit dia. Just five thousands la Elman. Pada kau, duit tu macam lima posen je!

“Okay. Nanti I masukkan dalam Maybank you.” Elman bersetuju. Hani terjerit kegembiraan. Dia menarik lengan Elman lantas mencium pipi putih Elman. Elman senang hati diperlakukan seperti itu.

“But Darl, I tak percaya la yang you tak cintakan wife you.” Hani memancing minat Elman. Elman terkejut.

“Maksud you?”

“Ye la, kawan-kawan you tengok dia waktu kat wedding hari tu pun, dah macam nak terkeluar anak mata. Ni kan you yang duduk serumah dengan dia.”

“I just anggap dia as my maid!” tegas Elman.

“I tak percaya.” Kata Hani.

“Okey. Malam ni kita pergi rumah I.” Muktamad keputusan Elman.

“Tapi sekarang baru pukul dua tengah hari.” Hani memandang sekilas ke arah jam tangannya.

“Jom la kita keluar. You nak pergi mana?” tawar Elman.

“Shopping!” Hani meloncat gembira.

“EMILY!!” Hannah menangis tersedu sedan di dalam biliknya. Malam yang menjelang diharungi seorang diri. Tiada Elman di sisi. Bahkan tiada seorang manusia pun di dalam rumah banglo dua tingkatnya.

“Woi makcik! Yang awak menangis macam cina kalah judi ni pe kes?” Amalina mula bising.

“Mana ada cina kalah judi la wak.” Hannah mengesat air matanya. Sudah lama dia menukar ‘uniform’ bajunya.

“Habis tu? Laki awak mati ke? Alhamdulillah!!” kedengaran suara Amalina memanjat kesyukuran. Hannah mula sebal.

“Apa doa suami orang mati ni? Saya tak nak jadik janda berhias la!” Hannah sedikit terubat dengan lawak Amalina.

“Tau pun! Dah tu, menangis tak cukup tanah kenapa?” soal Amalina.

“Ha? Cik Nur Amalina Ahmad, mana ada orang menangis tak cukup tanah. Orang lari tak cukup tanah la.” Hannah memperbetulkan peribahasa Amalina. Amalina menggaru kepala.

“Ha.. ye la. Tu la yang saya nak cakap.” Amalina menjelir lidah.

“Pelik-pelik je awak ni. Emily, saya tak boleh la lawan kata-kata Elman. Saya rasa macam memamng tanggungjawab saya untuk turut perintah dia sebagai seorang suami.” Hannah menjawab perlahan.

“Hannah Damia! Bodohnya kau ni! Haa! Tengok, kan dah keluar perkataan ‘kau’. Awak ni kan, tolong bukak mata bulat comel awak tu besar-besar!” Amalina merengus geram.

Hannah yang lurus lagi bendul, terus membuka matanya besar-besar. Untuk seketika tawa Hannah pecah. Amalina pelik. Telefon dijarakkan dari telinganya. Amalina memandang telefon bimbitnya pelik.

“Apesal yang gelak mengilai macam hantu ni?” Amalina berjenaka.

“Takde la. Saya bukak mata saya besar-besar ni. Dah macam mata hantu pakai sportlight je tau.” Hannah melawak. Amalina terdiam.

“Hello? Emily?” Hannah memanggil Amalina yang terdiam.

“Ahh? Ye. Sorry.” Amalina bersuara.

“Kenapa senyap?” soal Hannah.

“Awak tau tak Hannah? This is the first time awak buat lawak bodoh. Sebelum ni, susah sangat nak tengok perangai brutal awak yang awak simpan tu.”

“Pujian ke, kutuk?” soal Hannah.

“Pujian.”

“Hehe, thanks.” Hannah ketawa kecil.

“Darl! Besarnya rumah you!!” Hannah terdengar suara seseorang di dalam rumahnya. Namun Hannah mendiamkan diri di dalam biliknya. Takut jika ada orang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

“Well..” kedengaran suara Elman. Hannah terus mematikan talian tanpa sempat berkata apa-apa kepada Amalina. Dengan secepat kilat Hannah menukar pakaiannya.

Hannah terus ke ruang tamu. Namun dia terkedu apabila melihat tubuh Elman sedang memeluk seorang wanita yang dia sendiri tidak kenali di ruang tamu rumahnya!

“Tuan?” panggil Hannah takut-takut. Elman menoleh. Perbuatannya yang sedang mencumbu pipi gebu milik Hani, terhenti.

“Oh! Kau! Tolong siapkan fresh orange untuk kitorang.” Elman memberi arahan. Hannah kaku.

“Apa yang tercegat lagi tu? Pergi sana!” Elman memperbetulkan kedudukannya di sisi Hani. Hani memandang Hannah dengan rasa jelik.

“Siapa dia?” Hani menyoal seolah-olah tidak mengenali Hannah sedangkan dirinya cukup kenal dengan wajah manis Hannah yang diklasifikasikan sebagai musuhnya dunia akhirat!

“Orang gaji I.” Jawapan Elman mencarik-carik hati Hannah. Hani tersenyum sinis.

“Oh.. maid. Em.. tolong buatkan I spagetti.” Arah Hani pula. Elman tidak membangkang arahan Hani.

“Tapi bahan takde.” Hannah menukas.

“Bahan takde, pergi beli la!” Elman berkata kasar. Hannah menundukkan wajah lantas berlalu pergi ke dapur.

Hannah menepuk-nepuk dadanya disaat air matanya tumpah jatuh ke bumi. Seorang suami membawa seorang ajnabi masuk ke rumah mereka. Berpeluk-pelukan. Bercumbu-cumbuan. Mengenalkan dirinya seorang orang gaji! Mengarah-arahkannya. Ini ke suami? Suami yang patut menjaganya.

Dia ke abang Elman yang aku kenal, cukup baik menjagaku ketika Aiman masih hidup. Kenapa manusia berubah sampai macam ni sekali? Dosa sangat ke aku?

Ya Allah, kalau aku tak kuat untuk menempuh hidup ini, cabut dengan segera nyawaku! Makin hari aku dengannya, hati aku mula jatuh untuknya, Ya Allah. Sekejam mana pun dia. Ya Allah! Kenapa aku seorang wanita? Kenapa begitu mudah untuk aku jatuh cinta?

No comments:

Post a Comment