Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, October 28, 2011

BMW 9

Hannah menunaikan solat subuh dengan sempurna. Telekungnya ditanggalkan dan menggantungkannya di hanger. Peristiwa semalam menakutkannya. Kemungkinan Elman akan mengulangi kembali peristiwa semalam. Malu dan marah bermain di dalam dirinya. Getah rambut dilurutkan dari rambut dan dia membetulkan rambutnya yang bergulung. Hannah bangun perlahan-lahan dari tikar sejadah dan melipat sejadah itu lantas membuka lampu bilik. Hannah mengenakan ‘uniform’nya. Rambutnya diikat sanggul.

Pintu bilik dibuka lembut. Wajah Elman terpampan di hadapan Hannah. Bulat mata Hannah memandang Elman yang berdiri kaku di hadapan pintu biliknya.

Hannah mengundur ke belakang dan berkira-kira untuk menutup pintu bilik itu terus. Risau dibuatnya jika Elman berkelakuan seperti semalam.

Pintu bilik segera ditahan Elman daripada ditutup. Hannah mula cuak. Wajahnya pucat lesi!

“Aku nak cakap sikit dengan kau!” tinggi suara Elman kedengaran.

“Nak cakap apa?” soal Hannah takut-takut.

“Dining room.” Elman menyeluk poket seluar dan berlalu menuju ke ruang tamu. Hannah memegang dada menahan debaran. Langkah Hannah diaturkan perlahan mengekori Elman hingga ke ruang tamu. Lampu dapur yang cerah sehingga mampu memancarkan cahaya hingg ke ruang tamu membuatkan Elman malas untuk membuka lampu ruang tamu.

Elman mengambil tempat di sofa lembut. Hannah berdiri agak jauh dari Elman. Elman menyilang kaki dan meletakkan tangan kanannya di dinding sofa. Elman memerhatikan Hannah atas bawah.

Hannah mula merasakan mata nakal itu memerhatikannya. Hannah segera memegang skirtnya.

“Mulai hari ni, tak payah pakai baju ni. Tak payah panggil aku tuan. Jangan keluar dari bilik kau kalau aku guna ruang bawah ni. Kau just boleh amek baju kau bila aku takde kat dalam bilik. Pastikan dalam 2 bulan ni, kau tak nampak aku. Dan jangan sesekali bagi aku nampak kelibat kau. Nah!” Elman melemparkan telefon bimbit Hannah.

“Amek balik phone kau. Bak sini balik phone aku.” Sambung Elman. Hannah terpinga-pinga.

“Aku takkan sekat kau nak jumpa Arif lagi. Kau pun tak boleh sekat aku jumpa Hani. After two months, aku akan failkan dokumen penceraian. Aku akan cakap dengan parents kau sebab aku kawen dengan kau. Aku akan selesaikan semua masalah ni after two months.” Tenang Elman berkata-kata. Hannah terpaku.

Apa yang buatkan lelaki ni nekad untuk buat semua ni jadik macam ni? Tak faham! Tak faham!

“Serius?” soal Hannah menginginkan kepastian. Elman memandang Hannah dengan pandangan menikam. Namun segera Elman memandang ke tempat lain. Jantungnya kian kuat berdebar.

“Aku tak pernah main-main dengan kata-kata aku.” Jawab Elman perlahan.

Tak pernah main-main? Hmm.. macam tak boleh percaya je. Seloroh Hannah sendirian.

“Okay.” Hannah terus kembali ke biliknya dan mengambil telefon bimbit Elman. Dia kembali ke ruang tamu dan meletakkan telefon bimbit Elman di atas meja kaca kecil. Hannah menaiki anak tangga ke bilik Elman dan mencapai beberapa helai pakaiannya dari almari baju.

Dia turun semula ke ruang tamu.

“Hannah amek baju Hannah sikit untuk letak dalam bilik Hannah. Leceh pulak kalau Abang Elman ada dalam bilik abang time Hannah nak mandi.” Hannah terus mencapai telefon bimbitnya di atas meja kaca yang bersebelahan dengan telefon bimbit Elman.

Terus Hannah melangkah memasuki biliknya. Dia segera menukar pakaiannya. Baju ‘uniform’ itu digantungkan di dalam almari. Hannah merebah badannya di aras katil.

Bagusnya. Tak payah buat breakfast. Tido lagi bagus. Hannah terus terlena. Pintu biliknya sudahpun dikuncikan. Risau kalau Elman terjah masuk!!

Elman yang masih kaku di ruang tamu memandang sepi telefon bimbitnya. Nafasnya turun naik. Dia memandang pintu bilik Hannah yang terkatup rapat. Ada air yang bergenang di matanya!

Segera Elman meraup wajahnya sekalian air mata yang baru nak bertakung. Telefon bimbitnya direnggut kasar. Dia menggenggam kuat telefon bimbitnya sambil mengetap gigi.

Elman mendail nombor Hani dengan segera.

“Hello? Hani, I nak jumpa you now. Starbuck.” Elman terus mematikan talian tanpa sempat Hani menyoal lebih. Segera Elman naik semula ke biliknya untuk menukar pakaiannya.

AKIF merenung lama telefon bimbit Hani. Hani yang tidak berbaju tapi hanya dibaluti selimut di sebelahnya yang masih lena dipandang sepi. ELMAN. Nama si pemanggil dipandang lama.

Dia tak pasti siapa dia Elman. Tapi dia jugak tak mahu buat konklusi mengejut. Walaupun Akif seorang yang panas baran, tapi dia tak cepat melatah dan dia tak mudah mencurigai pasangannya.

“Sayang.” Panggil Akif lembut. Bahu Hani disentuh.

“Emm?” Hani yang masih memejamkan mata, menjawab.

“Elman nak jumpa you.” Nama Elman membuatkan Hani terkejut besar. Terus matanya membulat. Hani cuba menahan debaran supaya Akif tak mensyaki apa-apa.

“Bila dia call?” soal Hani penuh sabar.

“Baru je.”

“You cakap apa kat dia?”

“Tak sempat cakap, dia dah hang up.”

“Ye ke? Kalau macam tu, I nak jumpa dia kejap.” Hani mencapai baju yang berselerak di atas lantai.

“Sayang..” panggil Akif. Hani menghentikan kutipan. Dia menoleh memandang Akif yang hanya berboxer di atas katil.

“Yes?” Hani cuba menghadiahkan senyuman.

“You know I hate people lie to me, right?” serkap Akif.

“Sure. Kenapa?”

“Who’s he?”

“Who?”

“Elman.”

“Oh. He’s one of my friends. Best friend. Maybe dia ada problem dengan wife dia. Sebab tu dia call I.” Jawab Hani tenang. Mendengar perkataan ‘wife’, Akif tersenyum lega.

“You’ll come back later?” soal Akif manja.

“Of course sayang.” Hani terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap untuk bertemu Elman.

Padanya, Elman hanya lubuk emas. Sekacak mana pun Elman itu, dia tetap akan memilih Akif. Kenapa? Sebab dia cintakan Akif. Bukan Elman. Sejahat mana pun seseorang itu, cintanya sukar untuk dibahagi dua. Tak mungkin akan dibahagi dua! Pasti ada yang lebih, dan ada yang kurang.

Hani segera bersiap. Setelah dibelek wajahnya di hadapan cermin, dia mencium dahi Akif yang masih di atas katil. Hani terus pergi ke Starbuk berhampiran dengan rumahnya.

ELMAN yang sudah lama menanti, mengetuk-ngetuk meja mengikut irama yang dia sendiri tak pasti rentaknya.

Hani yang baru tiba, melambai-lambaikan tangannya kepada Elman. Segera Hani mengambil tempat di sisi Elman.

“Awal you mintak I jumpa you. You kata tak boleh jumpa I for two months.” Seloroh Hani. Mata Elman terpaku pada leher Hani yang merah.

“Kenapa dengan leher you?” soal Elman bodoh. Bukan dia tak tau kesan itu.

“Erk? Ni? I kena gigit dengan insect.” Hani berpura-pura. Dia menarik rambutnya ke tepi bagi menutup kesan lovebite.

Elman cuba mempercayai kata-kata Hani namun dia rasa seperti alasan itu adalah mustahil! Elman bangun dari kerusi dan menepis rambut Hani dengan kasar. Matanya bulat memandang kesan itu.

“You trick me!” Elman menolak rambut Hani kuat. Pucat wajah Hani.

“No! I tak tipu you. I tak permainkan you! Sungguh!” Hani meraih tangan Elman. Elman memandang Hani dengan pandangan jijik.

“Memang patut Hannah tampar kau!” Elman terus berlalu pergi. Hani terpinga-pinga. This can’t be the end!! Just, can’t!!

“Sayang! Sayang!” Hani mengejar Elman yang sudah masuk ke dalam kereta. Kereta Elman yang memecut laju suba dikejar lagi. Hampir terjatuh Hani dengan heelsnya.

Hani mengetap bibir. Macam mana? Macam mana? Macam mana?!!

ELMAN yang baru tiba di rumah terus menerpa bilik Hannah. Hannah yang baru terjaga dari tidur dan sedang menyikat rambutnya, terkejut.

Wajah Elman yang merah menahan marah dipandang Hannah. Elman yang tercegat di depan pintu perlahan-lahan terduduk di lantai. Hannah segera mendapatkan Elman yang tertunduk. Dia juga duduk di hadapan Elman.

“Kenapa ni?” soal Hannah prihatin. Elman mendongak memandang Hannah. Terkejut Hannah melihat air yang mengalir dari matanya.

“Hey! Kenapa ni?” soal Hannah lagi. Terus tubuh Hannah dipeluk Elman.

“Dia tipu aku.” Jawab Elman rendah.

“Siapa?” soal Hannah risau.

“Dia.”

“Yela, siapa?”

“Aku nak tido.” Elman melepaskan pelukan dan terus naik ke katil Hannah. Hannah masih terduduk kaku.

Elman menarik selimut ke tubuhnya. Entah bila dia lena. Hannah merenung Elman dengan pandangan yang pelik. Hannah terus menutup lampu bilik dan menuju ke dapur.

Dia menyediakan sarapan pagi. Hatinya runtun apabila melihat air mata Elman yang mahal. Siapa yang berani menyakiti suami aku ni?

1 comment: