Elman tiba di pejabatnya awal pada pagi itu. Biarpun demamnya belum kebah, dia tetap berdegil untuk ke pejabat. Punca dia demam pun bukan kerana apa, tapi Hani! Elman duduk di kerusinya. Fail-fail yang ada di atas mejanya dipandang sepi. Hatinya mula berbunga-bunga dengan sendirinya. Angannya sudah naik hingga ke Pluto. Jauh perginya.
Haslinda mengetuk pintu bilik Elman. tersentap Elman daripada angannya. Segera dia perbetulkan kedudukannya yang dari tadi santai sahaja.
“Tuan, ada tetamu.” Kata Haslinda, setiausahanya.
“Early in the morning? Siapa yang datang?” soal Elman pula.
“Miss Hani.”
“Say that I’m not in.” Elman memandang ke tempat lain. Sakit pula hatinya mengenangkan kesan lovebite di leher Hani.
“But sir, she know you’re in.” Balas Haslinda.
Tanpa menunggu lama, Hani terus menerpa masuk ke dalam pejabat Elman. tercengan Elman dengan tindakan Hani yang meluru masuk ke dalam biliknya.
Elman merenung sekejap wajah Hani dengan perasaan geram. Lantas dia memberi isyarat tangan kepada Haslinda untuk keluar dari biliknya.
“What do you want?” soal Elman kasar.
“Sayang, I need to talk to you!” ucap Hani separuh rayu.
“What lies do you want to tell me this time?” Elman berlagak tenang.
“Sayang!” Hani meninggikan suara.
“Don’t you dare to use that voice to me! And don’t sayang-sayang me! You and I are over!”
“You’ve to listen to me! There’s a lot of explaination that I’ve to tell you!” hani masih tidak mahu berputus asa.
“What?! You want to tell that you’ve been raped? Or you didn’t do it on purpose? Or! You need money. That’s just the way you’ll gain money. From you body! Am I right?”
“Sayang.. please. Dengar dulu apa yang I nak cakap.”
“Hear me out. Hannah and I will start a new life.. together! It’s not going to be two months lagi dah. I’m not going to divorce her. Never! I love her the way she’re. And I don’t need a bitch like you to be the mother of my child and my wife! Aku jijik dengan kau. Sekarang, keluar dari office aku! Out!” Elman sudah mula berdiri. Hani mengetap gigi. Sakit hatinya mendengar kata-kata Elman.
“You’ll regret with every each word you’ve said to me.” Hani memandang Elman dengan pandangan tajam. Jari telunjuknya mengarah ke arah Elman. Baru sekarang dia menunjukkan belangnya pada Elman. Ternyata Elman terkedu! Terkejut dengan perubahan Hani yang mendadak.
Hani yang selama ini dia lembut sahaja, manja telatahnya, berubah kepada seekor singa yang bila-bila masa boleh mencederakan mangsanya. Dan sudah pasti mangsanya, Hannah!
“Out!” jerit Elman. Hani berpusing dan terus keluar dari bilik Elman. Dia mengetap bibir dengan kuat.
Hani keluar dengan muka yang masam. Dia menghadiahkan jelingan maut kepada Haslinda yang memegang beberapa fail untuk ditandatangani oleh Elman. You’re dead Hannah!
HANI memecut laju keretanya menuju ke rumah Aidit. Api kemarahan menyelubungi dirinya. Dia bencikan Hannah. Begitu juga dengan Elman. Kalau dia tak dapat Elman, Hannah jugak takkan dapat!
Akif dengan Elman, aku punya! Aku tak boleh kehilangan Akif sebab aku sayangkan dia! Tapi aku jugak tak boleh kehilangan Elman! Mana aku nak dapat duit?! Jerit hati Hani.
Sesampainya Hani di hadapan pintu rumah Aidit, Hani mengetuk kuat pintu itu. Aidit lantas membuka pintu itu dengan kasar.
“Hey! Manusia mana pulak yang datang waktu-waktu macam ni, ha?!” seloroh Aidit. Apabila melihat wajah Hani yang muram, Aidit membulat mata.
“Kau pesal?” soal Aidit.
“Aku nak kau bawak aku pergi rumah bomoh yang kau kata pandai santau orang tu.” Pinta Hani. Tercengang Aidit memandang Hani.
“Kau nak santau siapa beb?” Aidit menghadiahkan senyuman. Hani merenung lama tubuh Aidit yang khayal. Mesti tengah dok hisap dadah!
“Kau jangan sibuk! Bawak je aku kat tempat tu! Sekarang!” tegas Hani. Aidit mengesat air hidung yang meleleh dengan lengannya.
“Tak boleh la beb. Aku tengah have fun ni. Kau nak join?” pelawa Aidit. Hani menjengah ke dalam melihat siapa lagi yang bersama Aidit.
“Apa yang kau ada?” soal Hani.
Aidit tersengih. “Semua ada. Kau nak mana, kau pilih je.”
Hani tersenyum. Dia memandang kiri kanan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu. Syabu disedut dengan rakus. Asap rokok berlegar di dalam ruang rumah.
Hani mula khayal. Dia tidak mengenali wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang berada di dalam rumah itu, tapi gelak tawa mereka macam mereka dah kenal lama!
Aidit menarik baju Hani. Hani hanya membiarkan. Dia sendiri tak pasti berapa ramai yang menikmati tubuhnya. Kepalanya berat. Arak bergelimpangan. Dia tak ingin fikirkan apapun lagi. Biarlah dia berseronok untuk hari ini.
HANI bangun dari tidur. Jam di tangan dilihat. Tiga petang! Dari pagi tadi tido, sampai ke tengah hari! Dia melihat kawasan ruang tamu. Tubuh lelaki dan perempuan yang tidak ada seurat benang pun di tubuh mereka.
Kepala Hani masih sakit. Mungkin disebabkan arak. Mungkin juga kerana dadah. Dia mengurut dahinya sedikit. Dengan malas, dia mencapai bajunya yang jauh daripadanya. Seluarnya dicari. Terlalu banyak pakaian yang bersepah di dalam rumah ini!
Selesai berpakaian, Hani masuk ke dalam bilik air. Dia merenung lama dirinya di hadapan cermin. Inilah kali pertama dia membiarkan orang lain menikmati tubuhnya. Selama ini, tubuhnya hanya diabdikan kepada Akif. Tapi tidak lagi hari ini.
Hani mengenakan sedikit mekap dengan malas. Dia kembali ke ruang tamu. Aidit yang tidak berpakaian, dikejutkan.
“Wei! Jom pergi sekarang.” Ajak Hani. Aidit yang masih mengantuk tidak menghiraukan Hani.
“Jom la! Lain kali aku support ‘barang’ kau kalau kau tolong aku hari ni jugak.” Aidit segera bangun apabila Hani membuat tawaran. Bingkas dia mencari bajunya di dalam timbunan pakaian rakan-rakannya.
“Aku suka dengan cara kau.” Aidit sempat mengucup leher Hani. Hani menolak perlahan kepala Aidit.
“Aku takde masa sekarang ni. Cepat!” Hani segera keluar dari rumah sewa Aidit. Aidit mengekor dari belakang.
Tiba di kereta, Hani mencampak kunci keretanya kepada Aidit. “Kau drive!” arah Hani. Aidit buat tabik spring.
“Okey bos!”
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka membuatkan Hani mengantuk. Lantas dia tertidur. Aidit sesekali memandang tubuh Hani yang terdedah.
“Hani.. Hani.. aku ingat kau suci lagi. Tak sangka kau sama je dengan betina lain. Aku ingat aku boleh rasmi kau. Mana nak tau, ada orang yang lebih laju daripada aku.” Aidit ketawa sendirian.
Perjalanan yang memakan masa tiga jam itu berakhir apabila kereta milik Hani memasuki perkarangan rumah kayu yang kusam. Walaupun rumah itu besar mengalahkan banglo! Tapi ia terdiri daripada kayu-kayan yang sudah lusuh warnanya. Nampak macam dah nak roboh je.
“Weh! Hani! Dah sampai la.” Kejut Aidit. Hani masih kaku. Aidit memandang wajah Hani lama. Pandangan itu jatuh ke paha Hani yang terdedah. Aidit merapatkan wajahnya ke leher Hani. Lantas Hani terjaga. Ditepis kuat lelaki itu.
“Kau jangan nak amek kesempatan la! Tak cukup ke tadi ha?!” Hani menengking. Aidit kembali semula ke tempat duduknya. Lantas pintu kereta dibuka.
Hani menahan marah. Namun marahnya hilang apabila dia terpandang rumah kayu besar yang sudah usang. Jam hampir menunjukkan pukul tujuh malam. Keadaan yang gelap agak menakutkan Hani. Lantas Hani membuka pintu kereta dan berlari mendapatkan Aidit yang sudah berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Lengan Aidit dipaut Hani.
Aidit tersenyum. Takut jugak kan kau? Nak sangat datang waktu-waktu macam ni, amek kau!
Bunyi burung hantu menambah takut Hani. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Aidit masih berjalan selamba. Tiba-tiba bahu Hani dicuit sesuatu.
“Ahh!!” Hani menjerit kuat dan terus memeluk tubuh Aidit. Aidit terpinga-pinga.
“Kenapa?” soal Aidit.
“Ada orang cuit bahu aku la.” Kata Hani terketar-ketar dengan perlahan.
“Takde apa la.” Aidit cuba mententeramkan hati Hani. Pintu rumah diketuk kuat oleh Aidit. Pintu itu dikuak seorang nenek tua. Wajahnya masam mencuka!
“Kau nak santau orang?” soal nenek itu tuba-tiba. Hani terkejut. Macam mana dia tahu? Hani lantas mengangguk.
“Masuk!” arah nenek itu. Hani dan Aidit menjejakkan kaki mereka ke dalam rumah usang itu. Seram sejuk Hani dibuatnya.
“Kau nak guna santau apa?” soal nenek itu lagi.
“Santau yang buatkan perempuan tu sakit! Sakit dan susah nak pulih!” Hani berkata dengan nada marah.
“Aku bagi santau angin.” Putus nenek itu. Hani mengangguk. Entah bila masa pula matanya tertacap pada dapur nenek tua itu. Kelibat seseorang berjalan menakutkan Hani.
“Nek tinggal dengan siapa dalam rumah ni?” soal Hani.
“Sorang.”
Hani terkedu. Siapa yang dia nampak tadi?
No comments:
Post a Comment