Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Monday, April 21, 2014

Dendam Cinta 14

Telefon Dyla berdering kuat hingga membingitkan telinga. Selesai solat Subuh tadi, Dyla terus baring semula. Mengantuknya tidak mahu hilang. Letih!
Dengan malas, Dyla mencapai telefon di kakinya. Rambut yang kusut-masai ditolak sedikit. Cukup-cukup untuk melihat skrin telefon bimbit. Bulat matanya bila melihat jam yang sepatutnya berdering pukul 7 pagi kini telah dianjakkan hingga ke pukul 8.30.
Kelas akan bermula pada pukul 9 pagi. Dyla telan air liur. Laju dia berlari ke bilik air. Ketiadaan Alfan di sebelah tidak dipedulikan. Baju kurung sudah siap disterika semalam. Sebelum masuk tidur. Tudung pun semua dah siap.
Selesai mandi, Dyla pakai baju dan terus sambar beg kelasnya. Alfan yang sedang membutangkan kolar baju terpinga-pinga melihat Dyla yang baru turun dari tingkat atas. Gadis itu tercungap-cungap masuk ke dapur.
"Nak makan apa? Nak minum apa?" jerit Dyla dari dalam dapur membuatkan Alfan turut sama ke dapur. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Tangannya terus membutang lengan kemeja pula.
Cawan ditarik keluar dari kabinet. Piring semua tersedia. Dyla garu kepala. 'Nak siapkan breakfast sekarang, memang tak sempat.'
"Nak makan apa?" tanya Dyla sekali lagi. Sebenci-benci dia pada lelaki di hadapannya ini pun, dia tetap isteri. Tangan laju membancuh Nescafe panas.
"Aku nak makan apa, nak minum apa, that's not your concern. Aku boleh buat apa yang aku nak makan, nak minum. Kau uruskan makan minum kau sendiri. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing." Alfan mendekati bar kabinet.
"Kiranya, life masing-masing lah?" tanya Dyla. Alfan jeling dan mendekati sinki untuk mencuci tangan.
Cawan yang sudah terisi air Nescafe turut sama dibawa ke sinki lantas dituang isi itu ke dalamnya. Alfan toleh cepat ke sebelah.
"Awak kata makan minum sendiri-sendiri kan? So apa pun yang saya masak, saya buat awak takkan makan kan? Alright then." Dyla terus keluar rumah. Alfan mencebik.
"Kelas habis pukul berapa?" jerit Alfan. Hanya dentuman pintu yang kedengaran. Alfan mengeluh.
'Aku nak buat baik pun tak boleh? Kau nak sangat hidup sendiri-sendiri, kan? Okay fine. Kita hidup sendiri-sendiri.' bebel Dyla.

SHAH hanya memerhati Dyla dengan inai merah dijari dari jauh. Rasa menyesal itu ada. Menjadi si pengecut dan membiarkan Dyla dirampas orang lain memang agak menyeksakan jiwanya.
Bibir Dyla tersenyum ketika berbual dengan teman sekuliah. Semenjak pernikahannya dengan Alfan, teman sekuliah menjadi baik dengannya. Entah agenda apa yang mereka fikirkan, Dyla juga tak tahu. Tapi lebih baik disukai dari dibenci. Macam waktu kat sekolah dulu. Sampai cikgu pun benci...
"Shah!" kejut Hadi dari belakang.
"Ha.. Kenapa?"
"Kau pandang siapa?"
"Siapa apa?"
"Yelah, kau tengok macam nak tembus tadi. Siapa?" Hadi mencari-cari kelibat yang mungkin menarik minat Shah. Payah nak tengok Shah ni macam ni.
"Takdelah. Aku tengok lecturer tadi."
"Kau kalau pandang ilmu, macam nak tembus kan? Tak faham aku dengan kau." Hadi mengeluarkan bukunya dari beg.
"Nak minta tolong kau terangkan yang ni." buku dibuka. Hadi menarik lengan Alfan supaya mengajarnya. Shah sempat kerling kelibat Dyla sebelum gadis itu berjalan ke bilik kuliahnya.

DYLA pulang dari kelas dengan keadaan letih. Pintu rumah dibuka. Sunyi. Alfan masih belum balik kerja. Jam tangan dilihat. Dah pukul 5 petang. 'Bos pun balik ikut office hour ke?' cebik Dyla.
Lapar.
Dyla letak beg silangnya di atas sofa ruang tamu. Lengan baju kurun disentengkan. Tudung dilucutkan. Dia masuk ke dapur. Nasi dimasak. Cukup-cukup hanya untuk dia.
"Let see.. Apa yang kita ada dalam peti sejuk ni." Dyla buka peti sejuk. Kosong. Buka atas, kosong juga. Terkebil-kebil Dyla dibuatnya. Tapi dia dikejutkan bunyi Whatsapp.
Alfan        : Hai newlywed!
Dyla         : =.=" hi.
Alfan        : Whatcha doin'?
Dyla         : Baru balik kelas dan nak masak. But there's nothing in the fridge.
Alfan        : Hahah. Pergilah beli.
Dyla         : Haih. Tired enough, nak kena keluar lagi. Huwaaaarghh.
Alfan        : Call your husband lah.
Dyla         : Dia busy maybe. Sekarang pun tak balik lagi.
Alfan        : He might be waiting for your call..
Dyla         : Awak ni macam psikik pula.
Alfan        : I'm a man. Remember?
Dyla         : Hmm. Takpelah. Orang tak nak susahkan dia. Orang nak keluar kejap beli barang dapur. Whatsapp later!
'Pagi-pagi lagi dah dia kasi warning makan sendiri-sendiri. Hidup dalam rumah ni life asing-asing. Inikan pula nak minta tolong dia? Heh.'
Dyla sarung tudung semula. Lengan baju kurung dijatuhkan kembali. Kunci kereta dicapai. Baru nak melangkah keluar, telefon berdering nyaring menandakan panggilan masuk.
"Hello?" sapa Dyla malas.
"Masak apa?" tanya Alfan egoistik.
"Angin." Dyla tutup pintu rumah dan menguncinya.
"Lupa nak bagitahu, aku baru pindah dalam rumah tu. So barang dalam dapur tu semua baru. Yang ada pun semua instant. Barang basah memang takde. Kau nak beli barang dapur ke?"
"Life dalam rumah asing0asing isn't it?" Dyla ulang kata-kata Alfan pagi tadi.
"Dalam rumah. Aku tak cakap luar rumah, life asing-asing. Kan? Jumpa dekat Tesco. I'll be there in a minute." talian terus dimatikan. Dyla tenung skrin.
"Aku nak makan apa, nak minum apa, that's not your concern. Aku boleh buat apa yang aku nak makan, nak minum. Kau uruskan makan minum kau sendiri. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing."
"Ha'ah kan. Pagi tadi dia cakap life dalam rumah." Dyla analisis semula kata-kata Alfan. Dia jungkit bahu dan masuk ke dalam perut kereta.

TROLI ditarik Dyla. Dia menolak troli itu sambil mata mencari-cari barang keperluan. Kaki melangkah perlahan-lahan. Tiba-tiba ada satu bau mendekati. Dyla pantas menoleh. Alfan yang berkemeja dengan seluar slack berjalan selamba sambil sebelah tangan di dalam poket.
"Dah berapa lama berdiri belakang badan saya?" Dyla terkejut sedikit.
"Baru aje. Seems like awak dah kenal bau saya." Alfan menghimpit Dyla ke tepi. Tangan sebelah lagi turut sama menolak troli. Bahasa juga dielokkan. Takkan nak beraku-kau tengah-tengah supermarket ni?
Dyla membiarkan Alfan turut sama menolak. Mereka sama-sama berjalan mencari barang dapur.
"Rumah awak betul-betul kosong, kan?" Dyla mula berbicara.
"Dah nama pun baru pindah."
"Kalau iya pun, sediakanlah sikit."
"Awak tak join in pun waktu orang lain siap buat wedding. Tak sediakan apa pun. Siap boleh pergi camping lagi." ungkit Alfan. Dyla terdiam.
"Saya ada camping. Tak boleh nak tolong awak siapkan wedding." selamba Dyla memberi alasan. Memang sengaja dia mendaftar masuk untuk berkhemah. Semata-mata untuk lari dari komitmen menyiapkan persediaan perkahwinannya.
"So aku nak kena buat semua lah?" Alfan juga tenang.
"Nampaknya macam tu lah."
"Okay." Alfan tak peduli sangat.
"So, awak arrange aje semua. Saya follow aje. I'm just coming for being a bride." Dyla bukan nak besar kepala. Tapi dia tak boleh.. Dia masih berbelah bahagi.
Dyla banyak meluahkan rasa kepada Alfan si penyayang. Lelaki itu lebih tahu apa yang dia rasakan. Kadang-kadang Dyla berharap dia berkahwin dengan lelaki itu dibandingkan Alfan egoistik.
Dyla         : Alfan..
Alfan         : Yes.
Dyla         : Hari nak bernikah makin dekat.
Alfan         : Then?
Dyla         : I might not participate dalam kerja kahwin ni semua.
Alfan         : Kenapa?
            Dyla    : Orang masih confuse la.. Tak tahu if I'm doing the right thing.
Alfan         : Then? Nak siapa uruskan semua ni?
Dyla         : Entah.. Hmm.
Alfan         : Awak just nak lepaskan semua kat Alfan egoistik tu?
Dyla         : Maybe.
Alfan         : Tak rasa kejam?
Dyla         : Rasa. Tapi.. Tapi.. Orang just takut akan rosakkan lagi preparation. Mana nak tahu tiba-tiba tak boleh nak control emosi, termusnahkan hantaran bagai pula.
Alfan         : Haha. Tingginya imaginasi!
Dyla         : Haha. Mana nak tahu, kan?
Alfan         : Your mum kata apa?
Dyla         : Marah la juga. Cz kata nak join camping.
Alfan         : Join camping? Sanggupnya.
Dyla         : Haha.. Entah lah.. Takde hati.
Alfan         : As long as you keep your promises.
Dyla         : Janji apa?
            Alfan    : Get married.
Dyla         : Hahah. What now? Awak kat side egoistik?
Alfan         : Hahah. Dia kan twin orang. :P
Dyla         : Haha. Whatever.
Dyla tolak troli lebih laju. Alfan tertinggal di belakang. 'Baru nak rasa serba salah ke?' Alfan mempercepatkan langkah. Sambil itu, sempat dia membuka butang lengan baju dan menyentengkannya hingga ke paras siku.
"Susu pekat manis pun takde dalam rumah awak." bebel Dyla. Alfan tarik satu tin susu pekat manis F&N.
"Bawang pun takde. Mengharapkan beras aje." sambung Dyla.
"Bawang sebelah sana." Alfan kembali menolak troli hingga memaksa Dyla untuk melepaskan pegangan pada troli tersebut. Giliran Dyla ditinggal ke belakang.
Dyla cuba menyaingi langkah Alfan. Tapi lelaki itu memang sengaja mempercepatkan langkah hingga Dyla letih mengejar. Akhirnya dia berlari mendapatkan Alfan dan memeluk sebelah lengan lelaki itu.
Alfan terkedu.
"Boleh tak jangan jalan cepat sangat? Tahulah kaki tu panjang. Tapi janganlah langkah besar-besar sangat. Saya tak dapat nak catch up lah." rungut Dyla.
Alfan tidak membalas. Adalah lebih baik dia diam dan membiarkan Dyla memeluk lengannya.
Mereka berjalan di kawasan bahan basah di mana sayur dan buah-buahan ditempatkan. Dyla tarik apa sahaja yang dia rasa diperlukan hingga memenuhi troli.
"Awak nak makan untuk sepuluh orang ke?" perli Alfan.
"Takdelah nak kena keluar dia tiga kali." alasan Dyla.
"Sayur tu nanti layu."
"Daun bawang, daun ketumbar, daun sup boleh bubuh dalam air. Daun limau purut boleh keringkan, kemudian mesin jadi serbuk. Sayur-sayur lain kalau layu, rendam dalam air kemudian bubuh ais. Nanti dia okay balik. I mean, tak la layu sampai boleh kepal jadi bebola." terang Dyla.
'Budak ni mesti boleh masak.' fikir Alfan.
"Awak nak beli apa untuk diri awak?" tanya Dyla tiba-tiba.
"Ni, barang yang awak beli ni. Saya guna benda yang samalah."
"Awak reti masak ke?" Dyla bulat mata.
"I've been living alone dekat Ireland berapa tahun.. Kalau tak reti nak berdikari, memang tak makan lah." Alfan balas pandangan Dyla.
Dyla cebik.
"Lauk." Alfan tolak troli ke bahagian lauk pula. Dyla terpaksa ikut sama bila lengannya masih melingkar elok di lengannya Alfan.

ALFAN membantu Dyla memasukkan barang dapur ke dalam bonet kereta isterinya itu. Kalau nak tolak troli sampai ke kereta dia, jauh kaki nak kena melangkah pula.
"Jumpa kat rumah." Sang suami menutup bonet kereta. Dyla mengangguk.
"Kereta tu bila nak betulkan?" tanya Alfan tiba-tiba. Memang semenjak perlanggaran mereka berdua beberapa bulan yang lepas, Dyla langsung tidak pernah membetulkan kemek itu. Bukan tak nak betulkan. 'Fulus' tidak ada.
"Nantilah. Bukan teruk sangat pun." Dyla masuk ke dalam perut kereta.

RAMBUT diikat tinggi. Perut dah berkeroncong sebab dari tengah hari masih belum makan. Dyla hanya sempat sarapan pagi melapik perut dengan roti Butterscotch yang dibeli di kafe kampus.
Bawang dikupas pantas. Nasi memang dah masak dari petang tadi.
Menu untuk malam ni, adalah masakan paling ringkas dan paling cepat. Dah terbiasa hidup bujang kerja nak makan benda cepat aje.
Ayam kunyit masak asam. Heh. Ini resepi nenek dari kampung tau.
Ayam sudah dipotong isinya dan sudah dicuci dengan gula sambil diselawat. Bawang besar diracik halus begitu juga dengan bawang putih dan cili padi. Halia diracik. Asam jawa digaul bersama air. Daun bawang dipotong panjang.
Minyak sudah panas, Dyla mula sesi menumis cili, bawang besar, bawang putih dan halia. Hanya selepas beberapa minit, dia masukkan ayam. Punya nak cepat. Perut dah berkeroncong irama rock kapak. Nasib masih belum masuk arena metal.
Selepas ayam mula masak, kelibat Alfan mula kelihatan. Tidak dapat disangkal Dyla, rambut lelaki itu memang cantik. Lembut sahaja jatuh di dahi. Berbeza sangat rambutnya bila dah siap. Terpacak macam apa aje. Dyla lebih suka tengok lelaki itu dengan rambutnya tidak disapu gel. Nampaklah juga comelnya.
Dyla sambung memasak. Serbuk kunyit dimasukkan. Begitu juga dengan serbuk cukup rasa. Mudah bekerja dengan serbuk cukup rasa. Kemudiannya, dia masukkan air asam. Cukuplah basah sikit. Jangan sampai tenggelam macam sup pula ayam tu.
Selepas mendidih, Dyla masukkan daun bawang dan tutup api. 'Ahhh! Laparnya!' Cepat-cepat Dyla masukkan lauk ke dalam mangkuk putih. Alfan di ruang tamu turut sama terhidu bau enak dari dapur. Tangannya masih laju mengelap rambut yang basah.
Dyla ke gerbang pintu dapur yang berhadapan dengan ruang tamu. "Saya makan dulu." beritahunya. Alfan tidak mengendahkan. Melihatkan Alfan tidak memberi respon, Dyla masuk semula ke dapur dan mula menjamah makan malamnya. Kalau dah lapar, kayu pun nampak macam kaki kambing panggang.
Selesai makan, Dyla membasuh semuanya. Baki lauknya dimasukkan ke dalam tupperware dan disimpan di dalam peti sejuk. Periuk nasi yang sudah kosong dicuci.
Dyla menuju ke sofa ruang tamu. Giliran Alfan masuk ke dalam dapur. Periuk nasi dibuka. Kosong. Gigi diketap. 'Bukan nak tolong masakkan sekali. Nasi aje pun.' gumam Alfan. Nak salahkan Dyla tak boleh juga. Dia sendiri yang bagi arahan untuk jalani hidup asing-asing.
Alfan keluarkan daging dari peti sejuk. Benda paling mudah dia buat, adalah dengan potong daging itu bersaiz steak. Tadi semasa di Tesco, dia sempat capai sos lada hitam.
Kuali leper ditarik keluar dari kabinet bawah. Daging itu ditabur garam dengan lada hitam. Apabila kuali panas, terus dia letakkan daging ke atas kuali leper. Bunyinya sahaja sudah membuatkan Dyla telan air liur. 'Western mudah!' Dyla curi pandang ke dapur.
Setengah jam kemudian, bau aroma daging mencucuk hidung Dyla. Bau itu semakin lama semakin hilang. Hilang masuk dalam perut Alfan.
Kelibat Alfan kelihatan. Tidak sampai beberapa saat, lelaki itu sudah duduk di sebelah Dyla dan turut sama menonton televisyen.
Keduanya menyepi. Telefon Dyla berdering nyaring.
"Hello?" sapanya.
"Hello. Dyla? Macam mana honeymoon kau? Best?" sibuk pula si Adilah menanyakan.
"Ha? Esoklah aku cerita." Dyla seakan membisik.
"Ceritalah sekarang!" desak Adilah.
"Esok eh.. Esok." Dyla cuba pujuk. Alfan bukannya takde telinga. Telinga kanan terpasang mendengar perbualan Dyla.
"Sayang." suara macho Alfan kedengaran. Gulp! Cukup untuk orang di hujung talian juga dengar.
"Kau dengan suami kau eh? Eheh. Sorry. Esok pastikan kau cerita tau! Bye gemuk!" talian terus dimatikan. Malu mungkin.
"Erm." Dyla perlahan-lahan menurunkan telefon dari cuping telinga.
"Marriage is about something private. Rahsia kita berdua. Bukan untuk dikongsi dengan orang lain." kata Alfan tiba-tiba. Dyla terkesima. 'Dia dengar?'
"Hm." balas Dyla.
"Apa rasa tinggalkan Shah?" entah kenapa malam ni, Alfan betul-betul serius.
Dyla senyap. Tak mahu jawab.
Menunggu lama Dyla masih juga tak buka mulut, Alfan mematikan siaran televisyen. Pandanganya beralih pada gadis di sebelahnya pula.
"Apa rasa?" soal Alfan lagi.
Dyla pandang ke tempat lain. Tidak mahu bertentang mata.
"Ada mulut boleh jawab soalan, kan?" Alfan mendesak.
"Saya tak nak bahaskan pasal ni. Semua tu dah lepas." Dyla bangun dari sofa. Lengannya sempat direntap Alfan.
"Duduk." arah lelaki itu. Dyla telan air liur. Bukan takut. Tapi sedang menahan geram.
"Benda ni dah lepas. Awak dah dapat apa yang awak nak. Cukup, kan?" Dyla beranikan diri menghadap mata lelaki itu.
"Apa rasa?" tanya Alfan sekali lagi. Dia serius.
"Saya cuba untuk terima yang saya ni isteri orang. Terima fakta yang saya ni isteri awak. Kenapa awak masih nak bahaskan benda yang dah lepas?"
"Aku nak tahu apa yang kau rasa lepas tinggalkan Shah."
Dyla tenung anak mata Alfan. 'Lelaki ni memang takkan puas hati kalau aku tak bagi tahu, kan?'
"Sakit. Rasa sakit." jawab Dyla. Air mata mula bertakung.
"Sakit macam mana?" Alfan menduga.
Dyla diam sejenak.
"Sakit sangat. Rasa macam saya takkan pernah dapat lelaki sebaik dia. Rasa macam saya takkan pernah bahagia. Rasa macam saya takkan pernah senyum. Terseksa. Setiap hari bangun pagi teringatkan saya isteri orang sedangkan hati saya pada orang lain. Rasa terkurung. Rasa macam digari." Air mata mula menitis. Kakinya mula lemah hingga dia terlutut sedangkan lengan masih berada di dalam genggaman Alfan.
"Rasa macam saya nak lari kat dia. Kuatkan diri mengaku cinta saya. Bagitahu dia yang saya cintakan dia. Sedang cintakan dia, dan akan sentiasa cintakan dia." kepala Dyla menunduk.
Alfan telan air liur. Pegangannya dilepaskan.
"Baru tahu sakitnya macam mana?" sinis.
Dyla mendongak kembali. "Kenapa? Kalau saya tahu sakitnya macam mana, dan saya bagitahu awak, awak akan lepaskan saya untuk pergi kat Shah?" duga Dyla.
"Tak. Aku nak kau hidup dengan rasa sakit tu setiap hari." Alfan bangun dari sofa dan naik ke bilik meninggalkan Dyla keseorangan menangis sendiri.
'Aku suami. Dan kau masih berani mengaku cinta pada lelaki lain, sedangkan kau isteri? Kenapa kau tak boleh bohong aku, cuma sekali.. Bohong demi aku.' Alfan tarik selimut.

3.39 PAGI. Alfan terjaga dari tidur. Dyla tiada di sebelah. Dia kemudiannya bangun dan menuruni anak tangga satu persatu.
Tubuh Dyla di atas sofa, terkulai layu. Entah berapa lama gadis ini menangis semalam, dia pun tak tahu.
Dyla tidur dengan kedua belah tangannya dirapatkan ke dada. Sejuk barangkali. Tapi apa yang dia boleh buat? Selimutkan gadis ini? Atau angkat dia ke bilik? Tak perlu seromantis itu. Kerana gadis itu berada di dalam rumahnya berpunca dari dendam. Tak perlu kot dilayan baik.

Alfan naik semula ke bilik. Sambung tidur.

3 comments:

  1. Arrrgghhhhh... makin jatuh cinta kat Alfan!
    Apsal la Dyla tak sedar lagi2 yang Alfan ni syg kat dia dlm diam?
    bessstttt!!!

    ReplyDelete
  2. Alfan=Alfan egoistik kan?
    bila dyla nk sedar......

    ReplyDelete
  3. Harap boleh sambung secepat mungkin tak sabar menanti

    ReplyDelete