Tiap-tiap malam tidur jam 3, 4 pagi sampai tubuh
letih. Sudah terbiasa kalau nak jawab kertas final. Tiap-tiap malam jugalah si
Alfan menjadi peneman. Teman sampai tertidur di sofa.
Jantung Dyla berdegup kencang
menunggu jarum jam ke angka 2 petang. Kertas terakhir untuk semester ini.
Dengan lafaz bismillah, Dyla
mula menjawab soalan. Pesan Alfan, kalau tidak tahu, jangan tinggal kosong.
Biar berjawab. Kalau boleh pakai jawapan KBKK, pakai aje. Asalkan berjawab.
Mana nak tahu, kot-kot nak betul.
Soalan susah. Entah soalan apa
yang ada depannya, dia sendiri tak tahu. Dikerling ke kanan, Ikram sudah lena.
Dikerling kiri, dia tidak kenal budak lelaki itu siapa namanya, tapi dahi
lelaki itu berkerut-kerut. Pensil diketuk-ketuk. Mengetuk pensil sampai jawapan
terkeluar dari pensil itu kot.
Dyla raup wajah untuk entah
keberapa kali. Memang tak boleh nak jawab. Nak goreng pun, dia tak tahu apa
yang nak digoreng. Kalau goreng pun, boleh hangus ni.
Putus asa. Dyla meletakkan
kepala ke atas meja. Dia bangun semula. Macam mana pun, kena buat juga! Tulis
juga!
KELUAR sahaja dari dewan peperiksaan, muka Dyla
lesu. Ikram turut sama garu kepala. Bukan takat mereka berdua sahaja, semua
pelajar pun begitu. Masing-masing stress tengok kertas sendiri.
"Susahhhh!!!" rintih
Ikram.
"Aku belajar sampai nak
muntah kot." cerita Dyla.
"Kau sampai nak muntah,
aku sampai termuntah-muntah."
Bunyi hon mengejutkan Dyla.
Alfan.
"Ikram, aku balik dulu
eh. Suami aku dah sampai." Dyla pamit.
"Kau balik rumah mak kau
tak?"
"Ha? Entahlah." baru
Dyla teringat sesuatu. Semester ni tak sama dengan semester lepas. Yang dia boleh
balik terus ke rumah ibu.
Tiba-tiba dia sebak sendiri.
"Aku balik dulu eh."
Dyla terus berjalan ke kereta Alfan. Ada sahaja mata-mata yang penuh kebencian
melihat kebahagiaan Dyla.
"Macam mana paper?"
tanya Alfan.
"Disaster. Jangan
tanya." Dyla tarik tali pinggang keledar.
Alfan sengih.
"Stress?" soal lagi.
Dyla jeling. "Siapa tak
stress jawab soalan macam tu?"
"Nak balik rumah
Johor?"
Dyla pusing kepala
cepat-cepat. Matanya bersinar. Air mata bertakung dengan bibir yang mulai
mengukir senyuman. Dia mengangguk banyak kali.
"Aku boleh hantar aje,
tapi aku tak boleh nak teman kau kat sana lama-lama. Dua tiga hari tu boleh
lah."
"Awak nak kasi saya duduk
sana lama-lama ke?"
"Kau duduk rumah pun,
menyemak aje."
Pedih. Tapi Dyla tetap senyum.
"Bagus juga. Tak perlu
menghadap muka awak 24 jam."
"Aku pun dah bosan asyik
tengok muka kau aje."
Tambah pedih. Dyla terdiam
untuk kali ini. Alfan sedar kata-katanya mengguris perasaan Dyla.
"Saya cuti sebulan
tau." beritahu Dyla.
"Kau nak duduk sana
sebulan pun aku tak kisah."
"Okay. Bila awak nak
hantar?"
"Kau ada kereta sendiri
kan?" walaupun suara lelaki itu tak tinggi, tapi dia faham maksud lelaki
itu.
Dyla senyap terus. Tidak mampu
berkata-kata. Tadi kata boleh hantar..
SELESAI mengemas pakaiannya, Dyla membawa beg
pakaian ke bawah. Alfan di dapur sedang minum air.
"Awak, saya balik
dulu." Dyla pamit.
"Okay." Alfan terus
melangkah naik ke bilik. Tak sempat Dyla nak salam pun. Hati-hati pun lelaki tu
tak sebut.
Dyla memasukkan beg pakaian ke
dalam bonet kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dia sempat masuk ke dapur untuk
membawa balik sebotol air mineral. Cukuplah nak melepaskan haus waktu memandu
nanti.
Alfan kemudiannya turun dengan
beg pakaian kecil.
"Aku drive." kata
Alfan waktu berhenti di hadapan dapur sebelum menyambung langkah untuk masukkan
beg ke dalam kereta. Bulat mata Dyla.
"Awak ikut balik
ke?" tanya Dyla.
"Aah."
"Pakai kereta saya?"
"Yelah. Jimat
minyak."
"Tapi awak cuti sampai
bila?"
"Dua hari aje."
"Lepastu awak nak balik
macam mana?"
"Kau hantarlah."
"Awak kata nak kasi saya
duduk Johor sebulan."
"Memang pun."
"Dah tu?"
"Apanya?"
"Kalau saya nak kena
hantar awak balik, bila pula saya nak balik ke Johor?"
"Lepas kau hantar balik
sini, kau baliklah Johor semula. Sementara aku cuti ni, boleh lah aku balik
kampung kejap."
Dyla garu kepala. Memang
tidaklah aku nak ulang-alik balik dua tiga kali.
"Awak bawa kereta
awaklah."
Alfan buat tidak dengar dan
masuk ke dalam perut kereta tempat duduk pemandu. Dyla merengus. 'Kalau tak nak
kasi aku balik lama-lama, cakap ajelah.'
Pintu semua dikunci sebelum
Dyla turut sama masuk ke dalam perut kereta.
DYLA sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Mana
tidaknya? Tidur pukul 3, 4 pagi. Setiap hari pula tu. Bangun seawal jam enam
pagi pula.
"Kalau dah mengantuk tu, tidur
ajelah." tegur Alfan.
"Ha? Takpelah." Dyla
kembali buka mata.
Degil. Alfan terus menarik
kepala Dyla mendekati bahunya. Bila gadis itu cuba bangun, dia tarik kembali.
"Tidur." Arahan. Nak tak nak, Dyla kena akurkan juga.
Lama-kelamaan, Dyla terlena.
Setengah jam kemudian, Dyla
tersedar dek terasa tengkuk yang letih.
"Sakit leher?" tanya
Alfan.
"Aah." suara Dyla
serak. Dia kembali menegak dengan mata yang tidak terbuka. Alfan mengerling
sebelah melihat Dyla yang sedang menggosok-gosok lehernya dengan dahi berkerut.
"Rebahkan kerusi
ni."
"Hmm.." Dyla ikut
kata. Tangan kiri Alfan mengurut tengkuk Dyla hingga gadis itu kembali lena.
'Crybaby.' Fikir Alfan.
LIMA jam perjalanan cukup memberi Dyla peluang
untuk tidur sepuasnya. Kaki dah sampai naik ke atas kerusi dah. Tidur macam
bayi!
"Dyla." gerak Alfan.
"Hm?"
"Dah sampai."
Dyla buka mata.
Alfan sudah keluar dahulu
untuk bersalaman dengan ahli keluarga yang lain. Dyla baru hendak melepaskan
tali pinggang keledar, Alfan sudah masuk ke dalam rumah. Tinggalkan isteri kat
luar. 'Hampeh punya suami.'
Beg dari bonet kereta
dikeluarkan.
"Kesiannya dia kena
angkat seorang. Meh abang tolong." Alfan hulur bantuan. Konon romantik?
Dyla hanya membiarkan lelaki
itu menarik bagasinya yang besar gedabak. Bajet nak duduk sebulan.. Hampeh.
SELESAI makan petang, Encik Hassan berbual bersama
Alfan di ruang tamu. Ira sibuk membantu ibunya mengemas meja makan.
"Boleh ke adik angkat
pinggan tu? Jatuh kang." Dyla cuba untuk membantu si kecil yang berusaha
sungguh mengangkat piring kaca.
"Orang kuat la.."
Ira tepis tangan Dyla.
"Aida tak balik ke
bu?" Dyla tarik kerusi dan duduk.
"Entahlah dia. Padahal
exam dia dah habis dua hari lepas. Tak call ibu pun." Puan Dalila senteng
lengan untuk mencuci pinggan.
"Akak call dia kejap."
Telefon bimbit dari dalam poket dikeluarkan. Nombor Aida didail. Lama bunyi bip
sebelum panggilan berjawab.
"Mana kau?" kasar
bahasa Dyla. Memang dah biasa dengan Aida berkau-aku sebab umur mereka hampir
sahaja.
"Akak ada mana?"
soalan dibalas dengan soalan.
"Rumah ibu lah. Kau tak
balik ke?"
"Setengah jam lagi orang
sampai. Jangan bagitahu ibu lagi. Aku nak buat surprise."
"Bajet!" Dyla
mencebik.
"Kak, kau tolong ambil
aku kejap lagi. Boleh tak?"
"Pukul berapa?"
"Nanti aku call. Bajet
dalam setengah jam aku sampai."
"Okay."
Talian dimatikan tanpa salam.
Dah gaya macam gangster!
"Aida cakap apa?"
Puan Dalila kesat tangan yang basah ke kain buruk.
"Dia ada hal sikit
katanya." tipu Dyla. Tersengih. Teringat pula dia bila berita
pernikahannya sampai ke pengetahuan Aida.
"Kau nak kahwin,
kak?" suara Aida meninggi. Bukan meninggi marah, meninggi terkejut.
"Ha'ah. Kau boleh
balik tak? Jadi pengapit akak."
"Wehh! Tak aci doe!
Aku minta kat ibu nak kahwin, ibu tak kasi pun."
"Kau kasi lepas
diploma dulu! Final year kan. Akak dah nak habis degree. Boleh la.."
"Aku tak peduli! Umur
aku 23, aku nak kahwin juga. Terseksa oh macam ni. Dah la duduk jauh-jauh. Aku
risau betul dengan Fikri."
"Fikri medik kot. Kau
beragaklah nak ajak dia kahwin cepat-cepat."
"Alah, bukan tak
boleh. Boleh aje." Aida berkeras.
"Dia belum habis
belajar lagi waktu tu, gila!"
"Ahh. Nikah gantung
boleh aje."
"Suka hati kau lah,
dik. Akak macam tak yakin aje Fikri nak setuju dengan cadangan kau."
"Ada pula macam tu.
Doalah untuk aku. Tak larat aku nak duduk jauh-jauh."
"Habis tu kau ingat,
kalau kau kahwin dengan dia, kau boleh berkepit dengan dia 24 jam? Sama juga.
Nanti dia balik Ireland juga kan?"
"Memanglah. Mana nak
tahu aku boleh ikut dia pergi sana ke?"
"Beranganlah kau, dik.
Akak nak tahu aje, kau boleh balik ke tak?"
"Insya Allah. Kau nak
aku jadi pengapit eh?"
"Iyelah. Takkan aku
nak suruh Ira pula?"
"Support kasut kat
aku, kak?"
"Kasut apa lagi? Kasut
kau bertimbun!"
"Habis tu takkan kau
nak aku jadi pengapit pakai kasut flat kot?"
"Kau ada aje wedges
kan?"
"Dah lama laaa..
Belikanlah yang baruuuu." rayu Aida.
"Jangan mengada."
"Kau nak aku datang ke tak?"
"Kau nak aku datang ke tak?"
"Kau mengugut kakak
kau, kan?"
"Dulu waktu aku
sekolah, kau selalu ugut aku, takpe pula?"
"Mengungkit! Balik
sini dulu, baru aku belikan." putus Dyla.
"Ni sebab aku sayang
kau lebih." ketawa Aida. Bab mengikis kakak sendiri memang nombor satu!
45 minit kemudian, telefon
Dyla berbunyi lagi menandakan ada panggilan masuk. Aida. 'Panjang umur kau,
dik.'
"Ha." Dyla sempat
pandang ibunya yang sedang mengemas dapur. Perlahan-lahan dia bangun dari
kerusi dan menuju ke ruang tamu. Kunci kereta dicapai dari atas kabinet meja
tepi televisyen.
"Nak pergi mana tu?"
tanya Encik Hassan.
Telefon yang masih melekap di
telinga dijauhkan sedikit.
"Jumpa kawan kejap."
alasan Dyla.
Alfan kerut dahi.
"Biar abang tolong
hantar." Alfan dengan rela hati ingin membantu. Dyla terkebil-kebil.
"Eh, takpe. Dyla boleh
pergi sendiri."
"Dah nak senja ni, baru
nak keluar. Tak elok tau isteri orang keluar waktu macam ni. Biar abang
teman." kunci kereta dirampas.
"Biarlah Alfan teman,
akak." Encik Hassan menyokong tindakan Alfan. Alfan senyum menang.
Terpaksa akur. Dyla membuntuti
Alfan hingga ke keretanya.
"Kau nak jumpa
siapa?" tanya Alfan sebelum masuk ke dalam kereta.
"Masuk dulu." Dyla
buka pintu kereta dan memboloskan diri ke dalam perut kereta. Alfan menjeling.
'Pantang betul aku bila tak dapat jawapan yang aku nak waktu aku tanya. Ada aje
nak delay.'
Enjin kereta dihidupkan.
"Jumpa siapa?" soal
Alfan sekali lagi.
"Aida. Dia tak kasi
bagitahu ibu yang dia balik harini. Katanya nak buat surprise. Ni nak pergi
ambil dia kat stesen bas la ni." cerita Dyla.
"Kan senang kalau cerita
dari awal."
"Dah Aida tak nak semua
orang tahu. Takkan saya nak cakap yang saya nak pergi ambil Aida kat stesen bas
depan ayah kot?"
Chup! Di pipi. Dyla terpana.
Lelaki tu, kalau tak silap dia.. Kalau dia masih dalam keadaan waras dan sedar,
dia tahu lelaki itu baru sahaja mencium pipinya.
"Your mum is looking at
us. Smile. Jangan buat muka terkejut sangat." kata Alfan. Dyla toleh ke
kiri. Puan Dalila di muka pintu sedang memerhatikan mereka. Terus Dyla
menurunkan cermin tingkap.
"Ibu, akak jumpa kawan
kejap." pamitnya.
"Ha.. Okay. Jangan balik
lewat-lewat."
"Okay.. Abang Alfan ada
teman sekali." Beritahunya.
"Okay.
Assalamualaikum." Puan Dalila melambai.
"Waalaikumussalam."
cermin tingkap dinaikkan semula. Alfan kembali bersandar di kerusi.
"Kiss aje pun. Bukannya
benda besar pun." bicara Alfan.
"Kalau awak tak nak saya
jatuh hati dengan awak, stop doing benda-benda macam ni." amaran Dyla
keras. Alfan toleh sekilas. Bibirnya senyum sumbing.
"Kenapa? Dah start
falling in love dengan aku?" usiknya.
Dyla tidak menjawab. Dia
merenung ke luar tingkap. Menyakitkan hati aje kalau cakap dengan lelaki sebelah
ini.
"ASSALAMUALAIKUM." Entah dari mana
datangnya minah kecil ni, terkejut Dyla dibuatnya bila disergah dari belakang.
Alfan hanya ketawa bila melihat reaksi Dyla terkejut.
"Kau ni kan, dik.. Tak
pernah nak bagi salam elok-elok kat aku." Muka Dyla masam.
"Alololo kakak ku sayang,
intan, payung.. Hamba minta maaf ye. Nak hug sikit!" Aida depa tangan.
Kakak mana yang boleh marah adik lama-lama?
Terus mereka berdua
berpelukan. Entah kenapa air mata hampir menitis. Padahal baru berapa bulan tak
jumpa. Pada Dyla, Aidalah adik, dialah musuh, dialah sahabat, dialah teman nak
bertumbuk-tumbuk, konklusinya.. Aidalah yang paling dia sayang.
"Kau rindu aku sangat ke
kak?" Aida mengusik bila ternampak tubir mata Dyla yang sudah bergenang.
Alfan baru sedar isterinya hampir menitiskan air mata.
"Mana ada. Asap bas ni
masuk mata aku lah, gila!" Dyla kesat mata. Konon sembunyi perasaan.
"Kau ingat aku kenal kau
baru setahun dua? Hah? Eh, aku ni juga yang tolong belikan pad kau bila kau
datang bulan tau." Aida ketawa. 'Hampeh punya adik.'
"Diamlah. Jom
balik." Dyla tarik tangan Aida mendekati kereta.
"Abang, akak memang
cengeng macam ni eh selalu?" Aida yang duduk di tempat duduk belakang mula
mengorek rahsia.
"Memang. Manja
terlebih." Alfan mula jumpa teman untuk mengenakan Dyla.
"Perlu ke nak mengutuk
orang depan-depan?" Dyla tarik muka masam.
"Akak, boyfriend kau dulu
waktu sekolah pun nama Alfan kan?" tiba-tiba soalan Aida membuatkan Alfan
dan Dyla tersentap.
"Diamlah kau." Dyla
malas nak layan. Iyelah, hati suami pun nak kena jaga juga.
"Sorry eh abang. Tapi
seingat Aida lah, muka abang ada iras dengan ex-boyfriend akak dulu."
cerita Aida.
"Iye ke? Tapi siapa lagi
hensem? Abang ke, ex-boyfriend akak?" Alfan pandang cermin tengah untuk
lihat Aida.
Dyla tersentap. Dia kerling ke
sisi. Jantungnya berdegup kencang.
"Dua-dua. Sebab muka kau
orang hampir sama." jawab Aida jujur.
"Boleh tak jangan ungkit
benda lepas?" Dyla bersuara.
"Kenapa? Abang nak tahu
juga ex-boyfriend awak macam mana orangnya." Alfan menjawab.
"Seriously, dia baik
sangat." Aida menambah.
"Aida suka dia ke?"
Alfan mengusik.
"Kalau akak tak nak dia,
Aida sanggup jadi pengganti." sengih Aida.
"Kenapa akak break dengan
abang tu?" Alfan ingin tahu.
"Kenapa eh akak?"
Aida alih pandangan. Dia memandang Dyla yang nyata resah.
"Bukan jodoh." jawab
Dyla ringkas.
"Mesti ada sebab
lain." Alfan cuba mengorek rahsia.
"Benda dah lepas, tak
payah diungkitlah. Awak juga yang sakit hati nanti."
"Laa.. Saya yang nak
tahu. Kalau sakit hati pun, padan muka sayalah. Tapi sekarang saya nak
tahu." desak Alfan. Aida turut sama menanti jawapan.
"Laa. Benda lamalah.
Malas la nak cakap."
"Kenapa? Awak tinggalkan
dia ke?" cucuk Alfan.
Dyla ketap gigi.
"Entah." jawapan 50-50.
"Entah pula akak ni. Akak
yang minta break, takkan akak tak tahu reason dia apa." Aida mencelah.
"Kau orang berdua ni,
bagus jadi adik beradik kandunglah. Sepakat betul."
"Orang tanya lain, dia
jawab lain." Aida mencebik.
"Abang, kejap lagi
berhenti kat 7Eleven. Nak beli barang sikit." Dyla ubah topik.
"Ha! Orang nak
ikut." Aida guna intonasi nyaring.
"Kau jangan nak mengada
beli coklat. Kejap lagi ada aje yang hyper terlebih." satu yang Dyla
gerunkan pasal si Aida ni. Boleh jadi hyper bila terkena kafein dan gula.
Selalunya coklat dengan kopi la. Boleh terkekek-kekek gelak seorang diri
tengah-tengah malam walaupun tengah tidur dibuatnya.
"Sibuk aje. Aku nak beli
komiklah." Aida bersandar. Alfan masih belum dapat jawapan yang dia
inginkan.
"ABANG, esok kita pergi memancing nak?"
cadang Aida. Ira yang duduk menongkat dagu di pahanya Dyla turut sama sibuk
mendengar perbualan orang tua-tua.
"Boleh juga. Dah lama tak
asah skill ni."
"Abang duduk sini berapa
lama?"
"Tiga hari dua malam aje.
Abang kena kerjalah."
"Kau?" Aida menukar
pandang pada Dyla pula.
"Entah. Tengoklah abang
Alfan nak kasi berapa lama." jawab Dyla.
"Nak duduk sebulan pun,
abang tak kisah la. Abang faham awak nak ada masa dengan family." Alfan
berlagak macam malaikat.
'Ah! Lepastu kau nak aku
ulang-alik hantar kau semata, kemudian balik Johor balik? Kau ingat aku robot
apa nak ulang-alik dua tiga kali. Pancitlah aku.'
"Akak ikut abang Alfan
baliklah kot. Takkan nak biar abang Alfan kat rumah seorang diri? Nanti makan
minum semua, siapa nak jaga?" Dyla turut sama berlakon. Dalam hati, Alfan
mencebik. 'Bajet.'
"Tak bestlah kau balik
kejap aje. Itulah kau! Gatal sangat nak kahwin awal-awal." serbu Aida.
"Ahh. Kau dengki tak
dapat kahwin awal, kan?" Dyla bela diri.
"Ibu! Aida nak kahwin
juga!" jerit Aida. Dyla ketawa.
"Kau masak pun tak lepas
lagi." usik Dyla.
"Aku jaguh dah sekarang,
okay!"
"Rendang dah boleh
masak?" tanya Dyla.
"Er.." terus Aida
tergagap-gagap. Menambahkan tawa Dyla.
"Tengok tu. Rendang pun
tak lepas lagi."
"Bukan suami aku nak
makan rendang hari-hari pun. Setahun sekali aje."
"Kau uruskan dulu diri
kau tu betul-betul. Jangan asyik nak minta duit dengan ibu aje. Kewangan pun
tak reti nak handle, inikan pula nak kahwin. Kau nak makan apa nanti?
Kayu?"
"Itulah orang zaman
sekarang. Akak, kau pernah dengar tak? Kalau ikut adat, nak kahwin, kena kaya.
Tapi kalau ikut Islam, nak kaya kena kahwin tau." Aida sengih. Terasa
kemenangan.
"Itu kalau diri orang tu
dah bersedia. Dibuatnya semua macam kau? Kerja rumah tak reti nak buat. Bangun
pun tengah hari buta. Kucing tak makan sehari pun kau biar aje. Ini pula kau
nak ada suami, ada anak? Silap hari bulan, kebulur suami dengan anak kau."
ceramah Dyla.
"Itu semua boleh belajar
lah, kak."
"Tunjuk dulu kat ibu yang
kau dah berubah. Kau boleh buat semua tanggungjawab yang seorang isteri
sepatutnya boleh buat. Baru fikir nak kahwin."
"Yang penting juga,
jangan ada nama orang lain dalam hati tu selain suami Aida seorang."
tambah Alfan. Dyla telan air liur. 'Perli aku ke apa?'
"Hanya Fikri seorang yang
bertakhta di hati. Cewahh!" Aida senyum sendiri teringatkan Fikri yang
jauh di mata.
DYLA tarik selimut merapati dada. Alfan sudah
tidur membelakanginya. Tidak mahu memandang mukanya barangkali.
Dyla turut sama membelakangi
Alfan. Telefon bimbit kemudiannya berbunyi mengejutkan mata Dyla yang baru sahaja
ingin terlelap.
Alfan : Tidur dah?
Dyla tak jadi nak tidur. Dia
menukar mode kepada silent. Tidak mahu bunyi Whatsapp mengganggu tidur
suaminya.
Dyla : Kenapa?
Alfan : Saje. Bosan.
Alfan : Saje. Bosan.
Dyla : Eh? Bosan? Girlfriend mana?
Alfan : Entah. Tidur kot.
Dyla : Haha.. Ada kat mana ni?
Alfan : Rumahlah..
Dyla : Tidurlah. Dah pukul berapa ni..
Alfan : Dyla.. Are you sure, you're happy now?
Dyla : Kenapa tiba-tiba tanya macam ni?
Alfan : Entah lah .. Rasanya macam awak tak okay je.
Dyla : Kenapalah care sangat pasal orang ni? I'm okay la. I've my
husband.
Alfan : Husband yang don't even love you?
Dyla : Kita tak tahu hati dia..
Alfan : Awak nak tunggu dia ke? Nak tunggu dia jatuh cinta dengan
awak? Sampai bila, Dyla? Bila yang dia akan jatuh hati dengan awak?
Dyla : Kenapa ni? I'm fine. I'm okay. Bertahun orang boleh
pretend dengan Shah, it's not possible for me untuk ulang benda yang sama
dengan my husband.
Alfan : Tak sakit ke hati tu?
Dyla : Sakit? Hati awak sakit tak bila orang tinggalkan awak? Sakit tak bila awak tahu yang orang stick dengan awak hanya sebab suka-suka?
Dyla : Sakit? Hati awak sakit tak bila orang tinggalkan awak? Sakit tak bila awak tahu yang orang stick dengan awak hanya sebab suka-suka?
Alfan : Hm..
Dyla : Awak tak gembira ke? Cz orang akan rasa apa yang awak
rasa. Tak gembira ke? At least orang akan faham sekarang, apa yang awak pernah
rasa beberapa tahun lepas.
Alfan : You're speaking about dendam?
Dyla : Yes. Ini waktunya awak ketawakan orang. This's your
revenge.
Alfan : Dyla..
Dyla : Painful as it suppose to be. Supaya orang belajar, untuk
menghargai orang lain..
Alfan : Awak betul-betulkan sayangkan husband awak?
Dyla : More than myself.
Alfan : Kenapa? Bukan ke awak kata dia selalu sakitkan hati awak.
Dyla : Love can be learn. Tapi kadang-kadang kita sendiri tak
faham macam mana cinta tu boleh datang. Dia datang sendiri tanpa kita ada masa
untuk belajar tentangnya.
Alfan : Are you planning to let him go?
Dyla : Not even once.
Alfan : Macam mana kalau dia sendiri yang tinggalkan awak?
Dyla terkedu.
Dyla : Well.. Then.. I'm no longer his wife. :)
Alfan : Dyla.. Jawab elok-elok.
Dyla : Apa? Betullah..
Alfan : Apa awak akan buat kalau dia tinggalkan awak?
Dyla tutup aplikasi Whatsapp.
Telefon dirapatkan ke dada. Tidak mahu memikirkan kebarangkalian itu. Dia
sayang, tapi dia tak boleh mengungkapkan.
Air hidung yang meleleh
disedut hingga berbunyi.
"Selsema ke?" suara
Alfan kedengaran. Dyla terkejut.
"Takdelah."
Cepat-cepat air mata dikesat dengan selimut.
"Jangan tidur
membelakangi suami." Kata Alfan. Tapi Dyla tidak boleh pusing. Dia tidak
mahu Alfan lihat keadaan sembab dia sekarang.
"Pusing sini." arah
Alfan.
"Untuk malam ni aje..
Saya nak tidur dengan keselesaan saya." suara Dyla perlahan. Hanya
seketika, Alfan terus menarik bahu kanan Dyla hingga memaksa gadis itu untuk
berpaling ke arahnya.
Lampu tidur membantu Alfan
untuk melihat muka Dyla dalam samar malam.
"Kenapa menangis?"
tanya Alfan.
"Takde apa." Mata
Dyla dipejam.
"Buka mata tu."
keras suara Alfan.
"Saya mengantuk."
Dyla cuba untuk tidur.
"Buka mata." suara
Alfan semakin keras.
Perlahan-lahan matanya dibuka.
Merah dan berair.
"Kalau nak menangis,
jangan sembunyikan dari aku. Aku nak tengok." perlahan suara Alfan. Dyla
terkebil-kebil.
"Sebab air mata kau buat
aku rasa puas." tambah Alfan. Setitik menitis. Perit.
"Good girl." Alfan
senyum melihat air mata itu mengalir.
Dyla tidak dapat tahan sakit
hati hingga air matanya tidak berhenti mengalir dan menjadi tatapan Alfan malam
itu. Walaupun tiada sedu, tiada suara sedikitpun yang keluar dari mulut Dyla,
air matanya tetap berjalan. Alfan langsung tidak beriak. Dia hanya memerhati.
Hinggalah Dyla tertidur dengan baki air mata yang meleleh membasahi bantal.
"Sakit?" suara Alfan
lembut bila mata Dyla terpejam.
Geram pulak kita dengan Alfan ni. Dah suka tu cakaplah. Udah-udah le tu dendamnye. Hihihihihi.
ReplyDeleteKesian Dyla. Alfan ni.... geramlah!
ReplyDeletebab 20 plss..
ReplyDeletesampai bila la Alfan nak balas dendam ni?
ReplyDeletesian Dyla ..
alfan, bila nk ada happy life lau asyik bedendam je..? kesian dyla... huhuu
ReplyDeletekak.. up la n3 baru....
Alfan... Jgn seksa perasaan Dyla tu....cian dia. Aaaaa....... Nk n3 baru, nk n3 baru, plissss.... plisssss @_@
ReplyDeleteNak entry baru please!!!!
ReplyDelete