Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, May 25, 2014

A day at Bangi - Day 2

Assalamualaikum .

  

So this day two is like 13-14 hrs spent well. Bangun pagi pagi, mandi, solat subuh and tido balik. grr. letih wehh semalam keluar. so bangun balik around 8 and siap! :D 

Where to go? where to go? Dengan tak breakfastnya, terus turun KL. bajet-bajet nak makan kat KL la? naaa. Berkat Papago. *Sila install dalam phone anda, gadis gadis sekalian supaya tidak sesat dan mudah berjalan sini sana* kakaka. joke. gerak gi Taman Burung. i wonder when is the last time jejak kaki kat taman burung ni. sekolah rendah lagi rasanya time tu. So macam excited gila anep bawak gi taman burung. im not a bird lover pun. tapi tapi tapi!! kalau aku ada kawasan rumah yang gila gedabak besar macam mansion, aku nak ada taman burung belakang rumah. kekeke. mata aku mudah suka benda comel2 and warna warni! *kelip2 mata.*

 
I'm the tourist, tapi sometimes, dalam camera tourist pun nak ada jugak si tourist guide. kan?
*btw, anep kau nampak gemuk kbai.
 
*merak, why you lari? why you lari?!*

 
*so disebabkan kau lari, aku nak kejarrrr. lalalala* 


 
Waktu mula-mula masuk pun dah excited semacam bila tengok burung. burung je pun =..=" tapi dia colourful lah gilaaaaa! aku bukan takut dengan burung. just takut paruh dia je. sebab penah kena patuk dengan ayam =..=' bluergh. scary. 


Explore more in the inside. Jalan jalan jalan. Yela, kau keluar pulak dengan someone kan. So macam apa kau nak buat rasa terbatas. Eh? Ke tak? Tettt. Am i not normal or terlalu selesa? Taktahulah if he did notice macam mana bila aku excited. Kakaka.




Ain! Jangan dekat ain! Kejap lagi dia patuk kau baru kau tahu. 

Ain, aku cakap jangan dekat. Eiii! 

Ain!!!

Aahaha. Aku takut. Tapi aku nak dekat. Aku nak pegang, tapi aku was-was. Aku rasa nak peluk, tapi aku geliiiiii. Ahahaha. Anep kata jangan dekat, lagi nak dekat. Grr. 

Pusing-pusing. Awan dah mendung. Dah setengah dah ni. Anep ajak balik. Takut hujan. Payung pun tak bawak. Ada je payung dalam kereta. Tapi orang tu kata, "ei, payung stoberi. Kau bawak nanti." memang tak la aku nak angkut. kau taknak, aku pun malas. Kakakaka. Imma small slim lazy lady. Tak tau ke?

Aku excited satu tempat ni. 


Hoh. Aku suka gilaaa burung ni. Grr. Comel gilaaa and her attitude! *Pengsan* kenapa her? Sebab dia pink. And bila dia lenggok kepala macam nak menggoda so aku assume dia ni perempuan. Eh no. Betina. Burung panggil betina eh? Ahh whatever. Aku suka dia aku suka dia aku suka diaaaa! *mata bentuk love*

Tapi sebab aku yang degil nak explore lagi, kitorang pun masuk ke dalam lagi. Kekeke. Tanpa rasa takut nak hujan. Bluergh. 


 

Then kitorang pergi tempat hatching. Hatching eh anep? Blablabla. Aku taktau ni anak ayam or anak burung. Anak ayam dengan anak burung sama ke waktu kecik? Tah tah. I dont knowww. Yang aku tau, dia spesis burung, and dia anak. Kakakaka. Aku dapat tengok anak bird ni nak menetas. Keluar dari tengkorak dia. Eh jap. Tengkorak mungg. =.=" kulit? Shell? Blergh. Why this night im so blur. Aaahh. Pape je la. Yang penting benda tu. Tu! Tu! Kulit dia tu. Grr.


*Aww babyy, menetas elok elok tau. Nanti dah besar, selamat datang ke KFC. #evil laugh. Weh. Bukan aku yang cakap. Anep. -.-' aku tak makan KFC. Tralalalalla~ k tipu.


Anep kata kalau aku duduk atas telur ni pun, dia takkan pecah. Satu je aku nak cakap. Aku ringan bak kapas. Omaigadddd ain you sooo slim soo ringan soooo tinggi. Bahahahahaha. Abaikan =..=

Sambung jalan blablabla. Pergi kat tempat helang. Banyak gilaaa orang. And ada budak2 tadika sama. Tiba tiba.. Tiba tibaaaa. Bluerghh. Hujannnnnnn. Bukan menitik dah ni. Lebat terus. Aku dah boleh mandi skali lagi. 

Terpaksalah lari menyorok bawah pondok. Yeah. It just you and me. Under the rain. Someeeeeee whereeeee overrrr the rainbowwwwww, wayy up highhh~ kakakakak. Tapi rainbow tak keluar-keluar, yang ada hanyalah rain. Again, you, me, and rain. Pastu perut bunyi kocak kocak. Metal rock kapak. Pastu cakap kat anep, kau lapar? Pergi lari kat tempat burung depan tu. Ada betik cacak kat kayu tu! Gi amek, kita makan sama2 dengan burung. Kakakak . Tak lawak ain, tak lawak. Kakakakaka. Jangan gelak la gila.

Entah berapa belas minit kat pondok tu, menunggu hujan nak berhenti. Tapi tak berhenti-henti. Malahan, (Ayat novel) lagi lebat ada laaa. Grrr. 

And when it rains
Will you always find an escape? - no escape. Kitorang bwh pondok yg tkde tunnel nak tembus ke tempat parking kereta...
Just running away - we're going to but pk dua kali sebab takut basah.
From all of the ones who love you -No im not running away from anyone who loveee meeeeeee. Aku just nak lari dari hujannn niiii masuk dalam kereta dalam keadaan keringgg bukan basaahhh ohhh lalaaaaa. Ahahah.

From everything - Paramore (when it rains)


Seems like there's only you and me and the bird. What wait. Ada orang baru rupanya. The bird! Ahahahahaha. Mungkin dah over wet so dia pun nak berteduh. Or maybe, pondok tu memang tempat dia nak berteduh, so dia kasi slanted eyes kengkonon suh ktorang blah kot. Tapi ktorang tak faham bahasa burung, so kitorang buat bodoh tunggu hujan berhenti. Tapi tak benti2 jugak and ktorang amek brave move which is to redah dalam keadaan hujan. Bajet macam boleh aaaa. Sekali amek kauu. Basah. So stop to another pondok. Ahahaha.

Duduk tak sampai brapa minit, amek brave move again untuk balik. Hahaha. Okay kali ni betul-betul mandi. Lencun memang lencun sampai bila pulas baju, boleh menitis air. Kakakaka. Masuk kereta, kengkonon nak keringkan badan aaa. Bluergh. Kering la jugak. Tapi half je. Then bukak a/c, memasing beku. Padan muka. 

So wondering nak balik bangi or proceed dengan second plan. Planetarium! Oyeh. Proceed to Planetarium dengan basah-basah. Cool kan? Haah. Cool sampai menggigil. -.-' to be continued ... 

A day spent well . Walaupun lencun habis. Ahahaha. 





ktorang dari bawah perati je bangau ni. agak-agak kalau aku tarik kaki dia, dia jatuh tersungkur tak? kekekeke.

 
aku suka yang ni yang ni yang niii. sebab nampak comel dan kelakar. 
badan dia bulat gilaaaaa tapi kepala dia comel je. kekeke

okay. end jap. -.- jakgi sambung entry baru. 






 
annoying. sumpah annoying kau ni.
ahahaha. 







No comments:

Post a Comment