Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, May 8, 2014

Dendam Cinta 17

"Cepatlah sikit!" Alfan sudah menunggu di luar pintu rumah. Dyla sambil menuruni anak tangga sempat mengepin tudung. Sampai di rak kasut, dia mencari-cari mana satu kasut yang perlu dipakainya. Alfan mengeluh. Terus dia menarik keluar sepasang kasut dan mencampakkannya ke atas lantai.
"Pakai aje yang ni. Tak payah nak ambil masa nak pilih kasut lama-lama. Bukannya orang tengok kasut kau aje." arah Alfan.
Dyla mencebik dalam hati. Dia terpaksa pakai apa yang ada depan mata.
"Yang kita ni nak rush sangat, kenapa?"
"Boleh tak kalau aku kata siap pukul 9pm tu, waktu tu kau memang dah siap? Be punctual lah. Macam mana kau nak kerja dengan orang ni?"
'Mula dah siren dia.'
Dyla garu kepala yang terasa gatal. 'Kelumumur dibuatnya rambut aku dengar dia ni membebel!'

KERETA Mini Cooper milik Alfan diparking di tepi jalan. Pintu pagar milik Encik Anuar terbuka luas. Bukan main ramai lagi orang di rumahnya.
"Bukan kita dua aje ke yang datang?" Dyla melepaskan tali pinggang keledar. Dia menoleh ke sebelah.
"Uncle buat open house sekali kot." teka Alfan. Dyla boleh rasa jantungnya berdegup kencang.
"Takut." tiba-tiba perkataan itu terkeluar dari mulut Dyla.
"Takut apanya?" Alfan berkerut dahi.
"Entah. Tiba-tiba rasa takut."
"Bukannya tak pernah jumpa dia orang. Waktu kenduri kahwin tu, semua ada."
"Entahlah-entahlah! Tak tahu-tak tahu." Dyla letak tangan di dada. Mendengar degupan jantung yang bukan main laju lagi. Boleh cecah kelajuan 300 km/h kot. Ni kalau bawa Viva on the road, 300 km/h boleh bogel kereta dibuatnya. Tinggal enjin aje. Kot lah kan.
"Jangan nak mengada. Dah, turun!" Alfan tolak daun pintu. Dyla terpaksa akur. Takkan nak balik pula, kan?
Alfan sua tangan. Dyla terpinga-pinga. Dia pandang atas bawah melihat Alfan.
"Kenapa?" tanya Dyla.
"Peganglah. Takkan nak jalan jauh-jauh kot. Nama pun pengantin baru, tapi baru berapa bulan dah jalan renggang. At least put some drama lah."
"Nak suruh saya menipu la ni?" Dyla bawa tangan ke belakang.
Aflan ketap gigi. Lengan Dyla ditarik. Genggaman tangan mereka bertaut. Antara tak rela, Dyla akur lagi.
Kaki mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum." Tangan kanan Alfan sempat mencuit pinggang Encik Anuar yang sibuk memegang pinggan menunggu giliran untuk kambing panggang mendarat dalam pinggannya.
"O'cot!" melatah. Dyla tekup mulut dengan tangan kiri. Menahan tawa. 'Melatah juga lecturer aku ni. Muka ganas, tapi melatah.'
"Kau ni Alfan! Tak buat orang terkejut tak sah!" senyuman di bibir Encik Anuar terbentuk. Anak sedara kesayangan dah sampai lah katakan.
"Tuan rumah pun nak kena beratur kutip daging ke?" perli Alfan.
"Kenalah fair. Kau orang ni baru sampai ke?"
"Takdelah uncle, dah sejam dah kita orang sampai." jawab Alfan.
"Hah? Kenapa uncle tak nampak kau orang pun."
'Lurus bendul.' fikir Dyla dalam hati. Cuba tahan gelak lagi.
Alfan sengih. "Kita orang baru sampailah. Uncle ni.."
"Kau kenakan uncle lagi, Alfan!" satu tamparan mengena bahu Alfan. Si suami cuma gelak.
"Eh Dyla, dah prepare untuk final? Minggu depan dah start study week kan?" tanya Encik Anuar.
"Ha? Dah.." Dyla masih tak selesa dengan keluarga Alfan. Dia masih memandang Encik Anuar sebagai pensyarah. Bukan pakcik.
"Uncle, dia orang ni bukan study smart tau. Tapi study hard. Kerja nak menghafal bulat-bulat semua perkataan. Memang tak lah." adu Alfan. Dyla menguatkan genggaman. Alfan muka selamba. Bukannya sakit pun. Dyla cuba picit tangan lelaki itu sampai sakit, tapi bila Alfan membalasnya, dia hampir terjerit menyeringai sakit.
Alfan sengih.
"Kebanyakan memang student study macam tu. Lagi-lagi bila dah last minute. Mana ada reti nak belajar awal-awal. Lepastu nak fail, fail ramai-ramai."
"Dengar tu." Alfan mengerling Dyla. Dyla memuncung.
"Dah. Lupakan study untuk malam ni. Pergi makan dulu." kata Encik Anuar.
"Alright. Auntie ada kat dalam?" soal Alfan.
"Ada kat dalam tu. Masuklah. Abang Alif dengan kak Murni pun kat dalam rasanya dengan mak sedara kau yang lain-lain tu."
"Okay.." Alfan senyum. Tangan Dyla ditarik untuk masuk sekali ke dalam rumah.
'Mentang-mentang kau dan kunci tangan aku, suka hati kau aje tarik ke hulu ke hilir.'
"Assalamualaikum." sapa Alfan. Di ruang tamu penuh dengan sanak-saudara.
"Waalaikumussalam." sahut mereka.
"Pengantin baru!" jerit Alif.
"Abang buat apa kat sini? Pergi luar lah. Sini semua orang perempuan aje. Tengok! Abang seorang aje lelaki." kacau Alfan.
"Ek'eleh. Adik masuk sini juga kenapa? Dah tukar jadi perempuan juga?" Alif tidak mahu mengalah.
"Teman Dyla la. Dia yang nak masuk. Jumpa semua."
'Nama aku juga dia jual?'
Dyla menarik tangannya untuk pergi bersalaman dengan mak sedara mereka yang lain. Alfan kerling ke arah Dyla bila merasakan cubaan tarikan tangan yang kuat.
"Nak ke mana?" soal Alfan bodoh.
"Nak salam maklong, makngah semua lah."
"Oh." baru genggaman tangan dilepaskan. Boleh kejang tangan kena genggam kuat macam tadi. Tapi dia perasan, tangan lelaki itu sejuk.
Selesai bersalaman sesama mereka, Alfan diajak Alif untuk melepak dengan pakcik-pakcik mereka di luar.
"Dyla, abang keluar kejap tau." ujar Alfan. Dyla terkedu.
"Duduk kat luar aje pun." Alif mencebik.
Alfan yang sudah di muka pintu kembali mendekati Dyla. Dahi gadis itu dikucup. Air liur terasa tak tertelan.
"So sweet!" Alif mengusik.
"Mengada." Makngah mencubit lembut lengan Alfan. Lelaki itu ketawa.
"Makngah, pengantin baru ni. Kena faham." jawab Alfan.
Seketika kemudian, Alfan berlalu pergi meninggalkan Dyla bersama ahli keluarga yang lain.
"Untungnya Dyla!" ujar Murni.
'Untung? Tak tahu hidup aku macam mana.'
Dyla senyum sahaja.
"Dyla, dah ada berita ke?" tanya maklong tiba-tiba. Dyla terpinga-pinga.
"Berita? Berita apa?" tidak faham.
"Baby la. Dah ada belum?"
Air liur yang ditelan terasa berpasir.
"Belum." Dyla cuba untuk senyum. 'Fake macam mana pun, cuba juga, Dyla!'
"Baru lagi kot." Murni membela Dyla.
"Murni masih tak lekat lagi ke?" mak andak pula bertanya. Murni senyum.
"Belum ada rezeki." jawab gadis itu. Dyla memandang kakak iparnya. 'Disebabkan back up aku, kak Murni pula yang kena.'
"Mak andak sampai sini bila?" Dyla ubah topik.
"Semalam lagi. Tidur rumah dia orang ni lah." cerita Mak Andak.
"Sorry. Auntie dapat phone call tadi dari Ahmad. Minggu depan baru dia balik rumah katanya." cerita Auntie Mar. Isteri Encik Anuar. Pangkat yang paling bongsu. Sepatutnya kena panggil maksu dan paksu, tapi mereka lebih suka digelar auntie, uncle. 'Yang aku ni, dok Encik Anuar, Encik Anuar lagi.'
"Ahmad belum cuti lagi eh?" Dyla cuba beramah.
"Belum. Dia dok bising nak balik rumah. Tapi pergi minta belajar jauh-jauh. Padan muka dia lah." ketawa auntie Mar.
"Ahmad sebaya Dyla ke Mar?" tanya Mak Long.
"Dyla 24 eh?"
"Tak. 23."
"Ha. Ahmad tua setahun dari Dyla."
"Nak pergi toilet kejaplah. Dyla, tolong pegang Amira kejap." Bayi kecil yang tadi didukung Mak Ngah kini disua ke Dyla. Dyla dukung tanpa banyak soal.
"Comelnya dia..." Dyla bersuara. Murni di sebelah hanya senyum.
"Dah lama ke Dyla kenal Alfan?"
"Hm? Baru aje."
"Baru? Hm.. Alfan kata Dyla first love dia."
'First love? Kalau first love, takdenya dia nak seksa Dyla macam ni kak.'
"Yeke? Tak tahu pula." Dyla sengih.
"Dyla mesti pelik tengok akak dengan abang Alif takde anak lagi, kan?"
"Ha? Hm.. Rezeki kak.. Kita bukan nak tahu bila. Kerja Allah kalau nak kasi pun."
"Dulu akak sanggup makan pil perancang, sebab tak nak mengandung awal. Tapi bila dah bersedia, tak ada juga." Murni mengeluh.
"Dyla jangan jadi macam akak. Kalau dah sedia nak kahwin tu, kena sedia ada anak juga."
"Er.. Ye kak." Dyla tak tahu nak cakap apa.
"Dyla merancang ke?"
"Ha? Taklah. Belum ada rezeki kot kak."
"Hm.. Eloklah."
Entah bila masa pula Alfan berada di belakang Dyla, dia tak perasan. Terus tubuh kecil itu dipeluk dari belakang. Sengih Alfan sampai ke telinga.
"Bajet pengantin baru sangatlah tu?" sindir Alif.
"Dengki pula abang ni. Dah ada bini pun nak dengki lagi." jeling Alfan. Jantung Dyla kuat berdegup. Tangan Alfan yang berada di atas dada Dyla dapat merasa degupan jantung itu. Dia tahan tawa.
"Amiraaaa." Alfan lepas pelukan. Amira yang di dalam dukungan dicubit lembut pipinya.
"Cepat-cepatlah kau orang ada anak." Alif duduk di sebelah Murni.
"Sentuh sikit pun jantung dah macam nak terkeluar." sindir Alfan. Muka Dyla merah. Alif baling bantal segi empat kecil yang berada di atas sofa tepat mengena belakang badan Alfan.
"Apa?! Betullah!" Alfan bela diri.
"Bila kita nak ada anak eh, Dyla?" soal Alfan. Anak mata lelaki itu tepat merenung anak mata Dyla. Dyla terasa tercekik.

DYLA terus ke bilik. Badannya terasa letih. Padahal perjalanan taklah jauh mana. Open house pun, bukan dia yang buat kerja. Tapi rasa letih itu ada.
Jam 2 pagi baru Alfan ajak balik. Itu pun bila dia tengok mata Dyla sudah redup hampir tertidur. Bila dah ramai-ramai, tidur pun tak dipedulikan mereka ni.
Dyla masuk ke bilik air untuk mandi. Usai mandi, dia terus mengambil buku-bukunya dan di bawa ke bawah. Kena mula belajar.
"Nak study ke?"
"Aah." Dyla terus menyambung langkah menuruni anak tangga. Manakala Alfan baru nak naik ke bilik. Entah apa yang dia buat kat bawah dari tadi, Dyla pun tak tahu.
Setengah jam kemudian, kelibat Alfan kelihatan. Dyla sempat angkat kepala sebentar sebelum menyambung bacaan.
"Tak letih ke?" tanya Alfan yang mengambil tempat di sofa. Alat kawalan jauh dicapai.
"Belum."
Alfan diam sebentar dek mata fokus pada kaca skrin televisyen. Dyla usaha menghafal itu ini hingga dahinya berkerut-kerut menahan kuap. Alfan yang sedang baring terus bangun dan menutup buku Dyla secara kasar. Terkejut dibuatnya.
"Masuk bilik. Pergi tidur."
"Saya tak mengantuk lagi."
"Tak mengantuk apa? Asyik dok menguap aje. Dari tadi dok baca page yang sama."
 'Dia nampak?'
"Pergi masuk bilik, tidur." arah Alfan. Dyla malas nak bertekak. Dia tinggalkan buku-bukunya di bawah dan naik ke atas.
Komputer riba dihidupkan. Folder K-drama ditekan dua kali. Marry Him If You Dare menjadi pilihan untuk ditonton. Episod lima.
Beberapa minit kemudiannya, pintu bilik terkuak. Tersembul muka Alfan di pintu.
"Kenapa tak tidur lagi?" soal lelaki itu.
"Tengok cerita korea kejap."
"Boleh tak kalau aku kata tidur, kau tidur aje. Tak payah belajar, tak payah tengok
cerita korea, tak payah rajin sangat nak cari gaduh dengan aku pagi-pagi buta ni." keras suara Alfan.
Dyla mengeluh. Apa nak buat pun payah!
Dyla terus menarik skrin komputer riba rapat dengan papan kekunci tanpa shut down. Komputer riba diletakkan ke lantai.
Selimut ditarik hingga ke dada. Dyla melelapkan matanya. Alfan mengambil tempat di kanan katil.
Malu dari tadi masih tak hilang. Memang sengaja dia tidak mahu tidur lagi kerana tidak mahu dekat dengan Alfan. Itu yang dia sanggup turun semula untuk belajar. Nak tengok cerita korea pun sebab tidak mahu fikir tentang kucupan di dahi dan pelukan yang Alfan bagi tadi.
"Tak silap aku, kalau tidur membelakangi suami, dosa." Alfan berkata dalam keadaan baring menghadap syiling. Terus Dyla pusing, turut sama menghadap syiling biarpun matanya terpejam. Alfan tersengih.
"Good night Dyla." ujar Alfan. Mata dipejam kemudiannya. Mata Dyla pula terbuka. Dia menoleh ke sebelah. Terkejut dengan ucapan itu.

'Good night.' bisik Dyla dalam hati sebelum menyambung tidur.

4 comments:

  1. heheh..cinta dah berputik cuma x perasan je lagi....heheh

    ReplyDelete
  2. Yuhuuuu..... Dyla... Klau da cik jantung brdegup laju.... Pe lg.... Heh heh heh... Alfannn.... Hang jgn la jual mahal sgt..... Tau la hati terluka.... tp sudah sudah la tu.

    ReplyDelete