Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, May 2, 2014

Dendam Cinta 16

Berapa banyak kedut kat dahi pun, belum boleh membantu Dyla untuk menyelesaikan masalahnya. Berkali-kali dia kira, masih juga tak dapat jawapan. 'Investment! Kenapa payah sangat nak dapat jawapan ni? Dah macam-macam cara aku guna. Dah lebih empat kali aku buat, tapi tetap dapat jawapan sama which is not the answer! Think, Dyla! Think!'
Beberapa kali kepala Dyla diketuk dengan pensil. Kalkulator dari tadi ditekan-tekan.
"Kenapa tak hentak aje kepala tu kat dinding?" tanpa salam, Alfan masuk ke bilik. Dia merebahkan badan ke atas tilam dengan tangan memegang beberapa kepilan kertas.
Kertas-kertas itu dibaca. Adakalanya dahi dia berkerut.
"Awak tahu apa? Awak bukan kat tempat saya."
"I've been the university student for almost 7 years. Aku dah rasa semua tu lebih lama dari kau."
Dyla toleh ke belakang.
"Tapi soalan ni terlalu susah! Saya dah cuba lebih empat kali, tapi masih dapat jawapan yang sama. Tak sama dengan jawapan yang lecturer bagi."
Alfan bangun dari katil dan menghampiri Dyla. Pensil dari tangan Dyla diambil. Dari belakang tubuh Dyla, Alfan menunduk dan cuba menyelesaikan soalan Dyla. Gadis itu telan air liur. Dikerling ke kanan. Batang leher lelaki itu betul-betul di tepinya. Debarnya lain macam. Mungkin sebab dia tidak pernah serapat ini dengan lelaki.
Memanglah mereka tidur sekatil. Tapi antara mereka ada bantal dakap yang memisahkan. Dekat itu, tak adalah macam sekarang ini. Ini terlalu dekat! Sampai hembusan nafas pun boleh sampai ke leher lelaki itu.
"Boleh tak berhenti pandang aku. Haba hembusan nafas kau tu kena leher aku." Alfan tenang.
Cepat-cepat Dyla pandang kertas soalan semula. Berpura-pura fokus.
"Hmm. Kau dapat berapa sebelum ni?" Alfan pisat mata.
"45,000."
"Funny. Aku pun dapat 45,000. Jawapan lecturer kau?"
"35,000."
"Are you sure?"
"Ya."
"Hmm. Bagi aku jalan kira lecturer kau." Alfan tiup serbuk pemadam yang bersepah di atas kertas.
"Jalan kira? Jalan kira apa?" Dyla kosong. 'Jalan kira apa yang dia cakap ni?'
"Don't tell me yang lecturer kau bagi jawapan aje without any jalan kira and minta kau orang solve the problem dengan pastikan jawapan kau orang match dengan dia punya." Mata Alfan hanya beberapa inci dari mata Dyla.
"Dia kasi jawapan aje." tergagap-gagap dia jawab.
Alfan mengeluh. Dia tegakkan semula badannya.
"Kau ni kalau dah jadi pelajar universiti pun, jangan la percaya seratus peratus dengan lecturer kau. Tak semestinya semua jawapan yang dia bagi tu betul. Kadang-kadang dia buat silap juga. Berapa banyak student yang kerja telan bulat-bulat aje apa yang lecturer bagi ni?" Alfan kembali ke katil.
Dyla sangkut tangan di tempat penyandar kerusi.
"Tapi dia kata dia dah kira." Dyla bela diri.
"And you actually buy that?" gelak. Secara sinis.
"Kau dah dapat jawapan tu dengan lebih empat kali kau cuba. Formula betul. Mungkin betul silap kau, tapi ada juga probability that your lecturer might be giving the wrong answer. Silap tulis, atau silap kira, atau silap soalan. Kita mana nak tahu. Nak pastikan, esok kau pergi kelas, kau tanyalah. Habis cerita. Nanti kau final pun, bukannya ada jawapan kat kertas tu. Jangan bazirkan masa untuk satu soalanlah." panjang pula bebelan Alfan.
'Betul juga. Dah lebih sejam aku habiskan masa dekat satu soalan ni.'
"Kalau dah letih, terus tidur." dingin suaranya, tapi ada kemesraan di situ.
"Awak nak tidur, awak tidurlah dulu."
Alfan bangun dari katil dan mencapai kerusi di meja solek. Kerusi itu ditarik ke meja belajar, bersebelahan dengan Dyla. Memang sengaja dia letak meja belajar di dalam bilik mereka sebab dia tahu Dyla perlukannya. Dia tak mahu Dyla duduk di bilik lain untuk belajar. Biarlah hanya ada depan mata dia. Muktamad.
Dyla jeling sisi.
"Aku ada kerja aku, kau ada kerja kau. Buat kerja masing-masing aje. Jangan banyak bunyi." Alfan mula meneliti kertas-kertasnya. Sempat Dyla curi lihat.
"Macam mana awak tahu cara nak kira tadi?"
"Aku pun ambil bisnes."
Soalan yang bermain di dalam benak kepala Dyla akhirnya terjawab. Patutlah boleh kerja dekat syarikat ayah dia.
Sambil belajar, Dyla sempat bertanya soalan-soalan yang masih tak terungkai di dalam kepala walaupun sudah beberapa hari mereka berkahwin.
"Awak buat shipping ke?"
"Tak. Aku jaga hotel. Abang yang jaga shipping."
"Kiranya banyak juga cabang yang ayah awak buat?"
"Hmm."
"Boleh ke awak berdua dengan abang aje, tapi handle satu company besar?"
"Kenapa tanya soalan macam bukan budak bisnes? Mestilah ada partnership, shareholders semua." Dyla gigit lidah.
Dia kembali menjawab soalan. Kalkulator ditekan. Alfan kadang-kadang memicit leher yang terasa sengal.
"Awak tengok cerita korea?" Dyla jadi kekok bila keadaan sunyi tapi masing-masing asyik dengan kerja. Dia tak boleh berada dalam situasi seperti itu.
"Again. Soalan bodoh. Kau join aku tengok Runningman, kau tahu aku tengok k-drama waktu dekat hotel haritu, lagi nak tanya?"
'Dyla, tolonglah jangan malukan muka kau yang dah tebal seinci ni.'
Kali ni, dia diam. Tidak mahu berkata sepatah pun. Mesti fokus buat kerja!

ENTAH berapa kali menguap, Dyla masih gagah di meja belajar. Alfan sudah lama lena di katil. Dia memisat matanya yang terasa pedih. Lampu belajar sahaja yang menemani dirinya berlaga pen dengan kertas.
"Dah pukul tiga setengah ni. Tak nak tidur lagi ke?"
Jantung Dyla hampir gugur. Terkejut tengah-tengah malam tiba-tiba ada suara yang menegur. Rupanya Alfan yang terjaga dari tidur.
"Kejap lagi saya tidur."
"Aku tak boleh lena dengan lampu belajar tu masih terpasanglah. I need a rest. Boleh tak kau tidur?"
Pipi dikembungkan.
"Saya study kat bawah." Buku ditutup, pensil dikepil ke atas kertas. Dyla tolak kerusi dan terus ke pintu bilik. Dalam tengah mengantuk pun, Alfan gagahkan diri untuk bangun dengan segera. Habis katil dipijaknya. Lengan Dyla ditarik.
"Tidur. Mata tu dah macam panda!" buku dan pensil dirampas. Pegangan masih belum lepas. Ditariknya Dyla ke katil. Tubuh lemah gadis itu didudukkan ke atas katil.
"Tidur." katanya lagi. Alfan bergerak ke sebelah katil untuk meletakkan pensil dan buku-buku Dyla ke atas meja.
"Saya belum habis study."
"Bukannya kau nak exam esok. Tak payah nak study menggila sampai tak tidur. Esok kang kalau pengsan, aku juga yang susah. Please lah. Jadi student tu bijak sikit. Kau ingat belajar pulun macam orang gila without even concern about your health tu akan dapat 4 flat lah?" Alfan tutup lampu di meja.
Macam anak kecil dimarahinya. Alfan naik katil. Sempat dia menggosok kepala Dyla beberapa saat.
"Tidur." Memang suara lelaki itu dingin. 'Tapi kenapa dia begitu prihatin lepas sakitkan hati orang? Pelik juga. Cara dia buatkan aku lupa sikit demi sikit apa yang dia pernah cakap. Hmm.'
Nak buat apa lagi? Lampu dah ditutup. Mata pun sebenarnya sudah terlalu letih. Baik tidur.

SEKALI LAGI. Subuh gajah! Cepat-cepat kaki Dyla berlari ke hulu ke hilir untuk bersiap ke kelas. Inilah akibatnya. Bila badan dah terlalu letih, minta rehat.. Kau tak bagi. Lepastu bila dah tidur, terlajak sampai dah nak Subuh gajah.
Alfan pula langsung tak kejut. Lelaki itu dengan dunianya sendiri. Bila dia bangun, bila dia mandi, bila dia bersiap, semua dia buat senyap-senyap.
'Dia tahu aku ada kelas pagi. Dia tahu aku boleh solat! Dia tahu! Tapi kenapa dia tak reti kejut?' sebal. Kalau ikutkan hati, berbakul-bakul rungutan dia nak lontarkan. Tapi dia cuba sabar.
Dyla hanya sempat meneguk air kosong sebelum berlari ke kereta Alfan. Keretanya masih di dalam bengkel.
"Dah lama tunggu?" termengah-mengah Dyla.
"Adalah lebih setengah jam." selamba.
"Sorry. Awak juga yang tak kejut saya bangun Subuh."
"Itu tanggungjawab kau sendiri."
'Ah! Memang aku takkan menang kalau lawan cakap dengan dia ni. Ada aje yang nak dijawabnya!'
"Seatbelt." suara Alfan.
Dyla tarik tali pinggang keledar sebelum kereta meluncur di jalan raya.
Dahi Dyla berkerut-kerut bila kereta tak gerak-gerak.
"Takde jalan lain ke?" resah.
"Takde."
"Aduiii." Dyla mengeluarkan telefon bimbit dari begnya.
"Hello? Ikram, aku lambat sikit. Aku trap dalam jammedlah. Nanti kau tolong cakap dekat Encik Anuar. Tolong eh? Thanks." talian dimatikan.
Giliran Alfan keluarkan telefon bimbit. Entah nombor siapa yang dia dail.
"Hello? Uncle."
Dyla toleh ke sebelah sepantas kilat. Dia membuntang mata.
"Uncle, tadi Alfan lambat bangun, so terlambat nak hantar Dyla pergi kelas. We trapped dalam jammed ni."
Dyla ternganga. 'Aku rasa, aku yang bangun lambat.'
"Oh ye ke? Alright then. Thanks uncle. By the way, weekend ni kita orang nak datang rumah. Uncle free tak?"
Dengar lagi.
"Okay. Nanti jumpa weekend. Assalamualaikum."
Talian dimatikan.
"I saved you once. Ingat, lepas ni jangan tidur lewat-lewat. Uncle kata dia akan lambatkan kelas sikit. For the sake of me. Thanks to me, kau tak lewat ke kelas."
Dyla pandang Alfan tak berkelip.
"Thanks." baru Dyla boleh melepaskan nafas. Lega.

"DYLA!" Shah berlari-lari dari belakang mendapatkan Dyla yang tergesa-gesa ingin pulang. Tercungap-cungap lelaki itu dibuatnya.
"Kenapa?" pelik Dyla tengok si Shah.
"Nak balik dah ke?"
"A'ah. Kelas dah habis. Kenapa?"
"Er.. Dah lama kita tak sembang." sengih Shah. Muka Dyla tidak beriak. 'Kenapa kau suka uji aku? Aku dah kahwin, Shah! Kenapa sekarang baru nak datang?'
"Orang ada masa. Sambil jalan, kita sembanglah." senyum Dyla. 'As kawan, takpe kan?'
"Happy?" soal Shah.
"Hm? Boleh lah."
"Boleh lah?"
"Er.. I mean, okay lah. Memanglah tak sebebas waktu single. Tapi ada kelebihan, ada kekurangannya. Get married and you'll know."
"Tapi kenapa mata ni bengkak semacam?" tegur Shah. Dia juga perasan lingkaran gelap di bawah mata Dyla.
"Ini? Kena tumbuk." selamba aje Dyla.
"Awak kena abuse ke?!" muka Shah sudah mulai risau. Dyla ketawa.
"Takdelah. Gurau aje. Ini sebab tidur lambat. Biasalah, waktu nak final memang mata selalu macam ni."
"Satu sem sekali boleh tengok mata panda ni." ketawa Shah.
Bunyi Whatsapp tiba-tiba mengejutkan Dyla.
"Kejap eh." dia mula memeriksa telefon bimbitnya.
Alfan        : Kelas?
            Dyla    : Dah habis. Nak balik ni.
Alfan        : Suami jemput? *so sweet*
Dyla         : Kereta masuk workshop.. Terpaksalah dia hantar and ambil.
Alfan        : Haaa. I miss you. Hahaha.
Dyla         : =.=" gila. Why so sudden?
Alfan        : Actually I miss you dari lepas you dumped me lagi. Haha.
Dyla         : Stop bringing up the past. =.=' gtg. Bye.
Alfan        : Love cruel.
Dyla         : Apa?
Terus Alfan tak balas.
"Shah, Alfan ambil orang ni. Karang dia fikir bukan-bukan pula. Orang pergi dulu eh." Dyla pamit.
"Okay."
Dengan beg silangnya, Dyla berlari-lari anak mendapatkan kereta Alfan yang sudah berada di depan kampus.
"Lama tunggu?" Dyla katup pintu.
"Sejam."
"Hah?! Lamanya!"
"Aku habis kerja pukul lima. Kau habis kelas pukul enam. Takkan aku nak balik rumah dulu, lepastu pergi kampus ambil kau? Buang masa aku aje. Dengan jammednya lagi."
"Sorry." Dyla pakai tali pinggang keledar.
"Dah makan?"
"Belum."
"Kita pergi makan." putus Alfan.
"Eh. Lauk yang kita beli haritu tak guna lagi. Saya masak."
"Tapi aku malas nak masak."
"Saya masak untuk awak."
Alfan lirih pandangan ke sebelah. "Bukan haritu aku dah cakap ke? Dalam rumah, buat hal kita masing-masing."
"Tapi terpulang kat saya juga kalau saya nak tolong masakkan untuk awak, kan?"
Alfan tidak ada apa yang boleh dia jawab. Separuh dirinya mahu, separuh lagi menentang. Selalu sangat yang negatif akan mengalah kepada positif. Jadinya, Alfan terus menekan padel menuju ke rumah.

SELESAI memasak hidangan utama, Dyla mula dengan sajian sampingan. Susu pekat manis dikeluarkan. Pati perasa peppermint diletakkan di atas bar dapur. Begitu juga dengan pewarna hijau. Dyla muncung bibir. Memikir.
'Mana aku letak chocolate chip?' Dia ke hulu ke hilir mencari paket cip coklat. Pintu peti ais dibuka. 'Jumpa pun! Merata aku cari kau, tak tak?'
Whipping cream turut sama diletakkan di atas bar dapur. 'Apa lagi yang diperlukan?'
Dyla mengeluarkan bekas tupperware dari kabinet. Satu cawan susu pekat manis dicampurkan dengan perasa peppermint dan esen vanila. Kacau. Jam dikerling. 'Sempat tak eh, nak beku before makan malam?' Pewarna hijau dijatuhkan tiga titik.
Dia beralih ke bekas lain. Krim putar yang entah berapa lama terkurung di dalam kotak khas, kini dibebaskan ke dalam mangkuk. Masa untuk pukul sampai kembang. Setelah siap, Dyla mencampurkan adunan susu tadi dengan krim putar.
Cara dia adun begitu lembut supaya krim itu tidak terlebih putar. Kemudian dia masukkan cip coklat. Jelingan mata sempat sahaja ke arah jam dinding. Sudah dikacau elok bagi rata cip coklat itu, terus dia masukkan ke dalam peti ais. Siap. Hanya tunggu tiga jam untuk beku.
Cepat-cepat Dyla naik ke bilik untuk mandi dan selesaikan ibadah yang wajib. Apabila dia buka sahaja pintu bilik, muka Alfan dengan mata kuyu tersembul.
"Awak nak makan lepas Isyak, kan?" tanya Dyla untuk kepastian.
"Nak makan sekarang. Aku lapar." terus Alfan turun. Bulat mata Dyla.
"Tapi wak..!" Dyla ingin menyekat. Kaki Alfan tak sempat nak buka langkah menuruni anak tangga.
"Tadi bukan kau dah masak ke?"
"Dah.. Tapi saya ada buat aiskream. Kena tunggu lewat sikit baru boleh makan. Dia belum beku."
"Kau buat aiskream?" Alfan seakan terkejut. 'Baik pula dia.'
"Aah."
"Aiskream tu makan malam kejap lagilah. Aku dah lapar." Dia menyambung langkah.
"Awak nak terus pergi makan?" terpinga-pinga Dyla.
"Ha lah."
"Tapi saya belum solat, belum mandi lagi.."
"So?" Alfan jungkit kening sebelah.
"Er.. Awak nak makan seorang?"
"Bila pula aku cakap nak makan dengan kau?" soalan pedas. Dyla cebik dalam hati.
"Makanlah. Saya tak hidang lagi. Pandai-pandai ambil nasi sendiri, lauk semua dalam periuk lagi. Self-service ye." Dyla terus masuk ke dalam bilik tanpa sempat menunggu apa yang Alfan akan kata.
Tuala dicapai kasar. 'Aku cuba buat baik, kau berlagak. Sepatutnya kau yang patut jaga hati aku sebab pakai jalan licik kahwin dengan aku. Ini aku pula yang nak kena impress kau. Peduli kau lah Alfan oiii!' Terus dia masuk ke dalam bilik air.
Usai mandi, Dyla membalut rambutnya dengan tuala. Selamba aje dia turun ke bawah dengan tuala masih berbalut di kepala. 'Ah. Dia dah makan dulu. Pedulilah.'
Dyla masuk ke dapur. Kelihatan Alfan duduk termenung di kerusi makan.
"Dah habis makan?" Dyla membuka peti ais untuk memeriksa keadaan aiskream. Masih lembik.
"Belum makan." pendek jawapan. Dyla berpusing. Terkejut. 'Tadi bukan main nak makan seoranglah konon.'
"Kenapa tak makan aje? Tadi kata lapar sangat."
"Kau tak sediakan. Kalau dah alang-alang nak tolong masakkan tu, siapkanlah sampai habis. Ini tidak, tinggal separuh-separuh. Dah. Aku nak makan. Sediakan." arahnya lagak macam bos!
Dyla mencebik dan mengeluarkan segala tok mak pinggan-cawan-mangkuk dari kabinet. Meja disiapkan.
"Dah." nasi juga sudah siap dicedok ke dalam pinggan Alfan. Dyla mencuci tangan di sinki. Kakinya berkira-kira untuk diangkat ke bilik semula. 'Bagi dia makan kenyang-kenyang dulu, baru aku turun makan.' Fikirnya.
"Tak nak makan?" soal Alfan tiba-tiba.
"Ada awak cakap awak nak makan dengan saya? Tak, kan?" pulang paku buah keras.
"Dah ada, dah siap, makan ajelah."
"Takpe. Saya makan kemudian. Nanti lari pula selera awak." alasan Dyla.
"Makan." arah Alfan.
"Takpe.. Nanti..."
"Aku suami. Kalau aku kata makan, makan aje. Jangan banyak alasan." keras suara itu. Nak tak nak, terpaksa ikutkan juga.
Pinggan dikeluarkan. Kerusi ditarik keluar dari meja. Selesai baca doa makan, dia menyumbat masuk nasi ke mulut. Suasana sepi seketika.
"Berapa lama dah masak?" tanya Alfan tiba-tiba. Dyla angkat kepala.
"Entah. Tak ingat."
"Tahu masak pun tak tahu bila?"
"It's been ages. Soalan awak terlalu umum. Waktu saya darjah empat, darjah lima pun dah pandai masak air. Masak juga tu." bela Dyla.
"So kiranya dah lama juga la?"
"Hmm." Dyla sambung makan.
"Takdelah sedap mana." omel Alfan. 'Eh budak ni, nak bagi aku menyirap pula.'
"Maaflah kalau tak sedap. Rasanya memang saya tak layak masak untuk awak. Kali ni aje saya masak untuk awak. Lain kali awak masak sendiri, ikut cita rasa awak eh." malas bertekak untuk buat sakit hati aje. Buat apa?
Alfan sambung makan. Dyla menjeling. 'Ada aje yang nak komen.'

TINGGAL berapa hari aje lagi nak mula peperiksaan akhir semester. Dyla bawa turun buku ke ruang tamu. Terlalu tertekan belajar di dalam ruangan bilik yang dia rasa seakan menghimpit kepala otak menjadi sempit supaya tidak ada ruang untuk ilmu sedikit pun masuk.
Kelihatan Alfan sedang leka membaca fail-fail sambil matanya kejap-kejap beralih ke arah televisyen. Cerita apa yang dia tengok entah..
"Boleh join?" Dyla letak buku di meja.
"Kenapa tak belajar kat atas?" cermin mata ditarik ke bawah sedikit.
"Stress. Tak boleh masuk."
"Apa lagi yang tak masuk?"
"Investment memang tak boleh nak digest!"
"Jangan kata pakai jawapan lecturer semata lagi?" Alfan jungkit kening.
"Takdelah. Ada teori yang tak faham sebab lecturer tak terangkan."
"Habis kalau lecturer tak terangkan, tak reti nak baca sendiri? Cari tahu sendiri? Nak harap lecturer suap semua?" macam peluru dia tembak.
Dyla muncung mulut. Dia mengambil tempat di lantai. Buku dibuka.
"Orang nak bacalah ni." dia mula baca. Alfan kembali sambung menganalisa fail-fail hitam. Mata Dyla kejap-kejap menyorot pada fail-fail yang penuh berlambak di atas meja.
"Kertas kerja aku ni tak masuk dalam paper final kau. Tak payah nak curi-curi tengok."
'Eleh, tengok sikit pun nak kecoh.' Dyla mencebik. Dia kembali fokus pada bukunya.
"Kalau dah nak dekat final ni kerja baca satu buku tu memang julinglah. Kau takde nota ringkas ke?" tegur Alfan. Dyla angkat kepala kemudian menoleh ke belakang.
"Ada. Tapi dah bersepah merata. Tak tahu letak mana. Ada tu ada, tapi ada yang rompong."
"Kau ni jenis student study hard, kan? Cuba belajar jadi student yang study smart. Tak menyeksa diri kau, yet result cantik." saran Alfan.
"Cakap senang. Kalau otak macam ni, study macam mana pun, sama juga." alasan Dyla.
"SPM haritu berapa A?" tiba-tiba soalan cepumas.
"6." jawab Dyla. 'Sibuk pula nak tahu.'
"Over?"
"10."
"Okay la pula. Kau study menggila?"
"Tak."
"Dah tu?"
"Short notes dari cikgu."
"See? Short notes. Lepas tu, dah masuk universiti tak reti nak buat short notes? Ingatkan dah masuk uni, makin pandai. Rupanya makin tak pandai." Pedas. 'Style aku belajar pun kau nak komen. Puihh!'
"Awak ingat, awak pandai sangat?" Dyla geram.
"Pandai." jawab Alfan selamba. Matanya masih pada digit-digit di kertas.
"Macamlah 4 flat sepanjang masa." jeling Dyla.
"Memanglah tak. Tapi cgpa 3.98 waktu final year degree."
Tercekik. Dyla terus menyembam muka pada meja. 'Kau pergi tanya dah kenapa? Kan dah bagi sakit hati. Padan muka kau! Padan muka kau!'
Alfan cuba sembunyi tawa. Jam hampir ke angka 12.
"Tadi kata ada buat aiskrim. Mana dia?" Alfan mengingatkan. Terus Dyla angkat kepala.
"Aah!" cepat-cepat dia menuju ke dapur. Bekas yang berisi aiskrim dikeluarkan. Dua mangkuk kecil diletakkan di atas dulang bersama dua sudu kecil.
"Makan!" Dulang diletakkan di atas meja kaca yang penuh dengan fail-fail Alfan dan buku Dyla.
"Ketepikan dulu benda-benda atas meja tu dulu boleh tak? Basah kejap lagi. Buku kau, aku tak kisah lah. Kertas fail-fail aku tu.. Kau ingat takde value?" bebel Alfan.
'Argh. Tension.' Dyla mengikut kata. Mengemas meja tanpa rela.

JAM hampir 3 pagi. Dyla masih khusyuk belajar. Cara Alfan digunakan. Selesai makan aiskrim tadi, Alfan dengan rela hati memberi jalan untuk membantu Dyla menghafal, memahami serta melengkapkan nota ringkasnya.
Baru dia terasa semangat nak belajar bila tengok notanya yang berwarna-warni. Cantik! Siap soalan yang terakhir, Dyla tutup buku. Dengan senyuman di bibir, Dyla menoleh ke belakang. Konon nak berlagak yang dia sudah faham semuanya.
Alfan sudahpun lena dengan fail hitam masih di tangan. Redup mata Dyla memandang. Lelaki ni bila tidur aje nampak baik. Kalau dia buka mata, nampak betul muka dingin macam vampire, perangai macam Hitler. Waktu tidur aje muka innocent macam bayi.
Dyla keluh sebentar. Telefon dicapai. Nama Shah dicari. Whatsapp dia masih online. 'Dah pukul 3 lebih ni. Tak tidur lagi ke?'
"Dah habis study ke?" soalan Alfan yang tiba-tiba membuatkan Dyla terkejut lantas telefon bimbitnya terpelanting dari tangan. Alfan berkerut dahi. Sempat dia memisat mata.
"Kau buat apa sampai terkejut sangat?"
"Ha? Takde apa. Terkejut aje. Ingatkan awak tidur lagi."
"Kenapa? Terkejut sebab waktu aku tidur aje kau boleh contact Shah?"
Dyla telan air liur. 'Mana ada! Aku tengok last seen dia aje!'
"Nak contact depan aku pun aku tak kisah, Dyla. Sebab kau akan lagi sakit dengan cara tu. Good for me lah kan? Biar kau tersepit tengah-tengah." Alfan mengemas kertas-kertasnya.
Dyla masih diam.
"Kau faham tak macam mana dendam tu berjalan? Dia tak kisah tau kau hidup macam mana pun, dalam keadaan macam mana sekalipun, asalkan hati seseorang tu puas tengok hidup kau terkontang-kanting, tengok kau sakit hati.. Itu dah cukup." Fail-fail diangkat naik ke bilik meninggalkan Dyla keseorangan.
'Macam biasa. Kau buat macam kau peduli pasal aku, tapi at the end kau sakitkan hati aku tanpa peduli hati aku. Aku bukan batu, aku bukan kayu yang takde perasaan tau.' Air mata menitis.
'Salah sangat ke sebab kelancangan mulut aku, kau seksa aku macam ni?'
Tiba-tiba telefon bimbit Dyla berbunyi menandakan ada Whatsapp yang masuk. Dia mengelap air mata dengan belakang tangan.
Alfan        : Kenapa tak tidur lagi?
Dyla         : Mana tahu?
Alfan        : Your last seen.
Dyla         : Yang awak ni, kenapa tak tidur lagi?
Alfan        : Baru aje terbangun. Terus check phone. Macam biasalah. Zaman sekarang bangun tidur aje, terus serbu phone. Back to the ques, kenapa tak tidur lagi?
Dyla         : Baru habis study..
Alfan        : Final paper?
Dyla         : Yup.
Alfan        : Where's your hubby?
Dyla         : Baru naik bilik. Tidur.
Alfan        : So how's it? Dia okay?
Dyla         : He acted like he cares. Dia tolong orang a lot. But in the end, dia bagi orang sakit hati. Sakit sangat! Memang orang tak boleh nak terima dia lagi sebagai suami, tapi orang maybe boleh terima dia sebagai seorang abang, seorang kawan.. Bila dia ambil berat, orang rasa dia layak untuk jadi abang, kawan.. Tapi bila dia sakitkan hati orang, orang tak pasti apa pangkat dia untuk orang. Dia bukan abang, dia bukan kawan. And he's not even close to be a husband!

Lama Dyla tunggu Alfan untuk balas. Tapi lelaki itu tetap tidak balas. Tidur barangkali. Dyla kesat air hidung yang meleleh. Dia buka buku semula. 'Lebih baik belajar daripada layankan rasa sakit hati.'

2 comments:

  1. Aduhhh.... ALFAN n DYLA....... sy smpai tak tau nk sebelahkan yg mana...... Kekadang Alfan btul, kekadang Dyla btul, apapun writer kita nih memang best la garapan awak utk citer nie. Saya suka.... suka..... suka

    ReplyDelete