Hari
terakhir di kampus sebelum bermulanya 'study week' digunakan sebaik-baiknya
oleh pelajar yang pandai mencari jalan untuk belajar. Habis semua bilik
pensyarah diserbu untuk bertanyakan apa yang mereka tidak faham.
"Dyla, kau nak terus balik atau lepak dengan
kita orang?" tanya Ikram.
"Kau nak pergi mana?"
"Makan lah."
"Tak kot. Aku nak pergi jumpa Adilah dengan
Saadah. Jarang dah nampak dia orang kat kampus."
"Sampai hati kau. Aku ni tak penting
ke?"
"Penting. Tapi Adah dengan Dilah lagi
penting." Sengih Dyla. Dia terus berjalan menuju ke keretanya.
"Dyla!" Shah berlari mendapatkan Dyla.
"Shah." Bulat mata Dyla melihat Shah
yang tercungap-cungap.
"Dah habis kelas ke?"
"Dah. Kenapa?"
"Dah nak start final kan? Good luck!"
"Haha. Okay. Awak juga."
"Nak balik terus ke?"
"Tak. Nak pergi jumpa Adilah dengan Adah
kejap."
"Jom pergi makan?"
Dyla serba salah.
"Kau nak pergi makan dengan Shah? Aku tak
kisah. Kau nak pergi rumah mak dia? Aku tak kisah. Kalau kau rasa nak sakit
hati sendiri, kau buatlah. Bukan aku yang sakit."
Kata-kata Alfan terngiang-ngiang di dalam
kepalanya. Memang betul apa cakap Alfan. Dia yang akan sakit hati sendiri nanti
bila terkenangkan title yang dia pegang. Isteri orang. Sayangnya dia tak dapat
orang yang dia nak. Macam mana pun dia buat, dia tetap takkan dapat. Dyla sedar
itu.
"Lain kali eh. Orang nak pergi satu tempat
dengan dia orang ni." Dyla menolak secara baik.
"Er.. Okay."
Dyla
pulang dengan keadaan muka pucat. Kunci kereta disangkut di tempat yang
sepatutnya. Dia masuk ke bilik dan merebahkan tubuh ke atas katil. Malas nak
salin baju. Biar dengan berbaju kurung. Hanya tudung yang dibuka. Kemudiannya
dia duduk. Dyla peluk kaki dengan mulut memuncung memandang skrin telefon
bimbitnya. 'Boleh pula si Adah dengan Dilah ni tinggal aku, pergi balik
kampung?'
Selesai solat, Dyla berbaring semula di atas katil
dan menarik komputer riba yang terletak di hujung kaki katil. Misi utama,
K-drama!
Setengah jam dia melayan K-drama, tiba-tiba pintu
bilik terkuak. Alfan melonggarkan tali leher. Dyla sikit pun tak ambil port.
"Korea lagi?" tanya
Alfan.
"Hm." jawab Dyla
pendek.
Kot hitam dicampak ke kerusi
meja solek, butang lengan baju dibuka, begitu juga dengan yang berada di kolar
leher. Lengan disentengkan. Terus Alfan mencampakkan diri ke atas katil. Dyla
mengerut dahi. 'Mengacau ketenteraman orang.' Bisiknya dalam diam.
"Cerita apa?" soal
Alfan.
"Awak bukan tahu
pun."
Alfan menjengah kepala sedikit
untuk melihat. Dyla yang tadinya baring kini beralih mengiring. Komputer riba
dirapatkan sedikit di sisi.
Alfan menarik bahu Dyla.
"Tepi la sikit. Nak tengok juga." Alfan mencelah. Dyla menjeling.
Namun dia membiarkan. Makin lama, kepala Alfan makin hampir dan hampir.
Hinggakan lelaki itu meletakkan kepalanya ke atas bahu kanan Dyla.
"Awak tengoklah dekat
laptop awak." geram pula Dyla. 'Dah lah selalu kata geli nak dekat-dekat
dengan aku. Ni sibuk pula menepek. Kepala atas bahu orang pula tu. Dah hampir
ke dada dah haa.'
"Kenapa perempuan tu buat
macam tu?" tanya Alfan, tidak mengendahkan soalan Dyla.
Dyla mengeluh sedikit.
"Sebab dia nak balas dendam." jawab juga Dyla.
"Balas dendam apa?"
"Lelaki tu pernah buat
boyfriend dia masuk penjara."
"Kenapa boyfriend dia
masuk penjara?"
"Sebab lelaki tu
perangkap."
"Kenapa dia nak perangkap
pula?"
"Sebab dia tak dapat
perempuan tu."
"Kenapa perempuan tu tak
nak dekat dia?"
Dyla menoleh memandang kepala
Alfan. Nak tengok muka, tak nampak. Nampak rambut belah atas aje ha. Bukan main
seronok lagi dia baring atas sisi aku.
"Kalau nak tahu, kena
tengok dari awal. Letih la nak cerita satu-satu."
"Nanti copy cerita ni
masuk dalam hard disk." mata Alfan masih lagi di skrin komputer riba.
"Hm." jawab Dyla.
Tapi dia hanya membiarkan lelaki itu hingga tetidur di atas bahu belah
kanannya.
Terasa basah bahunya setengah
jam kemudian. 'Mak ai! Tidur dengan air liur meleleh!' Dyla merengus.
ENTAH bila masa Dyla pun tertidur, dia tak
perasan. Dilihatnya Alfan sudah tiada. Bunyi air di dalam bilik air cukup
menjawab soalan yang bermain di dalam kepalanya.
Pintu bilik air terbuka bila
Dyla selesai mematikan komputer riba dan meletakkan komputer itu ke lantai.
"Tadi pagi kata nak
keluar dengan girlfriends kau." Alfan lap rambut.
"Tak jadi. Masing-masing
balik kampung."
"Kena tinggallah ni?
Kesiannya dia." mengejek.
Dyla jeling geram.
"Bersiaplah." arah
Alfan. Dyla terkebil-kebil.
"Untuk apa?"
"Bukan kau excited sangat
ke nak pergi Seoul Garden?"
Dyla terpinga-pinga.
"Awak nak pergi ke?"
"Cepatlah siap."
tidak menjawab soalan. Tapi Dyla faham. Senyumnya melebar. Tak pernah pergi ni!
DYLA telan air liur melihat pelbagai lauk mentah
di hadapannya. Alfan tiba di meja dengan dua piring lauk lagi. Penuh meja
dengan piring berisi lauk dan sayur-sayuran mentah.
"Makan sampai
habis." ujar Alfan. Chopstick digunakan dengan jayanya untuk meletak
daging, ayam dan isi ikan di atas tempat pembakar.
Dyla turut sama menggunakan
chopstick untuk membantu Alfan membakar isi piring. Tapi daging itu asyik
jatuh.
Alfan ketawa. Dyla kerut dahi.
Beberapa kali dia cuba. Tetap tak berjaya. Bukan dia tak reti. Tapi entah
kenapa asyik nak terjatuh aje.
"Kalau tak reti tu, tak
payah lah guna." Alfan menegur. Tawa masih bersisa. Dyla muncung.
"Bukan tak reti. Tapi
orang selalu guna chopstick yang hujung dia bentuk petak. Ini memuncung."
"Mana ada chopstick
hujung dia petak."
"Adalah."
Alfan menggeleng sambil
ketawa. Dia membalik-balikkan daging yang sudah separuh masak. Akhirnya Dyla
mengalah dan mengambil garfu. 'Buat malu aku aje.'
"Buka mulut." Alfan
menyua daging untuk Dyla. Dyla buka mulut walaupun teragak-agak.
"Macam ni kalau nak pakai
chopstick." sempat dia menyindir. Dyla mencebik. Pasangan di meja sebelah
sempat mengerling ke arah mereka sambil tersenyum-senyum. Alfan sedar akan itu.
"Kau orang baru kahwin
ke?" tegur Alfan yang tiba-tiba terlebih ramah.
"Eh? Tak. Belum
lagi." jawab si lelaki.
"Kahwin la cepat-cepat.
Nanti boleh main suap-suap macam ni."
Dyla buntang mata pandang
Alfan.
"Oh. Baru kahwin eh?
Tahniah." si perempuan berkata.
"Aah." Alfan senyum.
"Selamat menjamu
selera." ujar si perempuan. Alfan mengangguk dan kembali membalikkan
daging.
"Kenapa tiba-tiba
terlebih ramah ni?" soal Dyla.
"Let everyone knows we're
married."
"Bukan dia kenal awak
pun."
"Biarlah. Sibuk."
Sebelum ini perilaku Alfan kelihatan matang walaupun cara pemikiran dia untuk
asyik membalas dendam itu boleh dikategorikan tidak matang, tapi hari ni dia
benar-benar nampak tidak matang. Dah lah petang tadi tidur kat bahu orang
sampai air liur meleleh.
"KENYANG." Dyla bersandar di kerusi.
Tidak boleh masuk dah makanan ke dalam perut. Rasa macam nak meletup aje.
"Makan!" Alfan
bangun dari kerusi dan menarik lengan Dyla supaya tubuh gadisi tu rapat semula
ke meja. Dia menghulur isi ikan.
"Buka mulut." arah
Alfan.
"Saya dah kenyanglah
awak." Dyla mengeluh.
"Buka aje mulut. Orang
tolong suapkan." Alfan separuh memaksa. Terpaksa juga Dyla buka mulut.
"Dah cukup. Tak boleh
makan dah." Dyla kembali bersandar.
"Banyak lagi ni."
"Awak makanlah. Awak
makan sikit aje."
"Awak yang nak sangat
makan kat sini kan."
"Tapi takdelah sebanyak
ini. Awak yang ambil banyak-banyak."
"Makan, Dyla."
Dyla menggeleng. Kepalanya
dilentokkan ke dinding yang rapat dengan meja. Dia memejam mata. Tak larat.
Alfan sengih. Dia menyuap
dirinya sendiri sampai makanan itu habis. Takdelah banyak sangat pun.
Selesai lelaki itu makan,
terus dia ajak untuk balik.
"Kejaplah. Sakit perut
ni. Kenyang sangat." Dyla masih tak boleh bangun.
"Jom. Aku ada nak beli
barang lain lagi." Alfan sudah bangun. Pasangan di sebelah meja tadi sudah
setengah jam balik.
"Tak boleh
bangunlah!" Dyla geram dengan Alfan yang kerap kali memaksanya.
Tangan dihulur. Dyla pandang
atas bawah. Dahinya berkerut. 'Lelaki ni memang jenis payah nak faham, kan?'
Terpaksa juga dia menyahut
tangan lelaki itu dan cuba bangun. Sakit mencucuk di perutnya. Tak pernah dia
makan sekenyang-kenyang ini. Bak orang kata boleh meletup, haaa.. Macam ni lah.
Dyla berjalan perlahan sambil
memeluk lengan Alfan. Terpaksa. Kalau tak, memang boleh bergolek ke belakang.
Terasa badan tak boleh nak diluruskan. Tapi terpaksa juga!
Alfan hanya tahan gelak sepanjang
perjalanan. Macam-macam kedai dia masuk sedangkan dia memang takde niat untuk
membeli apa pun.
"Awak bukan nak beli apa
pun. Jomlah balik terus." rengek Dyla.
"Apa? Aku tengok dulu.
Kot nak beli ke." Saja.
Ke hulu ke hilir mereka
berjalan hingga sakit perut Dyla pun hilang. Tapi dia tak perasan yang pelukan
pada lengan Alfan masih belum dilepaskan.
Kaki Dyla kaku bila
terserempak dengan tubuh lelaki di hadapannya yang cukup dia kenali. Shah turut
terkesima. Rakan-rakannya yang lain sibuk bercerita itu dan ini. Kecoh la
cerita dia.
Pelukan di lengan Alfan
cepat-cepat dileraikan. Alfan sedar akan itu. Geram dalam hati, hanya Allah
yang tahu. Kalau boleh, Alfan rasa macam nak tolak terus tubuh Shah jatuh ke
tingkat bawah.
"Aku tunggu kat
kereta." bisik Alfan. Dekat dengan telinganya. Shah yang melihat pula
bersangka Alfan mencium pipi Dyla.
"Tak keluar dengan Adilah
ke?" Shah mendekati. Rakan-rakannya sudah jauh meninggalkan dirinya.
"Tak jadi. Dia orang
balik kampung tadi."
"Oh ye ke."
"Hm.. Orang balik dulu
eh." Dyla senyum dan pamit untuk berlalu.
"Dyla." panggil Shah
membuatkan langkah Dyla terhenti. Dia kembali menoleh.
"Maaf kalau orang tak
sopan. Tapi orang nak tanya satu benda kat awak." Shah mendekati. Dyla
telan air liur.
"Awak kahwin dengan Alfan
tu kenapa?" soalan yang Dyla tak mungkin boleh jawab dengan jujur.
"Cinta." jawab Dyla.
"Kalau sebab cinta,
berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa."
"Apa maksud awak?"
"Orang minta maaf kalau
orang tak pernah luahkan apa yang orang rasa kat awak. Tapi orang fikir, awak
boleh tunggu orang lagi setahun. Tapi nampaknya tak."
Mata Dyla hampir berkaca.
"Awak ingat tak dulu awak
pernah suruh orang dengar lagu Penakut? I thought it was just a song. Orang
silap. Lepas orang sedar lagu tu, orang lega. At least awak ada perasaan yang
sama dengan orang. And I am really sure awak akan tunggu orang." luah
perasaan.
Dyla menunduk.
"Sepatutnya awak cakap
semua ni sebelum orang berkahwin, Shah. Sia-sia awak bagi tahu sekarang bila
orang dah jadi isteri orang. Sia-sia, Shah."
"Orang ingat awak akan
bahagia. Much more happier. Orang tak tahu kenapa awak nak berkahwin tiba-tiba.
Orang silap memikirkan yang awak memang cintakan suami awak."
"Ya.." Dyla angkat
kepala.
"Sekarang orang sangat
sayangkan dia." tegas Dyla. Shah terkesima. Alfan yang berada di balik
dinding terkejut.
MATA yang merah ditahan air matanya supaya tidak
menangis. Alfan di sebelah berlagak biasa. Dyla menarik tali pinggang keledar.
Terus Alfan menekan padel minyak.
Keadaan di dalam kereta
tegang. Sepi.
"Boleh tak kalau saya nak
turunkan cermin tingkap?" Dyla minta kebenaran.
Alfan tidak berkata apa tapi
terus mematikan pendingin hawa. Dyla menekan punat untuk menurunkan tingkap
dengan sendiri.
Angin malam menyapa mukanya.
Air mata jatuh.
Alfan tidak memujuk, tidak
juga menoleh melihat reaksi muka Dyla. Dia hanya membiarkan. Adalah lebih baik
begitu.
Dyla sendiri tidak sedar bila
dia mula menyayangi lelaki egoistik itu. Ya memang lelaki itu menyakitkan hati.
Selalu sangat menyakiti hatinya. Tapi bila datang mood nak ambil berat itu, dia
sendiri kalah.
Banyak kali dia menidakkan
perasaan itu. Banyak sangat. Tapi perasaan itu tetap mendatang. Ianya bertambah
kuat bila bibir lelaki itu mendarat mengena dahinya. Dia terasa selamat bila
tubuhnya dipeluk kemas.
Walaupun lelaki itu hanya
pernah sekali melakukan itu.
Air mata jatuh lagi. Tapi
kerana dendam.. Dendam yang tidak akan pernah habis, Dyla tak boleh meluahkan
perasaannya. Perasaan sayangnya. Kerana perasaan itu hanya akan dibuat mainan
untuk lelaki yang bernama suami itu.
Dyla tidak sedar bila kereta
milik Alfan memasuki perkarangan rumah. Setelah mematikan enjin kereta, mereka
sama-sama masuk ke dalam rumah.
"Dyla." panggil
Alfan.
"Sayangkan Shah sebanyak
mana kau nak. Jangan pernah sayangkan aku. Sebab aku takkan pernah sayangkan
kau." tutur Alfan. Dyla terkejut.
"Sebab dengan cara tu,
aku boleh terus seksa hati kau sampai hati aku puas. Aku rasa seronok tengok
kau menangis macam ni untuk lelaki tu." sambung Alfan.
Dia hanya mengangguk.
"Jangan risau. Takkan pernah."
'Aku menangis bukan sebab
Shah. Tapi hati aku yang tak pernah boleh menyayangi lelaki bernama Alfan.
Jangan risau, macam mana aku berjaya sembunyikan hati aku untuk Shah, macam tu
juga aku boleh buat untuk kau.'
Alfan hanya menghantar kelibat
Dyla ke atas dengan ekor matanya. 'Jangan pernah sayang aku. Jangan mula
sukakan aku. Sebab aku tak tahu kalau aku cukup kuat untuk teruskan dendam aku
bila tahu perasaan kau untuk aku.'
SELESAI mandi dan menangis sepuasnya di dalam
bilik air, Dyla bersiap untuk mula belajar. Keluar sahaja dari bilik air,
kelihatan Alfan sedang membelek telefon bimbitnya. Dyla tidak menghiraukan.
"Buku saya ada kat bawah,
kan?" tanya Dyla bila tengok mejanya tiada buku-buku.
"Entah." jawab Alfan
sambil bersandar di kepala katil. Dyla jeling. 'Mata tu tak boleh nak dekat
lagi ke dengan skrin telefon?'
Dyla menuruni anak tangga
dengan telefon bimbit di tangan.
Alfan : Kiddo.
Dyla : Hui..
Alfan : Apa cer?
Dyla : Nothing. Kenapa?
Dyla : Nothing. Kenapa?
Alfan : Takde apa. :D
Dyla : Oh, balance hutang awak ada lagi seribu lebih kan? Sorry
lah tak dapat nak bayar cepat.
Alfan : Not a big deal la.. Tak payah pun takpe.
Dyla : Ada pula.
Alfan : Are you okay?
Dyla : Kenapa tiba-tiba tanya?
Dyla : Kenapa tiba-tiba tanya?
Alfan : Entah. Rasa macam awak ada masalah aje.
Dyla : Haha.. Finally, orang boleh get rid Shah from my heart :D
Alfan : Seriously?! How?!
Dyla : By loving someone else.
Alfan : ???
Dyla : Haha. Cerita dia kelakar.
Alfan : Ceritalah..
Dyla : Kelakar bila baru nak jatuh cinta dengan suami sendiri.
Alfan : What?! Kata dia tak layak jadi husband la, kawan la, abang
laa..
Dyla : I tried to deny.. Tapi.. Entah.. Dia memang macam Hitler
for some times. Tapi.. Ada masanya dia okay.
Alfan : He loves you?
Dyla : Haha. Nope. He even warned me. Jangan pernah sayangkan
dia.
Alfan : What?!
Dyla : Macam mana orang boleh sembunyikan perasaan orang for ages
kat Shah, tak mustahil orang boleh buat benda yang sama kat dia.
Alfan : Macam mana awak nak hidup dengan dia? Sebumbung with
covering your love hari-hari. Tak dapat nak ekspresikan?
Dyla : Orang akan rasa apa yang awak rasa..
Alfan : ?
Dyla : Orang tak sayangkan awak dulu. Yet orang still dengan
awak. Awak terpaksa sabar dan terima.
Alfan : Hm..
Dyla : I'm gonna be fine kalau awak pun boleh. :D Tahan. Sabar.
Ignore.
Alfan : Tahan dengan sabar, yes i know boleh buat. Tapi ignore?
Dyla : Karma eh ni? :'(
Air mata Dyla mula mengalir.
Alfan tidak membalas. Dyla
meraup wajah dan terus membuka buku. Hilangkan semua masalah dari dalam kepala.
'Exam tu yang penting, Dyla.'
Tengah dia menghafal, bukunya
tiba-tiba terpaksa menampung air mata yang setitik demi setitik menitis.
Tulisan dari dakwat pen yang diconteng kiri kanan mula mengembang. Matanya
mulai kabur.
Alfan yang baru hendak turun,
kaku di tangga. Dyla menangis semahunya. Dia menahan suara daripada terkeluar.
Sakitnya hati, Allah yang tahu.
Kaki dipeluk merapati dada.
Kepala ditunduk. Hanya untuk seketika. Dia kemudiannya mengangkat kepala dan
mengelap air mata dengan belakang tangan. Buku ditarik semula.
Hanya beberapa saat membaca,
air mata menitis kembali. Dyla ketap bibir. Alfan ketap gigi melihat. 'Kau rasa
tak apa yang aku rasa, Dyla? Sakit, kan?'
nak nangisss.....
ReplyDeleteterasa mcm ada kat tempat Dyla.
btw, ada sikit mcm Aa+Bb
cerita ni best gila.. btw lama gila akak tak update kan.. every day saya tunggu tau. haha..
ReplyDeleteI cried I really cried ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteWhy you do this to me?!!!