besar tertunduk-tunduk menahan sakit. 'Ada pula
nak memancing waktu aku tengah PMS?'
"Akak! Tak nak
join?" Aida mengejek. Dyle kerut dahi memandang adiknya yang sedang
seronok main dengan air sungai. Alfan di tebing seberang sana memancing.
"Abang! Nak mancing dalam
sungai macam ni tak banyak ikanlah." jerit Ira.
Alfan hanya senyum. Dyla
mencebik.
"Jomlah mandi sekali,
kak!" cadang Ira.
"Takpelah." Dyla
melambai-lambai tanda tidak mahu turut serta.
"Asal tak nak
mandi?" soalan Alfan yang muncul dari belakang secara tiba-tiba sambil
duduk mencangkung di sebelah mengejutkan Dyla.
Secara automatik tangannya
naik ke bahu Alfan. Kuat sekali pukulannya.
"Boleh tak kalau nak
sergah tu, elok-elok sikit? Bagilah salam ke, apa ke. Ini tidak, kalau saya
kena heart attack macam mana? Awak nak tanggung? Tak, kan?" bebel Dyla
panjang lebar. Alfan sedikit terkedu.
"Sergah sikit pun nak
marah. Dah kenapa?" bidas Alfan.
"Awak kalau tak
menyakitkan hati saya sehari, tak sah kan? Awak memang suka sangat eh tengok
saya sakit hati?"
"A'ah. Suka sangat!"
Alfan senyum hingga ke telinga hingga menampakkan mata yang sepet kecil sekali.
Senyuman 'bahagia' itu
menambah sakit hati Dyla. Entah kenapa anginnya satu badan.
"Awak nak tahu apa yang
paling menyakitkan hati seorang isteri?" duga Dyla.
"Apa dia?" Alfan
ingin tahu.
"Cerai." Dyla serius
pandang mata Alfan. Lelaki itu senyap seketika.
"Nak sakitkan hati saya?
Nak malukan saya? Ceraikan saya. Senang." Dengan senang hati Dyla
mencadangkan.
Alfan mengalih pandangan ke
depan semula. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman nakal.
"Kalau aku ceraikan kau,
bila lagi aku nak buli kau?" tangan Alfan cepat sahaja menolak belakang
tubuh Dyla sampai terjatuh ke dalam air sungai. BEDEBUSHHH!
Dyla mendongak memandang ke
arah batu di mana Alfan sedang duduk bertinggung. Dengan jelingan yang tajam,
Dyla gigit bibir bawah. Alfan buat muka selamba.
"Konon tak nak join
mandi!" jerit Aida yang perasan Dyla sudah basah.
Dyla tahan air mata. Tapi
tidak berjaya. Rasanya, dia cukup sensitif hari ini. Mungkin gara-gara PMS.
Dengan geram, dia berdiri sambil menggenggam kedua belah jemarinya. Alfan hanya
menjeling.
"Akak balik dulu."
Dyla pamit pada kedua-dua adiknya.
"Nak balik dah?" Ira
pelik.
"Hmm." jawab Dyla
pendek.
"Awak nak balik dengan
apa?" lengan Dyla direnggut dari belakang hingga membuatkan tubuh gadis
itu berpusing menghadap Alfan.
Mata yang merah dengan tudung
dan baju yang basah diperhatikan Alfan dari atas ke bawah.
"Kenapa ni?" soal
lelaki itu.
"Kenapa? Awak tanya
kenapa? Kenapa?!" suara Dyla meninggi hingga air mata kembali menitis.
Alfan diam memerhati.
"Awak faham tak sakit
hati tu macam mana? Awak nak saya rasa apa yang awak rasa? Saya rasa, Alfan!
Saya rasa! Tapi awak takkan pernah rasa apa yang saya rasa! Awak tahu tak
betapa susah saya jaga perasaan, hati saya? Awak tahu tak berapa lama saya
tahan semua tu? Awak faham ke, ha?!" terus Dyla menangis. Aida dan Ira
terkebil-kebil. Bukannya mereka tak dengar.
Alfan tenung dalam-dalam mata
Dyla.
"Hati saya sakit awak
tahu tak? Hati saya sakit." Dyla menepuk-nepuk dadanya. Kakinya lemah
hingga hampir terjatuh namun sempat disambut Alfan. Tubuh kecil Dyla dipeluk
Alfan.
"Akak. Kenapa ni?"
Ira naik ke darat mendekati Dyla yang sedang menangis teresak-esak.
"Takde apalah."
Alfan senyum tawar. Muka Dyla masih tersembam di dada Alfan.
PETANG yang hambar. Dyla tenung karpet yang
berbulu tebal. Selepas pulang dari mandi sungai tadi, Dyla diam seribu bahasa.
Aida masih tak faham kenapa kakaknya tiba-tiba jadi begitu. 'Adat berkahwin,
biasalah bergaduh.' Fikir Aida. Tidak mahu masuk campur.
Alfan yang baru keluar bilik
teragak-agak untuk mendekati Dyla. Puan Dalila dan Encik Hassan ke pasar untuk
membeli ikan segar yang baru naik di tepi laut.
Bunyi hon dan deruman kereta
dari kenderaan di luar sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi Dyla untuk
teruskan angan-angannya, untuk teruskan lamunan.
Aida di dalam bilik dengan
Ira. Melayan si kecil. Tidak mahu Ira mengganggu Dyla yang sedang masam
mencuka.
"Kita balik malam
ni." tegur Alfan sambil menggosok-gosok rambut belakang yang hampir dengan
batang tengkuknya.
"Awak minta saya hantar
awak balik rumah, kemudian boleh balik sini balik, kan?" Dyla langut
memandang Alfan. Alfan berfikir sejenak.
"Nak drive balik sini ke?"
teka Alfan.
"Awak bagi permission,
kan?" soalan dibalas dengan soalan.
Alfan ambil tempat di sofa.
Dia diam tidak menjawab soalan. Alat kawalan jauh dicapai. Mata Alfan fokus
pada skrin televisyen. Perlahan-lahan Dyla turut sama memandang ke arah yang sama.
Petang yang lengang. Sunyi tanpa sebarang bunyi suara manusia. Hanya bunyi
kenderaan di luar yang lalu-lalang kedengaran dari luar.
"AKAK balik dulu, bu." Dyla cium tangan
dan kedua-dua belah pipi ibunya. Encik Hassan turut sama berdiri berdekatan dengan
pintu utama.
"Hati-hati bawa kereta
tu." pesan Encik Hassan. Alfan yang baru selesai memasukkan bagasi ke
dalam bonet kereta kembali mendekati bapa mertuanya. Tangan dihulurkan untuk
menyalam lelaki itu.
"Insya Allah, yah."
Jawab Alfan.
"Nanti dah sampai, call
ibu atau ayah." pesan Puan Dalila.
"Ya, ibu." Dyla
senyum. Tawar.
"Aku ingat kau duduk sini
lama. Baru nak bergaduh dengan kau." Aida masam muka.
"Daripada kau bergaduh
dengan aku, baik kau layan adik tu ha. Kurang sikit air liur aku nak kena sembur
dekat kau." gurau Dyla.
"Serius ke, kak? Kau nak
balik sana balik?" Aida genggam kedua belah tangan Dyla. Entah kenapa
tiba-tiba hati terasa sebak.
"Kau jangan lah macam ni,
gila! Terharu aku." Air mata yang hampir-hampir menitis diseka dengan
belakang tangan.
"Kau jangan gaduh dengan
abang lagi tau." Bisik Aida di telinga Dyla, membuatkan Dyla terkedu. Biar
mereka berdua sahaja yang tahu.
Dyla paksa diri untuk senyum
dan mengangguk.
"Jom." Ajak Alfan.
"Nanti aku call
kau." Janji Dyla. Air mata menitis jua tatkala terasa jemari tidak lagi
menyentuh kulit adiknya. Hiba.
Duit tak boleh beli
kebahagiaan. Siapa kata? Boleh. Kebahagiaan yang dibina sedikit demi sedikit
dengan kasih sayang boleh ranap begitu sahaja dengan duit. Masih lagi.. Di mata
dunia, bila orang yang pegang duit lebih dari kita, dia berkuasa. Yang tidak
punya apa-apa? Ditindas begitu sahaja?
DYLA langsung tidak melelapkan mata. Kepalanya
terasa kosong, tapi macam ada aje yang dia fikir hingga lamunannya jauh ke
planet Pluto. Dalam kereta, sepi sahaja.
Tepat jam 3.03 minit pagi,
mereka sampai ke destinasi. Alfan memarkingkan kereta betul-betul bersebelahan
dengan kereta Mini Coopernya. Enjin dimatikan. Dyla keluar dari perut kereta.
"Kunci kereta?" Dyla
hulur tangan meminta kunci kereta.
"Buat apa?" Alfan
merenggangkan badannya yang terasa letih.
"Awak bagi kebenaran kat
saya untuk balik semula ke rumah ibu, kan?" Dyla rampas lembut kunci
keretanya. Pintu kereta tempat duduk pemandu dibuka. Anak kunci dimasukkan ke
dalam rumahnya. Pulas ke kanan. Deruman enjin kedengaran.
Alfan hanya memerhati.
"Saya balik bulan depan.
Take care." Dyla menyalam suaminya. Tangannya yang sejuk membeku seperti
ais terasa di tapak tangan Alfan.
Dyla angkat kepala dari
mencium tangan, tapi Alfan masih tidak melepaskan pegangan tangan Dyla.
"Lepaskan." Dyla
meminta.
Alfan tidak beriak. Muka Dyla
diperhatikan sedang berkerut-kerut menahan sakit disebabkan pegangan yang makin
lama, makin kuat. Memang dia sengaja memicit tangan Dyla. Geram!
"Lepaslah! Sakit!"
Dyla masih dengan muka garangnya.
Alfan mematikan enjin kereta,
kunci kereta ditarik keluar. Bagasi dibiarkan di dalam bonet kereta. Disebabkan
jemarinya dikunci Alfan, ke mana sahaja lelaki itu pergi, Dyla terpaksa ikut.
"Alfan!" Dyla masih
berusaha melepaskan pegangan kejap Alfan. Alfan ke dapur untuk meneguk segelas
air kosong. Dyla terpaksa membuntuti dan menunggu hingga tegukan terakhir
lelaki itu selesai.
Alfan melangkah naik ke bilik.
Terpaksa juga Dyla membuka kaki mendaki anak tangga hingga ke atas. Muka Alfan
separuh tegang, separuh tenang. Dyla tidak tahu macam mana nak terangkan.
Alfan tolak pintu bilik dan
membuka lampu. Bilik diterangi dengan cahaya pada jam 3 pagi.
Alfan capai tuala. Dyla
berkerut. Pegangan Alfan masih kuat. Kakinya hampir longlai ditarik ke sana, ke
mari.
T-shirt di tubuh ditolak naik
ke atas dengan satu tangan. Dyla kalih ke tempat lain. Tidak mahu melihat.
Pegangan tangan dilepaskan sekejap untuk mengeluarkan baju dari tubuhnya. Dyla
baru dapat menikmati lengannya sendiri dengan menggosok-gosok lengan yang
terasa perit. Tapi hanya untuk sebentar, Alfan menarik kembali pergelangan
tangan Dyla. Pegangan kukuh.
"Sakitlah!" sekali
lagi Dyla merungut.
Alfan masuk ke bilik mandi.
Dia berdiri di hadapan sinki membelek mukanya. Pili air dipulaskan dengan
tangan kanan. Dyla hanya memerhati dengan dahi berkerut. Tidak faham dengan
lelaki bernama Alfan ini. Air sejuk dikumpulkan dengan sebelah tangan sebelum
ditekupkan ke muka.
Wajah Alfan diraup. Tuala di
bahu di sangkut ke penyidai.
"Awak nak mandi, awak
mandilah. Tak payah la pegang saya." suara Dyla masih tidak puas hati.
Alfan masuk ke dalam bath tab.
Dyla telan air liur. 'Gila aku nak masuk sekali? No way!' Jerit isi hati Dyla.
Langsir plastik yang berfungsi
sebagai penghadang, ditarik Alfan. Menutupi kawasan bath tab. Dyla di luar
kawasan itu.
Bunyi curahan air dari shower
kedengaran. Dyla dapat rasa tangan kanannya turut basah. Satu hal nak kena
tunggu si Alfan ni habis mandi.
"Macam mana awak nak
mandi bersih-bersih ni? Cuba lepaskan tangan saya." Dyla memberi cadangan.
Hanya beberapa minit kemudian, bunyi air senyap. Alfan tarik langsir plastik
itu. Dyla cepat-cepat tutup mata. Gelap. Tapi tidak terasa yang Alfan ada
bergerak. Mata perlahan-lahan dibuka. Alfan masih di dalam bath tab dengan muka
tidak beriak, sudah lencun sekaligus dengan seluarnya.
Kemudiannya lelaki itu keluar
ari bath tab. Tuala dicapai. Sampai ke pintu, Alfan melepaskan pegangan. Dyla
menggosok-gosok tangannya. Terasa sengal.
Alfan keluar dari bilik air
dengan keadaan lencun, tuala masih di kepala. Dyla baru nak mengorak langkah
untuk keluar dari bilik air, tapi pintu itu terlebih dahulu ditutup dari luar.
Dyla kerut dahi. Dia memulas tombol pintu itu. Tapi tidak boleh buka.
"Alfan!!" Dyla
mengetuk-ngetuk pintu itu.
"Keluarlah kalau nak
tengok aku naked." baru kini Alfan bersuara. Terus Dyla menjauhi pintu
bilik air itu.
Alfan menukar baju. Seluar
yang sudah lencun dibawa turun ke bawah. Penutup mesin basuh dibuka. Pintu
rumah semua dikunci, dimangga. Kunci, disimpan di tempat rahsia. Hanya dia yang
tahu.
Dia sempat membuka pintu peti
ais. Perut tiba-tiba terasa lapar pula.
Dyla menggigit kuku. 'Dia dah
habis tukar baju ke?'
"Alfan?" Dyla cuba
memanggil,namun tiada sahutan.
Perlahan-lahan pintu bilik air
ditolak. Matanya konon dikatup, tapi ada juga curi-curi lihat. Mencari kelibat
Alfan. Tidak kelihatan. Dyla hela nafas lega.
Dyla menuruni anak tangga satu
persatu. Matanya masih melilau kiri kanan. Mencari Alfan. Lampu dapur yang
menyala diperiksa. Alfan sedang menjamah cereal.
"Tak cakap pun yang awak
dah selesai tukar baju!" Dyla tarik kerusi di hadapan Alfan. Lelaki itu
masih selamba melantak.
"Kalau tak kasi, kata tak
kasi. Tak perlu tarik saya ke hulu ke hilir semata-mata tak kasi saya balik.
Saya masih faham bahasa." Dyla baru rasa tenang sekarang. Tiba-tiba nak
jadi lembut pula.
"Ada aku kata tak
boleh?" Alfan jeling Dyla. Dyla ketap bibir.
"Okay. Saya balik
dulu," Dyla bangun dari kerusi. Cepat-cepat lengan Dyla dipegang. Nak
tahan senyum, Dyla tak mampu. Senyuman nipis terukir. Dia duduk kembali.
Alfan sambung makan. Tangan
Dyla tidak dilepaskan.
BILA terlelap, Dyla tak pasti. Tapi di mana dia
terlelap, itu dia pasti. Badan yang terasa lenguh ditegakkan. Kiri kanan dia
menoleh. Alfan tiada di sisi. Cahaya dari tingkap dapur membuatkan matanya
terkebil-kebil. Tertidur di meja makan.
'Shoot!' Dyla lari naik ke
bilik. Sempat dia memandang jarum jam. Pukul sembilan? Terlajak tidur sampai
Subuh pun terbabas.
Dr. Wahbah
al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan
pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa,
sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa,
maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah
al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Dyla berlari
masuk ke dalam bilik. Alfan tidak ada. Wuduk segera diambil.
"AWAK kat mana?" tanya
Dyla dari corong telefon. Geram pula hati ni. 'Dahlah tinggal aku tidur dekat
meja makan, Subuh pun tak tolong kejutkan. Pergi kerja tak bagitahu. Ini, pintu
rumah dah kunci dari luar, kunci pun takde, apa kes?'
"Kat
ofis la. Kenapa?" Alfan membelek-belek fail yang baru diserahkan
kepadanya.
"Yang
awak mangga pintu rumah kenapa? Macam mana saya nak keluar?"
"Nak
keluar pergi mana? Duduk ajelah dalam rumah."
"Yang
awak pergi kunci kenapa? Kunci mana?" Tidak menjawab soalan.
"Aku
terbawa ke pejabat." Alasan.
"Kalau
ada kebakaran macam mana?!" jerit Dyla. Geram pula dengan si Alfan ni ha.
Alfan senyap.
Kepalanya terbayang yang bukan-bukan. Terus talian dimatikan.
"Hello?
Hello!" Dyla terkejut bila talian dimatikan. Dyla mengeluh.
"Tuan."
Hairul yang baru nak masuk ke bilik Alfan terkejut bila bosnya itu berlari
keluar dari pejabat.
"Saya
nak balik kejap." beritahu Alfan.
"Tuan
ada meeting kejap lagi."
"Anjakkan."
"Tuan!"
Hairul garu kening. 'Gila bos aku ni. Nak anjakkan? Orang semua dah sampai.'
DYLA yang sedang menonton
televisyen terkejut mendengar bunyi pintu pagar terbuka. Deruman kereta
kedengaran. Dia bangun dari pembaringan.
Bunyi yang
terhasil dari langgaran besi membuatkan bibirnya tersenyum tiba-tiba. Wajah
Alfan kelihatan di muka pintu.
"Awal
balik." perli Dyla.
Alfan
menjeling. Dyla bukan tahu jantung dia berdegup berapa laju tadi bila
memikirkan kemungkinan kebakaran yang berlaku.
"Kau
takde kerja nak buat, kan?" tanya Alfan tiba-tiba. Mati senyuman Dyla.
Lantas dia menggeleng.
"Jom."
Tangan Dyla ditarik keluar rumah.
"Weh-heh-heh-heh!!
Tudung dulu!" jerit dia. Alfan melepaskan pegangan.
"Lima
minit." Alfan beri tempoh.
Cepat-cepat
Dyla naik ke bilik dan menyarung tudung semalam. 'Mana pula lelaki ni nak bawa
aku? Dia dah habis kerja ke?'
Macam-macam
soalan yang bermain di dalam fikiran Dyla.
Dyla sempat
gosok mata yang terasa gatal. "Kita nak pergi mana?" tanya Dyla.
"Ikut
aje."
Berbekalkan
telefon bimbit dan dompet, Dyla atur langkah hingga ke kereta Alfan. Tidak
membangkang apa pun.
KERETA diparking di tapak
basement. 'Yang pasti, ini bukan shopping complex, tapi hotel.' Dyla
terpinga-pinga bila Alfan keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa. Tidak
mengarahkan dia untuk ikut, tidak juga memberitahu untuk duduk senyap di dalam
kereta. Dyla ambil keputusan sendiri. Langkah Alfan diekori. Beberapa langkah
mereka kemudiannya, Dyla terdengar bunyi yang terhasil dari punat yang ditekan
Alfan. Kereta sudah dikunci.
"Kita
nak buat apa kat sini?" soal Dyla.
Alfan senyap.
Punat lif ditekan. Dindingnya marmar berwarna coklat campur putih. Ada pasu
bunga di penjuru bangunan. Banyak juga orang yang tak cukup kain di situ. Dyla
gosok belakang tengkuk.
"Tuan."
Hairul mendekati. Mukanya resah-gelisah, gundah-gulana!
"Kenapa?"
Alfan masih dengan gaya tangan seluk ke dalam poket.
"Tuan
pergi mana? Saya dah anjakkan meeting. Tapi ada juga bunyi-bunyi. Dah macam-macam
alasan saya bagi. Mereka tunggu lagi setengah jam, kalau Tuan tak sampai, dia
orang nak cancel." Cerita Hairul.
"Abang
mana?"
"Dia ada
juga. Tapi dia pun tak boleh nak yakinkan mereka untuk stay tunggu Tuan."
"Hmm.
Kita terus ke bilik meeting." Putus Alfan.
Dyla bulat
mata pandang Alfan. "Saya?" Dyla tunjuk diri sendiri. Alfan tarus
tarik lengan Dyla supaya mengikutinya.
"MAAF saya terlambat."
Alfan masuk ke bilik mesyuarat dengan tenang. Para-para pemegang share ada yang
berkerut dahi. Dyla terpaksa berdiri di sebelah Alfan. 'Kalau nak marah dia,
kejap lagi aku juga yang kena. Tapi dia pun main aci redah aje. Aku dahlah
dengan T-shirt bundle, seluar track, tudung silang aje. Pakai selipar pula tu.'
"Saya
ada sebab kenapa lambat. Sebelum tu, saya perkenalkan dulu. Ini isteri saya. My
one and only wife." Alfan senyum memandang Dyla. Dyla terketar-ketar.
"Assalamualaikum."
salam diberi. Ada yang jawab dengan suara yang kuat, ada yang jawab dalam hati.
Dalam hati? Yelah kot. Tak jawab salam, dosa tau.
"Saya
terpaksa balik rumah kejap tadi. My wife is pregnant, two weeks. Baru dapat
news tadi and I was excited sampai terus balik rumah." Alfan bersuara.
Dyla terasa air liurnya tersekat. Di hadapan mereka ini, rata-ratanya boleh
jadi pangkat bapa kepada mereka berdua. Masing-masing mengukir senyuman dan
bertepuk tangan. Tidak kurang ada yang mengucapkan tahniah. Dyla terasa
dunianya berpusing sebelum dia betul-betul rebah ke lantai.
#P/s : Maaf dengan kelewatan update DC. Good news is, manuskrip dah pun siap :D baru hantar and tunggu untuk dinilai :) it might took some time, tapi i'll let you guys know as soon as it's approved. :D thank you for all your support :D
#P/s : Maaf dengan kelewatan update DC. Good news is, manuskrip dah pun siap :D baru hantar and tunggu untuk dinilai :) it might took some time, tapi i'll let you guys know as soon as it's approved. :D thank you for all your support :D
Yeayyyyyy. Hope everything go smoothly. Tak sabar nak peluk Dendam Cinta versi cetakan. Hehehehehe. Nak next chapter please
ReplyDeletekelakar sungguh dgn alfan...apalah nak jadi...akhirnya dyla betul2 pengsan.
ReplyDelete~k.min~
Best sangat!kalau nak beli versi e-novel boleh?
ReplyDeleteDh xnk sambung ke?
ReplyDeleteRindunya dekat dendam cintaaa huhuhu . I will be waiting for the book . Saya sokong akak !
ReplyDeleteakak, lambat lagi keee nk keluar buku? nanti dh keluar post ehh?
ReplyDeletekeep it up kak ain! :)
ReplyDeletesis macam mana nak dapatkan novel ni 2 novel yang kat atas tuh semua dah ada yang dc nie belum ada ...plis sis ni my um 013-9194486...
ReplyDeleteSis,knape lambat sgt nak kuar novel DC ni?
ReplyDeleteSis,knape lambat sgt nak kuar novel DC ni?
ReplyDeleteThe best novel I ever read ��
ReplyDeleteSis, buatlah sambungan novel ni. Mesti best!
ReplyDelete100 kali ulang baca pun tak bosan��
ReplyDeleteHarap akak dpt buat sambungan novel ni...best!!!
ReplyDeleteawk cerita nie besst lahhhh
ReplyDeleteBab 21 mana sis ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete