Dyla berlari-lari menyertai rakan-rakannya yang sedang sibuk dongak ke atas melihat kawan-kawan mereka sedang melakukan aktiviti flying fox.
"Dilah, Adah, kau orang dah buat ke?" Nafas Dyla tercungap-cungap.
"Dah. Eh, kita orang ingat kau tak join tadi. Tangan kau okay?" Saadah membelek tangan Dyla yang berbalut.
"Okay aje. Aku nak naik lah." Dyla terus mendekati Amir yang bertugas.
"Eh Dyla. Bukan tadi abang Alfan kata kau cedera ke?" Amir kerut dahi.
"Sikit aje lah. Bukannya sakit apa pun. Tangannya aje terkena air. Bukan senang nak buat flying fox ni. Kat kampus mana ada." sengih Dyla.
"Sure okay ni?"
"Iya!"
Amir mengangguk dan membenarkan Dyla panjat tangga hingga ke atas. Alfan dari bawah hanya memerhati. 'Degil!' bisiknya.
"Amir, abang nak naik." Alfan turut sama menyertai bila Amir mengangguk. 'Sporting gila.'
Azam mengikat tali keselematan pada tubuh Dyla.
"Dyla, tepi sikit tangan, Azam nak ikat kat pinggang." ujar Azam. Dyla mengangkat tangan membiarkan Azam yang lebih arif membuat tugasnya.
"Biar abang buat." Alfan mendekati Dyla. Azam terkebil-kebil.
"Eh takpe bang. Saya boleh buat."
"Dia tunang abang. Abang tak suka orang lelaki sentuh dia." keras suara Alfan. Azam ke belakang. Dyla ketap gigi. Pandangannya mencerlung ke arah Alfan.
Alfan diam sambil tangannya membuat kerja. Kasar caranya.
"Sakitlah." suara Dyla sengaja kuat biar Azam dengar.
"Sakit? Baguslah. Lebih selamat." jawab Alfan. Dyla menjeling.
"Dah. Turun." Alfan menolak kasar belakang tubuh Dyla bila dia sudah siap memeriksa tali keselamatan.
Dyla langsung tak pandang Alfan dan terus turun. Bibirnya mengukir senyuman. Tudung bawal ditiup angin yang mendatang.
"Wohoooo!!" jerit Dyla.
"Dylaaaa!" Adilah dan Saadah bersorak. Entah ye kenapa bila buat flying fox, bila turun aje mesti orang lain pun nak menjerit sama. Teruja!
Selesai Dyla, giliran Alfan pula yang kononnya 'terbang'.
Usai flying fox, ke semua pelajar diminta untuk memanjat tembok dan melalui titi berlumpur. Ada yang terjatuh, ada yang selamat. Gelak tawa menghiasi aktiviti mereka.
"Okay, yang ini, kamu kena selam kepala kamu walau macam mana pun." suara Liyana memberi arahan dengan terang.
Dyla pandang jijik apa yang berada di hadapannya. Satu batang longkang besar yang digali, kemudian dicurah air. Air pun dah macam kopi. Atasnya ada ranting kayu. Paras air hampir dengan ranting itu. Memang kena selamlah cerita dia.
Dyla masuk ke dalam air. 'Baunya.. Urgh! Bau darah pun ada. Ni mesti sesiapa yang period, masuk sekali ni.' Teka Dyla. Habis basah dengan tudung-tudungnya. Elok dari putih, dah jadi coklat dah warna tudung.
"Ahhhh!" Dyla jerit. Sakit.
"Kenapa Dyla?" Liyana di atas memandang ke dalam longkang.
"Nothing." Dyla masih meneruskan selamannya. Lutut sakit pun, dia buat bodoh. Sebab memang mereka kena merangkak dalam longkang itu. Lutut amat penting dalam menjayakan aktiviti itu.
Sampai ke destinasi terakhir, ada satu lagi latihan yang mereka perlu jalani. Satu kolam besar digali. Ada sedikit air. Semua pelajar diminta masuk ke dalam kolam itu dan naik kembali ke sebelah sana. Dalamnya tiga kali ganda ketinggian Dyla.
Dyla mengeluh. Lututnya terasa perit. Tadi dah luka, entah apa la jadi lepas dah selam tadi.
Dyla masuk ke dalam kolam dengan sekali lompat. Terpelecot dia dibuatnya. Dia bangun berdiri. Alfan di atas bulat mata. 'Perempuan ni gila. Dia terjun sekali lompat aje?!'
Alfan turut terjun ke dalam.
"Aku naik dulu, nanti aku tarik kau keluar." kata Alfan. Dyla jeling. Dia membantu kawan-kawannya yang lain masuk ke dalam kolam. Alfan memanjat tebing tanah yang licin. Dua tiga kali, masih gagal.
Kali keempat baru dia berjaya naik.
"Dyla! Bagi tangan!" jerit Alfan. Dyla pandang kosong tangan yang dihulur Alfan. Ikram di sebelah sudah naik sama dengan Alfan.
"Dyla!" Ikram turut sama menghulur tangan. Terus Dyla tarik lengan baju panjangnya ke depan. Supaya kulit tak tersentuh. Tangannya cuba mencapai tangan Ikram. Alfan bulat mata. Tubuh Ikram ditolak ke tepi lantas Alfan menginjak badan ke depan sedikit dan mencapai lengan Dyla. Digenggam kuat lengan itu. Dyla terkesima.
"Naik!" jerit Alfan. Entah jerit marah atau kerana mahu didengari Dyla dek tenggelam dengan suara ramai yang lain.
Dyla tiada pilihan dan terpaksa bantu diri untuk naik ke permukaan kerana lengannya sudah berada dalam genggaman lelaki itu.
"Push yourself!" Alfan bantu Dyla naik. Dyla cuba sedaya upaya hingga dia selamat naik ke permukaan. Nafas turun naik dek letih. Alfan senyum puas.
"Siapa yang dah naik, terus lari bersihkan diri. Check point anda di surau. Dalam keadaan dah mandi, wangi dan yang perempuan bawa telekung untuk solat Zohor." arah Liyana. Dyla lihat ke bawah. Adilah dengan Saadah.
"Pergi mandi." tegas Alfan.
"Adilah dengan Saadah belum naik!" Dyla tentang mata Alfan.
"Dia orang boleh naik sendiri. Kau pergi mandi!" Alfan tak suka arahannya diingkar.
"Not until Adah dengan Dilah naik!" Dyla menepis genggaman Alfan di lengan dan terus menghulur tangan untuk membantu Saadah dan Adilah. Alfan gigit bibir bawah.
Nak tak nak dia bantu juga dua orang kawan Dyla hingga mereka naik.
"Kak!" jerit Amani. Meminta tolong.
"Kejap!" jeritan di balas jeritan. Lengan Dyla sudah sakit. Alfan sedar perubahan muka Dyla. Mesti menahan perit.
Tangan di hulur buat kali ketiga untuk Amani. Alfan tolak tubuh Dyla ke belakang.
"Pergi mandi!" kasar tolakan itu. Alfan terus hulur tangan Amani untuk membantu. Dyla terkebil-kebil.
"Mandi!" tempik Alfan. Pelajar lain tidak menghiraukan mereka berdua kerana masing-masing mahu selamatkan diri dari didenda. Siapa yang lambat akan didenda. Janji Amir.
Dyla terus bangun untuk melangkah ke bilik mandi.
"Abang Alfan akan tolong Amani, okay?" Dyla serba salah untuk meninggalkan gadis itu. Amani mengangguk.
Separuh jalan, Dyla berhenti berlari. Lutut yang luka tadi terasa sakit. Dia berpatah kembali. Kelibat Amani dengan Alfan kelihatan sedang berlari.
"Orang suruh mandi kan?" Alfan dengan dahi berkerut. Dyla lega.
"Awak ingat senang nak tinggalkan kawan kita kat belakang sorang-sorang?" Dyla menarik tangan Amani.
"Tapi senang tinggalkan kekasih sorang-sorang kat belakang." Alfan bersuara. Dyla terkejut.
"Apa maksud awak?"
"Apa?"
"Macam mana awak tahu?"
"Kau yang bagi tahu. Kau pernah permainkan hati orang, kan?"
Amani sudah jauh ke depan. Justeru itu dia tak dengar panggilan aku-kau dari Alfan. Dyla ketap bibir.
"Pergi mandi cepat." Alfan langgar bahu Dyla hingga membuatkan tubuh gadis itu ke belakang sedikit. Lututnya bertambah perit.
SELESAI mandi, Dyla membelek lutut kirinya. Luka yang tadi sedikit menjadi lebih besar. Mungkin kerana lututnya terkena benda asing di dalam longkang tadi. Ditambah pula aktiviti-aktiviti lasak yang lain.
Dia membalut lututnya dengan bandage yang dia minta dari Liyana.
"Kaki akak kenapa?" Amani menegur. Dyla lekas-lekas tarik seluar ke bawah.
"Scratch sikit."
"Tapi kenapa sampai berbalut dengan bandage?" Amani merapati.
"Takde apalah. Sikit aje."
"Cuba Amani tengok." Amani menyelak seluar Dyla. Takkan nak tepis serta-merta? Nampak sangat kurang ajar di situ. Akhirnya Dyla membiarkan.
Balutan bandage dibuka. Turut sama yang terbuka adalah mulut Amani.
"Besarnya luka akak! Kenapa ni?"
"Terlanggar benda dalam longkang tadi kot."
"Akak boleh jalan tak?"
"Boleh aje. Amani, dah pukul berapa?"
"Satu setengah. Akak! Kita dah lambatlah!" Amani kelam-kabut. Dyla telan air liur.
"Amani pergi dulu. Nanti akak follow." Dyla balut kembali lukanya.
"Akak tak tinggal Amani tadi, takkan Amani nak tinggal akak?" bibir gadis itu mengukir segaris senyuman.
"KENAPA lambat?" herdik Amir. Dyla diam. Amani di sebelah turut sama menunduk. Alfan pusing ke belakang. 'Orang lain dah habis solat, baru dia orang nak datang?'
"Saya dah bagi tahu kan, jangan lambat!" tinggi suara Amir. Amir pandai jaga bahasa. Bila hanya berdua dengan teman-teman yang dia kenal, aku-kau menjadi bahasa diri. Tapi bila formal, dia menggunakan awak saya.
"Maaf." Dyla bersuara lemah.
"Awak berdua akan didenda. Cuci pinggan semua orang lepas makan tengah hari nanti!"
Alfan hanya memerhati dari jauh. Tidak terniat untuk membantu.
DYLA ketawa dengan Amani sambil mencuci pinggan. Entah apa yang kelakar, Alfan pun tak tahu. Adilah dan Saadah diberi amaran supaya tidak membantu teman sekhemah mereka.
"Bibir akak pucat." Tegur Amani.
"Eh?" Dyla menyentuh bibirnya.
'Sentuh-sentuh bibir pula dia.' Rengus Alfan.
"Dyla, maaflah menyusahkan kau." Ikram letak pinggan ke dalam besen.
"Salah aku juga."
"Nak aku tolong cakap dekat Amir ke?"
"Kawan pun, kalau langgar perintah kena denda juga."
"Kau letih sangat ke Dyla? Muka kau pucat." giliran Ikram menegur.
"Takdelah. Aku okay." Dyla ketap bibir.
PETANG itu, mereka dibenarkan untuk berehat bersama-sama. Sungai menjadi tempat lepak mereka. Gelak tawa hingar.
Dyla celup kaki dalam sungai. "Sejuk gila!"
"Kalau tak sejuk..." suara Fariz kedengaran.
"Bukan sungai namanya!!" Haikal menyambung. Tawa pecah lagi.
Terus Dyla menepis air dari tepi sungai ke arah mereka.
"Apa ni? Apa ni? Kau nak main water fight? Fine! Let the war begin!" jeritan Ikram membuatkan semula pelajar turut serta. Perempuan versus lelaki.
Alfan takde tempat lain untuk mendaratkan pandangannya. Hanya pada Dyla. Entah apa jadi dengan syarikat, dia tak tahu. 'Abang ada, takpe.' fikirnya.
Melihatkan tawa Dyla, Alfan jadi sakit hati. 'Perempuan tu tak boleh gembira!' Entah kenapa dia begitu membenci senyuman gadis itu. 'Macam mana dia boleh ketawa, dia boleh senyum kalau sebelum ni dia pernah permainkan hati orang? Macam mana perempuan ni boleh hidup dengan permainkan hati orang?'
Alfan tak boleh cerna. Kerana pada dia, menyakiti hati seseorang itu adalah silap paling besar sekali.
Sewaktu ayah meninggalkan dia dan abangnya, hidupnya terumbang-ambing. Kehilangan ibu sewaktu kecil sudah cukup menyeksakan. Ditambah pula dengan ayah yang pergi kepada wanita lain. Membiarkan anak diuruskan bapa saudara.
Sebelum pemergian ayah buat selamanya, harta sudah diberikan. Amanah dijelaskan. Hanya Alif yang berada dengan ayahnya ketika saat genting. Sedangkan dia di Ireland menempuh peperiksaan.
Berapa kali harus dia ditinggalkan? Orang yang meninggalkan orang lain ni, macam Dyla ke? Sentiasa ceria dan bahagia?
"Abang Alfan! Jomlah join kita orang." Ikram tolak rambut basah ke belakang.
Dyla tidak mahu menoleh melihat lelaki itu sudah mencecah kaki masuk ke dalam anak sungai. 'Pedulikan dia.'
"Walaupun Dyla tunang abang, I guess abang kena buat fair game kan?" Alfan masuk ke belah lelaki. Dyla lirih hujung mata. 'Kisah pula aku? Bila entah aku jadi tunang dia?'
Alfan memulakan peperangan. Air sungai ditepuk kuat menumpu ke arah Dyla. Habis lencun gadis yang duduk di atas batu itu. Dyla mencebik dengan gigi diketap.
"Maknanya saya pun tak perlu pilih kasih lah kan?" suara Dyla lantang. Alfan sengih sinis sambil menjungkit bahu. Dyla masuk ke dalam sungai. Suku badannya ditenggelami air.
Air ditepuk kuat hingga naik ke rambut Alfan. Giliran Dyla tersenyum puas.
"Seri." ujar Dyla sambil menjeling.
Terus pelajar lain riuh dan tangan mereka mula menyerang dengan menepuk air. Gelak tawa mereka bergema di dalam hutan.
DYLA naik ke permukaan. Bibirnya yang pucat diketap rapat. Sejuknya air sungai, terasa sampai ke tulang! Dyla mencapai tuala yang disangkut di atas dahan pokok berdekatan.
Usai mengelap mukanya, dia berselubung di dalam tuala itu. Sejuk!
"Cepatnya kau naik! Surrender dah?" jerit Ikram dari bawah.
Dyla senyum. Alfan curi pandang.
"Letih." lantang suaranya.
"Puihh! Bukan kau perempuan paling kuat ke?" sindir Ikram.
Dyla hanya senyum. Dia duduk mencangkung. Lutut terasa perit sangat. Macam terkoyak pun ada. Dyla peluk lututnya. Dia kemudian bangun apabila lututnya terasa tak selesa.
Jalan selangkah, kemudian dia berhenti. Selangkah lagi, dia berhenti. Makin sakit pula lututnya. Alfan kerut dahi melihat Dyla terhincut-hincut.
"Amani, Dyla kenapa?" Alfan mendekati Amani yang galak sekali tawanya di atas batu.
"Kak Dyla? Kenapa dengan dia?" Amani tak faham.
"Tadi kau orang lambat masuk Zohor kenapa? Kaki dia sakit ke?"
"Oh. Haah. Besar juga luka dia. Tapi dia asyik kata tak apa."
'Luka?'
"Macam mana boleh luka?" Alfan risau.
"Entah. Kak Dyla tak nak bagi tahu." Amani jungkit bahu.
Terus Alfan naik ke permukaan. Dengan lencun-lencun macam tu, dia terus mengejar Dyla. Lengan Dyla direntap kuat. Terkejut dibuatnya. Bulat mata Dyla.
"Kenapa dengan kaki tu?" tanya Alfan dengan nada menahan marah.
"Takde kaitan dengan awak pun lah." Dyla tarik tangan. Kakinya cuba melangkah. Sekali lagi lengannya direntap.
"Aku tanya, kenapa dengan kaki tu?!" keras suara Alfan kali ini.
"Saya cedera ke, saya penat ke, saya menangis ke, takde kena-mengena dengan awak." Dyla tenung mata hitam Alfan. Tepat!
"Kau tunang aku. Ingat!"
"Bila masa pula saya jadi tunang awak?!" suara Dyla turut meninggi. Bibir yang pucat dipandang redup Alfan. Dia telan air liur.
"Kau dah terima lamaran aku. Sah kau tunang aku dan haram dipinang lelaki lain!" tegas Alfan.
"Kata siapa? Hm? Kata siapa?!" Dyla fikir lelaki itu gila.
"Bila seorang perempuan menerima lamaran seorang lelaki, sah dia menjadi tunang. Sebab makna pinang dari segi syarak itu sendiri lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan perempuan itu dan perempuan itu menerima."
Dyla ketawa sinis. "There's no ring and family involved. Macam mana boleh awak kata kita dah bertunang?"
"Cincin itu adat. Family itu semua adat. This's about you and me. Ini bukan marriage. Ini engagement. Janji dua manusia. Aku waras, kau pun jawab dalam keadaan waras."
"Well that's because you force me to!"
"You do have a choice. Dan kau pilih untuk terima. Kau boleh aje tolak, kan?" Alfan buat muka tak bersalah.
"And I have to face consequences lain yang awak buat, kalau saya terima, aite?"
Alfan jungkit bahu. Pegangannya dilepaskan. "Terpulang pada kau boleh terima atau tak consequences tu."
"Awak manusia paling kejam."
"Dan kau tak rasa kau pun sama kejam?"
"Kejam for what?!" nada Dyla naik semula.
"Permainkan hati orang lain."
"Itu zaman waktu saya kecil. Tak matang. And that's some kind of puppy love." tegas Dyla.
"Tak rasa bersalah ke?"
"Awak ni siapa sebenarnya?" Dyla ragu. 'Kenapa kau seakan nak balas dendam dengan apa yang aku pernah buat?'
"Sebab aku pernah rasa macam mana perasaan ditinggalkan. Dan sebabkan kau, aku rasa balik sakit tu!"
"It's not my fault awak ditinggalkan. Itu hal awak dengan orang yang tinggalkan awak. Bukan saya. Silap saya cuma bangkitkan isu tu. Itu sahaja!"
"And kau langsung takde rasa bersalah?"
"For what?!"
Alfan ketap gigi. Tidak mahu membalas. Kerana gadis di hadapannya ini tidak akan pernah memahami. Dia menuduk dan menyentuh lutut Dyla hingga gadis itu menyeringai kesakitan.
"Sakit?" Alfan mendongak.
"Boleh tak awak jangan ada depan saya? Lagi sakit hati saya tengok awak." Dyla menolak tubuh Alfan ke belakang hingga lelaki itu jatuh terduduk.
Dyla meneruskan langkah terhincut-hincut. Sakit macam mana pun, dia rasa lebih selamat dia duduk dalam bilik air. Hanya tempat itu yang lelaki gila ni tak boleh masuk.
"MALAM ni kita barbeque!" Amir menyorak. Disahut pula dengan pelajar-pelajar lain. Masing-masing ceria. Hanya Dyla sahaja yang duduk di dalam khemah. Seluar disentengkan hingga ke paha. Membiarkan luka dalam itu kering.
"Tak kena infection ke kak?" Amani masuk ke dalam khemah.
"Kak Adilah dengan Saadah mana?"
"Ada kat luar. Dia orang nak siapkan barang untuk BBQ."
"Oh.." Dyla pandang kembali lukanya. Amani duduk di sebelah. Tangannya memerah kain bersih yang terendam dalam air panas. Kemudiannya dia lap pada lutut Dyla.
"Thanks." senyum Dyla.
"Amani tengok akak macam stress aje. Kenapa?"
'Stress? Aku dah gila tahu tak.'
"Takde apa."
"Muka akak pucat betul."
"Akak letih kot. Sebab dah lama tak join camping."
"Tapi luka akak ni dalam lah. Akak langgar apa ni?"
"Akak jatuh pagi tadi. Kemudian buat aktiviti lasak lagi. Lutut ni asyik bergesek dengan tanah. Time dalam longkang tu, ada terlanggar benda dalam air tu. Entah apa dia, akak pun tak tahu."
"Sepatutnya akak dah tahu luka tu, janganlah main benda-benda macam tu lagi. Akak boleh dikecualikanlah."
"Rugi lah kalau akak tak join buat aktiviti sedangkan orang lain buat."
"Hmm. Akak ni degil tau." Amani selesai membersihkan luka Dyla.
"Nak plaster pun tak boleh. Luka akak ni panjang sangat. Bandage ada, akak nak?"
"Tak payah lah. Satu hari ni dia berbalut aje. Akak nak biar macam ni, nak bagi kering."
"Macam mana akak nak keluar nanti?"
"Akak tak join kau orang. Akak nak tidur lah. Letih sangat."
"Hish, akak tak makan lagi ni! Mana boleh tidur aje."
"Akak tak apalah."
"Nanti Amani bawakan makanan untuk akak eh?"
"Okay." Dyla senyum hambar. Amani bantu untuk membaringkan Dyla. Luka di lutut ditutup dengan kain batik. Tidak mahu Adilah mahupun Saadah nampak.
"DYLA mana?" Alfan mencari-cari kelibat Dyla. Adilah toleh kiri dan kanan. Penyepit di tangan masih berada di dalam pegangan. Tugasnya untuk membakar daging.
"Adah, Dyla mana?" soalan yang sama ditanyakan kepada Saadah.
"Entah. Amani, kak Dyla mana?"
"Kak Dyla? Dalam khemah." jawab Amani jujur.
"Dia buat apa dalam khemah?" Alfan mendekati Amani.
"Tidur. Muka dia pucat gila. Dengan luka kat kaki dia lagi." Alfan terus berlari menuju ke khemah Dyla. Amani tak sempat nak menghalang. Kakinya turut sama dihayun mengikuti jejak langkah Alfan.
Zip khemah dibuka. Dyla yang sedang tidur berbalut tuala di tubuh dipandang Alfan. Amani garu kepala.
"Abang Alfan, akak Dyla tak pakai tudung." tegur Amani.
Alfan kembali menapak ke belakang.
"Kejutkan dia." arah Alfan. Matanya dipandang ke pokok besar. Amani patuh. Dia masuk ke dalam khemah dan menggerakkan tubuh Dyla beberapa kali. Tapi Dyla tetap tidak sedar.
"Kak Dyla? Kak Dyla?" panggil Amani beberapa kali. Alfan cuba menjenguk tapi tubuh Amani menghalang kepala Dyla.
"Dyla kenapa?"
"Abang Alfan, kak Dyla tak sedarlah. Badan dia panas." Amani tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
"Ha?" Alfan buntu. "Pakaikan dia tudung."
Amani menarik tudung sarung dari beg Dyla di kaki dan menyarungnya selembut mungkin di kepala Dyla.
"Dah." kata Amani.
"Keluar. Biar abang angkat dia." giliran Alfan masuk ke dalam khemah. Tubuh Dyla dicempung. Bibir gadis itu pucat tidak berwarna. Alfan membawa keluar Dyla dari khemah dan dia menuju ke biliknya.
Kain batik yang menutup luka Dyla terjatuh. Kaki Dyla terdedah. Lantas Alfan telan air liur.
"Amani, tolong angkat kain batik ni." Amani bagai budak suruhan, lakukan apa sahaja yang dipinta. Sempat Alfan mengerling luka di lutut Dyla.
'Perempuan ni gila.'
"Kenapa ni?" Liyana pelik melihat Alfan yang tergesa-gesa ke chaletnya.
"Kak Dyla pengsan. Badan dia panas." jawab Amani.
"Abang bawa dia ke bilik abang. Lebih selesa. Jangan risau, Amani ada." suara Alfan Liyana mengangguk.
"Kejap lagi Yana bawa ubat." Liyana mendapatkan Amir.
BERPELUH-PELUH Dyla. Sesekali dahinya berkerut. Amani sudah lama terlena di sebelah Dyla. Alfan tidak buat apa. Hanya memandang kosong muka Dyla yang seakan menahan sakit.
Lutut Dyla sudah dibubuh ubat kuning dan seluarnya masih terlipat hingga ke paras paha. Cuma ianya ditutup dengan kain batik di atas.
"Sakit?" tanya Alfan rendah.
Dyla masih tidur dengan tudung di kepala.
DYLA terjaga jam 4 pagi. Kepalanya terasa sedikit sakit. Lampu tidur yang berwarna oren menarik minatnya untuk dipandang. Lantas pandangan itu tersorot pada lelaki yang tidur di atas kerusi tidak jauh darinya. Di sebelahnya pula ada Amani. Lena tidur gadis itu diulit mimpi.
Dyla baru sedar kakinya tidak berstokin. Tidurnya tadi tidak bertudung. Dia menyelak kain batik. Lipatan seluar masih di tempat yang sama. Lelaki itu nampakkah?
Malu.
Dyla bangun dari katil. Perlahan-lahan dia keluar dari chalet lelaki itu. Meninggalkan Amani sendirian dengan Alfan.
'Maaf. Akak cuma tak boleh nak pandang muka lelaki tu. Langsung tak boleh.' Nak dikejut, terasa kasihan. Ada juga perasaan takut kalau Alfan turut sama terjaga jika dia mengejut Amani.
Dyla kembali ke khemah.
"Dyla." suara Adilah serak.
"Hm. Tidurlah."
"Kau dari bilik abang Alfan?"
"Hm.."
"Amani mana?"
"Dia tidur lagi. Tak sampai hati nak gerak."
"Kau tinggalkan dia berdua dengan abang Alfan?"
Dyla senyap. "Kau boleh tolong kejutkan Amani tak?"
Adilah pandang sepi. 'Apa sebenarnya hubungan Dyla dengan abang Alfan?'
yeah! tak sabar nye
ReplyDeleteAlfan nie dengan Alfan yang Dyla game kan tu macam orang yang sama jer.
ReplyDelete