Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, October 28, 2011

BMW 11

“Assalamualaikum!” laung Datin Hanani dari luar pintu rumah yang tidak berkunci. Keretanya sudahpun diparkingkan di bawah garaj yang kosong. Datin Hanani melucutkan kasutnya apabila pintu rumah terbuka luas. Kelihatan wajah Elman yang pucat di hadapan pintu sambil menghadiahkan segaris senyuman.

“Waalaikumussalam. Masuk la umi.” Jawab Elman sambil mempelawa ibu mertuanya masuk ke dalam rumah.

“Pucatnya muka kamu! Pergi klinik dah?” soal Datin Hanani sambil memegang pipi Elman. Elman tersenyum lagi.

“Okey je umi. Takpe. Hannah ada. Boleh tolong jaga.” Elman dan Datin Hanani bergerak menuju ke ruang tamu.

Datin Hanani mengambil tempat di sofa putih mewah itu.

“Pucat sangat muka kamu tu. Macam nampak hantu je gayanya. Hannah mana?”

“Ada kat dapur. Siap-siap minuman.” Balas Elman.

“Eh! Tak payah susah-susah. Hannah! Umi datang sekejap je ni. Tak payah susah-susah!” jerit Datin Hanani.

“Takpe la umi. Lagipun ni kali pertama umi datang rumah kitorang. Ayah tak datang ke, umi?” tanya Elman.

“Ayah kamu busy. Banyak urusan kat syarikat dia.”

“Umi.” Hannah datang dengan sedulang air Nescafe panas.

“Lama tak jumpa anak umi!” Datin Hanani bangun dari sofa dan memeluk tubuh Hannah. Hannah menyalam tangan uminya.

“Baru tiga minggu lebih.” Ujar Hannah perlahan. Kaki yang sakit cuba ditahan. Dia berusaha berjalan dengan sebaik mungkin di hadapan uminya. Tidak mahu jika uminya risau akan dirinya.

“Umi nak pergi mana? Ke, dari mana?” soal Hannah sambil mengambil tempat di sisi uminya. Elman turut sama menyertai perbualan Hannah dan uminya.

“Umi nak pergi pasar ni. Singgah kejap sini. Rindu dengan anak umi! Dah la kamu tu anak tunggal umi.”

Perbualan berpanjangan untuk setengah jam. Lantas menyedari keterlanjuran mereka bersembang, Datin Hanani meminta diri untuk pulang. Sempat Hannah melepaskan rindu dengan memeluk kuat tubuh uminya.

Elman yang memandang pelukan uminya dan Hannah, tiba-tiba meresap satu perasaan cemburu! Dengan aku, tak nak pulak dia peluk bila aku nak pergi kerja! Isteri apa la ni?

“Umi balik dulu la ye.” Datin Hanani terus keluar dari rumah itu. Hannah menanti di pintu utama sambil melambai-lambai ke arah uminya.

“Kaki kau dah tak sakit ke?” soal Elman dari belakang. Hannah lantas menoleh.

“Sikit je.” Hannah kembali jalan berjengket-jengket. Sakit yang bukan kepalang ditahan dari tadi tidak mampu dilindungi lagi.

Elman mengeluh perlahan lantas berjalan laju mengekori Hannah. Tubuh Hannah dicempung dan diletakkan di atas sofa.

Hannah terkesima. Elman duduk di atas lantai sambil mengurut kaki Hannah. Hannah membuang pandang ke tempat lain. Dia tak nak air matanya gugur buat kali kedua mengingati kisah lampau.

“Dah tau sakit, jangan paksa diri.” Ujar Elman perlahan.

“Abang Elman tu pun demam. Kaki Hannah sakit sikit je. Pergilah tido.” Balas Hannah rendah.

Hannah kembali memandang Elman yang leka mengurut kakinya. Rambut yang jatuh di dahi Elman dipandang Hannah.

“Abang Elman nampak pucat. Pergi la tido.” Sambung Hannah.

“Aku okey.”

“Tapi muka Abang Elman...”

“Aku okey la! Kau tak payah sibuk pasal aku.”

“Hmm..”

“And lagi satu! Just forget what had happened this morning.”

“Okey.”

Apabila Elman selesai mengurut, dia bangun dari lantai. Wajah yang pucat bercampur masam diperhatikan Hannah.

“I won’t see Hani ever again.” Terus Elman berlalu pergi naik ke biliknya. Hannah terpinga-pinga. If that so.. Hannah mengeluh dalam hati.

Telefon bimbit Elman yang tertinggal di ruang tamu kedengaran berbunyi. Hannah melihat siapa gerangan si pemanggil. Tiada nama yang tertera. Siapa?

“Hello, assalamualaikum.” Jawab Hannah.

“Hello! Hey! Mana Elman?! Yang kau menggedik angkat call aku kenapa?” soal Hani garang.

“Hani?” Hannah berfikir sejenak. Nombor baru ke? Kenapa Elman tak simpan nombor Hani.

“Maaf la ye. Abang Elman...” tak sempat Hannah menghabiskan kata-kata, Elman terus merampas telefon bimbitnya daripada Hannah.

“Don’t you ever call me again! You and I, are over!” kuat suara Elman memarahi Hani.

“Sayang, let me explain!” Hani masih merayu.

“I don’t need your explaination!” Elman mematikan talian terus.

“You! Don’t you dare touch my phone ever!” Elman terus berlalu apabila selesai menjerit di hadapan Hannah.

Giliran telefon bimbit Hannah nyaring berdering. Elman mematikan langkah. Hannah memandang skrin telefon bimbitnya. ARIF? Hannah memandang Elman yang mengerlingnya tajam.

Tetap, panggilan itu dijawab. Elman seolah-olah menghantar amaran pada pandangannya kepada Hannah, tapi sengaja Hannah buat tidak faham.

“Assalamualaikum.” Sapa Arif.

“Waalaikumussalam.” Jawab Hannah.

“Hannah, saya tau saya tak patut call awak. Tapi there’s something I’ve to tell you. Can we meet?”

“Jumpa? Bila?” soal Hannah takut-takut.

Elman meluru ke arah Hannah. Telefon bimbit itu dirampas. ARIF?! Elman melekapkan telefon bimbit itu ke telinganya.

“Hannah tak boleh jumpa kau. Kau ni tak faham ke? Bini orang pun kau nak kacau!” bentak Elman. Hannah kaget. Apa ni! Main redah kacau perbualan orang. No manners betul!

“I won’t allow her to see you! Never!” bentak Elman lagi.

“Elman! I need to see her! I’ve to tell her something!” pinta Arif.

“For what?! What did you wanna tell her? Tell me now!”

“I need to see her!”

“Never!” Elman terus mematikan talian. Telefon itu diserahkan kembali kepada Hannah. Hannah terkedu.

“Abang Elman!” Hannah menjerit apabila Elman sudah mengangkat kaki ingin pergi dari ruang tamu.

“You’re ruining my life!” air mata Hannah menitik.

“You can’t do this.” Sambung Hannah.

“You said that you’re fine if I seeing him!”

Elman kembali menoleh.

“Dulu. But now, I won’t!” Elman berkeras.

“Jangan disebabkan Hani, Hannah pun kena tempias! Hannah ada kehidupan Hannah sendiri!” dada Hannah berombak.

“Your life is with me! Selagi aku tak failkan cerai, kau isteri aku! Selagi aku suami kau, act like my wife!” tinggi suara Elman. Bibir Elman yang pucat dipandang Hannah. Sungguh dia benci lelaki ini!

Air mata Hannah makin laju.

“I can’t live with you anymore.” Suara Hannah mendatar. Dia terus naik ke bilik Elman dengan berjengket-jengket. Beg pakaian dikeluarkan dari almari. Baju-bajunya dimasukkan ke dalam beg pakaian. Air mata dikesat.

Elman yang turut mengekori Hannah kaget melihat tindakan Hannah. Elman terpaku di hadapan pintu biliknya. Selesai berkemas, Hannah yang masih bertudung terus keluar dari bilik Elman.

“Nak pergi mana?!” marah Elman.

“Out! Out from your life!” Hannah menyarung kasut. Kunci kereta yang berada di dalam beg tangan sudah dikeluarkan.

Lengan Hannah digenggam Elman.

“You can’t go out!” arah Elman. Hannah memandang Elman dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.

Hannah meletakkan begnya ke bawah.

“Hannah tau silap Hannah pasal kemalangan Aiman. Tapi Hannah pun ada kehidupan Hannah! Hannah tak boleh terus menerus menyalahkan diri sendiri! Hannah tak kisah kalau Abang Elman nak hina, nak seksa Hannah macam mana pun. Tapi please, not my life!” Hannah menepis kuat jemari Elman.

Hannah mengangkat semula beg pakaiannya dan berkira-kira ingin keluar dari rumah itu.

“Hannah Damia!” jerit Elman. Hannah tidak mahu menoleh lagi.

“Stay! Stay with me. At least for a month.” Elman menunduk. Hannah mematikan langkah.

“I promise you. I will never-ever-again! Disturb you personal life. Just stay with me for a moment...” Perlahan suara Elman. Hannah menoleh.

“For Aiman!” segera Elman melengkapkan kata-katanya. Tidak tahukah seorang manusia itu, kalau ego menguasai diri ia akan dapat memusnahkan kehidupan mereka? Sepatutnya, manusia perlu menepis sikap egonya untuk hidup dalam kehidupan normal yang harmoni! Buang sifat ego!

“For Aiman.” Perlahan suara Hannah mengulang kata-kata terakhir Elman. kepalanya ligat memikirkan kejadian 12 tahun lalu. Aiman, Kak Hannah mintak maaf.

Hannah kembali masuk ke dalam rumah itu. Entah kenapa Elman ingin tersenyum. Namun cepat-cepat dia berdehem bagi menghilangkan senyuman itu.

“Bak telefon bimbit kau.” Pinta Elman. Hannah terpinga-pinga. Namun diserahkan jua telefon bimbitnya kepada Elman. Entah apa yang Elman lakukan, dia tak pasti.

Elman mencari nombor telefon Arif. segera dia menghantar nombor itu melalui pesanan ringkas, SMS ke telfon bimbitnya. Sent message yang baru dia lakukan tadi dibuang.

“Nah!” Elman menyerahkan kembali telefon Hannah. Elman menuju ke dapur. Sempat dia menoleh.

“Tak payah dah tido kat bilik bawah. Tido je bilik aku. Nanti kalau sesiapa datang, susah pulak. Sampai meletup kaki kau nanti nak ubah barang-barang kau. Aku jugak yang susah nak kena urut kaki kau.” Sinis kedengaran suara Elman.

Hannah memandang belakang tubuh Elman dengan geram. Bilik atas ada dua! Takkan nak kena tido sebilik dengan mamat ni jugak? Menyusahkan.

Hannah naik ke bilik Elman dan menyimpan kembali baju-bajunya. Elman di dapur dengan segera mendail nombor Arif.

“Hello!” sergah Elman.

“Assalamualaikum.” Arif menjawab. Sengaja dia mengenakan Elman. Dia kenal suara lelaki yang baru sahaja menengkingnya!

“Apa-apa je la. Aku nak jumpa kau sekarang.” Setelah memberi katap utus di mana mereka ingin berjumpa, Elman mematikan talian. Elman menjelir lidah tanda geli. Macam budak-budak pulak gayanya.

“Hannah!” Elman yang terserempak dengan Hannah di ruang tamu menegur.

“Bukan sepatutnya kita tka berjumpa ke dalam rumah ni?” soal Hannah pelik. Dulu bukan main lagi syaratnya. Pelik-pelik je.

“Ha? Ah! Lupakan syarat tu. Yang penting sekarang ni, breakfast aku, lunch, and dinner aku. Tolong siapkan. Breakfast pukul tujuh sharp. Lunch pukul dua belas setengah. Dinner pukul lapan.” Arah Elman.

“Bukan waktu lunch, Abang Elman ada kat office ke?”

“Aku balik la nanti!”

“Okey. Pukul enam pagi, Subuh sama-sama. After lunch, Zohor sama. Balik kerja, Asar sama. Sebelum dinner, Maghrib sama. Lepas dinner, Isyak sama. Okey?” soal Hannah. Elman terkedu. Solat aku pun tunggang terbalik.

“Whatever. Sekarang ni, aku nak keluar kejap jumpa musuh.” Elman terus keluar. Kunci kereta dicapai di balik pintu. Kereta milik Elman terus memecut laju meninggalkan kawasan rumah mereka. Hannah menggeleng.

Kenapa Abang Elman berubah sangat eak? Aku pun dah banyak berubah. Makin lama, aku makin kasar. Takde dah perkataan lembut dalam kamus hidup aku. Huh! Aku rasa kalau aku masih berlembut dengan dia ni, alamatnya kena teruk la aku lepas ni.

Hannah terus ke dapur untuk menyiapkan apa yang patut. Telefon yang kembali berdering, dikeluarkan dari poket baju kurungnya. EMILY!

“Assalamualaikum!” girang suara Hannah menyapa Amalina.

“Waalaikumussalam. Weh! Kerja yang Prof bagi dah siap?” Amalina cakap dah macam peluru machine gun. Lajunya mengalahkan roket.

Perbualan Hannah dan Amalina berlanjutan. Bukan takat kerja universiti je, habis semua cerita nenek moyang masuk. Gelak tawa Hannah berlanjutan

5 comments:

  1. Lagi please!!!... love this...

    ReplyDelete
  2. Cite nie abis mcm nie jew kee?? Need more nak tahu kesudahan klu dh jd kn novel or what please bgtahu.... tengah best nie xkan abis please continue......

    ReplyDelete
  3. please..Buat sambungan cerita ni 😭😭😭

    ReplyDelete
  4. okay.. disebabkan sy dh baca novel ni dlu sy bgitau ending dia.. anak fist diorang mia akan kahwin.. dh tu dorg ada lagi 3 anak yg dh besar.. diorang pun hidup bahagia.. tamat😁

    ReplyDelete