Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Tuesday, November 22, 2011

KD 9

Aisyah melihat kiri dan kanannya. Pelajar-pelajar yang dia lewati memandangnya seakan ingin menelannya. Pandangan tajam yang tak mampu dia tafsirkan. Kenapa ni? Aisyah mula tidak senang duduk. Ni kalau pandang lama-lama, ada juga yang kena tumbuk free ni. Tak puas hati sangat ke kat aku, dia orang ni?

Shahran dari segera mendapatkan Aisyah dari belakang.

“Cah! Betul ke kau nak kawen dengan abang Haziq?” soalan Shahran hanya membuatkan Aisyah merengus perlahan. Sebab ni ke semua orang pandang aku pelik semacam? Mulut siapa la yang ‘baik’ sangat kasi heboh satu kampus ni?

“Mana kau dengar cerita ni?” tanya Aisyah.

“Abang Amir bagitahu. Lagipun, merata aku jalan dalam kampus ni, semua gossip pasal kau.”

“Dia orang gossip apa?”

“Dia orang cakap kau goda Abang Haziq la, kau guna-guna Abang Haziq la supaya dia jatuh hati kat kau. Ada yang cakap, kau kawen dengan dia sebab harta la. Ada juga yang kecoh kata kau pregnant anak Abang Haziq. Sebab tu kena kawen awal.”

Bulat mata Aisyah memandang Shahran di hadapannya. Mangkuk ayun punya manusia! Tak tahu ke dosa orang menabur fitnah tu lagi besar daripada membunuh?! Sampai cakap aku mengandung pula tu! Ni ada juga yang kena jahit mulut ni pakai tali tangsi ni.

“Mana kau dengar gossip tu?” tanya Aisyah dengan riak muka yang sengaja ditenangkan.

“Aku dengar kat sana.” Shahran menunjuk arah satu lorong yang dipenuhi dengan pelajar yang masih melepak menunggu waktu kelas.

“Tak kisah la apa dia orang nak cakap. Yang penting, Allah tahu.” Aisyah ingin melangkah pergi.

“Aisyah!” panggilan seseorang membuatkan Aisyah menoleh. Wajah Aisyah tidak berubah. Masih tenang seperti biasa. Tidak senyum, tidak juga masam.

“Sorry.” Termengah-mengah Haziq mengucapkan kata-kata itu.

“Kenapa perlu sorry?” Aisyah pelik.

“Pasal rumors ni.”

“Tak kisah. Lantak la apa orang nak kata. Tu bukan mulut tempayan yang boleh ditutup-tutup.” Reaksi Aisyah membuatkan Haziq tersenyum nipis. Tak salah pilihannya.

“Sumpah kau tak kisah, Cah?” Shahran mencelah. Aisyah menjungkit bahu.

“Jom la Shah. Kita ada kelas ni. Kang lambat pula. And you, I jumpa you later okay?” Aisyah hanya tersenyum ramah pada Haziq. Kenapa tiba-tiba jadi ramah pula makcik ni? Haziq berfikir sendiri.

AISYAH masih fokus pada slide yang dipertontonkan meskipun ada mata-mata yang menjeling-jeling ke arahnya. Peduli apa. Semua tu, bullshit je! Hati Aisyah membahang.

“Orang semua perhatikan kau, Cah.” Kata Zulaika perlahan di tepi telinga Aisyah yang masih memandang tepat ke arah hadapan.

“Aku tak peduli. Selagi aku tahu semua yang dia orang cakap tu salah, aku tak kisah. Yang penting mak ayah aku tahu siapa aku. Allah tahu apa aku buat.”

“Tapi kau mungkin kena panggil ke bilik kaunseling nanti kalau rumors ni tersebar luas sampai ke office.”

“So? Aku cakap je yang sebenar. Aku memang nak kawen. Dan, bukan sebab alasan lain selain aku cintakan Haziq untuk aku nikah awal dengan dia.” Aisyah kini mengalihkan pandangan tepat pada anak mata Zulaika. Zulaika terpana sebentar.

“Kau cintakan Haziq?” soal Zulaika. Payah sungguh gadis itu nak meluahkan kata-kata cinta. Boleh pula dia katakana cintanya pada Haziq sebentar tadi.

Aisyah tersedar dia terlepas kata. Malu la pula. “Pandang depan. Dengar apa yang lecturer cakap. Jangan nanti kau tanya aku pula.” Aisyah mengubah topic. Zulaika tersenyum kambing. Dah faham sangat dah dengan kawan dia yang sorang ni.

Kelas tamat lebih awal daripada jadual kerana pensyarah muda itu perlu bergegas pulang ke rumah apabila mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa isterinya. Aisyah mengemas buku-buku yang berterabur di atas mejanya.

“Aisyah.” Tiga orang gadis tidak bertudung berdiri tegak di hadapan AIsyah. Aisyah pelik.

“Kenapa?”

“You ingat orang yang pakai tudung ni baik semuanya? You silap. Even I tak pakai tudung, I masih suci. I masih jaga maruah I.” Tasya tersenyum sinis. Aisyah masih berlagak selamba. Dia menyambung kerjanya memasukkan buku ke dalam beg. Tasya yang tidak puas hati, sekali lagi bersuara.

“Berapa bulan dah you pregnant ni? Mesti you yang goda Haziq, kan?”

“Apa lagi kau nak cakap? Ada lagi nak tambah? Ada lagi fitnah yang kau nak tabur? Dipersilakan. Aku tak kisah. Sikit pun tak ganggu aku. Kau nak cakap apa pun, takkan ubah date tarikh pernikahan aku dengan Haziq.” Selamba Aisyah berkata.

“You memang tak tahu malu kan? Mencalarkan nama universiti je!”

“Kau ingat apa yang kat tuduh ni, betul semuanya? Cermin dulu diri kau. Macam mana pun, kau ingat Allah tu sentiasa memerhatikan. Tak payah nak jaja cerita aku kat orang lain. Kau tak bertudung, rambut siap berwarna karat, mata berwarna-warni, itu pun dah dosa tahu? Tambah lagi fitnah kau kat aku, sedia je la nak kena bakar dengan api neraka.” Aisyah bangun dari kerusinya.

“Perempuan murahan!” Tasya menjerit kuat. Nasib baik bilik kuliah telah kosong.

“Aku yang murah ke, kau yang murah? Tasya.. Tasya.. hang ingat hang baguih sangat?” entah macam mana loghat utara boleh tersembur keluar pun tak tahu. “ Kau ingat orang tak kenal kau? Anak ayam terhebat kat Shah Alam. Tak payah nak sok suci sangat.” Aisyah berkata perlahan. Nak sangat cari pasal dengan aku minah kerek ni.

“Keluar masuk bilik dengan lelaki berbeza setiap hari memang dah jadi rutin harian kau kan?” Aisyah menyambung. Tasya mengetap bibir.

“Kalau kau kata aku tak suci, kau dengan aku tak jauh beza. Kau makan balik kata-kata kau kat aku tadi. Kau kata aku takde maruah? Sama macam kau. Kau kata aku calarkan nama universiti? Sama macam kau. Perempuan murahan? Just like you.” Aisyah terus berlalu pergi. Zulaika menuruti langkah Aisyah yang pantas meninggalkan bilik kuliah itu. Tasya memeluk tubuh. Benci mendengar kata-kata Aisyah.

Betul ke semua orang dah tahu? Tasya menggigit bibir.

“MACAM mana kau tahu pasal Tasya?” soal Zulaika. Aisyah mengeluh perlahan. “Aku kawan dengan ex-roommate dia.” Jelas Aisyah. Zulaika mengangguk.

“Tapi kau tak pregnant, kan?” Zulaika sekadar ingin memastikan. Mati terus langkah Aisyah.

“Kau tak percaya aku?” berkerut dahi Aisyah. Tak percaya langsung, kawan sebaik Zulaika boleh meraguinya.

“Bukan aku tak percaya. Aku tanya je.” Zulaika memandang tempat lain. Tak berani bertentangan mata dengan Aisyah.

“Kau tak percaya aku..” Aisyah dapat merasakan Zulaika meraguinya.

“Aku percaya.” Zulaika cuba meraih lengan Aisyah. Namun Aisyah lebih pantas menarik. Benci pula dia melihat pandangan Zulaika.

“Aku tak perlukan kawan yang tak percayakan aku.” Aisyah lantas pergi meninggalkan Zulaika yang terpinga-pinga sendirian.

“SERONOK kan bila kena fitnah? Boleh jadi famous.” Aisyah memeluk tubuh sendiri. Kian membenci pula dia terhadap pelajar-pelajar di kampusnya.

“I’m sorry.” Haziq menyatakan kekesalannya.

“Sorry untuk apa?”

“Untuk semua ni.”

“Kenapa? You ke yang buat rumors ni?”

“Bukan I yang buat. Tapi…”

“Tapi?”

“Tapi I yang mulakan. Kalau I tak bagitahu kawan-kawan I pasal wedding ni, mesti takkan jadi macam ni.”

“La.. nak salah apanya? Memang patut bagitahu kawan you, kan? Nanti siapa yang nak datang wedding kita kalau kita tak sebarkan berita ni?”

Daripada aku kau, bertukar menjadi I you. Walaupun agak segan pada mulanya, agak kekok, tapi kini sudah terbiasa.

“I tak ambil pusing pun pasal ni.” Aisyah menyambung. Angin yang meniup kuat membuatkan tudung Aisyah terpaksa dibetulkan.

“Macam mana boleh timbul pasal kes pregnant pula?” tanya Haziq.

“Entah. Peminat you kot yang buat. Marah sebab you nak kawen dengan I.” Aisyah menjeling Haziq. Danisya yang dari tadi menanti di dalam kereta milik Haziq hanya tersengih-sengih memandang Aisyah dan Haziq yang sedang berbua di luar kereta.

Cantik akak Aisyah. Bisik hati kecil Danisya.

“Malas la nak fikir pasal ni. Nak fokus pada study je. Kalau fikir pasal benda ni, sampai kesudah tak habis.” Aisyah bergerak menuju ke kereta Haziq. Haziq hanya merenung tindakan Aisyah. Masalah yang timbul mengusutkan kepalanya.

“Danisya. Akak balik dulu ea. Suruh abang drive elok-elok tahu.” Aisyah sempat memeluk Danisya yang baru keluar dari kereta. Pipi kiri dan kanan gadis itu dicium. Aisyah sempat memberi salam sebelum menaiki kenderaannya dan berlalu pergi. Dia perlu tenang menghadapi ujian ini. Haziq juga cukup tenang menangani hal ini.

FACEBOOK Aisyah dipenuhi dengan peti masuk yang bertanyakan soalan yang sama. Benarkan dia sudah mengandung? Tak ke soalan itu terlalu biadab untuk ditanya untuk seseorang yang belum berkahwin? Aisyah langsung tidak membalas mesej mereka.

Aisyah melihat pula pada wall facebook. Ada juga yang menggunakan bahasa kias menanyakan tentang penikahannya dengan Haziq.

Nur Hazirah Adam

Kenapa kawen awal sangat? Ada reason tertentu ke? Betul ke rumors tu, Aisyah?

Farehah

Kau tutt ke Cah?

Ekin Bakri

Cah, congrats on your wedding. Kenapa cepat sangat? Btw, aku tak percaya rumors tu.

Dan berduyun-duyun lagi pelajar UiTM yang Aisyah kenali menyemak di wallnya menanyakan benda yang sama. Nak aku buat pregnancy test, lepastu post kat wall ke? Teruk betul.

Aisyah terus menutup laptopnya. Telefon bimbit berdering nyaring. Ada lagi lalat-lalat yang sibuk nak dengar berita. Aisyah mengangkat malas.

“Assalamualaikum.” Aisyah memberi salam.

“Aku ingat kau tak reti nak bagi salam dah. Tahu nak buat maksiat je.” Panas pula telinga Aisyah mendengar sindiran panas dari Akila.

“Ke kau yang tak reti hukum menjawab salam?” sinis juga kata-kata Aisyah.

“Waalaikumussalam.” Jawab Akila pantas tapi penuh dengan sindiran.

“Kenapa malam-malam call aku?”

“Aku nak tanya kau, ubat guna-guna apa yang kau guna untuk Haziq tu? Hotstuff kampus kau boleh sambar. Boleh juga aku try kat budak lain nanti.” Akila ketawa sinis.

“Aku tak guna la ubat guna-guna ni. Aku baca doa, pohon dari Allah, buat solat Istikharah, buat solat Hajat. Tu je.” Memang sengaja Aisyah mengenakan Akila.

“Oh ye ke. Solat bagai nak rak pun tak guna juga kalau asyik buat zina.”

“Tak guna juga kalau kau tunjuk baik kalau mulut asyik menabur fitnah.”

“Kau memang manusia paling tak malu yang pernah aku jumpa.”

“Buat apa aku nak malu kalau aku tak buat kerja yang tak senonoh. Sepatutnya kau yang malu sebab jaja cerita palsu kat orang. Sibuk pula kau nak ambil tahu pasal orang. Jaga tepi kain kau sendiri cukuplah. Ke kain kau tak cukup sampai kain orang pun kau nak jaga?” Aisyah terus letak ganggang. Ni baru sikit Aisyah. Baru sikit… Ujian akan lebih berat nanti. Aisyah menukar mode telefonnya kepada silent. Tidak mahu diganggu.

14 comments:

  1. thx sis~ nice en3...smbg cpt2 ek...
    sian ecah...sweet je die ngan haziq...ngee~

    ReplyDelete
  2. akhirnya..
    dh lme unnie (kakak) tggu...
    smbg lg...
    x sbr...
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam cik penulis, saya nur saya nak minta maaf pada cik penulis sbb saya tidak beberapa pasti sama ada saya pernah ataupun tidak copy dan paste karya cik penulis kerana kalau saya telah copy mungkin saya telah mendeletenya, jikalau tidak, hasil karya cik penulis insya'allah tiada dalam simpanan saya sendiri. please don't worry saya tidak hantar your karya kat mana2 jikalau saya pernah copy your karya. tetapi jikalau saya pernah copy your karya, saya nak minta maaf sangat-sangat atas kesilapan saya pada cik penulis. tolong maafkan saya. buku cinta kontrak telah pun saya beli and i enjoy reading it. again kalau saya pernah tercopy your karya saya minta maaf zahir dan batin sbb telah copy and paste your karya without your permissions

    ReplyDelete
  4. nur .. oh tak pe. :) btw, trimas sbb bli buku ain .. <3

    ReplyDelete
  5. salam , akk . bila na smbg ? hati da sarat na tahu apa yang terjadi nie. huhu !

    ReplyDelete
  6. cpat sambung kod cinta gan dia troublemaker....hehe
    cite2 nurul ain shuhada best...cinta kontrak pun best dah bnyk kli khatam....hehe

    ReplyDelete
  7. akak smbung cpt-2 yek :) x sabar da nie...

    ReplyDelete
  8. salam cerita ne sgt menarik..suke sgt2 citer cinta kontrak n bla nk smbg be my wife or dh nk kuarkn novel utk citer 2..btw cpt2 smbgkn citer KD ne yer..x saba nk tahu kesudahannya..hehehehhhehe ap2 pn adik ne mmg berbakat la dlm penulisan, akak ucpkn tahniah ye adik..... :)

    ReplyDelete
  9. hamba Allah : dlm proses la yunkk .. huu T_T .. hang kejap kepala..
    gempak : huhee .. thanxx yoww.. ^_^ .. insya Allah, ain tadek keje, ain smbung . hee.
    Iyza: berehhhh .. heee .. :P
    siti : be my wife tengah siapkan .. nk publish ,, tp taktau la jdik ke tak .. haritu file corrupt.. ,, byk hilang. about 5 bab kot. -.-'' nk karang balek emang sakit la. so decide tuka jln cite. hehe .. ni tgh memerah idea.. thanx kak :)

    ReplyDelete
  10. BEST LA CERTA NIE..
    like certa kntarak tp dlm versi lain...
    suka watak heroin y brutal tapi bertudung.. hehe :)

    ReplyDelete
  11. assalamulaikum kak, bila nak sambung balik?? dah bekarat ni adik tunggu ehehe well your story is very interesting :)

    ReplyDelete
  12. Bile nak sambong citer ni it one of my favourite love story .....

    ReplyDelete
  13. cik writer bile nk sambong ? kalau x nk smbung x yah susah2 hantar je l
    kt publisher itu pun kalau manuskrip dh siap la......

    ReplyDelete