Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Tuesday, November 1, 2011

KD 6

AISYAH berjalan selamba ke kelasnya. Sesekali bebola matanya ke kiri dan kanan mencari seseorang. Lain yang dicari, lain yang dia jumpa. Matanya tertacap pada tubuh Zafran. Aisyah langsung tidak mengendahkan Zafran! Entah kenapa hatinya langsung tak terdetik untuk tergedik-gedik pada Zafran. Wajah lain yang bermain di benaknya. Zafran yang menyedari Aisyah langsung tak menegurnya segera merapati Aisyah.

“Assalamualaikum.” Tegur Zafran. Langkah Aisyah terhenti.

“Waalaikumussalam.” Jawab Aisyah sekerat.

“Lain je gaya hari ni.”

“Lain apanya? Sama je macam hari-hari yang lain. Baju kurung, tudung, kasut, beg. Semua ada. Apa yang lain?” Aisyah mencari-cari kelibat seseorang.

Zafran yang sedar perlakuan Aisyah seakan mencari-cari seseorang menarik perhatiannya untuk bertanya.

“Carik siapa?” soal Zafran.

Anak mata Aisyah dapat menangkap seseorang yang memang dia cari! Tapi bila lelaki itu membalas renungannya, Aisyah segera berpaling ke Zafran. Sengaja Aisyah menimbulkan senyuman manis buat Zafran. Naik hairan Zafran memandang Aisyah.

Haziq dapat merasakan haba yang berlari laju di dalam tubuhnya. Darahnya naik hingga ke muka. Dengan serta-merta wajahnya berubah riak.

Tanpa berfikir panjang, Haziq mendekati Aisyah dan Zafran yang sedang berbual.

“Assalamualaikum.” Tekan Haziq. Matanya memandang Aisyah tanpa beriak. Cuba dia tahan marah di hadapan Aisyah.

“Waalaikumussalam.” Jawab Aisyah dan Zafran serentak, namun perlahan.

“Takde kelas ke?” soal Haziq pada Aisyah. Aisyah yang dari tadi menunduk terus melangut. Ni pesal pulak soal macam dia cikgu aku pulak?!

“Kau...” Aisyah tersedar kesilapannya. Zafran tak tau pasal dorang! Aisyah merenung Zafran yang meminta pengertian.

“Sayang! Haha. Ada kelas. Nak pergi la ni. Daa.. Assalamualaikum.” Aisyah segera meninggalkan mereka berdua. Niat nak carik gaduh dengan Haziq terbantut. Takkan nak malukan dia depan kawan baik dia? Tak mungkin!

Hey-hey Ecah! Yang kau kata tak mungkin kenapa? Kau makwe betul dia ke? Dia tu dah permainkan kau, still kau nak bela dia? Buat apa kau nak peduli dia nak malu ke apa ke? Yang kau gelabah macam ni kenapa?!

Aisyah menggeleng-geleng sambil berjalan laju menuju ke bilik kuliahnya. Kenapa suara-suara angle-devil dok bermain dalam kepala aku ni?!

Ecah, kalau kau suka kat dia nak buat macam mana lagi? Tu perasaan kau, kau ada hak. Lantak la kalau kau mula-mula suka kat Zafran, tapi tiba-tiba berubah angin kat Haziq pulak. Salah ke? Dah itu yang kau rasa. Perasaan macam tu bukan senang-senang nak muncul tau tak?

Satu lagi suara berkumandang dalam kepalanya.

Kau jangan dengar cakap suara tu, Cah! Kau fikir la, apa Haziq akan cakap kalau kau bagitau dia yang kau suka kat dia? Mesti dia gelakkan kau punya! Dan mesti dia cakap kau ni playgirl. Senang-senang nak tukar hati kau.

Ecah, kau tak boleh macam tu. Kau tak boleh bagi emosi kau yang mengawal perasaan kau bila masuk part ni. Kau kena ikut kata hati kau. Pedulikan apa pun orang nak cakap. Kalau kau suka dia, yakin dia boleh pimpin kau, go for it! Mungkin Zafran bukan yang terbaik untuk kau.

“Ahhh!!!!!!!!!!!!! Boleh tolong senyap tak?!” jerit Aisyah tiba-tiba. Orang yang berlalu di ruang legar terkejut apabila Aisyah menjerit dengan kuat sambil memegang kepalanya.

Apabila Aisyah tersedar, dia memandang kiri dan kanannya. Manusia-manusia yang terkejut memandangnya dengan hairan. Aisyah dengan tak tau malunya, terus membalas pandangan mereka dengan pandangan yang tajam.

“Apa?! Tak pernah tengok orang jerit ke? Tension tau tak?! Tension!” Aisyah terus menghentakkan kakinya menuju ke bilik kuliah. Pelajar lain mula mengutuk-ngutuknya dari belakang.

“ZAF, aku nak cakap sikit dengan kau.” Haziq menarik lengan Zafran. Zafran hanya mengikuti Haziq ke mana pun kawannya itu membawanya.

“Kenapa?”

“Aku nak mintak tolong dengan kau.” Serius Haziq berkata.

“Apa?”

“Aku sukakan Aisyah.” Haziq melepaskan apa yang sebelum ini dia takut untuk katakan. Zafran terkedu.

“Then? Bukan dia makwe kau?”

“Actually, dia bukan girl aku.” Tajam pandangan Haziq menikam anak mata Zafran. Dari A hingga Z, Haziq menerangkan apa yang sebenarnya. Tapi dia tidak sesekali memberitahu Zafran kenapa Aisyah bersetuju untuk menjadi pasangan palsunya.

Zafran yang mendengarnya kaku sebentar. Tiba-tiba dia seakan tekad. Dia membalas pandangan mata Haziq.

“Then, we have to fight.” Kata Zafran dengan nada datar. Haziq terkejut.

“Aku pun dah mula suka kat dia. Means that, samada dia jadik milik aku, atau kau.” Sambung Zafran.

“Kenapa mesti Aisyah?!” soal Haziq tak puas hati.

“Kenapa mesti dia? Dia seorang perempuan yang unik, pelik dan sangat-sangat menonjol. Kau rasa, dalam seribu orang, wujud ke perempuan macam dia? Yang langsung tak fikir apa pandangan masyarakat pada dia. Perempuan sekarang, tiap langkah, tiap apa pun yang dorang buat mesti dorang akan fikir kesannya pada masyarakat. Apa yang masyarakat akan cakap pasal dorang. Am I right? Tapi Ecah lain.” Zafran dengan penuh tenang membayangkan tingkah Aisyah.

“Dia, aku punya! Kau nak fight? Kita fight.” Haziq menyahut cabaran Zafran.

“Deal.” Zafran menghulurkan tangannya kepada Haziq, namun tidak bersambut. Haziq terus meninggalkan Zafran yang tersenyum sinis.

Kalau macam ni la perangai kau, dengan ego kau tu, siapa pun takkan lekat dengan kau. Zafran berkata sendiri.

“PA, Haz nak kawen.” Putus Haziq. Semua yang berada di meja makan tersedak mendengar kata-kata Haziq.

“Seriously?” papanya menyoal kembali.

“Seriously.” Jawab Haziq tegas. Danisya memandang abangnya yang begitu tekad dengan kata-katanya.

“Dengan siapa?” soal mamanya pula.

“Aisyah Dania.”

“Siapa tu?” papanya menyoal.

“Student satu uni dengan Haz. Dia pun amek bisnes.”

“Anak Dato’ mana?” soal Hanis.

“Anak orang biasa.”

Terkejut keluarganya yang berada di meja makan. Papanya merenung mamanya. Begitu juga sebaliknya. Danisya memandang abangnya pelik.

“Bukan abang suka Kak Ann?”

“Not anymore.”

“Ma tak setuju.”

“Ma..” papa Haziq memandang wajah isterinya yang berkerut.

“Ma setuju or tak, Haziq still akan minang dia.” Terus Haziq meninggalkan meja makan. Mamanya terkejut melihat ketekadan anaknya. Tak pernah-pernah Haziq setekad ini.

“Ma, Esya rasa abang memang tengah in love. And I bet dia kena struggle dapatkan Kak Aisyah as soon as possible. Maybe if abang tak dapatkan dia cepat-cepat, ada orang lain yang akan sambar Kak Aisyah.” Panjang Hanis berceloteh.

“Tapi dia anak orang kebanyakan.” Mamanya masih tak puas hati.

“Ma! Harta tak bawak masuk kubur la.” Papanya membela.

“Mana mama nak letak muka kalau dorang kawen?”

“Nak malu apanya ma? Kalau orang membeza-bezakan pangkat, ma lawan balik. Ma cakap la ma tak kisah langsung. Ma cakap kat mak datin yang dok menayang gelang emas paras bahu tu, harta tak boleh bawak masuk kubur. Kalau mama nak abang kawen dengan orang yang setaraf pun, orang akan cakap jugak tau. Nanti dorang cakap macam ni, tengok si Diana tu! Nak kawenkan anak dengan orang yang setaraf jugak. Pentingkan harta la dia tu.” Pandai Danisya mengajuk cakap-cakap mak datin yang sememangnya pernah dia dengar.

Lama Puan Diana memikirkan kata-kata anaknya yang bongsu itu.

“Haikal mana?” Puan Diana menukar topik.

“Atas. Belajar. Dia ada exam esok.” Jawab Danisya.

“Pa! Macam mana ni?” Puan Diana mengadu kepada suaminya.

“Macam mana apanya? Kawen kan je la.”

“Nak kawen apanya, duit nak sara isteri dia pun takde!”

“La, kita kan ada.”

“Mana boleh macam tu pa!”

“Kalau macam tu, papa akan bagi dia kerja sambil belajar kat syarikat papa.”

Puan Diana menyepi.

“Tempat tinggal dorang?”

“Tinggal dulu dengan kita.”
“Selesa ke nanti menantu awak tu?”

“Kita belum tau lagi macam mana hal ni. Dah! Jangan nak fikirkan sangat. Makan dulu. Hilang selera anak teruna awak tu tadi. Esya, pergi panggil abang turun makan. Panggil abang Haikal sekali.” Perintah Tan Sri Hakimi.

Danisya mengangguk dan meletakkan sudunya. Lantas dia berlari naik ke bilik abangnya.

“ABANG! Papa suruh turun makan.” Tersembul kepala Danisya dari luar pintu. Haziq merenung komputer ribanya.

“Malas.”

“Jangan risau. Mama dah fikir jauh sampai ke rumah abang dengan Kak Aisyah lagi.” Danisya berkata. Berkerut dahi Haziq memandang adiknya.

“Maksud adik?”

“Mama setuju dah tu. Abang kena la pandai-pandai pujuk. Dah! Jom turun makan.” Danisya berlalu pergi ke bilik abang Haikalnya pulak. Haziq tersenyum nipis.

“Abang sayang! Jom la makan.” Ajak Danisya.

“Abang Kal nak kena baca ni dulu. Esok nak exam dah.”

“Tu la! Suka baca last minute!”

“Pergi sana! Jangan kacau!” Haikal menghalau.

“Jom la makan. Abang Haziq bawak news nak kawen tau.”

Terlepas buku di tangan Haikal. Bulat matanya memandang Hanis yang duduk di katilnya.

“Abang Haz nak kawen?”

“A’ah.”

“Adik! Jom turun!!” Haikal segera menarik lengan Danisya menuruni anak tangga. Sukanya dia kalau abang dia yang sekor tu kawen.

“BILA nak masuk minang ni?” soal Puan Diana memecah hening suasana. Haziq menghentikan suapan. Matanya merenung mamanya dengan penuh tanda tanya.

“Sekejapnya mama setuju.” Balas Haziq.

“Nak kawen ke tak?”

“Nak!”

“Dah tu bila nak masuk minang?”

“Bulan depan?”

“Bulan depan tak lewat sangat ke?”

“Okey. Dua minggu lagi.” Haziq menjawab.

“Hujung minggu ni mama dengan papa masuk minang.” Putus Puan Diana. Ternganga mulut Haziq mendengar kata-kata mamanya.

Danisya dan Haikal dah bertepuk tangan macam singa laut dapat ikan! Seronok mereka.

“Pasal hantaran semua tu, tak payah risau. Mama boleh handle. Pasal apa yang awak nak bagi makan kat wife awak nanti pun, tak payah risau. Awak kerja dengan papa sambil belajar. Papa bagi gaji nanti. Rumah? Kamu tinggal sini dulu for the first three months. Lepas tu, kalau ada duit, nak keluar dari rumah ni, keluar la.” Panjang celoteh Puan Diana.

Haziq terus meletakkan sudu garfunya dan terus memeluk belakang tubuh mamanya.

“Thanks ma! Thanks a lot!!”

Puan Diana cuba menyembunyikan senyumannya supaya menampakkan seperti dia sebenarnya tidak merestui perhubungan anaknya. Sedangkan hatinya? Seakan ingin meloncat hingga ke bulan!

“ECAH!!” jerit Puan Haryati dari tingkat bawah. Aisyah yang sedang leka berchatting dengan Shahran di alam Yahoo Massanger tersentap.

“Ye ma!!” Aisyah menyahut kuat.

Aisyah Dania: Weh mangkuk, kw tunggu aq jap. Aq nk turun. Mama aq pggil. Dy dh start miss2 aq la. huhu.

Shahran: Mangkuk kw pggil mak?! Ew2 kau ni taw. Jgn la kw pggil mak, mangkuk. Panggil la mak datin ke.. * gaya maknyah* hahaha. Berehhhhh!!!

Aisyah ketawa membaca balasan YM dari Shahran. Dah lelaki tu, jangan nak mengada tukar jantina! Sibuk sungguh nak jadik perempuan. Lari jugak Eila tu nanti.

Aisyah berlari laju menuruni anak tangga satu persatu. Kakinya hampir tersadung jatuh, namun sempat dia memegang tepi tangga.

“Adoii!!! Time ni jugak nak berlanggar! Kau ni kan tangga, takde tempat lain ke nak duduk?! Bikin panas je!” Marah Aisyah pada tangga itu. Lantas dia menyambung lariannya.

“Kenapa ma?” soal Aisyah yang masih termengah-mengah.

“Teman mama pergi beli barang jap. Hari ni kamu takde kelas kan?”

“Takde. Ma nak beli barang kat mana?”

“Jusco.”

“Ma nak beli apa?”

“Nak beli baju untuk ayah kamu ni ha.”

“Ma, Cah nak beli kasut boleh tak?”

“Kasut apa lagi? Berlambak-lambak kasut dalam almari tu, takkan tak boleh guna? Suka membazir la budak ni!”

“Ala maaa.... boleh la.”

“Tak boleh!”

“Okey-okey. Cah nak tudung boleh?”

“Pakai duit sendiri!”

“Okey!!”

Aisyah tersenyum seraya naik semula ke biliknya. Dia menyambung kembali chattingnya dengan Shahran.

Aisyah Dania: Shah! Eh cilap. Mak!!!

Shahran: Kenapa nyah? *still gaya gedik!*

Aisyah Dania: Haha. Mak, aq nk kuar jap g. Teman mama g bli brg kat jusco. kw nk join aq ke, NYAH?

Shahran: ceh kau! Kau taip NYAH besaq2 naa!! Igt aq ni dh buta ke? Xnmpk?? Adess.. kw nk kua? Ala nyah, aq nk kne jmpe Eila la.

Aisyah Dania: jmpe Eila? Oke2. Chat ngn kw lagi len kali. Bye NYAH!!!

Shahran: gedik kw.

Aisyah Dania: GEDIK TU COMEL!! COMEL TU SWEET. SWEET TU MANJA. MANJA TU, CUTE . CUTE TU .. MANIS. MANIS TU GEDIK EN SOOOOOOOO ON!!! BWAHAHAHAHAH

Aisyah Dania is ofline.

Juling mata Shahran membaca formula Aisyah. Nak menang jugak budak ni! Tak pernahnya nak mengaku kalah.

Aisyah menarik tuala di penyidai dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Belum sempat tangannya menutup pintu, telefonnya berdering dulu.

Segera Aisyah mendapatkan telefon bimbitnya.

“Uuu~ Sengal calling-calling I la!” Aisyah tersenyum gembira.

“Assalamualaikum!!” kuat suara Aisyah menyebut salam.

“Waalaikumussalam. Weh minah, kau buat apa?” soal Haziq.

Aisyah terpinga-pinga. Call aku just nak tanya aku nak buat apa? Gila betul mamat ni. Ada wayar putus ni!

“Apa kau kisah aku buat apa pun? Sibuk je kau ni.”

“Kau dah mandi ke belum ni?”

“Yang kau sibuk-sibuk nak tau ni kenapa?!”

“Saje.”

Saje? Memang sah-sah ada wayar putus ni. Mana aku nak carik wayar extra nak bagi kat dia ni?

“Kau ni buang masa aku la. Dah! Aku nak keluar. Assalamualaikum.”

“Kau nak keluar pergi mana?”

“Kesibukan terserlah la kau ni! tak payah amek tau boleh tak?”

“Tak boleh.”

“Kenapa?”

“Sebab tak boleh!”

“Oh, kalau Zafran nak tau, boleh?”

Aisyah terkesima.

“Hujung minggu ni kau free tak?” sambung Haziq.

“Kenapa?”

“Duduk rumah. Jangan pergi mana-mana.” Pesan Haziq.

“Asal?”

“Asal aku dari Johor. Kenapa?”

“Kau ni kan!!!”

“Hensem. Oh! Terima kasih!”

“Assalamualaikum.” Aisyah terus mematikan talian. Menyampah pulak dengan mamat ni. Kadang-kadang dia ni macam romantik terlebih pulak!! Kenapa dengan dia ni? gila betul.

Aisyah melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Chopp!!!!!!!” Aisyah menjerit sekali. Dia mula merasa sebu diperutnya. Satu perasaan yang berbeza. Seakan dia terawang-awang. Rasa seronok, but yet..... Ya Allah!! Kenapa dengan aku ni!!!

Aisyah menggeleng-geleng kepalanya. Menghilangkan bayangan Haziq daripada kepalanya.

Zafran!! Aku suka Zafran. Do I? Suka ke? Aku suka kat dia ke? Kenapa berbelah bagi pulak ni?!

Tak guna kau Haziq!!!! Kau yang buat aku jadik macam ni!

No comments:

Post a Comment