Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Tuesday, November 1, 2011

KD 3

Aisyah terjatuh dari katilnya apabila terkejut dengan bunyi deringan telefonnya yang nyaring. Punggung digosok perlahan. Dahi berkerut-kerut menahan sakit. Apa punya nasib daa! Lain kali kena tukar bunyi alarm la! Bunyik ayam ni selalu buat aku jatuh katil! Sakit siot! Rambut yang serabai diperbetulkan. Matanya dipisat-pisat. Air liur yang meleleh dikesat. Aisyah memandang ke kiri dan kanan. Senyumannya terukir sendiri.

Huwarghh!! I’m alive! Alhamdulillah! Nasib baik ada peluang nak kumpul ibadah lagi.” Aisyah terus bangun dari lantai. Teddy yang kaku di atas katil dipeluk erat sebelum dicium bertalu-talu.

Good morning Teddy! Have a nice dream? Aku takde dream best la! Aku mimpi mangkuk ayun tu. Spoil betul!” Aisyah mencubit hidung Teddynya.

“Aisyah Dania! Bangun! Solat subuh.” Puan Haryati mengetuk pintu bilik anak daranya bertalu-talu.

Yes ma! Dah bangun.” Aisyah terus meletakkan anak patungnya kembali ke atas katil. Katil yang bersepah dibiarkan. Tuala yang bersangkut di penyidai balkoni biliknya diambil laju.


The 7 things I hate about you (oh you)
You're vain, your games, you're insecure
You love me, you like her
You make me laugh, you make me cry
I don't know which side to buy
Your friends they're jerks
And when you act like them, just know it hurts
I wanna be with the one I know
And the 7th thing I hate the most that you do
You make me love you

Seven Things dendangan Miley Cyrus dinyanyikan mengikut rentak. Ececeh kau Aisyah, pakwe pon tarak! Ni nak nyanyi lagu cintan pulak. Adoi! Eh kejap!

Aisyah berhenti melangkah ke bilik air. Kepalanya ligat mengingati kembali peristiwa kelmarin. Would you be my girlfriend? Aisyah membulatkan mata. Opps!

Segera telefon bimbitnya dicari. Nokia C3 yang berada di bawah celahan selimut dicapai. Nombor Zulaika didail pantas.

“Hello! Assalamualaikum. Eika! Apa jadik dengan aku malam tadi?!” tercungap-cungap Aisyah menyoal Zulaika. Suara serak Zulaika diperbetulkan sedikit.

“Waalaikumussalam. Yang kau call aku pagi-pagi ni kenapa? Aku cuti la! Tak boleh solat. Sibuk je kau nak kejut aku. By the way, thanks buddy!” Zulaika membetul-betulkan rambut yang terjurai ke depan.

“Aku tanya lain, kau jawab lain! Hey girl! Wake up la!” Aisyah mula tidak puas hati.

“Apa? Kau tanya apa?” Zulaika memisat matanya.

“Apa jadik dengan aku malam tadi?” tanya Aisyah lagi sekali.

“Ohh! Kau baru declare as Abang Hensem’s girlfriend. And girl, you’re out from the club single-mingle sedunia.” Zulaika mengucap malas. Aisyah kaku. What makes me to do so?Aisyah!! You’re insane, girl!

Anything else? Aku nak tido ni! Kelas lambat lagi.” Zulaika memejamkan matanya.

“Thanks.” Jawab Aisyah tidak bermaya.

Oh! Girl. Jangan tido lepas subuh. Tak elok. Assalamualaikum.” Aisyah terus mematikan talian. Zulaika memandang telefon bimbitnya pelik. Selalu kalau minah ni cuti, bukan main lagi kau tido sampai pukul sebelas, dua belas tengah hari. Ni, pandai pulak nak nasihat aku? Tapi ada betulnya. Nak mandilah!

Aisyah terus mencampakkan telefon bimbitnya ke katil dan memasuki bilik air. Tubuhnya dibasahkan dengan air panas dari water heater. Kepalanya masih lagi memikirkan perbuatannya malam semalam.

Oh yea, dia janji nak tolong aku pikat Abang Zafran. Terima kasih buat sahabatku tercinta yang tolong aku korek rahsia. Hehehe. Ingat aku ni perempuan biasa ke? Tak lama lagi boleh jadik anggota CSI tau! Siasat menyiasat pasal latar belakang orang, memang nombor satu.

Tapi satu masalah je. Terikat dengan mangkuk ayun tu memang menyakitkan hati. Hish. Kalau nak ditengokkan, Haziq memang cool je memanjang. Tapi dalam dia cool, words, body language dia.. uarghh!! Bikin panas hati aku wok!

Selesai mandi, Aisyah terus menunaikan solat Subuh. Jam di dinding dipandang sekilas. Baru pukul enam empat puluh. Kelas masuk pukul sepuluh. Nak tido? Tak boleh. Nanti kena bising dengan ayah.

Nak buat apa? Baca buku? Haiya! So not me! Waktu sekolah dulu pun, kerja sekolah bukan main liat lagi nak buat. Siapkan Addmaths je. Bukan sebab aku suka, sebab aku takut kena fire dengan Miss Poon. Kecut perut aku tengok dia.

Novel? Sakit pulak mata aku pagi-pagi baca ‘kamus tebal’ tu! Hiyak! I know! Kunci kereta lantas di capai Aisyah. Tudung yang disediakan untuk ke kuliah dicapai dan dipakai. Kakinya segera menuruni anak tangga.

Morning mama! Cah keluar pergi beli barang kejap! Don’t miss me.” Aisyah terus memicit punat remote kunci keretanya.

“Cah nak pergi mana tu? Ayah balik surau kang, bising pulak tengok anak dara dia melencong pagi-pagi ni.” soal Puan Haryati yang sedang sibuk menyiapkan juadah sarapan pagi.

“Kejap je. Tak pergi mana pun. Seven-E je.” Aisyah terus menyarung seliparnya. Boot yang diberikan Haziq semalam dipandang sekilas. Ni kalau aku jual ni, boleh dapat duit makan sebulan ni! Boot itu segera dimasukkan ke dalam keretanya. Takde guna lagi nak pakai. Bukan aku suka pergi mana-mana party pun. Semalam tu sebab Shah je. Kalau tak, haram aku nak pergi.

Enjin kereta dihidupkan. Kereta automatik itu meluncur laju menuju ke Seven-Eleven. Setelah sampai ke tempat yang dituju, Aisyah mengunci keretanya dan berjalan masuk ke dalam Seven-E.

Bahagian Gempak Starz menjadi tatapan.

“Banyaknya buku! Mana satu nak pilih ni? Huwarghh!” Aisyah bercakap sendirian. Zafran yang baru masuk ke dalam Seven-E terkejut mendengar suara comel milik Aisyah.

“Try la Maid Maiden.” Saran Zafran dari belakang. Aisyah terkejut beruk sehingga membuatkan dia memegang rak komik tersebut. Kepalanya dipusingkan ke belakang.

“Abang Zaf!” bulat mata Aisyah memandang Zafran yang tercegat di belakang tubuhnya. Tangannya bertukar ke dada pula. Dadanya diurut perlahan. Zafrah tersengih.

“Apa yang terkejut sangat? Am I too handsome?” gurau Zafran. Aisyah tersenyum. Haila pengarang jantung hatiku! Kau bukan takat hensem, comel! Cun melecun!

“Abang Zaf buat apa kat sini?” soal Aisyah.

Searching for an aiscream.

“Pagi-pagi makan aiskrim? Orang gila je yang buat macam tu. Belajar je tinggi-tinggi, tapi tak reti nak jaga kesihatan.” Gumam Aisyah perlahan namun cukup jelas dipendengaran Zafran.

Excuse me?” tanya Zafran.

“Eh? Takde apa. Abang Zaf baca komik jugak ke?” soalan terpacul dari mulut comel Aisyah.

“Yeap. Abang kumpul semua cerita Kouru. Expecially, Helious Esclipe.” Aku mengangguk-angguk tanda faham. Kalau tak silap aku, buku tu dari aku sekolah menengah dah ada! Time tu aku baru Form 1. Kawan aku, Farahani memang pelukis terbaik yang pernah aku jumpa! Dia yang kenalkan aku dengan komik-komik ni. Helious Esclipe memang selalu dikumpul Nani.

Aku pun apa lagi? Join sekaki la! Ahya Akila yang gila novel pun pakat baca komik. Dari tu aku mula lukis sikit-sikit. Tapi takde la perfect sangat macam Nani lukis. Teringat kenangan lama membuatkan senyuman Aisyah terukir sendiri.

“Yang senyum sorang-sorang ni kenapa?” Zafran cubam mengusik.

“Takde. Teringat kawan dapat brain freeze sebab makan asikrim pagi-pagi. Nasihat Ecah, jangan makan aiskrim pagi-pagi.” Selamba Aisyah menjawab. Maid Maiden Monday, Tuesday dan Wednesday karya Kouru diambil. Tiga buku serentak! Bila lagi nak keluar Thursday pun aku tak tau.

Aisyah meletakkan buku di kaunter dan membayar jumlah yang diminta. Sempat juga flying kiss dilayangkan kepada Zafran sebelum dia keluar dari Seven-E itu. Zafran tersengih. Cutenya budak ni. Semalam, lagi nampak cute! Desis hati kecil Zafran.

Zafran meletakkan kembali Cornetto. Tangannya pantas mencapai setin air Milo.

Remember, jangan makan aiskrim pagi-pagi.” Zafran berkata kepada gadis yang menjaga kaunter. Senyuman mekar dihadiahkan buat gadis itu. Terpana gadis itu dibuatnya. Hensemnya!!!!

AISYAH tiba di rumah dengan tiga buah komiknya. Berada di semester ketiga tidak menyekatnya untuk berhoneymoon dengan komik-komik. Puan Haryati yang sedang mengemas pinggan mangkuk di sinki dipandang sepi.

Naik senyap-senyap masuk bilik la. Kang tak pasal-pasal kena panggil. Dah la aku ni pemalas!

“Ecah! Nak pergi mana tu. Ni tolong mama cuci pinggan dulu sebelum masuk bilik.” Puan Haryati mengelap tangannya pada kain bersih. Apa mama ni! Ni macam cerita Kabi Kushi Kabi GARAM! Main detect derap kaki orang.

Aisyah meletakkan komiknya di atas sofa. Dia berjalan malas ke dapur. Lengan baju disentengkan.

“Gosok! Jangan tak gosok! Gosok! Jangan tak gosok. Gosok! Gosok! Gosok!” hilang tune untuk lagu Aladin yang dinyanyikan Spider.

“Apa yang nyanyi kat dapur ni? Kalau suara sedap takpe jugak. Ni, buat retak rumah je.” Perli Encik Adri.

“Ayah ni! buat terkejut orang je la! Mau luruh jantung ni.” Aisyah berpura-pura terkejut.

“Jantung awak tu pokok ke nak luruh-luruh ni?” sekali lagi sindiran tepat mengena batang hidung Aisyah. Aisyah manarik muka masam.

“Cah! Telefon awak bunyik ni.” Puan Haryati yang sedang mengemas meja kecil di ruang tamu menjerit.

Hantu mana pulak yang telefon aku pagi-pagi buta ni? Nak cancel kelas ke? Ni yang seronok ni! Segera Aisyah mengelap tangan yang basah dengan kain kering dan mendapatkan telefon bimbitnya.

MANGKUK AYUN.

Satu keluhan meniti di bibir Aisyah. Buat apa dia call aku pagi-pagi ni? Aku tau la aku kekasih gelap dia walaupun kulit aku cukup cerah untuk dilabel gelap!

“Apa yang tercegat je tu? Angkat la!” sergah Encik Adri. Aisyah berlari keluar dari rumah. Dia mengambil tempat berdekatan dengan kolam ikan yang kecil.

“Hello!” Aisyah menjawab malas.

“Assalamualaikum.” Sindir Haziq. Aisyah mencebik. Kau tau ke apa maksud assalamualaikum? Salam sejahtera ke atas kamu. Huwargh! Aku mintak kau masuk lombong cepat-cepat je!

“Wassalam! Kenapa?” soal Aisyah kasar.

“Aku jemput kau pagi ni. Kau ada kuliah kan hari ni?” pelawa Haziq. Aisyah mencebik. Jemput? Tak boleh! Aku ada tempat lain yang aku nak melencong.

“Aku takde kuliah hari ni. Aku letak dulu! Daa!” Aisyah terus mematikan telefon bimbitnya. Dia merengus perlahan. Sibuk je kacau orang pagi-pagi! Aku baru ada agenda sendiri.

“Budak kecik betul minah ni! Menyakitkan hati! Aku baru nak buat baik, dah dia potong stim! Oi kecik! Aku tak heran sangat la dengan kau! Aku nak control macho depan Ann je. Kau dengan Ann, jauh panggang dari api. Eh? Ye ke peribahasa aku ni?” Haziq menyumpah seranah telefon bimbitnya.

“Harith Haziq! Meh turun makan!” jerit Puan Diana dari dapur. Haziq memandang pintu bilik yang berkunci.

Kaki Haziq melangkah menuruni anak tangga banglo dua tingkatnya. Puan Diana dan suaminya, Tan Sri Hakimi tinggal di bilik bawah. Al maklumlah, orang tua. Dah kondem! Kang naik turun tangga, sekejap je mengah.

“Pagi ma.” Tegur Haziq.

“Waalaikumussalam.” Jawab Puah Diana. Haziq yang menyedari kesilapannya terus berdehem seraya menarik kerusi.

“Masak apa ma?” soal Haziq.

“Roti telur je.” Puan Diana sibuk mengelap dapur elektriknya.

“Tu je?” tanpa rasa bersyukur Haziq bertanya. Puan Diana memandang anak terunanya.

“Tu je. By the way, tolong hantar Esya pergi sekolah.” Arah Puan Diana. Haziq buat muka malas.

“Ala maa...”

“Jangan nak ala-ala. Tolong je la. Last year dia ni. Awak duduk rumah, apa guna?”

“Ala, orang bukan driver dia. Ma suruh la Pak Mail hantar. Apa guna driver kalau tak digunakan?” seloroh Haziq.

“Ma suruh awak hantar, awak hantar je la. Yang banyak songeh kenapa? Lesen bukan takde. Kereta bukan takde. Semua lengkap!”

“Mama!” panggil Danisya dari atas. Haziq menoleh melihat adiknya yang lengkap berbaju kurung sekolah. Tudung yang sederhana labuh dibetulkan sedikit. Beg sekolah yang padat dengan buku digalas. Tangannya juga memegang sebuah fail tebal.

“Nak makan dulu ke?” soal Puan Diana.

No need la. Esya makan kat sekolah. Esya pergi dulu eak.” Danisya terus menyalam tangan tua mamanya.

“Eh. Ada abang la. Orang pergi dulu. Bye!” Danisya sempat menyalam tangan abangnya. Haziq memerhati tingkah adik bongsunya.

“Nak pergi dengan apa ni?” soal Haziq.

“Esya naik bas. Esya tau Pak Mail cuti. Pergi dulu!” Danisya terus menyarung kasutnya. Puan Diana hanya memerhatikan tingkah anak terunanya. Apa la anak aku yang tua ni nak buat?

“Esya!” panggil Haziq. Keluhan meniti di bibir. Luruh hatinya bila adik kesayangan nak pergi sekolah naik bas awam. Sayang kepada adiknya tak dapat dinafikan Puan Diana. Senyuman terukir di bibir Puan Diana. Lantas dia meneruskan kerjanya.

“Kenapa?” soal Danisya sambil mengikat tali kasutnya.

“Abang hantar.” Pelawa Haziq.

Danisya menoleh. Abang hantar? Selalunya memang susah kalau nak suruh abang aku ni hantar aku pergi sekolah! Liat! Itu la, ini la. Macam-macam alasan dia. Ni, rajin pulak? Danisya tersenyum sendiri.

“Takpe la bang. Kalau abang ikhlas, abang hantar la. Kalau tak, tak payah. Esya tak nak tambah dosa abang buat kerja tak ikhlas.” Jawab Danisya ramah. Suara lembutnya memasuki corong telinga Haziq.

“Abang ikhlas la! Cepat masuk kereta.” Haziq terus mencapai kunci kereta yang tergantung di balik pintu. Danisya tertanya-tanya akan keikhlasan hati abangnya.

“Betul ke ni?” soal Danisya.

“Masuk je la. Jangan banyak cakap.” Arah Haziq.

“ABANG berhenti kat sini je la. Nanti Esya jalan masuk sekolah. Dekat je.” Danisya memberi arahan. Haziq memandang sekilas wajah adiknya. Betul ke ni? Jauh kot kalau berhenti kat sini!

“Jauh la Sya. Abang hantar sampai masuk sekolah la.”

“Sekolah Esya tak boleh bawak masuk kereta. Nanti Esya yang kena marah dengan cikgu disiplin.”

“Abang hantar sampai depan gate.”

“Takpe bang. Cukup sampai sini je.”

“Kenapa Esya tak nak abang hantar sampai depan sekolah?” soal Haziq ragu.

Lama Danisya mendiamkan diri untuk mencari alasan.

“Sebelum ni Esya mintak abang hantar Esya sampai tepi jalan ni, abang okey je. Takde pulak beria-ia nak hantar sampai depan sekolah. Esya tak biasa la.”

“Esya jangan nak tipu abang. Ni kenapa ni?” desak Haziq. Danisya memerhatikan sekeliling. Jam tangan dilihat berkali-kali.

“Sumpah bang. Takde apa. Esya kena masuk dah ni. Abang berhenti depan ni je. Please bang.” Rayu Danisya. Haziq masih tiak berpuas hati. namun diturutkan permintaan adiknya.

Bye bang. Bawak kereta careful okay? Assalamualaikum!” Danisya turun dari kereta dan menutup pintu kereta. Kakinya berlari laju hingga ke depan sekolah. Haziq masih tidak berganjak daripada tempat dia memberhentikan kereta.

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki yang bersongkok menghampiri Danisya. Fail di tangan Danisya diangkatnya. Senyuman Danisya jelas di bibir adiknya itu. Haziq berteka-teki. Pakwe dia ke?

“ECAH! Bila kau nak sampai ni? Lambatnya! Prof Khairil masuk nanti! Cepat la sikit!” gesa Zulaika yang sudah berada di dalam bilik kuliah.

“Sabar la Eka. Aku ada kat toilet ni. Kejap lagi aku masuk la.” Aisyah memperbetulkan tudungnya sambil tangan kanannya menekap telefon bimbit di telinga.

“Cepat la minah!” Zulaika menggesa lagi. Talian dimatikan. Wajah pucat Aisyah diperhatikan di hadapan cermin. Pucatnya kau Cah. Kau ni, takde darah ke?

Pipinya dicubit sedikit. Eceh! Dah nampak blushing la pulak. Comel gitu! Aisyah terus berlari ke bilik kuliah setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya.

Lariannya terlalu laju menyebabkan dia berlanggar dengan seseorang. Melantun tubuhnya ke dinding. Tangan yang terseret dengan dinding kasar terasa pedihnya.

Adoi!” Aisyah memegang tangan kanannya. Rasa pedih mencengkam jiwanya.

“Jalan tak reti tengok....” tak sempat Haziq memarahi gadis yang melanggarnya, matanya tertacap pada wajah Aisyah yang kesakitan.

“Dania?” soal Haziq.

Aisyah melangut untuk melihat gerangannya yang memanggilnya. Haziq si mangkuk ayun? Kenapa la aku selalu langgar dia? Dah masuk kali ketiga dah ni!

“Kau?!” soal Aisyah kasar. Apabila dia mula menyedari Zafran, Irfan dan Falah yang berada di sisi Haziq, serta merta wajah kelatnya dimaniskan.

“Abang Haziq.” Aisyah membetulkan panggilan. Haziq terkedu. Kali pertama Aisyah memanggilnya dengan panggilan abang.

Are you okay?” soal Haziq seakan cemas.

Eleh kau! Tunjuk macho konon. Piirah! Aku sepak kau, melayang sampai bumbung uni!

“Sakit la. Mana ada orang jatuh bergolek macam durian runtuh rasa sedap.” Sindir Aisyah. Haziq tersenyum ramah. Ah! Senyuman plastik! Aku tumbuk kang!

Haziq menghulurkan tangannya. Huluran Haziq dipandang sepi oleh Aisyah.

“Takpe. Boleh bangun sendiri.” Aisyah bangun sendiri lantas mengibaskan habuk yang melekat di bajunya.

“Ziq, kitorang masuk dululah. Tunggu kau nak berdating, alamatnya lambat la masuk kelas.” Ujar Irfan. Zafran hanya memerhatikan tanpa reaksi. Aisyah memandang wajah tenang Zafran yang berlalu pergi.

“Hoi budak kecik! Kau kata kau takde kelas!” marah Haziq perlahan.

“Kelas?” Aisyah meliha jam di pergelangan tangan.

“Weh mangkuk! Aku dah lambat! Aku chow cincau dulu!!” Aisyah meneruskan larian. Haziq hanya menghantar Aisyah dengan ekor matanya. Pelik punya budak kecik!

“AISYAH Dania!” panggil Prof Khairil garang. Huwaa!! Mampus la aku!! Ya Allah, andaikan aku ke tali gantung hari ni, halalkan makan minumku yang kau berikan kepadaku. Ya Allah, ampunkan dosa aku curik rambutan Tok Ali waktu cuti sekolah dulu. Ampunkan dosa aku minum susu kotak mama diam-diam sampai mama tak dapat buat roti.

Ya Allah! Ampunkan aku sebab jual baju lama ayah sebab nak duit poket waktu sekolah dulu. Huwarrgh! Dosa aku banyak sangat ni! Menimbun! Sempat ke aku nak listkan semua??

Come here you.” Prof Khairil dengan wajah merahnya memanggil Aisyah ke hadapan. Anak muda yang berada di hadapan Aisyah kini tersenyum-senyum kambing. Ow! Korang senyum eak! Nanti korang! Sekor-sekor aku pancitkan tayar motor korang!

What did I mentioned to you last time?” soal Prof Khairil. Ala Prof ni, nak berbasi-basi pulak. Nak denda, denda je la terus. Nak main tarik tali pulak. Aku tau la badan aku kecik, kau nak main tarik tali pulak. Confirm la aku kalah.

I didn’t remember.” Jawab Aisyah selamba. Prof Khairil menyinga.

“Ala, Prof jangan pura-pura la. Prof pun tak ingat, kan? Ala Prof, saya tau la. Prof dah tua. Nak ingat benda remeh-temeh ni, bukan senang, kan?” Aisyah menyambung. Terus hilang wajah menyinga Prof Khairil. Memang diakui, dia lupa!

“Prof.” Panggil Aisyah.

“Daripada Prof denda saya, baik kita terus belajar. Saya dah baca topic untuk Prof ajar hari ni. Prof tanya banyak-banyak pun saya tak kisah!” selamba Aisyah berkata. Prof Khairil menggaru-garu keningnya. Ada betulnya jugak kata-kata budak ni.

“Duduk sana.” Arah Prof Khairil. Wow! Prof berbahasa melayu. Bukan senang nak tengok Prof anak melayu ni berbahasa melayu. Kawan-kawan lain bersorak untuk Aisyah.

Tanpa segan silu, Aisyah mengangkat tangannya gaya BN menang pilihanraya! Yeh! Kejayaan milikku bebeh!

“HOI!” sergah Haziq. Aisyah yang baru keluar dari bilik kuliah mengurut dada. Patut la waktu Prof tanya aku soalan tadi, aku rasa seram sejuk nak jawab. Ada bala mendatang rupanya! Aisyah memandang sekeliling.

“Apa kau nak?” soal Aisyah kasar bila dia perhatikan tiada sesiapa di sisi Haziq.

“Soalan aku pagi tadi. Asal kau kata kau takde kelas?” soal Haziq lagi sekali. Aisyah mengeluh. Pertanyaan Haziq membuatkan dia teringatkan sesuatu.

“Kau tunggu sini kejap. Aku nak amek barang.” Aisyah terus meninggalkan Haziq sendirian di hadapan bilik kuliah. Haziq setia menanti.

Aisyah menghidupkan Vivanya. Tunggu la kau sampai esok pagi! Aku nak balik! Huwahuwahuwa! Aisyah terus memandu laju keretanya. Sempat dia menyinggah di sebuah butik.

Hello.” Sapa seorang wanita cina di kaunter. Aisyah tersenyum. Boot yang dibawa keluar dari kereta diletakkan di atas meja kaunter.

“Berapa boleh dapat kalau I jual ni kat you?” soal Aisyah tiba-tiba. Boot yang dihadiahkan Haziq menjadi tatapan wanita cina itu. Bersinar-sinar matanya memerhatikan boot itu.

“Kejap aa.. I tanya tauke.” Wanita itu bergerak ke belakang. Aku menanti penuh sabar. Tak salah kan? Mangkuk ayun tu yang beria nak bagi terus kat aku. Halalan toyiba lagi!

Hello.” Sapa seorang wanita cina yang lebih tua.

Hye auntie. Nak tanya harga boot ni.” tanya Aisyah manja.

TIGA ratus berada di dalam tangan. Aisyah tersenyum puas. Enjin kereta dihidupkan. Nak ke mana sekarang ni? Jam di tangan ditoleh. Pukul dua! Dah satu jam Haziq tunggu aku la.

Telefon bimbit Aisyah dikeluarkan dari beg tangannya. Nombor Haziq dicari.

Hello mangkuk. Aku tak boleh pergi kat kau la. Aku dah ada kat rumah. Daa!” talian dimatikan sendiri oleh Aisyah.

Haziq mengetap bibir. Tak percaya dengan perlakuan Aisyah. Dibiarkan aku tunggu sejam kat sini macam orang sakit mental, lepas tu dia blah macam tu je? Haziq menarik nafas perlahan-lahan. Dia cuba menenangkan diri. Marah mula menguasai diri.

Haziq berjalan pantas ke kereta Camrynya. Enjin kereta dihidupkan. Lama dia menanti supaya enjin keretanya panas. Stereng kereta dipukul kasar.

Damn!!” Haziq mula hilang sabar. Perangai tenangnya selama ini berubah semenjak Aisyah hadir ke dalam hidupnya.

Telefon bimbit diambil dari poket kanan. Nombor Aisyah dicari.

“Hello. Aku nak jumpa kau.” Kata Haziq pantas.

Sorry, the number you have dial is not in service. Please try again later. If later also cannot, then jangan call dah!” Aisyah meniru gaya operator bercakap. Lantas telefon bimbitnya dimatikan. Terkekek-kekek Aisyah ketawa. Haziq merengus geram. Aisyah Dania!!!!!

No comments:

Post a Comment