Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Tuesday, November 1, 2011

KD 8

Terlopong bukan satu tindakan yang sewajarnya Aisyah lakukan ketika ini. Dadanya berdebar mendengar butir bicara yang didengarinya dari ceruk dapur. Dia mengira sesuatu di jari.

Apa ni? Apa ni? Doa aku termakbul ke? Kalaulah boleh aku tarik balik doa aku hari tu, memang aku tarik balik! Aku tak nak!!!

“Cah.” Puan Haryati mendapatkan Aisyah di balik pintu dapur.

“Ma! Apa ni ma?” merah pipi Aisyah dibuatnya.

“Entahlah Cah. Mama pun terkejut. Tak terlalu awal ke untuk kamu terima?” soal Puan Haryati. Aisyah mengangguk laju. Hatinya cukup tidak setuju.

“Kamu nak tolak pinangan ni?” tanya Puan Haryati lagi. Aisyah pantas mengangguk laju. “Ma, lepas diploma pun belum lagi. Ni kan nak kawen? Siapa yang hantar minang tu? Putus fius apa otak dia? Patut Cah jadi Mcgiver tolong perbetul sikit neuron-neuron dalam kepala manusia yang sibuk nak minang Cah tu.” Muka Aisyah masam mencuka.

“Kamu ni! Tengah genting macam ni pun boleh buat lawak lagi. Betul ni nak tolak?” soal Puan Haryati sekali lagi.

“Iya lah! Mestilah!”

“Hari tu kamu juga yang cakap, sanggup terima siapa sahaja yang pinang kamu.”

“Doa hari tu termakbul ya ma? Patutnya Cah doa Cah dapat hadiah dari ayah Mini Cooper satu.” Gelak Aisyah.

“Ke situ pula budak ni!”

“Haryati!” panggil Encik Adri. Segera Puan Haryati menoleh. “Kejap.”

“Betul ni Aisyah? Tak menyesal?” sekali lagi dia disoal.

“Ish mama ni. Betul-betul ni!” bersungguh betul dia menolak pinangan itu.

“Baiklah kalau macam tu.” Puan Haryati berlalu pergi semula ke ruang tamu.

“Maaflah kak. Saya rasa Aisyah tu muda lagi untuk dipinang. Diploma pun belum lepas lagi. Rasanya, susah juga kalau dia nak bagi komitmen pada rumah tangga.” Lembut sahaja puan Haryati menolak pinangan itu.

Serentak itu Puan Diana dan Tan Sri Hakimi berpandangan. Pelik pula. Puan Diana menelan air liur. Malu juga apabila pinangan ditolak. Apa Haziq ni? Cerita cintakan budak ni bagai nak rak. Tapi takkan budak ni boleh tolak pinangan pula ni?

“Saya terkejut juga bila anak teruna saya minta saya masuk meminang si Aisyah ni. Sebab dia pun ada lagi dua sem untuk degree sebelum habis. Tapi beria betul dia nak meminang anak Puan Haryati dengan Encik Adri ni. Kami ingat mereka bercinta bagai nak rak.” Serba salah Puan Diana menuturkannya.

Aisyah yang dari tadi menadah telinga disebalik pintu dapur terkejut. Degree? Dua sem? Terus sahaja gadis tak tahu malu itu menerpa ke ruang tamu.

“Anak puan apa nama?” tanya Aisyah. Tidak dipedulikan air mukanya.

“Ish Cah ni! Tak tahu malu ke?” Puan Haryati menepuk belakang badan Aisyah.

“Erk? Harith Haziq.” Jawab Tan Sri Hakimi. Aisyah terpana.

“Ma...” panggil Aisyah, namun matanya masih tak lepas memandang Puan Diana. Naik kecut orang tua itu ditenung begitu.

“Kenapa Cah ni? Buat malu mama je.” Puan Haryati mencerlung ke arah Aisyah.

“Aisyah terima!” seluruh isi rumah itu terkejut. Aisyah tersenyum bangga. Dipandangnya kiri dan kanan tanpa riak malu sedikit pun. Tersenyum sahaja gadis itu.

“ASSALAMUALAIKUM.” Suara Aisyah mendatar namun bergetar. Dia cuba menyembunyikan riak seronok.

“Waalaikumussalam.” Haziq mengurut lembut belakang lehernya. Tiba-tiba lidahnya kelu untuk berkata-kata.

“Kenapa hantar rombongan meminang?” selamba sahaja Aisyah berkata. Nak malu apanya? Tak lama lagi nak tidur satu katil juga! Dah terima pun!

“Kenapa terima pinangan?” soalan dibalas dengan soalan jua. Ei! Pakcik tua keparat ni memang tau! Rasa macam nak cincang dua belas pun ada! Jadi macam Monalisa main kerat-kerat orang. Eh chop! Mona Fendy la. Kau ni Cah, orang tak bersalah dituduhnya!

“Kalau takde orang hantar, takkan ada orang terima.”

Haziq kematian akal. Entah apa nak dibalasnya. Tapi sungguh tadi dia gembira tidak terkira sehingga semua pipi ahli keluarganya digomol dengan ciuman!

Sepi.

“Haila kredit. Kesian kau dibazirkan begitu sahaja. Apa la nasib kau. Penat-penat aku reload kau, hanya untuk dibazirkan dengar orang bernafas je. Bukan nak keluar suara tu. Agaknya dia ada bela paus kot dalam mulut tu. Takut nak bercakap. Nanti paus tu keluar dari mulut dia.” Bebel Aisyah seorang diri. Haziq tergelak.

“Eh? Dia gelak pula? Nasib kau la kredit. Mengalir macam air je untuk dengar orang gelak.” Sambung Aisyah lagi. Sengaja menyakat lelaki itu.

“Kedekut kredit gila!” akhirnya! Bersuara juga pakcik keparat ni.

“Oh! Dia dah lepaskan paus dari mulut dia lah! Dia dah pandai bercakap. Alhamdulillah! Kena buat sujud syukur ni.” perli Aisyah masih bersisa.

“Kau ni! Hormat sikit. Bakal suami kau yang tengah bercakap ni.” dalam tawa Haziq menjawab. Giliran Aisyah pula terdiam. Eleleh! Malu la tu. Blushing sudah!!

“Eh? Dia pula yang senyap?” sinis betul Haziq ni.

“Apa kau nak bagi aku makan bila aku kawen dengan kau?” terpacul soalan itu dari Aisyah.

“Aku bagi makan nasi la. Takkan kau nak buat permintaan makan pasir kot?”
“Kau belajar pun tak habis lagi. Kerja pun takde lagi. Ada hati nak kawen.”

“Kalau kau tak yakin aku boleh bagi kau makan, kenapa kau still terima pinangan aku?”

Eh? Main tarik tali pula mamat ni. Aku tarik telinga kau keliling KLCC kang baru tahu. Biar panjang macam orang Sabah tu.

“Kang aku tolak kang, menangis tak berlagu pula. Aku ni kan ‘barang panas’. Semua orang nak. Kalau aku pilih orang lain, melepas lah kau.” Bangga diri sungguh si Aisyah kecil ni.

“Mulut kau tu je yang panas. Buat panas hati orang!” Haziq tak mahu mengaku kalah.

“Dah tu kenapa masih masuk minang aku?” balik-balik soalan yang sama diutarakan. Selagi Aisyah tak dapat jawapan yang tepat, dia akan sentiasa menyoal!

“Kalau Zaf pinang kau, kau terima tak?” suara Haziq mengendur. Aisyah menelan air liur.

“Aku terima je siapa pun yang pinang aku.” Ego Aisyah masih tidak mahu ditundukkan. Haziq terdiam.

“Aku nak tidur dulu. Assalamualaikum.” Haziq terus meletak ganggang. Aisyah terpempan. Salah ke apa yang aku cakap?

From: Aisyah Dania.

Message: Aku tolak pinangan abang Zafran. 14324.

Satu mesej cukup untuk membuatkan Haziq berpeluh satu badan. 143? 24? Dia pernah katakan angkat itu kepada Aisyah. Budak tu faham ke?

“Yeah!!!!” Haziq menjerit kuat. Walaupun dia berada di dalam bilik, namun jeritannya mampu didengari di setiap pelosok rumah.

“Haziq! Haziq! Kenapa ni?” soal Puan Diana cemas. Setelah mendengar jeritan Haziq, dia terus bergegas mendapatkan anak sulungnya itu. Haziq terkedu sebentar.

“Takde apa.” Haziq menggeleng kecill. Haikal dan Danisya di belakang mama mereka hanya tersengih. Gila nak kawen sangat punya pasal lah ni.

ZAFRAN merengus lemah. Kahwin? Tak sangka Haziq akan menang perlawanan ni. tak sangka juga Aisyah memilih Haziq daripada dirinya. Dia ingatkan Aisyah berkongsi perasaan yang sama dengan dirinya. Tak sangka...

Mesej dari Haziq dibaca sekali lagi. Namun Zafran cukup tenang mengatasi semua ini. Tengok sahaja berapa lama Aisyah boleh bertahan dengan perangai Haziq. Dia hanya akan menunggu.

Dia tidak akan mengganggu. Cuma akan menunggu hingga ke akhirnya. Umur baru setahun jagung dah nak kawen. Perkahwinan yang dibina pula hanya berdasarkan cinta. Sekuat mana cinta itu? Itu pun tak pasti jika benar Aisyah mencintai Haziq.

Zafran bangun dari katilnya. Dia turun ke dapur. Dibuka peti sejuk. Dia mengeluarkan sebekas aiskrim. Aiskrim itu dibawa ke meja makan. Sudu dibenamkan ke dalam aiskrim itu.

“Waktu sejuk makan aiskrim?”

Zafran terdiam. Teringat pesan Aisyah. Waktu-waktu sejuk makan aiskrim? Mati terus seleranya. Zafran memandang ke luar tingkap membuang pandang ke arah hujan yang lebat membanjiri bumi.

Aisyah...

6 comments: