Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Tuesday, November 1, 2011

KD 7

Aisyah berjalan laju menyaingi mamanya yang terdahulu berada di hadapannya. Mama kalau shopping, kalah orang berlari. Pantang tengok kiri kanan penuh baju, ada je yang nak singgah. Tapi bila aku yang nak beli, hampeh! Semua kena pakai duit sendiri. Kesian betul!

“Cah, lawa tak yang ni?” soal mama sambil menunjukkan sehelai baju kepada Aisyah.

Aisyah menggeleng.

Puan Haryati mencebik lantas meletakkan kembali baju itu di tempat asalnya. Lantas tangan mamanya mengambil pakaian lain yang mendapat tempat di hatinya.

“Tak lawa.” Sangkal Aisyah.

“Apa ni? Semua tak lawa.” Gerutu Puan Haryati.

“Kalau ma beli kat Cah, baru Cah cakap lawa.” Aisyah memandang tempat lain. Sengaja!

“Nak?” mamanya memancing. Bulat mata Aisyah memandang mamanya. Lantas Puan Haryati mengambil sehelai baju untuk perempuan mengandung.

“Nah!”

Aisyah yang membelek baju itu terus menjelirkan lidah.

“Ma, anak mama tak nikah lagi. Suci murni tak disentuh mana-mana lelaki lagi okey! Mananya nak mengandung, ma?”

“Bila awak nak kawen?”

“Grad pun belum ma.”

“Habis grad, tak nak nikah? Makin lama, makin tua kamu tu nanti kamu tau tak?”

“So?”

“So, orang tak nak nanti.”

“Apa yang tak naknya ma? Orang petik jari, semua merangkak datang kat Ecah tau.”

“Berangan la tu!”

“Mana ada. Betul apa.”

“Kamu perempuan. Umur tu penting.”

“Ala ma, takpe. Jangan risau, tengok la. Entah-entah hujung minggu ni ada orang masuk minang. Confirm Cah terima! Memang salute habis kalau orang tu melamar Ecah time tu jugak. Tak kisah la siapa dia.” Aisyah mula memasang angan-angan. Puan Haryati buat pekak. Dah mula dah!

“Ma, ma! Kalau orang tu bawak bunga ros putih kan, pastu kan, dia datang kat Ecah kan, then kan....”

“Berapa banyak ‘kan’ la awak ni. Berangan je kerja.” Puan Haryati mula mengorak langkah menuju ke tempat lain. Malas melayang angan-angan anak daranya.

“Ma dengar la dulu. Cuba ma bayangkan.” Aisyah dah memandang ke langit. Membayangkan sesuatu yang amat diidam-idamkannya.

“Seorang putera, eceh! Putera kot ma! Dia datang kat Ecah, bagi bunga ros putih kat Ecah. Dengan senyuman menawan, cakap kat Ecah, awak nak kawen dengan saya? Perghh!! Cair Ecah, ma. Gerenti mandi terlebih basah, makan terlebih kenyang, tido terlebih lena.” Sambung Aisyah.

“Berangan! Berangan! Nanti tak kawen terus baru tau!”

“Ala mama ni. Baru nak pasang angan-angan. Berangan tak salah.”

“Nak cuci pinggan pun jenuh nak kena paksa.”

“Ala, tadi mama jugak yang tanya bila nak kawen.”

“Kamu ni bila berangan, melebih. Terlebih semuanya.”

“Aisyah!” jerit satu suara yang membuatkan Aisyah memaling ke belakang dan menghentikan perbualannya dengan mamanya. Seorang lelaki berlari laju ke arahnya.

“Aisyah.” Panggil lelaki itu sekali lagi.

“Zafran?” soal Aisyah terkejut.

“Hai! Tak sangka boleh jumpa awak kat sini.” Kata Zafran.

“Erk? Apa yang awak buat kat sini?”

“La, nak shopping jugak. Ni mama awak ke?” soal Zafran memancing minat Puan Haryati untuk berkenalan dengannya.

“Aa? Ye.” Aisyah tak tau kenapa dia tidak suka dengan kehadiran Zafran.

“Aisyah!!” seorang lagi lelaki memanggilnya hingga membuatkan sanubarinya tersentap. Pada masa yang sama dia seakan ingin menghadiahkan senyuman yang paling menyerlah sekali buat lelaki itu.

“Buat apa kat sini?” soal Aisyah kasar. Dalam pada masa yang sama, dia cuba menutup perasaannya.

“Amboii! Bukan reti nak bagi salam.”

“Ni siapa pulak ni?” soal Puan Haryati yang seakan blur dengan dua orang lelaki yang datang menemui anaknya.

“Ni Harith Haziq. Kawan Aisyah jugak. Abang senior sebenarnya.”

“Abang senior?” Puan Haryati merenung sebentar wajah anak daranya yang masih memandang Haziq. Puan Haryati terdiam sejenak. Lantas Zafran meneruskan perbualan dengan Puan Haryati. Manakala Aisyah masih sibuk merenung Haziq yang juga merenung dirinya.

“Kau kenapa tenung-tenung aku? Nak jadik ikan temenung ke hah?!” kata Aisyah kasar.

“Dah elok Allah jadikan aku manusia, buat apa aku nak bercita-cita jadik ikan pulak? Salah ke kalau aku tenung kau? Yang kau pun sibuk tenung aku kenapa? Tau la aku hensem.” Haziq mula angkat bakul sendiri.

“Kau ni kan!” Aisyah menghampiri Haziq dan sudah mula memasang angan-angan untuk menumbuk lelaki yang berada di hadapannya itu.

“Eh cop! Jangan dekat-dekat. Nanti batal air sembahyang aku.” Balas Haziq. Aisyah memasamkan muka.

“Tolong sikit! Kau bukan nyah ke?” senda Aisyah.

“Hoi! Lelaki sejati ni!” Haziq menegaskan.

“Ecah!” panggil Puan Haryati apabila Aisyah dah hampir mengangkat tangan nak menumbuk Haziq. Aisyah memandang mamanya.

“Behave sikit. Apa anak dara perangai macam anak teruna ni?” sergah Puan Haryati.

“Anak auntie ni memang macam ni. Tau nak bersilat je.” Haziq menyibuk.

Zafran hanya merenung Haziq tanpa kata-kata. Dia mengalihkan pandangannya kepada Aisyah. Kalaulah kau jadik milik aku, Aisyah.

Gadis riang ceria

Tersenyum manis dan tertawa

Debu pasir kota mulia

Hinggap di pipimu Umaira

Sutera Bahrain yang merah

Litupi dirimu oh wanita

‘Aisyah.. istimewa.’ Zafran hanya mampu memperdengarkan lagu Aishah buat Aisyah dalam hatinya. Kau istimewa Aisyah.

“Takpelah auntie. Kitorang balik dulu.” Haziq menarik diri. Zafran terpinga-pinga. Eh! Macam la aku pergi dengan pakcik ni. Gerutu Zafran.

“Haa, yelah.” Puan Haryati menghadiahkan senyuman ikhlas buat Haziq dan Zafran. Pantas Haziq menarik lengan Zafran jauh dari Aisyah dan Puan Haryati.

“Yang kau tarik aku sekali kenapa?” soal Zafran tak puas hati.

“Sebab nak jauhkan kau dari Aisyah.” Jawab Haziq selamba. Matanya meliar melihat baju di kiri kanannya.

“Main tipu doh!” Zafran naik angin.

“Jangan kau berani dekat dengan dia.” Ancam Haziq. Wajahnya serius tepat memandang anak mata Zafran. Agak terkedu Zafran melihat reaksi Haziq. Haziq terus berlalu seakan kemenangan berpihak kepadanya dengan senyuman puas hati. Entah apa yang dia puas hati sangat, entah!

“ECAH!” panggil Puan Haryati. Aisyah yang leka memandu hanya menyahut sedikit tanpa memandang mamanya. Jangan dipandang! Kang tak pasal-pasal buat jalan sendiri pulak. Masuk longkang kang, tak sempat kawen!

“Ecah suka dekat budak Haziq tadi tu, ea?” soal Puan Haryati. Aisyah hampir hilang kawalan terhadap stering kereta. Dengan jantung yang berdegup laju, Aisyah mencari tempat yang sesuai untuk memberhentikan kereta.

Lantas Aisyah memandang tepat ke arah mamanya.

“Ma, kenapa ma tanya macam tu? Soalan pelik betul! Takde idea lain ke yang mama boleh buat? Tadikan Ecah sempat nak bertumbuk dengan dia. Takkan la Ecah suka dia pulak.” Jawab Aisyah. Puan Haryati tersenyum. Dia memeluk tubuh.

“Orang kalau bercinta, takkannya bila ditanya sikit, terus berhenti kereta tepi jalan. Mama soal sikit je, terus tak dapat kawal stering? Yang soal mama balik macam tak puas hati ni kenapa? Gabra semacam macam orang buat silap je.” BUSHH!! Sekali kena tembak bertubi-tubi tepat ke batang hidung sendiri. Aisyah menelan air liur. GULP!

Aisyah memandang semula ke jalan raya. Memandang kereta-kereta yang lalu-lalang di jalan raya. Buat seakan-akan dia tidak mendengari apa yang mamanya lontarkan. Puan Haryati hanya tersenyum melihat sikap endah tak endah anak daranya.

“Dah cukup tengok kereta bergerak?” soal Puan Haryati. Baru kini Aisyah mengalihkan pandangan kepada mamanya.

“Dah.”

“Dah? Jom jalan. Tak sampai rumah kang.” Puan Haryati menyembunyikan tawa yang hampir tersembur melihat wajah Aisyah yang masih mahu menutup perasaannya.

Kereta bergerak laju pulang ke rumah semula. Dengan perasaan yang bercampur, Aisyah langsung tidak fokus di atas jalan raya.

AISYAH menghempas tubuh di atas katil. Ligat kepalanya memikirkan kata-kata mamanya. Tangannya diletakkan di atas dahi sekejap. Matanya memandang kipas yang berpusing laju di syiling bilik. Dia memainkan bibirnya. Sesekali dia menggigit bibirnya seakan menggoda.

Lantas dia bangun mengejut dan duduk di birai katil. Dia berpusing dan memerhatikan telefon bimbitnya yang berada di atas meja belajarnya. Dengan segera dia merangkak di atas katil dan mencapai telefon bimbit itu.

Dia mencari-cari nombor telefon bimbit Haziq. Bila nombor itu muncul di hadapannya, dia terkelu seketika. Jarinya seakan mengeras untuk menekan butang hijau. Bila difikir-fikir semula, untuk apa dia telefon mangkuk ayun tu?!

Aisyah menghempaskan telefon bimbit itu ke katil pula. Dua tiga saat kemudian, dia mencapai telefonnya. Benda yang sama berlaku seperti tadi. Jarinya mengeras bila ingin menekan butang hijau!

Aisyah menutup matanya. Kalaulah betul aku ada perasaan kat dia, dan dia ada perasaan yang sama kat aku.. call lah aku! Doa Aisyah dalam hati. Satu.. dua.. tiga..

Bip bip! Bip bip!

Lantas Aisyah terus membuka matanya. Berbunga riang hatinya! Terus dia menekan butang hijau.

“Hello! Assalamualaikum.” Kata Aisyah. Dia cuba menahan getaran suaranya.

“Waalaikumussalam. Yang kau excited semacam bila aku call ni kenapa?” soal Shahran. Aisyah terkejut. Dia menarik kembali telefon bimbitnya. Ala! Shahran rupanya yang call.

“Hmm? Takde apa la. Kenapa kau call aku?” suara Aisyah kembali mengendur.

“Aku nak tanya ni....” tak sempat Shahran menghabiskan ayatnya, Aisyah terkejut apabila menerima panggilan mendatang. SENGAL!!!

Bulat mata Aisyah.

“Shahran!! Aku call kau balik. Daa! Assalamualaikum.” Terus Aisyah mematikan talian Shahran dan menerima masuk panggilan Haziq.

“Kau nak apa?” soal Aisyah selamba. Jantungnya seakan nak terkeluar dari tulang rangka.

“Kau ni, kalau ye pun, salam pun susah nak bagi ke?” soal Haziq.

“Untuk kau, tak perlu salam.”

“Kejam kau!”
“Yang kau nak mengganggu hidup aku ni kenapa?” tanya Aisyah kasar.

“Takde apa la. Satu empat tiga dua empat.” Jawab Haziq sebelum memutuskan panggilan.

Aisyah terdiam sebentar. Dia keras di atas katil sebentar. Lantas Aisyah berlari ke meja belajar. Dikeluarkan kertas kosong dan sebatang pen.

1 4 3 = I love you.

1 4 3 2 4 = I love you......?

Aisyah memikirkan jawapan untuk nombor dua dan empat. Apa dia eak? Haa!! Lantas kepalanya ligat berfikir.

1 4 3 2 4 = 1 love/miss you so much!!!

OMA!! Oh my Allah!!! Aisyah membeliakkan matanya. Biarlah nak perasan ke, syok sendiri ke, aku tak peduli!!!!

Aisyah melompat ke atas katil dan terus menekupkan wajahnya ke bantal. Macam ni ke cinta?

No comments:

Post a Comment