Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Tuesday, November 1, 2011

KD 5

Perasaan Haziq mula tak tentu arah semenjak pulang dari menghantar Aisyah ke kereta gadis itu. Mulut yang dari tadi asyik bercot-cet tanpa henti bermula dari makan malam hingga pulang ke rumah akhirnya terdiam apabila tertidur kekenyangan di dalam keretanya. Haziq menghempaskan tubuhnya di atas katil. Jenuh dia menafsir apa yang sedang dia rasakan sekarang, tapi setiap kali dia memikirkannya dia hanya menemui jalan buntu.

Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan merenung nombor telefon bimbit Aisyah. Tak mungkin ni cinta. Tak mungkin! Aku masih sayangkan Ann. Haziq mencampakkan telefon bimbitnya ke sisi.

Dia meletakkan kepalanya ke dahi. Pening! Kusut! Serabut!

Tak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering menandakan ada mesej yang baru masuk. Dengan malas dia mencapai semula telefon yang berada di kakinya.

Matanya terbuka luas apabila menerima mesej dari seseorang.

From: Gadis malang.

Massage: Assalamualaikum, tengs utk hari ni. Jgn pulak nanti kau ugkit suruh aku byr dinner mlm td! Dia yg nk belanja, aku pulak yg kena gnti. Awas kau kalu mintak aku byr blek! Aku cekik kau setengah mati nnt! Haziq syg~ lain kali kau jgn nak jdikkan aku kambing hitam eak semata-mata nk menunjuk kt Ann. I know there’s something fishy. Bukan aku nk msuk cmpur, kau yg pksa aku utk msuk cmpur. Lain kali kalu kau buat lg, MATI kau aku kerjakan! Oh yea, I bet kau tak solat Isyak lagi kan? Baik kau solat cepat. Jgn main tinggal je solat tu! Tinggal tu perkara mudah, nak terima blsn tu y susah! Wassalam bro!

Berkali-kali Haziq membaca mesej Aisyah dan matanya hanya tertacap pada perkataan ‘Haziq sayang’. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Aisyah, Aisyah. Kau pelik! Kau gedik! Kau brutal! Yet kau special. Berani betul kau tegur aku soal solat?

Haziq merenung jam di dinding. Segera dia melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Songkok dipakai. Sejadah dibentang. Takbir yang pertama kedengaran.

AISYAH menanti balasan mesej Haziq. Sesekali dia merenung skrin telefon bimbitnya. Kemudian dia merengus kasar. Dah aku hantar mesej sepanjang-panjang alam, dia tak reply langsung? Gila berlagak mamat ni! At least cakap la, welcome ke, apa ke. Ni tak? Kedekut kredit la tu!

Aisyah menggulungkan dirinya ke dalam comforter. Membiarkan tangannya tidak bergerak. Matanya cuba dipejam. Sebal dengan sikap berlagak Haziq. Matanya makin lama makin layu dan akhirnya terpejam rapat.

Deringan nyaring membuatkan dia tersentak dan segera ingin melepaskan diri dari balutan comforter ditubuhnya hingga membuatkan dia terjatuh dari katil. Segera dia bangun dan menguak kasar rambutnya yang terjatuh di muka. Telefon segera dicapai.

“Hello, assalamualaikum.” Aisyah sengaja mendatarkan suaranya.

“Waalaikumussalam. Kau ingat aku hingin sangat kau belanja aku? Silap-silap kau bawak aku warung tepi jalan je nanti.” Bebel Haziq.

“Kira okey la tu daripada aku bawak kau makan tepi longkang ke, tepi tong sampah ke.”

“Aku cakap sikit, suka nak melawan. Aku ni senior kau tau tak!”

“Tak tau pun!”

“Melawan! Melawan! Jaga kau kat kuliah nanti!”

“Kau nak jaga aku? Please la.” Aisyah menggerakkan bola matanya secara membulat.

“Perasan je lebih.”

“Weh mangkuk! Lain kali kalau kau gunakan aku sebab nak tarik perhatian Ann, siap kau!” Aisyah yang kehabisan idea untuk bercakap terus mengungkit pasal Anna. Haziq tersentap.

“Kau jangan nak masuk campur la.”

“Bukan aku nak masuk campur la mangkuk! Kau tu yang buatkan aku masuk campur. If tak nak aku bothering kau dengan masalah cinta tiga segi kau tu, jangan libatkan aku langsung! Faham?”

“Tak faham.”

“IQ rendah memang macam ni. Benda senang pun susah nak faham.”

“Apa kau cakap?!”

“Dah la susah nak faham, pekak pulak tu.” Aisyah menahan tawa. Di hujung talian, Haziq sudah mula berasap.

“Weh minah! Sedap je kau kata aku pekak?!”
“Sedap je. Manis lagi tu. Lazat berkrim!”

“Aisyah!!!”

“Haziq!”

Lama Haziq menyepi. Tak tau kenapa walaupun perempuan itu mendatarkan suaranya, tetapi dia tetap dapat mendengar kelunakan suara gadis itu.

“Aku nak tido la. Weh mangkuk! Jangan lupa solat. Assalamualaikum.” Aisyah hampir mematikan talian.

“Aku dah solat!” segera Haziq berkata. Aisyah tersenyum.

“Good. Daa!”

“Waalaikumussalam.” Jawab Haziq. Talian dimatikan. Tersenyum dia merenung syiling. Aisyah!!!

Aisyah tersenyum sambil memeluk bantalnya. Seketika kemudian dia beru tersedar.

“Euw!!! Gross! I’m not going to fall for him! Heaven no!! Bukan aku suka kat Zafran ke?” Aisyah seakan ingin memuntahkan sesuatu. Segera dia menggeleng-geleng kepalanya. Dia menutup lampu tidurnya. Dengan serta-merta bilik menjadik kelam. Gelap gelita!

Shuh Haziq! Shuh! Jangan kau masuk mimpi aku!!! Jerit hati Aisyah.

HARI Ahad adalah hari yang terbaik sekali! Aisyah menggeliat sepuas-puasnya. Jam di telefon bimbit dikerling malas. Enam setengah pagi. Dengan malas Aisyah bangun dari katil sambil menarik tangan Teddynya menuju ke bilik air.

Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air. Teddynya diletakkan di tepi sinki lebar dan dia menutup mulutnya yang menguap.

Aisyah dengan segera mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuhnya. Sebelum dia keluar dari bilik air, sempat dia berdiri di hadapan cermin.

“Aisyah! Kau memang gila kalau kau kata kau ada feeling kat beruk tu!” Aisyah merengus perlahan. Segera dia menyambar Teddy dan masuk ke biliknya semula.

Usai menunaikan solat Subuh, Aisyah berdoa.

“Ya Allah, dia untuk aku ke? Macam mana aku ada feeling macam ni? Jauhkan hati aku dari jatuh kepadanya. Biarlah cinta aku hanya untuk-Mu.” Aisyah mengesat air mata yang mengalir sedikit.

“Chop!! Bukan aku suka kat Zafran ke? Ecah!! For the second time Haziq make you forgot your prince!” Aisyah makin pening.

Telefonnya berdering sebentar. Mesej masuk!

Siapa pulak yang mesej pagi-pagi buta ni?! Aisyah membuka telekung dan melipatnya sebelum bangun mengambil telefon bimbitnya di atas katil.

From: Sengal.

Massage: Bgn la minah! Subuh2!! Tau nak berbungkus atas katil je!

Amboi mangkuk ni! sedap je cakap aku berbungkus? Hello! Aku dah siap solat okey! Aisyah tak puas hati. lantas dia membalas.

From: Gadis malang.

Massage: Aku dah bgun la ngek! Subuh pun sudah. Yg kau sebok pesal? Tak cukup kain sendiri smpai kain aku pon kau nk jaga?

Haziq tersengih. Garang gila!

From: Sengal.

Massage: Kain aku tak cukup. Kau boleh tlg cukupkn x?

Aisyah merengus geram. Sengaja nak carik pasal dengan aku pagi-pagi ni?!

From: Gadis malang.

Massage: Weh sengal! Apa motif kau kcau aku pgi2 ni? Sengaja nk bg aku bengkek ke? Well if that so, mmg aku tgh bengkek ngn kau! Dh la. aku tido lg bgus.

Haziq menarik tuala di penyidai sambil membaca mesej dari Aisyah. Bibirnya mengukir senyuman lagi.

From: Sengal.

Massage: Weh! Tdo je keje. Xbaik tdo after Subuh. Rezeki xmsuk t.

Aisyah mengetap bibir. Mangkuk ayun ni nasihat aku pulak?!

From: Gadis malang.

Massage: Kau kecoh hape?! Kau xnk tdo, jgn sebok hal aku.

Haziq terduduk sebentar di sofa di hujung katilnya.

From: Sengal.

Massage: Baik kau mandi. U nk join I mandi x syg?

Bulat mata Aisyah memandang mesej Haziq. Bibirnya ingin mengukir senyuman. Namun hatinya berkeras untuk membenci lelaki itu.

From: Gadis malang.

Massage: U, u’re too much now.

Haziq ketawa terbahak-bahak. Dapat dia bayangkan betapa merahnya wajah Aisyah yang putih melepak itu.

From: Sengal.

Massage: Ala syg, kalau u nk join, jgn malu2. Come2.

Aisyah memandang pelik mesej itu. Lantas dia membaling telefon bimbitnya. Geli!! Aisyah meloncat naik ke atas katil sambil memeluk bantal.

Lelaki ni kan! Menggugat iman aku!! Astaghfirullahalazim! Jauhkan aku daripada terjatuh cinta kat beruk ni, Ya Allah!! Zafran! Zafran!! Mana kau?! Kenapa asyik beruk tu je yang aku terbayang ni?

Kini, Aisyah tak mampu menyembunyikan senyumannya. Sungguh dia terkedu dengan mesej Haziq!

Haziq yang menanti balasan Aisyah tersenyum apabila lebih sepuluh minit Aisyah tak membalas. Lantas Haziq masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Aisyah, Aisyah. Special item la kau ni.

1 comment: